Semakan Permohonan Ke Matrikulasi KPM Sesi 2009

Pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang sudah membuat permohonan Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran sesi 2009/2010 boleh mengemas kini permohonan mereka secara online mulai 9 Februari sehingga 20 Februari 2009.

Proses semakan ini dibuka bagi membolehkan pelajar mengemas kini permohonan selain membuat pembetulan mengenai maklumat diri, alamat dan jurusan yang dipohon.

Di samping itu pelajar yang memenuhi syarat dan berminat ke kolej matrikulasi yang menawarkan jurusan teknikal akan dibuka pada sesi 2009/2010, boleh menambah pilihan jurusan dan kolej yang diinginkan iaitu Kolej Matrikulasi Kedah (Cawangan Pendang), Kolej Matrikulasi Pahang (Cawangan Jengka) dan Kolej Matrikulasi Johor (Cawangan Pontian).

Pelajar hanya perlu memasukkan nombor kad pengenalan dan angka giliran SPM atau nombor lembaga peperiksaan dan angka giliran SPM untuk membuat pindaan.

Semakan dan pindaan ini boleh dibuat di laman web Pra Universiti, Kementerian Pelajaran Malaysia.

Reblog this post [with Zemanta]

170 thoughts on “Semakan Permohonan Ke Matrikulasi KPM Sesi 2009

  1. […] : Semakan Permohonan Ke Matrikulasi KPM Sesi 2009 dibuka mulai 9 Februari sehingga 20 Februari […]

  2. hi,i would like to know when can we attend fr the college matriculation session 2009/2010?

    i hope to get more information about this.

    thx.

  3. Wah bagus info dalam blog ni..
    Memberi manfaat kepada semua

  4. xde org thu k….

  5. can’t update my application…y i got the message ” Permohonan tiada “?

  6. ble sbnarnyer result spm nak kuar??ade yg kte 24 feb nie..terbaru saya dengar 23 feb plak..saya dah menagis klo btol result kuar 23 feb nie taw..it’s so scary!!ade plak kte 14 mac nie..heloo…!!14 mac nie ary sabtu taw..result bleh kuar ary sabtu ker??pelik btol..ape2 pon saya arap yg kementerian bleh umumkan secepat yg mgkin tarikh sbnar result spm kuar coz kami lepasan spm ade yg berkerja..nak cuti ade yg kne mntak awal2..bkannyer ecok kuar result..ary nie kami bleh mntak cuti..and…tolong percepatkan tarikh result permohonan ke matrikulasi sbb tkot tak sempat nak tolak…..karang matrik x pergi, U x dpt..buat hampeh jer…thx..

  7. Alvin dan Wany 91,
    Mereka yang terpilih ke Matrikulasi biasanya akan mendaftar masuk pada pertengahan bulan Mei.

    Zool,
    Terima kasih

    Leevers09,
    Sila hubungi segera talian bantuan Bahagian Matrikulasi di 03-8884 4100 dari jam 8.30 pagi hingga 4.00 petang pada hari bekerja sahaja.

    Nia Dania,
    Pada kebiasaan keputusan peperiksaan SPM diumumkan dalam bulan Mac.

  8. Sy harap tarikh keputusan spm dpt dikenalpasti pd bulan ini krna ia memberi kekeliruan kpd pelajar lepasan spm……sy tertanya2.bilakah keputusan bagi kemasukan pelajar ke matrikulasi dpt diketahuidgn lebih cepat?

  9. elo.. slip yg ada num i.d unik saya hilang tapi saya telah isi maklumat yg diperlukan.. dan lupa nak print… so how nak semak…

  10. macam mana kalo nak check kita di terima atau tak???

  11. hi..korg kt cni smua aply mtrx eh…aq pn ad aply gk xp xtw lew leh dpt ke x..keke..eqm aq pn ad gk dpt brita yg rslt kuar 23 feb xp last2 dgr 12 mac pla..yg na 1 eh yg btl….eqm nk tny gk korg ad x aply upu?

  12. Rieyna dan K3en,
    Keputusan SPM biasanya hanya akan diumumkan pada bulan Mac. Manakala keputusan Matrikulasi biasanya akan diumumkan sebulan selepas keputusan SPM.

    Ecah,
    Nombor ID itu tidak diperlukan lagi selepas mengisi semua maklumat. Semakan boleh dibuat dengan mengunakan nombor kad pengenalan dan angka giliran SPM.

  13. kekeliruan kpda lepasan spm untuk mngetahui keptusan spm semakin meruncing ..seoga segala kekeliruan ini dapat diatasi dengan segera..thank you..

  14. Fis,
    Memang sekarang semua ternanti bila keputusan SPM akan diumumkan. Biasanya keputusan SPM akan diumumkan dalam bulan Mac semasa cuti sekolah. Setakat ini belum ada kenyataan rasmi daripada Kementerian Pelajaran.

  15. penyertaan dalam program latihn khidmat negara(plkn) termasuk sebagai salah satu penilaian oleh kementerian pelajaran malaysia(KPM) sebagai tahap petunjuk kepada penglibatan seseorang pelajar itu dalam aktvti kokurikulam..tetapi jika kita tidak mendapat tempat dalam plkn sedangkan aktif dlam kokurikulam adakah ianya memberi kesan kepada markah 10% kita untuk ke ipta/ipts???dan jika mendapat tawaran dalam kumpulan 3 sebagai pelatih sukarelawan bagaimana pula dengan tawaran untuk menyambungkan pelajaran ke ipta/ipts??boleh ditangguhkan atau terdapat cara2 lain??thank you..

  16. Fis,
    Harap maaf saya tidak begitu mengetahui dengan mendalam perkara yang berkaitan dengan PLKN ni. Di harap ada pembaca lain yang boleh membantu, terima kasih.

  17. salam…nilam..
    sy cuma nak tanya, borang biasiswa jpa bagi pengajian dalam negara untuksarjana muda sesi 09/10 tak keluar lagi ke?macam mana kita nak tahu prosedure permohonan…apa borang penting yang diperlukan n selalunya keluar bila?

  18. Linfa,
    Salam…
    Tahun lepas iklan tawaran dikeluarkan pada hujung bulan Jun. Sila rujuk Biasiswa JPA Bagi Pengajian Dalam Negara 2008 untuk maklumat lanjut.

  19. hurtgurl91 says:

    assalamualaikum..
    hmm..sedihnye tak dapat matrik..macam mane kta nak buat rayuan eik?

  20. Hurtgurl91,
    Waalaikumsalam…
    Maknanya anda ada tidak memohon untuk Matrikulasi? Jika tidak, anda boleh merayu dan nyatakan sebab kenapa anda tidak membuat permohonan dahulu.

  21. btOl ke lau nak g mtrk at least mst dapat 5a?

  22. anyway macam mane nak tau keputusan kemasukan matriks lepasam spm 08?

  23. ble kmskini mtrkulasi buka pulak slps tau results spm?sbb saya nk tkar smula jurusan sains hayat kpd perakaunan.

  24. klu fizik dan bio saya dpt 5C dgn kimia 4B ada chance tak saya dpt mtrklasi?

  25. bagaimana hendak memohon matrikulasi uiam dan um

  26. benda ni aku x sempat isi sbb ikut plkn..

  27. aPe syarat nk msok mtriK ek??
    aT LeAsT kNa dpt bpe sBjct sC n aDDmaTh??
    eNgLiSH nk A eK??

  28. salam nilam,…
    selepas 20 feb,permohonan matrikulasi masih boleh dikemaskini tak?

  29. Eyda,
    Tidak semestinya, ia bergantung kepada pencapaian keseluruhan SPM pada tahun tersebut. Matrikulasi biasanya menawarkan tempat kepada pelajar yang terbaik bagi tahun berkenaan.

    Ash,
    Boleh disemak di laman web Kementerian Pelajaran bila diumumkan nanti.

    Njwa91,
    Maaf tidak boleh membuat kemaskini sekarang tetapi cuba hubungi Bahagian Matrikulasi, Kementerian Pelajaran Malaysia, Putrajaya di talian 03-8884 4083 untuk bantuan.

    Zinnirah,
    UIAM dan UM tidak ada matrikulasi tetapi dipanggil Asasi. Asasi untuk UIAM dan UM boleh dimohon melalui UPU.

    Sue Iela,
    Sila rujuk Permohonan Kemasukan Ke Matrikulasi KPM Sesi 2009.

    Saiyidah,
    Maaf tidak boleh.

  30. anakira said says:

    salam nilam..
    1.ape ye syarat2 kemasukan matrik,,
    Saya x psTi le,,
    2.hr 2 sya x kemaskini pun,,Camne ek
    xpe KAN,,,,
    3.BILO ye kemasukan ke matrik

  31. Anakira,
    Salam…
    1. Sila semak Permohonan Kemasukan Ke Matrikulasi KPM Sesi 2009.
    Tapi perlu diingat itu hanyalah syarat minimum, biasanya pihak Matrikulasi akan mengambil yang pelajar terbaik yang memohon.
    2. Tak mengapa.
    3. Pelajar baru Matrikulasi biasanya akan mendaftar pada minggu kedua bulan Mei.

  32. askum..nilam..
    kalau sy hanya dpt 4A agak2 ade chAnce tak masok matrik?
    lagi satu..bm kalau tak dpt A bole ke?
    dalam seluruh malaysia,,matrik tangkak ranking ke bape?

  33. Adieq91,
    Waalaikumsalam…

    Pemilihan pelajar ke Matrikulasi dibuat berdasarkan meritokrasi. Oleh itu jika anda memenuhi syarat minimum permohonan anda akan dipertimbangkan tetapi mereka yang mempunyai keputusan yang cemerlang mempunyai peluang yang lebih cerah.

    Mata pelajaran yang diambil kira bagi Jurusan Sains untuk pengiraan merit adalah Matematik, Matematik Tambahan dan dua mata pelajaran sains terbaik daripada Kimia / Fizik / Biologi / Mata Pelajaran Teknik (Pengajian Kejuruteraan Awam/ Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/ Pengajian Elektrik & Elektronik/ Teknologi Kejuruteraan)

    Bagi Jurusan Perakaunan pula mata pelajaran yang diambil kira ialah Matematik, Matematik Tambahan dan dua mata pelajaran terbaik daripada Prinsip Perakaunan/ Perdagangan/ Fizik/ Kimia/Biologi/ Sains/ Sains Tambahan/ Mata Pelajaran Teknik (Pengajian Kejuruteraan Awam/ Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/ Pengajian Elektrik & Elektronik/ Teknologi Kejuruteraan/ Lukisan Kejuruteraan).

    Sebagai contoh, jika anda memohon jurusan Sains dan pengambilan adalah 5.000 pelajar maka 5,000 orang pemohon jurusan Sains yang mempunyai merit terbaik akan ditawarkan tempat. Begitu juga dengan jurusan Perakaunan.

    Jika anda tidak terpilih, pastikan anda membuat rayuan kerana hanya mereka yang merayu sahaja akan dipertimbangkan.

    Saya tidak ada maklumat berkenaan ranking Kolej Matrikulasi.

  34. siti hajar mohd nazir says:

    nilam, boleh ke saya buat rayuan sebelum keputusan matrik diumumkan.

  35. Siti Hajar,
    Rayuan boleh dibuat selepas pengumuman keputusan dibuat.

  36. nilam, ade ke matrik yg ad aliran sains teknikal? btol ke?
    ke ni smua ura2 yg xbtol & khabar angin semata-mata???

    t/kasih

  37. Tapir,
    Ya memang benar mulai pengambilan tahun ini sudah ada aliran sains teknikal.

  38. putri_atun says:

    salam,nilam….nak tanya ni,ari 2 masa isi matrk sy ada buat pilihan sains fizikal tp kalu kita nak tukar bley x?nak tukar sains hayat….

  39. aNnxiMeyzu says:

    slm nilam..
    aik, syrt minimum bg jurusan perakaunan pon kne ada kimia ea??
    sy terbaca dr PERMOHONAN KEMASUKAN KE MATRIKULASI KPM SESI 2009..
    slaluny budak lepasan spm yg dpt result nyawa2 ikan pon leh dpt mtrix x??

  40. aNnxiMeyzu says:

    bole sy tahu..
    program 2thn tu yg macm mana??
    adakah benar pelajar yg membuat surat rayuan bg jurusan perakaunan dikenakan program 2 tahun??

  41. salam nilam

    sye bru trjmper website ni n amat trtrik dgn soal jwb yang ade dlm blog ni..
    sye ingin bertnyer..

    1.saya bks pljr mrsm..adekh pljr mrsm mmpnyai pluang crah untuk ke matrik..
    2.mgenai pinjmn or biasiswa,mcm ptptn n mara,kite boleh apply untuk mtrik ke..mcm kat unvrsiti,kite bleh pohn pinjmn..

  42. Putri Atun,
    Salam… Buat masa ini memang sudah tidak boleh membuat sebarang pertukaran.

    AnnxiMeyzu,
    Salam… itu sebagai syarat minimum sahaja. Matrikulasi memilih terbaik daripada mereka yang memohon berdasarkan pengiraan merit.

    Ketentuan samada anda akan dimasukkan ke program 1 tahun atau 2 tahun bergantung kepada keputusan SPM anda dan akan ditetapkan oleh pihak Matrikulasi. Anda tidak boleh memilih jangka masa program anda. Secara amnya apa yang dipelajari adalah sama cuma tempoh masa yang berbeza.
    Saya tidak ada maklumat tentang rayuan bagi jurusan perakaunan itu.

    Fahana,
    Salam…
    1.Semua pelajar mempunyai peluang.
    2.Memang ada beberapa biasiswa dan pinjaman untuk mereka belajar d Matrikulasi. Apabila memasuki universiti nanti ada lebih banyak biasiswa dan pinjaman yang boleh dipohon. Anda boleh cuba semak di ePutra mengenainya dengan klik kepada kategori Biasiswa, Pinjaman atau Pembiayaan.

  43. nilam..
    1. macam mana caranya nk buat rayuan untuk matrik ek??
    2. kalau merit yg kita dapat tu lebih dua drpd yg dikehendaki macam mana ekk??

  44. Marina,
    Rayuan biasanya hanya boleh dibuat selepas pengumuman pengambilan ke Matrikulasi dibuat. Rayuan boleh dibuat dengan dua cara;
    1.Mengisi borang rayuan dengan datang sendiri ke Bahagian Matrikulasi,Kementerian Pelajaran Malaysia, Aras 6 & 7, Blok E 15, Parcel E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Malaysia, 62604 Putrajaya atau
    2.Menulis surat rasmi permohonan rayuan disertakan salian keputusan SPM yang telah disahkan kepada Bahagian Matrikulasi seperti alamat di atas.

  45. when can i find out whether i dapat enter matriks or not

  46. budak baik says:

    mcm mna nak tau kta dalam aliran sains hayat atau sains fizikal??? bleh x dgn result saya ni msuk matrik???
    bm-2A
    bi-4B
    pislam-2A
    sej-2A
    math-1A
    add math-5C
    fiz-8E
    kim-5C
    bio-5C
    est-6C

  47. sekom nilam

    nk tanye boleh.. agak berdasarkan pengalaman nilam saya dapat x matrix satu tahun.. atau saya layak matrix 2 tahun.. ataupun saya x layak sbb persaiyingan sengit

    ni result spm saya

    bm-b3
    bi-b3
    sej-a2
    ag-a2
    bio-b4
    fizik-a2
    kimia-b4
    mm-a2
    mt-b3

    terimakasih banyak2
    tassawuf-b3
    agama-a2

  48. mintak maaf nilam
    satu lagi soalan kalau x keberatan

    dkt matrix jurusan sains wajib ke amik mata pelajaran matematik

  49. kingromences says:

    saya ingin membuat rayuan untuk ke matrix sebab saya terlepas peluang untuk memohon sebelum ini… apakah dokumen yang perlu saya sertakan bagi menghantar permohonan saya ini… terima kasih

  50. MINIMUM..

    Tambah nilai 4 subjek di bawah mesti tidak lebih 12 mata utk matrik 1 thn, dan 15 mata utk matrik 2 tahun.

    1A – 1 MATA
    2A – 2 MATA
    3B – 3 MATA n so on..

    Math
    Add Math
    Chemistry
    biology or physics or pengajian kejuruteraan

    based on kwn2 and diri sendiri la (tapi tak mesti kena dpt minimum jer)…

  51. bg pmohonan utk 2009/2010

    Program Matrikulasi ini hanya terbuka kepada semua pelajar bumiputera warganegara Malaysia. Manakala pelajar bukan bumiputera warganegara Malaysia dari sekolah kerajaan atau bantuan kerajaan boleh juga memohon.

    Pemohon juga mestilah berumur tidak melebihi 20 tahun pada 1 Januari 2009 untuk layak memohon.

    Bagi pelajar yang berminat memasuki kolej matrikulasi mereka perlulah mengambil satu daripada pakej matapelajaran dalam peperiksaan SPM tahun 2008 iaitu Pakej Matrikulasi Sains atau Pakej Matrikulasi Perakaunan.

    Bagi mengikuti Matrikulasi Sains pelajar perlu mengambil matapelajaran berikut;

    * Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Matematik Tambahan, Kimia DAN
    * Fizik atau Biologi

    Bagi mengikuti Matrikulasi Perakaunan pelajar perlu mengambil matapelajaran berikut;

    * Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Matematik Tambahan DAN
    * Mana-mana dua matapelajaran berikut;
    Prinsip Perakaunan/ Ekonomi Asas/ Perdagangan/ Sains/ Sains Tambahan/ Fizik/ Kimia/ Biologi/ mata pelajaran teknik (Pengajian Kejuruteraan Awam/ Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik/ Teknologi Kejuruteraan/ Lukisan Kejuruteraan).

    Syarat kelayakan minimum bagi mengikuti Program Matrikulasi Sains ialah seperti berikut :

    * 6C Bahasa Melayu
    * 6C Bahasa Inggeris
    * 4B Matematik
    * 6C Matematik Tambahan
    * 6C Kimia
    * 6C Fizik ATAU Biologi

    Syarat kelayakan minimum bagi mengikuti Program Matrikulasi Perakaunan ialah seperti berikut :

    * 6C Bahasa Melayu
    * 6C Bahasa Inggeris
    * 6C Matematik
    * 7D Matematik Tambahan
    * 6C Kimia
    * 6C Mana-mana dua matapelajaran berikut;

    Prinsip Perakaunan
    Ekonomi Asas
    Perdagangan
    Sains
    Sains Tambahan
    Fizik
    Kimia
    Biologi
    Mata Pelajaran Teknik (Pengajian Kejuruteraan Awam/ Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik/ Teknologi Kejuruteraan/ Lukisan Kejuruteraan)

  52. 12 mata tu utk pengambilan yg terbaru ni(iaitu sesi 2008/2009) tp utk sesi 2009/2010,cutting point dia belum diketahui lg..kalau yg mintak masuk matrik tu terer2 belaka,maka rendah la cutting point tu…matapelajaran utk dikira point tu,mmg betul lah seperti yg dikatakan di atas….

  53. kenneth jackson says:

    Rayuan akan dibuat pada 17-30 april 2009.
    Bagaimana saya menyemak samaada rayuan diterima atau tidak.
    Kepada siapakah saya akan berhubung.
    Sekian dan terima kasih

  54. yg mane lebih baik asasi di uviversiti atau matrikulasi???

  55. Budak baik dan Afiq,
    Sila rujuk komen aFiQue91, ini boleh membantu menjawab pertanyaan anda.

    Afiq,
    Matematik adalah salah satu matapelajaran di matrikulasi.

    Kingromences,
    Salinan keputusan peperiksaan yang telah disahkan.

    AfiQue91,
    Terima kasih kerana berkongsi maklumat di sini.

    Mengenai Asasi di universiti dan Matrikulasi KPM pula bergantung kepada perancangan masa depan pelajar yang berkenaan.

    Kenneth Jackson,
    Semakan boleh dibuat di laman web Pra Universiti, Kementerian Pelajaran.

  56. ^fahana^ says:

    salam..boley x tragkan skali lagi tentang merit..syer tidak faham akan pnjlsn afique91…adakah untk progrm 2thun,tidak mlbihi 15 mata???
    kpusn spm syer

    bm-1a
    bi-1a
    mte-1a
    sej-2a
    pai-2a
    +mte-4b
    kmia-4b
    bio-4b
    fzik-5c..

    bgaimane sistem kiraan merit untk kptsn syer..

  57. Fahana,
    Salam… ketentuan merit untuk pengambilan sesi 2009/2010 belum diketahui lagi tetapi saya difahamkan untuk sesi sebelumnya mereka yang mendapat merit 13,14 dan 15 akan mendapat matrikulasi 2 tahun.
    Berdasarkan keputusan SPM anda, jumlah merit anda adalah 13.

  58. aFiQue91 says:

    nilam..
    alhamdulillah sy dpt 7A1 4A2 1 B4

    B4=bi0l0gi…

    sy hendak melanjutkan pengajian dlm medic ke Overc…sy apply melalui jpa…ttp x dpt(sbb fiz dpt b^^)……jd sy buat keputusan nak masuk m3x dulu………..
    klu sy masuk m3x , adkah mara/jpa akan menawarkan biasiswa kpd pljr ex m3x???

  59. aFiQue91 says:

    memandangkan peluang utk melanjutkan pelajaran dlm bdg medic dlm ngr adlah amat terhad……
    itulah sbb sy nak melanjutkan pljr ke Oversea……..
    sy bru mendapat keputusan spm bru2 ni……….^^

  60. aFiQue91 says:

    silap lak….b4= fiz…..bi0logi= A1

    psv=a1
    bi=a1
    sej=a1
    mm=a1
    bio=a1
    kim=a1
    pqs=a1
    psi=a2
    mt=a2
    est=a2
    bm=a2
    fiz=B4

  61. AfiQue91,
    Tahniah! Jangan risau tentu ada hikmah kenapa anda gagal mendapat A untuk matapelajaran Fizik. Peluang anda untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan ke luar negara selepas Matrikulasi memang ada.

    Saya difahamkan pihak MARA/JPA ada datang ke Kolej Matrikulasi untuk menawarkan peluang belajar ke luar negara selepas tamat matrikulasi.

  62. aFiQue91 says:

    OOooo…terima kasih , nilam….insyaalah bile kat matrik nanti sy akan akan cube scOre pointer 4.00…….insyaallah….

  63. JAMES_BORN says:

    result sye:

    bm:A1
    BI:C5
    MM:A1
    MT:D7
    PA:A2
    PD:A1
    SJ:B3
    TASAWUR:A2
    SC:A1
    AG:A2

    CAM NI DPT KER???????

  64. JAMES_BORN says:

    yg kat ats tu sye mohon utk mrtrik perakaunan

  65. JAMES_BORN says:

    cam ne kira merit untk sye klu x amek subject sains??????

  66. Maxwell Joseph says:

    afique91, ini result sy:
    BM-A2
    BI-B3
    M3-A1
    MT-A2
    FIZ-B4
    CHEM-C5
    BIO-B4

    Tolong hitung sy punya pemarkahan merit, bleh x?

  67. aFiQue91 says:

    maxwell joseph,

    Berdasarkan keputusan SPM anda, jumlah merit anda adalah 12.

  68. Maxwell Joseph says:

    ada peluang masuk matrik x?

  69. aFiQue91 says:

    rasenyer ade maxwell…..ttp perlu mengikut ketentuan merit untuk pengambilan sesi 2009/2010 la…….

  70. AfiQue91,
    Sama-sama, insyaAllah anda akan cemerlang di Matrikulasi dan akan mendapat peluang untuk sambung belajar di luar negara. Terima kasih juga kerana membantu menjawab pertanyaan di sini.

    James Born,
    Anda memang ada peluang untuk diterima masuk ke Matrikulasi Perakaunan. Sila rujuk jawapan saya kepada Adieq91 di atas.

  71. asahina_69 says:

    thn ni brp markah merit yg perlu Asa dpt bagi program 1 thn? huhu….

  72. sy ade 2 soalan ;-
    1. brdasarkn result sy,brape merit yg sy dpat? layak tak utk msuk matrix?
    bm =2A
    bi =1A
    mm =3B
    mt =7d
    chem =4B
    phy = 6C
    bio =5C
    tas =3B
    sej =2A
    agama =2A
    est =5C

    2. sy terpilih utk plkn intake ke-3,pada blan jun..katakanlh sy terpilih utk matriks 2 tahun,di mana kena mndftar pd 15 jun,tp sy pegi plkn pd 16 jun.camner nak daftar kalau camtu?

  73. Maxwell Joseph says:

    leeya91, jumlah merit anda ialah 19.(m3, mt, chem dan bio). Layak atau x, sy x tau…sbab sistem pendidikan negara berkemungkinan bleh berubah dari semasa ke semasa.

  74. Salam.
    Betul ke borang permohonan ke matrikulasi wajib dicetak?Klu x cetak x pe tak?

  75. rasenyer perlu dicetak sbb kite akan dpt nombor yg perlu kite hafal….nombor itu sebagai bukti…wallahualam

  76. Terima kasih aFiQue 91 di atas maklumat tersebut.Klu x keberatan ada 1 soalan lg.Semakan kemasukan ke matriks hanya boleh dibuat pd 17 April je ke?Klu 18 April dan seterusnya boleh x?

  77. Terima kasih aFiQue91 di atas maklumat tersebut.Klu x keberatan ada 1 soalan lg.Semakan kemasukan ke matriks hanya boleh dibuat pd 17 April je ke?Klu 18 April dan seterusnya boleh x?

  78. semakan boleh dibuat pd tarikh 17 /4/09 onwards….hari2 yg lain slps 17 haribulan b0leh jugak…tp klu nak suruh sy tlg check b0leh jugak…..bg no ic ngan no giliran spm……hantar kat afique91@hotmail.com

  79. aFiQue91,mcm mane nk tau semakan keputusan matriks melalui sms……

  80. yus0p,
    selain semakan online anda juga b0leh menghantar sms dgn menaip MAT jarak nombor kad pengenalan pelajar ke talian 15888 atau menghubungi bantuan bahagian matrikulasi di 03-88844100 pada hari bekerja (8.30 pagi hingga 4 petang ) bagi mengetahui status permohonan.

  81. Maxwell Joseph says:

    yes! aku berjaya diterima ke matrikulasi labuan! bukain main nervous lagi tunggu keputusan sampai larut malam.hehe. kepada yg berjaya, sy ucapkan tahniah

  82. may i know how to do rayuan?Is it the possibility to get is low for non-bumiputera to make an appeal? so how about if i successfully appeal,then when i know the result and when i will be called to attend to register?

  83. alhamdulilah..saya berjaye masuk matrikulasi PST..
    seronoknye..
    tahniah eh pade yang berjaye..

    congrats to maxwell too..

    hehe..
    ade sesape dpt matrik tangkak..
    nnt insyallah jumpe lah kite yepp..

  84. maxwell & hazeera,
    tahniah sy ucapkan, sem0ga kita dpt struggle kat sane nanti…

  85. Maxwell Joseph says:

    tahniah juga kpd afique91….kita mesti ke matrik dgn semangat ingin belajar n struggle btul2 agar dpt pointer yg cemerlang kelak.

  86. siti hajar mohd nazir says:

    Salam Nilam,

    Saya sedih sebab tak dicalonkan ke matrikulasi tapi saya dah buat rayuan. Risaulah nilam. Jurusan Perakaunan ada ke 2 tahun… Tq.

  87. saya nak tnye, misalnye saya dpt matrix course sains tapi nak tukar ke perakaunan boleh ke?? macam mane caranye? Pls!!

  88. hazeera dpt tangkak? wah ,dekat sgt dgn kampung aisyah.jln kaki pun boleh 😀

  89. REY........ says:

    Kepada Bahagian Matrikulasi,
    TUAN,
    Saya baharu sahaja menyemak keputusan kemasukan matrikulasi 2009 & saya dapati yang saya tidak terpilih untuk mengikuti program tersebut…
    Semasa mengisi borang permohonan sebelum ini, saya telah memilih kursus
    ASAS SAINS.. PERTANYAAN SAYA:…..BOLEHKAH & BAGAIMANAKAH UNTUK SAYA MEMBUAT PENUKARAN KURSUS DRPD KURSUS ASAS SAINS KEPADA KURSUS PERAKAUNAN…????
    KEPUTUSAN SPM SAYA KURANG MEMUASKAN…
    B.M – 1A ADDMATH – 7D
    B.I – 6C GCE-O – 7D PHY – 5C
    PAI – 1A CHE – 4B
    SEJ – 2A BIO – 5C
    MATH – 1A TASAWWUR – 1A
    PSV – 1A

    LAYAKKAH SAYA MENGIKUTI KURSUS PERAKAUNAN BERDASARKAN KEPUTUSAN SPM SAYA…. HARAP PIHAK TUAN DAPAT MEMPERTIMBANGKAN RAYUAN SAYA
    & MEMBERIKAN JAWAPAN KEPADA SAYA DENGAN SEBERAPA SEGERA…. ASSALAMUALAIKUM WBT…

  90. salam..

    berapa merit untuk pst dan pdt untuk thun ni

  91. salam

    saya ingin bertanya, saya telah mendapat tempat di Kolej Matrikulasi Kedah. Tetapi saya ingin memohon untuk bertukar ke Kolej Matrikulasi Melaka ataupun Kolej Matrikulasi Negeri 9. Ada takpeluang untuk saya buat pertukaran dan bagaimana prosedur yang perlu saya lakukan.
    Harap dapat membantu.

  92. salam bayang,…
    berdasarkan laman web kolej matrikulasi melaka(KMM) yang saya baca di bahagian soalan lazim,calon tidak dibenarkan bertukar kolej..
    tapi tak tahu pulak boleh atau tidak buat rayuan untuk pertukaran kolej..
    bagi sesiapa yg tahu,sila inform pada kami..
    alhmdulillah,saya dapat melaka…dekat sikit dgn johor..
    jgn jealous bayang..heheheheh.. ^o^

  93. Maxwell Joseph says:

    Bila agak nya surat dari matrik akan sampai ke rumah kita?

  94. maxwell joseph,surat tawaran akan dihantar 2 minggu sebelum hari pendaftaran.
    surat tawaran akan dihantar dari kolej pada 20 april 2009.

  95. Maxwell Joseph says:

    surat akan dihantar dlm bentuk pos laju atau pos biasa?

  96. maaf maxwell joseph,
    saya tak pasti..mungkin pos biasa macam surat2 tawaran IPTS yg kita dapat sebelum ni..kita tunggu je sama2..heheheheh

  97. bayang, kte same lh dapat kat kuala nerang…..
    jauh sgt la…sye mntk dekat johor,melaka,n smbilan…..
    pastu dapat lak kat kedah……….cam ne bleh jadi cam 2……

  98. sya xdpt msuk utk sesi stu thun..apaka pluang sya cerah utk msuk ke sesi 2 thun?
    kputusan sya :
    bm-a1
    bi-b3
    m3-a2
    sjrh-a2
    MT-d7
    kim-b4
    bio-c5
    est-b4
    Ai-b3

    tima kasi….

  99. Hmm,maxwell..surat akan dihantar dlm pos laju..sy tahu pun disbbkan abg sulung sy yg pernah masuk matrik sesi 2007/2008…hehehe…hrp jwapan sy dpt mbantu..

  100. Maxwell Joseph says:

    oh ya, baru sy ingat..mmg btul lh surat dihantar dlm pos laju, sbb kedua-dua abg sy pernah ke matrik n surat mrk dihantar melalui pos laju.

  101. yeke?baguslah kalau pos laju..
    thanx nurul^o^

  102. Maxwell Joseph says:

    satu lg sy nak tanya…tp soalan ni lari topik ckit ye.hehe. Ada sesiapa x di sini ada memohon UniKL MIAT?

  103. Yup,ur most welcome,saiyidah……^_^
    Saiyidah n maxwell dpt matrik kat mana???

  104. saya dapat kat melaka..
    nurul,berdasarkan pengalaman ur bro,asrama utk student mcm mane ae?
    dorm ke bilik?
    saje je tanya..nak berangan ni..hahahahah

  105. Best of luck ye,saiyidah..kat matrik..
    hmm,asrama utk students adalah bilik…satu bilik akan ada 4 student…
    matrikulasi mdidik plaja serba sedikit cara khidupan di universiti..

  106. Maxwell Joseph says:

    sy kat matrik labuan…Cik Nurul pula?

  107. yes…! alhamdulillah bilik..
    hahahahah..
    memang terasa mcm kat university la ..
    nurul dpt mane?..korang,kita study btl2 kat matrix..
    guna sebaiknya peluang yg ada…

  108. Maxwell,sy pun kat Matrik Labuan jg…
    Owh ye,bkenaan dgn UniKL MIAT…hmm,itu adalah private U kan..???
    sy x ada memohon pun..hehehe..tp di situ pun ada dtwarkan foundation jg..
    kalau sy x silap lah….

  109. sy kat matrik Labuan,saiyidah….

  110. Maxwell Joseph says:

    ya, sy ada mohon kat sana. Nurul dari kch? sibu? miri? or sabah?

  111. Sy dr Sibu…Maxwell pula dr mana???

  112. Maxwell Joseph says:

    Nurul, kamek miak kch.hehe. Jom kita klakar bahasa s’wak ctowk.hehe

  113. Lah..kenak x madah awal2…hahaha..
    ktk org nie…bidayuh kah???
    jumpa kelak,k..kat matrik labuan..hehehe..mun kita btemu lah…

  114. hahahahah..org sarawak dah mai..
    harap maaf,anda diminta menggunakan bahasa malaysia atau english sahaja….
    heheheheh..gurau je..^o^..
    good luck ye semua..

  115. Yeah2..srawakian sudah mari..Ahahaha…saiyidah..kita kan rakyat Malaysia yg bbilang kaum..jd smua bahsa dpt digunakan..hehehe…

  116. bhasa sarawak kini kian popular..
    yelah,kerap kali jugak keluar tv..heheheheh..
    tahniah la…..
    zaman dah berubah,dunia semakin maju..
    ^o^

  117. Maxwell Joseph says:

    yup…kamek bidayuh…camne lh mun byk gilak org benama nurul kat matrik labuan klak…?haha. Aok, harap kita bertemu klak..ish, x sangka bahasa s’wak sempat juak diguna lam internet tok.haha

  118. Hehehe…nama Nurul mmg glamour bah…iboh jealous,max..ahahaha…mun ada rezeki btemu kalik..hehehe..nanggar lok kelak..lgpun nama ktk snng ckit mok crik bah..nama ktk unik bbnding nama mek…ahahaha..aok,eh…x sngka mlayu srwak dipakei kat ctuk….hehehe

  119. terkelu lidah kamek,diam membisu..hahahahah
    kamek enggak ngerti..^0^

  120. Maxwell Joseph says:

    ooops…sori. Tersalah guna bahasa td…

  121. Salam,

    btOl ke lau dah dapat tawaran mtrx, kta x kn dapat tawaran utk asasi?
    saya nk sgt msuk asasi, huhu

  122. Thanx aFiQue.Saya da check td.Dpt matriks Penang.Kpd sume yg brtya,thanx, sbb bila korang tya nilam and afique akan jwb so saya x prlu tya lg,hihi..anyway,thanks skali lg kt afique sbb nk tlg check utk saya.Tp x pe,saya da check arini.ALL DA BEST kpd sume.

  123. Salam… mula2 saya ingin meminta maaf kerana tidak dapat menjawab komen2 di sini memandangkan baru semalam sahaja saya dapat online. Saya tidak sihat untuk beberapa hari yang lalu.

    Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka yang telah menolong dan berkongsi maklumat di sini terutamanya Maxwell Joseph, aFiQue91, Saiyidah, Nurul dan lain2.

    Tahniah juga kepada semua yang berjaya ke Matrikulasi PST.

  124. Eyda,
    Salam… Jika layak anda juga akan dapat tawaran asasi kerana pengambilan Matrikulasi KPM dan Asasi diuruskan oleh pihak yang berbeza.

  125. syida_sunflower says:

    sy ney dpt perakaunan.bley tau x,bpe merit yg perlu seseowg dpt utkmsuk mtrk PST dlm prakaunan..?

  126. ur most welcome nilam… ^o^
    nilam,
    panggilan asasi dari UM/UIA bila?

  127. NAK BUAT RAYUAN MATRIK SETAUN CUME TEKAN RAYUAN JE KN?
    OR KENE WAT SURAT RAYUAN?

  128. salam..
    saya xdapat menepati syarat2 yang dikehendaki utk masuk matriks
    (add math = 7D)..
    yang lain sume ok…
    adakah saya comfirm tidak diambil dalam program matriks ni??

  129. surat dah sampai laaa
    =p

  130. Syida Sunflower,

    Saya belum ada maklumat mengenainya lagi.

    Saiyidah,

    Keputusan permohonan boleh disemak pada awal Mei sebelum pendaftaran Matrikulasi tetapi bila perlu mendaftar tak tahu lagi. Tahun lepas, Asasi UM mendaftar pada 25 Mei 2008 dan Asasi UIA pada 10 Jun 2008.

    Yana,

    Ya betul.

    Fadzlina,

    Ramai yang memenuhi syarat pun gagal mendapat tempat tetapi tidak salah jika anda ingin membuat rayuan cuma jangan memberi harapan yang tinggi.

  131. Salam Nilam,
    Bilakah surat tawaran dari matrikulasi akan sampai???

  132. Nurul,
    Salam… Surat tawaran sudah pun mula dihantar oleh Kolej Matrikulasi secara berperingkat-peringkat kepada calon yang berjaya.

  133. nilam,
    bagaimana jika postman tu datang,tapi rumah kosong?
    surat tu akan ditinggalkan sj atau perlu diambil di pejabat pos?

  134. surat tawaran smpai pos biase je la……
    smlm da smpi da surat tawaran nye….
    sape kate gune pos laju??????

  135. amboi…malaysian toll..mcm2 bhsa ade..huhuhu..ade spe2 dpat kdah,kat chglun..

  136. ye ke joe?baguslah kalau lalu pos biase..tak de lah susah2 nak gi pejabat pos..
    thanx joe..korang semua dah dapat ke surat tawaran tu?..
    huhuhu..tak sabar nak tgk..^o^

  137. J Glory J says:

    hello.. sa dpt pst di Johor cwgn Pontian ..
    Ada sapa2 dpt di sana ka?
    Sa blum dpt lg surat tawaran dr matrik gak..

  138. byk b0rang kene isi ………..huh

  139. J Glory J

    aku dpt c2..
    hehe

  140. anoygurlz says:

    oit2
    aku dpt n9!
    ade sesape dpt n9?
    bdk skola aku 2org je dpt sane
    ciss
    huhuhu

  141. Saiyidah,
    Bergantung kepada jenis perkhidmatan pos yang digunakan. Jika pos biasa surat akan ditinggalkan di peti surat sahaja tetapi jika pos laju, posmen akan meninggalkan kad pemberitahuan di peti surat dan anda perlu mengambil sendiri surat tersebut di pejabat pos yang ditetapkan.

    Joe,
    Oo ya.. okaylah tu. Mereka yang lain harap bersabar surat tawaran anda pasti akan tiba tak lama lagi.

    AfiQue91,
    Biasalah tu, banyak maklumat yang diperlukan. Apa2 pun isi dengan teliti supaya tidak timbul masalah semasa mendaftar nanti.

  142. J Glory J says:

    hi adel91…

    pa khabar?

    bguslh wak dpt sana?

    Wk asal dr mana?

    sa da dpt surat tawaran tadi ptg.. hehe

  143. salam……kalau merit saya lbih drpd 15,memang xbpLuang msuk matrx ker??saya juz dapat A1 mate,C5 +mate,C5 bio,C6 chemist and physics….
    uRm=:(

  144. sdih sangat…
    niLam,memang xkan dapat msuk mtrX kEr untuk PDT??

  145. saiyidah org mane?
    dpt matriks melake ek??

  146. salam…
    berapa merit untuk thun ni bg pst dan pdt..
    hrp nilam tolong jwb

  147. j glory j

    sy dr kl..

    hee..

    baek aje seyhh..

    hope jumpe kat sne

    =p

  148. yana,sy org johor..
    ha’ah..dapat mlake..yana?
    matrix tertua tu…

  149. same2..
    mtrix mlake gak..
    ha’ah mtrix tu agak uzur..
    hheheh

  150. huahuahua…
    yana org mane?
    daftar fasa ke brape?
    sy fasa 2,maybe dapat sains fizikal kot..(”,)

  151. saye org cheras..
    ade fasa ke??xtau plk..
    tp daftar 11 mei..
    erm mcm mane tau dpt sc fizikal??
    saye xtau dpt sc ape..
    tp dlm borang nk tulis ape ek???

  152. ini ikut firasat saya r..hahaha..yana ade dpt pas kenderaan kan?kat situ ade bgtau kita,daftar fasa ke brape…
    fasa1= 8.30pg-10.00pg
    fasa2= 10.30pg-12.00t/h
    fasa3= 2.00t/h-3.00t/h
    maybe fasa1 for hayat,fasa2 for fizikal,fasa3 for account…
    ni teori utk matrix mlake..
    tp x tau r betul ke tak teori ni..huhuhu..

  153. ops! silap sikit..
    fasa3=2.ooptg-3.30ptg

  154. eh,tp sy x pasti tau…hahahahah..
    x pe lah..tua pon tua lah..
    banyak pengalaman tu.. (”o)

  155. owhhh yg tu..
    same la..
    sy pn fasa 2..
    hehe

  156. Sue Iela,
    Salam… Saya belum ada maklumat tepat berapakah markah merit yang sebenar untuk pengambilan PST dan PDT tahun ini. Apa2pun pastikan anda membuat rayuan.

    Sue91,
    Salam… Saya belum ada maklumat tepat berapakah markah merit yang sebenar untuk pengambilan PST dan PDT tahun ini.

    Saiyidah dan Yana,
    Walaupun KMM adalah antara kolej yang terawal, saya pasti ia diselenggara dengan baik untuk keselesaan para pelajar.

  157. thanx nilam..
    sebenarnye,KMM is my first choice…
    heheheheh..

  158. yup2..thnx nilam..
    xkesah pn…
    asalkn blaja kn..

  159. ALUU, NILAM,, NAK TANYER NI, SAYE DAH CEK KMASUKAN K MATRIX, TAPI SAYA HANYA KEMUNGKINAN DAPAT PENGAJIAN 2 TAHUN,, BOLE TAK NILAM TERANGKAN KEPADA SAYE SECARA TERPERINCI MENGENAI PEMBELAJARAN DALAM PENGAJIAN 2 TAHUN NI… SAYE NAK YANG TERPERINCI.. HHEHEH, BOLAH YER…. PLEASEEEEEEEEEEEEXZZZZ..

  160. j glory j says:

    hi adel91,

    mgkn saya tggu upu dulu..
    klu dapat upu…
    sa mgkn tolak tawaran matrik…

  161. Saiyidah dan Yana,
    Sama2… apa yang penting fokus pada study dan dapat keputusan yang cemerlang.

    Fardyno Hadzel,
    Sila rujuk Program Dua Tahun (PDT) Matrikulasi untuk maklumat lanjut.

  162. lg s2 soalan nilam…
    urm,memang kita akan dapat antara slh s2 mtrik yg kita plih ek drpd 3 choice tu??
    or myB kita akan dapat matrik yg Lain??

  163. Sue iela,
    Keutamaan akan diberi kepada tiga pilihan anda itu tetapi kemungkinan ditempatkan di kolej lain masih ada.

  164. nilam atau sesiapa yang tahu…….
    adakah kita kene buat pengesahan penerimaan matrik kepada pihak kolej dahulu…..
    macam ipt…..

  165. Joe,
    Tidak perlu, anda cuma perlu datang mendaftar pada 11 Mei ini.

  166. kelbrouse_chan says:

    assalamualaikum sume(wat yang beragama Islam)

    keliru2!!!!!
    itu perasaan yang memblenggu majoriti lepasan SPM bagi setiap tahun..
    antara matrikulasi, asasi ataupun diploma…

    saya ditawarkan mengikuti matrikulasi di gopeng..
    dan juga mengikuti program Diploma Kejuruteraan Mekanikal di UiTM.

    Memang bertepatan dengan minat sya untk melanjtkan pengajian dlm bidang kejuruteraan mekanikal sejak dulu..
    Namun masa pengajian yang lebih panjang membuat saya teragak2 untuk mengikuti program Diploma..

    walaubagaimanapun, program matrik yang bagaikan umpama 100 meter bgaikan ‘nightmare’ bagi saya..
    pembelajaran yang begitu padat dengan subjek yang banyak agak membebankan untuk saya..tmbhan, PNG yang diselaraskan untuk mengikuti program Degree dalam engineering if i’m not mistaken about 3.70..right??

    saya merupakan bekas pelajar MRSM Langkawi batch SPM 2008..
    keputusan SPM sya ialah 7 A1 3 A2..
    hope anyone of you could give any suggestion for me to solve my problem..

    matrikulasi atau diploma???

  167. kelbrouse, ak rase baik ko g uitm……
    biar la lmbt sikit…..
    tp,klu otak ko gile2 baik ko g matrik……

  168. ak pn x tau nk g matrik atau uitm………

  169. Kelbrouse dan Joe,
    Salam… cuba rujuk Pilihan Antara Matrikulasi, Asasi Atau Diploma mungkin boleh membantu membuat keputusan.