TERKINI : Tarikh Permohonan Kemasukan Ke IPTA Sesi Akademik 2010/2011
Tarikh permohonan ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) sesi akademik 2009/2010 telah diselaraskan seperti berikut;
Lepasan Matrikulasi Kementerian Pengajian Tinggi (KPM)/ PASUM/ Asasi Undang-undang
- Nombor unik ID boleh dibeli di BSN mulai : 15 Disember 2008
- Tarikh permohonan dibuka : 15 Disember 2008
- Tarikh tutup permohonan : 15 Januari 2009
- Tarikh iklan : 4 Januari 2009
- Nombor unik ID boleh dibeli di BSN mulai : 5 Januari 2009
- Tarikh permohonan dibuka : 5 Januari 2009
- Tarikh tutup permohonan : 5 Februari 2009
Lepasan STPM 2008
- Tarikh iklan : 1 Februari 2009
- Nombor unik ID boleh dibeli di BSN mulai : 3 Februari 2009
- Tarikh permohonan dibuka : 3 Februari 2009
- Tarikh tutup permohonan : 10 hari bekerja selepas keputusan peperiksaan STPM 2008 diumumkan
Lepasan STAM 2008/2007/2006
- Tarikh iklan : 1 Februari 2009
- Nombor unik ID boleh dibeli di BSN mulai : 3 Februari 2009
- Tarikh permohonan dibuka : 3 Februari 2009
- Tarikh tutup permohonan : 10 hari bekerja selepas keputusan peperiksaan STAM 2008 diumumkan
- Tarikh iklan : 1 Februari 2009
- Nombor unik ID boleh dibeli di BSN mulai : 3 Februari 2009
- Tarikh permohonan dibuka :
Fasa 1 3 November 2008 – 31 Disember 2008 Fasa 2 3 Februari 2009 - Tarikh tutup permohonan : 10 hari bekerja selepas keputusan peperiksaan SPM 2008 diumumkan
Lepasan SPM dan setaraf (kategori B,C,D)
- Tarikh iklan : 1 Februari 2009
- Nombor unik ID boleh dibeli di BSN mulai : 3 Februari 2009
- Tarikh permohonan dibuka : 3 Februari 2009
- Tarikh tutup permohonan : 3 Mac 2009
Lepasan Diploma Pendidikan
- Tarikh iklan : 3 Mei 2009
- Nombor unik ID boleh dibeli di BSN mulai : 4 Mei 2009
- Tarikh permohonan dibuka : 4 Mei 2009
- Tarikh tutup permohonan : 8 Jun 2009
Maklumat di atas dikeluarkan oleh Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar
Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi. Oleh itu pemohon dinasihatkan sentiasa memantau laman web Kementerian Pengajian Tinggi untuk maklumat terkini.
what is the different between ipta and matriculation?
what is the different between fasa1 and fasa 2?
what is the different between “Lepasan SPM 2008” and “Lepasan SPM dan setaraf (kategori B,C,D)”?
when is the deadline?
Jeanne,
IPTA adalah rangkaian universiti yang ada di Malaysia kendalian kerajaan. Manakala Matrikulasi adalah program pra universiti untuk pelajar lepasan SPM, sila rujuk Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia.
Fasa I adalah untuk Pendaftaran Permohonan dan Fasa 2 pula adalah Pengesahan Permohonan, sila rujuk Permohonan Kemasukan IPTA 2009 Lepasan SPM.
Lepasan SPM dan setaraf untuk kategori B,C dan D adalah lepasan SPM tahun 2007 (kategori B), 2006 dan 2005 (kategori C), 2004 dan sebelumnya (kategori D).
Tarikh tutup adalah seperti dinyatakan di atas.
salam.
saya nak tanye. utk apply usm, pelajar prlu apply online di web usm kan. kalau utk utm dan uia, pelajar perlu apply di web uia dan utm jgk ke?
dan mcm mne nk apply utk univ tu slain dr upu.
[lepasan matrikulasi]
terima kasih
Izdihar Insyirah,
Salam… Selain USM semua pengambilan ijazah pertama sesi Julai 2009 ke IPTA adalah melalui BPKP @ UPU. Sila rujuk Permohonan Kemasukan IPTA Sesi Akademik 2009/2010 Lepasan Matrikulasi Dan Asasi.
SALAM,
Mcamana dengan kakitangan awam yang mengikuti proram Ijazah Sarjana, apa yang perlu dilakukan? adakah perlu melakukan proses sama dengan pelajar lepasan sekolah? t.kasih
kenapa cikgu disekolah saya dah belikan nombor id untuk kami sejak dari OCT 2008?jadi,nombor id tu tak boleh pakailah…
tolonglah informkan kami kalau ada pemberitahuan terbaru tentang nak memohon ke IPTA…
tolonglah kami…
sy nak tanya,kalau sy lepasan sijil di institut latihan perindustrian kuala lumpur,boleh tak kalau saya apply diploma??
dalam bahagian penyejukbekuan dan penyamanan udara..
Kimput,
Permohonan kemasukan ke IPTA adalah berdasarkan kelulusan dan jenis pengajian yang akan diambil. Sila rujuk laman web rasmi kemasukan ke IPTA atau laman web IPTA berkenaan untuk maklumat lanjut.
Anis Amalina,
Nombor ID yang dibelikan oleh guru itu adalah sama dan boleh digunakan. Pembelian melalui sekolah adalah lebih awal, pembelian Nombor ID yang dinyatakan di atas ialah untuk pembelian individu.
Amzarsyah,
Anda perlu menyemak syarat kelayakan masuk untuk kursus diploma berkenaan. Semakan boleh dibuat di Syarat Khas Kemasukan di laman web rasmi kemasukan ke IPTA atau di laman web IPTA yang berkenaan.
macam mane saya nk tau bile pengmbilan program pjj utk progrm ijazah sarjanamuda…?
Zayme,
Pengambilan program PJJ dikendalikan oleh IPTA sendiri, oleh itu perlu semak dilaman web IPTA yang berkenaan.
Saya juga akan umumkan di blog ini jika saya dapat maklumat mengenainya.
Saya merupakan graduan ijazah sarjana muda tahun 06…tetapi saya ingin memohon untuk ijazah sarjana muda buat kali kedua ttp dalam bidang yang berlainan..adakah boleh?
Apri3011,
Sepatutnya tentulah boleh, walaupun begitu adalah lebih baik anda mendapatkan penjelasan lanjut dari Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar di talian 03-8883 5858 atau 03-8883 5848 atau emel upu@mohe.gov.my.
i don’t have a comment, but i do have a question. i want to register on upu but i never register at ‘Fasa 1’. can i register at ‘Fasa 2’ even i didn’t register at ‘Fasa 1’ ?
saya dah beli ID number pd bulan jan 2009. adakah saya boleh guna ID yang sama untuk memohon ipta atau kena beli ID baru selepas 3 februari. (LEPASAN STPM 2008)
Ali,
Untuk lepasan SPM boleh tetapi untuk lepasan Matrikulasi tidak boleh.
Sittu,
Anda boleh guna nombor ID yang dibeli pada bulan Januari lalu, tidak perlu beli yang baru.
skrang,num ID utk lepasan spm kategori C masih dijual ke?
Nur,
Masih ada dijual sehingga tarikh tutup pada 3 Mac 2009.
kalau saya tlh mengisi laman 1 iaitu maklumat peribadi dan klik seterusnya ke laman2 iaitu maklumat keluarga. jika saya tutup blh saya kembali lagi pd lain kali?? bolehkah saya masih terus pd laman 2 itu utk mengisi maklumat keluarga??
Dolphin00,
Maklumat yang anda masukkan tidak akan tersimpan di dalam sistem sehinggalah anda klik “SAH dan HANTAR”. Jika anda mengisi laman 1 kemudian keluar, anda perlu mengisi semula laman 1 bila masuk sekali lagi.
hi nilam,
tanye sikit..
Tarikh tutup permohonan IPTA bagi pelajar lepasan SPM 2008 ialah 10 hari selepas keputusan SPM diumumkan?
Note91,
Ya, 10 hari bekerja selepas keputusan peperiksaan SPM 2008 diumumkan.
i’ve applied the upu 09/10 lepasan diploma application, but iv’e forgotten my sequences of course and uni application i’ve applied. i need those details as im applying for my scholarship currently. is there any way that i can check what i have applied? thx.
Bianca,
Anda tiada pilihan tetapi perlu menghubungi terus pihak UPU untuk mendapatkan maklumat ini.
hai nilam,
saya nak tanya boleh ke klu borang upu tu saya tak isi fasa 1,tapi saya terus isi fasa 2..sebab masa saya nak isi fasa 1 dah tak sempat..
Hawa,
Boleh, tiada masalah.
Saya ingin nak tanya, jika adik perempuan saya adalah pelajar lepasan stpm 2007. bolehkah dia mememohon lagi dengan result dia untuk sesi kemasukan ipta kini?
Kinny,
Boleh, dalam kategori E (aliran sastera) atau kategori F (aliran sains) tetapi dukacita dimaklumkan permohonan untuk kategori ini telah ditutup pada 5 Februari 2009 lalu.
Excuse me, adakah pelajar bukan bumiputera langsung tidak layak untuk program asasi sains dan alam bina di Universiti Malaya? Jikalau seseorang itu mengisi, dia tetap tidak akan mendapat peluang untuk mendapatkannya, betul?
Double-u,
Ya, betul.
bilakah keputusan bagi lepasan diploma/setaraf sesi 2009/2010 keluar?
Amal,
Dijangka minggu ketiga bulan Jun nanti.
Salam..
sy nk tny..bila tarikh apply ukm bg intake bulan 7?
Nurul,
Saya tidak mempunyai maklumat mengenainya mungkin anda boleh semak di laman web UKM.
is’t de diploma name list 4 de lepasan SPM and setaraf wil be released on 1st May?
RaInI3,
Ya sepatutnya.
saya sedia maklum bahawa keputusan ke politeknik akan diumum kan besok.
tetapi pukul berapa keputusan itu akan di buka?
Nisa Garang,
Memang benar keputusan permohonan politeknik boleh disemak mulai esok tetapi saya juga tidak tahu bermula pukul berapa.
Saya cadangkan dari masa ke semasa anda rujuk laman web Politeknik esok.
Sy merupakan lepasan SPM 2008.Stakat ini,sy blum membuat sebarang permohonan kemasukan ke sebarang IPT.Justeru itu,saya ingin membuat permohonan kemasukan ke UiTM-Diploma Pentadbiran Awam bagi Sesi Disember 2009.Akan ttp,sy tidak melakukan apa2 terhadap UPU sy.Adakah sy masih boleh memohon kemasukan ke UiTM tersebut seperti biasa?Bagaimana caranya?Harap dpt membantu sy dlm hal ini.Jutaan terima kasih.
Amirul,
Jangan risau, anda boleh terus memohon untuk pengambilan Disember/Januari nanti kerana ia tidak kaitan dengan UPU. Permohonan boleh dibuat terus melalui universiti yang berkenaan dan untuk UiTM sila rujuk http://uitmonline.edu.my/.
berapa kali setahun diploma student can apply for ipta?? when they start the class??
Ting,
Secara amnya dua kali iaitu pengambilan sesi Julai dan sesi Disember.
Pemulaan kelas bergantung kepada IPTA yang berkenaan.
salam.. jika saya ingin menjadi seorang guru sekolah menengah,
1) ipta manakah yang menawarkan diploma dalam kursus tersebut?
2) perlukah saya mengambil stpm?
3) berapakah kelayakan utk memasuki kursus tersebut?
jutaan terima kasih ats bantuan saudara.
salam…saya ingin btnye…saya lulusan diploma dr ipts..kputusan bg mymbung pgjian ke ipta hari esok kan??saya nk tnye phk pgurusan mntikberatkn spm x??
sbb ari tu anta slinan sijil spm…lpas2..saya nk tnye satu lg,pmohonan utk mndptkn biasiswa jpa dibuka bila ye???