Para pelajar lepasan UPSR 2011 yang ada membuat permohonan kemasukan ke Tingkatan Satu Kelas Rancangan Khas (KRK) 2012 sudah boleh menyemak keputusan permohonan mereka.
Semakan Keputusan Permohonan Tingkatan 1 KRK
- Semakan boleh dibuat di laman web Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) atau menghubungi Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) yang berkenaan atau sekolah asal pemohon.
- Angka giliran UPSR diperlukan untuk membuat semakan.
Rayuan Tingkatan 1 KRK
- Mereka yang gagal mendapat tawaran boleh membuat rayuan dengan menggunakan borang rayuan yang disediakan.
- Semua borang rayuan perlu dihantar ke Pejabat Pelajaran Daerah yang berkenaan.
- Tarikh akhir menghantar borang rayuan adalah pada 12 Januari 2012.
- Jika pemohon tidak dihubungi dalam tempoh sebulan dari tarikh tutup rayuan, maka permohonan rayuan dianggap gagal.
Surat Tawaran Tingkatan 1 KRK
Surat tawaran untuk semua calon yang berjaya boleh diperolehi di sekolah asal (Sekolah Kebangsaan) pemohon. Sila hubungi sekolah asal pemohon untuk maklumat lanjut.
Senarai Jabatan Pelajaran Negeri
Berikut adalah pautan ke laman web Jabatan Pelajaran Negeri (JPN);
- Jabatan Pelajaran Johor
- Jabatan Pelajaran Kedah
- Jabatan Pelajaran Kelantan
- Jabatan Pelajaran Labuan
- Jabatan Pelajaran Melaka
- Jabatan Pelajaran Negeri Perlis
- Jabatan Pelajaran Negeri Pulau Pinang
- Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan
- Jabatan Pelajaran Negeri Wilayah Persekutuan
- Jabatan Pelajaran Pahang
- Jabatan Pelajaran Perak
- Jabatan Pelajaran Sabah
- Jabatan Pelajaran Sarawak
- Jabatan Pelajaran Selangor
- Jabatan Pelajaran Terengganu
- Pejabat Pelajaran WP Putrajaya
Maklumat
- Tarikh dan maklumat di atas mungkin ada perbezaan di antara JPN.
- Jika terdapat sebarang pertanyaan mengenai keputusan permohonan Kelas Rancangan Khas ini sila berhubung dengan sekolah pemohon atau Jabatan Pelajaran Negeri atau Pejabat Pelajaran Daerah yang berkenaan.
[…] Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) […]
borang rayuan boleh didapati di PPD ke?
Sepatutnya boleh
adakah keputusan rayuan KRK disemak melalui sistem online ? Atau pun, kita perlu menunggu sehingga dihubungi dlm masa sebulan tersebut ? Terima kasih 🙂
Perlu menghubungi JPN/PPD yang berkenaan utk menyemak keputusan rayuan
Bilakah keputusan permohonan sekolah kawalan, krk boleh disemak melalui sistem online?