Permohonan Kemasukan Ke IKM Dan KKTM Sesi Julai 2009

TERKINI:

Para Bumiputera, Warganegara Malaysia berumur di antara 17 hingga 40 tahun yang memiliki kelayakan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) / Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional (SPMV) adalah dipelawa untuk mengikuti pengajian kemahiran teknikal peringkat sijil dan diploma di Institut Kemahiran MARA (IKM) dan Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) seluruh negara.

Pengambilan sesi Julai 2009 IKM dan KKTM telah pun mula dibuka mulai 15 Februari 2009. Bidang pengajian kemahiran teknikal yang ditawarkan adalah:

Peringkat Sijil

Peringkat Diploma

  • Mekanikal (Pembuatan)

  • Mekanikal (Services)

  • Automotif

  • Awam

  • Seni dan Rekabentuk

  • Elektrik

  • Elektronik
  • Mekanikal (Pembuatan)

  • Mekanikal (Services)

  • Automotif

  • Seni dan Rekabentuk

  • Elektrik

  • Elektronik


Kursus-kursus pengajian ini mengambil masa di antara 6 bulan sehingga ada yang 3 tahun. Semua pengajian tersebut adalah diiktiraf oleh pihak Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Di samping itu mengikuti pengajian di IKM atau KKTM tidak membebankan kerana yuran pengajiannya adalah percuma.

Majlis Amanah Rakyat (MARA) merupakan salah satu agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi mempunyai 12 IKM dan 3 KKTM seperti berikut;

Institut Kemahiran MARA

Kolej Kemahiran Tinggi MARA

  1. IKM Lumut, Perak

  2. IKM Kuala Lumpur

  3. IKM Beseri, Perlis

  4. IKM Kuching, Sarawak

  5. IKM Johor Bahru, Johor

  6. IKM Pekan, Pahang

  7. IKM Alor Setar, Kedah

  8. IKM Besut, Terengganu

  9. IKM Kota Kinabalu, Sabah

  10. IKM Jasin, Melaka

  11. IKM Sungai Petani,Kedah

  12. IKM Sik, Kedah

  1. KKTM Petaling Jaya, Selangor

  2. KKTM Pasir Mas, Kelantan

  3. KKTM Balik Pulau, Pulau Pinang

Permohonan untuk ke IKM dan KKTM ini perlu dibuat secara online melalui laman web IKMONLINE.

Maklumat lanjut boleh didapati daripada iklan tawaran serta laman web MARA di www.mara.gov.my dan www.ekemahiran.edu.my. Sementara itu jika ada sebarang pertanyaan sila hubungi Bahagian Pendidikan dan Latihan (Kemahiran) MARA di talian 03 2691 5111 sambungan 3467 atau 3480.

Reblog this post [with Zemanta]

Related posts:

  1. Permohonan Ke Institut Kemahiran MARA Sesi Januari 2009
  2. Politeknik Sesi Julai 2008
  3. Pinjaman MARA Pengajian Tinggi Luar Negara Sesi 2009/2010 Skim SPC

Subscribe / Share

Article by Azhad Nilam
ePutra cuba membantu menyampaikan maklumat yang berkaitan dengan pendidikan di Malaysia. Semua maklumat di sini boleh digunakan semula tetapi sila buat pautan atau rujukan kepada ePutra.com. Terima kasih.
Azhad Nilam tagged this post with:
, , , , , , , ,
Read 485 articles by

83 Comments

Makluman

Peta Minda
 
Recent Comments Tags
Follow ePutra on Twitter
ePutra

Archives