Permohonan Kemasukan IPTA Sesi Akademik 2009/2010 Lepasan Diploma

Lepasan Diploma dan setaraf yang berkelayakan adalah dipelawa untuk memohon masuk ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bagi sesi akademik 2009/2010 bagi mengikuti program pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda secara sepenuh masa.

Permohonan boleh dibuat melalui Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (BPKP), Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi di laman web rasmi kemasukan ke IPTA mulai 5 Januari 2009 sehingga 5 Februari 2009.

Mereka yang ingin membuat permohonan bagi lepasan diploma ini sebenarnya perlu mengisi e-Borang bahagian Lepasan STPM/setaraf.

Mereka yang perlu memohon di bawah lepasan diploma/setaraf ini adalah

  1. Lulusan STPM/STP/HSC yang diambil pada tahun 2007 dan sebelumnya.
  2. Lulusan Matrikulasi tahun 2007 dan sebelumnya.
  3. Lulusan STAM tahun 2005 dan sebelumnya.
  4. Lulusan Diploma dari IPTA/Politeknik/IPTS.
  5. Kelayakan lain yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat IPTA

Perlu diingatkan bahawa Lepasan Diploma/setaraf ini dibahagikan kepada dua kategori;

  • Kategori E – Untuk Aliran Sastera
  • Kategori F – Untuk Aliran Sains

Di samping itu pemohon yang mempunyai Taraf Penduduk Tetap sahaja yang dibenarkan mengemukakan permohonan melalui BPKP JPT. Pemohon bertaraf Bukan Warganegara memohon terus ke IPTA yang berkenaan.

Pemohon perlu juga menyemak Syarat Am dan Syarat Khas yang terdapat di laman web rasmi kemasukan ke IPTA sebelum membuat permohonan.

Sila rujuk di laman web rasmi Kemasukan ke IPTA atau terus ke Permohonan Kemasukan ke IPTA Lepasan STPM Kategori Diploma/setaraf untuk mendapatkan maklumat lanjut dan mengisi e-borang.

Tarikh tutup permohonan adalah 5 Februari 2009.

157 thoughts on “Permohonan Kemasukan IPTA Sesi Akademik 2009/2010 Lepasan Diploma

  1. bagaimana kalau kos yang dipilih memerlukan band 4 dalam muet tapi pelajar tersebut telah memperolehi band 2?tambahan pula pelajar tersebut memperolehi pointer yang bagus…… kalau mengulang, muet result mungkin akan keluar lewat sedangkan kemasukan ipta adalah pada bulan 7…?

  2. Syeekin,
    Masalah begini memang menjadi satu dilemma kepada para pemohon. Saya cadangkan anda berhubung terus dengan Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (BPKP) di talian 03-8883 5858 atau 03-8883 5848 atau 03-8883 5801/5802 atau faks : 03-8889 4260 atau emel : upu@mohe.gov.my untuk mendapatkan pilihan yang ada untuk mengatasi masalah ini.

  3. nilam…kalo skarang tengah semester akhir diploma boleh apply ke tak..
    ade yg kate tak boleh..ade yg kate boleh..
    pastu die kan suroh pos transkrip diploma tuh..mane ade lagikk

    ape kate ko callkan jek upu online tuh..
    aku da emel upu tapi die tak reply..

  4. Huhu,
    Pelajar semestar akhir diploma biasanya boleh memohon untuk melanjutkan pelajaran di IPTA yang sama tanpa perlu melalui UPU. Walaupun begitu untuk memohon IPTA lain perlu tamat diploma dahulu.
    UPU memang lewat sedikit membalas emel yang dihantar.

  5. nilam…bile buka part-time course (PLK,PJJ) untuk kemasukan bulan jun 2009??

  6. Hollowz,
    Kemasukan ke kursus luar kampus atau jarak jauh biasanya diuruskan sendiri oleh IPTA yang berkenaan. Oleh itu saya syorkan Hollowz semak laman web IPTA yang ingin dimasuki. Saya juga akan cuba mendapatkan maklumat yang sama untuk dipaparkan di sini.

  7. norini1960 says:

    Camane klu sijil muet dh hilang atas sebab2 tertentu dan x sempat nak g amik salinan semula kat majlis peperiksaan Msia kat Selayang sb masa dh suntuk benar.Saya dapat band 3 masa amik muet dulu.Malangnya salinan sijil tu pun xde dlm simpanan saya.Sebab setau saya salinan muet tu mesti dihantarkan sekali ke universiti pilihan bersama dokumen lain.Saya lulusan diploma.

  8. Norini,
    Salinan sijil tersebut perlu dihantar selewat-lewatnya pada 7 Februari 2009 dan tarikh tutup permohonan untuk Lepasan Diploma adalah 5 Februari 2009. Memandangkan masa terlalu suntuk, anda perlu datang sendiri ke Majlis Peperiksaan Malaysia, Bangunan MPM, Persiaran 1, Bandar Baru Selayang, 68100 Batu Caves, Selangor Darul Ehsan Majlis untuk mendapatkan salinan sijil berkenaan.

  9. […] Lepasan Diploma/Setaraf (Kategori E, F) Pemohon yang menggunakan kelayakan STPM/STP/HSC yang diambil pada tahun 2007 atau sebelumnya ; ATAU Pemohon lulusan Matrikulasi tahun 2007 atau sebelumnya ; ATAU Pemohon lulusan STAM tahun 2005 atau sebelumnya; ATAU Pemohon lulusan Diploma dari IPTA/Politeknik/IPTS; ATAU Kelayakan lain yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat IPTA. […]

  10. hello,
    mase saye tengok keratan iklan ini di surat kabo die tulis untuk lepasan matrikulasi 2007 atau sebelum sedangkan saya merupakan lepasan matrikulasi 2008…oleh disebabkan itu saya terlambat online iaitu pada 5 feb..pastu anto sijil2 6 ariblan..ini semua terjadi ble saya bkk panduan permohonan tulis diploma/setarf leh dimohon oleh lepasan matrikulasi bkn tahun semasa…adakah permohonan saya akan diterima jika sijil saya sampai di IPTA pilihan selepas 7 feb???

  11. Achid,
    Saya tidak berani untuk memberi kepastian tentang perkara ini.

  12. hello again..mcm mane keputusan permohonan untuk lepasan diploma/setaraf akan keluar???melalui online atau universiti pilihan yang akan memberitahu???bile tarikh semakan??tq

  13. Achid,
    Semakan Status Penerimaan Permohonan Kemasukan ke IPTA boleh dibuat mulai 3 April 2009 hingga 13 April 2009 dan Semakan Status Keputusan Permohonan Kemasukan ke IPTA boleh dibuat pada penghujung bulan Jun. Kedua-dua semakan boleh dibuat secara online.

  14. nilam…
    bila tarikh keluar result UPU???
    pastu bila keluar pemohonan biasiswa JPA????

  15. Ejat,
    Keputusan UPU dijangka pada penghujung bulan Jun nanti. Manakala permohonan biasiswa JPA biasanya akan dibuka pada bulan Jun juga.

  16. HELLO…
    NI NK MENYIMPANG CKIT DR TOPIK NIE…
    NK MNTK PNDANGAN, PATUT X SAYA MASUK SWASTA JE????…SEBAB SY RASE DH GIVE UP NK MENUNGGU IPTA NIE…TAKUT KECEWE…

  17. Achid,
    Anda memang boleh sahaja masuk IPTS tetapi pastikan institut itu diiktiraf oleh MQA untuk mengelakkan sebarang masalah di masa hadapan.

  18. saya adalah lepasan STPM 2007.Saya ingin memohan utk permohonan lepasan diploma/setaraf.Tetapi saya telah melepaskan tarikh permohonan pada 5feb.Saya ingin tanya bahawa, adakah saya boleh memohon serentak dengan pelajar lepasan STPM 2008.Saya ingin meminta pandangan saudara apakah yg saya perlu lakukan.?????

  19. Samad,
    Permohonan untuk lepasan STPM 2007 telah pun ditutup dan anda tidak boleh memohon bersama-sama lepasan STPM 2008 kerana sistem komputer tidak membenarkannya. Walaupun begitu cuba hubungi pihak Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (BPKP) di talian 03-8883 5858 atau 03-8883 5848 untuk kepastian.
    Satu lagi pilihan anda boleh memohon untuk pengambilan Disember/Januari nanti.

  20. mrz LaiLa says:

    saya ni Lepasan dip.2008.sEbLom habis study tu em saya sem 6,saya ada la appLy upu.saya appLy uni kaT pEninsuLar,tapi tak dapaT.buaT rayuan pun xdapat juga.PoinTER sy xLa TEruk.3.7 keatas.sukan pun aktiF.hm tapi Lagi,kawan2 saya LaEn dapat,Tapi Lagi kan,majoriti cuma dapat UNIMAS dan UMS je. dak dip.poLi sabaH cuma bLEh masuk 2 u tu jE kE?

  21. Adik saya lepasan stpm 2007. Permohonan telah ditutup sekarang. Boleh saya tahu bilakah tarikh permohonan seterusnya? Terima kasih.

  22. Mrz Laila,
    Anda tidak perlu berputus asa tetapi teruslah mencuba lagi. Di samping itu saya rasa pihak UPU atau universiti akan memilih seseorang calon berdasarkan syarat kelayakan yang ditetapkan tanpa prejudis terhadap lulusan politeknik Sabah.

    Sharon,
    Pengambilan berikutnya untuk sesi Disember/ Januari adalah dijangka antara bulan Ogos/ September nanti.

  23. erm.. boleh saya tau bila keputusan upu bagi lepasan diploma bagi sesi julai 2009 keluar?n bilakah tarikh ujian medsi?

  24. Ain,
    Setakat ini UPU belum lagi menyatakan bila tarikh pengumuman akan dibuat. Tarikh Menduduki MEdSI untuk seluruh negara adalah pada 18 April 2009.

  25. salam..boleh saya tau bila tarikh semakan ujian medsi?

  26. dan mcm ne saya nak tau sama ada saya terpilih atau tidak dalam ujian medsi?

  27. Ain,
    Salam… Semakan boleh dibuat mulai 13 April 2009 di laman web Majlis Peperiksaan Malaysia.

  28. salam ..hye Nilam, sy ada kemuskilan ne..harap tolong saya ya…
    saya pelajar STPM 2007 tetapi tdak dapat melanjutkan pelajaran ke IPTA pada tahun 2008 kerana subjek pengajian am dan sains sukan saya tdak mndapat PRINCIPLE daripada 5 subjek namun saya telah mengambil ulangan STPM pengajian am dan sains sukan pada tahun 2008..
    soalan saya,
    1..adakah saya boleh mengabungkan keputusan STPM 2007 dan 2008 untuk memasuki IPTA pada tahun 2009? dan
    2.. adakah saya di kategorikan (S) lepasan STPM 2008 dalam permohonan? atau sebaliknya ..

  29. hai..sya nak tanya,semakan status prmohonan kan dah boleh disemak mulai 3 april.guna sms pun boleh,kan?tapi bila saya semak guna sms,jawapan yang saya trima,borang permohonan sya tiada dalam sistem.tapi semak guna online,permohonan saya ada..itu yang membimbangkan saya.

  30. adie88,
    Salam… Saya tidak dapat menjawab pertanyaan tersebut, mungkin ada pembaca lain yang menghadapi situasi yang sama boleh membantu. Sementara itu cuba hubungi UPU di talian 03-8883 5858 untuk penjelasan.

    feza,
    Jika disemak melalui online permohonan anda ada, tidak perlulah bimbang. Walaupun begitu jika inginkan kepastian cuba hubungi Hotline UPU di 03-8883 5858.

  31. macam mane nak semak status penerimaan???

  32. knp ssh sgt nk msk lman web mpm nie,,,kte suh semak ujian medsi kt c2,,,
    ader x cre len cmner nk semak????
    dh ar kter kne print slip 2 klu nk ambk ujian…tp nk masuk lmn web pun ssh…
    bantu sye!!!!!!!!!

  33. bila iklan pengambilan kedua sesi december 2009/2010 akan kuar ek??plizz..

  34. Achid,
    Memang boleh disemak di laman web UPU di bawah Status Permohonan tetapi sekarang sudah tak boleh diakses.

    Ana89,
    Mungkin ketika itu terlalu ramai yang masuk laman web mereka.

    Tiramisu,
    Biasanya bulan Ogos/September nanti.

  35. pinkpanter says:

    bila agaknya keputusan ujian MeDSI akan dikeluarkan……

  36. nak mintak pendapat semua..mule2 saye nk masuk masterskill dalam bidang fisioterapi tp tetibe saye dapat panggilan temuduga spa untuk jawatan pembantu perubatan n jurupulih cara kerja..tp saya x tau nk gi ke x masterskill nie sbb klu sy x gi rugi plak kalau x dapat spa tue…tp klu sy dh masuk masterskill tetibe dapat spa tue boleh ke sy kluar dari masterskill tue???ade kene bayo pape ke klu nk kuar dr kolej tue??please..i need advice..

  37. BILA KEPUTUSAN UJIAN MEDSI PADA 18 APRIL 209 KUAR….N SELALU NYE KEPUTUSAN TU AKAN KUAR MACAM MANE?KITA KENA CHECK KE DIEORANG AKAN TEPON KE OR AKAN DAPAT SURAT

  38. Pinkpanter dan Fatin,
    Saya kurang arif berkenaan ujian MEdSI ni, jadi tidak pasti pula bila keputusannya akan dikeluarkan. Harap ada pembaca lain boleh membantu.

    Achid,
    Ini bergantung kepada keutamaan anda ketika ini samada untuk belajar dahulu atau sambung belajar kemudian. Walaupun begitu kerana SPA tu belum tentu dapat mungkin anda boleh pergi Masterskill dahulu tetapi cuba pastikan apa syarat2nya jika anda ingin berhenti daripada kolej.

  39. untuk masterskill tue klu dh masuk, pastu kluar duit sebanyak RM 950 kire hangus..

  40. Achid,
    Emm… nampaknya agak sukar juga hendak membuat keputusan kerana kos melepasnya agak tinggi. Anda terpaksa menimbangkan apa yang menjadi keutamaan.

  41. td saya pergi ke temuduga SPA untuk jawatan pembantu perubatan dan jurupulih cara kerja tapi apa yang mengejutkan saya mereka memberi alasan tiada jwtn2 tersebut untuk perempuan oleh itu mereka menawarkan jururawat pelatih..adakah situasi sebegini selalu berlaku??
    saya rase sperti tertipu kerana saya datang dari jauh tetapi jawatan yang saya harapkan tiada sedangkan slip temuduga tertulis pembantu perubatan dan occoputional therapy..

  42. Achid,
    Saya tidak mempunyai pengalaman berkaitan temuduga SPA tetapi merasa dukacita dengan apa yang telah anda lalui.
    Jika ini biasa berlaku di temuduga SPA yang lain tentu akan merugikan masa dan wang mereka yang terbabit. Di harap ada pihak yang dapat memantau perkara ini.

  43. Hye,can i kn0w when is the ann0uncement of the date f0r medsi interview?

  44. Ateerah,
    Setahu saya ujian MEdSI untuk tahun ini telah berlalu, sila rujuk Maklumat Ujian MEdSI.

  45. haffiz .. says:

    salam ,
    saya nak tnya kat nilam …
    jika saya pemohon lepasan stpm telah silap mengemukakan permohonan kategori kpd diploma/setaraf .. Adakah berpeluang untuk saya memgemukakan pembentulan kategori apabila waktu kes rayuan diberikan oleh pihak kementerian pengajian tinggi sendiri.?? huhu ..??

  46. Haffiz,
    Saya tidak pernah menghadapai masalah seperti ini. Oleh itu saya cadangkan anda hubungi UPU di talian 03 8883 5858 atau 03 8883 5848 atau emel upu@mohe.gov.my untuk mendapatkan bantuan.

  47. cadburyGalz says:

    salam,
    saya lepasan STPM 2007,erm nak tau bila result kemasukan DIPLOMA/SETARAF keluar???? Diaorg kata sdh kluar..betul ker??Tp bila i check x ada pula…Blurrnya.Atau result tersebut serentak kluar dgn STPM 2008 iaitu bln 6 nanti..?Plzzz….

  48. cadburyGalz says:

    keputusan kemasukan akademik sesi 2009/2010 lepasan Diploma bila keluar??? plzz..saya lepasan STMP 2007,diaorg kata sdh kluar,betul ker??? FUH!

  49. cadburyGalz,
    Salam… Keputusan akan diumumkan pada bulan Jun nanti.

  50. sye nk tya, bla keputusan upu u sesi julai 2009 (lepasan diploma) boleh disemak..

  51. Zieyra,
    Keputusan akan diumumkan pada bulan Jun nanti.

  52. AdY_ChArM says:

    Bilakah pengambilan kemasukan ke universiti sesi kedua dibuat pada tahun ini bagi lepasan diploma?

  53. Ady Charm,
    Pengambilan untuk sesi Januari 2010 biasanya dibuka dalam bulan Ogos atau September.

  54. takmengharap says:

    salam.saya nak tanya..saya ada mintak upu ari tuh untuk lepasan diploma.saya dari lepasan uitm…tapikan masa mintak tu ada gak isi untuk masuk usm…n dah pg ujian munsyi tuh….nak tau..mana satu yang akan kuar result dulu..usm atau upu?…bila usm nak kuar?bc paper diaorg kata tunggu kebenaran dari upu baru announce….

  55. Takmengharap,
    Buat masa ini saya juga tidak ada maklumat mengenai tarikh tepat pengumuman keputusan akan di buat samada oleh USM atau UPU.

  56. salam nilam..
    sy lpasan program mengulang di matrikulasi…sy tlh gagal buat kali kedua dan tidak layak mnerima twaran UPU..dan sy tdk ada memohon apa2 selain itu.
    stahu saya intake july sesi baru tlh dtutup..dan kbnyakan intake baru pd bulan disember. apakah program2 yg boleh anda cadangkan untuk melanjutkan pelajaran buat masa skrng??

  57. Kaciwa,
    Pengambilan ke IPTA untuk sesi Julai semuanya sudah ditutup. Anda perlu menunggu untuk memohon pengambilan Januari nanti. Melainkan anda ingin melanjutkan pelajaran ke IPTS masih banyak yang dibuka lagi.

  58. tolongtolong says:

    nilam,
    saya pelajar tahun akhir diploma di uitm pada bulan januari hingga april 2009. saya telah memohon untuk menyambung pelajaran ke peringkat ijazah melalui upu. walaubagaimanapun, saya baru tahu bahawa untuk menyambung ke ijazah tidak perlu melalui upu tetapi melalui permohonan penerapan di student portal uitm. adakah ini bermakna permohonan saya melalui upu itu tidak akan diproses ? adakah permohonan upu hanya untuk pelajar yang sudah tamat pengajian sahaja ?

  59. salam alaik~~

    saya adalah student HnD tahun akhir di Kolej Legenda, n9.saya da apply upu utk kemasukan degree sebelom dateline nye.tapi sy anta maklumat peribadi sy agak lambat dan sy jg x anta transkrip skali sbb blom abis study lgi.persoalan nye….adakah permohonan sy ni akan diterima dan boleh ke sy pohon upu utk msuk ke ipta sdgkn sy dr ipts dan akan abis ujung bln 6 ni..harap nilam bley bg penjelasan..

    wallahua’lam~~

  60. Tolongtolong,
    Saya tidak pasti samada permohonan akan diproses oleh UPU. Saya syorkan anda berhubung segera dengan Bahagian Hal Ehwal Pelajar bagi mengelakkan terlepas peluang untuk menyambung pelajaran Jun ini. Jika terlepas anda mungkin terpaksa memohon untuk kemasukan bulan Januari ini.

    Zafira,
    Salam… Biasanya UPU hanya akan memproses permohonan jika anda telah tamat pengajian dan memenuhi semua syarat-syarat yang ditetapkan termasuk penghantaran dokumen yang diperlukan. Mereka dari IPTS memang boleh memohon ke IPTA jika memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan.

  61. ouh..maksudnye sy kne apply balik ke & permohomam sy tu akan terbatal secara automatik?

  62. Zafira,
    Ada kemungkinan tetapi semak dahulu bila keputusan diumumkan pada minggu ketiga Jun nanti. Jika betul tidak mendapat tempat anda boleh memohon untuk pengambilan bulan Januari yang akan dibuka pada bulan Ogos/ September ini.

  63. ayadesue says:

    bile pengambilan masterskill tahun depan ek? (2010)

  64. Ayadesue,
    Saya tidak ada maklumat tersebut, sila hubungi mereka di talian 03-9080 5888 untuk kepastian.

  65. nak tanye bile uitm bukak online permohonan untuk sesi kemasukan bulan disember 2009 ni?kalau bukak website die ade yang lame je.saye nak apply diploma.

  66. Ai,
    Biasanya dalam bulan Ogos/ September.

  67. thanks nilam.it is for my lil bro.kalau dah kua boleh tolong alert me?

  68. Ai,
    Sama2, sila subscribes feed blog ini supaya anda dapat menerima berita terbaru melalui emel.

  69. saya nak tny bile boleh start apply untuk kemasukan ipta lepasan diploma sesi december2009/january2010?

  70. Fara88,
    Biasanya permohonan akan dibuka dalam bulan Ogos/ September.

  71. sya nak thu bile semakan kputusan permohonan ke ipta akan keluar? adakah pada minggu ketiga atau minggu keempat

  72. bila keputusan temuduga medsi kuar ho?

  73. TolongTolong says:

    Nilam ,
    Saya nak mengucapkan terima kasih diatas nasihat yang Nilam beri tempoh hari. Saya dah semak di student portal uitm , dan saye telah ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah. Thanks Nilam.

  74. Hidayah,
    Pada 19 Jun ini, sila rujuk Semakan Keputusan Permohonan Kemasukan Ke IPTA 2009 Lepasan STPM & Setaraf.

    Sya,
    Saya tidak pasti mungkin ada pembaca lain boleh membantu.

    Tolong Tolong,
    Sama-sama, semoga anda akan terus berjaya di UiTM.

  75. saya TAKOYTTT.... says:

    hhmm….
    esk kuaq U…
    tatutt nyerrkk…

  76. Nilam, sy merupakan pelajar lepasan politeknik yg bru sahaja tmt pengajian jun 2009.Sy tlh memohon UPU dengan menggunakan keputusan sem 5. Namun, sy ggl menempatkan diri utk mane2 ipta utk sesi ini. Saya telah membuat rayuan dan memasukkan result sem 6 sbg cgpa terkini dlm permohonan. Adakah sy lyk utk membuat rayuan ini ? atau sy perlu membuat permohonan bru pd sesi akan dtg….

  77. em acik lepasan diploma in business management di ipts dan cgpa akhir 3.36, dan baru ambik muet mid year 2009, so result muet blum kua lagi.. acik ggl ditawarkan di mane2 ipta. em kalu acik wat rayuan ni blh dapat ke and ape kos yang senang dapat

  78. Keliru,
    Jika ada kekosongan dan rezeki anda akan mendapat tempat. Jika tidak, bawa bersabar dan cuba mohon di pengambilan yang berikutnya.

    Achik,
    Anda perlu memaklumkan kepada pihak universiti bahawa anda sedang menunggu keputusan MUET. Jika tidak, permohonan atau rayuan anda tidak akan dipertimbangkan.
    Kebarangkalian untuk mendapat tempat bergantung kepada kelayakan anda dan kekosongan tempat di kursus berkenaan. Jika anda memohon kursus yang kurang saingan akan meninggikan peluang untuk mendapat tempat.

  79. Sy pljr dip lpasn IPTS n brhsrat tuk mymbung dgree d IPTA…tp knp ssh sgt peluang utk ktorg sbgai pljr IPTS tuk msk ke IPTA??prmhonan sy ggl.Ryuan juge GAGAL.. sy b’aggapan mgkin sbb sy br amik MUET..tp slh seorg kwn sy jg dr IPTS yg da ad MUET ms apply ttp xdpt gak..npe eh??blh x jwb persoaln sy ni??rse cam d ank tiri plk… smue kwn2 sy dr IPTS xdpt pluang tuk smbg dan ktorg rse kcewa sgt2..sdgkan pointer kami xd bgitu teruk & ckup tuk mmnuhi yg syrat yg dttpkan oleh IPTA..knp sng2 pljr IPTA tuk smbg ke prgkt ijzah wlaupn MUET xde/blm dpt result n pointer yg x brp tggi??Sy tau saigan skrg trlalu byk tp np bdk2 lpsan STPM pointer 2.5+ blh dpt?ktorg lpasn IPTS pointer 3.2++ xblh nk dpt peluang ni..mgkin sbb KERAJAAN VS SWASTA..camane ktorg boleh dpt peluang ??..ktorg pun melayu…plz..tq.

  80. Miss,
    Memang ramai yang kecewa kerana tidak berjaya mendapat tempat untuk melanjutkan pelajaran di IPTA. Perasaan kecewa ini ada yang bertukar menjadi marah apabila mengetahui ada calon yang mempunyai CGPA yang lebih rendah daripada mereka mendapat tempat.

    Sebenarnya ada banyak faktor yang menentukan peluang mendapat tempat di universiti, ini termasuklah pencapaian akademik, pencapaian ko-kurikulum, kombinasi mata pelajaran yang sesuai dengan keperluan syarat khas program pengajian, gred mata pelajaran untuk tujuan pengkhususan, lulus temuduga atau ujian kelayakan yang ditetapkan oleh pihak IPTA (jika ada), pilihan program pengajian mengikut keutamaan, bilangan tempat yang disediakan oleh IPTA dan sudah tentu rezeki masing-masing.

    Apa yang penting, jangan berputus asa dan terus berusaha mencari peluang yang ada.

  81. salam nilam.me again. saya mahu tanya dah kuar belum ye permohonan untuk kemasukan uitm bulan 12 ni bagi diploma dan ijazah?katanya ulan 7 atau 8?dah kelaur belum ye? sbb takut trlpeas pandang.saya dah subscribe, tpi mcm takut terlepas ke.just want to makesure.thanks nilam

  82. terima kasih ya nilam

  83. Ai,
    Sama-sama… setakat ini belum keluar lagi.

  84. nape pyah sngat ek nak masuk U
    bagi lepasan dipl0ma?

  85. nilam,
    saya adalah lepasan diploma dr IPTS but syangnya saya xdpat masuk U rayuan pun telah dikemukan but still xdpat jugak…memang rasa kecewa…

    saya ada k0l bhagian UPU untuk tnya kenapa saya x dpat alasan yg diberi adalah kerana spm saya x mencukupi 5 kredit….
    saya tiba2 give up.. kenapa spm yg dipertikaikan pdahal itu adalah kisah silam saya yg terlalu bnyak aktif dalam sukan sehinggakan result spm ntah pe2….
    saya masuk ke IPTS ambil diploma saya belajar bersunggug buktinya saya mendpat 3p0inter dan saya juga pernah mendapat dekan dan 4++

    saya cuma berada dalam keadaan yg dilema c0z saya ingin mintak untuk permohonan intake disember …saya tak0t xdpat jugak…..c0z spm saya
    kenapa spm yg dipertikaikan padahal diploma dah ada…. just nak smbg degree ke IPTA payah kew??saya x tahu apa yg ptt saya wat sekarang…

  86. salam nilam..sy merupakan pelajar lepasan diploma pendidikan pengajian prasekolah unisel.
    saya ingin tahu macam mana cara memohon untuk membuat pjj dalam bidang yang sama di upsi atau ipta lain n apakah kelayakannya. harap nilam dapat membantu saya

  87. Wawa,
    Mungkin belum rezeki anda, cuba lagi.

    Haz,
    Sememangnya secara amnya syarat kemasukan ke IPTA memerlukan sekurang-kurangnya lima kredit semasa SPM. Walaupun begitu anda boleh menyemak terus dengan IPTA yang berkenaan untuk pengambilan Disember ini, mungkin ada program pengajian yang boleh anda mohon tanpa memerlukan lima kredit semasa SPM.

    Hanisah,
    Salam… Permohonan PJJ perlu dibuat terus kepada IPTA yang berkenaan jika ada ditawarkan oleh IPTA berkenaan. Syarat kemasukan bagi program PJJ ditetapkan oleh IPTA itu sendiri, oleh itu anda perlu menyemak melalui laman web IPTA berkenaan.

  88. bila uitm punya n0 pin kuar saya takut terlepas pandang

  89. Haz,
    Dijangkakan dalam bulan Ogos ini atau September nanti. Sila semak di ePutra atau terus di http://uitmonline.edu.my/ dari masa ke semasa.

  90. Nak tanya bila borang upu untuk kemasukan Januari 2010 keluar
    Ada tak kursus Perguruan ditawarkan
    tm ksh.

  91. Yatie,
    Pengambilan kemasukan sesi Januari tidak diuruskan oleh UPU tetapi oleh universiti-universiti yang berkenaan.
    Oleh itu permohonan perlulah dibuat terus kepada universiti yang berkenaan. Iklan permohonan biasanya akan keluar dalam bulan Ogos atau September ini. Saya tidak pasti mengenai kursus perguruan.

  92. sy nak tanya skt.blh tak lepasan stpm 2008 memohon utk kemasukan disember tetapi dalam kategori diploma dan setaraf

  93. Hye.
    sy nk tnye intake ke U bile akn dibuka disember?
    sy bru hbis diplma bln Jun ari 2..
    sy terkilan terlepas kemasukan julai yg lepas..
    sy ingat pelajar semester akhir xblh apply UPU..
    Nilam U mane yg buka intake disember?
    Nilam tlg inform yea bila intake akan dbuka..thnks..

  94. Parames,
    Lepasan STPM memang boleh memohon pengambilan Disember nanti. Setahu saya untuk program pengajian peringkat Diploma pemohon perlu menggunakan keputusan SPM. Walau bagaimanapun sila semak kelayakan memohon bila permohonan sudah dibuka nanti.

    Lulu,
    Iklan permohonan biasanya akan keluar dalam bulan Ogos atau September ini. Sepatutnya anda boleh memohon semasa pengambilan Julai tempohari tetapi tak mengapa, mohon semasa pengambilan Disember ini. Saya sendiri tidak pasti senarai U yang akan membuat pengambilan.

  95. thnks nilam 4 ur information..
    ok sy akn tggu intake disember nie.
    tp cm takut je xdpt..
    sy tgk list2 comment untuk nilam kebanyakan de mslh utk msuk U.
    nape ssh sgt nk msuk U kn..lg2 ipts..
    sy student ipts.
    sy rsau..rse pluang nipis je..
    layak ke sy msuk U dgn cgpa sy 3.79 utk ipts..

  96. Lulu,
    Sama-sama… Banyak faktor yang mempengaruhi permohonan untuk masuk ke universiti, antaranya kelayakan pemohon, jumlah tempat yang disediakan dan jumlah pemohon untuk sesuatu program pengajian tersebut.
    Apa yang penting memohon program pengajian yang tepat dengan yakin dan semoga akan berjaya mendapat tempat di universiti pilihan anda.

  97. Assalamualaikum…

    Saya pelajar lepasan IPTS…

    Saya baru tamat Foundation IT bulan Julai…

    Kalau saya nak pohon IPTA, boleh tak guna result Foundation???

    Saya nak pohon under apa??? Diploma setaraf ke???

  98. Hafiz,
    Salam… Bagi pengambilan sesi Julai sepatutnya anda boleh mohon di bawah kategori Diploma atau setaraf. Walaupun begitu anda perlu semak dengan UPU dahulu samada kelulusan anda diiktiraf atau diterima oleh mereka. Manakala bagi pengambilan sesi Disember anda perlu merujuk terus kepada universiti yang berkenaan untuk mengetahui kelayakan untuk memohon kerana permohonan adalah melalui universiti tersebut.

  99. Mohd. Hafiz says:

    Bg ssiapa yg berkenaan….

    Iklan Permohonan Kemasukan ke UiTM Sesi Disember 2009
    Wednesday, 12 August 2009
    Iklan permohonan kemasukan ke UiTM sesi Disember 2009 akan disiarkan di akhbar Mingguan Malaysia dan Berita Minggu pada 16 OGOS 2009 (Ahad). Iklan berkenaan juga akan disiarkan di Akhbar Daily Express pada 16, 23, 31 OGOS 2009 dan 6 September 2009.

    Permohonan melalui http://www.uitmonline.edu.my bermula 17 OGOS 2009 (Isnin) dan tarikh tutup permohonan 16 September 2009 (Rabu) kecuali Program Profesional pada 30 September 2009 (Rabu).

    Jika ada sebarang pertanyaan sila hubungi Pejabat Hal Ehwal AKademik UiTM Sabah di talian :
    088 – 325189 / 5190 / 5191 / 5183 / 5188 / 5238

    ATAU

    Pejabat Bahagian Pengambilan Pelajar di talian: 03-5544 3164 / 3165 / 3166 / 3174 / 3175.

  100. Mohd Hafiz,
    Terima kasih dengan maklumat tersebut.

  101. nilam,

    uitm n0 pin dah kuar kan??kiranya s0k b0leh beli n0 pin kat bsn?

    saya nak mintak pendapat nilam, apa yg perlu saya buat, saya prnah dpat mmu but saya x pergi c0z ingat dpat IPTA but syangnya sya x dpat atas sebab pencapaian spm saya kurang memuaskan wpun saya dah ada diploma… bagi mmu intake 0ktober nie ada lagi.. IPTA pulak disember saya x tahu nak tggu mana satu IPT… tak0t nanti x dpat lagi IPTA , MMU pon terlepas jugak…sekarang payah sngat nak masuk IPTA saya tak0t sngat if sya x dpat lnjutkan pelajaran saya ke degree

    if btul la untuk masuk IPTA yg degree nye pihak u lihat kepada spm even ada dipl0ma….musnahlah impian saya dan mama abah saya… kalau b0leh sya nak smbung degree kat IPTA c0z diploma saya dah smbung kat IPTS s0 nak penuh impian saya untuk terus belajar ke tahap paling tinggi… but if saya xde peluang masuk ke IPTA saya ..saya x tahu macamana untuk selesaikan masalah saya…

  102. Haz,
    Ya betul, sila rujuk Permohonan Pengambilan IPTA Sesi Disember 2009 / Januari 2010.

    Memang untuk sambung belajar ke IPTA peringkat ijazah, keputusan peperiksaan SPM akan diambil kira. Secara amnya selain kelayakan Diploma, Asasi, Matrikulasi atau STPM anda perlu lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia atau Kepujian Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia Kertas Julai, itu sahaja. Yang lain jika ada, bergantung kepada kursus dan univerisiti yang anda pohon, biasanya dinyatakan dalam kelayakan memohon.

    Oleh itu semak dengan teliti syarat kelayakan memohon dan jika anda memenuhinya, insyaAllah akan mendapat peluang melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah. Apa yang penting jangan berputus asa dan terus berusaha serta sentiasa mencari peluang-peluang yang ada.

  103. bella farhana says:

    nilam…
    borg utk intake dismbr bukak lg kn?
    sy nk tye klo nk apply yg uitm kne guna no pin…
    mcmne plak klo nk apply u lain…
    ad no pin gak ke?
    mcm sy ni klo blh nk apply separuh masa…
    kne apply mlalui no pin jgk @ kne prgi bhgian pngurusan u t’sebt?
    plzz help me…
    klo blh rply kt email sy scepat mgkin…
    nabiella_farhana@yahoo.com

  104. Bella Farhana,
    Setiap universiti memang mempunyai yuran permohonan yang ditetap dan cara pembayarannya pun berbeza. Sila rujuk Permohonan Pengambilan IPTA Sesi Disember 2009 / Januari 2010 untuk maklumat lanjut.

    Berkenaan pengajian separuh masa, biasanya permohonannya dibuka berasingan dengan sepenuh masa. Sila rujuk laman web universiti berkenaan (Senarai IPTA Universiti Di Malaysia) untuk maklumat lanjut.

  105. abg nilam,
    1)saye habis dip saye bln 11,boleh tak saye apply untuk kemasukan uitm bln 12?
    2)saye pelik bile saye masuk MOHE.gov.my dia ckp untuk nak masuk uia(economic)dia kene dpt kepujian sahaja dlm matematik,tp bile saye masuk web uia,dia ckp matematik kene B4,so kalau saye dpt 5c mcm mane?
    3)bile kemasukan ker IPTA?orng ckp bln 3 dah boleh masuk?

    terima kasih kerna menjawab! 😀

  106. sorry saye tersalah ltk email saye,
    1)kalau saye habis dip dlm bln 11,saye leh apply tak utk masuk uitm bln 12?

    2)nape,dkt mohe.gov.com ckp yg nak masuk uia (economic)dia kene dpt kepujian dlm matematik,padahal nye dky web uia dia nak b4 dlm matematik,yg mane satu betul?

  107. Nora Baby,
    1.Boleh, sila rujuk Permohonan Pengambilan IPTA Sesi Disember 2009 / Januari 2010 dan tarikh tutupnya 30 September ini.
    2.Anda perlu semak maklumat yang lebih terkini. Biasanya di hujung bahagian bawah ada dinyatakan bila laman web atau maklumat di mukasurat itu dikemaskini.
    3.Pengambilan IPTA dibuat dua kali setahun iaitu Sesi Julai dan Disember. Walaupun begitu bagi sesi Disember tidak semua IPTA dan kursus ditawarkan.

  108. sye merupakan graduan diploma perakaunan di sebuah IPTA tempatan.sye berminat untuk menjadi guru.Bagaimana cara untuk sye berkhidmat sebagai guru selain mengambil ijazah dan KPLI.Boleh terangkan apa itu MEDSI.

  109. Syiema,
    Setahu saya buat masa ini cuma ada pengambilan KPLSPM dan KPLI sahaja, sila rujuk Laluan Perguruan.
    Anda mungkin boleh mengikuti program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan yang dijalankan di UiTM dan UPSI, sila rujuk Permohonan Pengambilan IPTA Sesi Disember 2009 / Januari 2010.

    MEdSI adalah satu cara mengukur kualiti intrinsik calon guru dari segi Personaliti, Minat Kerjaya, Nilai Integriti dan Kecerdasan Emosi. Maklumat yang diperoleh daripada pengukuran ini digunakan untuk memilih calon guru yang sesuai untuk kemasukan ke program pendidikan yang tertentu di IPTA.
    MedSI umpama satu ujian psikologi di mana anda perlu menjawab 300 soalan dalam masa 1 jam. Secara amnya soalannya memerlukan jawapan Ya atau Tidak atau Setuju atau Tidak Setuju.

  110. abg nilam!
    1)sy baru dpt result SPM ulangan mathmatics.. patut tak saye recheck?
    sebab saye dpt 6c ,rase2 mungkin ade chance dpt B4 tak?
    2) sy check date2 yg web uia and upu kemaskini,dkt uia dia kemaskini sept 9/09 ,and upu mei 7/09 kalau tak silap..so yg mane saye patut follow?
    3)SEBAB ,web uia ckp nak ambik economic kene dpt B4 utk spm,and dkt upu dia ckp kepujian cukup,so yg mane patut su ikut?
    4)kite selalu submit transcript ,kite hantar kat mane,kat U to sendiri ker,atau kat MOHE?
    5)saye takut disebabkan math saye tak dpt B4 saye tak masuk uia! so patut ker saye ambik SPMU math lagi skali?(saye nye CGPA 3.6)

    please help

  111. Nora Baby,
    1.Cuma anda sahaja yang lebih tahu berdasarkan jawapan yang anda beri.
    2.Laman web UIA kerana di UPU sekadar panduan sahaja.
    3.UIA – B4.
    4.Terus kepada universiti yang berkenaan.
    5.Anda patut berhubung dengan pihak UIA untuk kepastian sebelum membuat keputusan samada perlu mengambil semula matapelajaran Matematik

  112. saya tak tahu macam mana dan apa kos yang saya perlu ambil untuk melanjutkan pelajaran saya..saya keliru..sekarang saya belajar disekolah teknik dan mengambil kos pengurusan teknologi pejabat

  113. Lieda,
    Anda perlu tanya diri anda apakah perkara yang paling anda minat lakukan sebagai satu pekerjaan. Selepas itu anda boleh berbincang dengan guru kaunselor sekolah pilihan yang ada untuk anda memenuhi minat anda itu.
    Akhir sekali cuba dapatkan keputusan yang terbaik kerana lebih baik keputusan anda lebih banyak pilihan boleh dibuat.

  114. Abg nilam
    1) saye rase ok exam matematik ulangan saye.. abg rase kalau saya btul pun,pemeriksa akan tukar markah ker?pemeriksa bukan lebih relax ker sbb kiteorng repeat lagi?
    2)pengalaman abg ade tak result SPMU matematik,orang recheck,and markah dia naik..
    3)saya call UIA tapi diorang mcm tak tahu..saye patut tanye kuliah of economic ker??
    4)asal web MOHE lain,web UIA lain dia nye syarat khas??buat orng confusejer??
    5)abg,saye malas la nak study,matematik SPM ,saye dah umur 21,rase mcm takder mood!! takder care lain ker?

    abg please kasi advice!

  115. erm cmner kalau nak apply balik upu dan institusi pengajaran yg lain kalau kita berhenti stngh tahun sahaja di satu institusi..? adakh masih layak utk memohon?..

  116. Nora Baby,
    1.Memang markah akan ditukar berdasarkan semakan tersebut.
    2.Saya tidak ada maklumat berkaitan SPMU tetapi SPM biasa memang ada markah yang naik.
    3.Memang patut anda tanya terus ke Kulliyah / Fakulti.
    4.Mungkin sebab tidak dikemaskini pada masa yang sama.
    5.Saya tidak pasti alternatif lain kecuali anda sambung belajar di IPTS.

    Kunfuzed,
    Anda boleh memohon seperti pemohon yang lain apabila permohonan kemasukan ke IPT dibuka.

  117. As.kumm

    Di sini saya ingin bertanya kepada sesiapa yang arif mengenai nak sambung berlajar,ok saya teramat ingin sambung belajar lagi malah saya pernah memohom ke UKM tetapi permohonan saya KIV.

    Ialah mungkin kerana saya ni sekolah tidak habis hanya mampu sampai ting 3 je tetapi saya sudah pun berkerja selama hampir 20 tahun sebagai Penyelia di sebuah company yang terkenal di malaysia. Saya tahu mana2 U pun nak SPM atau STPM tetapi berdasarkan pengalaman kerja mungkin syarat tu di kecualikan asal kan mahir BI.

    Jika saya dapat mana2 tempat untuk ambil dploma saya sanggup berhenti kerja unutk belajar sepenuh masa…. saya harap dapat rakan2 yang ada tolong terangkan apa caranya untuk dapatkan tempat sambung berlajar……

    TK

  118. Zalie,
    Salam… Tahniah kerana anda ada minat untuk belajar walaupun telah lama bekerja. Setahu saya cuma UKM dan USM ada menawarkan program pengajian untuk mereka yang mempunyai pengalaman bekerja dan syarat kemasukan akademik yang rendah.
    Di samping itu ada beberapa universiti lain yang menawarkan Program Jarak Jauh atau Separuh Masa tetapi mungkin syarat akademiknya memerlukan SPM @ STPM. Walaupun begitu anda boleh cuba semak syaratnya bila permohonan kemasukan dibuka.
    Di samping itu anda boleh juga menimbangkan Politeknik sebagai satu alternatif. Walaubagaimana pun buat masa ini laman web Politeknik tidak boleh dilayari jadi tidak dapatlah menyemak syarat kemasukannya.
    Jika pembaca lain ada alternatif lain harap dapat berkongsinya di sini untuk membantu saudara Zalie.

  119. abg nilam

    saya ni diploma graduate dan ingin sambung belajark kat U tahun depan,tapi saya buat survey dekat web upu.mohe.gov.my dengan Uia punya web asal dia lain..
    cnth,dkt mohe syarat khas di kena dapat kredit untuk matematik(SPM),tapi bila saya tengok web UIA dia mintak B4 untuk matematik(SPM)..saya pelik nak ikut mana satu?saya baca kat orang2 yang pernah post soalan ni,abang cakap,tgk sapa baru update..tapi takkan MOHE salah kot..

    ps:saya nak ambik jurusan account atau bisness ..saja buat perancangan awal2 ..saya dah call pihak upu,tapi jawapan dia mcm buat saya was2,diorang ckp ikut upu,tapi asal UIA tak sama?

  120. Hafiz,
    Sepatutnya memang perlu ikut yang mana lebih terbaru yang dikemaskini. Biasanya laman web UPU dikemaskini lebih lewat sedikit. Walaupun begitu sebagai jalan tengah anda boleh gunakan syarat yang dinyatakan di UPU untuk pengambilan Julai dan syarat di laman web IPTA bagi pengambilan Disember.

  121. abg nilam,
    saya baca orang yg post soalan kat page ni,saya rase risau pulak takut2 dpt masuk IPTA,spm saya cukup 5 credit (syarat khas UIA cukup)tapi saya risau disebabkan maths saya dpt 6c masa spm dulu.and (kalau ikut page uia dia nak b4) and ( upu dia nak credit) kalau saya ikut mohe memang lah saya lepas,tambah pulak CGPA saya dapat 3.4++..tapi disebabkan saya IPTS,untuk saya masuk senang tak.apa patut saya wat,ambik spmu utk paper maths or macam mana..muet saya dpt band 3 memang lepas..tapi ipts tu…tolong saya kusut.a

  122. Hafiz,
    Saya cadangkan anda memohon IPTA berdasarkan syarat kelayakan yang dinyatakan di laman web UPU bagi pengambilan Jun 2010 ini. Pada masa yang sama jika ada kesempatan saya syorkan anda ambil juga SPMU untuk membaiki keputusan Matematik.

    Harap jika ada pembaca lain yang boleh berkongsi pengalaman atau pandangan yang boleh membantu Hafiz amatlah dialu-alukan.

  123. saya lepasan dip. tek. multimedia cgpa sy 2.87 spm x lah bgs sgt p.islam,sains,geografi-5c p.seni-6c b.i-9g math.,pdgan.,sej.,dan lg 1 subjek -7d adakah layak saya memohon masuk ipta?
    tapi saya masih ada keinginan untuk belajar tolong lah saya

  124. imma!

    saya rasa awak kena ambik spm lagi skali..atleast untuk paper maths ,english and bm…make sure dapt credit…so that senang sikit awak nak masuk ipta..diorang pandang gak spm…tah pape kann..:)

    kalau ipts,mana2 pun lepas..cume ipta jer..

  125. Imma dan Hafiz,
    Memang benar itu…

  126. muhamad syahmi hakim says:

    saya lepasan diploma mei 2010. saya telah memohon upu pada bulan 4 hari tu. masalah disini saya memohon upu tersebut tanpa ada muet tetapi saya telah mengambil muet pada ketika itu juga pada awal bulan 5.
    apakah permohonan saya ditolak serta merta untuk kemasukan U pd bln 7 nnti disebabkan kelewatan saya mengambil muet??

    • Permohonan anda tetap akan dipertimbangkan walaupun anda mengambil MUET pada bulan Mei yang lepas.

      • salam..encik, sy pelajar uitm course civil engineering..sekarang ni sem 5..bermula sem depan nanti, sy akan apply utk degree pelajar tahun akhir uitm..masalahnya saya tak mengambil muet utk akhir tahun ni..pertengahan tahun depan baru sy ambil..so, masa saya apply tu tanpa result muet..syarat kemasukan utk degree uitm kena ada muet..saya bimbang application saya ditolak..

  127. salam…
    sy bekas student politeknik dan cgpa sy masa wat diploma ialah 3.39 dan muet band 3…
    berdasarkan kpd keputusan sy…ada peluang x utk diterima upu bg pengambilan terdekat ini…

    trimas
    harap dpt respond secepat mungkin….

  128. saya pelajar semester terakhir diploma uitm yg tgh tunggu result exam. sy dh apply utk kemasukan degree sesi julai 2010. tp sy x yakin dgn 1 subjek ni. sy rase mcm fail la subjek tu. kalau sy amik supplementary exam, possible ke sy dpt smbung degree pd sesi julai 2010 juga?

  129. saidatul sazura binti ab wahab says:

    saya baru jer melahirkan anak tp saya nk stiil ag smbung blaja.. aritu da dpt polisas da wt surat tangguh tp xdpt.. da apply blik tp xdpt mybe name da kena blacklist huhu mcm mane nk wt erkk?? ajatnya nk smbung jer form 6 senang skit huhu>> what yours suggestions my dear friends??

  130. salam,saya nk btanya,result upu kua pd 18hb ni kn??adakah die mmntgkan result spm jga??saya nak tnya bkaitan biasiswa jpa…pemohonan sudah ttp ke blum ye utk ijzh srjna muda dlm ngara??

  131. kalau tak ambik muet tak boleh sambung degree lah kan?

  132. Sy lepsan ipts tmpeyan.sy teringin sangat nak masuk maktab perguruan tapi sy xtau macam mane nak apply masuk

  133. salam…
    sy salah seorg plajar UiTM..sy juga telah mengambil kos Sains Kuantitatif di situ..saya sangat berminat untuk mnjadi tenaga pngajar suatu hri nnti….masalah sy..adakah Lulusan UiTM layak untuk memohon degree di UPSI..sy keliru..dlm wbsite ada yg mngatakan syarat kelayakan hnya STPM/Matrikulasi shj…ada pula sesetengah website yg STPM/Matrikulasi/asasi UiTM/diploma…sy kurang pasti dgn syrat tersebut…
    sy hrap nilam dpat membantu sy… =(

  134. sy lulusan dip akaun dr politeknik sesi jul 09.mslhnya skrg sy still x ambil muet. Jika sy apply ipta utk sesi jan11, adakah prmohonan sy akn dpertmbgkan? dan sy akn ambil muet utk sesi awal thn dpan.

    p/s:….bla no.pin upu akn kuar plak dlm mase trdekat ni utk lepsn dip?????

  135. helmi izwan says:

    sye lepasan diploma mechanical engineering, ingin sambung di ipta…CGPA sye 3.75 dan sye tidak ambil muet..bole tak saye apply ipta dan ade tak ipta offer untuk ambil muet di semester 1 di sane??harap dapt bg bimbingan.

  136. salam…..saya lulusan diploma drpd adtec shah alam sesi julai/2010….ingin sambung belajar di IPTA….masalah utama sekarang saya terlepas untuk menduduki exam muet…..dalam erti kata lain boleh kah saya memohon untuk memasuki ke ipta untuk sesi jan/2011 tanpa muet. adakah permohonan saya akan dilayan dan akan mengambil muet pada sem 1……….

  137. sy lpasan diploma dr kolej masterskill. kalo sy nak sambung dgree kat IPT, mcm mner nk apply yer? kmasukan bulan 7 sje?

  138. lepasan diploma dr kolej masterskill, nk smbung dgree kat IPTA . mcm mna yer?

  139. Salam rakan2.. Saya ada masalah disini.. Harap boleh beri bimbingan.. Saya baru lepas mengisi permohonan ke uitm untuk intake disember 2010.. Lepasan diploma ukur bangunan uitm dgn cgpa 3.13 .. 1. Adakah saya layak untuk mengambil kos ijazah kejuruteraan awam .. ? 2. Saya akan menduduki muet pada bulan 10 ini.. Adakah permohonan saya diterima, kerana semasa mengisi borAng permohonan..saya masih tiada kputusan muet.. Dan apakah perlu saya lakukan jika permohonan saya boleh dipertimbangkan? Sekian terima kasih

  140. Awak sambung kat mmu je lah . degree kan? mmu t best wht. hum, saya faham. cuba awak buka link ni

    http://ytm.tm.com.my/english/ytm-connects/social-media.php

    awak apply lah yayasan tm. n awak stdy la btl2 kat mmu utk sem1, then apply schlarship?

  141. salam…bole tak sape2 ya tahu bgtau saye snarai u yang bole budak2 asasi law uitm apply exclude uitm?

  142. saye lepasan diploma pndidikan dari unisel..bole ke sy nk apply mktab prguruaan utk smbg blja?

  143. saye lepasan diploma pndidikan dari univrsiti industri selangor..bole ke sy nk apply smbg study kt mktab?huu

  144. saya lulusan diploma dan berumur 34 tahun adakah lagi peluang utk saya jika saya ingin mengambil kursus perguruan?terima kasih

  145. saya nk tau…..bla lg ada pengambilan maktab erk?cz saya nk sgt msuk mktb..nk blajar blik. bla ye? nk sgt msuk 2011 ni..

  146. berapa kah pointer yg layak untuk smbung degree drpd diploma ?

  147. Korang,bila tarikh terakhir utk isi borang upu untuk lepasan SPM 2010?