Keputusan Permohonan Tingkatan 1 KRK 2012

Para pelajar lepasan UPSR 2011 yang ada membuat permohonan kemasukan ke Tingkatan Satu Kelas Rancangan Khas (KRK) 2012 sudah boleh menyemak keputusan permohonan mereka.

Kelas Rancangan Khas - KRK

Semakan Keputusan Permohonan Tingkatan 1 KRK

  • Semakan boleh dibuat di laman web Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) atau menghubungi Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) yang berkenaan atau sekolah asal pemohon.
  • Angka giliran UPSR diperlukan untuk membuat semakan.

Rayuan Tingkatan 1 KRK

  • Mereka yang gagal mendapat tawaran boleh membuat rayuan dengan menggunakan borang rayuan yang disediakan.
  • Semua borang rayuan perlu dihantar ke Pejabat Pelajaran Daerah yang berkenaan.
  • Tarikh akhir menghantar borang rayuan adalah pada 12 Januari 2012.
  • Jika pemohon tidak dihubungi dalam tempoh sebulan dari tarikh tutup rayuan, maka permohonan rayuan dianggap gagal.

Surat Tawaran Tingkatan 1 KRK

Surat tawaran untuk semua calon yang berjaya boleh diperolehi di sekolah asal (Sekolah Kebangsaan) pemohon. Sila hubungi sekolah asal pemohon untuk maklumat lanjut.

Senarai Jabatan Pelajaran Negeri

Berikut adalah pautan ke laman web Jabatan Pelajaran Negeri (JPN);

Maklumat

  • Tarikh dan maklumat di atas mungkin ada perbezaan di antara JPN.
  • Jika terdapat sebarang pertanyaan mengenai keputusan permohonan Kelas Rancangan Khas ini sila berhubung dengan sekolah pemohon atau Jabatan Pelajaran Negeri atau Pejabat Pelajaran Daerah yang berkenaan.

6 thoughts on “Keputusan Permohonan Tingkatan 1 KRK 2012

  1. borang rayuan boleh didapati di PPD ke?

  2. adakah keputusan rayuan KRK disemak melalui sistem online ? Atau pun, kita perlu menunggu sehingga dihubungi dlm masa sebulan tersebut ? Terima kasih 🙂

  3. Bilakah keputusan permohonan sekolah kawalan, krk boleh disemak melalui sistem online?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title="" rel=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.