TERKINI : Semakan Keputusan Permohonan Kemasukan 2010
Status permohonan kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau yang setaraf dengannya boleh dibuat mulai hari ini 1 Mei 2009 pukul 12 tengah hari.
Semakan keputusan permohonan ke IPTA ini boleh dibuat melalui;
- Menghubungi talian 03 8883 5848 atau 03 8883 5858
- Di laman web upu.mohe.gov.my (Semakan Keputusan), jpt.utm.my atau jpt.uum.edu.my
- Secara SMS dengan menaip UPU RESULT (nombor kad pengenalan) dan hantar ke 15888
Semua calon yang berjaya wajib membuat pengesahan setuju untuk menerima tawaran dari IPTA dalam tempoh tujuh hari iaitu pada atau sebelum 15 Mei 2009. Pengesahan penerimaan tawaran ini boleh dibuat melalui laman web IPTA yang berkenaan.
Pihak IPTA akan mengeluarkan surat tawaran rasmi kepada calon yang berjaya mulai 4 Mei 2009. Calon yang berjaya juga boleh mencetak surat tawaran melalui laman web IPTA mulai pada tarikh yang sama.
Tarikh pendaftaran pelajar baru ke IPTA untuk Program Diploma adalah 28 Jun 2009. Manakala tarikh pendaftaran pelajar baru ke Program Asasi berbeza mengikut IPTA dan akan dimaklumkan oleh IPTA berkenaan melalui surat tawaran.
Hanya calon yang gagal menerima sebarang tawaran ke IPTA dibenarkan mengemukakan rayuan melalui aplikasi e-Rayuan ke Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi dalam tempoh 10 hari bekerja selepas keputusan rasmi permohonan kemasukan ke IPTA diumumkan.
Tarikh tutup permohonan e-Rayuan adalah pada 15 Mei 2009 dan keputusan rayuan akan dimaklumkan pada minggu ketiga Julai.
Jika tiada sebarang tawaran diterima dari IPTA sehingga 31 Julai maka rayuan anda dianggap gagal.
Pada tahun ini telah dilaksanakan dasar tawaran terbuka dengan pelbagai institusi dan agensi penaja yang menawarkan program pengajian tersebut, justeru ramai calon cemerlang SPM 2008 akan menerima lebih daripada satu tawaran.
Pemohon yang berjaya perlu membuat keputusan yang bijak dan tepat serta mendaftar ke program yang dipilih mengikut jadual yang ditetapkan. Bagi pemohon yang tidak berjaya ke IPTA tetapi menerima tawaran ke institusi lain dinasihatkan mendaftar ke program berkaitan kerana tawaran tempat ke IPTA adalah terhad.
[…] Keputusan permohonan ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bagi Sesi Akademik 2009/2010 untuk lepasan SPM dan setaraf akan diumumkan esok, 1 Mei 2009. Manakala keputusan ke Program Satu Tahun (PST) Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) sesi 2009/2010 telah pun diketahui pada 17 April 2009 yang lalu. […]
alhamdulillah,,dpt asasi UIA (asasi brape sem ye???)
aku tk bley2 check g..busy sgt kot..huhuhu
kalo nk tukar cmne ek?
misalan, kalo da dpt asasi sains hayat UIA then nk tukar ntuk asasi perubatan?
kene bwat rayuan ke?
nilam,saya nk tnya…diploma sains kat uitm cam na ek?apa ada dlm bidang nih..saya dapt yg nih..
Susah hati betul.X dpt msuk “U”…apa blh buat?Rezeki x de…Harap lain kali dapat masuk ke institut lain.Tapi…tahniah kpd siapa yg dapat” U”.MOgA ..ANDA DAPAT CEMERLANG dalam kerjaya anda suatu hari nanti.All The Best.
sy jugak la x dpt…dier kate name sy x terdpt dlm rek0d perm0h0nan!!!!!!!!
ade masalah mase isi b0rang upu k0t…huhu…tp mmg sy nak g m3x p0wn….he2
Nilam,nak tanya kenapa i x blh masuk u ?keputusan spm saya x teruk sgt.kira “moderate” saja.susah hati bila tahu x dapat masuk” u”.sebelum nie…”u” satu-satunya harapan saya untuk berjaya dalam hidup.tapi sekarang x dapat saya kaburkan harapan saya…sedih
ada sapa2 thu tk diploma sains kt uitm mengenai apa?
Salam nilam…
alhamdulillah sya dpt asasi undang2 di uia…. dlm masa yg sama sya juga dpt twaran matriks pst… sya btul2 dlm dilema skrang nk go for asasi or matriks…
sya mmg minat nk buat law… tpi uia dwajibkan mngambil bhsa arab (my arab very poor)… lpas tu takde elaun plak tuh… hehehehe… jdi korang rsa saya ptut pilih yg mna matriks or asasi ????
kepada korang yg dia ckp rekod tiada dlm prmohonan tuh…cuba korang try via sms plak…. tdi sya pun dpt jwpn bhawa rekod sya tiada dlm prmohonan melalui lmn web apa ntah …..
Assalamualaikum. Saya nak tanya,kalau nak buat rayuan utk course lain boleh ke? dapat pilihan ke-5 je.. asasi sains kesihatan bersekutu UIA.. kalau boleh nak la asasi sains hayat. seskurangnya boleh gak branch into perubatan. boleh ke eh?
korg ok la tuh..dh dpt asasi…jgn la byk songeh…
klo xnk jgn la ltk bnde tuh awl2..
aku gk yg merana…bagi je la kt aku twrn tuh….hehehee
saya hairan lam ternet saya tak berjaya.tapi bila saye guna sms berjaya pulak~~
saya hairan la mana satu betul nie?
sya dpt diploma sains komputer kat uitm. calon yang berjaya wajib membuat pengesahan setuju untuk menerima tawaran dari IPTA dalam tempoh tujuh hari iaitu pada atau sebelum 10 Mei 2009.sya jga ada wat ryuan untk matrikulasi, jika sya trima twran ipta adakah ryuan sya tuk matrikulasi akan di tolak
Assalamualaikum, saya mohon dip kesihatan haiwan dan penternakan (upm), tapi ditawarkan dip pengurusan ladang uitm. Boleh ke saya membuat rayuan semula dip kesihatan haiwan dan penternakan?.Bagaimana caranya?
saya dpt diploma perakaunan kat uitm…
ingatkan xdpt, sebab hari tu nama saya xde dlm senarai temuduga…
nilam,
cmne nk tkr course? sy dpt diplma kt uitm, nk tkr asasi sains uia.
boley ke??? pliz help meee!!!!!
saya rasa,korang yg nama tiada dlm rkod tu sbb kurang semak keputusan melalui web jpt.uum.edu.my nih kot..better korang semak tros kt lman web upu..mula2 saya guna web jpt gak,tpi tulis situ nama tiada dlm rekod.lepas tu sya guna lak upu..bru bley..hehe
lar, asasi uia x dpt elaun ker?
urm.
asasi ade elaun la,dtawarkn oleh biasiwa bhgian ipta..
xkn x bce kot.hehheh..tul la,cm ne kalu nk tukar kos?
kne wt ryuan ke?
umm nilam Diploma Pengurusan Maklumat tu macam mane ek???Pasal saya boleh program tu.
betul la lemon..
Acap 91 plkn,
Antara 2 – 4 semestar iaitu satu hingga dua tahun.
Sayfull,
Maaf saya tidak mempunyai maklumat mengenainya, harap ada pembaca lain boleh membantu. Atau cuba hubungi UIAM untuk mendapatkan penjelasan.
Lemon,
Saya tidak mempunyai banyak maklumat mengenainya tetapi setakat yang saya tahu anda akan belajar perlbagai matapelajaran berkaitan sains termasuklah biologi, fizik, kimia, matematik dan lain-lain. Lepasan Diploma Sains ini ada yang terus bekerja dan ada juga yang melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah dalam bidang kejuruteraan, perubatan, farmasi, pendidikan, pengurusan, marine, biotech, microb dan lain-lain lagi. Rujuk forum ini.
AfiQue91,
Cuba anda semak sekali lagi…
Sweetie,
Jangan lupa membuat rayuan. Jika masih gagal anda boleh masuk tingkatan 6 dan selepas STPM anda masih boleh masuk universiti.
Arynna,
Salam… jika anda minat undang2, saya syorkan anda ambil asasi UIA. Tentang bahasa Arab itu tak perlu bimbang sebab akan ada ujian yang akan menentukan tahap anda. Anda akan diletakkan di kelas mengikut tahap kemampuan anda. Ada elaun sila rujuk Pilihan Antara Matrikulasi, Asasi Atau Diploma.
Amir Farid dan Adui 91,
Jika anda hendak merayu untuk universiti lain memang tidak boleh tetapi jika menukar kursus di UIA sendiri saya tidak pasti.
Wan,
Cuba semak semula diketiga-tiga laman web yang disediakan.
Maxi,
Saya tiada maklumat mengenai situasi ini. Pihak Kementerian Pengajian Tinggi hanya menyebut jika anda sudah menerima tawaran Matrikulasi, anda tidak akan dipertimbangkan dalam proses rayuan UPU. Mungkin anda boleh mendapatkan penjelasan dengan pihak Matrikuilasi.
Mira dan Zetty,
Mereka yang telah mendapat tawaran tidak boleh membuat rayuan.
Asma,
Dapat, sila rujuk Pilihan Antara Matrikulasi, Asasi Atau Diploma.
Sas12,
Saya kurang arif mengenai mungkin ada kaitan dengan ICT cuba rujuk di sini mungkin boleh membantu.
Lemon,
Terima kasih…
sy dpt asasi alam bina um…
klu sy smbung dgree, peluang kjya dia cena ekk??
n klu bleh sy nk tau mgenai pasum dgn lbih lnjut lg…
tq
nilam…
napa sy dpt yg last choice pnya ek yg upu 2??
sy dpt asasi…
mmg la asasi 2 bgus tp dh nma pn last choice..
x minat sgt laaaa….
so now xtau nk choose mtrik or upu..
any suggestion??
tq..
assalamualaikum………..
sy ingin b’tanye……….
surat tawaran mmg perlu di download ye?
x de surat tawaran rasmi melalui surat ke?
alhamdulillah sy dpt PASUM…..
sy hrap sesiape leh tlg sy……….
sdg kebingungan~
to luvaddmathgurlz….
srt twrn mula diposkn mulai arini..
so tggu ja…
yg kt intnet 2 sbg psediaan awl klu2 srt twrn rasmi dpt lmbt..
eh awk dpt pasum ek?
sama la kita…
so awk asasi apa??
tgh pening ni..
wajib ke mengesahkan terima tawaran di laman web ipta..
dah byk kali sy cuba klik kat srt twrn tok uitm..
tp link die xmuncol2 pon..
klu tgu srt twrn mlalui post sje xpe ke..
alhamdulillah sy dpt sains fizik
awk?????
sy dpt alam bina..
c u there…
haha
salam,apsal web uitm tableh bukak ek?abes cemane kita nak sah kan kite trime o tak twran tu,then any effect ke klu kite tak mensah kan kite terima twrn tu?thnks =)
saye dpt uitm..
tapi surat tawaran nk download kat mane..????
salam. . .
anyone dapat asasi undang2 uitm x?
i got it!! best!! hehe
luper plak nak tnyer. . .
cmner nak sahkan setuju terima tawaran kat uitm nie erk??
mcm mna nak tengok surat twran ke ipta melalui internet. mohon pertolongan anda kerana sya rasa maklumat tentang alamat surat menyurat sya salah ketika mngisi prmohonan upu.
salam,sy dpt uitm..so,status ipta leh cek slps 4mei.
tp naper xleh msuk ek..mcm na kita nk tahu uitm mn kita ditempatkan..
saya tk tahu nk buat pilihan..antra matrikulasi atau diploma sains..saya berminat nk buat medik..ada yg kta diploma sains nih susah..tkut tk bley nk bawak..saya nk minta pendapt kwan2 kat sni..mana yg terbaik kalau korang ada di tempt saya..please…..
better go to matric coz diplma need 3 years to fnish.
klu kt mtric, u need 2 score 4.00 pointer…
if not, u can’t go through medic for degree…
so, kne struggle sket la kt mtric…ok?
ermmm.we’re same…
zetty pn nk go through medik..
zetty kne la struggle sket kt mtric penang…
we’re same lemon!
Assalamualaikum,
MCamner nak buka web surat tawaran? saya dah cuba buka tp x kluar pun, cmner ek? ble tlg? pls.
Wasalam.
Salam Setia,
Farid Ahmad
ayiedmail@yahoo.com
zetty,saya rasa syg pulak nk lepas diploma sains..buat diploma da chance nk g medik dah tu tk stress sgt coz tk sepadt matrik..haish..pening btol nk wat kptusan…
Hai nilam…mcm ya nak dptkan surat tawaran upu ni??? sya dah klik url surat tawaran, tapi takde pon ape2..??
nape url surat tawaran uitm tak dapat lagi..??so mcm mane nak mngesahkn setuju trima tawaran.. Can anyone help me???
alhamdulillah sy dpt kat uitm kos pngurusan ladang…tp sy tgok kat intrnet ni dia kata kita kena sahkan pada 4 mei -10 mei..tp knp bila bukak yg uitm tu xde plak ek??skrg dia dah x poskan surat twran kan??kita kena print sndri dr intrnet… 1 lg,senang ke nk dpt pkrjaan lps dpt degree pngurusn ladang ni??
saye dah kol uitm smalam
dorang kate plg lewat hri nie
utk buat pengesahan utk surat tawaran.
sbb dorang tgh kemaskini
untuk pngesahan tawarn sblm 15 mei kan…….
huuuu..fenin ler pk lame2…rse cam rugi lak kalau tolak matrik tp sy mnat course yg U offer…bile da masuk U,x pyh nak fokus kt bnde yg kite x minat…
klau xbuat pengesahan xblh ke……..kte tnggu surt tawarn je….blh………
pkul 2 nnti bru bukak utk link uitm
salam..
saya dpt matrix pst n jugak sarjana muda sains senibina uitm..
skrang ni sy buntu nk pergi yg mane.. sbenarnya sy xde ambik seni pon mase spm.. dan jugak sy xde asas lngsung berkaitan ni.. sy pn xtaw knapa sy pass interview hari tu.. so, boleh ke sy struggle di uitm nnti?
bile srat twaran ke uitm nak kluar
macam mane nak wat pengesahan untuk terima ka uitm.
Saye buka x bole pon.Tension nyer!!!!!
mana mw cari surat tawaran uitm neh
mana surat tawaran neh
sy dpt uitm kos pngurusan bank,dlm mse yg same sy dpt mtrik..sy xde kyakinan nk msuk mtrik sbb sy xslalu maintain kalu stdy,even mcm tu sy still rasa rugi sbb mtrik cuma stahun..ape pun sape2 yg dpt same kos dgn sy gtau la eh..^^
uitm suh bkak esok plak utk semak pnempatan..
6 mei 2009..
nape yek susa sgt nak dptkn url srat twaran nie..ada ke patut dtunda esk..
huhu..
napew xleh msk URL UITM nie ek?
dh try byk2 kli dh..
pelik tol r.. tol kew esk, 6 Mei, br leh cek?
sume ad mslh mcm sy ek?
sapew2 pas nie yg tau dh confirm bley cek bler, bgtau ek..
thanx..
Nurul,
Peluang kerjayanya baik. Sila rujuk Asasi Sains Universiti Malaya 2008.
Siti,
Sila rujuk Pilihan Antara Matrikulasi, Asasi Atau Diploma.
Luvaddmathgurlz,
Salam… Tahniah kerana dapat PASUM. Harap jawapan daripada Nurul dapat membantu.
Nurul,
Terima kasih kerana beri penjelasan mengenai surat tawaran tersebut.
Tertanye2, Fidaa, Man dan WanipepsimaX,
Anda wajib buat pengesahan penerimaan tawaran tersebut. Semakan surat tawaran dan pengesahan penerimaan tawaran untuk UiTM akan hanya boleh dibuat mulai 6 Mei 2009.
Maxi,
Semasa anda menyemak keputusan UPU ada link untuk mencetak surat tawaran. Anda perlu berhubung dengan pihak IPTA juga kerana surat tawaran bersama-sama maklumat pendaftaran yang lain akan dipos ke rumah.
Putri,
Salam… Semakan surat tawaran dan pengesahan penerimaan tawaran untuk UiTM akan hanya boleh dibuat mulai 6 Mei 2009. Pada surat tawaran tersebut sepatutnya ada cawangan yang anda akan ditempatkan.
Lemon,
Memang benar kata Zetty, masa adalah perbezaan yang paling utama antara Matrikulasi 1 tahun dan Diploma 3 tahun. Susah senang itu sebenarnya bergantung kepada kesungguhan dan kemampuan diri masing-masing. Sila rujuk Pilihan Antara Matrikulasi, Asasi Atau Diploma untuk maklumat tambahan. All the best!!
Zetty,
All the best to you too!!
Mfaj, Fazza, Angel, Fitrah, Joe, Icenigma dan Cactuc-0o,
Semakan surat tawaran dan pengesahan penerimaan tawaran untuk UiTM akan hanya boleh dibuat mulai 6 Mei 2009.
Fitrah,
Selain boleh dicetak sendiri, surat tawaran akan diposkan ke rumah juga. Tentu peluang itu ada sebab di Malaysia terdapat terlalu banyak ladang dan anda juga boleh ceburi bidang kerjaya lain yang berkaitan.
Msyamim61,
Terima kasih dengan maklumat tersebut.
Hazi,
Ya betul, anda wajib membuat pengesahan.
~~mimie~~,
Kalau minat dengan tawaran universiti tersebut lebih baik pilih pergi U. Cuba rujuk Pilihan Antara Matrikulasi, Asasi Atau Diploma mungkin boleh membantu.
Anis,
Salam… Anda lulus temuduga tempohari kerana mereka nampak anda ada potensi untuk mengikuti kursus tersebut. Samada boleh melaluinya atau tidak bergantung kepada kesungguhan, minat dan kemampuan diri anda sendiri. Cuba rujuk Pilihan Antara Matrikulasi, Asasi Atau Diploma untuk maklumat tambahan.
Confuse,
Sila rujuk Pilihan Antara Matrikulasi, Asasi Atau Diploma mungkin boleh membantu.
Terima kasih dengan maklumat mengenai semakan surat tawaran tersebut.
Angel,
Harap bersabar….
Nisaa,
Harap esok boleh disemak, memang ramai yang ternanti-nanti untuk membuat semakan.
thanx ek, nilam..
esk sy cbe masuk url uitm tue..
hope betul la ek..
🙂
assalamualaikum…saye dapat diploma sains komputer di uitm..skrg ni saye tak tahu macam mana nak sah kan saye terima tawaran tersebut..saye dah layari web tersebut tapi tak de pun..tolong saye please
thanz ya nilam…
to anis..
mmg ssh ckit la klu xda asas dlm seni..
seni ni mmg nmpk cm senang tp x semudah 2…
dlu masa spm mmg sy amek art..
kdg2 tu kul 3-4 pagi pn still ada kt studio seni..
tp alhamdullilah…berbaloi la jgak teruk2 pn…
kwn sy da sorg dpt sarjana muda senibina uitm…
by da way, klu awk nk trima twrn 2…
pikir la btul2…
x slh klu xda asas seni..
asalkn ada minat nk blaja…
pape pn gud luck k!!!
to nurul
thanks for the opinion.. tu la, sy takott sngat.. minat nk blajar tu ade tp sy takut ketinggalan bbnding org lain..
rasenye nanti diorang akan ajar basic ke?
saya dapat uitm samarahan, sarawak…
ada sape2 yg sama tempat ngan saya…(^,^)
sy dpt uitm shah alam..asasi kejuruteraan kimia..
ada tak sama yg sm dgn sy..
nilam..sy da trima tawaran bntuan kewangan asasi ipta..
bantuan kewangan temasuk tiket kapal terbang ats kadar MH basic..utk plaja sabh n srwak yg blaja d semenjung..
sy nie org srawak..so sy nak tanya dptkh sy tuntut bantuan utk tikat penerbangan ini kalau sy naik air asia..??coz parenz sy pn ekot skali..so tak mungkin la km naik mas..
salam…sy dapat uitm pengurusan ladang..bleh saya tau skop pekerjaan dlm bidang ni??
thanx..
ad sesape yg dpt Diploma Seni Lukis N Seni Reka kat Kelantan x?
sy dpt kat c2.. 🙂
salam…
hari nie kan dah 6 mei..knpe tak leh bukak jugak url surat tawaran uitm tue??
cmner nak sahkan nih!!
dah check! uitm s.alam upernyer..ingat kedah..
salam nilam
betul ke utk uitm tak de surat akn dipos
nnt uitm anta surat tawaran kew ek?
or kte kne print snd?
ad sesape tau x?
konpius nie..
Huuuu…sape2 yg dpt pasum, jmp di kolej kedua belas, ye??? hehehe
alhamdullilah sye dpt asasi engineering UIA,
tpi, masalahnyer..
dlm borang 2, mntak kena list susunan prmohonan ipt mase isi borang upu arietu..
malangnyer, sye tak save lah pulak..
ade sape2 leh tolong,
kat mane sye nak kena semak prmohonan sye dulu..
tolong sgat..
azda015
kita pon xigt gakkk
huhu
sape2 yg bole tolong??
hehe
Hidayah,
Salam…. Pergi semula ke laman web tersebut kerana semakan dan pengesahan hanya boleh dibuat mulai semalam, 6 Mei.
Nurul,
Terima kasih kerana memberi pendapat kepada Anis.
Anis,
Harap pendapat Nurul boleh membantu. Saya rasa perkara asas akan diajar tetapi dengan sepintas lalu. Walaupun begitu jangan bimbang anda boleh membuat rujukan sendiri.
Angel,
Saya rasa bantuan tiket penerbangan hanya untuk MAS. Jika ibubapa anda hendak ikut, mereka boleh naik Air Asia dengan waktu penerbangan yang sama atau hanpir sama dengan penerbangan anda.
Mira,
Prospek kerjaya bagi lulusan Diploma Pengurusan Ladang adalah Penolong Pengurus Ladang, Pelatih Pengurus Ladang, Penolong Pegawai Pertanian, Penolong Pegawai Penyelidik, Pegawai Pemasaran Pertanian, Eksekutif Pemasaran Pertanian dan Penolong Pegawai Bank. Di samping itu anda boleh juga melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah. Sila rujuk di sini untuk maklumat lanjut.
Msyamim61 dan Nisaa,
Di sebelah kiri surat tawaran terdapat notis Maklumat Penting yang menyatakan “Mulai Sesi Dis 2008 Surat Tawaran, Bil Bayaran Yuran Pelajar, Senarai Semakan & Borang-borang hanya dipaparkan melalui web sahaja.”
Fahaman saya tiada surat akan dihantar kepada calon yang berjaya, jadi perlulah cetak sendiri. Jika ada pembaca lain yang lebih arif bolehlah kongsi maklumat di sini.
Azda015 dan Adel91,
Sebelum ini memang boleh semak dan cetak permohonan yang dibuat tetapi selepas result diumumkan sudah tidak boleh. Saya cadangkan anda berdua telefon UPU di talian 03-8883 5858 atau 03-8883 5848 atau 03-8883 5801/5802 untuk bantuan.
eh congrats la pd sapa2 yg dpt pasum tuu…
well, c u at KK 12..
hahaha…
Saya mndpt 8A1 & 1A2 dlm SPM. Tapi tdk ditwrkn kemasukan ke IPTA. I’m a chinese and I’ve applied for UDM, UIA and UITM in my options since these are the only Unis which offer courses I’m interested in taking. So I just need a confirmation here that is it because these Unis only accept Bumis but not non-bumis? I’m interested in taking courses related to accounts and economics, so is there any other options?
Cece,
Setahu saya UIA dan UiTM hanya menerima bumiputra untuk program Asasi dan Diploma. Semua universiti kecuali UiTM menerima semua kaum bagi program pengajian Ijazah.
Oleh itu saya cadangkan anda mengambil STPM dengan kombinasi matapelajaran yang sesuai untuk anda memohon ke kursus yang anda minati. Sila rujuk Tingkatan 6 untuk maklumat tambahan.
haiii sye dapat twran asasi undang-undang di uitm…..syer dah setuju trime twran xp naper surat twran blom smpy kat umah lagiii….ader sesiaper bley jelaskan x
to botakk koleq
surat tawaran kena print sendiri la
ada sapa2 x yg dpt uitm perak??
pening tul la..nadia dpt statistik uitm..da setuju terima uitm tp masalahnye
xde surat pun sampai kat umah rsenye alamat da kasi betul punyer.ke surat tawaran kne print senirik.sijil2 yang patut kne bawak time daftar 2 cane??lau nk tggu de antar surat lambat,last minute bao antar,nak search cane eyy??please help me????
sy kompius ne…
ary tu sy ade mntak uitm..
1 under upu,n 1 ag under uitm je..
1 ary bln ary 2 sy cek under upu tu xdpt,
klo under upu xdpt,under uitm pon xdpt jgk ke??
Botakk Koleq dan Nadia,
Di sebelah kiri surat tawaran terdapat notis Maklumat Penting yang menyatakan “Mulai Sesi Dis 2008 Surat Tawaran, Bil Bayaran Yuran Pelajar, Senarai Semakan & Borang-borang hanya dipaparkan melalui web sahaja.”
Oleh itu tiada surat akan dihantar kepada calon yang berjaya, jadi perlulah cetak sendiri.
Ain,
Ya benar Ain, terima kasih.
Anis,
Saya kira permohonan terus kepada UiTM itu adalah untuk kursus professional dan melalui UPU itu program Asasi/ Diploma. Jika begitu semakan dan keputusannya tidak sama untuk kedua-duanya.
heloo…
sy dpt course statistik d uitm machang..
hai nadia, awak dpt uitm machang jugak kee????
nilam,sy nak tny sal course ni..
sy ni minat la jugk sal kira2 ni..
membaca kureng ckt..huhuhu
subjek ape yang biasa d ambik oleh pelajar2 ni??
ada orang cakap course ni susah dpt kerja n sy nak tau
jugak ape peluang2 kerja yg ada klu lepas sy hbs bljr..???
tQ nilam..i’m waiting your result…hehehe
congrats to all b’coz already got d offer from differences ipt.Now i’am continue my studying at matriculation of Labuan.It was a nice place to go.
hello! cece; SAYA CADANGKAN AWAK REGISTER MASUK KE TING.6 AMIK KOS EKONOMI.TINGKATAN 6 BUKAN SUSAH SANGAT ASAL ADA USAHA DAN RAJIN AWAK AKAN BERJAYA.BILA NANTI DAPAT 3.6 POINTER KE ATAS AWAK BOLEH PILIH JURUSAN EKONOMI DAN PERAKAUNAN SBG PILIHAN SUBJEK PERTAMA DAN KEDUA.HUHU BEST OF LUCK TO YOU (“,)..I’AM FROM TAWAU SABAH
Sha,
Maaf saya terlepas pandang komen anda sebelum ini.
Mengenai mata pelajaran yang akan dipelajari sila rujuk Course Outline ini. Jika memberi fokus dan berusaha bersungguh-sungguh, semuanya boleh menjadi mudah. Di antara peluang pekerjaan untuk lulusan diploma ini adalah statistical officers, research assistants, bank officers dan executive officers di dalam agensi kerajaan serta sektor awam.
Norm,
Semoga anda akan cemerlang di Labuan. Harap Cece menimbangkan cadangan anda.
minx tolong boleh?
saya pelajar yg dapat tawaran uitm tahun lepas.
skarang ni nk lengkapkan 1 dokumen ni kene fax offer letter tu.
offer letter tu ade lg ke klau nk print dari web??
kemasukan july 2008.
yg ori pny ade kat campus kat penang. n sy kat umah kat slgor. =.=”
Raf,
Saya rasa sudah tidak ada di dalam laman web tetapi dalam sistem tentu masih ada. Cuba anda hubungi Bahagian Pengambilan Pelajar UiTM di talian 03 5544 3164/ 3165/ 3166/ 3174/ 3175 untuk mendapatkan bantuan, mungkin anda boleh cetak di mana-mana cawangan UiTM. Jika tidak anda terpaksalah usaha dapatkan yang asal dari kampus.
sy dpt politeknik arau,tp kos DIPLOMA PERHOTELAN DAN KATERING….huhu,sy mntak kos pelancongan….xdpt maa………cedih2
huhu…..xdapat msok u..p plkn best!hahaa
Wsalamm…
Saya amat ingin sambung belajar semula setelah lama ketinggalan ketika ini saya berumor 47 tahun dan ingin sangat memijakan kaki ke tangga university.tepi hasrat tidak kesampaian.Saya jadi bingung walaupun saya pernah memohom memasuki ke sebuah University di bandaraya KL tidak perlu lah saya sebutkan namanya.Pihak u tersebut mengatakan permohonan saya di KIV.
Saya tahu saya telah berkerja selama 2o tahun nama bahasa BI saya agak kurang bagus saya nekab berlajar apa saja yang boleh menbantu saya.Sebenarnya saya tidak ada SPM sekolah pun hanya mampu sampai pertengahan saja…di sini saya merayu mana2 yang boleh membantu saya dalam hal sebegini.
Jika saya di terima memasuki mana2 U untuk mengabil Dploma saya sanggup berhenti kerja unutk memberi tumpuan sepenuhnya pada pelajarans saya.
Di sini sekali lagi saya merayu mana2 yang boleh membantu saya…..
Zalie,
Salam… sila rujuk balasan komen anda di sini.
keputusan permohonan bg lepasan diploma bila keluar yea??
ada sesiape taw tak?
~ikan_lemaz@yahoo.com
sush ek nk masuk ke ipta…rmai calon yg layak utk ke ipta …majotitinye pmpuan…
mcm ane nak amik kos perubatan
salam…sape yg x dpt nak masuk u tu toksah sedih2..bukan ape rezeki 2 ade je kat mane2..kalo da dapt twaran mane2 tu gunekan peluang yang ade 2 sepenohnyea..cube dapatkan pointer yang baekk punyer,,hehe..insya Allah mudah perjalanan kte nanti,,tapi pape pon yang penting kena banyakkan berdoa..oraitt..cayo2 sume,,dun worry b epy na
salam nilam.bila blh semak keputusan lepasan diploma/setaraf?
Ikan dan Nurul Farehah,
Sila rujuk Semakan Keputusan Permohonan Kemasukan 2010.