TERKINI : Permohonan Kemasukan Ke MRSM 2012
Permohonan Kemasukan Ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Tingkatan 1 2011 Di Semenanjung Malaysia
Semakan Keputusan Permohonan MRSM Tingkatan 1 2011
Majlis Amanah Rakyat (MARA) mempelawa pelajar Tahun 6 2010 warganegara Malaysia yang layak untuk memohon kemasukan ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Tingkatan 1 tahun 2011 di Semenanjung Malaysia.
Bagi pengambilan Tingkatan 1, MRSM menawarkan dua aliran iaitu Biasa dan (Agama) Ulul Albab. MRSM (Agama) Ulul Albab ditawarkan di MRSM Kota Putra, MRSM Gemencheh dan MRSM Kepala Batas. Sistem pendidikan MRSM Agama ini merangkumi Pengajian Al-Quran (Hafazan), Bahasa Arab dan bahasa-bahasa lain seperti Bahasa Mandarin dan Bahasa Jepun selain subjek teras seperti yang sedia ada di MRSM.
Di samping itu mulai tahun 2011, MARA juga akan melaksanakan program Cambridge International General Certificate of Secondary Education (IGCSE) di MRSM Tun Abdul Razak, Pekan, Pahang. Pelaksanaan program Cambridge IGCSE di MRSM bersesuaian dengan hasrat MARA melahirkan pelajar yang global, cemerlang dan kompetitif.
Program Cambridge IGCSE diperkenalkan untuk menambah nilai (value-add) sistem pendidikan MRSM sedia ada yang menawarkan pensijilan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Sijil Cambridge IGCSE merupakan kelayakan peperiksaan yang berprofil tinggi dan bereputasi cemerlang serta diiktiraf di kebanyakan universiti di peringkat antarabangsa.
Syarat Kelayakan Masuk MRSM
MRSM Biasa
- Warganegara Malaysia.
- Pelajar sekolah Bumiputera dan bukan Bumiputera tahun enam yang sedang menuntut di Sekolah Kebangsaan atau Sekolah Rendah Kebangsaan di Semenanjung Malaysia.
- Memperolehi keputusan 5A dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun 2010.
MRSM Ulul Albab (Agama)
- Warganegara Malaysia.
- Pelajar sekolah Bumiputera tahun enam yang sedang menuntut di Sekolah Kebangsaan atau Sekolah Rendah Agama Negeri atau Sekolah Rendah Agama Rakyat.
- Memperoleh keputusan 5A dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun 2010.
- Berkebolehan membaca Al-Quran dengan baik dan mempunyai minat dalam bidang agama.
- Pemohon mestilah memilih MRSM Kota Putra atau MRSM Gemencheh atau MRSM Kepala Batas sebagai pilihan pertama semasa mengisi borang permohonan secara online.
- Pemohon ke MRSM Agama akan ditemuduga.
MRSM IGCSE
- Warganegara Malaysia.
- Pemohon hendaklah memperoleh keputusan 5A dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun 2010.
- Pemohon berkebolehan menguasai Bahasa Inggeris dengan baik.
- Pemohon mestilah memilih MRSM Tun Abdul Razak, Pekan, Pahang sebagai pilihan semasa mengisi borang permohonan secara online.
- Pemohon akan dipanggil untuk menghadiri sesi temu duga yang akan diadakan di MRSM Tun Abdul Razak, Pekan, Pahang.
- Yuran peperiksaan dan kos pembelian buku IGCSE akan ditanggung oleh ibu bapa yang berkemampuan mengikut perkiraan kriteria yang ditetapkan.
Pemilihan
- Selain syarat kelayakan, keutamaan akan diberikan kepada calon yang berikut :
- Bergiat aktif dalam bidang kepimpinan, sukan dan permainan, kelab dan persatuan serta pasukan pakaian seragam.
- Berasal daripada keluarga berpendapatan rendah dari sekolah pedalaman, luar bandar atau kawasan bandar yang meliputi kawasan setinggan atau kawasan daif.
- Pemohon yang ditawarkan ke Sekolah Berasrama Penuh Kementerian Pelajaran (SBP dan SBPI) tidak akan ditawarkan ke MRSM.
- Pemohon yang berjaya akan ditempatkan di MRSM yang bersesuaian mengikut kriteria yang telah ditetapkan oleh MARA.
- Keputusan Jawatankuasa Tertinggi Pengambilan Pelajar MRSM adalah muktamad.
Permohonan
Mohon Nombor Pin / Katalaluan
- Pemohon hendaklah datang sendiri ke Pejabat Mara Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur / Negeri atau Daerah yang berdekatan untuk mendapatkan nombor pin secara percuma bermula pada hari keputusan UPSR 2010 diumumkan secara rasmi iaitu 11 November 2010.
- Pemohon hendaklah membawa Salinan Surat Beranak serta Salinan Keputusan UPSR 2010 yang telah disahkan semasa mendapatkan nombor pin.
Isi Borang Online
- Permohonan perlu dibuat secara online di Permohonan Kemasukan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Tingkatan 1 2011.
- Pemohon mestilah mengisi semua maklumat yang diperlukan di dalam borang permohonan online dan memastikan borang tersebut berjaya dihantar secara online.
- Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dicetak.
- Pemohon mestilah menghantar cetakan borang tersebut serta dokumen yang berkaitan ke alamat berikut :
- Permohonan ke Tingkatan Satu,
Pengarah, Bahagian Pendidikan dan Latihan (Menengah),
Tingkat 19, Ibu Pejabat MARA,
21, Jalan Raja Laut,
50609 KUALA LUMPUR.
- Permohonan ke Tingkatan Satu,
- Hanya permohonan yang memenuhi syarat kelayakan sahaja akan dipertimbangkan.
- Permohonan yang tidak lengkap atau lewat diterima daripada tarikh tutup akan ditolak.
Maklumat
- Sebarang pertanyaan dan masalah yang berkaitan dengan permohonan sila hubungi pihak MARA di talian 03-2690 3765.
- Sila rujuk laman web MARA berikut untuk mendapatkan maklumat tambahan;
Tarikh Tutup
- Permohonan secara online kemasukan ke MRSM ini akan ditutup pada 30 November 2010.
- Tarikh akhir menghantar cetakan borang dan dokumen yang berkaitan ialah pada 3 Disember 2010.
- Pemohon yang berjaya sahaja akan dihubungi. Sekiranya pemohon tidak menerima sebarang jawapan sehingga 30 April, permohonan anda dianggap tidak berjaya.
[…] Permohonan Kemasukan MRSM Tingkatan Satu 2011 Semenanjung Malaysia […]
[…] = "3161c67208260d746f361cd3f6e09798"; ← Next post Previous post […]
[…] This post was mentioned on Twitter by Azhad Nilam, Azsnets, Adi Wira, Shaz Nilam, ePutra Nilam and others. ePutra Nilam said: Permohonan Kemasukan MRSM Tingkatan Satu 2011 Semenanjung Malaysia http://goo.gl/upUk8 […]
Salam…
saya dapat tahu rakan saya dah dapat surat interview MRSM pekan pahang pada 15 Dis ni. Saya minta MRSM MERSING. bILA INTERBIU??
TQ
kalau dapat 4a 1b tak blh mohon ke
tu la..sye nak sngt masuk..sye pon dpt 4A 1B…
klau dpt 4a 1b bley msuk x?
tak bole!!!
x leh
bley tanya x????
klu dpt 4A 1B bley masuk MRSM x????
sye nak sangat masuk MRSM…
ramai orng kata MRSM nie bagus….
Mintak maaf. Tak boleh. 5A saja
lao ader sijil yg tnggi maybe bley kod .
ader sijil kbngsaan..??
lao adew cable bao sng siked…
salam, klau terlewat mbeli no pin mcm ane???
No Pin tu kan percuma….
sekarang pun masih boleh ambil lg…
dia start 11/11/10 sampai 30/11/10 la
saper kata percuma. kena bayar seringgit la..
percuma tak perlu bayar
kalau kena bayar tu..dah kira salah tu…sepatutnye percuma
klu dpt 4A 1B x leh ke????
oh yeahhhhhhhh..I've got 5A in UPSR..so,bley masok arr kan MRSM. 🙂
mesti lh bley masok… I pown dpt 5A.. congrats ! U masok mrsm ape ?
x semestinya..kdg2 x dpt masuk sbb bkn 10 org je yg dpt 5A..so ramai yg mintak masuk MRSM jgk..
Salam… sepatutnya tidak ada masalah untuk memohon.
nama pon mara. nak tolong orang yang kurang berkemampuan.
bley je la..ayah sye gji 20k
dpt je..jnji result ank kne bg0s r
mcm mane gaki bulanan di tulis rm13000 tetapi utk cetakan rm1.00??
mcm mane sye nk isi balek??
saya bukan warganegara tapi suami ialah warganegara, dan dah bercerai, tapi saya dpt custody anak. dia dapat 5A dan juga aktf dlam kokorikulum. anak sya iala warganegara juga…ada ke anak sya layak memohon?
saya dpt 4a 1b . sedng buat semakan percubaan dpt 5a. blh mohon?
boleh2
asal x leh nak login ni????? line mara bz sgt ke????
salam..bilakah keputusan mrsm 2011 akan diumumkan??
Salam.. tidak pasti tetapi tahun lepas pada 1 Februari
budak2 yg apply ulul albab dah tau. 10hb daftar.
Salam..bagaimana tuan dapat tahu yg apply ulul albab dah dpt?
askum sy tuggu keputusan anak sy dapat ataun tidak mrsm ulul albab kepala batas sy tak tahu nak dapatkan maklumat dari siapa?
slm… saya dpt 5A… saya teringin sgt nk masuk mrsm.. adakah saya diterima.??
InsyaAllah dapat…
ooowhh,..
Difahamkan anak dan kedua-dua ibubapa warganegara sahaja yang boleh memohon
saye p0n same.. nk tuka MRSM gak.. tp xtau b0leh ke tidak.. tlg bgi jawapan..
assalamualikum, nk tanya bila boleh semak tarikh temuduga ke MRSm ULUL ALBAB 2011…Anak sy ada mohon tp belum dpt apa-apa respon lg..
cuba telefon ke pejabat mrsm. kawan saya call tadi, dia confirm dpt gemencheh
2 lar…risau jgk..tkot2 x leh kew….
sye memperolehi 5A dlm UPSR yg lalu..;sye hndak brtnye..adakah jika saya tidak ditwarkan ke SBP sye akn ditawarkan ke MRSM?
Jika anda ada memohon MRSM dan tidak dapat SBP, maka permohonan MRSM anda akan dipertimbangkan
nak tau..kalau mhon mrsm biasa ada temuduga tak?
hmm mcmmmner nk thu..? kalo kiter diterima ker x ..? seara on9..?
Semakan keputusan permohonan boleh dibuat secara online di laman web MARA
Secara amnya memang tidak ada
dekat mana nak tengok kalau nama kita dapat pegi interview . ade link ke ? macam mana kalau tak dapat surat tapi nama kita ade untuk yang layak pegi interview . nak tengok dekat mana ?
semua yg mohon mrsm ulul albab akn di panggil utk temudua ka? ada pljr yg dah dpt surat temuduga tp ank sye blm lg..
Sepatutnya memang ada
klu yg dpt surat lmbt?
kawan sye dpt surat ble tarikh temu duge dh lps.
mcm mne ye?
Sebaiknya maklumkan kepada pihak MARA tentang perkara ini
adakah mrsm biasa akan dipanggil temuduga mcm mrsm ulul albab dan igcsi..nak tahu
mrsm biasa xda tmuduga..cuma mrsm ulul albab n igcsi shj…
salam…
saya nk tanye ble keputusan kemasukan mrsm tingkatan 1 2011 akan keluar??
kalau blh saya nk laman web nye sekali…
Salam… biasanya dalam minggu terakhir Januari atau minggu pertama Februari.
Keputusan boleh disemak di laman web MARA, kami juga akan memberi url laman web tersebut bila telah diumumkan nanti
Biasanya tidak ada.
adakah org yg dpt pegi tmuduga akan layak trus untuk mrsm.??
salam,… mrsm langkawi terima pelajar x????
saya dpt 5A dan anak peneroka (F) ..bila saya akan mengetahui keputusan kemasukan MRSM 2011 akan keluar..
blh sye thu..bila surat MRSM ini smpai???
Selepas keputusan diumumkan
Keputusan biasanya akan diumumkan dalam minggu terakhir Januari atau minggu pertama Februari
askum…saya dapat 5A….tapi kawan saya yang mnx mrsm biasa dpt temuduga…katanya dye mnx di terengganu…macam mana ni??saya pun peninggg…..
Secara amnya hanya mereka yang memohon MRSM Agama dan IGCSE sahaja yang akan dipanggil temuduga. Walaupun begitu jika pihak MARA merasakan perlu untuk memanggil temuduga bagi permohonan yang lain memang boleh
adakah seorang pelajar yang mendapat 5A dan di anugerahkan sebagai tokoh murid atas pelajaran dan kokurikulum akan diberi pertimbangan khas utk kemasukan MRSM.
Tiada pertimbangan khas cuma peluang untuk mendapat tawaran lebih baik
salam…bila keputusan MRSM untuk tingkatan 1 2011 akan keluar….?
keutamaan kpd pelajar yg cemerlang di sekolah dari segi pelajaran dan kokurikulum adakah itu akan menjadi kelebihan dlm permohonan cthnya seperti mendapat anugerah tokoh murid?
Benar
salam..
kalau nk check dpt ke x
mrsm tu nk kena pergi laman web mana ye..?
Salam… laman web MARA, kami akan berikan URL laman web itu apabila keputusan diumumkan kelak
knape plak???
i tgk cam xBes jep…
kehkeh
xde r xbest lgsung..
tp boring sket.ha3
aq ex-student situ..f5 1st batch
Setahu saya laa….MRSM ni baru bukak je tahun ni untuk IGSCE. Student yang ada tu dari Bentong numpang jap pasal MRSM bentung tanah runtuh. …lagi satu jangan laaa nak merencat semangat orang lain nak belajar kat situ…..
salam…
kalau mase mohon hari tu pilih mrsm besut tapi nk ke mrsm kota putra .
adakah mrsm besut dengan mrsm kota putra itu sama ?
camne nk bkk keputusan kemasukkan 2011 tu?
lepas bkk laman web tu klik mane?
Boleh disemak selepas keputusan permohonan diumumkan nanti
gaji banyak pun tak guna kalau mrsm ni untuk gaji rendah saja.lain kali cari gaji rendah sudah.kalau ada anak yang bergaji tinggitu dalam mrsm itu lu pikirlah sendiri apasal………
harap dapatlah maklumat mengenai semakan terperinci.tak panggil temuduga mrsm tu walau dapat 5a kira kena lupakan sajakah?
Cuma permohonan ke MRSM Agama dan IGCSE sahaja yang akan dipanggil untuk temuduga.
Bila keputusan sekolah berasrama???
Sila rujuk Keputusan Permohonan Kemasukan ke SBP Tingkatan 1 2011
Salam…. Anak saya Muhammad Mustaqim bin Othman telah menghadiri temuduga untuk masuk belajar di MRSM Ulul al-Bab Kemenchih pada 15/12/2010 mendapat giliran 402. Saya sebagai seorang bapa saya sangat mengaharapkan anak saya terpilih. Ini memandangkan minatnya yang tinggi untuk mendalami ilmu al-Quran dan ingin mengikut kakaknya seorang hafizah. TK
InsyaAllah akan mendapat tawaran
Sy pn nak tau keputusan masuk SBP nih
Sila rujuk Keputusan Permohonan Kemasukan ke SBP Tingkatan 1 2011
biLE keputusaN MRSM 2011 akan kELuar ?
mrsm biase dE intErviEw x ?
Biasanya samada minggu terakhir Januari atau minggu pertama Februari.
Cuma MRSM Agama dan IGCSE sahaja yang ada temuduga
Keputusan masuk SBP telah diketahui tapi saya tak dapat. Saya harap benar dapat peluang ke MRSM. Bila agaknya keputusan masuk MRSM ?
Biasanya samada minggu terakhir Januari atau minggu pertama Februari
anak saya dpt tawaran ke smss(sbp) klu dia menolak tawaran smss, adakah dia di terima masuk ke mrsm….sb dia sgt2 berharap masuk ke mrsm
Secara amnya mereka yang telah mendapat tawaran ke SBP, nama akan dikeluarkan daripada senarai pertimbangan untuk mendapat tawaran MRSM.
Oleh itu sebelum menolak tawaran SBP lebih baik berhubung dengan pihak MARA dahulu samada nama anak Puan boleh dimasukkan semula ke senarai pertimbangan MRSM.
saya brsekolah di smenanjung..dpt 5A tetapi x dapat sbp..saya tlah brpindah ke sabah selesai saje result upsr kuar..saya memohon mrsm di sabah..adakah saya layak ke mrsm disana @ hanya utk plajar yg brsekolah di sabah sahaja…
saya sangat berharap dapat masuk MRSM…ia telah menjadi impian utama saya selepas sekolah rendah.harap dapat diertimbangkan……………………..
sedihnyerrrrrrrr saya x dpt ke SBp laaaaaaaaaaaaaaahhhhhhhhhh…..harap harap dapat peluang ke MRSM mneeee mneeee laaaaaa……..tpi sedih nye semua kwn sekelas sy yg mdpt 5A dpt g SBP sy rsa sy sorang yg x dpt ke SBP……hrp hrp MRSM dpt laaa…..
jangan sedih. anak acik pun dpt 5a tapi tak dpt mana2 sbp juga. belajarlah dan dptkan keputusan baik dalam PMR. mana tau rezeki dtg lepas PMR ke.
salam…kalau x dpanggil temuduga adakah surat pemberitahu dberikn?kalau ada bila tu..tq
mrsm tun abdul razak tuh biase je..tp die pnye dwan selera best..
mrsm xberi ape2 keistimewaan kpd mne2 phak
klau pelajar tuh perform..dpt r
ank owg kye dprlukan jgk utk bg donation kpd mktb
Bolehkah saya mengetahui awal keputusan masuk ke MRSM agama memandangkan saya akan keluar negara tidak lama lagi.Segala urusan anak sya akan serahkan kepada adik saya.Mudah bagi pihak saya untuk membuat persediaan awal.terima kasih
Sila hubungi pihak MARA di talian yang dinyatakan di atas
Anak saya mendapat 5A UPSR 2010 dan dia tidak ditawarkan ke mana2 SBP, anak saya bersekolah di SK Rantau, Kerteh, dia berharap sangat akan dapat masuk ke MRSM. Adakah kemungkinan dia diterima?
Jika ada memohon MRSM, tentu akan dipertimbangkan
Assalamualaikum..saya Nabilah bt .D.Rahman ingin menanyakan satu soalan…iaitu jka kita mendapat tokoh akademik adakah itu boleh diterima untuk mendapat tawaran ke mrs
Salam.. itu sekadar membantu tetapi tidak menjanjikan mendapat tawaran
Assalamualaikum..
Just nak tanya, bila agaknya keputusan ke MRSM Ulul Albab dapat disemak,
Kami tidak mempunyai maklumat tersebut
Bilakah keputusan kemasukan ke mrsm ulul albab dapat diketahui. Dimaklumkan dalam minggu hadapan. Tolong confirm sebab anak saya tidak dapat masuk sbp, jadi perlu menyediakan keprluan persekolahan dan pakaian yang berlainan digunakan di mrsm.
Kami tidak mempunyai maklumat tersebut, harap dapat menghubungi pihak MARA untuk mendapatkan penjelasan lanjut
kalau terlambat menghantar borang permohonan ke pejabat mara.. adakah masih ada cara lain untuk menghantar borang tersebut.?
Semua dokumen memang perlu dihantar ke Pejabat MARA untuk tujuan pengesahan dan rekod. Sila hubungi pihak MARA untuk maklumat lanjut.
Assalammualaikum,
anak saya dapat 5A dan tidak mendapat tawaran masuk ke SBP.Adakah anak saya akan di terima masuk ke MRSM?Anak saya tidak di panggil untuk temuduga pada baru baru ini…kerana mungkin anak saya tidak mengambil aliran agama.dan bilakah keputusan kemasukan ke MRSM di umumkan?saya berharap tuan dapat memberi jawapan kepada saya…….sekian terima kasih.
Salam… jika ada membuat permohonan ke MRSM tentu akan dipertimbangkan.
Biasanya keputusan permohonan akan diumumkan dalam minggu pertama Februari
kalau keputusan PMR 8A boleh masuk tingkat 4 kat MRSM ker ??
Memang ada peluang, sila rujuk Permohonan Kemasukan MRSM Tingkatan Empat 2011
anak saya upsr tahun lepas dapat 5A tapi tak mendapat tawaran ke SBP atau MRSM , tahun ni anak saya yang kedua juga dapat 5A tetapi juga tak mendapat tawaran sbp adakah dia berpeluang untuk mendapat tawaran MRSM. Anak saya teringin sangat nak masuk MRSM adakah dia akan diterima?
Jika ada memohon, permohanan tentu akan dipertimbangkan
Permohonan tentu akan diperimbangkan tetapi keputusan muktamat tertakluk kepada pihak MARA
Assalamualaikum
saya nak tahu bilakah keputusan permohonan
MRSM Tingkatan satu 2011 akan di keluarkan?
Salam… biasanya dalam minggu pertama Februari
keputusan untuk permohonan tingkata satu 2011 telah keluar pada 27 hb disember….
mane nak semak?
Dimana sy… tau ni? Kalau betul than tolong bagitau dimana dan macamana nak cek sebab saya dah masuk macam macam website dan belum ada website untuk semakan..
Salam. Hanya kemasukan Mrsm Ulul Albab dan IGSCE Pekan sahaja telah dikeluarkan dan pendaftarannya pada 10hb Jan. Untuk yang memohon boleh hubungi ibupejabat Mara untuk semakan. Mrsm biasa keputusannya hanya akan keluar pada bulan Febuari nanti.
Assalammualaikum
Anak saya baru sahaja mendapat keputusan PMR 2010.Keputusannya ialah 5A 3B (Matematik dan Sains adalah A), masih ada peluang lagi ke untuk masuk ke MRSM ke Tingkatan 4
Salam… secara amnya mereka yang mendapat 8A mempunyai peluang yang lebih cerah untuk mendapat tawaran
bila kah keputusan permohonan ke MRSM ulul albab keluar?
sebab sy dengar keputusan ke ulul albab lebih awal dari MRSM biasa..
Kami juga sedang cuba untuk mendapatkan maklumat tersebut
Assalamualaikum
Baru-baru ini anak saya telah menghadiri temuduga memasuki MRSM ulul al-bab di kepala batas. Bilakah keputusan kemasukan ke MRSM ini dapat di ketahui ?
Salam… difahamkan pada minggu pertama Januari
Anak saya juga memohon masuk ke MRSm dan result belum keluar. SBP tak dapat but dah buat rayuan. Saya berharap sangat dia dapat diterima masuk ke MRSM bagi memenuhi cita-citanya. Bukan dia tidak bole bersekolah di sekolah harian biasa…but dia bercita-cita tinggi. Apabila berada di asrama segalanya terjadual dan ini menjadi perantara penting bagi merealisasikan cita-citanya. Semoga harapan saya dapat dipenuhi..
salam, sye dpt 5A dan telah memohon ke mrsm..
sye nak tahu lmn web untuk check keputusan mrsm ape??
Salam… boleh dapatkan di ePutra.com atau terus sahaja ke laman web MARA
saya telah pergi ke temuduga MRSM kepala batas bagi program ulul albab.Bagaimanakah saya ingin mengetahui keputusan temuduga saya lebih awal selain dihantar surat kerumah….
assalamualaikum,bila keputusan mrsm ulul albab keluar?saya nak tahu sanagt nie….tq
Salam… difahamkan mungkin pada minggu pertama Januari nanti
assalamualaikum,
saya nak tanya,bila keputusan mrsm ulul albab keluar?
assalamualaikum wrt.wbt
Bilakah keputusan permohonan MRSM Ulul Albab bagi tahun 2011 akan dikeluarkan ? mengikut maklumat tarikh daftar ke Ulul Albab 18.Jan.2011..
Terimak kasih
Salam… Difahamkan keputusan mungkin diketahui pada minggu pertama Januari nanti
assalamualaikum,mengapa setip kali saya menghubungi pihak mara tidak dijawab.?terima kasih
Salam… mungkin terlalu ramai yang menelefon, cuba lagi
Assalaamualaikum,
Anak saya Ahmad Ikmal Hakim i/c no: 780716-10-7169, mengambil temuduga MRSM Gemencheh pada 16/1/2010 lepas jam 9.00 pagi & beliau telah tidak ditawarkan ke SBP 2011. Beliau telah dapat
hafal 8 baris ayat Quran semasa Sessi Hafazan. Adakah beliau berpeluang ditawarkan ke MRSM Ulul Albab walaupun pendapatan saya bapa beliau RM 9000 sebulan tapi (isteri tak bekerja & tanggungan 6 orang). Beliau sangat beminat untuk memasuki MRSM ulul albab ini untuk sumbangn kepada agama, keluarga & negara. Terima kasih , wassalaam
Hilmi
Sg Jelok Kajang
Salam… insyaAllah permohonan anak tuan akan dipertimbangkan
Assalamualaikum, MRSM Ulul Albab adalah satu satunya sekolah yang terbaik. Saya berharap pihak tuan dapat mengeluarkan keputusan dengan seberapa segera kerana kalau anak saya dapat di sekolah itu untuk menyediakan peralatan sekolah yang belum lagi dibeli. Terima kasih.
Salam… Difahamkan keputusan untuk MRSM Ulul Albab mungkin akan diumumkan pada minggu pertama Januari
saya baru call mara tanya keputusan mrsm ulul albab gemenceh. depa kata mungkin minggu pertengahan minggu depan atau awal minggu depan. harapnya dapat.
Terima kasih kerana berkongsi maklumat. InsyaAllah anda akan mendapat tawaran
satu lagi info pendaftaran ulul albab gemencheh mungkin pada 10 januari
Terima kasih sekali lagi
salam..nak tahu cara mne nak rayu klau x dpt msuk mrsm..
salam..nak tahu apakah yang dimaksudkan surat rayuan terbaik adalah surat yang resmi…
keputusan mrsm ulul albab boleh diketahui dengan menalipon MARA 26915111…namum dukacita dimaklumkan anak saya tidak berjaya walaupun anak saya begitu bersemnagat untuk belajar disitu dengan kehendak sendiri. Tahniah kepada yang berjaya
bila bleh check layak ke x broo!!!!!
Salam…bagaimana dengan IGSCE keputusannya sama masa dengan ulul albab?
bila keputusan mrsm????
Keputusan Ke tingkatan satu 2011 sudah keluar. Boleh call ke pejabat Mara pada waktu bekerja dan beri no surat beranak atau no IC anak. Sedih.. anak saya tak dapat masuk..
Setahu saya ini hanya untuk permohonan ke MRSM Ulul Albab atau IGCSE
assalamualaikum!!!
bilakah keputusan permohonan MRSM tingkatan 1 2011 akan keluar?
Salam… Dijangka dalam minggu ketiga atau keempat Januari ini, mungkin pada 18 Januari
assalamualaikum….
saye telah memohon ke mrsm alor gajah…
just wanna know,,bgaimana saya mahu mengetahui sama ada saye diterime atau tidak?
Salam… permohonan boleh disemak secara online apabila diumumkan nanti. Keputusan permohonan dijangka boleh disemak dalam minggu ketiga/keempat Januari ini
Saya bapa kepada salah seorang pelajar yang telah pun selesai menjalani sesi temuduga di MRSM Tun Abdul Razak, Pekan. Saya cuma ingin tahu bilakah keputusan temuduga akan dapat di ketahui dan dapatkah ia di periksa melalui on-line? Jika anak saya gagal mendapat tempat di Pekan, adakah berkemungkinan menmdapat tempat di MRSM yang lain? Sebabnya, saya amat khuatir dan sedang berfikir untuk membuat persiapan persekolahan anak saya. Disamping itu, saya juga ingin menjimatkan perbelanjaan..
Anak saya pun pergi temuduga di Pekan. Dah boleh semak keputusuan dengan menalipon MARA sendiri. Setahu saya masa penerangan hari tu pelajar yang gagal dapat tempat di Pekan akan di pertimbangan pula untuk MRSM yang lain kecuali Ulul Albab.
Terimakasih.. Esok baru nak call. 03-26915111 ext:3331, 3764 (pejabat MARA) betul ke ni? Bagaimana anak tuan/ puan?
Ya…no tu dah betul…Tak perlu minta sambungan…..cuma beritahu nak tahu semak keputusan temuduga di Kuantan….
boleh saya tanyew???
bagaimanakah cara nak semak keputusan sama ada dapat atau tidak ke mrsm????
harap maklum….. 🙂
Keputusan dijangka akan diumumkan pada 18 Januari ini dan boleh disemak secara online. Bagi permohonan MRSM Ulul-Albab atau IGCSE semakan boleh dibuat sekarang dengan menelefon pejabat MARA.
salam,
anak saya memohon MRSM agama,jika tidak berjaya,adakah permohonannya akan dibuka untuk MRSM aliran sains??
terima kasih
Salam… biasanya memang begitu
hei, i da apply for tthat school n i dapat 🙂
U dah dapat mrsm igcse tar pekan???
salam.sya nk tnya.kalau tak dpt mrsm ulul albab ni.boleh buat rayuan tak?
Salam.. cuba hubungi MARA
best r skola 2
ape r kowg ni…
aq da msok da skola 2 mase aq g interview ari 2…
gmpk gle!!!!!!!!!!!!!!
mcm mne nak semak keputusan mrsm ulul albab kepala batas?
laman web nyer ada x ?
Keputusan MRSM Ulul Albab boleh disemak dengan menelefon pejabat MARA dan memberi nombor surat beranak
sy nk tnye bile agknyer result mrsm kpale bts akn kluar…?
sbb 10 aribulan nie pk lah akn rsmi
hrp dpt jwb…
Keputusan MRSM Ulul Albab boleh disemak dengan menelefon ibu pejabat MARA
Salam semua disini..Anak saya dah pun mengetahui keputusan temuduga MRSM IGCSE TAR Pekan. Terkilan kerana GAGAL mendapat tempat disana. Sekarang terpaksa memujuk anak untuk menerima hakikat sebenar yang dia tidak dapat tempat disana. Kepada yang terpilih, tahniah saya ucapkan dan jangan sesekali di bazirkan peluang ini. Kepada Azhad Nilam, bo;eh bertanya? Adakah masih ada peluang untuk anak saya mendapat tempat di MRSM TAR? Bolehkah saya membuat rayuan? Selain itu, adakah berkemungkinan anak saya mendapat tempat di lain cawangan MRSM? Bolehkah dia memohon sekali lagi semasa di peringkat tingkatan 4? Kerana dia memang tergila gila nak masuk MRSM TAR tu..
Salam… difahamkan mereka yang gagal mendapat tempat di MRSM Ulul Albab dan IGCSE akan dipertimbangkan untuk ke MRSM yang lain.
Untuk MRSM TAR saya tidak pasti tetapi untuk yang lain memang boleh membuat rayuan, sebagai panduan sila rujuk Rayuan Kemasukan Ke Maktab Rendah Sains MARA. Sila sahkan dengan pihak MARA jika cara ini masih digunakan.
Semasa di Tingkatan 3 memang boleh memohon untuk masuk Tingkatan 4 MRSM, sebagai panduan sila rujuk Permohonan Kemasukan MRSM Tingkatan Empat
Salam.. Terimakasih dengan maklumat saudara (Azhad Nilam). Surata rayuan sudah pun di hantar sendiri ke pejabat MARA di Jalan Raja Laut. Saya telah pun dapat penjelasan dari staff yang ada di pejabat itu. Tentang Rayuan Masuk tu, katanye sekarang mengikut keputusan dari temuduga yang lepas. Jika ada penuntut yang menolak di saat akhir atau pun menarik diri setelah sebulan bersekolah disana maka ranking pelajar seterusnya akan berpeluang untuk melanjutkan pelajaran disana.
Dari maklumat yang saya terima, bermula dari 18Januari, keputusan kemasukan ke semua MRSM akan di umumukan melalui panggilan dan online. Pertanyaan saya ialah, jika anak saya tidak mendapat sebarang tawaran dari MRSM bolehkah saya membuat rayuan ke SBP? Adakah BENAR, jika nama penuntut berada di senarai MARA maka dia akan terlepas peluang untuk mendapat tempat di SBP?
Salam… saudara Zuman patut dah buat rayuan utk ke SBP semasa keputusan permohonan diumumkan bulan Disember lalu.
Apa yg saya faham mrk yg dpt SBP panggilan pertama tidak akan mendpt twran ke MRSM. Kemudian mrk yg dpt di panggilan pertama MRSM tidak akan dipertimbangkan dlm rayuan mrk ke SBP. Mereka yg dpt panggilan kedua SBP pula tidak akan dipertimbangkan dlm rayuan mrk ke MRSM
Sama-sama dan terima kasih juga dengan maklumat yang dikongsi itu saudara Zuman.
Saya juga mempunyai kefahaman yang sama dengan Nurjenna
Terima kasih Nurjenna & Azhad.. Anak saya masih ada menaruh sedikit harapan untuk ke cawangan lain.. Entah laa.. Mudah mudahan. Saja cuba bertanya, bahagian manakah yang awal mebuat pemilihan keatas pelajar pelajar ni. KPM or MARA? Sebabnya, last time tu saya apply kedua duanya sekali..
Saya pun dah dapat memujuk anak saya ni supaya meneruskan pelajarannya di sekolah sedia ada ini.
Anyway terima kasih kepada yang memberi maklumat
Sama-sama…
Kalau ikut turutan yang Nurjenna sebut tu, KPM pilih dahulu
sy sdg tuggu kptusan sama ada anak sy dapat atau tidak mrsm ulul albab kepala batas..kata nak maklumkan sampai sekarang tak ada???? mcm mana nak tahu dapat atau tidak?
Bagi keputusan permohonan MRSM Ulul Albab semakan boleh dibuat dengan menelefon ibu pejabat MARA dan mereka yang berjaya sepatutnya akan menerima surat tawaran.
na tnyew lah..
skrg nieyh MRSM pnyew jwpn da dpt ke ta..??
Hanya untuk MRSM Ulul Albab dan IGCSE
slam….saxe tlh mndpt kptsan upsr 2010 5A saxe jga bgiat aktf dlm skn n kokorklm…..saxe jge dr kelorga mskn….knpe mara x m2lh saxe lm 2…nperw rmai anax owng kaye dpt msok kate utma kn pljr bpndptn rndh….sle br jwpn ynx brnas…
salam…saye bapa kpda mohd nuradi b. zaidi…anak saye tlh mnghadiri tmodga ulul-albab….pada 15-12-10…anak saye mnharapkn dtmpt kn dmrsm gmenchr ngri smbln krna minatnyr trlalo tnggi dlm bdng sain agma ….saye slaku bapa nyr mnharpkn ank saye dtmptkn dmrsm gmnchr…..jka tdaq brjaya,skrng2 nyr dtmpt dmna2 mrsm…trma ksh
Rasanye all selected student dah gi daftar ke ULUL ALBAB and IGCSE kot because this week all student dah get ready with medical check up and nak prepare kain baju lagi.. This coming Monday dah start sekolah
tQ ea ptra c0zz dh bgy inf0rmati0n t0k cyer… kcewa l0pss x dpt mrsm…!!! ;(
salam…jika panggilan temuduga tidak dapat..adakah itu bermakna pemohonan tidak berjaya??
Salam, saya bonda kpd putera sulung yg bernama Mohd Nuradi bin Zaidi b/cert AJ46603 , ANGKA GILIRAN NA0211051 tlh menghadiri sesi termuduga MRSM Agama Gemencheh dated 15/12/10 jam 1030am…keputusan UPSR 5A dn bergiat aktif dlm kokurikulum( Pengawas Sumber, FUTSAL peringkat Zone,AJK Persatuan Agama Islam dn menyandang Anugerah Bintang Cemerlang 2010. Semakan ULUL ALBAB xberjaya..Diharapkan dpt dipertimbangkan semula ke mana-mana MRSM…Borang e-rayuan tlah dihntar ke Pejabat MARA utk rujukan…..Sekian TERIMA KASIH…….
assalamualaikum…Tuan blh tanye bila keputusan MRSM 2011 DIKELUARKAN????mcm mana nk pergi ke laman web MARA dan cek….saya x thu mcm mane….tq.
saya baru menelefon pejabat MARA. Keputusan hanya akan diketahui pada minggu hadapan – samada Isnin @ Selasa bukan 18hb seperti yang dimaklumkan sebelum ini. Memang tak sabar sungguh nak tahu supaya tindakan seterusnyaya dapat dibuat..
Wah.. iya ke.. Kekadang MARA staff pun cuma bagi maklumat rambang saja yaa.. Kita ni yang susah nak buat planning..
Minggu depan tu maksudnya 24 January / 25 January ke? Fuh.. kalau begitu memang kelam kabut sebab dah nak Raya Cina ni..
Salam… Agaknya bila tarikh pendaftaran budak tingkatan satu MRSM 2011… Saya pun masih menaruh harapan supaya anak sulung saya berjaya mendapat tempat di MRSM lain memandangkan dia tidak berjaya mendapat MRSM Ulul Albab di Gemencheh.
saya pun baru call mara tadi, katanya isnin minggu depan baru boleh semak kerana ada masalah teknikal…
yang mana satu betul..saya call MARA kata minggu depan, En Muhammad zaki cakap on 20th Jan…macam ni lah…on 20th try tengok on-line…kalau tak ada bermaksud 24hb ..yelah kalau system problem mmg tak boleh nak buat apa…harap-harap semua ibu bapa yang mengharap mendapat keputusan yang mengembirakan
baru tengahari td saya koll pekabat mara , dia ckp 20 january 2011 , khamis …
kalau tengok fb e-putra, ada seorang student mentioned that it should be on 21st. This info was made known to her father drpp Pengarah Mara…apa-apa pun it shld be between 20th to 24th hopefully.
td saya ade call pejabat MARA , dia ckp boleh check online pada hari khamis ( 20 januari 2011 ) harap maklum 🙂
Salam, Untuk En Zuman Zainal….Saya di pahamkan ada sebilangan pelajar yang tidak mendaftar ketika pendataran MRSM TAR. Harap anak anda berjaya dalam rayuan….
Untuk MRSM Ulul Albab ada tak pelajar yang menolak…saya dah menghantar surat rayuan ke MARA. Untuk rayuan Ulul Albab, bila pula keputusan boleh diketahui..adakah sama dengan keputusan on-line.
Salam ank saya gagal msk MRSM dan diminta buat rayuan,bila pula blh tau rayuan tu berjaya ke tak?
yaho0……..saya dapat masuk mrsm tp malangnyar xdapat masuk mrsm ulul albab….trma ksh majlis amanah rakyat malaysia atas prihatin terhadap saya…
cemerlang la…not cermelang…cmne la leh msk mrsm ni eja pon tk pas..
pe address nk tau keputussan mrsm
i have enter mrsm tun abdul razak.And it has (IGCSE)PROGRAM.YEEEEEY….BUT SO DIFFICULT ^_^……..
mcm mane nak msk sklh berasrama
rujuk http://eputra.com/permohonan-kemasukan-ke-sekolah…
pelajar dari sekolah jenis kebangsaan yang mendapat 7A boleh tak buat permohonan?
Pelajar dari Sek Ren Jenis Kebangsaan yang dapat 7A boleh X buat permohonan ke MRSM?
rasanya boleh…
sye dpt 5a ujian upsr .sye jga aktif dlm sukan.klau dpt 4a1b dlm pekse upsr sbenr..bleh msuk mrsm kew???sye tringin nk jd mcm kakak sye.
peluang mungkin terjejas kalau tidak dapat 5A dlm peperiksaan sebenar
kalau mintak mrsm adakah penempatan akan diberi berdasarkan tempat tinggal pemohon atau mungkin di daerah yang lain?
Tidak tentu semuanya bergantung kepada MRSM tetapi pemohon perlu pilih satu MRSM dlm borang permohonan tetapi tidak semesti akan dapat pilihan itu
dimana pejabat MARA daerah dungun,terengganu??
Di manakah pejabat mara daerah dungun,terengganu??
rujuk http://www.mara.gov.my/web/guest/355
Assalamualaikum,
Nak tanya adakah pelajar sekolah agama boleh momohon utk tingkatan 1 MRSM ICGSE selain daripada Ulul-Albab?
salam… mungkin tidak boleh tetapi cuba call MARA utk kepastian
[…] Sebagai panduan sila rujuk maklumat permohonan tahun lepas di Permohonan Kemasukan MRSM Tingkatan Satu 2011. […]
nk tanya, sjkc boleh mohon ulul albab tak? tapi tak ambil upkk
mana saya nak dptkan kata laluan tu?
I had 5a 2 b can or cannot
Saha adapt 5a2b Nolan ke says masuk
Ok
syarat salah seorng mesti warganegara.. so anak awak layak..
assalamualaikum,saya nk tanya….klau saya thun lps(2011) dpt keputusan 5a nk pergi ke mrsm di semenanjung,bagaimana ya caranya?msihkah saya berpeluang untuk memohonnya?kerana saya lihat tarikh tutup untuk mengetahui keputusan pada 30 April…..tlg saya.saya tidak sempat untuk mengetahui cara untuk membuat permohonan kerana saya tidak mempunyai internet atau komputer di rumah jadi saya perlu memohon rakan sebaya saya tetapi dy tidak mahu membantu saya…..tlg pertimbangkan
[…] rujuk juga komen-komen di Permohonan Kemasukan MRSM Tingkatan Satu Semenanjung Malaysia 2010, 2011 dan 2012 sebagai […]
[…] rujuk juga komen-komen di Permohonan Kemasukan MRSM Tingkatan Satu Semenanjung Malaysia 2011, 2012 dan 2013 sebagai […]