Semakan Keputusan Permohonan UPU 2011 Lepasan SPM

Para pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau yang setaraf dengannya yang ada membuat permohonan UPU kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bagi sesi akademik 2011/2012 boleh membuat semakan keputusan permohonan mereka selepas pukul 12 tengahari pada 6 Mei 2011.

Semakan Keputusan UPU

Semakan keputusan permohonan ke IPTA ini boleh dibuat melalui;

Penerimaan Tawaran

  • Semua calon yang berjaya wajib membuat pengesahan setuju untuk menerima tawaran dari IPTA dalam tempoh tujuh hari bekerja iaitu pada atau sebelum 14 Mei 2011.
  • Pengesahan penerimaan tawaran ini boleh dibuat melalui laman web IPTA yang berkenaan. Sila rujuk Senarai IPTA dan klik pada Semakan Permohonan.
  • Calon yang berjaya boleh mencetak surat tawaran melalui laman web IPTA yang sama mulai 7 Mei 2011. Maklumat lebih terperinci akan diperolehi melalui surat tawaran ini.

Pendaftaran

  • Program Diploma – Tarikh pendaftaran pelajar baru ke IPTA adalah di antara 21 Mei 2011 sehingga 5 Jun 2011 bergantung kepada IPTA.
  • Program Asasi – Tarikh pendaftaran pelajar baru ke Pusat Asasi IPTA adalah seperti berikut:
    • Asasi PASUM 29 Mei 2011
    • Asasi Pengajian Islam 29 Mei 2011
    • Tamhidi USIM 1 Jun 2011
    • Asasi UiTM 21 Mei 2011
    • Asasi UIAM 28 Mei 2011
    • Asasi UPNM 22 Mei 2011 (Pelajar Kadet)
    • Asasi UPNM 28 Jun 2011 (Pelajar Awam)
    • Asasi UPM 20 Mei 2011
    • Asasi UNIMAS 4 Jun 2011
  • Sila rujuk Bantuan Kewangan Pelajar Asasi IPTA untuk maklumat pembiayaan belajar.

Rayuan UPU

  • Sila buat rayuan di Permohonan e-Rayuan Lepasan SPM/Setaraf Sesi Akademik 2011/2012.
  • Hanya calon yang gagal menerima sebarang tawaran ke IPTA dibenarkan mengemukakan rayuan melalui aplikasi e-Rayuan ke Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi dalam tempoh 10 hari bekerja selepas keputusan rasmi permohonan kemasukan ke IPTA diumumkan.
  • Calon gagal mendapat tawaran ke IPTA tetapi berjaya mendapat tawaran ke Matrikulasi KPM masih boleh mengemukakan permohonan rayuan tetapi semasa proses back-end calon yang telah berdaftar dengan Kolej Matrikulasi KPM diselaraskan dan tidak akan dipertimbangkan dalam proses rayuan kemasukan ke IPTA.
  • Tarikh tutup permohonan e-Rayuan adalah pada 16 Mei 2011.
  • Keputusan rayuan dijangka akan dimaklumkan pada minggu kedua Jun. Jika tiada sebarang tawaran diterima dari IPTA empat minggu selepas tarikh pendaftaran IPTA, maka rayuan mereka dianggap gagal.

Pilihan Tawaran

  • Dijangkakan ramai calon yang mempunyai keputusan cemerlang akan menerima lebih daripada satu tawaran. Pemohon yang berjaya perlu membuat keputusan yang bijak dan tepat serta mendaftar ke program yang dipilih mengikut jadual yang ditetapkan. Bagi pemohon yang tidak berjaya ke IPTA tetapi menerima tawaran ke institusi lain dinasihatkan mendaftar ke program berkaitan kerana tawaran tempat ke IPTA adalah terhad.
  • Bagi pelajar lepasan SPM selain melanjutkan pelajaran ke IPTA, mereka boleh menimbangkan untuk sambung belajar di Tingkatan 6, serta Institusi Pendidikan Teknikal & Latihan Vokasional (TEVT) dan Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA) seperti Diploma di Politeknik, sijil-sijil di Kolej Komuniti dan ILKA lain, mengikuti Kursus Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) atau Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) yang juga menyediakan peluang pendidikan tinggi.

Maklumat

  • Sebarang pertanyaan yang berkaitan boleh dikemukakan kepada pihak UPU di talian 03 8883 5858 atau 03 8883 5848 atau 03-8883 5801/5802 atau faks 03 8889 4260 atau e-mel : [email protected]
  • Pertanyaan boleh juga dikemukakan terus kepada IPTA yang berkenaan, sila rujuk Senarai IPTA Universiti Di Malaysia.

76 thoughts on “Semakan Keputusan Permohonan UPU 2011 Lepasan SPM

  1. [...] Tarikh Semakan Keputusan Permohonan Kemasukan 2011 [...]

  2. AFTER 12 baru bole check ea .okeoke:)

  3. [...] Maklumat lanjut boleh rujuk pada ePutra [...]

  4. Pukul 12?,.berdebar nih..

  5. errrrr…tkutnyer..errrr

  6. everyone is talk about upu,the when open the we have to wait until 12 pm….ahahaha…hehe…berdebar,sabar!

  7. cher lyee says:

    aaaarrrrrrhhhh…….so worried oww….mcm nk nervous je ni…..huh!!bersabar je lh….juz wait n c…

  8. pkul12?urm.. tkut xdpt.excited lau dpt..hehe..cpt la mse brlalu..

  9. bellakarya says:

    wow! ingatkan dah keluar tadi! hehe, insyallah dapatlah masuk upu semua.
    Amin :-)

  10. e……………..berdebar debar mcm nak luruh jantung ni x tau la dpt mana……………….

  11. btol ke arinih dpt cek…dgr kate 23 arybulan baru leh cek… ???????????/

  12. nk tahu says:

    Salam
    kalau da trm kpm de chance ke nk dpt ipta..?

  13. shitsumon ga arimasu says:

    cepat la jam 12!!!! waaaaa!!!

    *******tak tenang tol pk fasal result neyh..

    *******aahhhh!! relax3!! 3jam g!

  14. kalau kite tolak twaran ipta ni,black list nama x?

  15. cmne la ek???????

  16. ?????????????????????????

  17. Nur Maisarah Sarudin says:

    aiseh..bdebar2..naik darah tgi cmni…huhuhu

  18. huuhuuuuu…lagi 1.5 jam jer lagik nk kul 12..huhuuuu…saspennyer…saspennyer…keputusan inilah penentu jalan hidupku selepas ini..huhuuuhuuuuu…huhuuuhuuuhuuu….huhuuhuuhuuuu…

  19. npe
    rse
    caM
    XSABO
    nie

  20. i'm really nervous rite now,knowing dat d result will come out at 12pm,making me feels goosebumps,hope dat everythng will goes smoothly,InsyaAllah

  21. kurang dri sejam lagi..hm

  22. huh!!!nervousnyer ase……hrap ada rezeki………….

  23. Heedayah Mieyo says:

    huhhh..rilexx….. xD ..insyaAllah …. :)

  24. Farhani Aqilah says:

    nervous,,hrp2 ad rezki,,insyaAllah`

  25. 30 minutes left!

    • de time is running but u still sit on ur chair & waiting 4 de result of upu
      y don't u run2.?hehe
      juz joke

  26. lgi 20minit. . Brdebo si0t,nk trberak,trkencig smue ade. . Harap sgt dpt.hrp sgt2

  27. 20 minutes left!!!!quite excited….

  28. 20 minutes left!!!!quite excited….

  29. sgt bdebar OK! 8 mint lg…

  30. cam nak ambik result spm lak….

  31. dh kul 12 nie????? hmmm….

  32. alhamdulilah.tq eputra yg byk memberikn info.keep it up!

  33. ya ALLAH..lambat'y..dari tadi aku nak check,asik loading jee. :[[

  34. Ibu Ross says:

    Alhamdulillah… Tahniah!!! Anak ibu dpt Diploma Kejuruteraan Kimia di UiTM…Tahniah!!!..juga pada yg berjaya melanjutkan pengajian ke ipta yg lain…Yg blm dpt tmpt jgn pts asa..cuba lagi!!!…

  35. thanz eputra..senang nk cari maklumat..time kasih byak2….

  36. tidak semua program asasi daftar pada 22 mei.. asasi di UM, daftar 29 mei..

  37. knp surat tawaran asasi unimas x kuar lg?,.bila tarikh daftar?,.anyone with info please.,

  38. Pendaftaran Pelajar Baru Sesi 1/2011 Kursus Diploma ke UiTM (Arau) adalah pada 21 Mei 2011.

  39. ..surat tawaran usim tak dapat print..web server down kot..jangkaan pendaftaran pelajar tamhidi sesi 1/2011 bila ya..? 1hb Jun ker…?

  40. fatin liyana says:

    salam

    pda 6mei sy cek ipta,alhmdulillah sy dpat uitm,dip perakaunan…

    tpi pada 7mei sy cba bkak surt twrn tu..tpi

    mengeshkn yg sy x berjya…

    sy cnfuse…!!!

  41. wahh, mesti ramai yang berdebar tunggu keputusan hari tu..

  42. budak polipd says:

    yang tak dapat jangan risau,politeknik sedia menunggu dan menerima anda.

  43. orkid_nur says:

    nak tanye, yang kemahiran punye dah keluar belum ??

  44. Dah check dengan Pusat Politeknik..sesiapa yang dah ditawarkan untuk ke Universiti..maka tak akan ditawarkan lagi ke Politeknik.

  45. mcmna nk thu klu maklumat utk rayuan tu dah d terima?

  46. Nurul Myracamila says:

    kepada pihak upu saya nurul amira,pelajar lepasan spm……saya telah mengisi borang e-rayuan dan soalan saya ialah macam mane kita hendak tahu permohonan kite layak atau tidak???????

  47. kalau buat rayuan upu dan pads masa yg sama kita daftar matrik,maknanya rayuan upu tersebut tidak dipertimbangkan sama sekali ke?

  48. untuk UTM, ada pengambilan bulan disember x? bagi kursus sepenuh masa….

  49. bagi yg x dpt permohonan rayuan… bleh cube utk masuk ktd aa http://www.ktd.edu.my/

  50. eputra, saya dpt 7A dlm SPM, telah mmohon matrik n UPU. Tetapi tidak dapat pa2 tawaran pun. Saya telah mrayu kedua-dua.

    1. Bila kputusan rayuan upu (UNIMAS) diumumkan?

    2. Kalau lambat sangat, boleh tak saya mendaftar di matrik dulu sekiranya rayuan saya ke matrik brjaya? Tidak mengganggu kputusan rayuan UPU ke?

    **tolong jwb

  51. boleh tak bagi tau ble e-rayuan kuar?x sbr da ni

  52. Salam. Saya hairan dengan sistem permohonan secara online UPU ni. Anak saya menyemak di online UPU yang gunakan 3 saluran (Semakan Kemasukan UPU 1,2 dan 3) dan mendapati tidak ditawarkan ke mana2 IPTA. Jadi anak saya buatlah rayuan secara online. Kemudiannya dia relaxlah sebab menjangka rayuan hanya diketahui keputusannya dalam bulan Jun 2011. Dia taklah pulak di portal semakan permohonan UiTM. Kemudiannya pada 6 Jun, tergerak hati nak semak di portal UPU lagi. Masih tak ada apa2 jawapan, dan kekal dengan status gagal dapat tawaran ke mana2 |IPTA. Kemudiannya secara tak sengaja tergerak hati nak semak portal permohonan kemasukan ke UiTM. Bila semak status permohonan, Ya Allah anak saya dapat tawaran masuk Uitm dan sepatutnya lapor diri 21 Mei 2011. Saya terus telefon ke Uitm dan nasib baik pihak uitm masih menerima untuk lapor diri. Anak saya terlepas minggu orientasi. Sekarang terpaksa banyak bertanya rakan2 sebab baru semalam (8 Jun 2011) lapor diri.

    Soalan saya ialah kenapa permohonan melalui UPU tapi UPU jawab gagal sedangkan UiTM jawab berjaya? Apa cerita kelakar yang sedang berlaku ni? Bagaimana dengan orang yang tak tergerak hati untuk menyemak dengan universiti yang dia mintak? Ini kes aniaya…….

  53. aSsalamualaikum wbt…
    hehehx…suma brdebar2 tggu keputusan dri upu kn…???
    sya lgik confuse lh…,nk masuk matrik ker tau tggu keputusan upu..???
    :(

  54. ROHAYA BINTI CHE ISMAIL . says:

    debar wehhhh…..x nero tido kawe pikir ..

  55. assalamualaikum… herm, sbnrnye result upu 2012/2013 dh boleh tgok ke blum ye?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title="" rel=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>