Ujian MEdSI 2012

Ujian Malaysian Educators Selection Inventory (MEdSI) dijalankan kepada semua calon yang ingin mengikuti bidang perguruan di bawah Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPT) iatu ujian khas kepada calon-calon yang memohon kemasukan ke Program Pendidikan seperti ISMP (Ijazah Sarjana Muda Pendidikan).

Ujian MEdSI

Ini bermakna Ujian MEdSI ini hanyalah untuk calon-calon yang memohon program pengajian pendidikan di pilihan 1 atau pilihan 2 sahaja ketika mengemukakan permohonan kemasukan ke IPTA secara dalam talian.

Ujian MEdSI adalah untuk mengukur kualiti intrinsik calon guru dari segi Personaliti, Minat Kerjaya, Nilai Integriti dan Kecerdasan Emosi. Maklumat yang diperoleh daripada pengukuran ini digunakan untuk memilih calon guru yang sesuai untuk kemasukan ke program pendidikan di IPTA.

Format Ujian MEdSI

  • Ujian MEdSI mengandungi 300 soalan dan perlu dijawab dalam masa 1 jam 10 minit.
  • Terbahagi kepada 4 bahagian:
    • Personaliti – 110 soalan
    • Minat Kerjaya – 60 soalan
    • Nilai Integriti – 70 soalan
    • Kecerdasan Emosi – 60 soalan
  • Soalan ujian MEdSI berbentuk aneka pilihan.
  • Calon dikehendaki memilih pilihan jawapan yang sesuai dengan diri calon dan tiada jawapan yang betul atau salah.

Semakan Panggilan Ujian MEdSI

  • Semakan panggilan menduduki Ujian MEdSI boleh dibuat melalui laman web Majlis Peperiksaan Malaysia di www.mpm.edu.my atau terus ke portal semakan MEdSI.
  • Semakan boleh dibuat mulai 20 April 2012.
  • Hanya calon yang berjaya akan dipanggil temuduga.
Menduduki Ujian MEdSI
  • Ujian MEdSI akan diadakan pada 28 April 2012.
  • Pusat Ujian MEdSI adalah seperti yang dipilih oleh calon sendiri semasa mengemukakan permohonan kemasukan ke IPTA secara dalam talian dahulu.
  • Calon perlu membawa Slip Menduduki Ujian MEdSI
  • Slip Menduduki Ujian boleh dicetak melalui laman web Majlis Peperiksaan Malaysia
  • Kegagalan membawa Slip Menduduki Ujian boleh menyebabkan calon dihalang daripada menduduki ujian.
  • Tiada bayaran dikenakan untuk menduduki Ujian MEdSI.
  • Ujian MEdSI hanya sah untuk sekali ambilan sahaja.
Temuduga Program Pendidikan
Maklumat
  • Sila rujuk laman web Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) untuk mendapatkan maklumat lanjut.
  • Jika terdapat sebarang pertanyaan sila hubungi MPM di talian 03 6136 9663 atau faks 03 6136 1488 atau e-mel : [email protected]

41 thoughts on “Ujian MEdSI 2012

  1. [...] Sumber maklumat diambil dari laman eputra. [...]

  2. [email protected] says:

    pertanyaan saya dapat ujian medsi.alhamdulillah
    tapi saya msh ragu-ragu kenapa dalam slip menduduki ujian medsi itu
    program pendidikan di pilihan 3..
    bukan kah hanya pilihan 1 dan pilihan 2..
    adakan saya benar-benar salah satu calon yang layak menduduki ujian ini.

    • adik saya pun ada masalah spt anda..plihan ke 3 dlm slip ppriksaan..knapa ya..?

      • pilihan ketiga tu maksudnya mase isi upu… yg terpilih hanya student yg buat pilihan upsi yang pertama dan yang kedua jah… yg anda tanya tu xpelik pun sbnrnya…

    • sebenarnya ia bukan masalah… kan ada 12 pilihan ke semua nya… 4 tuk RU dan 8 tuk U awam… utk RU [4 plhn smsa d upu] nom 1 dan 2 ada lah pnddkn bgtu jgk dgn U awam [8 plhn smsa d UPU] plhn 1 dan 2 khas tu pnddkn jgk…ok smsa d slip Medsi sususan nya di mulakn dgn RU [plhn 1 n 2] menjadi nombor 1 dan 2 manakala U awam [plhn 1 n 2] mnjd nom 3 dan 4….:)

    • hazlia shaari says:

      salam, sy xdpt utk test medsi… mcm mna ya???? klu bleh, sy nak sgt2 sbb mmg cita2 sy utk jd seorg ckgu… tolongla…

  3. as salam..alhmdulilah sy layak amik test nie.tp nieh kali ptama sy amik..
    ada sapa2 tak yg tahu tips atu contoh2 soalan medsi sebelum nie…arap sgt dpt bantu.^_^

  4. setsuna93 says:

    bidang pertama yg sy pilih pendidikan, tp sy terlepas ujian medsi ary 2…..macam mane ni….tak tau nak wat ape2 lagi…adekah nti sy akan dpt program yg lain kerana bidang ke-2 yg sy pilih adelah bidang pengajian…adekah prmohonan itu diterima slepas tidak menghadiri medsi……..

    Sumber: Semakan Keputusan Panggilan Ujian MEdSI 2012 | melvister.com

  5. setsuna93 says:

    bidang pertama yg sy pilih pendidikan, tp sy terlepas ujian medsi ary 2…..macam mane ni….tak tau nak wat ape2 lagi…adekah nti sy akan dpt program yg lain kerana bidang ke-2 yg sy pilih adelah bidang pengajian…adekah prmohonan itu diterima slepas tidak menghadiri medsi……..

  6. law tulis nama pki pen time medsi..blk ka tu????? rsau la..

  7. law tulis nama pakai pen time time ujian tu tak pe2 ka??? rsau la.

    • awk dpt x ke temuduga ismp?huhu sad sy xdpt..tpi stll ade peluang g x untuk upu beri kos lain?cmnani risau

  8. ++++Hope++++ says:

    Kepada sesiapa yang terlepas ujian Medsi…
    Pihak UPU maklumkan bahawa peluang untuk ke universiti masih ada…anda hanya perlu menyemak keputusan dalam bulan 7 ni…dan langkah yang sewajarnya boleh diambil selepas keputusan keluar….

    Good Luck

  9. sekiranya sy tdak layan untuk ke temuduga ismp kali ini<adakah pilihan sy yg lain tidak dipertimbangkan?sy sgt rsau,bolekah anda jelaskan?..terima kasih

  10. bile bole check temuduga medsi 2012? kt mane ? upu ke ? asal taa de ? saye kene tahu cepat agar saye senang minta cuty dengan company tempt saye bekerja.

  11. [...] ketika mengemukakan permohonan kemasukan ke IPTA sesi akademik 2012/2013 dan telah menduduki Ujian MEdSI dijangka boleh membuat semakan samada mereka terpilih untuk menghadiri temuduga [...]

  12. saya tidak dapat menghadiri ujian medsi..bolehkah saya menduduki ujian medsi bagi tahun 2013

  13. bolehkah saya menduduki ujian medsi buat kali ke-2 iaitu tahun depan

  14. bolehkah saya menduduki ujian medsi tahun depan

  15. syaphieqah says:

    medsi diadakan berapa kali setahun?

  16. saya lulus ujian medsi tp sy bru dpt kputusan skrg..tarikh temuduga dah terlps..sy hrp sgt dpt~

  17. nor shahira says:

    sya mnta dkt u awam ISMP sbg plhn 1&2 tp dkt RU sya x mnta pnddkn x pa kalu lagu 2?sya x fhm laa mcm mana yea…?sya calon 2013

  18. syahril ibrahim says:

    sya nk tanya bila tarikh ujian medsi bagi tahun 2013? somebody plz help me,sya tkut trlps ujian ni.

  19. semakan medsi utk 2013 belum keluar lg ke? .risau nihh…

  20. bila ujian medsi ni??somebody please help!!

  21. iza ayza says:

    ujian medsi untuk 2013 bermula hari sbtu dan ahad…
    11.5.2013-12.5.2013
    try check
    ada tip2 lain x untuk duduki ujian medsi….
    alhmdulilah sy dapt

  22. alhmdulilah dapt untuk duduiki ujian medsi…
    ada tip x

  23. ujian medsi esok dan hari ahad nim…di UMP pahang..bleh check kt laman rasmi upsi..

  24. camar putih says:

    boleh chek di upu.mohe.gov..my ada di situ key in no ic dansemak.. jika dapat pegi..seorg guru sentiasa mendahului.. jgn buat senyap je.. kalu dak bertindak tu bukan pendidik namanya..

  25. sekirany terlepas ujian medsi bole tak buat rayuan ?? sbb sy lambat dpt info ..

  26. dan sekiranya tidak dapat mhadiri ujian medsi .. adakah nama sya akan di blacklistkan dari upsi ??

  27. boleh ke g upsi sendiri nk tnya n tau sbb ap x terpilih utk ujian medsi lupn syarat am dan khas da complete? n cgpa 3.87

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title="" rel=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>