Permohonan kemasukan para pelajar Darjah Enam ke Tingkatan Satu di Sekolah Berasrama Penuh – SBP dan Sekolah Kawalan Kementerian Pelajaran Malaysia dan kemasukan para pelajar Tingkatan Tiga ke Tingkatan Empat di Sekolah Berasrama Penuh telah dibuka mulai 15 September 2012.
Permohonan ke Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kawalan disediakan oleh Bahagian Pengurusan Maklumat dengan kerjasama Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh, Bahagian Pengurusan Sekolah Harian dan Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pelajaran Malaysia.
Cara Memohon SBP & Sekolah Kawalan
- Pelajar Darjah 6 atau Tahun 6 yang telah menduduki UPSR 2012 boleh memohon Sekolah Berasrama Penuh – SBP atau Sekolah Kawalan.
- Pelajar Tingkatan 3 yang akan menduduki PMR 2012 hanya boleh memohon SBP sahaja.
- Permohonan perlu dibuat secara online melalui Aplikasi Permohonan ke SBP dan Sekolah Kawalan.
- Pastikan maklumat yang dimasukkan adalah betul kerana pengemaskinian tidak boleh dibuat setelah cetakan dibuat.
Tarikh Tutup
Permohonan ke Sekolah Berasrama Penuh – SBP dan Sekolah Kawalan bagi sesi 2013 akan ditutup pada 31 Oktober 2012.
Maklumat
- Sila rujuk komen-komen di Permohonan Kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh Tingkatan 4 2011, Tingkatan 4 2012, Tingkatan 1 2011 dan Tingkatan 1 2012 untuk maklumat tambahan.
- Sebarang pertanyaan boleh juga diajukan kepada Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan, Aras 3, Blok 2251, Jalan Usahawan 1, 63000 Cyberjaya, Selangor Darul Ehsan atau telefon 03 8321 7400 atau faks 03 8321 7403/ 7402.
- Pertanyaan boleh juga dibuat melalui Talian Khidmat Pelanggan KPM di 03 7723 7070 atau emel kpkpm@moe.gov.my
salam, permohonan sekolah teknik n vokey bila dibuka? Ramai pelajar tanya nie.
22 thun lgi….
Assalamualaikum. Jikalau percubaan saya 2A 5B 1C , adakah saya masih layak untuk memohon SBP? Diharap pihak tuan dapat membalas pertanyaan saya ini dengan segera. Segala jawapan tuan dan puan saya dahulukan dengan ucapan terima kasih.
arid..yang sebenarnya keputusan yang sebenar dikira..jika cukup syarat baru dpt..tp jika awak dpt keptusan sebenar seperti yang awak nyatakan tu..memang susah nak dpt sebab akan ramai yang dpt 8A..
Jadi, syarat kelayakan untuk masuk ke SBP adalah 8A ? Okay, apa pula syarat untuk memohon?
awak boleh memohon.hakikatnya semua calon pmr boleh memohon.tp dpt ke tak bergantung kepada keputusan pmr sebenar yg diumumkan secara rasmi..syaratnya tidak lah betul2 8A. rasanya 6A 2B dan A mesti subjek sains dan math..untung nasib dapat..jadi mohon la ye..mana tau pmr awak dpt 8A..percubaan mmg tak kira pun
Terima kasih banyak-banyak di atas kesudian anda menolong saya. Saya akan cuba sebaik mungkin. Assalamualaikum. 🙂
Kalau SBP pilihan tak jauh dari rumah, boleh saya balik rumah pada hujung minggu?
RUMH KT NE
SEMESTA RAUB THE BEST……
assalammualaikum , saya nak tanya mengapa permohonan yang saya pohon tidak sah . aplikasi tersebut mengatakan bahawa kombinasi antara angka giliran pmr saya dan no ic mak saya tidak sah .
Waalaikumussalam, khatijah. Kalau masalah berkenaan angka giliran/ ic. ibu bapa tak tepat. Sila rujuk dengan guru kelas anda.
KWE WK X SME UGK
Mtk cg kelas isi semula no ic mak awak kat apdm walaupun no yg tertera tu dah betul. then, key in sekali lagi kat permohonan…try..sbb ada bdk kat sini pun ada kes gitu…
assalammualaikum , saya nak tanya mengapa permohonan yang saya pohon tidak sah . aplikasi tersebut mengatakan bahawa kombinasi antara angka giliran pmr saya dan no ic ayah saya tidak sah .
Waalaikumussalam, zzuh. Kalau masalah berkenaan angka giliran/ ic. ibu bapa tak tepat. Sila rujuk dengan guru kelas anda.
8 A pun tak tentu dapat lagi ……kena ada orang dalam juga ….faham je lee
la ye ke tak pe la usaha lagi slamat berjaya
semua yng membaca ,,,,doakan keputusan sya cmerlang dalam upsr 2012
asslamualaikum..mohon minta pencerahan..selepas isi permohonan dan cetak.apakah langkah seterusnya? Selepas mendapatkan pengesahan pengetua apa pula yang perlu dilakukan.
Waalaikumussalam, serahkan borang tersebut kepada pengetua. Pengetua akan menandatangani borang tersebut dan pihak sekolah yang akan hantar ke jpn.
hadoi kat mna nk kik in nih ??
3A 5B . layak ta ??
layak
Dpt 3A 5B untuk percubaan layak tak nak masuk SBP utk thun 2013?
assalamualaikum,kenapa saya taip angka giliran upsr dan no. kad pengenalan ibu bapa tak boleh? angka giliran saya dah betol dah.. saya dah cek berkali-kali tapi tak boleh buka juga.. no. kad pengenalan ibu saya,saya dah taip tapi tak jadi juga.. no. kad pengenalan ayah saya pon tak boleh.. tolonglah.. saya nak sangat masuk asrama penuh..
Waalaikumussalam, fatin. Kalau masalah berkenaan angka giliran/ ic. ibu bapa tak tepat. Sila rujuk dengan guru kelas anda.
boleh ke mohon dua-2, sbp dan teknik ??
insyaAllah boleh.
kalau 7a confirm dpt atau sebaliknya..
Semuanya bergantung kepada peperiksaan sebenar. InsyaAllah, anda boleh. 🙂
Jika anak saya memperolehi keputusan UPSR dgn 4A 1B atau 3A 2B bole ke masuk ke SBP?
maaf….kami hanya mengambil 4a1b sahaja….
Klu keputusan anak saya untuk UPSR 4A 1B atau 3A 2B bole ke masuk SBP?
insyaAllah.ini menurut pengalaman saya, 4A1B ada peluang untuk dapat. Yang penting sekarang, pohon dan banyak-banyakkan berdoa. 🙂
Semoga berjaya
Yg dapat 5A pun melambak yg x dapat…..ini hanya sekadar 3A / 4A. Melainkan kalau anak vip. Sebab dia orang ada talian hayat
Klu keputusan UPSR anak saya dapat 4A 1B atau 3A 2B bole ke masuk SBPI?
ada yg blh ada yg x lh depends la ye
kalau saye mahu kemaskini borang yg telah dicetak, adakah boleh sesapa bantu? TK
Kenape saye mempunyai masalh untuk log masuk untuk memohon ke sekolah berasrama penuh?
Kenape kalau saye taip no angka giliran upsr saye dan no. kad pengenalan mak dan ayah saye kenape tidak menjadi? dah bnyak kali saye cube tapi tetap juga tak menjadi?ape yang harus saye buat…saye nak sangat2 memohon masuk ke sbp
cuba gunakan browser yang berbeza.
awak tak perlu risau,tadi sy baca komen2 di ats ramai mengadu masalah sama..dan penyelesaiananye ialah dengan tanya kepada guru kelas anda…semoga berjaya
assalamualaikum…bila permohonan tingkatan 1 2013 untuk memasuki smk teknik dan vokey ?
Saya telah memohon sbp utk anak saya melalui online tapi gagal mencetak…
Berapa kali permohonan berasrama penuh boleh di pohon.
perlu jadi insan bersyukur sebelum memohon. tak perlu minta itu minta ini. bersedia untuk tidak ‘gedik-gedik’ mohon keluar sbp kerana home sick.
nak tya cikit.klu pemohonan salah isi nak buat cam na ye???please help me 🙁
[…] (Sumber) […]
kenapa kalau dah print keluar permohanan tingkatan1 punya, padahal mohon untuk tingkatan4?
keputusan exam saye tidaklah cemerlang mana,tapi saye teringin sgt nk msuk skola berasrama penuh
assalamualaikum, nak tanya. kalau lepas print borang permohonan tu, kena hantar sendiri ke atau biar sekolah yang uruskan. apa dokumen yang perlu disertakan sekali? reply ASAP.
Berapa SBP dan Sekolah Teknik yang setiap pelajar boleh mohon? Terima kasih.
salam sejahtera..macam mana kalau kita hanya dapat 2A saja..dan A tu pula sains dan math..yang lain tu lagi B or C..boleh diterima masuk taK?
kalau dapat 4a 4b jee , agak2 bole ke ea ?? sains dengan math due2 B , hmm 🙂
Assalamualaikum,
Dalam Aplikasi Permohonan ke SBP, saya dapati ada kesilapan Nama Murid apabila hendak mengisi borang:
Angka Giliran UPSR : KA0321030
Nama Murid : Megat Muhammad B Ikhwan Bin Megat Zainal Abidin
.
Nama yang betul : Megat Muhammad Ikhwan Bin Megat Zainal Abidin
.
Adakah kesilapan Nama tersebut mungkin menjejaskan permohonan anak saya?
Bagaimanakah kesilapan tersebut dapat dapat diperbetulkan?
.
Terima Kasih.
Assalamualaikum, nak tanya. Kenapa nk isi dibahagian sekolah yang dipohon tiada pilihan, same thing jugak di Aliran. Macam mana ya ?
jikalau sye mendapat 5a/3a 2b adakah sye diterima masuk ke asrama penuh?sye berharap sye diterima.
jikalau saya dpt 2A 3Bdalam upsr
jikalau sye mendapat 3a 2b/2a 2b 1c adakah sye diterima masuk ke asrama penuh?sye berharap sye diterima.
salam…….nak tanya kenapa berkali-kali saya mohon untuk sbp xdapat jugakye???
heyyy ! kalau dah siap isi semua kita sendiri kena cetak or pihak yang bertanggungjawab akan cetak ? camne ni ??
HARITU BUKAK BOLEH, SKRG BUKAK X LEH =(
Assalamualaikum boleh ke borang2 dan salinan sijil yg telah dapat pengesahan tu, di hantar terus dihantar ke sekolah yg di pohon.?
Salam…saya dah daftar online SBP untuk anak saya,tapi bila dah print baru perasan ada kesalahan pada alamat tempat tinggal….apa perlu saya buat…untuk makluman, saya belum hantar borang ke pengetua sekolah. Mohon bantuan dan nasihat….
kak zai, jumpa guru kelas. guru kelas ada password utk edit permohonan. Harap dpt membantu..
boleh tk nak mohon dua kali? contoh dah mohon voka tapi nak mohon teknik. boleh tk mohon dua kali? urgentt 🙁
saya nak tanya .. berapa a ken dapat untuk masu sekolah kawalan ???
Saya nak tanya ? kalo da Mohon SBP ke sekolah pertama , kemudian ingin memohon SBP sekolah yg kedua . Boleh tak ?
assalamualaikum… Kenapa saya punya tak boleh??… Kalau pun sekolah dh buat tapi permohonannya tak keluar pun??…
selamat sejatera. saya pelajar pmr . saya nak masuk ke sekolah berasrama penuh tapi saya gagal math dalam percubaan pmr jika saya dapat A dalam pmr boleh tak saya masuk
salam..
untuk SBP kemasukan pelajar tingkatan 1..
knape sy mohon untuk ke skolah agama kajang tp aplikasi ckp Sklh agama labu???
sy x penah mohon nk masuk ke situ..
saya nak tanya,lepas dh cetak borang tu kan, kita kena bg kt pengetua ke apa ke untuk pgesahan tak?lpas tu nk anta kt sapa ye?
Selepas borang disahkan , adakah pengetua yang submit kan atau kita perlu hantar kpd pejabat mana?Pihak mana yang perlu kita hantar kan borang kemasukan ini kalau bukan pengetua?Harap maklum.
macam mana nak isi borang ye ?
mcm mana nak msk asrama penuh.kalau sya dpt 2A3B bleh ka
anak saya dari sekolah sjkc , berapakah keputusan upsr untuk ke asrama penuh?
sya hrp dpt 3a 2b tu pown dh ckp bt sya
salam..
naq tanya saya nya permohoman telah disahkan tapi saya belum print lagi…
macam mane naq buat..?
Saya nak tanya, selepas borang permohonan dicetak , adakah semua borang dan sijil kokurikulum serta dokumen sokong itu perlu minta pengesahan daripada pengetua? selepas itu apa yang perlu dilakukan?
Saya nak bertanya, setelah borang permohonan dicetak, adakah semua borang permohonan tersebut dgn dokumen yang disertakan perlu disahkan oleh pengetua sekolah? selepas mendapat pengesahan daripada pengetua, apa yang perlu dilakukan?
tumpang tanya bole ke betulkan semula maklumat yg salah?kalau dah di print
macam mane nak semak klau betul ke tak apa yang kita isi kat internet ni?cikgu buat kat sekolah lain,cari kat rumah tak jumpa pon.
mcm mne klu dkt aplikasi data murid tu,nama saya slh?mcm mne sy nk buat
mcm mne klu nme slh kt aplikasi data.mcm mne sy nk buat
adakah borang yang di print perlu diposkan???
borang itu boleh di print sekali sahaja ka ? sbb saya dah print then nama ayah salah eja .. bila cg dh betulkan saya nk print lagi sekali x boleh .. kenapa ya ?
camne ni saya tak dapat masuk applikasi permohonan. talian sentiasa putus… jangan la camne .. stress saya
salam'alaik saya ingin bertanya setelah kita mendapatkan tandatangan pengetua , adakah kita perlu menghantar fotostat kad pengenalan,sijil ,surat berananak,kad pengenalan ibu bapa?
nanti borang nie nak hantar dekat mane
assalamualaikum ..sekolah bukan bantuan kerajaan contoh Maahad Muhammadi memang xboleh nk buat permohonan ke ?
salam , sekolah bukan bantuan kerajaan contoh Maahad Muhammadi xboleh buat permohonan ke ?
salam.. ad tak pemohonan untuk budak tingktan 3 bg tahun 2013
kalau borang yang sepatutnya dicetak dan diserahkan kepada Pengetua bagi tindakan selanjutnya itu, hilang.. bagaimana untuk mencetaknya semula sekarang?
Setelah buat permohonan online, bagaiman pula dgn sijil-sijil kokurikulum dan sijil pencapaian. ? Kepada siapa sijil-sijil ini harus dihantar? Kalau tak hantar, bagaimana pihak kementerian nak tahu setakat mana pencapaian murid yang memohon ? Harap dapat diberi penjelasan.
sekolah ada rekod itu semua…. kementerian akan dapatkan maklumat itu dari sekolah
Sijil dihantar pada pihak sek, dan sek akan compile n hantar pada kementerian. Kadang2 pelajar ada sijil yg takdidapati melalui pihak sekolah, jadi adalah lagi baik if kita beri salinan sijil pada sek.
assalamualaikum . sy nk minx sbp , tpi terikh permohonan pulak dh tamat . cer na ek ? nk sgt msok sbp .
Kalau nak sangat, kenapa tunggu dah tutup permohonan baru nak mohon. ? Nampak sangat takde sesungguhan. Melainkan ada masalah yg memang tak dapat dielakan. Pergi terus ke kementrian dan jelaskan masalah awak tu. Kalau x sanggup…memang tak ikhlas la tu..
Assalamualaikum, saya dah isi borang secara online dan pengesahan telah dibuat oleh guru besar. Sekarang ni saya tidak tahu status permohonon sebab bila nak capai website permohonon telah ditutup. Saya tak tahu apakah langkah seterusnya.
salam…. tunggu keputusan yg akan diumumkan secara online pada pertengahan disember nanti
Salam. Macam mana nak tau kalau kita diterima atau tidak?
Bila keputusan untuk masuk sekolah berasrama penuh keluar?
Assalamualaikum,,sy nk tnya,,kalau sy dpt 4A 1B UPSR,,bleh x sy nk masuk ke asrama penuh??sy hrp sy dpt memohon,,trima kasih,,
assalamualaikum, saya nak tanya,kalau percubaan upsr,saya dpt 5a tp peperiksaan yg sebenar saya peroleh 4a1b,adakah sy layak memohon sbp
Ms online ade diberi tau syarat2. 5A atau 4A 1B ( b bukan mathematics dan science) dan aktif dlm ko kurikulum
Kementerian bg ms lama dh dr 15 sept sampai 31 Oktober.
.takkn tak de masa kot
Syarat terbaru tahun 2013 kemasukan asrama penuh 5a atau 4a1b , tapi b bukan math dan sains dan aktif ko kurikulum
Assalammualaikum..sy nk tmye psl print tu..sy dh mhn tp blm smpt print then mse isi plk dh tmt..agk2..ada problem x dgr pemohonan sy..
bile kptsn upsr ah?
Result UPSR dah diumumkan pada 19.11.2012
Salam…selepas buat permohonan bilakah dan dimanakah saya boleh mendapatkan keputusan permohonan tersebut?
salam… boleh semak secara online di laman web KPM pada pertengahan disember nanti
Salam anak saya dapat 2a 3b dalam upsr 2012. Layak ke dapat asrama biasa??
Apakah pilihan yang dapat dibuat jika pelajar upsr 2012 mendapat 4A 1B dan B tersebut adalah sains.Mungkin peluang SBP tiada tetapi bagaimana dengan SMKA atau Kelas Rancangan Khas?
SMKA mungkin susah sikit tapi KRK ada peluang
kalau b tu sains xbleh masuk .mk saya kata laa~
Salam, anak saya mendapat 4A1B dalam UPSR 2012, saya ingin memohon untuk kemasukkan ke sekolah SMKA atau Kelas Rancangan Khas, tapi yang menjadi masaalahnyer skrg saya tidak mengisi borang online untuk sekolah itu…jadi bagaimanakah cara nya untuk saya memohon?
salam… boleh cuba pergi terus ke sekolah tersebut dahulu kemudian cuba pula ke Jabatan Pelajaran Negeri/Daerah yang terdekat
Assalammualaikum…saya Azlan bapa kepada Nur Iman Hakimi yang mendapat 4A 1B ingin mengemukakan soalan yang sama seperti yang dikemukakan oleh PUAN NORZIE AZIMA HASSAN…Bagaimanakah cara untuk memohon SBP selain daripada secara online yang telah ditutup…sedangkan keputusan sebenar UPSR belum diumumkan…saya harap komen saya ini mendapat perhatian pihak TUAN…
memang sudah tidak boleh memohon
cuba mohon KRK melalui Jabatan Pelajaran Negeri
Assalamulaikum, anak saya telah menghadiri temuduga SBPI untuk kemasukan tingkatan 1 2013, calon yang hadir untuk sesi temuduga sahaja melebihi 100 orang. Adakah peluang anak saya mendapat SBP lain jika tidak berjaya di dalam sesi temuduga tersebut. SBPI tersebut adalah pilihan pertama semasa permohonan dan tiada pilihan untuk SBP kedua semasa permohonan.
salam…. masih ada peluang
bler keputusn permohonan sbp ting 1 2013 kuar???cmner nk mhon skolah asrama harian???
bler kputusan permohonan sbp ting 12013 kluar???mcm mne nk mhon sekolah asrama harian???
pertengahan disember
boleh pergi terus ke sekolah tersebut
ble erk result kuar untuk kemasukkan sbp?,.sy nk knfirm kn btul2 tarikhnya supaya tak terlepas ,.sy da byk kali terkena cam ni ,.jdi sy xnk hal ini berulang sekali lagi.,
pertengahan bulan disember
Pada siapa yg dapat SBP, surat tawaran akan dihantar ke rumah. So insyaAllah tak akan terlepas…
panggilan temuduga ke sbp telah dibuat, anak saya tidak dipanggil temuduga tersebut, ada panggilan temuduga kali kedua ke?
tidak ada tapi kalau tidak dipanggil pun masih mempunyai peluang
Buat pengetahuan puan, panggilan temuduga hanya untuk calon kuota pengetua sbp 20% yang dipohon. Sekiranya anak puan tidak dipanggil temuduga, maka dia dalam senarai calon kuota kementerian 80%. Oleh itu, jangan risau.
BILAKAH KEPUTUSAN PERMOHONAN KEMASUKAN SEKOLAH KAWALAN 2013 KELUAR
salam….tumpang tanya, xkan permohonan kemasukan ke mrsm dan sbp tok tingkatan 4 da tutup kot….rasanya camne ye kalau saya terlepas isi..memang xde peluang ke…
salam..tumpang tanya..memang pendaftaran tingkatan 4 2013 untuk sb dan mrsm dan tutup ek…saya terlepas pandang nak tolong adik isi. ada x chance untuk isi balik?
assalamualaikum..saye nk tye..camne nk taw yg kite ni diterime atau x utk masuk ke sbp??boleh sesiape tlg bgtaw saye.. ^_^
tolong le gitau laman web ape untuk check tolonglee……!!!!!!
Boleh semak keputusan kemasukan ke SBP mulai 16 Disember di laman web kementerian http// :www.moe.gov.my
Boleh semak keputusan kemasukan ke SBP mulai 16 Disember di laman web kementerian http// :www.moe.gov.my
assalamualaikum,macam mana cara untuk semak kemasukan ke SBP tingkatan 1?
Asalamualaikum
saya nak tanya bila boleh semak keputusan sekolah kawalan.
T.kasih
Good Luck pada semua yg menunggu keputusan SBP 16Dec ni…. tengah kecut perut jugak ni….
Tak Yah nak tunggu 16dec utk check online. Anak saya dan 2 orang kawan dia dah dapat surat tawaran suruh daftar masuk SBP Januari depan. Kalau x dapat surat tawaran, kena lah terima keputusan yg tercatit masa buka online nanti. Tapi mungkin bole buat rayuan.
Kepada semua yg dah terima surat tawaran…TAHNIAH………!!!!!!!!!!!!!
Yeaaaaa….anak saya pun dapat surat tawaran SBP dua ari lepas. MAk dia pula mula nak emotional…maklumlah….anak x pernah tinggalkan rumah…x pe…lama lama biasa…
Saya ada memohon SBP untuk anak saya dapat 4A1B dlm Bahasa Inggeris secara online. Sekiranya anak saya tidak dapat dlm SBP boleh ke saya membuat rayuan masuk sekolah sains. Bagaimana hendak memohon?
bila keluar kemasukkan ke sekolah sains???
Salam, Alhamdulillah, dah semak kemasukan ke sbp, anak saya berjaya…tapi dilema… jauh lah pulak kat mersing…kena buat solat istikharah ni…
anak saya mendapat 5a dlam upsr.tapi kenapa gagal mendapat kemasukan keasrama punuh muzzafa di melaka…..kena buar e rayuan.
Salam, insyAllah puan dapat untuk tawaran kedua…anak saya pun asalnya mintak muzaffar melaka, sebab saya tinggal di melaka. Tapi dapat tawaran di mersing jauh tu…. apa pun masuk dulu..kalu tak boleh nak manage, terpaksa lah buat plan baru…
Untuk pengatahuan pelajar lelalki yang dapat 5A disekolah anak saya dapat tawaran dari pelbagai sbp…
kalau terlalu jauh….menyusahkan. tolak je tawaran tu…bayangkan terpaksa ulang alik gi jumpa anak setiap minggu….mana leh x gi jumpa…mereka perlukan perhatian jua..kalau x beri perhatian..nanti x tentu pasal jadi liar….perpesong…..macam -2 lagi
Assalamualaikum
kenapa belum dapat keputusan sekolah kawalan .
Tinggal 2 minggu saja nak mula sekolah..
[…] pelajar UPSR 2012 yang ada memohon memasuki Tingkatan 1 2013 di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Kementerian Pelajaran Malaysia sudah […]
salam..mcm mane nk buat pemohonan rayuan bg adk saye yang tk dapat ke sbp?dia dapat 5a
Anak saya dapat 5A.Tapi tak da rezeki nak masuk SBP agaknye… Camna nak buat rayuan ye…
24 dec nanti rayuan dibuka
macammana caranya ye nak buat e-rayuan tu.. tak tahulah. Saya nak buat untuk anak saya ke SBP, tq
salam, anak saya tidak berjaya ditawarkan di mana2 sekolah samada sbp, sek. kawalan & smka…bagaimana saya nk buat rayyuan utk skolah kawalan dan smka?
sebelum ini kakaknya pun dpt 5a tp x dpt mn2, saya rasa amat sedih, kalu ikut kriteria..keutaman pelajar miskintp saya tgk kebanyakan yg dpt sume dr kalangan keluarga yg berada.Adakah sebab kami tiada kabel di mana2,jd anak2 tidak berpeluang utk berjaya seperti orang lain..
kalau di jpm melaka rayuan dibuka mulai 7 january selama 3 hari untuk smka dan sekolah kawalan
salam… lyak ka mnx asrma pnuh klau dpt 8A 1C
assalamualaikum w.b.t… bila kita nak tahu yang kita ni dah dapat asrama ke belum???? intake dia bila 4 form 4 students….saya dah lama mohon asrama….n i get straight’s A’S..:) just wanna know when KPM will piblish the intake web.
Congratulations sis , results are expected to be at the beginning or end of January .
adik sye dpt 6a2b trial pmr b adelah sj n bi…
pmr pula dpt 8a(straight a’s)..agak2 yeer dpt tak sbp.sye mhonkan dye sm sains batu pahat,johor…takot prsaingan rmai lar
Insyaallah , dapat .
saya terlupa untuk cetak borang yang saya isi , adakah permohonan saya berjaya ? bagaimana untuk isi borang sekolah berasrama penuh sedangkan tarikh suda tutup ? kene terus pergi ke skolah tersebut ke. saya mendapat 6A 2B Harap anda dapat membantu sya 🙂
saya dapat 5a,upsr 2012.walaupun saya bersekolah di sek keb luar bandar dan kurang murid,saya gagal ke sbp(sains),mahupun ke MRSM.walaupun sekolah ini dibrri keutamaan,………kenapa ek?
[…] e-Rayuan ke Tingkatan 1 Sekolah Berasrama Penuh (SBP) tahun 2013 bagi pelajar yang ada memohon tetapi gagal memdapat tawaran ke SBP minggu lepas telah dibuka mulai 24 Disember […]
Bila semakan kemasukkan sbp tingkatan 4, 2013?. Terima-kasih
Pertengahan atau akhir bulan Januari .
Saya mendapat keputusan 7A1B dlm PMR..Ada kah keputusan saya layak untuk masuk ke SBP?
Bila tarikh keputusan permohonan ke sbp untuk tingkatan 4 keluar ?
bile keputusan e-rayuan akan diberitahu?
kalau saye dah masuk skolah teknik ada kemungkinan x saye akan dpt sbp??????apekah yg dimaksudkan dgn skolah kawalan????
[…] ada memohon memasuki Tingkatan 4 2013 di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Kementerian Pelajaran Malaysia sudah […]
[…] yang ada memohon memasuki Tingkatan 1 di SBP Kementerian Pelajaran Malaysia dan gagal mendapat tempat semasa […]
saya dapat 5A dalam UPSR .. rasenye boleh dpat ke tak ?
sy dlu terlupa nak cetak surat tawaran rasmi sekarang sy nak cetak untuk kegunaan sekolah…dptkh sy cetal lg??
[…] yang ada memohon memasuki Tingkatan 4 di SBP Kementerian Pelajaran Malaysia dan gagal mendapat tempat semasa […]
emmm,,klau nk msuk asrama penuh,,bole ke 3a 2b dalam upsr???tlong balas..
kalau percubaan dapat 4A 1B tapi yg b tu sains utuk percubaan 2013 dan sains markah nye 74 boleh ke masuk sekolah kwalan atau SBP?
assalamualaikum.. saya ingin bertanyakan mengenai kemasukan online ke sekolah berasrama penuh tahun 2014. Mengikut syarat yg saya saya baca hanya pelajar yg memperolehi Peperiksaan Percubaan UPSR 4a dan 5a boleh memohon. Adakah pelajar yang memperolehi keputusan percubaan UPSR 3a tidak layak memohon. ini kerana kebanyakkan pelajar masih tidak memberi tumpuan ketika percubaan upsr. Diharap admin dapat menjawab persoalan ini. Terima kasih
[…] Sekolah Berasrama Penuh Tingkatan 4 2011, Tingkatan 4 2012, Tingkatan 1 2011, Tingkatan 1 2012 dan SBP 2013 untuk maklumat […]
[…] rujuk komen-komen di Permohonan Kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh & Sekolah Kawalan 2013 serta Permohonan Kemasukan Ke Tingkatan Satu Kelas Rancangan Khas 2012 untuk maklumat […]
[…] rujuk komen-komen di Permohonan Kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh & Sekolah Kawalan 2013 serta Permohonan Kemasukan Ke Tingkatan Satu SMKA & KAA […]
Kalau dah mohon sbp , tawaran mrsm tak dapat dah ke ?
Kalau dah mohon SBP masih boleh memohon MRSM tetapi jika sudah mendapat tawaran SBP tidak akan mendapat tawaran MRSM
salam.kalau dah cetak borang permohonan sbp tu,memang ada yang kosong ke?hari tu,sebelum cetak,saya tengok,memang dah betul2 lengkap.tapi,bila nak cetak,saya tengok,maklumat ibu bapa tu kosong je.kena isi sendiri,ye?
saya ingin memasuki asrama penuh jika saya mendapat 5A.
asskum….macam mana hendak mohon masuk asrama agama dimelaka sebab kerana dah puas ummi cari dalam line boring kemasukkan asrama siti khadijah atau sekolah al-karim ,masjid Tanah kebanyakkan tahun 2013 …nanti-nanti ummi tunggu -tunggu katanya permohoanan dah tutup…ya Allah mempermudahan urusan anak-anak nak berselolah agama …dari anak yatim terima kasih
Saya nak tahu….semasa mengisi online utk sbp dan sek kawalan….utk sbp sy letakkan pilihan no1..& utk kawalan no 2…tp keputusan yg sy dpt adalah sek kawalan…..itupun sblum keputusan online sbp kluar….disini sy ingin bertanya adakah peluang utk dpt ke sbp setelah dibuat rayuan…tq
boleh x nak mohon lg
saya sudah membuat permohonan SMKA dan dan sekiranya permohonan tersebut berjaya, Pertanyaan saya boleh tak saya menolak tawaran tersebut dan memohon SBP atau SBPI