Semakan Keputusan Permohonan Tingkatan 1 SMKA / KAA 2012

Para pelajar lepasan UPSR 2011 yang ada membuat permohonan kemasukan ke Tingkatan Satu Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) atau Kelas Aliran Agama (KAA) 2012 sudah boleh menyemak keputusan permohonan mereka. Ini merupakan ambilan yang pertama kerana SMKA/KAA mempunyai beberapa pengambilan untuk mengisi kekosongan oleh pelajar yang mendapat tawaran lain.

Sekolah Menengah Kebangsaan Agama / Kelas Aliran Agama

Semakan Keputusan Permohonan Tingkatan 1 SMKA / KAA

  • Semakan boleh dibuat di laman web Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) atau menghubungi Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) yang berkenaan atau sekolah asal pemohon.
  • Nombor MyKad atau Surat Beranak diperlukan untuk membuat semakan.

Rayuan Tingkatan 1 SMKA / KAA

  • Mereka yang gagal mendapat tawaran boleh membuat rayuan dengan menggunakan borang rayuan yang disediakan.
  • Semua borang rayuan perlu dihantar ke Pejabat Pelajaran Daerah (up. Unit Pendidikan Islam) yang berkenaan.
  • Tarikh akhir menghantar borang rayuan adalah pada 29 Disember 2011.

Penerimaan Tawaran Tingkatan 1 SMKA / KAA

Mereka yang berjaya mendapat tawaran ke SMKA / KAA bagi ambilan pertama ini perlu membuat pengesahan penerimaan tawaran di sekolah yang ditawarkan selewat-lewatnya pada 28 Disember 2011.

Senarai Jabatan Pelajaran Negeri

Berikut adalah pautan ke laman web Jabatan Pelajaran Negeri (JPN);

Maklumat

  • Tarikh dan maklumat di atas mungkin ada perbezaan di antara JPN.
  • Jika terdapat sebarang pertanyaan mengenai keputusan permohonan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama dan Kelas Aliran Agama ini sila berhubung dengan sekolah pemohon atau Jabatan Pelajaran Negeri atau Pejabat Pelajaran Daerah yang berkenaan.

33 thoughts on “Semakan Keputusan Permohonan Tingkatan 1 SMKA / KAA 2012

  1. […] TERKINI: Semakan Keputusan Permohonan Kemasukan Tingkatan 1 SMKA / KAA 2012 […]

  2. nurul ilya sahira says:

    salam,.
    nak tny,borg rayuan tu,memg utk ngri slangor je k?
    ad x utk y trg?

  3. faizal hasan says:

    as salam..mcmne nak semak keputusan kemasukan pelajar tingkatan 1 ke sekolah berasrama penuh die Selangor (KAA)

  4. salam, kenapa anak saya tidak mendapat SMKA dan dia ditawarkan ke KAA. Boleh saya tahu apa kriteria yang diperlukan untuk ke SMKA? Kawan anak saya ditawarkan ke SMKA sedangkan keputusan anak saya lebih bagus daripada kawannya. Anak saya mendapat UPSR 5A, UPKK 8A , PKSR 2 99% untuk pendidikan islam, PSRA 88.4%. Saya sangat kecewa dengan pemilihan yang dibuat.

  5. mcm mne nk cek ke sekolah menengh teknik 2012

  6. Jika surat tidak sampai , adakah itu bermakna saya tida layak ke SMKA ? Dan bagaimana hendak semak permohonan ke smka ?

  7. Salam….kenapa susah sangat nk tengok semakan kemasukan smka untuk tingkatan 1 2012…saya dah cuba banyak kali..keputusan dah keluar ke belum?

  8. Borang rayuan sbp tidak perlu dihatar ke mana-2 atau perlu dicetak dan dihantar ke mana-2?

  9. wan nor ain says:

    salam,,,bagaimana untuk menyemak di laman web tersebut kerana saya telah pergi ke tautan jpn negeri perak tetapi xtahu bahagian mana untuk menyemak kemasukan sekolah aliran agama tersebut… TQ

    • salam… jika tidak jumpa di laman web, boleh hubungi terus JPN yang berkenaan untuk mendapatkan maklumat yg diperlukan

  10. hasna ramadin says:

    Salam….

    Saya ingin tanya pada pihak tuan, bagai mana cara untuk saya ingin tengok keputusan sekolah mana yang anak saya dapat.

    saya sudah cube banyak kali tapi masih tak jumpa cari.

    sekian, terima kasih.

  11. hasna ramadin says:

    Salam….

    Saya ingin tanya pada pihak tuan, bagai mana cara untuk saya ingin tengok keputusan sekolah mana yang anak saya dapat.

    saya sudah cube banyak kali tapi masih tak jumpa cari.

    sekian, terima kasih.

  12. keputusan rayuan utk ke smka da kuar ke aeh?!cmne na cek?!penat carik link tp ta jmpe.harap bole tlg.tengs 😉

  13. salam . saya memohon smka , tetapi kenapa saya dapat tawaran ke KAA ? adakah ini keputusan MUKTAMAD dari pejabat pelajaran negeri ?

  14. Salam..saya ingin tahu mengapa saya tdk dpat masuk ke SMKA sdangkan kputusan UPSR saya ialah 3a2b ..dan mndpt keputusan Mumtaz dalam peperiksaan Syahadah Ibtida'ieah Arabiah(SIA).Harap dapat mmbntu saya.Terima Kasih.

  15. salam.. mcm mane nk semak keputusan kemasukan pelajar tingkatan 1 ke sekolah (KAA)/(SMKA)?

  16. salam..mcmne nak semak keputusan kemasukan pelajar tingkatan 1 ke sekolah (KAA)/(SMKA)?

  17. salam……macamana nak semak keputusan rayuan kemasukan Tingkatan 1.?

  18. Salam..keputusan untuk smka sabah dah kuar ke? Saya xdpt cari link yg sesuai.

  19. salam.bila semakan keputusan ke smka di negeri kelantan pada tahun 2014 akan dikeluarkan?kalau dah tahu tolong bagi tarikhnya

  20. salam.bila semakan keputusan ke smka pada tahun 2014 di negeri kelantan akan dikeluarkan?kalau dah tahu tolong bagi tarikhnya

  21. salam.anak saya tidak berjaya ke SMKA di perak tahun 2014.saya dah buat rayuan 20/12/13.bila tarikh nak semak rayuan diterima @ tidak dan macamana nak semak keputusan tingkatan 1

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title="" rel=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.