Universiti Teknologi MARA (UiTM) mempelawa calon-calon yang berkelayakan untuk memohon kemasukan ke UiTM pengambilan kedua sesi 2011/2012 mulai 1 Julai 2011 bagi kemasukan November/Disember 2011 dan 15 Oktober 2011 bagi kemasukan Februari 2012.
Permohonan kemasukan ini bagi mengikuti program pengajian sepenuh masa di peringkat Asasi, Diploma, Profesional dan Ijazah di UiTM. Pengambilan pertama dahulu melalui UPU manakala pengambilan kedua ini melalui UiTM.
Kemasukan dan Program Pengajian
Pengambilan kedua UiTM ini adalah untuk kemasukan dan program pengajian berikut;
Kemasukan November 2011
- Program Asasi Undang-Undang dan Diploma
Kemasukan November/Disember 2011
- Program Profesional – CAT, CBA, ACCA, CIMA, CPA, ICSA, CIM, LW222 dan LW601
Kemasukan Februari 2012
- Program Profesional
- Program Ijazah Sarjana Muda
- NOTA : Permohonan untuk program pengajian peringkat ijazah dijangka akan dibuka mulai 15 Oktober 2011 nanti. Terima kasih Anak Rantau kerana berkongsi maklumat ini.
Syarat Kemasukan
- Semua calon perlu memenuhi syarat am universiti dan syarat khas program pengajian yang berkenaan.
- Sila rujuk laman web UiTM – Syarat Kelayakan atau Selangkah Ke UiTM untuk maklumat lebih terperinci.
Program Yang Ditawarkan
- Calon boleh memohon mana-mana program pengajian yang bersesuaian dengan kelayakan.
- Perlu diingatkan bahawa tidak semua program pengajian dibuka untuk permohonan.
- Sila rujuk laman web UiTM – Senarai Program Pengajian untuk maklumat lanjut.
Cara Memohon
- Permohonan kemasukan ke UiTM pengambilan kedua ini adalah melalui aplikasi dalam talian (Online) di laman web www.online.uitm.edu.my.
- Pemohon dikehendaki membuat pembayaran yuran pemprosesan dengan menggunakan nombor kad pengenalan pemohon sendiri, di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN).
- Setelah membuat pembayaran, pemohon boleh melakukan permohonan di laman Web Aplikasi Elektronik UiTM dengan memasukkan nombor slip yang didapati dari kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN).
- Pemohon dinasihatkan mencetak maklumat permohonan yang telah muktamad tersebut sebagai bukti permohonan telah dibuat.
- Pemohon diingatkan agar menyimpan slip pembayaran untuk tujuan rujukan dan sebagai bukti sah pembayaran.
Tarikh Tutup
Kemasukan November/Disember 2011
- Permohonan kemasukan ke UiTM Sesi 2 2011/2012 Kemasukan November/Disember 2011 akan ditutup pada
31 Julai 201114 Ogos 2011 (dilanjutkan). Bagi Program Profesional dilanjutkan lagi sehingga 30 September 2011.
Kemasukan Februari 2012
- Permohonan kemasukan ke UiTM Sesi 2 2011/2012 Kemasukan Februari 2012 akan ditutup pada 16 November 2011.
Keputusan Permohonan
Kemasukan November/Disember 2011
- Keputusan permohonan kemasukan ke UiTM ini boleh disemak mulai 22 Ogos 2011.
- Sila rujuk di Keputusan Permohonan Kemasukan UiTM Sesi 2 2011.
Pertanyaan
- Jika terdapat sebarang pertanyaan mengenai permohonan kemasukan ke UiTM ini boleh menghubungi talian 03 5544 3164/ 3165/ 3166/ 3174/ 3175 atau fax 03 5544 3170.
- Jika menghadapi masalah teknikal semasa mengisi permohonan, sila hubungi talian 03 5521 1376/ 1381/ 1383 atau fax : 03 5544 2197 atau email : uitmonlineapplication@salam.uitm.edu.my
beress.
salam.. nak tanye ckit..
macam mana kalau kita nk amik slip BSN tuk adik kita yang
tengah mengikuti program PLKN?
Bolehkah menghantar wakil?
Harap admin balas segera mungkin ye..
Terima Kasih.
Salam… boleh beli tetapi beri nombor kad pengenalan adik sebagai pemohon.
tanks 4 de info..
cuma nak tanya sikit.. dalam laman web uitm hanya ada diploma/ asasi undang2 / profesional..
xde pon untuk ijazah.. camna yerk..?
Maklumat mengenai ijazah itu ada dinyatakan di http://pengambilan.uitm.edu.my/ tetapi kami baru sedar di http://online.uitm.edu.my/ tiada e-Borang untuk ijazah. Ada kemungkinan ia belum dibuka lagi, kami akan cuba dapatkan penjelasan.
Terima kasih.
Permohonan yg dibuka pada 1-31 Julai ini hanya untuk program Asasi dan Diploma saja (kemasukan pada November 2011) manakala untuk ijazah akan dibuka pada Oktober 2011 (kemasukan pada Februari 2012). Di harap penjelasan ini dapat menjawab kekeliruan para pelajar kerana terdapat pelbagai versi pendapat berhubung dengan perkara ini
Terima kasih dengan maklumat tersebut
mcm mana dgn program pra diploma? ada ke untuk kemasukan disember 2011 atau pun februari 2012? tolong la sy…terima kasih…
azura: boleh2. yang penting ade no ic die
salam, saya nak tanya.. kalau saya lepasan Diploma dari IPT lain macam mana nak apply UITM sesi Disember 2011? Bila tarikh nak apply? Sebab tengok yang boleh apply bulan Julai ni cuma pelajar dari UITM punya je.. thanks in advance –
Salam… biasanya dalam bulan September.
bila permohonan untuk dgree kua ek??
program master ada ke?
sy dh iisi untuk pemohonan ni, tapi bila sy wat langkah kedua, tntg kputusn spm, but0n seterus nya x ley tekan? knp ea??
cuba call nombor yg diberi di atas
salam . agak2 selalunye keputusan permohonan uitm 2 bila keluar ye ?
mungkin bulan sept
brape jumlah pengambilan utk sesi ini ?
salam, perlukah cetak permohonan tersebut?
I try masukkan data tok my cousin untuk diploma intake. e-borang diploma… but bila masuk page ke dua macam ok..but then bila klik SETERUSNYA page tu xnk show another page..i meant third page.. macm ne nk masuk…
call 03 5521 1376/ 1381/ 1383 utk bantuan
em ada keliru ckit….kalau nak apply ijazah uitm (permohonan buka oktober ni), unik id-nya kena jg beli dalam 1-31 julai ni ke atau tunggu oktober ni?
tunggu okt
salam..nak tanye ckit…untuk program ijazah bukak bulan oktober kan..so,kna beli no pin sekarang ke???maaf,keliru sikit..
beli bila dan buka nanti bukan skrg
salam.sy merupakan lepasan matrikulasi dan bru shj dpt tawaran ijazah ke UUM melalui upu tp tidak berminat dgn kos yg ditawarkan.sy bercadang utk apply uitm panggilan kedua untuk sambung ijazah.upu beri masa seminggu untuk terima atau tolak tawaran tersebut.jadi, sy sy perlu terima atau tolak tawaran tersebut jika sy ingin apply uitm?harap reply secepat mungkin sbb sy confuse.
jika nak apply uitm kena tolaklah tawaran upu tu
it's better jangan tolak tawaran tu sebabnya rugi…bukan ke kos tu boleh runding dengan pihak U kalau nak tukar…katakanlah kalau tak dapat uitm tu lagi susah…..sebabnya sekarang ni ramai yang berebut2 nak masuk U………
tolak tawaran tu..uum mmg universiti yg very low standard..lgpun jika awok uum student susah nak mohon mane2 u lain
kalo utk ijazah..waktu permohonan pon sama ke???
dijangka akan dibuka dlm bulan okt nanti
salam, saya bekas pelajar asasi TESL uitm, tapi dapat tawaran dari UPU untuk course yang saya tidak minat untuk degree, saya bercadang tolak course tersebut, dan bercadang untuk cuba ambilan degree semester kedua..
wajarkah keptutusan saya??atau patut saya teruskan dengan course yang ditawar walaupun saya tidak berminat??atau saya patut memohon diploma pula…
bantuan anda semua amat dihargai terima kasih..
salam… yg terbaik adalah mendapat course yg kita minat tapi tawaran dibuat berdasarkan keputusan kelulusan kita.
jika nak mohon baru nanti pastikan layak dgn keputusan haziq jika tidak terima saja tawaran upu
saya student lepasan matrikulasi… tak minat nak sambung degree dgn course upu tawarkan..nak ambil degree utk ambilan kedua uitm ni… no pin kene beli sebelum 31 julai jugak ke?
beli bila permohonan dah dibuka nanti
salam. untuk kemasukan diploma november 2011, hanya terbuka untuk lepasan pra perakaunan (zb), pra sains (c), pra perdagangan (b) dan lepasan spm. adakah pelajar lepasan sijil kolej komuniti (pelukis pelan) boleh memohon juga? terima kasih. 🙂
xpasti pula rasanya xblh tapi cuba call uitm
saya nak tanya bila permohonan untuk progam pra-diploma di buka????setahu saya pengambilan untuk pra-diploma dibuka 2 kali setahun…tp adakah untuk tahun ini pengambilan untuk progam pra-diploma di buka sekali sahaja????sila bantu saya….untuk menjawab segala kemusykilan…sekian terima kasih~~~
mungkin bulan okt nanti tapi skrg ni cuba la mohon program diploma yg paling layak dgn keputusan sha
untuk yang intake disember, takde kemasukan pra-diploma ke? kalau apply bulan okt nanti, kemasukan bulan berapa tu? tolong sy….time kasih..
permohonan bulan okt tu untuk kemasukan feb 2012
salam…saya sdg amek diploma di uitm skrg,,,tapi saya juga merupakan lepasan matrikulasi..boleh ke saya nak apply uitm lagi untuk intake februari ni bg program ijazah??
ni kena tanya uitm sbb anda skrg student uitm
salam..sy merupakan bekas pelajar asasi UM..sy dpt twaran dr upu, tp x sperti yg sy inginkan..jd sy ingin mohon kmasukan uitm sesi ke2..sygnya, kmasukan ijazah uitm bln feb, & sy sudah x sbr..jd sy decide, nk smbung dip & i.A fast track, sprti yg telah dianjurkan uitm..sy survey syarat2 kmasukan utk diploma uitm,tp x berapa jelas..adakah untuk mgikuti program dip uitm, sy sptutnya bekas pljr uitm juga?adakah sy layak utk mndptkan tmpt di uitm jika sy bukan bekas pra dip uitm ?mohon penjelasan..tq 🙂
uitm terbuka untuk semua kecuali jika ada dinyatakan sebaliknya
salam…saya merupakan lepasan matrikulasi dan saya tidak mendapat tempat untuk melanjutkn ke peringkat deg…. dan saya ingin aply dip uitm bln nov ini… dan sy konfius jika saya aply dip, adakah saya boleh aply uitm deg ?? saya bimbang jika saya sudah memohon diploma dan dapat…adakah permohonan ijazah saya tidak akan diproses dan peluang untuk sy sambung deg ilang disebabkan sudah mengikuti dip… ??? tolong sy… tq 🙂
bagi program ijazah…no pin perlu dibeli sekarang ke atau dibeli pada tarikh lain???
beli bila permohonan dibuka bulan okt nanti
borang on9 julai 2011 nie untuk lepasan spm ker?? x berapa faham la….harap admin dpt jelaskan…terima kasih=)
kategori no slip, 1,5,6? <— bsn suruh check website plak, xde pun.
salam…sy lepasan matrikulasi.sy mendapat tmpt di ipta utk intake bln 9 nie.tapi sy dapat course yg sy tidak minat.. sy brminat utk smbg degree di uitm utk intake bulan feb,tetapi sy tidak tick sama ada sy terima @ x terima twaran dari Uni di borang tawaran..soalan sy ada kah sy akan mndapat sbrg masalah utk memohon smbg degree d uitm utk intake bln feb???
salam… jika lana tidak memberi jawapan secara sendiri dianggap telah menolak tawaran ipta itu. jadi sepatutnya tidak ada masalah untuk memohon uitm nanti
salam…sy lepasan matrikulasi dan telah mndapat tmpt di Universiti….tetapi sy mndapat course yg sy tidak minat…sy brminat utk apply masuk uitm utk smbg degree intake Feb..tetapi sy tidak klik butang setuju@ x setuju terima twran Universiti di borang tawaran…Adakah sy akan mndapat masalah utk apply uitm intake Feb???
salam.. nak tnya skit..sebelum ni sy ada buat permohonan di KPTM bagi sesi kedua dan baru2 ni sy check permohonan sy telah dterima..tapi msalahnya tarikh untuk sy datng mendaftar ialah pada 18 Julai lagi.. jadi adakah sy masih berpeluang untuk mendapatkan tawaran tersebut?. mohon penjelasan segera.. pls
Salam… rasanya masih berpeluang, cuba call mereka
salam,sy ada konpius sikit,,kalau masa di tingkatan saya tidak ambil basic bhsa arab,,adakah saya berpeluang mengambil kursus yang berkaitan dgn itu?contohnya saya kini rasa teringin benar mahu belajar dalam bidang syariah,walhal saya tiada basic arab…apa pendapat anda?
salam… mungkin susah sikit cuba semak syarat kemasukan, mata pelajaran apa yang diperlukan…
salam…sya fikri..sya bru memohon utk program dip…smua sya sya mohon melebihi syarat yang diminta..adakah salah satu khusus yang sya minta itu akan sya perolehi??plezz anawer as soon as possible…..:D
salam… insyaAllah akan dapat…
tenz …….
salam..sy tlh mndpt tawaran utk smbg degree di ukm pd sept ni..dn sy tlh terima tawaran ni..,sy nk tnye,blh ke klu sy nk minta tukar ke uitm shh alm ats bbrp faktor?perlu ke sy mndaftar dlu di ukm pd sept ni,atau wat pmohonan utk tukar sblm dftar nti?
salam… tawaran biasanya muktamad & tiada pertukaran ipta dibenarkan
jika nak juga masuk uitm perlulah membuat permohonan baru, itupun belum tentu dapat
slm , kiraan merit bagi student aliran sstra bg kemasukan asasi berapa?
salam… cuba rujuk http://pengambilan.uitm.edu.my/index.php?option=c…
salam nk tny..untk intake feb nanti,ade tak kos biologi?kos2 yg kritikal cam farmasi dan forensik ade x?
salam..nk tny sket..untk intake februari which apply oktober nanti,ade tak kos biologi?kos kritikal cam medik farmasi forensik ade tak?
salam…. xpasti pula… sbb belum keluar di http://online.uitm.edu.my
salam.nak tanya,saya dah menarik diri dari uitm pada tarikh 5 ogos 2011 baru-baru ni,bilakah saya tarikh permohonon yang boleh saya apply blik dan sesi bulan apa?saya ingin memohon bagi ijazah sarjana muda.saya musykil samada boleh atau tidak saya memohon pada bulan oktober 2011 bagi kemasukan sesi februari 2012?
saya ada kekeliruan disini,saya telah berhenti/menarik diri dari uitm pada 5 ogos baru2 ni.jadi saya bolehkah saya nak apply pada bulan oktober 20111 ini bagi sesi februari 2012?bagi ijazh sarjana muda
salam…. kalau tidak silap Afifah kena skip satu pengambilan baru blh memohon semula tapi utk kepastian cuba call UiTM
salam.. rasa2nya masa study utk ambilan dsember uitm ni singkat tak?
salam… xpasti pula… macam sama je…
kene beli no pin baru ke?
no pin u dgn poly sama tk?
xsama…. kena beli yg baru
[…] permohonan kemasukan ke Universiti Teknologi MARA (UiTM) pengambilan sesi kedua 2011/2012 telah boleh disemak […]
salam. kemasukan untuk diploma dah hbis ke? saya rs takboleh go on dgan asasi lg. jd nak tukar amik dip. bleh lg ke?
Salam… rasanya tidak ada tetapi cuba semak pengambilan UPSI & UTHM yg akan dibuka nanti
salam,selain UiTM,uni mne ag y twar kn 2nd intake??
Salam… kalau tidak silap UPSI & UTHM akan dibuka dlm bulan Sept/Okt ni.
tq..
nk tny ag,klu kte dh tolak twrn,bole ambk blik ke??
cz dh ase agak nyesal lak skg..huhu
Cuba call fakulti yg berkenaan, mana tahu kalau boleh dipertimbangkan
nama akan d BLACKLIST ka klu menolak tawaran UITM??
tidak…
nk tnye…. second intake utk dgree ke atau dip yg dibuka bln sep& okt ni? sbb sy nk smbug dgree cepat n no pin blh bli ble?
utk degree akan buka bulan okt nanti, rujuk http://eputra.com/permohonan-ipta-sesi-november-2…
kepada rakan2.. sila baca previous post sebelum post ape pertanyaan maybe soalan2 anda semua sudah dijawab.. 🙂
tolong.sesi februari tuu utk ijazah je ke?diploma takde ke?
betul… sesi februari utk ijazah sahaja
Pertanyaan, no pin yang dibeli tu bole untuk permohonan untuk satu Universiti shj kah? ? or no pin tu bole guna untuk apply universiti yang laen? contohnya saya nk apply course UITM dan UUM.. boleh ke? Atau satu no pin hanya untuk satu permohonan universiti sahaja… sebab intake kedua nie pihak universiti sendiri yang pilih kan bkn UPU. harap balas.TQ.
Satu pin hanya untuk satu universiti sahaja, pin utk UiTM hanya blh digunakan utk permohonan UiTM sahaja, pin UUM hanya utk UUM sahaja dan sama utk semua U yg terlibat
salam..bila tarikh permohonan sesi 2 untuk program diploma akan datang dibuka?
salam… permohonan berikutnya rasanya utk sesi Mei/Jun 2012 yg akan dibuka dlm bulan Mac 2012
assalam..sy pelajar lepasan stpm 2010..sy tak dpat mne2 offer utk rayuan juga…utk second intake kat uitm ada ke bukak utk degree…?? then. kalo sy gunakan no pin bsn yg lama masa sy apply upu dlu, boleh ke..???
salam.. kena beli nombor pin yang baru
rujuk juga http://eputra.com/rayuan-program-diploma-uitm-201… dan http://eputra.com/permohonan-ipta-sesi-november-2…
salam..saya jua ada pertanyaan apakah syarat khas bg kemasukan ke rayuan program diploma UITM lepasan Stpm & Setaraf…setelah meninggalkan alam persekolahan,saya berminat untuk menyambung semula tapi ragu2 dengan pointer Stpm sy yg cuma mndpt pointer 2.4jak dgn pgajian Am 1.67.masihkh ada peluang untuk saya sambung belajar d mana2 IPTA?STPM saya ambk masa 2005/06
salam… utk rayuan tu katanya akan banyak ditimbangkan berdasarkan keputusan SPM, rujuk di http://eputra.com/rayuan-program-diploma-uitm-201…
Salam.. nak tnye.. selain uitm,upsi,uthm..ada x u lain yg bukak utk second intake.. mcm ukm,ums @ unimas ke?
Salam… xpasti pulak tapi kalau ada tentu mrk akan update di http://eputra.com/permohonan-ipta-sesi-november-2…
macamane nk apply???sy br abis stdy dri ikm…bln 6 aritue..dri kos kejuruteraan elektuk kuasa…boleh apply lg x??plez help me..
dah tutup
sekiranya saya tolak tawaran UITM,adakah saya akan di BLACKLIST??
mungkin tidak
salam..nak tanya sikit..td dtg BSN nk beli no PIN untuk kemasukan program Ijazah Sarjana Muda di UiTM bgi bulan Febuari 2012..permohonan bukak 15 Oktober ni kan?tp knape akak BSN cakap pembelian PIN da DITUTUP pada 30 September ? ? ?
salam… xpe nanti 15 okt akan dibuka semula
mksdnyew 15 oct bru leh bli no pin kt bsn lah
betul tu
17
oct nie boleh isi borg utk kmasukn diploma kew?mksd sy yg second intake
15 Oct ni utk program ijazah sarjana muda utk diploma dah ditutup pada 14 Ogos lalu
betul ba tggl 15 nanti kena buka semula?
utk ijazah & prof sahaja
confirm 15 oct pin akan d buka semula untuk deg feb intake tu?
betul
salam, sy nk tnye berape harge beli no pin tuk smbg degree 15 oct 2011 nti ? sbb sblm ni beli harga beza ngn no pin diploma.
kalau tidak silap RM 17.00
blh sy tahu,tarikh akhir pembelian no pin tu?? sy nk bli, tp kwn sy ckp dah tak boleh beli.
boleh dibeli dari 15 okt hingga 16 nov
salam……..nk tnye…saya nie dulu budak ijazah di ipta lain..and if sy msuk sem nie bmksud dh sem 3 sy brada di ipta tsebut..namun saya telah bhenti kerana masalah2 tertentu…so if sy apply smula program ijazah pd intake febuari adakah sy jugak diutamakan sperti pemohon2 lain yang baru or tidak kerana sy bekas plajar ipta lain yg result bgantung pd thn 2009 bkn yg 2010…sy suka belajar.. 🙁
salam… rasanya semuanya bergantung kepada result pemohon, jumlah tempat yg disediakan & kualiti pemohon lain dlm menentukan peluang mendapat tawaran
Assalammualaikum..nak tanya intake bg febuary ni ada ke untk lepsn STPM….saya klru lh…please tolng saye……hrp2 dpt korng dpt eply cept..k
salam… memang ada
thanks cos tolong saya, nak tnya time kte bli 2 mcm mna nak sbut e….n nnti tuls kat slip 2 apa ya????
tak perlu isi apa2… cuba tunjuk mykad & sebut nak beli nombor pin kemasukan ke program pengajian ijazah sarjana muda UiTM secara sepenuh masa
kos yg d twrkn bg progrm ijazah bg intake feb2012?
kena tunggu bila permohonan dibuka nanti, blh tgk senarai program yg ditawarkan
sy lepasan diploma medical lab technology dari IPTS nak mohon degree kat UITM..dpt x? tp ape jurusan yg sesuai dgn sy errrk???
mungkin boleh… tapi tunggu bila permohonan dibuka pada 15 okt nanti & blh semak syarat kemasukan yg sesuai dengan diploma tu
bdsrkn info d ats,sy tlh lihat senarai program yg d twrkn bg ktgori ijzah srjna mda di uitm…adkh hnya beberapa kos itu shj y dtwrkn??confius la…
mmg biasa pengambilan ini tidak semua ditawarkan
salam. nk tny..td sy pg bsn nk bli num pin utk ijazah srjana muda. diorg ckp hny ada profesional.knp ek -..- 15hb ni nk apply dgree
salam… 15hb nanti baru ada nombor pin utk ijazah
salam..sy nak tanya..kalau kita nak beli nombor pin melalui mesin ATM BSN – Pilih BELI PIN > then bahagian jenis permohonan tue kita nak pilih yg mana? IPTA atau UITM? confius la…
kalau nak mohon UiTM pilih UiTM
Lepas kita pilih UiTM, seterusnya kita pilih apa pula….sebab dia tak bagitau pun untuk lepasan diploma dia cuma bagitau pengajian luar kampus…maaf saya betul tak tahu…plz
sepatutnya untuk pengajian sepenuh masa
salam..sy nk tye…ad lg x tawaran utk pljr lepasan spm…sy x sempat nk mohon semasa tawaran yg lepas2..please reply…
salam… rasanya kena tunggu ambilan Jun nanti
Salam, saya seorang pelajar lepasan diploma, so saya ingin untuk memohon untuk second intake (UiTM) bagi program sarjana muda. No PIN jenis apa yang patut saya beli di BSN. Semalam saya pergi BSN tapi puan yang jaga kaunter tu kata tak ada No Pin untuk lepasan diploma yang ada pengajian luar kampus…harap dapat membantu saya…tq
Salam… mengikut di http://online.uitm.edu.my/degree.cfm memang lepasan diploma boleh memohon…
kalau berdasarkan poster http://www.online.uitm.edu.my/poster.jpg anda boleh sebut nak mohon program sarjana muda pengajian sepenuh masa
[…] Sila rujuk Permohonan Kemasukan UiTM Sesi 2 2011. […]
salam..sy nak tanye..
ambilan ijazah ni open x utk budak lepasan matrikulasi?
Salam… memang dibuka juga utk lepasan matrikulasi tetapi tidak semua program pengajian, perlu semak di senarai program yg ditawarkan utk kepastian
nak tau psal pjj..bole tlg bg mklumat x??
boleh rujuk di http://www.ined.uitm.edu.my/
salam
saye dari diploma farmasi n ada experience kerja 2 tahun
bminat nak sambung degree dalam oil n gas?boleh x?
salam… cuba call dulu UiTM utk memastikan kesesuaian & kelayakan utk memohon
tarikh result sesi 2 uitm 2011/2012 untuk ijazah bagi lepasan diploma bila keluar..
mungkin dalam bulan disember
untuk uthm pn sme ke?
SALAM……. sy dpt tawaran ke ipta pd bln mei…. malangnye sy terpaksa tangguh 1 sem akibat kemalangan…. ape yg sya bwk pd hri pendaftaran nnti n ble tarikh pndaftaran nnti eh?????
salam… call kampus yg ditawarkan utk tarikh yg tepat dan maklumat dokumen yg diperlukan
salam..saya nk tnya mengenai penrpan smester akhir ke ijzah srjana muda.jika saya mnrima twran ke ijzah bgi sesi febuari..jika sya trima twaran sesi febuary 2012, adakh sya akn tmat pngjian sbgai student dploma uitm srta konvo sprti org lain atau pun tidak? ini krna sya akan tmat dploma pda bulan april.
tidak pasti pula kerana tidak ada pengalaman.
cuba dapatkan penjelasan dari fakulti.
salam, saya nak tanya…no pin bsn utk ijazah sarjana utk penyelidikan tu no 1 ke no 2? sbb org bsn kata ada no 1 atau 2…untuk kerja kursus dan penyelidikan
terima kasih
salam, saya nak tanya…no pin bsn utk ijazah sarjana utk penyelidikan tu no 1 ke no 2? sbb org bsn kata ada no 1 atau 2…untuk kerja kursus dan penyelidikan
salam… ini kena tanya UiTM sendiri
salam bilakh keputusan uitm intake febuari 2012 program ijazah sepenuh masa akan dikeluarkan?tlng reply
tak pasti tapi dari masa ke semasa boleh semak di http://istudent.uitm.edu.my/intake/
Salam nk tanya sket bleh tak..saya nk tanya ni..saya telah membuat pemohonan ke uitm utk sesi februari 2012 nt..dlm pilihan 1 & 2,saya memang meminta kos yang bersesuaian dgn keputusan saya..tetapi pilihan ke 3 & 4 saya,saya tersalah pilih kos yang tak bersesuaian dengan keputusan stpm saya..di sini saya mahu tahu,adakah saya masih mempunyai harapan untuk di pilih untuk melanjutkan pelajaran ke uitm nanti..adakahsaya berjaya,,,dan satu lagi,bagi yang gagal di pilih nanti,adakah uitm akan membuka rayuan untuk kemasukan ke uitm pada februari tersebut..harap dapat membantu saya…terima kasih..
Salam… harapan itu ada tetapi andaikata tidak mendapat tawaran boleh buat rayuan
temudaga uitm pling teruk dan tdk btmbng rasa…..
salam,
Nak tanya, bila boleh mohon untuk master program?
slm…sy nak tanye..selepas intake february 2012 yg stated kat ats…bila intake seterusnye ye??? yg iklan dr 9jan sampai 10 februari kat lmn web uitm tu untuk intake bila???
Salam saya nak tanya sikit ni…saya pernah melanjutkan pelajaran ke peringkat pra dip perdagangan…kmudian sy mndapat tawaran mnyambung diploma saya di UiTM Puncak Perdana…Tetapi,dek kerana masalah yang x dapat dielakkan..saya masih ingin menyambung pelajaran saya di UiTM..Saya berhasrat utk membuat permohonan pada taun hadapan.Adakah saya masih mempunyai peluang utk mndapat tempat di UiTM??? Dan apakan borang yang harus saya guna untuk membuat permohonan tersebut,,kerana saya telah mempunyai dua result iaitu result SPM dan juga result Pra Diploma Perdagangan…Mohon diperjelaskan…
saya nak tanya..saya ni budak vokasional dan saya tidak mengambil sains dan add math..jadi bolehkah saya dapat masuk uitm ?
[…] Permohonan Kemasukan UiTM Sesi 2 2011 […]
[…] Sebagai panduan baca juga komen-komen di Permohonan Kemasukan UiTM Sesi 2 2011. […]
salam , nak tnya ..sy pljar stpm 2012 , adakah program ke dgree begitu terhad ?? dan dr list yg sye tgok penerapan ke dgree d'ambil dr pljar diploma shja . bagaimana stdent stpm spt kami ? adakah ada pnambahan progrm sblm prmhnan dbka oktber nie ??
saya dah beli 2 pin .. 1 pin 17 riggit … kedua ye saya dengar ada penerapan .. rm 10 riggit ..
saya dah tamat diploma.. dan nak masuk intake kedua degree .. saya dah daftar brang yang pertama rm 17 riggit .. sekarang saya nak daftar penerapan uitm .. tapi tngok laman web dah tutup untuk penerapan … help me .. apa gunanya jual pin yang dah tutup permohonan.?????????
salam, saya pelajar lepasan asasi uitm baru mendapat tawaran ipta di uum kos sains pemutusan. saya rasa saya tak mampu meneruskan kos ni..pointer sy lps asasi dulu 3.8 je muet band 4.. jika sy ingin membuat permohonan 2nd intake uitm, adakah sy perlu menolak tawaran uum? banyak ke kos 2nd intake uitm?
[…] panduan baca juga komen-komen di Permohonan Kemasukan UiTM Sesi 2 2011 dan […]
salam,saya pelajar matrikulasi tahun ini,boleh ke saya memohon untuk masuk program diploma menggunakan result spm???
saya nak tanya, kalau saya nak tukar kos yang uitm dah tentukan boleh tak , lagi satu kawan saya ada tolak tawaran tu then saya nak tukar kos dengan kawan saya yang tolak tawaran tu boleh ker ?
Salam saya nak Tanya, saya gagal DLM upu 2014/2015 jadi macam mana nak apply degree bln Feb punya ya? Dah buka ke? Dan saya lepasan matrikulasi, boleh ke saya beli no pin untuk intake February?
Salam adakah uitm sentiasa membuka untuk ambilan sesi kedua pada setiap tahun? Tolong saya
salam.. kalau saya berwakilkan orang lain utk beli no pin boleh x