TERKINI :
Para lepasan Sijil, SPM, SPMV, STPM, Diploma dan yang setaraf dengannya dipelawa untuk memohon memasuki institusi-institusi pendidikan MARA bagi sesi Julai 2010.
Institusi Pendidikan MARA yang dimaksudkan adalah;
- Kolej Profesional MARA (KPM)
- Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM)
- German-Malaysian Institute (GMI)
- Universiti Kuala Lumpur (UniKL)
- Kolej Poly-Tech MARA (KPTM)
Program Pengajian Yang Ditawarkan
Kolej Profesional MARA
Program Pra Diploma dan Diploma
- Program Intensif Persedian (PIP)
- Business Studies
- Accountancy (DIA)
- English Communication (DEC)
- Computer Networking (DCN)
- Entrepreneurship (DEn)
- Agro – Business (DAB)
- International Business (DIB)
- Integrated Logistic Management (DLM)
- Islamic Banking & Finance (DBF)
Foundation & Higher National Diploma (F&HND)
- F & HND in Computing (Software Development) (F&HND CSD)
- F & HND in Business (Information Technology) (F&HND BIT)
- F & HND in Business (Marketing) (F&HND BMk)
Universiti Kuala Lumpur
Bidang-bidang Pengkhususan Pengajian Peringkat Diploma dan Ijazah
- Electrical Electronics & Telecommunication Technology
- Robotics, Automation & Mechatronics Technology
- Machine Building Metal Fabrication & Working Technology
- Automotive, Aircraft, Ship & Industrial Maintenance Technology
- Product Design, Mould & Die & Precision Manufacturing Technology
- Engineering Business & Management & E-Commerce
- Computer Networking, Software Engineering, Multimedia & Animation
- Medical & Allied Health Sciences
- Quality Engineering & Industrial Logistics
- Medical Science technology
- Foundation Studies
Kolej Poly-Tech Mara
Bidang Pengajian Peringkat Diploma, Ijazah dan Profesional
- ICT
- ACCA dan ICSA
- Sains dan Kejuruteraan
- Perniagaan dan Perakaunan
- Sains Sosial dan Pengurusan
- Kejururawatan
Institut Kemahiran Mara
Kolej Kemahiran Tinggi Mara
Bidang Pengajian Diploma Kejuruteraan dan Teknologi
- Elektronik
- Elektrik
- Automotif
- Awam
- Seni & Reka bentuk
- Mekanikal Servis
- Mekanikal Pembuatan
- Medical Instrument Technology
German-Malaysian Institute
Bidang Pengajian Diploma
Technologi Pembuatan
- Tool & Die Technology
- Mould Technology
- Product Design & Manufacturing
- CNC Precision Technology
Elektronik Perindustrian
- Mechatronics
- Process Instrumentation & Control
- Electronics & Information Technology
- Network Security
Kriteria Pemilihan
Pemilihan pemohon-pemohon yang layak akan berpandu kepada faktor-faktor berikut :‑
- Kombinasi pencapaian subjek yang diperolehi pemohon.
- Mencapai gred subjek yang ditetapkan bagi program yang dipohon.
- Bilangan tempat yang disediakan mengikut program fakulti dan institusi.
- Ujian Khas Kemasukan dan temuduga akan diadakan tertakluk kepada keperluan fakulti atau institusi. Pemohon-pemohon akan dihubungi terus oleh fakulti atau institut berkenaan untuk proses ujian khas atau temuduga.
Syarat Kelayakan
Syarat kelayakan untuk memohon adalah bergantung kepada institut dan program pengajian yang dipohon.
Tajaan Pengajian
Calon yang berjaya dipilih bagi mengikuti pengajian di UniKL, GMI dan KPTM adalah layak dipertimbangkan tajaan pinjaman pelajaran MARA tertakluk kepada syarat-syarat semasa yang ditetapkan. Urusan berkaitan pinjaman pelajaran ini akan diuruskan oleh IPMa yang berkaitan bersama dengan Bahagian Penganjuran Pelajaran MARA.
Manakala, bagi calon yang terpilih mengikuti pengajian di KPM, KKTM dan IKM, yuran pengajian adalah percuma yang mana ianya akan dibiayai oleh MARA dan elaun sara hidup akan diberikan kepada mereka yang layak menerima bantuan.
Permohonan
Permohonan boleh dibuat secara online di laman web Permohonan UPIM Secara Online.
Tarikh Tutup
Permohonan kemasukan ke Institut Pendidikan MARA IPMA Sesi Julai 2010 ditutup pada 15 April 2010.
Maklumat
Sila hubungi Institut Pendidikan atau layari laman web yang berkenaan untuk mendapatkan lebih maklumat.
Unit Pusat Institusi MARA (UPIM)
Bahagian Pendidikan Tinggi MARA
Tingkat 12, Ibu Pejabat MARA, Jalan Raja Laut, 50609 Kuala Lumpur
Tel: 03-2691 5111 samb. 1732, 1736 Faks: 03-2691 4457
e-mel : upim@mara.gov.my
Laman web : http://online.mara.gov.my/upimonline/
Universiti Kuala Lumpur
Bahagian Hal Ehwal Akademik
1016, Jalan Sultan Ismail, 50250 Kuala Lumpur
Tel: 03-2175 4424 Faks: 03-2175 4446
e-mel: enquiries@unikl.edu.my
Laman web : http://www.unikl.edu.my/
Kolej Poly-Tech MARA
Bahagian Komunikasi & Pemasaran Korporat
Kolej Poly-Tech MARA Kuala Lumpur
Jalan 6/91, Taman Shamelin Perkasa, Cheras, 56100 Kuala Lumpur
Tel: 03-9281 9700 / 9285 6033 Faks: 03-9281 5764
e-mel: marketing@kptm.edu.my
Laman web : http://www.kptm.edu.my/
Bahagian Pendidikan & Latihan (Kemahiran) MARA
Tingkat 20 & 21, Ibu Pejabat MARA
Jalan Raja Laut, 50609 Kuala Lumpur
Tel: 03-2691 5111 samb. 3469, 3480, 3778 Faks: 03-2691 4510/1310
e-mel: upimikm@mara.gov.my
Laman web : http://www.ikm.edu.my/
German-Malaysian Institute
Jalan Ilmiah, Taman Universiti, 43000 Kajang, Selangor
Talian Umum: 03-8921 9000 Faks: 03-8921 9001
e-mel: enquiry@gmi.edu.my
Laman web : http://www.gmi.edu.my/
[…] This post was mentioned on Twitter by Mohd Bambang, Mohd Bambang Mualip. Mohd Bambang Mualip said: RT @eputra: RT @eputra Permohonan Ke Institut Pendidikan MARA IPMa Sesi Julai 2010 http://bit.ly/bg3q3x […]
boleh terangkan maksud F&HND dalam KPM(KOLEJ PROFESSIONAL MARA)
Social comments and analytics for this post…
This post was mentioned on Twitter by eputra: RT @eputra Permohonan Ke Institut Pendidikan MARA IPMa Sesi Julai 2010 http://bit.ly/bg3q3x…
Syafiq,
F&HND bermaksud Foundation and Higher National Diploma.
Salam Nilam..saya nk tanya..boleh x terangkan lebih lanjut pasal higher national diploma dan keistimewaan..??? mana yg lg bagus.,diploma atau higher national diploma….terima kasih…
salam.. saya baru sje dpt twran utk buat foundation study, or Program Persediaan UniKL FIST UK in engineering kat kolej Mara Kuala Nerang, kedah.. katenya under MARA, klu xsilap, skim pelajar cemerlang spm2009. kene register pd 11 julai 2010 ni. em, ape sbnarnye ni? adakah sya dpt biasiswa mara or hya pinjaman dr mara utk further kat oversea? sy kliru, sbb hari 2 sy hnya applied jpa, bkan mara. tpi tba2 dpt srat dri mara utk bua FIST ni. lgipun skrng ni sy tgh buat asasi kjuruteraan kat uitm pnck alam.. dan bru2 ni sy dpt biasiswa jpa under PIDN sbb gagal intrview utk PILN.. klu sy brjya ke UK lps FIST ni, adakah duit yg mara bgi 2 jdi biasiswa utk sy?? dan bgmana klu ggal kat foundation FIST ni?? tolong saya, buat kptusan smada utk stay kat uitm ni or plih FIST 2… hrap sgt dpt bntu sbb skrg sy ksntuksn masa.. trima ksih
assalamualailakum
sya nk tnya mcner nak sambung belajat kt mara dlm kujuruasan elektikal untuk sambung ke thp 3……