Soal Jawab Tawaran Kemasukan IPTA 2012

Keputusan permohonan kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Politeknik Premier bagi lepasan SPM dan setaraf telah diumumkan pada 7 Mei 2012 yang lalu. Seramai 46,698 pemohon telah ditawarkan tempat untuk mengikuti program asasi dan diploma bagi sesi akademik 2012/2013.

Sola Jawab Tawaran UPU

Jumlah itu mencatat peningkatan kira-kira 11 peratus berbanding 41,267 permohonan yang berjaya untuk sesi akademik tahun lalu. Sejumlah 218,931 permohonan telah diterima dan selepas ditapis, 189,959 permohonan layak dipertimbangkan.

Sementara itu permohonan kemasukan ke Politeknik dan ILKA bagi lepasan SPM dan setaraf dijangka akan diumumkan pada hujung bulan ini, mungkin 30 Mei 2012.

Bagi membantu mereka yang masih mempunyai kemusykilan, dikumpulkan di sini beberapa persoalan dan panduan mengenai tawaran kemasukan ke IPTA dan Politeknik Premier. Maklumat ini dikumpul dari laman web dan Facebook ePutra serta UPU.

Saya tidak mendapat sebarang tawaran dari UPU selepas keputusan diumumkan. Apakah peluang saya mendapat tawaran selepas membuat e-Rayuan yang akan ditutup pada 18 Mei ini?

Permohonan anda akan diproses dan pemilihan untuk mereka yang berjaya diperingkat rayuan adalah untuk mengisi tempat kosong pelajar yang tidak mendaftar di IPTA. Bilangan kekosongan sebenar hanya akan diketahui selepas pelajar baharu melapor diri kelak. Lazimnya tidaklah terlalu banyak, antara 5% ke 10% sahaja.

Saya telah mendapat tawaran program yang bukan dalam lapan pilihan yang saya pohon. Kenapa dan bolehkah saya membuat rayuan untuk tukar?

Pemilihan yang dibuat adalah berdasarkan markah merit iaitu 90 akademik dan ditambah 10 markah ko-kurikulum untuk mendapat markah penuh. Jika anda memohon program yang anda memenuhi syarat, permohonan anda akan diproses berdasarkan markah merit.

Dalam hal ini, anda tidak berjaya mendapat program yang anda pohon kerana ada pemohon lain yang lebih tinggi markah merit mereka telah mengisi kekosongan yang disediakan oleh IPTA.

Anda ditawarkan program diluar pilihan kerana mempunyai markah merit yang agak baik dan ditawarkan mengikut bidang pilihan yang anda nyatakan atau mana-mana program yang masih ada kekosongan.

Adalah menjadi dasar pemilihan UPU dan semua IPTA, bahawa pelajar yang telah diberi tawaran tempat TIDAK dipertimbangkan rayuan untuk pertukaran.

Untuk makluman saudara, bilangan pelajar yang tidak berjaya adalah terlalu ramai. Harap anda bersyukur dan mempersiapkan diri dengan persediaan mental dan fizikal untuk terus menempa kejayaan di masa hadapan.

Adakah permohonan saya untuk kemasukan ke program Asasi atau Diploma IPTA akan dibatalkan sekiranya saya menerima tawaran ke program Matrikulasi KPM?

Anda jangan keliru dengan keputusan masuk Matrikulasi KPM yang telah diumumkan pada 25 April 2012 lalu oleh Kementerian Pelajaran. Tawaran untuk ke Matrikulasi KPM dan tawaran ke IPTA/ Politeknik Premier adalah dua tawaran yang berlainan. Anda boleh mendapat dua tawaran. Pilihan di tangan anda. Buatlah pilihan dengan bijak.

Jika mendapat lebih dari satu tawaran, hendak terima tawaran yang mana?

Matrikulasi: Jika anda semua ‘berhati kecil’, tidak yakin dengan diri sendiri, liat untuk bekerja keras, inginkan kejayaan datang menggolek, maka eloklah anda tolak tawaran matrik walaupun ‘sebelah kaki’ sebenarnya sudah dapat masuk U.

Asasi: Anda berpeluang menikmati sesi pembelajaran dalam bidang yang anda minat serta suasana kehidupan di kampus di IPTA. Tak kena lelong ke nanti? Kalau pointer rendah tetap dilelong dan kena ambil kursus yang tiada kena mengena dengan bidang semasa di Asasi.

Diploma: Menyediakan anda untuk bekerja selepas tamat diploma. Nak sambung degree, tempat agak terhad kerana keutamaan diberi kepada lepasan STPM/ Matrik/ Asasi. Tak kena lelong? Betul…. tak dilelong sebab lepasan diploma ni kalau tak dapat tu, tak dapat la sampai habis. Kalau nak dapat, kena pointer tinggi-tinggi. Bila dah masuk U, hanya U tertentu saja yang serapkan pelajar diploma dia sendiri terus ke tahun 2. Yang lain, masuk tahun 1 macam orang lain juga.

Rujuk juga Matrikulasi, Asasi, Diploma atau Tingkatan 6, Apa Pilihan Anda?

Saya pelajar lepasan SPM buat permohonan untuk IPTA tapi tak dapat tempat baru-baru ni. Saya juga buat permohonan untuk Politeknilk/ILKA. Apa peluang saya mendapat tawaran ke Politeknik/ILKA?

Permohonan anda semua sedang diproses. Jika anda memenuhi kelayakan minimum syarat am, permohonan anda akan dipertimbangkan. Asas pemilihan adalah bergantung kepada markah merit anda dan juga bilangan tempat yan disediakan oleh Politeknik/ILKA bagi setiap program pengajian yang anda pohon.

Persaingan untuk mendapat tawaran memang ada tertakluk kepada pilihan program. Jika anda mohon program pengajian yang kompetetif maka saingannya lebih sengit.

Bagaimana markah merit bagi permohonan ke Politeknik/ILKA dikira?

Markah Merit bagi kategori permohonan ke Politeknik/ILKA dikira berdasarkan 3 perkara:

  1. 75 markah untuk pencapaian akademik (cara kiraan ada dijelaskan di panduan permohonan)
  2. 10 markah kokurikulum (diperolehi dari KPM)
  3. 15 markah Status Sosio Ekonomi (pendapatan ibubapa dan penempatan di bandar atau luar bandar)

Ini menjadikan markah merit penuh adalah 100. Mereka yang mendapat markah merit lebih tinggi mempunyai peluang yang lebih untuk berjaya mendapat tawaran kelak.

Kalau saya tidak menghadiri temuduga, adakah UPU akan menawarkan pilhan lain dari kursus yang saya pilih?

Jika anda tidak hadir temuduga, anda tidak dihukum. Anda cuma tidak akan dipertimbangkan untuk program tersebut sahaja. Pertimbangan akan diberi kepada lain-lain program pengajian yang anda pohon dari lapan pilihan.

Kalau saya gagal dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris tetapi mata pelajaran lain mempunyai kredit yang baik, adakah masih berpeluang ke IPTA?

Jika anda gagal mata pelajaran Bahasa Inggeris bermakna anda terlepas untuk memohon ke program yang mensyaratkan kredit dalam Bahasa Inggeris. Peluang anda menjadi semakin tipis kerana berebut program pengajian yang terhad sahaja.

Bagaimana jika saya terlepas untuk membuat permohonan?

Sistem permohonan UPU adalah secara online, tidak boleh tambah maklumat baru secara manual lagi. Oleh itu anda boleh cuba memohon untuk pengambilan yang akan datang terus melalui IPTA. Bagi yang ingin mohon program diploma, permohonan dibuka sekitar September/Oktober untuk kemasukan bulan Disember. Bagi program ijazah, sekitar November/Disember untuk kemasukan Februari 2013.

Walaupun begitu tidak semua IPTA membuka permohanan, sebagai panduan sila rujuk

Di samping universiti ada juga permohonan untuk Politeknik, Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) dan Institusi Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM) seperti berikut;

Semua permohonan di atas perlu dibuat terus ke universiti dan institusi yang berkenaan bukan melalui UPU.

Maklumat

Sebarang pertanyaan yang berkaitan tawaran kemasukan ke IPTA ini boleh dikemukakan kepada pihak UPU di talian 03 8870 6767 atau 03 8870 6777 atau 03 8870 6755/6766 atau 03 8870 6778 atau faks 03-8870 6864 atau e-mel : [email protected]

Pertanyaan boleh juga dikemukakan terus kepada IPTA yang berkenaan, sila rujuk Senarai IPTA Universiti Di Malaysia.

46 thoughts on “Soal Jawab Tawaran Kemasukan IPTA 2012

  1. Shah Reza says:

    Assalamualaikum Tuan, saya post komen banyak kali failed.. sila baca Tuan..

    Assalamualaikum dan Salam sejahtera Saudara Muslimin dan Muslimat.

    Saya Mohammad berasal dari Johor. Saya anak sulong dari 5 orang adik beradik. Saya berasal dari felda di segamat johor. Saya nak bertanya, meminta pandangan, dan meminta tolong pada saudara2 yang sudi membantu.

    Cerita yang saya ingin sampaikan mengenai adik perempuan kesayangan dan harapan saya sekeluarga. Beliau merupakan anak keempat dan bersekolah di MRSM Alor Gajah Melaka pada tahun lepas. Seorang yang sangat kuat belajar. aktif dalam akademik dan kokurikulum.

    Semenjak Sekolah rendah, beliau menunjukkan prestasi yang cemerlang dan mendapat semua A dalam setiap mata pelajaran yang ditempuhi waima UPSR 5A, PMR 9A (aliran agama), dan SPM 9A (aliran Sains).

    Baru-baru ini adik saya mendapat 9A dalam keputusan SPM yang baru diumumkan. Adik saya sudah memohon UPU melalui online, dan Biasiswa MARA. selepas keputusan UPU yang diumumkan semalam (7 Mei 2012), Adik saya mendapat tawaran dalam bidang diploma chemical engineering bertempat di UITM. sedangkan ada rakan2 dia yang mendapat result 6A, 7A mendapat tempat di asasi perubatan. Kami bukan x bersyukur dengan tawaran yang dia dapat, tapi saya sekeluarga dan adik saya sendiri berharap beliau boleh belajar bersungguh2 agar menjadi doktor supaya boleh tolong mak, dan ayah satu hari nanti. kami tak mengharap beliau ke luar negara dan sebagainya,

    Cukuplah dan memadai beliau boleh melanjutkan dalam mana2 asasi perubatan di dalam IPTA Malaysia. Saya tak tau macammana sistem UPU ambil pelajar. Adik saya membuat pilihan pertama hingga ke lapan, majoriti dalam bidang perubatan, pergigian tapi yang dia dapat diluar dalam bidang dia dan aliran dia. sedangkan saya yakin, dia mampu untuk pergi jauh.

    Saya askar berpangkat biasa dan saya harap ada dikalangan adik beradik saya ini mampu untuk bekerja sebagai pegawai kerajaan, doktor dan sebagainya supaya boleh tolong mak ayah suatu hari nanti. Sejak kecil, kami menumpang tanah felda milik datuk kami. Berbagai kerenah dan kisah sepanjang kami menetap disana. Kami nak buktikan pada keluarga bahawasanya kami akan Berjaya juga 1 masa nanti.

    Saya harap ada saudara2 diluar sana dapat membantu supaya adik saya mendapat tempat dalam asasi perubatan di IPTA kita. Saya sanggup buat apa sahaja asalkan tidak melanggar syariat agar adik saya mampu mencapai cita-citanya.

    jika ada saudara2 muslimin, muslimat, pensyarah, pegawai kanan pengambilan yang boleh membantu, sila hubungi saya di 0133720038, saya boleh email slip spm yang dia dapat baru2 ini. Thanks, Wasallam.

    • Abe Ganu says:

      Salam Bro,,

      boleh bagi detail GRED SPM 9A berkenaan dan markah koko dia? boleh aku bantu bagi markah merit adik kau . 90% akademik + 10%koko

      9A bukan penentu yang penting adalah markah merit. mereka yang 6A 7A tersebut mungkin mendapat A+ yang banyak. kerana cara pemarkahan adalah bergantung 5 subjek sains + 3 subjek teras yang tertinggi + markah merit cemerlang (70 keatas)

    • Salam,
      Kalau nak buat perubatan kat dalam negara bolehlah masuk matrikulasi jika mendapat tawaran.
      Try and strunggle to get 4FLAT than bolehlah apply medic kat dalam negara.

  2. MIEJAMID says:

    Adakah jika telah memasuki tingkatan 6, sementara menunggu keputusan UPU rayuan dan keputusan politeknik/ILKA permohonan akan di tolak??

  3. Ya Allah..sedih sgt bler ta dpt upu..ta tahu cmner na gambarkn perasaan ni…tapi ta perlaa..mgkin ad hikmahnyer kan..matrik pun ok gak bak kate org kaki sebelah da masuk u..tinggal kaki lg satu…tp,org kate gak ssh laa matrik ni…tp ak na buat ap lg kuatkn jelaa diri..struggle giler2..buktikn even ak ta dpt upu tapi ak boleh setaraf cm bdk2 upu…hari2 ak pk bnde ni…ayat2 cmtu y dpt pujuk hati ak…na menangis air mate darah rasenyer…mgkin ta der rezeki ak kt upu ni..kwn2 ak dpt..sdgkn result ktorg ta der laa berbeza sgt..tapi knapee…90%akademik 10% kokorikulum..yes ak tahu tuu..knape laa dlm ramai2 tu name ak ta tersenarai…terkilan..rayuan ni..entah dpt entah ta…mgkin ak bkn y terbaik antara y terbaik…down kowt ak rse…ak berusaha untuk redha..kdg2 ak rse cm ta adil jer dunia ni..maaf laa..ak luahkn kt sini..ak just meluahkn ap y ak rse jee..ta der kne mgena dgn y hidup atau y sudah pergi.he.

  4. sementara menunggu keputusan kplspm ambilan jun..adakah lebih untuk tidak mendaftar ke uitm atau matrik??

  5. assalamuaikum..sekiranya tidak terpilih untuk temuduga dalam upu pendidikan..adakah saya boleh untuk membuat rayuan pemohon untuk hadir temuduga…

  6. Asslm…sekiranya saya tidak terpilih untuk temuduga pendidikan-upu, adakah saya masih berpeluang untuk mendapat tempat d U?

  7. [...] program asasi dan diploma bagi sesi akademik 2012/2013 di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Politeknik [...]

  8. [...] Sila rujuk Soal Jawab Tawaran Kemasukan IPTA 2012. [...]

  9. STPM adalah antara cara yang baik utk perubatan di IPTA/IPTS/luar negara bagi Bursary Program KPM 2012. Kwn cina saye dpt 11A+ & 12A+ pun xdpt matrik/asasi. Bersyukurlah!

  10. salam…saya bdak asasi .dan mendapat pointer 3.78..dan tidak mendapat sebarang tawaran ke IPTA ..untuk program ijazah….soalan saya adakah saya akan mendapat tempat di IPTA sekiranya membuat rayuan ….

  11. salam .. saya lepasan diploma dengan pointer 3.86 .. dan saya tidak mendapat sebarang tawaran ke IPTA untuk program ijazah .. saya lepasan diploma daripada UTM .. permohonan pertama telah gagal, dan jika saya buat rayuan ke IPTA yg selain daripada 8 pilihan sebelum ini .. adakah saya akan mendapat tempat ? adakah lepasan diploma memang susah untuk mendapat tempat dibandingkan dengan lepasan asasi/stpm/matrikulasi ? ada rakan diploma/stpm yang pointer nya lebih rendah tetapi mendapat tawaran .. saya tidak faham dengan sistem meritokrasi ..

  12. salam. saya pelajar lepasan matrikulasi dan berpeluang menyambung ke peringkat ijazah. berapa tahun yang saya perlu lalui di peringkat ijazah tersebut?

  13. noraida binti kamarudin says:

    salam ..

    nak tanye boleh tak mohon lag untuk kemasukan ke ikbn

  14. Assalamualaikum . sy plajar tingkatan 5(2012) . Bru2 ni mrkah koko dh diumumkn dan sy hnya mndapt 6.84. Sya sgt rsau mrkah ni trlalu sdikit utk mlayakkn sy msuk ke ipta..berapkh mrkah koko yg dprlukn utk mlayakkn dri msuk ke ipta?

  15. Salam, Adakah tawaran ke peringkat ijazah (guna result stpm) akan disekat sekiranya semasa permohonan dibuat, saya sedang belajar di peringkat diploma politeknik (second intake)?

  16. bro… kalau dah pernah masuk U then keluar.. BERHENTI. lepastu masuk upu balik.. ada peluang tak dapat masuk U yang lain..

  17. Diam berkalut says:

    Salam, adik aku dpt 9A ( 6A+,2A,1A-) pon x dpt tempat asasi perubatan dkt mana2 ipta… Kwn dia 6-7A bukan semua A+ dpt asasi perubatan unimas.. Tp aku bersyukur dia dpt masuk matriks , tu pon selepas buat rayuan setelah gagal pada permohonan pertama…. Skrg dia dah blaja sem 2 & aku bersyukur sgt dia dpt 4flat ups,pspm 1.

  18. Salam, nk tanya..

    1) Bolehkah saya memohon/mengisi borang aplikasi dalam talian UPU (UPU online application) selepas keputusan sebenar SPM 2012 dikeluarkan ?

    2) Jika saya mengisi aplikasi dalam talian selepas keputusan sebenar SPM 2012 dikeluarkan, adakah ia akan mengganggu/melambatkan proses kemasukan saya ke mana-mana IPTA ?

    3) Jika keputusan SPM 2012 yang sebenar saya tidak begitu baik, bolehkah saya mengisi aplikasi dalam talian dengan menggunakan keputusan Percubaan SPM 2012 ?

  19. adakah terdapat universiti yang tidak menerima pelajar politeknik?

  20. salam….sya tegur ckit psl laman web….knapa lmn web ni..x reply apa yg ditanya…oleh orang ramai….kesian la ..orang dalam kesusahan…..ni x…reply pon x…x dk respons….cuba bertindak pro aktif ckit

  21. salam….
    nak tanya…sy student asasi….boleh tak kalau saya nak amik degree nnti kt u lain …..sebab ad org ckp permohonan matriks utk ke u boleh la xp kalo asasi ke u len xde…??? macam mane ye….

  22. salam.. kalau addmath dpt d ada peluang dpt matrik @ ipt x?

  23. insan_sederhana says:

    salam,nak tanya.saya dapat result spm 8a1c,,saya dapat tawaran sambung belajar ke kpm mara kos perakaunan diploma 3 tahun .. kalau lepas habis , saya ingin sambung degree ke u , contoh uitm , berapa tahun untuk ambik degree ye ? saya buntu ..

  24. mamat bin mat says:

    salam sayo nok tanyo bakpo IPT or IPTA nie kebanyok kei nyo kalu buleh sambung study keno g temuduga dulu>>padahal sesetengah kalu buleh smbg study gak tnggu surat tawaran sapa gak kiro jolo doh buleh smbng study laa….padahal kalau g temuduga "demo2 wak jago 2 oyak guano>tunggu laa ya tuan puan kalau awk boleh, surat tawaran akan sampai dirumah,kalau tiada apa2 kira xleh laa 2…" gak keno tunggu surat tawaran juga….
    kito nie gak kalau bab temuduga putih habs so tuboh,buke kato takut dok,kenaling 2 lebih…

    tgok gayo btol doh nie wak kito tulis….peace

  25. afifahameira says:

    salam. saya nak tanya . saya terlepas temuduga uitm. course rekabentuk dlaman. apa yang ptt saya buat ?

  26. wan azam says:

    salam,,nk tanya,,,saya ada isi upu n saya slap letak UTHM pilihan pertama n asasi uitm pilihan ke3,,,sy dh dpt UTHM…adakah permohonan sy keatas asasi terus ditolak???urgent sgt2

  27. iskandar says:

    Saya ambil diploma in business studies. Sekarang saya dah mohon untuk degree menerusi program penerapan semester akhir uitm. Saya telah menghadiri interview bagi course seni lukis dan seni reka fesyen di uitm semalam. Adakah saya mempunyai peluang untuk ditawar lebih dari 1 daripada 4 course yg telah saya mohon tersebut? Sebab saya masih ragu2 dengan pilihan saya.

  28. salam result saya agak baik dgn 8A..saya berminat dgn kos HND DI BAWAH mara (kktm) sbb ada canses nak ge oversea klau dapt pointer 3.6 ke atas …tapi kenapa saya tak dapat kos tu…seperti nama saya tak de dlm list…

  29. Kalau koko tak aktif, tp keputusan spm bagus blh dpt ke mohon maktab perguruan?

  30. Salam,saya ada beberapa soalan nk tanya. Saya pelajar lepasan Matrikulasi (Sains) dan dpt result 3.81 dgn MUET Band 4.Markah Koko juga agk tinggi. Saya telah semak tawaran UPU and dapat ke UKM dlm course Ijazah Sarjan Muda Sains Bioperubatan. Walaubagaimanapun, saya sgt2 teringin nk ambil Ijazah Sarjana Muda Perubatan di UITM. Adakah saya boleh terima tawaran awal di UKM dan seterusnya buat rayuan UPU untuk UITM tu??? atau mungkin saya boleh tukar course Doctor of Medicine ke di UKM nnti??? harap dpt maklum balas. Terima kasih.. ;)

  31. dapat tak tukar ipta atas sebab masalah kewangan?ipta di negeri lain mungkin melibatkan kos pengangkutan yang tinggi

  32. Hello. I just graduated from matric with CGPA 3.70 and MUET Band 3. But UPU offered me SAINS GUNAAN (SAINS PTERNAKAN). How can i change course/uni. So upset now

  33. muhammad alif says:

    salam ,sekiranya saya tidak dapat mana mana ipt tahun ni , boleh tak memohon tahun depan?

  34. saya sekarang sudah menerima tawaran melanjutkan pengajian ke UNIMAS.Saya mengikuti bidang sains kesihatan.

  35. Assalamualaikum,nak tnyee maktab p'guruan p'lukan markah koko ke?

  36. Nabilah aminuddin says:

    Salam,saya pelajar matriks johor.saya ingin bertanya kalau saya mendapat surat temuduga daripada salah satu course yg saya pilih tetapi saya gagal temuduga tersebut,adakah saya dikira layak membuat rayuan?

  37. norazlina binti ismail says:

    Salam sy nak tnye . permohonan rayuan untuk ke politeknik diluluskan . Tapi sy tak pergi kerana msih tunggu keputusan stpm . Namun, keputusan stpm yg bru diumum kan sngt mengecewakan . Adakah sy masih boleh memohon politeknik semula ?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title="" rel=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>