Karnival Pendidikan MARA 2011 dianjurkan oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA) sekali lagi setelah karnival yang sama tahun-tahun sebelumnya mendapat sambutan yang baik. Karnival Pendidikan MARA tahun ini bertemakan ‘Apa Jua Pencapaian Anda, Anda Berminat, Kami Jadikan Anda Hebat’. Tahun ini karnival ini akan diadakan di 8 lokasi berbanding 6 pada tahun lepas.
Tujuan Karnival Pendidikan MARA ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan maklumat tentang peluang pendidikan khususnya kepada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) serta orang ramai untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Di samping itu turut diadakan pameran kerjaya dan temuduga terbuka kepada pencari kerja mengikut bidang kerjaya yang sesuai dengan kelayakan dan minat masing-masing.
Karnival tahun ini juga mempunyai penyertaan institut pengajian tinggi dari luar negara seperti United Kingdom, Australia, Perancis, Indonesia dan Mesir. Penyertaan IPT dari luar negara ini memberi peluang kepada pelajar untuk mendapatkan maklumat tentang kursus yang ditawarkan di negara tersebut.
Aktiviti
- Info Program Pengajian – Info terkini mengenai program-program pengajian pra-U, diploma. ijazah, lepasan ijazah serta profesional
- Info Program Latihan Kemahiran – Maklumat tentang latihan kemahiran peringkat sijil dan diploma.
- Kaunseling Pendidikan & Kerjaya – Khidmat runding cara daripada kaunselor-kaunselor terlatih dalam membuat pemilihan pengajian dan kerjaya.
- Temuduga Terbuka IPT – Temuduga terbuka bagi kemasukan ke institusi pengajian terpilih.
- Pinjaman Pelajaran – Maklumat secara langsung daripada penaja-penaja pembiayaan pelajaran
- Penajaan Pelajaran – Peluang penajaan dan pembiayaan pelajaran MARA untuk calon yang layak.
- Peluang Kerjaya dan Temuduga Kerja – Khusus di PWTC terdapat pameran dari beberapa syarikat dan industri, temuduga terbuka bagi peluang kerjaya, Seminar Kerjaya; panduan menghadiri temuduga, tatacara penulisan resume, tatahias diri dan ujian personaliti.
Lokasi
Tarikh | Tempat | Masa |
1 – 2 Mac | ALOR SETAR
Dewan Insaniah, Kolej Universiti Insaniah |
10.00 am – 6.00 pm |
5 – 6 Mac | JOHOR BAHRU
Plaza Angsana, Johor Bahru |
10.00 am – 6.00 pm |
11 – 13 Mac | KUALA LUMPUR
Dewan Merdeka & Dewan Tun Razak 4, PWTC |
10.00 am – 6.00 pm |
15 – 16 Mac | KUALA TERENGGANU
Terengganu Trade Centre, Kuala Terengganu |
10.00 am – 6.00 pm |
19 – 20 Mac | KOTA BHARU
Stadium Sultan Muhammad Ke-IV |
10.00 am – 6.00 pm |
25 – 26 Mac | KUCHING
Bangunan MARA, Plaza Astana |
9.00 am – 5.00 pm |
29 – 30 Mar | KOTA KINABALU
Suria Sabah |
9.00 am – 5.00 pm |
9 – 10 April | IPOH
Ipoh Parade |
10.00 am – 6.00 pm |
Maklumat
- Sila rujuk laman web MARA dan risalah karnival untuk mendapatkan maklumat lanjut.
- Sebarang pertanyaan yang berkaitan dengan karnival ini sila hubungi Bahagian Hak Ehwal Korporat MARA di talian 03 2690 3906/ 3650 atau 03 2691 5111 sambungan 1303/ 1309 atau emel infopsk@mara.gov.my
Nice…mesti bez kalu dpt g karnival nie
Nak pegi, tp msalah nye aku kerja..
brape bnyak cuti dah ak cekau.. huuuu
bez nye kalau pergi…nanti aku pergi la….huhuhuhuhu….
nk g r!!!tpaksa r ponteng keje!!!
jom4 jom kita serang!!!!
[…] Karnival Pendidikan MARA 2012 […]