Seramai 85,435 orang calon lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) telah ditawarkan memasuki Institusi Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TEVT) dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) bagi sesi 2012/2013.
Jumlah ini mencatat peningkatan sebanyak 8.4% berbanding tawaran sesi lalu sebanyak 78,780 calon. Seramai 84,578 calon yang ditawarkan tempat adalah lepasan SPM, manakala selebihnya lulusan SKM. Majoriti calon atau seramai 70,625 orang adalah daripada keluarga yang berpendapatan bawah RM3,000 sebulan. Sementara itu seramai 59 calon yang mendapat tawaran adalah Orang Asli, 293 orang kelainan upaya (OKU) dan 741 atlet yang pernah mewakili negeri atau negara.
Sebelum ini seramai 46,698 pemohon lepasan SPM dan setaraf telah ditawarkan tempat untuk mengikuti program asasi dan diploma bagi sesi akademik 2012/2013 di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Politeknik Premier.
Bagi membantu mereka yang masih mempunyai kemusykilan, dikumpulkan di sini beberapa persoalan dan panduan mengenai tawaran dan rayuian kemasukan ke TEVT dan ILKA. Maklumat ini dikumpul dari laman web dan Facebook ePutra serta UPU.
Kenapa saya mendapat tawaran selain daripada pilihan yang dibuat semasa permohonan?
Sebab utamanya adalah program yang anda pilih itu telah penuh ditawarkan kepada pemohon lain yang mempunyai markah merit lebih tinggi. Memandangkan ada sesetengah program masih kosong kerana kurang permintaan. sistem UPU menawarkan tempat itu kepada pelajar yang markah meritnya masih tinggi.
Secara amnya berjaya atau gagal mendapat tawaran tertakluk kepada 3 perkara utama:
- Pilihan program pengajian yang anda minta.
- Kekosongan atau berapa banyak tempat disediakan oleh TEVT/ILKA bagi program berkenaan.
- Persaingan dari segi markah merit, mereka yang mempunyai markah merit lebih tinggi akan didahulukan.
Saya telah mendapat tawaran ke TEVT/ILKA, bagaimana dengan permohonan rayuan ke IPTA, terbatal atau akan terus dipertimbangkan?
Permohonan rayuan ke IPTA akan tetap diproses dan jika layak dan dipilih oleh IPTA, anda akan mendapat tawaran.
Selepas membuat semakan di laman web UPU, saya berjaya ditawarkan program ke TEVT/ILKA tetapi tidak pula diberitahu secara lengkap nama program dan di mana pusat latihan?
Mereka yang berjaya ke TEVT/ILKA boleh menyemak butiran lengkap tawaran, mencetak dan membuat pengesahan penerimaan surat tawaran mulai 4hb Jun 2012 melalui laman web rasmi institusi TEVT & ILKA yang berkenaan.
Apakah URL institusi TEVT/ILKA?
- Jabatan Pengajian Politeknik (JPP), Kementerian Pengajian Tinggi http://www.politeknik.edu.my/
- Jabatan Pengajian Kolej Komuniti (JPKK), Kementerian Pengajian Tinggi http://www.jpkk.edu.my/
- Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia http://www.ekbs.gov.my/
- Institusi Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM), Kementerian Sumber Manusia http://www.jtm.gov.my/
- Pusat Latihan Pengajar Dan Kemahiran Lanjutan (CIAST), Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia http://www.ciast.gov.my/
- Majlis Latihan Pertanian Kebangsaan (NATC), Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia http://www.moa.gov.my/natc
- Majlis Amanah Rakyat (MARA) http://www.ekemahiran.edu.my/
Saya tidak berjaya mendapat tawaran ke TEVT/ILKA. Bagaimana saya nak buat rayuan?
Bagi pemohon yang tidak berjaya ke TEVT & ILKA bagi sesi kemasukan Julai 2012 mereka boleh membuat rayuan terus kepada Institusi TEVT & ILKA mulai 30hb Mei hingga 9hb Jun 2012 iaitu dalam tempoh 10 hari bekerja selepas keputusan rasmi permohonan diumumkan.
Senarai laman web TEVT/ILKA tersebut adalah seperti di atas.
Bilakah keputusan rayuan ke TEVT/ILKA akan diumumkan?
Keputusan rayuan akan dimaklumkan pada minggu ketiga Julai 2012. Jika tiada sebarang tawaran diterima dari TEVT & ILKA 4 minggu selepas tarikh pendaftaran ke TEVT & ILKA berkaitan, maka rayuan pemohon dianggap gagal.
Bilakah tarikh pendaftaran pelajar baru?
Tarikh pendaftaran pelajar baru ke institusi TEVT & ILKA akan bermula dari 25 Jun 2012 hingga 9 Julai 2012.
Bagaimanakah penempatan untuk calon yang berjaya untuk ke Politeknik?
Penempatan anda ke sesuatu Politeknik adalah berdasarkan kekosongan tempat dan ianya diuruskan oleh Jabatan Pengajian Politeknik.
Mengapa saya mendapat tawaran ke Politeknik untuk sesi bulan Disember?
Politeknik memang membuat pengambilan sebanyak dua sesi setiap tahun iaitu kemasukan sesi Jun dan kemasukan sesi Disember.
Apakah dasar pemilihan pelajar ke institusi TEVT/ILKA?
Dasar pengambilan dan pemilihan kemasukan ke institusi TEVT/ILKA bagi Program Pengajian Lepasan SPM dan SKM adalah berasaskan prinsip meritokrasi dengan mengguna pakai 75% markah akademik, 10% markah kokurikulum dan 15% markah status sosio ekonomi untuk menentukan nilai merit seseorang calon.
Bagaimana jika saya terlepas untuk membuat permohonan atau gagal mendapat tawaran ke TEVT/ILKA?
Pelajar yang gagal boleh membuat permohonan ke institusi TEVT & ILKA bagi sesi kemasukan seterusnya iaitu sesi Disember 2012/Januari 2013. Permohonan biasanya dibuka sekitar bulan September/Oktober
Permohonan ini akan dikendalikan sendiri oleh institusi TEVT & ILKA yang berkenaan, oleh itu permohonan perlu dibuat terus ke institusi yang berkenaan dan bukan melalui UPU.
Sila rujuk permohonan untuk tahun sebelum ini sebagai panduan seperti berikut;
- Permohonan Kemasukan Politeknik Sesi Disember 2011
- Permohonan Kemasukan Ke IKBN Sesi Januari 2012
- Permohonan Kemasukan ILJTM Sesi Januari 2012
Maklumat
Sebarang pertanyaan yang berkaitan tawaran dan rayuan kemasukan ke institusi TEVT & ILKA ini boleh dikemukakan kepada pihak UPU di talian 03 8870 6767 atau 03 8870 6777 atau 03 8870 6755/6766 atau 03 8870 6778 atau faks 03-8870 6864 atau e-mel : upu@mohe.gov.my
Pertanyaan boleh juga dikemukakan terus kepada institusi TEVT & ILKA yang berkenaan, sila rujuk senarai TEVT & ILKA seperti di atas.
[…] Sila rujuk Soal Jawab Tawaran & Rayuan Kemasukan TEVT & ILKA 2012 […]
kenapa saya tidak ditawarkan penyambungan pelajaran saya walaupun saya telah dapat sijil SKM tahap 2 ?
may i ask , sy tak dapat tawaran rayuan upu , so ada ke permohonan lagi untuk tahun ini atau sy kena mohon pd thun depan untuk kategori B? tipiskah peluang sy untuk ke ipta?
blh mohon sesi 2 UiTM yg telah mula dibuka 2 julai lepas & politeknik sesi disember yg akan dibuka dlm bln ogos nanti
[…] Sila rujukĀ Soal Jawab Tawaran & Rayuan Kemasukan TEVT & ILKA 2012 […]
sy tlh trlpas dan tdak mmbuat prmhonan ke tevt/ilka…adakah byk pluang untuk dplih pd sesi dsmber nnti ?
asalamualaikum,,sy telah terlepas menjawab surat tawaran 1 hari,apakah yang saya boleh buat??????sila bantu saya.plesss