Sistem Pentaksiran Baharu STPM

Tawaran kemasukan ke Tingkatan 6 Rendah 2012 telah dibuka pada 25 April 2012 yang lalu. Para pelajar yang telah mendapat tawaran akan mendaftar pada 8 Mei 2012 dan akan mula menggunakan sistem pentaksiran baharu STPM.

Selaras dengan Program Transformasi Pendidikan, mulai tahun 2012, Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) melaksanakan sistem pentaksiran baharu STPM bagi memperkasakan program pendidikan di tingkatan enam.

Sistem Peperiksaan STPM Sedia Ada

Sistem Pentaksiran Baharu STPM

Peperiksaan STPM yang sedia ada dikendalikan berdasarkan kepada tempoh pengajian tingkatan enam selama 1½ tahun. Tempoh pengajian ini terdiri daripada tingkatan enam bawah yang meliputi penggal kedua tempoh persekolahan, dan tingkatan enam atas yang meliputi penggal pertama dan penggal kedua tempoh persekolahan.

Peperiksaan bagi pengajian tingkatan enam adalah untuk mengukur dan menilai pencapaian pelajar yang dilaksanakan keseluruhannya melalui peperiksaan STPM pada penghujung pengajian, iaitu pada bulan November hingga Disember.

Peperiksaan STPM Tahun 2012

Pada tahun 2012, sistem peperiksaan STPM akan dijalankan dalam dua mod.

Mod pertama ialah sistem peperiksaan STPM sedia ada bagi pelajar yang sedang mengikuti tingkatan enam atas pada tahun 2012. Pelajar ini merupakan kohort terakhir yang akan menamatkan sistem peperiksaan STPM sedia ada.

Mod kedua ialah bagi pelajar tingkatan enam bawah pada tahun 2012, mereka merupakan kohort pertama sistem pentaksiran baharu STPM yang akan menduduki peperiksaan penggal 1 persekolahan tingkatan enam pada November 2012.

Sistem Pentaksiran Baharu STPM

Buat pertama kalinya Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) diperkenalkan kepada 19 mata pelajaran tingkatan enam.

Dalam sistem pentaksiran baharu STPM, tempoh pengajian tingkatan enam adalah sama dengan tempoh persekolahan mengikut kalendar persekolahan yang dilaksanakan pada masa ini.

Peruntukan waktu pengajaran juga adalah sama seperti jadual waktu persekolahan yang sedia ada bagi tingkatan enam, iaitu lapan waktu seminggu bagi setiap mata pelajaran (1 waktu pengajaran = 40 minit). Oleh itu, sistem pentaksiran baharu STPM ini tidak menganggu dan tidak mengubah sistem persekolahan sedia ada.

Dari segi penawaran bilangan mata pelajaran juga tidak berubah, iaitu masih 23 mata pelajaran yang ditawarkan seperti yang berikut:

Bil Kod Mata Pelajaran
1 900 Pengajian Am
2 910 Bahasa Melayu
3 911 Bahasa Cina
4 912 Bahasa Tamil
5 913 Bahasa Arab
6 920 Literature in English
7 922 Kesusasteraan Melayu Komunikatif
8 930 Syariah
9 931 Usuluddin
10 940 Sejarah
11 942 Geografi
12 944 Ekonomi
13 946 Pengajian Perniagaan
14 948 Perakaunan
15 950 Mathematics (M)
16 954 Mathematics (T)
17 956 Further Mathematics
18 958 Information and Communications Technology
19 960 Physics
20 962 Chemistry
21 964 Biology
22 966 Sains Sukan
23 970 Seni Visual

 

Dari segi kandungan pengajian dalam sistem ini, kandungan pengajiannya dibahagikan kepada tiga bahagian kurikulum berdasarkan kelompok tajuk atau mengikut kesesuaian bidang kajian disiplin berkenaan untuk mengisi tiga penggal, iaitu Penggal 1, Penggal 2, dan Penggal 3 dalam tempoh pengajian selama 1½ tahun. Pentaksiran pencapaian pelajar akan dijalankan pada setiap penggal dan keputusan peperiksaan juga akan dikeluarkan pada setiap penggal, manakala keputusan keseluruhan peperiksaan STPM adalah berdasarkan gabungan keputusan terbaik bagi ketiga-tiga penggal.

Aspek kemahiran insaniah (soft skills) akan diterapkan dalam kurikulum sistem ini, yang antaranya meliputi kemahiran komunikasi, kerja berpasukan, kepemimpinan, pemikiran kritis, penyelesaian masalah, pengurusan maklumat, etika, dan lain-lain.

Dalam aspek pentaksiran pula, dua kaedah pentaksiran akan dijalankan, iaitu Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dengan wajaran 20% hingga 40%, dan peperiksaan akhir berpusat dengan wajaran 60% hingga 80%. (Peratusan wajaran berbeza mengikut mata pelajaran).

Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)

PBS merupakan kerja kursus yang terdiri daripada kerja amali, kerja lapangan/kajian luar, dan kerja projek/tugasan. Soalan/tugasan kerja kursus akan disediakan oleh MPM. Kerja kursus akan dilaksanakan sama ada pada setiap penggal atau pada penggal tertentu sahaja mengikut keperluan mata pelajaran.

Pemeriksaan PBS akan dibuat oleh guru mata pelajaran sendiri bagi sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan, manakala pemantauan dan penyelarasan PBS akan dikendalikan oleh MPM sama ada di peringkat zon atau peringkat pusat. Bagi sekolah swasta dan calon persendirian, pemeriksa PBSnya akan dilantik oleh MPM. MPM juga akan menyediakan Garis Panduan PBS bagi setiap mata pelajaran untuk memberi panduan dan rujukan kepada semua yang terlibat dalam pengendalian PBS demi jaminan kualitinya.

Peperiksaan

Peperiksaan akhir berpusat akan ditadbirkan pada hujung setiap penggal. Kertas peperiksaan akan disediakan dan dibekalkan oleh MPM dan pemeriksaan skrip jawapan akan dijalankan oleh pemeriksa yang dilantik oleh MPM seperti amalan sekarang.

Penggredan

Sistem penggredan dalam sistem pentaksiran baharu STPM adalah sama dengan sistem yang sedia ada. Skor (peringkat kertas peperiksaan atau komponen mata pelajaran) yang diperoleh oleh pelajar dalam setiap penggal akan dijumlahkan untuk menentukan gred keseluruhan mata pelajaran. Tiada prasyarat kelulusan gred minimum dalam sesuatu penggal untuk melayakkan pelajar mengikuti pengajian pada penggal yang berikutnya.

Gred Kertas Gred Mata Pelajaran NGMP Status
A A 4.00 Lulus Penuh
A- A- 3.67 Lulus Penuh
B+ B+ 3.33 Lulus Penuh
B B 3.00 Lulus Penuh
B- B- 2.67 Lulus Penuh
C+ C+ 2.33 Lulus Penuh
C C 2.00 Lulus Penuh
C- C- 1.67 Lulus Sebahagian
D+ D+ 1.33 Lulus Sebahagian
D D 1.00 Lulus Sebahagian
F F 0.00 Gagal

 

Memperbaiki Keputusan

Satu kelebihan dalam sistem ini ialah pelajar dibenarkan untuk memperbaiki keputusan peperiksaan akhir Penggal 1 dan/atau Penggal 2 dengan menduduki semula peperiksaan akhir bagi penggal berkenaan pada hujung Penggal 3 (hujung tahun).

Pelajar yang tidak mencapai keputusan yang baik bagi Penggal 3 boleh juga menduduki semula peperiksaan akhir Penggal 3, iaitu selepas keputusan Penggal 3 dikeluarkan. Keputusan keseluruhan peperiksaan STPM baharu ini adalah berdasarkan gabungan keputusan terbaik bagi ketiga-tiga penggal.

Kelebihan

Sistem ini juga diharapkan dapat menjadikan pengajian tingkatan enam lebih menarik dan lebih banyak pelajar akan mengikuti pengajian prauniversiti ini. Selain itu, beban bagi pelajar untuk mempelajari kandungan kurikulum adalah kurang dan mereka mempunyai peluang yang lebih besar untuk memperoleh pencapaian yang lebih baik bagi setiap penggal kerana skop pengajian yang dinilai pada setiap penggal adalah pada skala kecil.

Pengenalan kepada PBS dalam sistem ini adalah selari dengan hasrat KPM untuk membangunkan modal insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, dan intelek serta memperluaskan peluang pendidikan kepada semua yang berpotensi. Hal ini juga berketepatan dengan hasrat KPM untuk memantapkan sistem pentaksiran dan penilaian agar lebih holistik dengan menitikberatkan pendidikan berasaskan hasil (outcome-based education) yang lebih berfokuskan pelajar dan tidak terlalu berorientasikan peperiksaan.

Standard dan Pengiktirafan

Dari segi standard dan pengiktirafan, pentaksiran baharu STPM adalah sama dengan STPM sedia ada. Pada umumnya, kandungan kurikulum tidak berubah. Wakil Cambridge Assessment (CA), United Kingdom akan turut serta dalam Jawatankuasa Penetapan Darjah STPM baharu ini bagi penentuan keputusan STPM.

Wakil CA ini akan memberikan pandangannya mengenai analisis keputusan peperiksaan STPM baharu bagi setiap kertas, dan membuat keputusan bersama sebagai satu persetujuan dan pengiktirafan. Selain daripada itu, Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia juga telah maklum tentang pelaksanaan Sistem Pentaksiran Baharu STPM ini.

Wawasan

Pelaksanaan sistem ini diharapkan dapat mengangkat martabat dan memperkasakan pengajian peringkat prauniversiti di tingkatan enam supaya ia lebih berkualiti dan menarik serta dapat mentransformasikan pentaksiran dan penilaian peperiksaan STPM yang lebih holistik.

Dengan pelaksanaan sistem ini akan membolehkan pelajar menyesuaikan diri kepada sistem pengajian tinggi di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) terutama dari segi membina kemahiran mengurus diri secara berdikari. Penilaian aktiviti di peringkat sekolah turut membolehkan pelajar menjalankan kajian secara persendirian dan berkumpulan manakala pentaksiran berpusat akan menjurus kepada penyediaan pelajar ke arah sistem pendidikan yang terdapat di IPT.

Sistem pentaksiran yang mesra pelajar ini dihasratkan dapat memberi peluang kepada pelajar untuk memperbaiki dan meningkatkan keputusan akademik mereka bagi melayakkan diri ke IPT dan membuka luas peluang pendidikan kepada semua warga Malaysia yang berpotensi.

Kadar Yuran

  1. Yuran Asas RM120.00
  2. Yuran setiap mata pelajaran RM 90.00
  3. Caj menduduki semula peperiksaan akhir per kertas RM 50.00

Calon sekolah kerajaan dan calon sekolah bantuan kerajaan dikecualikan daripada membayar yuran ini. Walau bagaimanapun, calon yang ingin menduduki semula peperiksaan akhir sesuatu penggal akan dikenakan caj sebanyak RM50.00 setiap kertas.

Maklumat

Maklumat di atas adalah rimgkasan sahaja, lebih maklumat boleh didapati dengan merujuk kepada;

Maklumat lebih terperinci mengenai Sistem Pentaksiran Baharu STPM ini boleh diperolehi di portal MPM www.mpm.edu.my

Pertanyaan

Sebarang pertanyaan mengenai Sistem Pentaksiran Baharu STPM ini, sila hubungi MPM di talian 03 6136 9663 atau faks 03 6136 1488 atau emel: [email protected]

25 thoughts on “Sistem Pentaksiran Baharu STPM

  1. saya ingin tanya pendapat saudara mengenai f6 dan matrik.
    selepas membaca post ini, sy agak berminat dengan f6. tp sy tidak mendapat twaran f6 sebaliknya dpt twaran matrik.
    result spm sy adalah 5a,1b,3c..bio dan kimia sy dpt c
    sy tidak begitu berminat utk mengikuti aliran sains f6.
    sy ingin mengikuti aliran kemanusiaan
    pd pendapat saudara, yang mana lebih baik? matrik atau f6?
    sy tak yakin sy dpt score pointer tggi di matrik.
    sgala pndangan saudara amat sy hrgai

    • x dpt score? yang penting usaha.. saya studen matrik tapi okay jer boleh lepas janji ko kena rajin study la..tu penting;)

    • bergantung kepada anna kerana matrix dan fom6 adalah laluan singkat ke ijazah pertama di ipta…namun,saya lebih sukakan fom6 kerana fom6 mgjar sya untuk lebih matang dan mengasah skill leadership anda..lgpon sistem bru da dperkenlkan..x salah mencuba bukan .

    • situasi awak sma dgan sya..x brani ambil rsiko di matrik..takut x dpt skor..n terfikir untuk ambil kemanusiaan..tp ramai rakan2 yg bg motivasi utk ke matrik..tp ttp x yakin..mreka ckp rugi kalo amk kmanusiaan sebab dh blajar sains stream slma 2 tahun d skolah mnengah..jadi sya pon teragak2..x thu nx wat cmna skunx niy..(dlm dilema)..tp msa ttp bjalan but no rsult arah mna yg patot diambil..hurmmmm…..

      • hana, situation kita mmg sama..reason sy utk xnk pegi matrik bkn smata2 krana xdpt score.sy caya jika kita brusaha insyaAllah boleh..tp msalahnya skrg ni sy sudah xberminat utk study sbjek sns spt bio,fzk n kmia.tambahan lg, parent sy agk menyokong sy utk smbung d f6 dan further dgree dlm bidang pendidikan

  2. sy mnjawab bg student ex matrik pahang 09/10..bagi sy,adik lebih baik pergi ke matrik sbb ikut pngalaman sy,grad di spm bukan penentu cik boleh skor di matrik atau x..bergantung pada usaha adik jugak…

  3. join form 6 memang santai dan ada sijil…matrik x dok…

    • form 6 terbaik..jgn risau peluang nak masuk u amat cerah.yang penting perlu usaha keras….sebab ini sistem baru…azam pon mesti baru…….jangan sesekali merendah diri ambil form 6…dari bekas student form 6

  4. jawapan bernas says:

    bagi mereka yang menanggap STPM ini tidak setrf dengan DIPLOMA atau ASASI bermakna merkea silap…
    STPM merupakan wadah terpenting berbanding MATRIK DAN ASASI DAN DIPLOMA
    Sijil nya laku di NEGARA KOMANWEL..lagipun perbaharuan TRANSFORMASI p[endidikan kini menaikkan kualiti STPM kepada bERTAMBAH BAIK..
    Tidak matanglah bagi mereka yang tidak ingin masuk STPM kerana hanya tidak mahu memakai baju sekolah

  5. saya dapat tawaran form six untuk aliran agama…tp saya tukar amik aliran kemanusian….maser di spm saya aliran sains…jadi biler saya amik aliran kemanusiann di form6 nie….adkah ianya bersesuaian ngn saya??

    • haloo???anybOdy??

      • hye luqman.sy pn xsure sgt sb kita adalah sebaya.tp sy dh mula mendaftar ke f6 aliran kemanusiaan.stakat ni,alhamdulillah semuanya okay..msa sy di spm sy juga student sains tulen.tp sy plih utk further d f6 kemanusiaan.bg sy,xde msalah pn bdk sns nk amek aliran kmanusiaan.janji kita berusaha and depend kt ourselves la kn

  6. lepas baca ni , rasa macam nak masuk pulak . tapi saya dah lewat 10 hari tarikh daftar , agak-2 boleh ker kalau nak masuk lagi ?

    • setahu sy,masih lg boleh mendaftar..sy pun bru je daftar jumaat lps.tp sy perlu ke jbatan plajaran negeri utk apply kemasukan f6..so sy rasa awk masih berpeluang dan cuba tny pd guru or pegi je kt jbtn plajaran n tnya diorg trus

      • Yerr..f6 best..lagipun dah sistem baharu..kalau kita ggal dlm exam pun tetap ada pluang utk trus brusha lagi sbb ada tiga sem..janji kita rjin brusaha..mmang kbnyakkan org anggap f6 ni susah tp bila kita brusaha ia akn jdi snang..

        *ex student f6*

  7. salam..sy skrg ni pun msih dlm dilema,,huhu,,sy x tau nk pilh antara poli ataupn f.6..tp skrg ni sy msuk f.6 lh..tp ada pdpt lbih baik msuk poli dripada f. 6 dn sbliknya lah..jd sy pun tau nk buat kputsn yg mana s2.huhu..tlonglh sy..

  8. selepas membaca komen-komen di atas , saya rasa macam nak masuk !

  9. sya dapat form 6 aliran sains..patut ke sya tukar ke aliran kemanusiaan??..Q,Q

  10. kenapa saya tidak mendapat f6?

  11. pija ali says:

    masuk laa form 6..tht is a good choice n now from stpm result i can further my stdy to upsi for degree in education of history..

  12. pija ali says:

    sy sokong ambik form 6..sbb sjil die pun laku..taraf diploma dah..matrik xlaku sjil die.. :) n sistem skrang sngt berbeza ngn skarng..yg skrg lagi bgus..yg dlu..ramai kawan tersangkut kt p.am..kne mengulang.. alhamdullilah saya sekarang di upsi untuk ijazah srjana muda pendidikan sejarah

  13. harap2 dpt msuk f.6 laa… bnggung sudh mok smbung stdy dmna.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title="" rel=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>