Para pelajar yang ada membuat permohonan kemasukan ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Tingkatan 1 bagi sesi pengambilan 2014 dijadualkan akan boleh menyemak keputusan permohonan masing-masing mulai 15 Januari 2014 14 Januari 2014.
Semakan Keputusan Permohonan Kemasukan MRSM Tingkatan 1
- Laman web semakan keputusan permohonan untuk ke Tingkatan 1 adalah:
Semakan Keputusan Permohonan MRSM Secara SMS
- Semakan keputusan permohonan kemasukan ke MRSM boleh juga dibuat secara SMS.
- Format SMS : MARA MRSM Nombor Angka Giliran dan hantar kepada 15888.
Surat Tawaran
Surat tawaran kemasukan ke MRSM boleh dicetak selepas membuat semakan keputusan di pautan di atas.
Pendaftaran Pelajar Baru
Para pelajar baru perlu datang mendaftar ke MRSM yang ditawarkan pada 3 Februari 2014.
Rayuan MRSM
- Bagi yang tidak berjaya mendapat tawaran ke MRSM boleh membuat rayuan.
- Rayuan boleh dibuat dengan secara online dan mengisi ruang Nota Rayuan.
- Jika tidak ada pautan rayuan online selepas membuat semakan, pemohon boleh menulis kepada pihak MARA.
- Sila rujuk Rayuan Kemasukan Ke Maktab Rendah Sains MARA untuk maklumat lanjut.
- Keputusan rayuan tertakluk kepada kekosongan tempat yang ada setelah proses pendaftaran pelajar yang menerima tawaran dan merit pemohon.
- Pelajar yang tidak menerima sebarang jawapan daripada MARA selepas April 2014 dianggap tidak berjaya.
Semakan Keputusan Permohonan Kemasukan MRSM Tingkatan 4
- Keputusan permohonan kemasukan ke Tingkatan 4 MRSM pula biasanya akan diumumkan pada 31 Januari 2014
awal bulan Februari.
Keputusan Permohonan MRSM Ulul Albab dan IGCSE
Keputusan permohonan kemasukan ke Tingkatan 1 MRSM Ulul Albab dan IGCSE akan diumumkan serentak bersama permohonan MRSM yang lain di atas.
Pertanyaan
Sebarang pertanyaan dan maklumat tambahan mengenai keputusan permohonan ini boleh diperolehi dengan menghubungi MRSM yang ditawarkan atau Bahagian Pendidikan dan Latihan (Pendidikan Menengah) MARA di talian 03-2690 3765 / 03-2613 4509 / 03-2613 4513.
Assalam'kum
Saya tidak boleh akses utk buat semakan kemasukan tingkatan 1 mrsm tahun 2014. Mohon bantuan
Sekian
Wassalam
saya juga tidak dapat
Esok baru boleh semak tapi dari pukul berapa saya tidak pasti
Brpa hari bulan??
Assalamualaikum, bagaimana dgn semakan kemasukan ting 4? Boleh beritahu bila?
Waalaikumsalam…kat atas ada tulis awal bulan 2..
Syukur Allah…dah boleh semak result MRSM utk form 1.
Saya tak boleh nak semak lagi menggunakan ‘link’ tersebut, macamana ye?
Dok tunggu gak nihn entahlah jam brapa, check sesudah subuh belum ada lagi ni… http://cms.mrsm.edu.my/cms/index.jsp
saya dapat sms dr mrsm ..anak saya dapat mrsm muadzam syah
salam.pukul berapa boleh semak status kemasukan.tkasih
dah berkali2 try nak masuk link di atas tapi tak berjaya.. ada masalah ke? 🙁
MASIH TAK DAPAT SEMAK
Link jem ..talian sms blum buka..
Anak saya dapat sbp tapi dia mahu belajar di MRSM kalau saya tolak adakah anak saya akan ditempatkan di MRSM?
saya tak apply pun sbp, takut mrsm reject tapi memang dah bukan rezeki anak saya, permohonan tidak berjaya, nak tahu jugak apa alasan mara.
Biasanya nama mereka yang dah dapat SBP akan digugurkan dari senarai pertimbangan utk MRSM
sistem down la pulak..walau apa2 pun pemilihan hendaklah telus…no kronisme..ALLAH Maha Mengetahui …semoga anak kita semua berjaya ..Amin
Dah adat dunia.anak saya x berjaya sebab saya x pakai kabel.kwn anak saya yg lain seramai 14 org sekolah yg sama berjaya dapat mrsm dan semuanya pakai kabel.sampainya hati mara.dulu anak pertama x dpt ni anak ke2 pun x dapat.x apalah ….Allah maha mengetahui.
Inilah lumrah manusia, kita ni serupa. Puan baru 2, saya kali ini yg 3 pun gagal tak guna kabel. Rayuan pun tak dilayan. Allah maha mengetahui.. Mungkin ada hikmah sebaliknya.
tak pe la puan cuba lagi tingkatan 4 nanti..dapat 8a comfom dapat..adik saya pun xdapat time tingkatan 1 dapat form 4 punya..susah la xpakai kabel..orang yang pakai kabel bukan setakat sorang..semua adik beradik (anak-anaknya) masuk mrsm..susah nak faham berapa beruntungnya orang tu.
sy semak pkl 6 td dah dpt tp nk semak blik dah xdpt,,server problems ktanya..
Server down la pulak.
Syukur Allhamdulilah atas nikmat yang diberi, anak dapat MRSM Pasir Tumbuh Kelantan….punyalah susah nak check..apa-apa pun syukur sekali lagi…
Nape xleh bukak gak . Ade problem ape .
dah boleh check
Saya mengucapkap terimakasih kepada pihak MRSM, kerana memilih anak saya ke MRSM. Di sini saya ada beberapa soalan kepada pihak MRSM. Saya berharap pihak tuan sanggup menjawab.
Soalan 1. Anak saya memohon untuk program IGCSE. Dia bertemuduga di pusat MRSM Alor Gajah, Melaka, untuk program IGCSE. Tetapi pihak MRSM menawarkan anak saya ke Gerik, Perak. Pusat MRSM Gerik tidak menawarkan program IGCSE. Sewaktu kami membuat permohonan secara online kami memilih pusat MRSM yang mengendalikan program IGCSE sahaja. Bagaimana kami membuat rayuan untuk menukar pusat dimana mengendalikan Program IGCSE?
Soalan2. Jika di pusat MRSM Gerik menawarkan program IGCSE bolehkah kami meminta tukar ke Pusat MRSM yang lain (Alor Gajah, Serting atau Batu Pahat) yang menawarkan program IGCSE? Ini disebabkan kerana Pusat MRSM GERIK terlalu jauh dari tempat kami di Kelang, Selangor. Mengambil masa selama 5 hingga 6 jam ke pusat tersebut.
Saya berharap pihak MRSM membantu kami untuk menyelesaikan masalah ini. Sekian Terima Kasih.
SENANG CERITA EN. NAK MRSM DEKAT DENGAN RUMAH LA YE
1. Boleh buat rayuan melalui pejabat MARA
2. Biasanya sebarang pertukaran tidak dibenarkan
Assalamualaikum. macam mana cara membuat rayuan ni ye? tolong bantu..
salam… buat surat rayuan hantar ke pejabat MARA
Kalau ada link puan terus buat rayuan online..tapi kalau tak ada..puan tulis surat rayuan alamatkan kpd pengarah bhg pendidikan menengah mara, kalau jauh poskan kalau dekat boleh hantar terus ke pejabat mara. Sertakan sekali sijil2…in sha Allah..semoga dipermudahkan. Kadang2 ada juga yg buat rayuan online kemudian menghantar juga surat rayuan bertulis. Saya buat rayuan online masa anak yg pertama….alhamdulillah dapat panggilan ke-3. Kita cuba berusaha..
nk setuju kt ane klau dh dpt mrsm
Tak ada reply on line setuju ke tak, Hadir masa hari pendaftaran beserta dokumennya kitra setuju. Gagal hadir kira tolak tawaran rasanya.
Banyak yang encik tidak puas hati.jika begitu encik kena pasang kabel !
Alhamdulilillah.. syukur. Saya dan anak tak guna kabel utk mendptkan tempat di MRSM. Insyaallah… apa shj yg ditentukan olehNya pasti ada hikmahnya..
Tunggu surat tawaran cara POS ke atau…. kerana .pdf online tiada no. Acc. utk bayar yuran di BSN rm 333. kompius la… mohon pencerahan….
Salam, saya pun nak tahu juga kalau ada sapa2 yang tahu sebab .pdf online tu pun saya tak dapat/takde link utk download
Salam, sdr guna Firefox browser kan.. bila kita klik 'surat tawaran' dan 4 maklumat yg lain. Secara automatik kita sebenarnya sudah 'download' semua surat tersebut. Downloadnya terletak dibucu kanan sebelah atas (bertanda 'Anak Panah Hala Kebawah'). Sdr kena cetak (kalau ada printer) atau save kat PenDrive kemudian cetak di cyber cafe yg ada printer. Kesemuanya ada lebih kurang 38 mukasurat. Selamat mencuba.
Salam, encik kena masuk lagi sekali & cetak surat tawaran semula sbb surat tawaran yg awal dulu tiada no.acc.
rasa kecewa sangat.anak dapat 5a tapi sbp pun tak bejaya.kata kota pengetua. Tunggu mrsm pun sama.suruh buat rayuan tapi x tahu caranya.call mara susah nk jwp tel pulak.
macam mana nk dapat surat tawaran ye…
mrsm.. tahniah yang dapat.
1. rayuan.. digalakkan terus ke mara KL… mara melihat tahap kesungguhan perayu..setakat call…saya dimaklumkan… kurang kesungguhan..mmg kena korban masa, wang dsb.
2. sila gunakan YB tuan/puan… untuk buat surat sokongan. dokumen kasi lengkap.. sejak surat tawaran interview diterima. Kuota politik sangat besar. .. dapat surat dr YB/buat siap2 draft..pejabat YB copy…/edit/print…. bawak gak ke KL… kot2 YB sibuk…
3. pindah program/mrsm.. setahu saya… kalau ditawarkan tu ..ambik je laaa… sebab nak dapat pun payah… IGCSE..tengok markah masa interview, skor markah pendapatan penjaga (yuran buku cecah rm4000)…kalau penjaga tak mampu.. dihantar tempat lain yg program biasa….so mungkin sebab markah kewangan tak menyokong IGCSE anak tu…
4. kalau ulul albab… gemenceh 2013—permohonan dapat interview 4500 orang… ambilan… 180 org…. so kalau diberi mrsm biasa… terpulanglaaa….
5. macam anak saya… alhamdulillah dapat igcse…mohon sbpi tak sangkut… sekolah agama pilihan negeri/kluster ..pun takdapat sebab?? silap jawap: tahap minat??…berminat… bukannya SANGATTTTTT BERMINATT… so tak dapat…
6. kalau tak dapat?.. sekloah je laaa… mungkin rezeki nya ada nnt… kita just mohon .. cuba….
mungkin gaj.. satu ujian.. mana lah kita tahu takdir kita kann…
2 org murid saya diterima masuk ke mrsm kursus IGCSE..pendapatan keluarga rendah ttp pihak MRSM insyaallah dapatkan biasiswa dan telah pun buat lawatan ke rumah pelajar tersebut.. Alhamdulillah, apa sj rezeki anak kita hari ini patut kita syukuri.. tinggal lg kita menjadi pendorong kpd mereka utk terus berjaya. Cabaran mereka baru bermula. Semoga MRSM dpt membentuk mrk memiliki sahsiah yg cemerlang dunia akhirat
Entah
Assalamualaikum, adakah benar jika seseorang itu tidak dapat masuk SBP kerana dia dapat masuk ke MRSM ?
Entah….
Ouh..
Bilakah tarikh pendaftaran masuk ke MRSM tingkatan 4 ?
Bilakah tarikh keputusan kemasukan tingkatan 4?
Pukul berapa keputusan MRSM tingkatan 4?
Bile form 4 nie? Kata, 29 ari bulan nie?
Bila tarikh keputusan MRSM Ting 4 sebenarnya keluar?
Bila tarikh daftar, ada sesiapa yang tahu?
MARA KL kata, mungkin isnin atau selasa depan lepas raya cina…
bila tarikh semakan pengambilan tingatan 4 mrsm 2014
kenapa tiada link untuk rayuan ? boleh terangkan kenapa
ari dah boleh semak kemasukan mrsm tingkatan 4…. tapi tak dapat nak check… x dapat link..busy kot…
Bila keputusan pengambilan ke 2 MRSM untuk tingkatan 1 diumumkan?
Bila dapat tahu keputusan rayuan kemasukkan MRSM tingkatan 4…
yess saya dapat mrsm kuantan muadzam shah..terima kasih kepada ayah dan ibu yg bertungkus lumus mendapatkan kabel baik punya untuk saya diterima belajar ke mrsm..rasa bertuah sangat sbb ramai yg mohon pun tak dapat.saya juga dapat..saya rasa saya paling bijak didunia..xsabar nak grad dari sekolah mrsm dan masuk universiti dekat luar negara menuntut dalam bidang perubatan dan berjaya sebagai ansara..marasmart
Saya ada buat permohonan rayuan kemasukan ke Form 1 MRSM Tahun 2014.Jadi saya ada 2 soalan berkenaan keputusan rayauan .
Soalan 1. Bilakan keputusan rayuan ke Mrsm diumumkan
Soalan 2. Bagaimanakah untuk semak keputusan ini adakah ianya online dlm website mara?
Assalamualaikum,
Saya seorang ibu tunggal mempunyai 3 orang anak. Anak kedua saya bernama Edriq Mizan Bin Ramli Angka Giliran BA0571007 merupakan seorang anak yatim semenjak berusia 9 tahun. Beliau mendapat keputusan 5A dan sangat berminat untuk melanjutkan pelajaran ke SBP atau MRSM.
Malangnya kedua-dua SBP dan MRSM telah menolak permohonan anak saya samada ke SBP atau MRSM. Ambilan kedua SBP juga gagal menempatkan anak saya ke SBP.
Saya telah membuat rayuan online MRSM dan masih menunggu jawapan untuk ambilan kedua MRSM. Mohon pertimbangan sewajarnya pihak MRSM memberi peluang kepada anak-anak yatim yang cemerlang supaya mereka tidak terus keciciran.
Saya yang mengharap…sekian terima kasih..
Sy dpt mrsm x pakai kabel pon..okay je…best blajar dkt mrsm kuantan igcse..yg x dpt tu tunggula panggilan kedua ..insyaallah dpt..aminn
Untuk makluman, menurut pegawai MARA keputusan rayuan kemasukan Tingkatan 1 MRSM akan diumumkan pada Jumaat (24.2.2014) atau minggu berikutnya. Boleh semak di website MARA nanti.
PEMBETULAN:
Untuk makluman, menurut pegawai MARA keputusan rayuan kemasukan Tingkatan 1 MRSM akan diumumkan pada Jumaat (28.2.2014) atau minggu berikutnya. Boleh semak di website MARA nanti.
Dah kuar pagi tadi, alhmdulillah brjaya mrsm parit
bila keputusan ambilan ke-2 diumumkan?????
Keputusan ambilan ke-2 dah pun keluar on 26.2.2014 melalui sms, Alhamdulillah anak saya berjaya walaupun tak dapat MRSM pilihan. Terima Kasih MARA kerana memberi peluang kepada anak saya melanjutkan pelajaran ke MRSM. Semoga anak2 kita berjaya Dunia & Akhirat. Amin
Saya telah membuat permohonan pertukaran anak saya di ting 1 dari mrsm felda di Trolak ke Mrsm Merbok Kedah…. saya ingin tahu mcmmana dan bila keputusan permohonan akan dapat…
[…] memohon memasuki Tingkatan 1 di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) dan gagal mendapat tempat semasa pengambilan pertama pertengahan Januari lalu boleh menyemak sekali lagi permohonan mereka untuk mengetahui keputusan […]
ANAK SAYA FAKHRI NAZMI BIN NORIN MENDAPAT TAWARAN KE MRSM UNTUK PANGGILAN SETERUSNYA TETAPI ANAK SAYA BELUM MENERIMA SURAT TAWARAN TERSEBUT. SAYA TELAH MENGHUBUNGI PIHAK MARA TETAPI TIADA PEGAWAI YANG MENJAWAB PANGGILAN.
Anak saya telah ditawarkan ke MRSM secara panggilan telefon. Malangnya sampai hari ini 13.6.2014 tiada surat tawaran. Saya telah menghubungi pihak MARA tetapi tiada pegawai bertugas menjawab panggilan.
Salam. Puan boleh cuba click kat SEMAKAN TAWARAN KE TINGKATAN 1 MRSM SESI 2014. Cuba masukkan nombor angka giliran UPRS anak puan. kalau betul berjaya mendapat tawaran ke MRSM dalam tu ada surat tawaran beserta dgn tarikh mendaftar.
saya dah mohon mrsm secara online tp sy tak cetak page yg disuruh. bolehkah sy meneruskan permhonan. nombor angka giliran pon sy x catat
Assalamualaikum,
minta tolong.. Jika kita terlupa hendak cetak borang permohonan pada awalnya.. Dimana yer sya nk dptkan borang itu untuk dibawa ke Pusat Ujian nanti kerana pemohonan di laman rasmi mara sdh ditutup..