Keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2008 yang diumumkan hari ini adalah lebih baik daripada purata lima tahun sebelumnya.
Seramai 46,641 atau 9.2 peratus daripada 518,616 calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun ini memperoleh gred A dalam semua mata pelajaran yang diambil. Keputusan ini adalah lebih baik berbanding purata 7.8 peratus yang mencapai keputusan yang sama untuk tempoh lima tahun sebelumnya.
Gred Purata Kebangsaan (GPK) untuk tahun ini juga bertambah baik pada pointer 2.36 berbanding purata 2.39 untuk tempoh lima tahun lepas.
Di samping 46,641 atau 9.2 peratus calon mendapat A dalam semua mata pelajaran, 317,404 atau 62.7 peratus calon mendapat minimum gred C dalam semua mata pelajaran. Seramai 488,567 calon atau 96.3 peratus daripada jumlah calon telah mencapai tahap literasi yang dikehendaki berbanding purata 95.7 peratus untuk lima tahun lalu.
Menurut Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd Dom, lima mata pelajaran menunjukkan peningkatan ketara dengan gred cemerlang bagi Bahasa Melayu penulisan sekolah kebangsaan, Bahasa Melayu penulisan, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina penulisan dan Bahasa Tamil penulisan.
Mereka yang layak bolehlah memohon untuk ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM).
saya dpt 3a2b bole mohon ke. saya juga belajar dlm darjah 6 sek agama di johorbahru
Zikri,
Anda perlu mendapat 5A untuk memohon MRSM tapi jangan hampa tetapi terus berusaha untuk mendapat 8A tidak kira di manapun anda belajar.
Saya mendapat 5A dalam UPSR baru baru ini. Bolehkah saya memohon untuk masuk ke SMK Aminuddin Baki di Kampung pandan, Kl?
Azlan96,
Anda boleh memohon di Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur,
Persiaran Duta, Off Jalan Duta, 50604 Kuala Lumpur. Permohonan anda akan mempunyai peluang yang lebih baik jika anda belajar dan tinggal di dalam kawasan Kuala Lumpur. Sila hubungi 03-62037777 atau 03-92858219 untuk maklumat lanjut.
saya dapat 5A dalam upsr dan tidak terlalu aktif dalam aktiviti kokurikulum.
adakah saya masih layak untuk memohom sbp ini?
saya mendapat 5A dalam UPSR,bagaimanakah hendak tahu keputusan sekolah berasrama penuh dan MRSM melalui internet?Dan apakah syarat kelayakan untuk ke temuduga MRSM?
saya dpt 5a macam mana saya nak tahu dapat borang ke sbp ke tak
Billa Cute,
Permohonan ke SBP adalah berdasarkan cadangan percalonan pihak sekolah. Anda boleh semak dengan sekolah anda samada anda dicalonkan atau dengan Bahagian SBP, Kementerian Pelajaran.
Epa,
Keputusan ke SBP boleh disemak di laman web Kementerian Pelajaran bila tiba masanya. Manakala MRSM pula setakat ini pihak MARA belum menyediakan semakan melalui internet. Hanya MRSM Agama sahaja ada temuduga dan saya tidak mempunyai maklumat mengenainya.
Aiman,
Sila rujuk jawapan di atas.
saya juga mendapat 5 a tapi saya risau jika saya tidak dapat sekolah sbp atau mrsm.
saye dapat 5a tapi saye takut la kalau saye tak dapat sbp atau mrsm. dan pada borang sbp saye mangambil aliran agame.macam mane nak tukar kepada aliran sains?saye harap keputusan saye dipertimbangkan…terima kasih…
saya mendapat 5A dalam UPSR,bagaimanakah hendak tahu keputusan sekolah berasrama penuh dan MRSM melalui internet?dan tidak terlalu aktif dalam aktiviti kokurikulum.adakah saya masih layak untuk memohom sbp ini?
Mira dan Mirazaid,
Keputusan ke Sekolah Berasrama Penuh boleh disemak di Semakan Tawaran ke Tingkatan 1 SBP KPM. Untuk MRSM buat masa ini belum boleh disemak melalui internet.
Aliran tidak dapat dapat ditukarkan buat masa ini dan mereka yang aktif akan mempunyai lebih cerah untuk dipilih.
Bila bleh sye semak kemasukan ke MRSM??
saya ingin bertanya dimanakah website yang perlu saya layari untuk megetahui keputusan pemilihan murid-murid tahun 6 yang menduduki peperiksaan upsr baru-baru ini bagi memasuki mrsm tahun 2009
[…] Keputusan UPSR 2008 yang diumumkan baru-baru, menunjukkan keputusan dicatatkan adalah lebih baik daripada purata lima tahun sebelumnya dengan 46,641 pelajar atau 9.2 peratus mendapat gred A dalam semua mata pelajaran. […]
saya mendapat 4a1b dalam upsr 2008.adakah saya di terima untuk memasuki mrsm ketika tahun 2009?
Saya mendapat 4a1b dlm results upsr 2008.Saya amat risau kerana saya telah mendapat gred b dlm sains.Adakah saya layak ke SBP?
salam.saya mendapat 8a dalam pmr 2008.tetapi saya tidak memohon mrsm pada tahun lepas,adakah terlewat utk saya memohonnya?ataupun membuat rayuan?dan adakah peluang saya cerah untuk ke sbp??dan saya tertanya pada bulan berapa selalu nya keputusan sbp keluar??
Nabiela dan Bohim,
Anda boleh menghubungi MARA Bahagian Pendidikan & Latihan (Menengah) di talian 03-2691 5111 sambungan 3392/3765 untuk menyemak keputusan permohonan.
Fatina dan Gadis Kerisauan,
Mereka yang mendapat 5A dan aktif dalam ko-kurikulum mempunyai peluang yang lebih cerah untuk dipilih.
Aries18,
Hanya mereka yang memohon pada tahun lepas sahaja yang akan dipertimbangkan ke MRSM. Jika anda seorang aktif dalam ko-kurikulum atau sukan peluang anda lebih cerah berbanding mereka yang sekadar cemerlang dalam akademik.
Keputusan kemasukan ke tingkatan 4 SBP biasanya akan diketahui pada penghujung Januari.
nilam,kalaw nk tukar gak pade aliran sains cane???
cane nk taw yg seseorang itu dapat mrsm ataw sbp??
adakah seseorang itu akan mendapat surat yg dihantar pada rumah??
dan bila keputusan mrsm akan dikeluarkan??
saya da x sabar ni…..
Mirazaid,
Anda perlu berhubung terus dengan Bahagian Sekolah Berasrama Penuh di talian 03-88849536 atau mereka yang berikut untuk bantuan;
Mas Al Hafiz Bin Samsir 03-8884 3649, Cik Zarina bt Mohd Zakaria 03-8884 3657 atau Pn. Zaidar bt Othman PPTM 03-8884 3671.
Manakala MRSM pula berhubung dengan MARA Bahagian Pendidikan & Latihan (Menengah) di talian 03-2691 5111 sambungan 3392/3765.
Mereka yang telah mendapat tawaran ke SBP tidak akan mendapat tawaran ke MRSM. Surat tawaran akan dihantar ke rumah kepada mereka yang berjaya. Untuk makluman pengambilan pertama SBP telah pun mendaftar ke sekolah manakala temuduga untuk pengambilan kedua baru sahaja lepas.
Keputusan untuk MRSM pula dijangka akan diketahui pada minggu hadapan.
Saya telah mendapat keputusan 5A upsr.Bilakah pengambilan kedua untuk mrsm/sbp?
saya telah mendapat keputusan 5A UPSR bagaimanakah hendak tahu keputusan mrsm dan sekolah berasrama penuh?
Elyana,
Semakan pengambilan kedua untuk tingkatan 1 SBP sila rujuk Keputusan Pengambilan Kedua Sekolah Berasrama Penuh Tingkatan 1 2009 manakala pengambilan kedua MRSM belum diumumkan.
Semakan kemasukan ke MRSM boleh disemak di Keputusan Permohonan Kemasukan MRSM Tingkatan 1 2009 dan maklumat untuk membuat rayuan sila semak Rayuan Kemasukan Ke Maktab Rendah Sains MARA.
Saya hendak tahu syarat-syarat untuk memasuki SMK Amiruddin Baki Kampung Pandan untuk tingkatan 4, adakah mesti kita mesti mendapat 8A dalam PMR?
Nurul Shamila,
SMK Aminuddin Baki Kampung Pandan memberi keutamaan kepada mereka yang mendapat keputusan yang cemerlang dan belajar/tinggal di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Maklumat lanjut bolehlah menghubungi pihak sekolah di talian 03 9285 8219 atau faks 03 9281 1905, anda juga boleh hubungi Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Persiaran Duta, Off Jalan Duta, 50604 Kuala Lumpur di talian 03 6203 7777.
Saya gembira kerana pada tahun 2008 saya telah mengambil peperiksaan besar, iaitu UPSR.Saya telah mendapat 2A3B.Alhamdulillah.Bersyukur ku kehadrat Ilahi. Tuhan itu maha kaya dan maha pemberi.Walaupun saya tidak mendapat 5A.Saya tetap bersyukur.
Noor Suhaili,
Syukur alhamdullilah… belajar bersungguh2 dan cemerlang dalam PMR seterusnya SPM, insyaAllah.
sye nk thu nape org yg aktif koko je bley msk mrsm????
Eilla,
Mereka yang aktif mempunyai peluang yang lebih baik untuk terpilih kerana mereka mahukan pelajar yang bukan sahaja cemerlang dalam akademik semata-mata. Tambahan pula sekarang ini ramai yang mendapat keputusan peperiksaan yang baik.
Assalamualaikum,ana nk tnya,adakah masih layak untuk ana ke MRSM?ana sekarang bljr di SMKA Bandar Penawar…ana juga dpt 5A,tp ana nk pindah,boleh ke?
Popopoyolli,
Pengambilan MRSM hanya dibuat untuk kemasukan ke Tingkatan Satu dan Empat sahaja.
beruntungnya diorang dapat 5A, kalau lah aku dapat 5A macam diorang mesti ibu dengan abah kan.itu lah impian diorang terhadap aku.ESOK UPSR WEI…..
Selamat menghadapi UPSR 2009 yang bermula hari ini.