Pinjaman Pelajaran MARA Program Perubatan & Pergigian Luar Negara 2012

Majlis Amanah Rakyat (MARA) mempelawa pelajar-pelajar yang sedang belajar dan layak untuk memohon pinjaman pelajaran boleh ubah pengajian Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Ijazah Sarjana Muda Pergigian di universiti luar negara.

Peringkat Dan Bidang Pengajian

Tawaran pinjaman pelajaran adalah bagi peringkat dan bidang pengajian seperti berikut:

Pinjaman Pelajaran MARA

  • Ijazah Sarjana Muda Perubatan
  • Ijazah Sarjana Muda Pergigian

Syarat Asas

  • Pemohon berketurunan Melayu / Bumiputera dan warganegara Malaysia.
  • Salah seorang ibu atau bapa pemohon berketurunan Melayu / Bumiputera dan warganegara Malaysia.
  • Had umur pemohon adalah tidak melebihi 30 tahun pada 31 Disember 2012.
  • Pemohon tidak menerima bantuan kewangan / tajaan dari mana-mana agensi untuk pengajian atau peringkat yang sama.
  • Tidak pernah ditamatkan bantuan oleh mana-mana penaja atas sebab tindakan disiplin dan menyalahi undang-undang negara.
  • Memenuhi syarat yang ditetapkan oleh Majlis Perubatan Malaysia (MMC), Kementerian Pengajian Tinggi dan MARA.

Syarat Majlis Perubatan Malaysia

  • Kredit dalam subjek Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris
  • Band 4 dalam Malaysian University English Test (MUET) atau setaraf; DAN
  • Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
    – Gred B dalam 5 subjek iaitu Biologi, Kimia, Fizik, Matematik (atau Matematik Tambahan) dan satu subjek lain; ATAU
  • General Certificate of Education Ordinary (“O”) levels
    – Gred B dalam 5 subjek iaitu Biologi, Kimia, Fizik, Matematik (atau Matematik Tambahan) dan satu subjek lain; ATAU
  • Unified Examination Certificate (UEC)
    – Gred B4 dalam 4 subjek Biologi, Kimia, Fizik (atau Matematik atau Matematik Tambahan) dan satu subjek lain; DAN
  • Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM)
    – Gred B dalam subjek Biologi, Kimia, Fizik (atau Matematik); ATAU
  • General Certificate of Education Advanced (“A”) levels
    – Gred B dalam subjek Biologi, Kimia, Fizik (atau Matematik); ATAU
  • Matrikulasi atau; Persediaan Sains atau; Pre- Medical (tidak kurang daripada 1 tahun) dan; diakreditasi dan; kelayakan masuk minimum adalah B dalam 5 subjek iaitu Biologi, Kimia, Fizik, Matematik (atau Matematik Tambahan) dan subjek lain di peringkat Sijil Sekolah atau setaraf
    – GPA 3.00 (daripada 4) dalam setiap subjek Biologi, Kimia, Fizik and Matematik; ATAU
  • Unified Examination Certificate (UEC)
    – Gred B4 dalam subjek Biologi, Kimia, Fizik, Matematik dan Matematik Tambahan; ATAU
  • Monash University Foundation PreUniversity Program (MUFY) atau; University of New South Wales (UNSW) Foundation atau; Western Australia Curriculum Council atau; HSC Sydney Australia atau; Trinity College Foundation Studies atau; Australian Universities Foundation Programmes atau; South Australian Matriculation (SAM) atau; Victorian Certificate of Education, Australia Year 12
    – Aggregat atau purata 80% atau; 80% ATAR atau setaraf dan; 80% dalam setiap subjek Biologi, Kimia, Fizik (atau Matematik); ATAU
  • National Certificate of Educational Achievement (NCEA) Level 3 atau; New Zealand Bursary
    – 80% dalam setiap subjek Biologi, Kimia, Fizik dan Matematik; ATAU
  • Canadian Pre-University (CPU) atau; Canadian International Matriculation Program (CIMP / Canadian Grade 12/13 – Purata 80% dan; 80% dalm setiap subjek Biologi, Kimia, Fizik (atau Matematik); ATAU
  • Indian Pre-university
    – 70% dalam setiap subjek Biologi, Kimia, Fizik and Matematik; ATAU
  • American High School with Advanced Placement (AP)
    – Gred 4 dalam setiap subjek Biologi, Kimia, Fizik dan Matematik; ATAU
  • International Baccalaureate (IB)
    – 30 points dengan minimum 2 subjek sains di Higher Level (HL) dan 1 di Standard Level dan; memperolehi skor minimum 4 dalam setiap subjek Biologi, Kimia, Fizik and Matematik; ATAU
  • Diploma Sains Kesihatan (Kursus tidak kurang daripada 2 tahun di institusi yang sama) dan; diakreditasi dan; kelayakan masuk minimum adalah B dalam 5 subjek iaitu Biologi, Kimia, Fizik, Matematik (atau Matematik Tambahan) dan subjek lain di peringkat Sijil Sekolah atau setaraf
    – CGPA 3.50; ATAU
  • Ijazah Sains Kesihatan
    – CGPA 3.30 program perubatan ijazah pertama – 5 tahun; ATAU
  • Ijazah Sastera dan Kemanusiaan
    – CGPA 3.50 program perubatan ijazah pertama – 5 tahun; ATAU
  • Ijazah Sastera dan Kemanusiaan
    – CGPA 3.75 program perubatan ijazah pertama – 4 tahun

Syarat Kementerian Pengajian Tinggi

  • Telah memperolehi sijil No Objection Certification (NOC) daripada Kementerian Pengajian Tinggi, Malaysia.

Syarat MARA

  • Sekurang-kurangnya telah tamat pengajian tahun 1 peringkat Ijazah Sarjana Muda dengan keputusan peperiksaan keseluruhan minimum yang terkini adalah CGPA 3.00 / Jayyid Jidan / Kelas Kedua Atas atau setaraf dengannya.
  • Mempunyai baki pengajian sekurang-kurangnya 1 tahun pada 1 September 2012.
  • Sedang mengikuti pengajian di universiti yang diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam – http://pengiktirafan.jpa.gov.my – dan Majlis Perubatan Malaysia (MMC).
  • Pinjaman Pelajaran MARA adalah terhad kepada yuran pengajian sahaja dan bermula pada September 2012.

Permohonan

  • Permohonan perlu dikemukakan secara atas talian (online) di laman web MARA melalui Sistem Permohonan Pinjaman Pelajaran MARA Program Perubatan & Pergigian.
  • Borang permohonan yang diisi secara atas talian perlu dicetak dan dihantar kepada:

    Pengarah
    Bahagian Penganjuran Pelajaran MARA
    Tingkat 3, Ibu Pejabat MARA
    21 Jalan Raja Laut
    50609 Kuala Lumpur
    (u.p : Unit Penajaan Program Khas)

Tarikh Tutup

  • Permohonan secara atas talian Pinjaman Pelajaran MARA Program Perubatan & Pergigian Luar Negara 2012 akan ditutup pada 30 Mac 2012.
  • Borang permohonan yang telah diisi dan dicetak perlu dihantar kepada alamat di atas sebelum atau pada 13 April 2012.

Keputusan Permohonan

  • Semakan keputusan permohonan boleh di semak mulai 11 Jun 2012 di laman web MARA.
  • Permohonan yang tidak mendapat maklumbalas daripada pihak MARA selepas 29 Jun 2012 adalah dianggap tidak berjaya.

Pertanyaan

9 thoughts on “Pinjaman Pelajaran MARA Program Perubatan & Pergigian Luar Negara 2012

  1. untuk lepasan spm 2011 ade x???

  2. errina helmi says:

    kalau saya ambil diploma mikrobiologi dgn cgpa 3.57..adakah saya boleh memohon untuk ijazah pergigian ni?

  3. borang permohonan untuk Program Khas Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia 2011 di bawah Pinjaman Pelajaran Boleh Ubah tak leh buka pun.Please…..

  4. faidatul says:

    borg permohonan mara tak dibuka lagi ke selepas pspm 2 diumumkan untuk lepasan matrikulasi 2011/2012?

  5. adakah MARA masih menghantar pljr tajaannya dlm bidang perubatan di universiti2 di Egypt/Mesir cthnya di ALEXANDRIA UNIVERSITY kerana fakulti perubatan ALEXANDRIA UNIVERSITY adalah top ranking utk bidang perubatan di timor tgh.

  6. adakah mara hanya ada satu sesi tawaran dalam setahun? masalahnya keputusan tahun pertama saya akan keluar bulan ogos 2013, jadi saya masih perlu tunggu sehingga tahun 2014 (4th semester) untuk memohon kalau tawarannya buka bulan mac… 🙁

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title="" rel=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.