TERKINI :
- Permohonan Kemasukan Politeknik KPT Sesi Jun 2010 telah dibuka.
Permohonan adalah dipelawa daripada calon-calon warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengikuti program di Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPT).
Pengambilan pelajar ke Politeknik KPT diadakan dua kali setahun. Politeknik KPT menyediakan 45,000 tempat pengajian untuk lulusan SPM, lulusan Sijil Politeknik dan lulusan Sijil Kolej Komuniti pada setiap tahun bagi mengikuti pelbagai program.
Polteknik KPT menawarkan 20 program sijil dan 49 program diploma dalam pelbagai bidang. Ia juga menawarkan program kemahiran di peringkat sijil kepada calon berkeperluan khas yang bermasalah pendengaran.
Syarat Am
- Warganegara Malaysia
- Mesti lulus Bahasa Melayu peringkat SPM sebelum atau semasa pengajian di Politeknik untuk layak dianugerahkan sijil atau diploma.
Syarat Akademik
- Syarat akademik adalah berbeza mengikut lulusan pemohon dan program pengajian yang dipohon.
- Permohonan kemasukan ke Politeknik KPT adalah dbuka untuk;
- Lulusan SPM dan setaraf
- Lulusan Sijil Politeknik KPT
- Lulusan Sijil Kolej Komuniti KPT
- Lulusan Diploma Politeknik KPT
- Lulusan Pendidikan Khas KPM
- Sila rujuk di Maklumat Permohonan di laman web Politeknik untuk mengetahui syarat akademik yang ditetapkan.
Permohonan
- Permohonan kemasukan pelajar ke Politeknik KPT hendaklah dibuat melalui kaedah dalam talian (online) melalui laman web http://www.politeknik.edu.my kecuali bagi lulusan Pendidikan Khas KPM.
- Permohonan Sesi Julai 2009 yang memenuhi syarat dan masih belum mendapat sebarang tawaran akan diproses semula bersama-sama dengan permohonan Sesi Januari 2010.
- Pemohon baru dan pemohon Sesi Julai 2009 boleh membuat kemaskini maklumat permohonan mereka sebelum tarikh tutup.
- Pemohon baru perlu membeli nombor PIN yang berharga RM6.00 di Bank Simpanan Nasional sebelum membuat permohonan.
- Pemohon perlu membeli semula nombor PIN sekiranya hilang atau terlupa.
Maklumat
Sila rujuk laman web Politeknik KPT untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Tarikh Tutup
- Permohonan ini akan ditutup pada 18 Oktober 2009.
Keputusan permohonan Politeknik KPT kemasukan Sesi Januari 2010 dijangka akan diumumkan pada 9 November 2009.
kelayakan sijil skm boleh diterima masuk politeknik???
Mior,
Lepasan Sijil Kemahiran Malaysia memang boleh memohon masuk Politeknik, sila rujuk syarat akademik yang ditetapkan untuk setiap kursus.
salam……
saya nak tanya…adakah pelajar lepasan ilp boleh melanjutkan pelajan d politeknik?
Rusli,
Saya tidak pasti kerana di laman web Politeknik tidak ada menyebut mengenai lepasan ILP, walaupun begitu saya syorkan anda hubungi terus pihak Politeknik atau kaunselor di ILP untuk kepastian.
kenapa pelajar yang lepasan sijil politeknik mesti tunggu setahun untuk aply diploma.
Nak tanya…asalnya saya student Politeknik Kota Kinabalu (PKK) pada kemasukan sesi julai 2007…tapi hanya setahun je sy study kt PKK…kemudian sy beralih study ke kolej komuniti tawau (kktaw) pada kemasukan sesi julai 2008 hingga tamat pengajian pada jan 2009…dan mendapat pointer HPNM yg memenuhi syarat kemasukan politeknik KPT…soalanya…masi bolehkah sy melanjutkan pelajaran pada pringkat bridging diploma kt mana-mana politeknik…khususnya politeknik sultan haji ahmad shah (POLISAS)??? adakah nama sy tidak ‘blacklist’???
Mariyah,
Kemungkinan syarat tersebut ditetapkan bagi memahirkan lepasan sijil berkenaan dengan ilmu yang telah dipelajari sebelum menyambung pembelajaran ke peringkat Diploma.
N,
Setahu saya pihak Politeknik tidak akan ‘blacklist’ pelajar yang berhenti kecuali ada sebab2 yang memungkinkannya.
adakah dengan keputusan .(1A 3B 3C 2D 1G) ADAKAH saya dpat masuk poli….
salam nk tnye ble borang kemasukan politeknk nk dpt?ktenye 9.11.2009,nape tak dpat lg?
salam.. berdasarkan ape yg telah sy bace, permohonan utk kemasukan politeknik sesi januari 2010 tetap ditutup, kan? so kalau adik sy berminat nk masuk politeknik utk 2010, die kene tunggu 2nd intake ke? and cmne nk dpt borg since politeknik.edu tu under maintenance?
ble sy tau…sbb2 yg memungkinkan nama sy d blacklist d sektor politeknik???
kerana sy berhenti d PKK tidak ada surat hitam putih…sy berhenti sendiri kerana ada masalah keluarga yg tdk dpt d elakkan…tlg jelaskan pada sy…
salam,sye dh dpt twran kemsukan k poli,tp borg kemsukan sprt tarikh nk dftarnye ble,bape kos nk msuk & seumpama dgn nye,phak poli ckp borg tersebut akn dpt pd 9.11.2009,tp smpai skrg tak dpt lg….so,skrg ney ap yg ptut sye buat?tlong la blas scpatnye!!!!!
Ana,
Salam… Calon yang berjaya ditawarkan tempat pengajian di Politeknik mesti mencetak Surat Pengesahan Tawaran dan Borang Jawapan Tawaran melalui laman web semakan keputusan yang dinyatakan di atas.
Surat Tawaran Rasmi hanya akan diposkan kepada calon setelah pihak Politeknik menerima Borang Jawapan Tawaran bersama-sama dengan dokumen yang diperlukan.
Purplecat127,
Salam… Ya benar dan pengambilan untuk sesi Julai 2010 dijangka akan dibuka dalam pertengahan bulan Mac nanti.
N,
Saya tidak mempunyai sebarang maklumat mengenai faktor-faktor yang memungkin seseorang itu disenaraikan hitam daripada memasuki ke Politeknik. Saya cadangkan anda berhubung terus dengan Jabatan Pengajian Politeknik, Kementerian Pengajian Tinggi di talian 03 8939 4000 atau faks 03 8939 4045 atau E-emel : webjppkk@politeknik.edu.my untuk mendapatkan penjelasan.
kpd ANA
assalamualaikum
surat tawaran rasmi akan di hantar mulai 9 .11.2009
ini bermkne anda akan menerima surat tawaran rasmi dlm mase 9.11.2009 – bulan 12 .2009 ..sabar ye ana
saye pon dpt rayuan politeknik sesi januari 2010 dari bln 6 lagi…lame tu huhuhuhu
Am Psis,
Salam… terima kasih kerana berkongsi maklumat tersebut.
tarikh tutup,18oktober 2009,tak boleh kee kita mohon borang baru selepas tarikh tutup.sy da dpt d poli tganu bg sesi julai 2009,tp sy tak pergi…so,sy nk mohon yg baru,tp tarikh da tutup,xder peluang lain kee?
saya nak tanya..bagaimana cara saya untuk mengisi borang kemasukan ke politeknik? bila saya masuk ke laman web..tapi tiada borang untuk diisi..saya ingin mohon kemasukan politeknik sesi julai 2010..
Iera,
Anda perlulah memohon untuk pengambilan sesi Julai 2010.
Nisa@86,
Permohonan untuk sesi Julai 2010 masih belum dibuka sebab itu anda tidak boleh mengisi borang kemasukan. Permohonan untuk kemasukan sesi Julai 2010 dijangka akan dibuka pada bulan Mac nanti.
sijil ikm layak tak ke politenik ?
salam sya mau tnya sye da dpt tawaran ke politeknik tp di peringkat sijil sye nak pasti le boleh ka pringkat sijil ditukar kepada di ploma…klu boleh sya nak tkar sbab2 tertentu…!!!
salam kalo kite cemerlang sem 1 dr poli, ad x pape twrn biasiswa dr mne2??
nilam..reply plizzzzzzzz..
nilam…. saya pelajar sem 2 di politeknik,
saya nak tanya, de xbiasiswa pe2 yang saya leh mohon???
Onetik20,
Secara khusus sijil IKM tidak dinyatakan sebagai salah satu kelayakan untuk masuk ke politeknik.
Irwan_Syah,
Salam… Pertukaran mungkin boleh dilakukan jika anda mempunyai kelayakan dan ada kekosongan tempat. Sila berhubung terus dengan pihak Politeknik untuk mendapatkan kepastian.
Ira dan Fizy,
Difahamkan pelajar politeknik boleh memohon pinjaman atau biasiswa daripada beberapa agensi.
Pelajar peirngkat sijil boleh memohon bantuan kewangan daripada Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia, Yayasan Negeri dan penaja-penaja lain. Manakala pelajar peringkat diploma layak memohon bantuan kewangan daripada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Yayasan Negeri dan juga penaja-penaja lain.
Anda boleh berhubung terus dengan badan-badan yang berkenaan atau kolej politeknik anda sendiri untuk mendapatkan maklumat cara permohonan boleh dibuat.
borang politeknik sesi 2010 ade lg ke., nk apply utk adik
sy dapat tawaran politeknik intake januari 2010 tp sampai sekarang surat tawaran yang sebenar lom saya terima..berapa yuran yang perlu dijelaskan,bila masa daftar sampai sekarang saya masih lom tahu lagi..
tins – dapat poli mne?? sume maklumat pendaftaran ad kt lman web poli trsebut.
bila tarikh permohonan kemasukan ke politeknik dan ipta sesi julai 2010 akan di buka?
Tanya sikit sapa2 yang tau,betul ker untuk kemasukan politeknik sesi julai 2010 akan dibuka pertengahan Mac,ada dengar2 lepas kputusan SPM kluar.x pasti betul ker x
sye mau tnya kenapa ya sya masih blum terima lagi borang tawaran di politeknik tersebut…padahal borang yang sya hantar di politeknik sudah di terima dri tanggal 2 bulan 12 lagi…sya tkut klu2 sye x diterima..sye mau kepastian knpa pihak poli blum lagi membalas borang sya..bla bru sya dpt borang tersbut..?bls
salam ..na tnye nape bku panduan p’dftaran sesi jan 2010 xleh download eaa..?rsaula bpe ari g na p lpor dri..reply plzz…
Askm.nk tny psl,Sijil IKBN dterima msuk ke politeknik ke x ?
ble dapat aply politeknik sesi julai 2010 ni??
bulan brape online??
sy dh tgu lama nak sambung study balik kat poli ni..
sesi januari 2010 tak dapat..
salam.. nk tnya skit..
kemasukan politeknik sesi julai 2010 bila eh?
mcm mna nk dptkn borg tu?
salam…saya de ambil STPM pada tahun 2006/2007 adekah saya masih bleh apply mane2 universiti untuk kemasukkan 2010?..
bleh tak klu tunda dulu kemasukan ke politeknik?
Salam, saya nak tanya lah. Boleh ke wanita mengandung melanjutkan pengajian kat Politeknik dan mendapat tempat penginapan (asrama) di sana? Coz rasa2nya seseorang yang didapati mengandung adalah tidak layak untuk melanjutkan pelajaran di ipta or sesetengah institusi awam secara sepenuh masa. Harap dapat maklum balas yang bertepatan dan sah. Terima kasih…
bila keputusan pemohanan kemasukan ke politeknik?rsau la lau x taw..???
bila kemasukan bagi org yang sudah mempunyai sijil dari kolej komuniti untuk belajar di politeknik?
askum..
nak tanya, program diploma multimedia & visual untuk lepasan sijil komuniti tak ada ker??
atau kami apply sajer…
salam…saya pelajar dari kolej komuniti jasin dan akan konvo pada tahun ini.Saya ingin menyambung pelajaran saya di peringkat diploma di Politeknik.Disini saya ingin bertanya,memandangkan pihak politeknik memerlukan sekurang2nya 2.9 adakah saya layak untuk memohon kemasukan diploma hanya setakat pointer yg saya dapat ialah 2.77..Terima Kasih….
cmne nk mohon poli??
nk tanye ckit..
cmne nk mohon poli?
bleh spe2 tlg sy..
Kenapa sijil IKM tak boleh masuk Politeknik ya??? Kan best kalau sijil IKM bole join kat politeknik ambil diploma Jadi pelajar sabah tak susah paya lagi pigi ke semenanjung kan…. sedang lepasan IKM pun ramai yang tere jugak macam member saya peringkat sijil teknologi bangunan pun bole jadi usahawan berjaya dan sedangkan member saya yang 1 lagi dari Politeknik kejuruteraan awam hanya makan gaji dgn china hehehe…. harap2 1 masa nanti sijil IKM di terima di Politeknik kan best kalau MARA dgn POLiteknik bersatu bukan ka ini nama nya ada sedikit perkauman ILMU hehehe
Ma, Sh Silent, ErACuTe, Aina dan Miera,
Permohonan untuk sesi Jun/Julai telah dibuka sila rujuk Permohonan Kemasukan Politeknik KPT Sesi Jun 2010.
Tins,
Anda perlu menghubungi pihak Politeknik untuk mengetahuinya.
Jhulye,
Permohonan untuk kemasukan sesi Jun/Julai sudah dibuka, untuk Politeknik sila rujuk Permohonan Kemasukan Politeknik KPT Sesi Jun 2010 dan untuk IPTA sila rujuk Tarikh Permohonan Kemasukan Ke IPTA Sesi Akademik 2010/2011.
Irwan Syah dan Wenceslaus,
Semakan permohonan boleh disemak di laman web Politeknik seperti yang dinyatakan di atas.
Beba,
Salam… sila berhubung dengan pihak Politeknik untuk bantuan.
Aidil89,
Salam… secara khususnya tidak disebut sijil IKBN sebagai salah satu kelayakan boleh memohon tetapi anda boleh semak dengan Politeknik mungkin ia di bawah sijil yang setaraf.
Eind,
Salam… Memang boleh di bawah kategori Diploma, sila rujuk Permohonan Kemasukan Ke IPTA Sesi 2010/2011 Lepasan Diploma Dan Setaraf.
Renji,
Saya tidak pasti, sila berhubung dengan pihak Politeknik untuk maklumat lanjut.
Fairi,
Salam… Saya sendiri tidak pasti mengenai polisi IPTA atau Politeknik mengenai perkara ini. Sila berhubung terus dengan Kementerian Pengajian Tinggi di talian 03 8883 5858 atau 03 8883 5848 untuk mendapat maklumat yang tepat.
Shafiq,
Lulusan sijil Kolej Komuniti KPT memang boleh memohon, sila rujuk Permohonan Kemasukan Politeknik KPT Sesi Jun 2010.
Pijie,
Salam… secara khusus memang tidak ada tersenarai. Cuba hubungi pihak Politeknik untuk maklumat lanjut.
Nabilah,
Salam… Pada dasarnya memang tidak layak jika dibawah 2.90.
JutaUtama,
Semoga akan dipertimbangkan oleh pihak-pihak yang berkenaan.