Para pelajar tingkatan 1 2012 yang telah menduduki UPSR 2011 dan ada memohon memasuki Tingkatan 1 2012 di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) program Ulul Albab dan Cambridge International General Certificate of Secondary Education (IGCSE) sudah boleh menyemak keputusan permohonan mereka mulai hari ini.
Terima kasih kepada beberapa pembaca ePutra yang berkongsi maklumat ini di Facebook ePutra.
Semakan Permohonan Ulul Albab / IGCSE
- Semakan permohonan ke Tingkatan 1 MRSM Ulul Albab / IGCSE boleh dibuat dengan menggunakan angka giliran UPSR pemohon.
- Semakan boleh dibuat di laman web, Semakan Permohonan Secara Online Kemasukan MRSM.
Keputusan Permohonan MRSM Biasa
Keputusan permohonan kemasukan 2012 ke Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 MRSM yang lain akan diumumkan pada 20 Januari 2012.
Maklumat
Sebarang pertanyaan dan maklumat tambahan mengenai keputusan permohonan ini boleh diperolehi dengan menghubungi MRSM yang ditawarkan atau Bahagian Pendidikan dan Latihan (Pendidikan Menengah) MARA di talian 03-2690 3765 / 03-2613 4509 / 03-2613 4513.
[…] TERKINI: Keputusan Permohonan MRSM Ulul Albab & IGCSE […]
[…] TERKINI: Keputusan Permohonan MRSM Ulul Albab & IGCSE […]
macam mane ye nak buat rayuan ke mrsm ululalbab &igcse,terus hantar surat ke bhg latihan mara atau mrsm berkenaan
ala nora jangan risau..nora cuba klik permohonan kemasukan MRSM 2012 di ePUTRA.
susah mcm ni..masa taklimat bersama ibubapa pihak mrsm kata sape2 yang mohon mrsm ulul albab wlwpun ada dpt twrn ke sbp tapi masih berpeluang ke mrsm. Tp skrg sebaliknya pulak…dah di tolak mentah2, tau dulu takpayah g temuduga. Kempunan nak masuk mrsm. Lain kali suruh cikgu2 pesan dgn murid2, klu dah minta sbp..jgn isi borang mrsm.
alahai skrag ramai org pakai kabel-kabel yang besar….. <'ha ni ore aku kau masukkan di.'….., result temuduga entah ape…. senangnya kalau macem mana… tak yah ada temuduga or what ever it is
Rasanya ramai yang dapat atas merit dan bukannya kabel. Nak cari ilmu biarlah cara yang betul, barulah berkat.
Betul tu……………. ada yg saya kenal walaupun kabel mmg cukup kuat tapi tak dapat jugak sebab merit mmg rendah.
Betul tu. sy ada guna kebalyg bsar, tapi tak dapat juga.
Saya tak guna kabel .. alhamdullillah dapat tempat .. exam menurut kata anak mmg susah esp math. Temuduga mungkin mereka ingin dapat kan candidate yg betul2 layak.
sy pun guna kabel yg betul2 kuat. tapi masih tk dapat.
saya memang terjumpa kes macem ni sb tu lah sy kata, bukan takat mrsm saja even sekolah krk,smka (lani tak payah exam nak masuk…lagi lae senang),srk..dapat 4a 1b dapat masuk kesian orang-orang kg….ta'pa tuhan maha kaya…..tengoklah balasannya nanti.Saya dah buat experimen pada anak-anak saya sblm ni…sy juga ada kabel tp x mahu guna…..
Sabar je la…
kabel saya ALLAH saje. Alhamdulillah dapat MRSM UA K BATAS
[…] MARA MARA […]
[…] permohonan kemasukan ke Tingkatan 1 MRSM Ulul Albab dan IGCSE telah diumumkan lebih awal pada 6 Januari 2012 yang […]