Semakan Keputusan Permohonan UPU Kemasukan Ke IPTA 2010 Lepasan STPM Dan Setaraf

Para pelajar lepasan STPM, STAM, Matrikulasi, Asasi, Diploma dan yang setaraf dengannya yang ada membuat permohonan UPU kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bagi sesi 2010/2011 boleh membuat semakan keputusan permohonan mereka mulai 18 Jun 2010 pukul 12.00 tengahari.

Semakan Keputusan

Semakan keputusan permohonan kemasukan ke IPTA ini boleh dibuat melalui;

Keputusan Permohonan Ke USM

  • Semakan keputusan ini tidak melibatkan calon yang telah mengesahkan menerima tawaran USM yang diumumkan pada 29 Mei lalu. Selaras dengan pelaksanaan program Apex dengan hal berkaitan pengurusan permohonan, pemprosesan, pemilihan, penawaran, hebahan dan rayuan dikendalikan oleh USM sendiri.
  • Mereka yang telah mengesahkan menerima tawaran USM sudah digugurkan dari pangkalan data UPU bagi mengelak pertindihan. Hanya calon yang mengemukakan permohonan melalui UPU dan gagal mendapat atau menolak tawaran ke USM akan diproses untuk dipertimbangkan dalam pemilihan kemasukan ke 19 IPTA lain.

Penerimaan Tawaran

  • Semua calon yang berjaya wajib membuat pengesahan setuju untuk menerima tawaran dari IPTA dalam tempoh tujuh hari iaitu pada atau sebelum 24 Jun 2010.
  • Pengesahan penerimaan tawaran ini boleh dibuat melalui laman web IPTA yang berkenaan seperti yang dinyatakan di keputusan permohonan atau sila rujuk Senarai IPTA.
  • Pihak IPTA akan mengeluarkan surat tawaran rasmi kepada calon yang berjaya. Walaupun begitu tidak semua IPTA akan berbuat demikian.
  • Calon yang berjaya boleh mencetak surat tawaran melalui laman web IPTA yang berkenaan mulai 19 Jun 2010. Maklumat lebih terperinci akan diperolehi melalui surat tawaran ini.

Permohonan Rayuan

  • Sila buat rayuan di Permohonan e-Rayuan Lepasan STPM/Setaraf Sesi Akademik 2010/2011.
  • Hanya calon yang gagal menerima sebarang tawaran ke IPTA dibenarkan mengemukakan rayuan melalui aplikasi e-Rayuan ke Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi dalam tempoh 10 hari selepas keputusan rasmi permohonan kemasukan ke IPTA diumumkan.
  • Tarikh tutup permohonan e-Rayuan adalah 28 Jun 2010.
  • Keputusan rayuan dijangka akan dimaklumkan pada minggu ketiga bulan Julai. Jika tiada sebarang tawaran diterima dari IPTA sehingga 31 Julai maka rayuan anda dianggap gagal.

Maklumat

  • Sebarang pertanyaan yang berkaitan boleh dikemukakan kepada pihak UPU di talian 03 8883 5858 atau 03 8883 5848 atau 03-8883 5801/5802 atau faks 03 8889 4260 atau e-mel : upu@mohe.gov.my
  • Pertanyaan boleh juga dikemukakan terus kepada IPTA yang berkenaan, sila rujuk Senarai IPTA Universiti Di Malaysia.

172 thoughts on “Semakan Keputusan Permohonan UPU Kemasukan Ke IPTA 2010 Lepasan STPM Dan Setaraf

  1. alhamdullilah..aku dpt upm,course biomedical science..^_^

  2. Alhamdulillah…. leeya dpt 1st choice… 🙂

    • nak tanye la, kalau kite ader sijil n diploma kite kena kemukakan salinan sijil skali ker n transkrip sijil?

      • yup rasenyer sbb sy juga dr diploma rasanyer ipta perlu transkrip kite tuh

      • liana.. yup, kalo kite dr diploma, kite kne kemukakan skali salinan sijil2… htr sume mne2 yg ade.. kalo xde, automatic diorg reject prmohonan kite.. mcm ksilapan yg sy pnah wat last year intake..

    • means kte kene serta kn skali salinan sijil dan diploma & transkrip sijil dan diploma ke..? cz sy from sijil then further diploma politeknik(intergrasi)

  3. teringat zaman sekolah dulu

  4. Alhamdulillah dpt kos 5th ke 6th kos cmtuh,walaupun x berapa minat.. tp hey! at least dpt…

  5. x dapat satu ape pn dr plihan 1-8.. cos laen pn x dpt gak even pointer 3.59!!

  6. sye dpt unimas kos sains sosial.tp masalshnya sye x dapat wang pendahuluan pinjaman, Jd sye ingin tanya sesiapa di sini adakah sye bleh memohon pinjaman ptptn.

  7. kepeningan says:

    huhu aku xdpt.. cmne nih….

  8. thun lps aku x dpt..
    thun nie pn x dpt juga.
    semoga ada hikmah sebaliknya.

  9. mmm..xdpt..sedih~

  10. alhamdulilah dapat utem

  11. Alhamdulillah,,3th choice..unimap..sob2..upsi xdpt..

  12. PeningLalat says:

    Salam NILAM,
    Untuk E-RAYUAN kena hantar sekali lagi ke salinan borong permohonan dengan salinan dokumen ke universiti yang dipohon?

  13. Assalamualaikum…
    sy dpt UMT course 'teknologi maklumat (kejuruteraan perisian)'
    mmg takde dlm 8 pilihan tu… sbnrnya rase sikit down la…sy tak tau sy bley bwk ke tak course ni..
    is there any option if sy tak nak masuk intake kali ni??

    klo intake disember nnt, semua course ke ditawarkan??
    ade ke chance sy msuk U?? help me pls! 🙁

  14. mcm mana nk kemaskinikan rayuan ek?

    • selepas awk confirm ngan butir pemohonan awk,tekan KEMBALI,pas tu,dapat awak pilih apa yang awk mok kemaskini kat pilihan A,B,C,D

  15. macam mana nak tau kos yg kite buat rayuan tu ada kekosongan..help me please

  16. tuan…saya nak tanya pasal kemasukkan ke ipta 2010.saya telah disahkan dapat kursus lelong ke utem (kejuteraan electrik) sedangkan saya ialah pelajar biologi semasa saya belajar di stpm tahun 2009.saya nak tanya adakah saya boleh mohon masuk ke ipta tahun depan 2011 jika saya tidak setuju masuk ke utem yang saya dapat sekarang ni???????tolong beritahu saya secepat mungkin atau boleh sms saya melalui o17-5944920.pertolongan daripada tuan akan saya ingat sampai akhir hayat saya…terima kasih dan salam satu malaysia…

  17. alhmdllah,kmk dpt UNIMAS course kwangan..dat course is my 1’st choice..=p

  18. congrats yg dpt…sy nk tanye..sy dapat unimas, mcm mn proses utk kesana..adkah ada org yg akan menunggu di lapangan terbang?..sy dari semenanjung m'sia….sesiapa yg tahu, sila la berkongsi pendapat..

  19. Selles…congrats sbb dpt unimas…awk jgn bimbang…ada pihak dr unimas yg akn menunggu pelajar2 yg dtg dr smenanjung……sy pun dpt unimas jg..tp sy mmg brasal dr srwak..hehe

  20. dapat degree mekanikal uitm shah alam……..alhamdulillah

  21. mohd nasir says:

    Anak ikuti Asasi Undang-undang di UiTM Shah Alam, permohonan Program Khas Asasi di isi oleh Pihak UiTM sendiri ke UPU. Mohon ke UIAM ,
    1. pihak UiTM isi borang on-line ke UPU guna pointer 3.38 tetapi sebenarnya dapat 3.67.
    2. masalah pointer dah dibetulkan dan sahkan oleh pihak UiTM tetapi borang asal masa dihantar
    on line ke UPU guna 3.38 (tidak layak untuk kursus dipohon).
    3. Borang e-Rayuan telah 2 kali hantar tetapi pointer tidak boleh dibetulkan, so macam mana ?
    4. Tiada ruang dalam borang e-Rayuan untuk betulkan akademik / pointer.
    5. Please, bagi petua utk. mengembalikan HAK kepada YANG BERHAK dan tidak TERANIAYA.
    please…

  22. When Will The e-rayuan result will be anounce?Please reply me,,..

  23. keputusan e-rayuan bila umum?

  24. channelNoFear says:

    bile e-rayuan result diumumkan?

  25. kyle kamu buat rayuan kt uni mana…mcm mana kita nak tau kos yg kita buat rayuan 2 ada kekosongan ek..kita kena call pihak upu ke atau uni yg kita pilih…help..

  26. assalamualaikum…
    nak tanya sikit camana saya nak tau yang kos hendak saya pohon tu ada kosong???????baru nak buat rayuan ni..huhuhu…help[ me

  27. assalamuailikum

    saya amik stpm kali ke2 thn 2009, saya memohon untuk upu sesi januari 2010, skang ni bila saya cek rekod saya tak de dlm sistem …..klu tak berjaya tak pelah tapi ini mmg tak de terus….bagaimana saya nak buat rayuan jika maklumat yang tiada dlm pangkalan data saya mmg kecewa sgt memandangkan umur saya sudah 22 thn……, saya tidak tahu untuk merujuk kemana, kerana saya tidak kenal siapa pun yang arif pasai bidang ini? bantulah saya

  28. ada tak sesiapa sini yang xdpt bukak rayuan tu? kata laluan dah btul, tp xdpt msuk2..

  29. boleh tanya ka?
    kalau mahu memohon pertukaran tempat pengajian macamana?
    boleh ka??

  30. xleh kot tukar tempat pengajian…kalau dah dapat tempat tue la kena pegi ….to N_oala

  31. yup2..xleh tukar

  32. fuhh nasib baik dpt wpp dahlah duduk semenanjung x bape kaye lak 2 kena pegi sarawak kt unimas.dpt sye bayar duit flight nnt. kpd black rose sila check lg sekali data dah dimasukkan.

  33. sains bioinformatik tuh cmna??

  34. Salam,nilam..
    adakah pihak UNIMAS akan mhntar surat twaran rasmi bg calon yg mnerima twaran utk blajar di unimas??

  35. askum semua yg mdpt tawaram sila pegi ke pejabat umno cawangan untuk mendapatkan rm500 kerana pergi ipta

  36. Hey~mesti check kkosongan kos kat IPTA yg dplih ke?hlp

  37. ic2..haiz..malasnya x bleh tukar… 🙁

    terima ja la kan:P

    haha

    btw, thanx for the info yah:D

  38. syarat ape masuk ipta ah?

  39. salam,nilam…
    saya lepasan stpm dan memohon upu…result stpm saya 2.5..
    lepas keluar result stpm saya memohon upu untuk lepasan spm..
    adakah permohonan satu permohonan saya ditolak kerana mengemukakan dua permohonan??
    saya dapat twrn diploma tetapi untuk ijazah tidak layak…

  40. u mne yg ade 2nd intake ek?takot jgk kalo rayuan ni pon x dpt..=(

  41. Alhamdulillah segala puji bg Allah…sy dpt jgk smbg belajar.dpt pend. akaun. kat UPSI. Dlu sy pnh luahkan kat cni jgk.

  42. erm……..sy pown x dpt mana2

  43. nak tye nie.. permohonan ke upu nie,utamakn result muet ke CGPA?

  44. Hamba Faqir says:

    Assalamualaikum..
    blh sape2 bagi cadangan x? sy lepasan stpm thn 2007 aliran sains..tp result cikai je..2.17. mntk upu x dpt2..blh x bg cadangan camne nk smbg blaja?

  45. macam mana nk dapatkan semula slip muet yang hilang

  46. ad tk sape2 lepasan stpm yang dapat 2.49 berjaya masuk u.

  47. adakah persaingan di ums tinggi..

  48. sy lepasan stpm 2009
    dpt pointer 3.08..
    langsung x dpt 1st intake..why?????????????????????????????????

    • Sabarlah..awk cuba pastikan semua borang yg diperlukan pihak u perlukan dihntr dan di cop pengeshan…Cuba tunggu rayuan bln 7 nie.. Mana tahu rezeki awk ada nanti. Tp kalo sebaliknya berlaku teruskanlah jugak cita2 anda smbung pelajrn di IPTS.

    • Azwan Azlan says:

      mybe dorang check dr segi
      pembabitan ke atas kokorikulum
      awk kot.
      mgkin kalo awk aktif .
      dorang amik awk .
      ni just pndangan saje ,
      even it true or not .
      i dont know .

  49. sy dpt 3.08 x pdt msk u,knp???????????????

  50. kwn sy lak 2.00 dpt uum…kos multimedia,,,rezeki dia.alhamdulillah.

  51. salam…sye nk mintak pndgn korg semue.sy dpt kos CHEMICAL ENGINEERING tp sy x tau ape2 ttg kos tu.cerah x peluang pekerjaan?sape2 tlg reply msg nie….

  52. alhamdulilah sekolah sye 55 drpd 114org dpt ipta

  53. cahaya_bulan says:

    alhamdullilah..sy dpm umk,kelantan..kos sy minat, sins bio..2nd choice.. 🙂

  54. ingin tahu says:

    ad tk sape2 lepasaan stpm dapat kos akaun..brape pointer yg diperlukan..
    saya ingin menduduki stpm pada tahun ini..tp exam slalu dpt 2.8.

  55. Tao x bl intke ntk e rayuan ni? Mksdny klu dpt bl kte akn msuk u ni

  56. gadis sarawak says:

    saya dapat uitm kelantan dalam ijazah p.perniagaan….tapi saya tak pergi…mcam mane nie ?????saya mahu belajar,tapi kelantan tue terlalu jauh…ibu dah ayah saya sudah tua ,saya berkeberatan mniggalkan mereka…saya dari sarawak…bantu la saya….kalau saya tak terima uitm nie??rugi ka???boleh kah saya mintak dec intak??unimas ada dec intak ka????tolong………………………..

  57. Keputusan rayuan dijangka akan dimaklumkan pada minggu ketiga bulan Julai… x sama seperti tahun lepas ke??? pada 10 julai??? ini bermakna kita akan masuk pada dec intake??? no!!!!!!!!

  58. bole x sesiapa di sini bole beritahu saya calon-calon rayuan akan masuk U bila????kerana karang nak cari part time job pun susah.. aduh!!!!

  59. kenapa sahabat ku yang lain dapat..maksud saya kwn2 yang result die bole tahan…saya yang result ok x dpt.adakah faktor salah pilih kursus???/
    tell me please..

  60. Aiman Hasyim says:

    Salam…kwn saya dpt CGPA 1.97 d matrikulasi..dia tlah mmbuat permohonan rayuan untuk kemasukan d UMS..adakah permohonan dia boleh diterima atau ditolak?

  61. Saya pilih kursus[Sejarah] yang tidak popular,tetapi tidak kena pilih IPTA,apa masalah nya?saya rasa tiada kaitan dgn pemilihan kursus….

    • Ramai yg silap faham kursus bidang sastera tidak popular dan hanya perlukan pointer rendah. Tetapi apa yg berlaku adalah sebaliknya kerana permintaan terhadap kursus-kursus sastera di IPTA cemerlang sgt tinggi. Selalunya pointer 3.5 ke atas saja yg ada peluang

    • Sapa kata sejarah tak popular? Kursus2 bidang sastera sebenarnya sgt tinggi saingan sebab ramai budak2 yg pointer tinggi minta. Jika kita pointer rendah, memang susah nak dpt.

  62. guys, kemungkinan maklumat yg kita bagi tu tak tepat sebab tu tak dapat mana-mana U??…semasa membuat rayuan saya mendapati maklumat muet saya tu silap…. pada muet yg pertama saya dapat band 3, kali kedua band 4…. tapi semasa saya mengisi borang tersebut saya letak band 4 tapi angka giliran itu saya letak yg band 3 punya iaitu angka giliran peperiksaan muet pertama saya… mungkin sebab ni saya tak dpt… nasib baik saya sedar akan mslah tersebut dan sempat membuat pembetulan… hope bole dpt kali ini… XD… gud luck to all of u out there…

  63. tarikh result rayuan bila yer?? plez sape2 yg taw

  64. Salam Satu Malaysia..Saya ada satu pertanyaan.Bilakah keputusan rayuan utk lepasan SPTM/Setaraf dikeluarkan.. Orientasi pon dah habis .. Please reply..saya mahu bagi kata putus pada majikan.

  65. Salam Satu Malaysia..Saya ada satu pertanyaan.Bilakah keputusan rayuan utk lepasan SPTM/Setaraf dikeluarkan.. Orientasi pon dah habis .. Please reply..saya mahu bagi kata putus pada majikan.

  66. result keluar 21 julai…

  67. Sekadar nak kongsi pengetahuan. Kebanyakan yg x dpt tempat tu berpunca drp silap pilih kursus. Contohnya, pointer rendah tp mintak kat IPTA cemerlang yg dah tentu saingan tinggi. Ada pulak tu yg mintak kursus yg dia tak layak (tak lepasi syarat minimum), Ada juga yg tak amek pot pasal keputusan SPM sedangkan syarat ada nyatakan kelulusan SPM yg diwajibkan.
    Yang paling malang, contohnya dia dpt 3.60 minta semua medic tapi media biasanya nak 4.00. Lepas tu tarokk tak setuju terima kursus lain, jadi dia x kan dpt mana2 tempat la…

  68. Maaf nak tambah sikit. Pada masa akan dtg, jika ada sedara mara atau adik beradik yg nak apply IPTA, sila baca syarat am dan syarat khas dengan teliti. Jika tidak layak, jgn sekali-kali minta sebab dah confirm akan rugi 1 pilihan dah. Jangan sekali-kali 'nak test market'…
    Jika result hanya cukup makan, mintalah IPTA bukan cemerlang sebab di IPTA cemerlang, saingan amat tinggi.
    Sila pilih SETUJU ditawarkan kursus lain jika kursus yg dipohon tidak berjaya. Harap maklumat ini dpt membantu anda semua.

  69. saya setuju ngan abang bob…… sebab saya tgk yang xdapat byk tersilap pilih u… kepada pelajar poli, unimap utem ump uthm ok untuk pelajar kejuruteraan… jgn terlalu memilih u yang hebat2 coz byk yang bersaing… keutamaan akan diberikan kepada pelajar matrik dan stpm

    • yer..saya juga bekas pelajar politeknik (kejuruteraan) menjadi pilihan pertama mendapat cgpa 3.84 tetapi tidak mendapat tempat..kecewa..

      • Mungkin ini boleh menjadi pengajaran kpd semua.
        1. Bila anda tamat poli (bila dpt transkrip penuh?)
        2. Kursus apa yg dipohon di IPTA
        3. Ada MUET?
        4. Result maths & BI SPM brp?

        • * Abg_Bob

          1.saya tamat poli Disember 2009, muet band 3,keputusan BM 2A & BI 4B
          2. kawan saya cgpa 2.9 berjaya dapat tawaran
          3. saya harap keputusan rayuan nanti mendatangkan berita yg gembira bagi sy.

          • Kebiasaannya, cut of points bagi IPTA cemerlang agak tinggi untuk lepasan diploma ini (Contohnya 3.50 ke atas). Jika kita hanya disekitar 3.3 dan memohon kelapan-lapan pilihan di IPTA tersebut, peluang amat tips.

            Rakan anda mungkin berjaya mendapat tempat kerana ada memohon di IPTA yang tidak mensyaratkan CGPA 3.00 ke atas. Sila maklum, ada IPTA yang mesti CGPA 3.00 ke atas

        • Jika gagal juga semasa pemilihan rayuan kali ini.. saya bercadang ingin membuat permohonan baru utk in-take Disember. Bilakah ia dibuka?

          • UiTM confirm ada intake Disember dan selalunya iklan pada Ogos atau September. Rajin-rajin la buka web IPTA yang lain.

      • Jika benar anda 3.84 & tak dpt tempat, agak menghairankan. Mungkin ada sesuatu yg menyebabkan anda tidak ditawarkan sebarang tempat.. Boleh tinggalkan nama anda (Cukup sekadar nama tanpa bin atau binti) dan tarikh lahir anda?

      • agak menghairankan… baru abis ka??? untuk memasuki u, memerlukan tanskrip…. muet mesti dah ambil…. penghantaran dokumen yang xlengkap boleh mengakibat seseorang pelajar ditolak.. mintak u mana tu?

        • Ya,,saya juga gagal dalam pemilihan lepas dan memang kecewa.

          saya bekas pelajar poli dan memilih UTHM sebagai Universiti utama.. tapi tidak mendapat tempat di sana..

          saya berharap sangat mendapat tempat di UTHM yg menjadi impian saya selama ini.

  70. Sekadar memberi pandangan…. Semasa isi e-rayuan, sepatutnya jgn pilih lagi 8 pilihan yang kita tak dapat sebelum ni kerana sudah jelas kita tidak melepasi cut of points yang ditetapkan. Contoh, kita mohon lagi HA15 dgn hanya CGPA 3.11 sedangkan cut of pointsnya sudah tentu lebih tinggi drp apa yang kita ada (contohnya 3.25)
    Langkah terbaik, sila pilih kursus yang kita tidak mohon sebelum ini.

    • insan lemah says:

      ye ke?sy tgk jgk syrt2 die mse aply tu..
      ums pon saingan tggi jgk ye?

      • UMS dan lain-lain IPTA Cemerlang saingan agak tinggi bagi kursus sastera seperti Psikologi, Sejarah atau Komunikasi

    • Azwan Azlan says:

      halamak ,gua da pilih yg sma da .
      ados .harap2 kena la pilihan gua.
      gua syak btol la ckp lu abg bob.
      cmne ni .
      uhuhuh

  71. salam.,.,.,
    cane nk tgk sesi kemasukan bulan disember t ea??

  72. sapa tau bila keputusan rayuan kuar tuk lepasan stpm setaraf?

  73. abg bob..saya memenuhi syarat am dan khas,tapi x kena ipta..pa hal?saya pilih kos sejarah..UMS

  74. ABG BOB..saya memenuhi syarat am dan khas tapi x dpt ipta…UMS KOS sejarah

  75. saya memenuhi syarat am dan khas knp x kena ipta?ums kos sejarah

  76. Penantian satu penyiksaan 🙁

  77. Result kuar 12pm 21.Julai.2010…

  78. Result 12pm 21.Julai.2010…..

  79. Chiencalock says:

    bila keputtusan rayuan kua???x sbar da ni..

  80. camne nk cetak tawaran dr umk??;….erm

  81. hai abg bob… sy pn senasib gak ngan bebudk yg gagal dptkn tmpt d ipta.. sy
    pelik gak npe mmbr2 sy yg len bjye dpt tmpt sdgkn pointr sy lbi tnggi drpd mreke? sy pohn kt ums tuk smua 8 plihan 2.. dh pohn ryuan tpi resultnya tetp sma…result stp sy x tnggi 1b,3c+… muet band 3,spm 1a1,2a2,1b3,4b4,1d7… sy dh belek bnyk kali syrt am dn syrt khusus tuk kos yg sy dh plih 2 dn smuanya lyak tuk sy tpi msi gagl jgak? ble tlg bg pndpt x?

  82. semasa 1st intake, adakah anda mohon kursus yg sama dgn rakan anda? Adakah anda hantar transkrip kpd semua ipta yg ada mohon?

  83. alhamdulillah.. UPSI..

  84. salam…erm…nak tanyer…sy dah apply diploma n degree untok intake disember 2010/januari 2011 kat uitm….dan keputusan diploma dah pon keluar pd 15/11/2010 iaitu semalam dan sy telah mendapat tawaran diploma intake disember 2010uitm…..tp sy ade apply degree uitm jgak y akan akan keluar pd 28/11/2010 dan degree upsi y akan keluar pd 5/12/2010….tetapi uitm mahu sy membuat pengesahan sama ada saya menerima ataupon menolak tawaran diploma yang telah ditawarkan kepada sy dalam mase y dtetapkn…..tp pada page intake uitm tersebut tdak terdapat tarikh akhir umtok kite membuat pengesahan tersebut….sy mahu menunggu keputusan degree uitm n upsi…tp kalau sy x settuju dngn tawaran diploma uitm tu..sy takot sy xkn dapat tawaran diploma dan degree uitm tersebut….td sy dah kol pihak pengambilan uitm…tp diorang pon xtau tarikh akhir untok calon2 membuat pengesahan…sy takot kalau sy bersetuju dengan diploma tersebut…sy x akan dtawarkan degree pulak….harap sesiape y tahu tarikh tersebut…bantu kami y sedang bingung ni….ttqqqqqqq…………….

  85. i dpt uitm..horeyyy

  86. kalau kursus yg anda mohon sama dgn kwn anda memang pelik anda x dapat… tapi kalu x sama memang x aneh pon… x semestinya masuk um tu pointer 3.0 keatas je.. kawan saya stpm sastera 2.75 pon dapat masuk um, ukm, um ,utm, upm.. sebenarnya bergantung kepada SAINGAN kos yg kita mohon… kalau RAMAI POINTER TINGGI mintak kos mcm anda PASTI YG LEBIH BAIK DRPD ANDA yg akan dpt…. kawan anda pula kos dia x ramai yg TINGGI DRPD DIA MOHON jadi REZEKI DIA LA…. so kena BIJAK pilih kos DAN Universiti BERSESUAIAN POINTER N keluaran mana… MATRIK & STPM pointer 2.7 dah KALAHKAN bdk POLI POINTER 3.4…. ADIL LA KERANA MODUL pembelajaran tak sama….. STU LAGI budak poli selalu kalah MARKAH KOKURIKULUMNYA… jadi nasihat saya pilihlah kos n Universiti dgn bijak…kalau pointer 3.9 x dapat kos yg dipohon memang boleh dipertikai kecuali kos medic which is 4 flat… tapi kalau bawah 3.9 tu jgn perasan la….. plz… sedar kemampuan… maaf kalau terasa.. cuma nak menyedarkan je bahawa SAINGAN SANGAT SENGIT. jgn anggap anda dah hebat kena budak PANDAI KINI DAH RAMAI!

  87. sye niyh mmg tak pat pon ipta …result sye sederhana je….course pon kulinari n nurse n makmal perubatan….bkn besh pon….tpi still tak pat…..geramnyer…..

  88. saya lepasan STAM 2010..tapi dsapat kos saiNs kognitif kat UNIMAS…..nk tanya kos sains kognitif tu susah ke?…dahle kena g sarawak lak tu…aduh..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title="" rel=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.