Permohonan Melalui UPU Ke IPTA dan Politeknik Premier Lepasan SPM & Setaraf
Permohonan kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Politeknik Premier bagi Sesi Akademik 2012/2013 atau ambilan Jun/Julai 2012 bagi program pengajian lepasan SPM dan setaraf telah dibuka mulai 9 Januari 2012.
IPTA dan POLITEKNIK PREMIER
Permohonan kemasukan ke IPTA bagi lepasan SPM melibatkan semua IPTA yang ada pengambilan Asasi dan Diploma dan tiga Politeknik Premier iaitu Politeknik Ungku Omar (PUO), Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA) dan Politeknik Ibrahim Sultan (PIS).
Bagi permohonan ke Politeknik yang lain, Kolej Komuniti, Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN), Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC), Institut Teknikal Jepun – Malaysia (JMTI), Institut Latihan Perindustrian (ILP), Jabatan Pertauliahan Dan Kemahiran Lanjutan (CIAST), Institut Kemahiran MARA (IKM), Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) dan Majlis Latihan Pertanian Kebangsaan (NATC) sila rujuk ke Permohonan Kemasukan Ke TEVT, Politeknik dan TEVT Lepasan SPM/setaraf dan Lepasan SKM.
FASA
Memandangkan jumlah pemohon yang ramai dari kalangan lepasan SPM, proses permohonan telah dilaksanakan dalam dua fasa iaitu;
-
Fasa 1
Pendaftaran Maklumat Pemohonan – 15 November 2011 – 31 Disember 2011
-
Fasa 2
Pengesahan Permohonan dan Pilihan Program Pengajian – 9 Januari 2012 – 2 April 2012
Mereka yang tidak membuat pendaftaran semasa Fasa 1 dahulu masih boleh membuat permohonan semasa Fasa 2.
KATEGORI
Permohonan ke IPTA bagi lepasan SPM terbahagi kepada 4 kategori iaitu;
-
Kategori A
Pemohon yang menggunakan kelayakan SPM tahun 2011 sahaja.
-
Kategori B
Pemohon yang menggunakan keputusan SPM tahun 2010 atau 2009.
-
Kategori C
Pemohon yang menggunakan keputusan SPM tahun 2008 atau sebelumnya atau sijil yang setaraf dan diiktiraf oleh IPTA.
-
Kategori D
Pemohon menggunakan keputusan SPM 2009 dengan sijil ulangan SPM 2010 atau sijil ulangan SPM 2011 atau, SPM 2010 dengan sijil ulangan SPM 2011.
PROGRAM PENGAJIAN
Program pengajian yang boleh dipohon bagi lepasan SPM adalah
-
Di IPTA
- Program Persediaan – Asasi
- Diploma
-
Di Politeknik Premier
- Diploma
Senarai program pengajian terutamanya syarat khas kelayakan memohon bagi setiap kursus atau program pengajian. boleh disemak di e-Panduan Permohonan Kemasukan ke IPTA.
PERMOHONAN
- Permohonan secara online boleh di buat melalui laman web
- FASA 1 Permohonan Kemasukan Ke IPTA, & Politeknik Premier Bagi Program Pengajian Lepasan SPM/Setaraf Sesi Akademik 2012/2013 FASA 1
- FASA 2 Permohonan Kemasukan Ke IPTA & Politeknik Premier Bagi Program Pengajian Lepasan SPM/Setaraf Sesi Akademik 2012/2013 FASA 2
- Pastikan anda telah memahami Panduan Mengisi Borang sebelum membuat permohonan.
- Hanya satu permohonan dan tiga kali pengemaskinian dibenarkan bagi setiap pemohon.
NOMBOR UNIK ID
- Nombor unik ID BSN diperlukan semasa membuat pengesahan permohonan di Fasa 2. Nombor unik ID ini boleh dibeli di mana-mana kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai sekarang sehingga 2 April 2012.
- Nombor ini boleh juga dibeli melalui Perkhidmatan Perbankan Pesanan Ringkas BSN (SMS Banking) atau mesin ATM bagi mereka yang memiliki akaun GIRO BSN.
- Nombor Unik ID yang dibeli sebelum 7 November 2011 secara pukal oleh guru atau kaunselor sekolah adalah salah. Anda boleh beli semula di kaunter bank BSN dengan harga RM10.60 atau hubungi UPU di 03-8870 6755/6766/6767/6777 untuk mendapatkan nombor yang baru secara percuma. Sila rujuk Makluman UPU.
- Contoh Slip BSN.
DASAR dan KRITERIA PEMILIHAN
- Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPT) mengguna pakai dasar pengambilan pelajar ke IPTA berasaskan prinsip meritokrasi iaitu kaedah penyediaan merit adalah berdasarkan pencapaian akademik dan aktiviti kokurikulum. Dasar ini berasaskan 90% markah akademik dan 10% markah kokurikulum.
- Kriteria pemilihan adalah berasaskan;
- Pencapaian akademik dalam Peperiksaan SPM/Setaraf;
- Pencapaian dalam aktiviti kokurikulum;
- Kombinasi mata pelajaran yang dimiliki bersesuaian dengan pengajian dipohon;
- Gred mata pelajaran untuk tujuan pengkhususan;
- Lulus temu duga / ujian kelayakan yang ditetapkan oleh IPTA bagi program pengajian yang memerlukan temu duga;
- Program pengajian pilihan pemohon mengikut keutamaan;
- Memenuhi syarat khas program seperti yang ditetapkan oleh sesebuah IPTA; dan
- Bilangan tempat yang disediakan di IPTA.
- Maklumat lebih terperinci boleh didapati di surat makluman yang diberi oleh Jabatan Pengajian Tinggi kepada sekolah-sekolah.
TARIKH TUTUP
- Permohonan kemasukan ke IPTA dan Politeknik Premier melalui UPU bagi lepasan SPM ini akan ditutup pada 2 April 2012.
MAKLUMAT
- Sila rujuk Laman Web Rasmi Kemasukan ke IPTA – UPU untuk mendapatkan maklumat yang lebih terperinci.
- Sila rujuk kategori Kementerian Pengajian Tinggi di ePutra untuk membaca komen-komen yang berkaitan untuk situasi yang sama tahun lepas.
- Sebarang pertanyaan mengenai permohonan ke Program Pengajian Lepasan SPM dan setaraf Sesi Akademik 2012/2013 sila hubungi:
Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Aras 4, No.2 Menara 2, Jalan P5/6, Presint 5, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan. 62200 WP Putrajaya.Hotline UPU: 03 8870 6767 atau Helpline UPU: 03 8870 6777
Talian Am: 03 8870 6755/6766
Kaunter: 03 8870 6778
Faks: 03-8870 6864
E-mel: upu@mohe.gov.my
- Pemohon juga boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai program pengajian dengan menghubungi IPTA dan Politeknik melalui alamat dan nombor telefon yang disediakan di Senarai IPTA Universiti Di Malaysia.
[…] Bagi permohonan ke IPTA dan Politeknik Premier sila rujuk Permohonan Kemasukan ke IPTA & Politeknik Premier Lepasan SPM/setaraf. […]
(SAYA NAK MEMOHON POLITEKNIK MERLIMAU MELAKA AMBIL KURSUS DIPLOMA SENIBINA) . ( LEPASAN SKM DI INSTITUT LATIHAN PERINDUSTRIAN )
Cuba rujuk di http://eputra.com/permohonan-kemasukan-politeknik…
saya nak tanya,,,kalau kita dapat politeknik kan,,pastu dah tak dapat ke tempat kt ipta?
memang ada kemungkinan dapat 2 tawaran
SAYA NAK MEMOHOM IKBN DUSUN TUA AMBIL KURSUS PW2
Cuba rujuk http://eputra.com/permohonan-kemasukan-ke-ikbn-ik…
[…] Permohonan Kemasukan Ke IPTA / Politeknik Premier Lepasan SPM Sesi Akademik 2012 / 2013, ada 8 pilihan program. […]
saya nak bertanya,saya ada kelulusan sijil kolej komuniti,dalam jurusan pelukis pelan seni bina,pada tahun 2008-2010.tapi,sehingga kini saya belum lagi sambung belajaran saya.di mana dan institusi mana ye saya boleh buat permohonan untuk sambung diploma pelukis pelan seni bina.saya tak mahu buat permohonan baru sebab masa terlalu panjang,sekarang ini saya mahu sambung dan mungkin tempoh tidak terlalu panjang.apa pendapat cik,puan,tuan?
[…] Permohonan Kemasukan Ke IPTA / Politeknik Premier Lepasan SPM Sesi Akademik 2012 / 2013 […]
salam nilam nk tanye, wajarkah setelah permohonan ipta/poli premier dibuat, saya turut membuat permohonan poli konvensional? ditakuti hanya salah satu tawaran akan ditawarkan. sebagai cth. apabila ditawarkan poli konvensional, adakah peluang ke ipta seperti uitm akan terus terkubur?
salam, kawan saya ada bertanya perkara ini masa karnival pendidikan, jawapannya ada kemungkinan boleh dapat kedua2 tawaran
salam.. aku nak tnya ni,,aku dpat spm 3 credt 2 gagal,,blh smbung skolah pa ya,?
Hi..nak tanya kalau bagi pemohon kategori C, apakah program-program yang di tawarkan?
[…] UPU – Lepasan SPM […]
[…] UPU – Lepasan SPM […]
saya nak bertanya bagaiman mahu membuat permohonan ke politeknik ibrahim sultan? kerana saya kurang faham tentang cara permohonan..n tak tahu adakah pendaftaran sudah lepas ke belum. kerana penyataan tertulis disitu pendaftar on line sudah ditutup. adekah saya perlu pergi ke politeknik tersebut kerana pendaftaran tidak lama lagi. macam mane yeee???
SAYA NI KATEGORI D SAYA NAK MEMOHON POLITEKNIK MERLIMAU MELAKA AMBIL KURSUS DIPLOMA MEKANIKAL LEH TAK
salam,sye lepasan spm 2011..bleh tak sye nk buat permohonan thn dpan?untk msuk ke politeknik
selamat sejahtera, saya mempunyai kelulusan sijil kejuruteraan elektronik dan perhubungan pada tahun 1985. sya ingin sambung belajar ke diploma. Jika belajar secara "full time" kena brapa tahun? jika hanya belajar pada hari Sabtu dan Ahad sja, berapa tahun boleh habis kursus? terima kasih.
saya lepasan sijil universiti swasta ingin memohon belajar di politeknik. bagi saya link untuk mendaftar. bolehkah saya memohon diploma menggunakan sijil saya.
Anak saya sedang belajar di tingkatan 5 di Sek Men Teknik. Dia ada menyuruh saya beli ID no. di BSN. betul ke? bantu saya…..Dia ingat sambung belajar di IPTA selepas SPM ini. tahun ini. Bila tarikh tutup permohonan.
saya dapat kos dip.arch kat politeknik merlimau , saya dapat kos dip.bangunan kat uitm…. saya mesti laa nak arch. tapi org kate nanti nak sambung degree payah kalau masuk poli sebab poli tak di iktirafkan LAM . betul ke?? mohon penjelasan dari uols .
saya baru lepasan SPM. nak tanya,kalau nak mohon politeknik memerlukan no pin UPU jugak k?kalau dari STPM nak mohon pon kena beli no pin yang baru jgak k?
saya nak bertanya saya adalah lulusan sijil kolej komuniti dalam jurusan pelukis pelan seni bina pada tahun 2013, saya boleh buat permohonan untuk sambung diploma pelukis pelan seni bina di Politeknik dan saya tak mahu buat permohonan baru sebab mengambil masa 3 tahun. Bolehkah terus sambung di Politeknik?
Saya nak tanya bila ye jual nya no pin bg permohonan kedua bg politeknik..