Semakan Tawaran Ke Tingkatan 4 & Tingkatan 1 MRSM Ambilan Kedua 2013

Semakan Keputusan Rayuan MRSM Tingkatan 1 2013

Para pelajar UPSR 2012 yang ada memohon memasuki Tingkatan 1 di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) dan gagal mendapat tempat semasa pengambilan pertama bulan awal Februari lalu boleh menyemak sekali lagi permohonan mereka untuk mengetahui keputusan rayuan.

Semakan Ambilan Kedua MRSM Tingkatan 1

  • Keputusan pengambilan kedua MRSM Tingkatan 1 2013 boleh disemak melalui laman web Majlis Amanah Rakyat di
  • Semakan boleh dibuat dengan menggunakan nombor surat beranak atau nombor kad pengenalan atau angka giliran UPSR.

Semakan Keputusan Rayuan MRSM Tingkatan 4 2013

Maktab Rendah Sains MARA - MRSM

Para pelajar lepasan PMR 2012 yang ada memohon memasuki Tingkatan 4 di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) dan gagal mendapat tempat semasa pengambilan pertama awal Februari lalu boleh menyemak sekali lagi permohonan mereka untuk mengetahui keputusan rayuan.

Semakan Ambilan Kedua MRSM Tingkatan 4

Pengambilan Ketiga

Tahniah kepada para pelajar yang telah terpilih! Mereka yang gagal jangan hampa kerana MRSM biasanya ada ambilan yang ketiga jika masih mempunyai kekosongan.

Maklumat

Sebarang pertanyaan dan maklumat tambahan mengenai keputusan ambilan kedua ini boleh diperolehi dengan menghubungi MRSM yang ditawarkan atau Bahagian Pendidikan dan Latihan (Pendidikan Menengah) MARA di talian 03-2690 3765 / 03-2613 4509 / 03-2613 4513.

41 thoughts on “Semakan Tawaran Ke Tingkatan 4 & Tingkatan 1 MRSM Ambilan Kedua 2013

  1. Rakan y lain semua y merayu dpt walaupun result sy lbh tinggi tp knp sy x dpt..dorang bru dpt y ambiln kdua ni,tnpa merayu..tiada cara nak masuk mrsm lg ka?help me:(

    • Maksud sy dorang xda merayu slps gagal ambln ptma,tp mcm mana blh dpt.

      • prihatin says:

        Mesti ada yang tak kena ni…bekerjalah kerana Allah…..Semoga Allah S.W.T menentu rezeki anak-anak kita…..baik caranya , insyaAllah baiklah rezekinya…belajar mana-manapun sama je…

  2. saye pon same..x dpt..sedih sangat..

  3. Pelajar Kecewa says:

    Saya juga turut kecewa kerana selain dari pencapaian cemerlang UPSR, saya juga aktif dalam ko-kurikulum….malangnya tidak terpilih. Sedangkan rakan saya 4A1B dapat atas program murid miskin. Sedihnya.

  4. saya pun x dapat …ya allah sedihnya :'(

  5. kenapa bila nak rayu lagi dia kata 'anda sudah hantar rayuan'…adakah rayuan yg sebelum ini masih boleh dipakai lagi?

  6. ibu redha says:

    Walaupun terkilan anak tidak berjaya ke mrsm kena redha. Memang tak ada rezeki agaknya. Pastinya ada hikmah. Ini merupakan anak yang ketiga tidak berjaya.Alhamdulillah kakaknya juga cemerlang dalam pmr 2012 walaupun di sekolah biasa dan dia juga tidak berjaya mendapat tempat di mrsm kali ini. Teruskan usaha

    insyaAllah pasti berjaya walau bersekolah di mana saja

  7. Aiman Farid says:

    Anak saya juga tidak dapat. Saya tahu ramai yang dapat menggunakan "kabel" tertentu. Mula-mula tak percaya tapi sekarang saya faham maksudnya.Xpe la kalau rezeki anak saya diambil oleh anak orang yang ada kabel tu, saya tidak redha dan moga Allah membalasnya…pihak kakitangan MARA kena telus dan amanah semasa menjalankan tanggungjawab yang telah diamanahkan….di dunia lepas di akhirat ada perbincangan sal ada pihak tak berpuas hati…

  8. Sehingga kini anak saya masih belum lagi berpeluang ke MRSM dgn 5A yg berperolehinya. Mungkin masih belum ada rezeki nampaknya. Saya tetap berdoa.

    • Telefon pej. mara menggunakan no. 26134513 tak pernah berjawab. Saya amat berharap anak saya dapat masuk MRSM ni. Ini Angka Giliran Anak Saya : BH5675119.

  9. salam,,,,,knpe adik sy punya tiada link untuk buat rayuan??boleh bg pandangan…mohon membantu……..

    • Kalau result UKKM tak capai target yg MRSM letak = markah rendah dari markah minimum MARA, kalau ibu/bapa pemohon ialah penjamin kepada peminjam MARA di mana peminjam itu ada baki tertunggak dengan MARA ATAU ibu/bapa ialah peminjam MARA dan ada baki tertunggak.

      Cara nak check nama clear atau tidak sebagai penjamin ialah talipon MARA, Bahagian Kawalan Kredit. Beri nama & IC.

      Sebelum check, call MARA Bahagian Hal Ehwal pelajar, beri no giliran anak/ic anak to check kalau ada dapat tawaran atau tidak. Mereka hanya boleh kata ‘dapat/tidak dapat’. Itu saja.

      Kalau nak bayar sebagai penjamin, kena check berapa jumlah untuk lepaskan nama anda. Bayar atas nama anda [penjamin]. Lepas bayar, walaupun peminjam masih ada sejumlah tertunggak, nama penjamin tersebut tidak akan tersangkut.

  10. mungkin xdapat 5A atau sebab2 lain

  11. assalam….saya sebagai seorang ibu pun merasa kecawa sebab anak bongsu saya tidak dapat melangkah ke MRSM seperti abang-abangnya…..sudah ke-3 x,saya mencuba namun tetap masih sama tidak layak ….entah dimana silapnya saya pun tidak tahu namun begitu saya redha mungkin anak saya tidak ada rezeki nampaknya, cuma saya sedih melihat anak saya walaupun dapat ceremalang dalam UPSR tapi tidak dapat ke MRSm……

    • cukup2 la anak akak tu masuk mrsm..sekurang2nya ada jugak anak akak masuk mrsm drp anak saya mohon mrsm tak pernah dapat semenjak dari kakak dia lagi. saya yg baru lepas upsr ni..anak saya pun dapat 5a gak dan kokurikulum cemerlang tetapi masih xcukup utk mrsm ni..diharap yang dpt tu betul2 telus kerana jika tidak tak berkat

    • Pertama sekali MARA tgk ialah result UKKM. Kalau result tu okay, lepas tu MARA akan tengok markah interview. Lepas tu MARA akan tengok kokurikulum.
      Kawan anak saya dapat 5A [masa percubaan, Top 10 di sekolahnya di mana pelajar 5A hampir 80 org] .. tetapi dia masih skrg tidak dpt tawaran. Dia tiada pangkat apa2 [dalam kelas mahupun di dalam kelab/persatuan] .. Dia tidak aktif dalam sukan. Dia bukan pengawas/pengawas perpustakaan/surau].
      Anak perempuan memang susah nak dapat kerana terlalu ramai pelajar perempuan yg dapat 5A merebuti tempat2 terhad di asrama berbanding dengan jumlah pelajar lelaki yang cuba dapatkan tempat2 [jumlah yg sama]

  12. sedih tak dapat . Emm untuk pengambilan ketiga , kena buat e-rayuan ataupun hanya tunggu keputusan sama ada layak atau tidak ?

    • saya dah p pejabat mara nk tye pasal ambilan ke3.Pegawai tu jwb dlm proses.Penipu x telus dlm buat keje.saya balik 2 hari kemudian dpt tahu kwn ank saya dpt ambilan ke 3.Mara sms n cal mak dia.hampa.bila nk jumpa pegawai depa kata pegawai cuti. xkan pejabat tggi melangit semua pegawai cuti////

  13. kakak saya 5a tapi x dpt mrsm.sedeh

  14. wan haslinda wan hasan says:

    Merayu spy anak sy terpilih ke panggilan ke 3..berharap sgt dia krn semua teman rapat yg sama 5A berjaya.

  15. Bln brapa ambln ke 3?

  16. mcmana nak buat rayuan? adik sy 8a 1b . b (bhasa mlyu). agak2 boleh diterima x?

    • Adik kalau perempuan, susah sikit sebab lebih ramai lagi pelajar perempuan yg dapat straight As yang nakkan tempat di MRSM.
      Kalau kokurikulum adik Asraf okay [wakil sekolah sukan. persatuan dll].. mungkin ada peluang.
      Ada keluar link untuk rayuan tak?
      Kalau tidak ada, mungkin result UKKM rendah, atau ibu/bapa jadi penjamin kepada peminjam yg ada baki tertunggak dgn MARA atau ibubapa sendiri peminjam yg ada baki tertunggak dgn MARA.
      Sila telefon MARA, Bahagian KAwalan Kredit utk check nama sangkut/clear.
      Kalau jadi penjamin, hanya bayar bahagian penjamin saja dari baki tertunggak tu ATAS NAMA PENJAMIN.

  17. Saya nak share ada juga yg dah dapat SBP tapi dapat mrsm jumpa dgn pegawai mara macamana boleh berlaku sedangkan kalau dah dapat sbp tak boleh dapat mrsm bagilah peluang yang merayu berkali2 tapi tak dapat kenalah adil. Itu belum lagi bab yang pakai kabel kawan anak saya masa interview x boleh bercakap langsung tapi dapat sebab pakciknya kerja kat mara. Fikir2kan lah jalankan amanah Allah dengan jujur

  18. saya percubaan dapat straight A. PMR sebenar pon dpt straight A.tp tak dpt pon mrsm.dah buat rayuan pon tak dpt.:( sijil koko yg saya lampirkan masa hantar permohonan pon lebih bnyk drpd orang lain tp orang lain dpt..saya juga seorang pengawas dan merupakan tokoh pelajar PMR sekolah pon tak dpt jugak.. 🙁

    • Mereka tgk result UKKM. Kalau rasa exam tu adik rasa senang atau okay.. maka sepatutnya dapat.
      Tetapi.. memandangkan yana = perempuan. Pelajar perempuan susah nak dpt sebab sangat ramai girls dpt 8A dan nak tempat di MRSM.

      • UKKM?…. tu semua syarat aje. Lagipun apa sangat la soalan UKKM tu. Bukan susah mana pun, takkan seorang pelajar cemerlang seperti yana tak mampu menjawab. Saya rasa dia memang layak ditawarkan berdasarkan pencapaian akademik serta ko kurikulum dia.

  19. matematik la sy rse susah sikit..tetapi SN sye rse okayy..tp mengapa kwn2 saya yg mse UKkm tidak dpt buat,,mereka kate susah sgt tetapi mereka yg dpt,.saya rse trkilan sungguh..ad yg tidak layka pon dpt masuk disebabkn mereka ade kabel..saya rse tidak adil lah begini..

  20. Kalau boleh buat rayuan,mknanya ujian kita pass ke ? Sebab sy boleh buat dua kali rayuan tp ada kwn sy yg tkde button click utk buat rayuan. Mcm mna ya ?

  21. saya merasa amat kecewa,…saya harap Allah memurahkan rezaki sy dgn ambilan ketiga…amin//

  22. Saya dpt 7a1b(BM gred b).adakah mrsm pertimbangkan subject teras (bm,bi,scn,mt)perlu dptA krn kawan sy yg 7a 1b(KH gred b) dpt ke mrsm b.pahat.saya pula b.melayu jatuh.adakah itu sebabnya mrsm susah hndk terima pohonan saya?

  23. marion jane says:

    Saya nak tahu bila next result rayuan mrsm ?

  24. Husna_Qalesya says:

    Saya cuma pelik, kenapa pelajar-pelajar 6A sekolah saya dapat masuk mrsm, dan kenapa pelajar-pelajar 7A tidak dapat? Saya mendapat greb B untuk Bahasa Inggeris. Kawan-kawan saya yang dapat 6A2B, salah satu subjek yang mereka dapat greb B ialah Bahasa Inggeris juga. Itu yang menghairankan saya kenapa pihak tertentu membuat keputusan sebegitu.

  25. abdul halim says:

    bila keputusan rayuan ke3 keluar? angka giliran AG1921008 / sijil lahir AU28708 tolong semak dimanakah akan ditempatkan?

  26. saye dh wat rayuan..tapi x dpt lagy..tunggu panggilan ke 3 hihihi..

  27. Orang prihatin says:

    Ade jugak budak2 yg walaupun dapat 4A 1B upsr, dpt mumtaz psra.. Tapi, syaratnya mesti 5A. Sepatutnya keputusan mcm ni patut dipertimbangkan kerana untuk mendapat mumtaz psra sangat sukar.

  28. Puan Fauziah says:

    Assalamulaikum,
    saya ingin tahu bagaimana pemilihan dibuat? terutama bagi anak perempuan. suami saya tidak ada pendapatan tetap tetapi saya seorang pendidik. anak saya walaupun bongsu tapi saya masih menanggung abang2 nya yg masih belajar di koleh dan universiti, kami tinggal di KL jadi setiap bukan cukup cukup makan dan hutang keliling pinggang. jadi bagaimana definasi miskin tegar tu? Bukankah baik jika setiap pelajar di maklumkan markah/merit beliau jadi kita dapat akur. macam kemasukkanuniversiti pakai PNGK jadi kita faham bila dapat atau tidka dpat sebab tahu cut off point untuk setiap universiti lebih kurang. tapi bagi kemasukan ke mrsm kita tak tahu.

  29. anak saya mendapat 8A dalam PMR. beliau tidak dapat ambilan pertama SBP dan juga ambilan pertama MTSM tingkatan 4. saya mempunyai 6 orang 4 masih bersekolah, di peringkat asasi dan universiti, suami tidak bekerja, anak2 tanggungan saya dan kami tinggal dibandar. apakah kebarangkalian anak saya mendapat rayuan tingkatan 4 MRSM? anak saya seorang pengawas dan ahli pada perstuan dll tetapi anak saya banyak masuk kokorikulum yang dianjurkan pihak luar. beliau lulus peperiksaan pihak mara. adakah anak saya tidak dapat kerana saya bekerja sebagai pegawai kerajaan atau pendidik? kerja makan gaji di bandar ni tidak menjadikan kami kaya. pada pandangan saya kriteria dan merit yang di gunakan MARA untuk memilih mesti diperbaikki dengan melihat gaji bersih dan samada keluarga tersebut mempunyai banyak hutang. sediakan ruang dari awal minta pelajar isi kenapa nak masuk MRSM bukan hanya masa link rayuan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title="" rel=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.