Pinjaman MARA Pengajian Tinggi Luar Negara Sesi 2009/2010 Skim SPC

TERKINI :

Para lepasan Diploma dan Ijazah Bumiputera warganegara Malaysia adalah dipelawa untuk memohon tajaan MARA di bawah Skim Pelajar Cemerlang (SPC) bagi melanjutkan pengajian di Instituti Pengajian Tinggi Terkemuka (Top Universities) di luar negara.

Peringkat pengajian yang akan ditaja adalah Ijazah Pertama, Profesional, Ijazah Sarjana dan Ijazah Doktor Falsafah. Manakala bidang pengajian pula adalah Kejuteraan, Bioteknologi, Sains Gunaan, Sains Kuantitatif, Sains Tulen, Sains Perubatan, Kewangan, Perbankan, Perakaunan dan Ekonomi. Bidang pengajian profesional pula adalah ACCA, CA, CIMA dan RIBA Part II.

Kelayakan akademik bergantung kepada peringkat ijazah dalam bidang berkaitan dengan pencapaian CGPA 3.00 ke atas untuk bidang pengajian Kejuteraan, Bioteknologi, Sains Gunaan, Sains Kuantitatif, Sains Tulen, Sains Perubatan, ACCA, CA, CIMA dan RIBA Part II. Manakala CGPA 3.5 ke atas Kewangan, Perbankan, Perakaunan dan Ekonomi.

Had umur untuk pengajian Ijazah Pertama adalah tidak melebihi 30 tahun pada 31 Disember 2009, tidak melebihi 35 tahun untuk pengajian Profesional dan Ijazah Sarjana dan tidak melebihi 40 tahun untuk pengajian Ijazah Doktor Falsafah.

Di antara syarat-syarat yang ditetapkan untuk memohon bantuan pinjaman pelajaran MARA ini adalah:

  • Tidak pernah mengikuti kursus di peringkat pangajian yang sama di bawah pembiayaan sendiri atau dianjur oleh mana-mana badan penganjur.
  • Aktif dalam ko-kurikulum semasa di kolej atau universiti.
  • Mencapai kredit dalam semua mata pelajaran yang diambil di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia.
  • Memperolehi markah sekurang-kurangnya 5.5 ke atas bagi ujian International Language Testing System (IELTS) atau 550/65 bagi ujian Test of English as a Foreign Language (TOEFL).
  • Mereka yang di dalam perkhidmatan tetap pendidikan atau perguruan atau mempunyai ikatan pekhidmatan di kalangan tenaga pengajar di IPTA dan IPTS adalah tidak layak untuk memohon.
  • Tawaran adalah tertakluk kepada pemohon mendapat Tawaran Tanpa Syarat di Universiti Terkemuka sahaja

Calon-calon dikehendaki menguruskan sendiri penempatan ke Institusi Pengajian Tinggi Terkemuka Luar Negara. Maklumat lanjut mengenai universiti berkenaan boleh diperolehi daripada British Counci telefon 03 2723 7900, Malaysian British Educational Cooperation Services (MABECS) telefon 03 7956 7655, Irish Universities & Medical Schools Consortium (Ireland) telefon 03 2163 2302, International Development Programme (Education Australia) telefon 03 2162 3755 atau 03 5636 5548, German Academic Exchange Service (DAAD-KL) telefon 03 2148 0568, Canadian Education Centre telefon 03 2162 2001, Malaysian American Commission on Education Exchange (MACEE) telefon 03 2166 8873 dan Institut Usahawan Bumiputera telefon 03 2693 9121 atau 03 2692 1123.

Tempoh tajaan adalah antara 2 hingga 3 tahun bagi peringkat Ijazah Pertama, 1 hingga 2 tahun di peringkat Ijazah Sarjana dan 3 hingga 4 tahun di peringkat Ijazah Doktor Falsafah. Tawaran ini adalah untuk kemasukan sesi pengajian yang bermula di antara bulan Julai 2009 hingga Februari 2010.

Borang permohonan boleh diperolehi di Bahagian Penganjuran Pelajaran MARA, Tingkat 3, Medan MARA, 21, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur.

Tarikh tutup permohonan adalah pada 23 Januari 2009.

Sila rujuk iklan Tawaran Pinjaman Pelajaran MARA Bagi Mengikuti Pengajian Di Institusi Pengajian Tinggi Terkemuka Luar Negara Sesi 2009/2010 Di Bawah Skim Pelajar Cemerlang untuk maklumat lanjut.

Reblog this post [with Zemanta]

Related posts:

  1. Jom Masuk U-Karnival Pengajian Tinggi Negara 2009
  2. Biasiswa JPA Bagi Pengajian Dalam Negara 2008
  3. Keputusan Permohonan Biasiswa JPA Bagi Pengajian Dalam Negara 2008
  4. Permohonan Ke Institut Kemahiran MARA Sesi Januari 2009
  5. MARA Educational Institutes 2008 Intake

Subscribe / Share

Article by Azhad Nilam
ePutra cuba membantu menyampaikan maklumat yang berkaitan dengan pendidikan di Malaysia. Semua maklumat di sini boleh digunakan semula tetapi sila buat pautan atau rujukan kepada ePutra.com. Terima kasih.
Azhad Nilam tagged this post with:
, , , , , ,
Read 485 articles by

440 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Makluman

Peta Minda
 
Recent Comments Tags
Follow ePutra on Twitter
ePutra

Archives