Semakan Permohonan Ke Matrikulasi KPM Sesi 2009

Pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang sudah membuat permohonan Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran sesi 2009/2010 boleh mengemas kini permohonan mereka secara online mulai 9 Februari sehingga 20 Februari 2009.

Proses semakan ini dibuka bagi membolehkan pelajar mengemas kini permohonan selain membuat pembetulan mengenai maklumat diri, alamat dan jurusan yang dipohon.

Di samping itu pelajar yang memenuhi syarat dan berminat ke kolej matrikulasi yang menawarkan jurusan teknikal akan dibuka pada sesi 2009/2010, boleh menambah pilihan jurusan dan kolej yang diinginkan iaitu Kolej Matrikulasi Kedah (Cawangan Pendang), Kolej Matrikulasi Pahang (Cawangan Jengka) dan Kolej Matrikulasi Johor (Cawangan Pontian).

Pelajar hanya perlu memasukkan nombor kad pengenalan dan angka giliran SPM atau nombor lembaga peperiksaan dan angka giliran SPM untuk membuat pindaan.

Semakan dan pindaan ini boleh dibuat di laman web Pra Universiti, Kementerian Pelajaran Malaysia.

Reblog this post [with Zemanta]

Related posts:

  1. Permohonan Kemasukan Ke Matrikulasi KPM Sesi 2009
  2. Keputusan Kemasukan Matrikulasi 2008
  3. Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia
  4. Permohonan Kemasukan IPTA Sesi Akademik 2009/2010 Lepasan Matrikulasi Dan Asasi
  5. Kolej Matrikulasi Perlu Dimantapkan

Subscribe / Share

Article by Azhad Nilam
ePutra cuba membantu menyampaikan maklumat yang berkaitan dengan pendidikan di Malaysia. Semua maklumat di sini boleh digunakan semula tetapi sila buat pautan atau rujukan kepada ePutra.com. Terima kasih.
Azhad Nilam tagged this post with:
, , , , ,
Read 485 articles by

Makluman

Peta Minda
 
Recent Comments Tags
Follow ePutra on Twitter
ePutra

Archives