Skim Pinjaman Yuran Pengajian Di Luar Negara JPA

TERKINI :

Semakan Keputusan permohonan SKIM PINJAMAN YURAN PENGAJIAN LUAR NEGARA SESI II/2009 boleh dibuat mulai 03 November 2009. Pemohon-pemohon yang berjaya diwajibkan untuk mengemaskini status penerimaan tawaran (terima /tolak) sebelum atau pada 15 November 2009.

Kemudahan pinjaman yang disediakan adalah berkonsepkan cost sharing di mana JPA akan membiayai yuran pengajian sahaja tertakluk kepada jumlah maksimum sebanyak RM200,000.00 seorang. Had ini ditetapkan agar tidak membebankan pelajar-pelajar untuk membuat bayaran balik selepas tamat pengajian nanti. Lain-lain kos seperti kos sara hidup dan kos kerugian pertukaran wang asing adalah di bawah tanggungjawab pelajar sendiri.

Jenis-Jenis Pinjaman

Pinjaman Khas Perubatan
Pinjaman ini dikhaskan untuk pelajar-pelajar yang mengambil bidang perubatan, pergigian dan farmasi di luar negara. Pelajar-pelajar yang mendapat kemudahan pinjaman ini boleh dikecualikan daripada membayar balik pinjaman sekiranya pelajar bersetuju mengikat kontrak untuk berkhidmat dengan Kerajaan Malaysia selama 10 tahun selepas menamatkan pengajian dengan jaya.

Pinjaman Biasa
Pinjaman ini terbuka kepada pelajar-pelajar di dalam bidang-bidang lain yang diberi keutamaan selain daripada perubatan, pergigian dan farmasi. Pelajar-pelajar yang mendapat kemudahan pinjaman ini dikehendaki untuk membayar balik keseluruhan jumlah pinjaman selepas menamatkan pengajian.

Bidang-Bidang Pengajian Yang Ditaja
Bidang-bidang pengajian yang ditaja terbahagi kepada 3 kategori umum iaitu bidang kritikal, bidang keutamaan dan bidang-bidang lain (Sains Sosial/Sastera Iktisas) seperti berikut :

Bidang–bidang Kritikal

  • Perubatan
  • Pergigian
  • Farmasi
  • Veterinar

Bidang-bidang Keutamaan

  • Sains dan Teknologi (tidak termasuk Sains Komputer dan Teknologi Maklumat)
  • Kejuruteraan (tidak termasuk Elektrikal & Elektronik, Mekanikal dan Awam)
  • Senibina / RIBA Part II
  • Perakaunan / ACCA

Bidang-bidang lain (Sains Sosial & Sastera Ikhtisas) seperti:-

  • Undang-undang
  • Ekonomi
  • Kewangan/Perbankan/Pemasaran/ Perniagaan Antarabangsa
  • Perhubungan Antarabangsa
  • Komunikasi

Kursus-kursus yang diikuti hendaklah kursus yang telah diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.

Syarat-syarat Umum

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur di bawah 25 tahun semasa permohonan dibuat
  • Pelajar telah pun berjaya menamatkan sekurang-kurangnya satu semester (bagi pelajar lepasan diploma) atau setahun pengajian di luar negara dan telah berjaya masuk ke tahun berikutnya (tertakluk kepada syarat-syarat khusus).
  • Ibu/Bapa/Adik-Beradik/Pelajar bukan merupakan Peminjam Tegar Pinjaman / peminjam disenaraihitamkan / mempunyai tunggakan bayaran balik pinjaman (daripada JPA atau badan-badan pinjaman kerajaan yang lain)
  • Ibu/bapa tidak pernah melanggar mana-mana kontrak biasiswa kerajaan (sekiranya pernah/sedang berkhidmat dengan kerajaan)
  • Hanya seorang daripada ahli keluarga sahaja yang layak mendapat pinjaman pada satu-satu masa (Permohonan ahli keluarga yang lain hanya akan dipertimbangkan selepas  peminjam sebelumnya telah membuat bayaran balik pinjaman sekurang-kurangnya 6 bulan)

Cara Memohon
Tawaran permohonan pinjaman akan dibuat 2 kali setahun berdasarkan kepada tarikh kemasukan ke universiti-universiti di luar negara. Permohonan pinjaman hendaklah dibuat melalui online di Permohonan Pinjaman Yuran Luar Negara Sesi 2009. Manakala dokumen sokongan dikemukakan secara fizikal (hardcopy).

Permohonan secara online mula dibuka mulai tarikh-tarikh berikut:

  • 1 Disember (bagi tarikh tutup 28 Februari)
  • 1 Jun (bagi tarikh tutup 31 Ogos )

Tarikh tutup permohonan secara online yang ditetapkan adalah pada:

  • 28 Februari (Bagi pelajar-pelajar di Australia, New Zealand dan negara-negara yang mula pengajian pada bulan Januari, Februari dan Mac)
  • 31 Ogos (Bagi pelajar-pelajar di UK, Ireland, India, US dan negara-negara lain yang mula pengajian pada bulan Julai, Ogos, September)

Sebarang kemusykilan mengenai permohonan pinjaman, sila hubungi pegawai berikut:

  • Cik Hawa Liyana binti Hashim, Penolong Pengarah, Unit Latihan Sebelum Perkhidmatan (Luar Negara) Tel: 03 8885 3386 Faks: 03 8889 2170 e-mail: pinjaman.yuran@jpa.gov.my atau
  • Puan Che Som bt Samat, Pembantu Tadbir, Unit Latihan Sebelum Perkhidmatan (Luar Negara) Tel: 03 8885 3406, Faks: 03 8889 2170 email : chesom@jpa.gov.my

Maklumat lebih terperinci mengenai pinjaman ini boleh didapati di Garis Panduan Permohonan Pinjaman Yuran Pengajian Luar Negara kelolaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

85 thoughts on “Skim Pinjaman Yuran Pengajian Di Luar Negara JPA

  1. sj bdk baik says:

    salam..
    ada tak skim ni memberi pinjaman sebelum student ke luar negara..
    masalah student skrg tidak mampu nak biayai sebelum pergi lagi..
    boleh memberi kelonggaran terhadap cgpa stdnt dari 2.5 keatas..
    stdnt yg memiliki cgpa 3.5 keatas dapat tajaan dan biasiswa..
    ni situasi yang berbeza..

    bantu lah kami..

  2. Sj bdk baik,
    Ada, contohnya bagi lepasan SPM ada Biasiswa PILN manakala lepasan Diploma dan Ijazah pula ada Pinjaman Mara Skim SPC.

  3. ada tak skim pinjaman yang di beri sebelum student ke luar negara?kebanyakan student tidak mempunyai wang yang cukup sebelum melanjutkan pelajaran

  4. Akma,
    Sila rujuk jawapan saya kepada Sj bdk baik.

  5. em,nk tnye nie..sy dpt twrn smbung blajar kt US buat ijazah.tp sy kne buat persediaan 2 thn kt mlaysia.blh ke sy dpt biasiswa ketika sy buat persdiaan kt malaysia lg??

  6. J-Rul,
    Bergantung kepada tawaran belajar yang anda dapat itu. Jika daripada JPA, anda akan menerima biasiswa bermula dari semasa program persediaan lagi. Jika atas usaha anda sendiri, ada beberapa biasiswa yang ditawarkan oleh beberapa syarikat. Malah ada beberapa kolej yang menyediakan program persediaan ini ada yang menawarkan biasiswa.

  7. syuhada sham says:

    saya pelajar diploma, masih menuntut di IPTA. saya bercadang ingin melanjutkan pelajaran ke luar negara dalam bidang teknologi makanan. saya tinggal lagi 3 semester nak habiskan diploma. CGPA buat masa sekarang 3.32. di bawah skim pinjaman apa yang melayakkan saya untuk melanjutkan pelajaran di luar negara? lagi satu, ape maksud “Tawaran adalah tertakluk kepada pemohon mendapat Tawaran Tanpa Syarat di Universiti Terkemuka sahaja”? bagaimana nak melayakkan saya mendapat tawaran tersebut. Bantu la saya. Nak tanya pensyarah dan kawan-kawan malu sebab CGPA saya tak sehebat mana. Thanks.

  8. Syuhada Sham,
    Pihak JPA, MARA dan juga beberapa pihak lain ada menawarkan biasiswa atau pinjaman untuk mereka yang telah mendapat tawaran atau sedang belajar di luar negara. Anda perlu menyemak syarat yang ditetapkan bagi mengetahui skim mana yang layak memohon.
    Maksud tepat “Tawaran adalah tertakluk kepada pemohon Tawaran Tanpa Syarat di Universiti Terkemuka sahaja” saya kurang pasti tetapi secara amnya bukan semua universiti yang layak dan tawaran tersebut tidak tertakluk kepada syarat tertentu. Contohnya ada universiti yang mengeluarkan surat tawaran tetapi penerimaan masuk anda tertakluk kepada anda lulus ujian tertentu.
    Anda boleh terus menghubungi pihak JPA, MARA atau kaunselor di IPTA untuk berbincang pilihan yang ada untuk melanjutkan pelajaran.

  9. hi. Saya merupakan non bumiputra.Saya berumur 23 tahun dan telah mengakhiri program diploma dengan mendapat keputusan cpga 3.72. Ada peluang tak untuk saya belajar di luar negara dan scholarship.

  10. Joe,
    Biasanya anda perlu mendapatkan tempat di universiti luar negara dahulu baru boleh memohon. Peluang memang sentiasa ada.

  11. apa syarat ke universiti luar negara..??
    dlm kursus pengajian kejuruteraan awam..
    mengikut keputusan SPM..

  12. berapa syarat minimum keputusan SPM untuk ke universiti luar negara.??

  13. saya skrg melanjutkan pengajian perubatan thn kedua di universitas sumatera utara,medan indonesia.Adakah pinjaman jpa diberikan bagi pelajar yg belajar di indonesia?terima kasih.

  14. Problem,
    Bagi tujuan skim pinjaman JPA ini anda perlu sendiri mendapatkan tempat di universiti luar negara. Oleh itu syarat kemasukan adalah berdasarkan syarat yang ditetapkan oleh universiti berkenaan.

    Ila,
    Mengikut garis panduan pinjaman ini, pelajar bidang perubatan di Ireland, United Kingdom, Australia, New Zealand, India, Timur Tengah dan Republik Czech sahaja yang boleh memohon. Walaupun begitu untuk kepastian sila hubungi pihak JPA di talian atau emel di atas.

  15. hello. Saya merupakan non bumiputra.Saya berumur 21 tahun dan telah mengakhiri program diploma dengan mendapat keputusan cpga 3.86. sy telah mendapat twrn utk meneruskan pengajian dlm bidang perubatan di timur tengah. masalahnya ialah sy buntu di mana sy blh mendapat pinjaman atau biasiswa utk membayar yuran pengajian sy nnti… tlg la sy….

  16. Haziaf,
    Perubatan merupakan bidang kritikal dan biasanya agak mudah untuk mendapatkan biasisiwa maupun pinjaman. Sila hubungi Ling melalui email salusnatural@gmail.com mungkin dia boleh membantu anda.

  17. syarizal says:

    sy berumur 25 tahun pd tahun ini dan baru lepas 1 tahun belajar di luar negara dan mendapat tempat untuk tahun seterusnya.Boleh kah sy memohon pinjaman ini,memandangkan sy sudah berumah 25 tahun.

  18. Syarizal,
    Saya rasa bergantung kepada tarikh lahir anda, jika sebagai contoh 31 Aug, maknanya anda belum 25 tahun dan layak memohon. Walaupun begitu sila hubungi Cik Hawa Liyana atau Puan Che Som melalui telefon atau emel yang tertera di atas untuk penjelasan lanjut.

  19. Saya seorang pelajar diploma di Kolej Damansara Utama, dan ingin melanjutkan Degree saya di luar negara iaitu di IMI, Luzern, Switzerland,
    Jurusan yang ingin diambil ialah Kursus Pengurusan Hotel dan Pelancongan,
    Kursus yang ditawarkan berkonsepkan “twinning”, 6 bulan di Kolej Damansara Utama, dan 12 bulan di Switzerland,
    Disini saya ingin bertanya tuan/puan,

    Adakah JPA menawarkan biasiswa untuk jurusan ini ?
    Jika ya, boleh tuan/puan terangkan dengan lebih lanjut.

    Jutaan terima kasih kepada tuan/puan.

  20. Shasha,
    Setahu saya pihak JPA tidak ada menawarkan biasiswa untuk jurusan tersebut. Walaupun begitu cuba semak kategori Biasiswa jika ada yang bersesuaian. Di samping itu cuba rujuk dengan pihak hotel, mungkin mereka ada menawarkan pembiayaan untuk jurusan berkenaan.

  21. nazeera balqis says:

    salam cik nilam,

    saya sekarang sedang menuntut dalam bidang perubatan di zagazig university,egypt.result yang terbaru melayakkan saya menyambung ke tahun 2.
    dan saya juga telah mngisi borang pinjaman jpa secara online.
    saya nak tanya,setiap kali permohonan dibuka,berapa org pelajar yg akan diambil?
    dan ayah saya bekerja sendiri,tiada slip gaji atau borang ea.so,macamana tu?

    dan lagi,ada sumber lain yang anda tahu untuk kami pohon pinjaman selain jpa dan mara?

  22. Nazeera Balqis,
    Salam… Saya tidak mempunyai maklumat mengenai jumlah pelajar yang ditawarkan skim ini. Mengenai pengesahan pendapatan tu, biasanya ada diberi alternatif lain seperti pengesahan penghulu, ketua kampung atau seumpamanya. Cuba berhubung dengan pihak JPA yang dinyatakan di atas untuk kepastian.
    Selain JPA dan MARA, setahu saya anda boleh memohon dari Yayasan Negeri dan Majlis/Jabatan Agama Negeri. Di samping itu anda juga boleh memohon pinjaman daripada bank seperti Pinjaman Pendidikan Insani AgroBank.

  23. salam cik nilam,

    saya ingin melanjutkan pelajaran di uk dlm bidang perakaunan.
    masalah saya ialah tidak ada biasiswa atau pinjaman.
    boleh cik bgi sya sedikit info o ke mana arah yang patut sya tuju.
    sya menamatkan sijil sains di matrikulasi kementerian pendidikan..

  24. Boy,
    Salam… Biasanya anda perlu mendapat tempat di universiti baru permohonan biasiswa atau pinjaman anda dipertimbangkan. Pihak MARA dan JPA memang ada skim pembiayaan untuk mereka yang telah mendapat tempat di universiti. Begitu juga dengan beberapa syarikat swasta dan bank. Anda juga boleh semak di kategori Biasiswa dan Pinjaman mungkin boleh membantu.
    Memandangkan anda berminat untuk ke UK saya cadangkan anda kunjungi British Council kerana mereka ada menyediakan maklumat universiti dan pembiayaan pembelajaran di UK.

  25. sy ingin bertanya,sy baru sahaja habis pengajian tahun pertama di luar negara (UK) dan layak untuk tahun kedua dengan keputusan 60% dlm jurusan economics.Layak kah sy memohon pinjaman ini??

    1 soalan lagi,drpd syarat yg telah ditetapkan oleh JPA ada mengatakan
    Ibu/Bapa/Adik-Beradik/Pelajar bukan merupakan Peminjam Tegar Pinjaman / peminjam disenaraihitamkan / mempunyai tunggakan bayaran balik pinjaman (daripada JPA atau badan-badan pinjaman kerajaan yang lain)

    ayah saya pernah di bankrupkn tetapi dia telah melangsaikan hutang2 nya dan kembali normal dan sy mempunyai kakak yg sedang dalam pembayaran balik pinjaman MARA.

    Berpeluangkah sy memohon pinjaman ini?kerana sumber kewangan saya hanya cukup untuk kos sara diri sahaja dan tidak mampu menangung yuran pengajian di UK.

  26. saidachijung says:

    salam.
    saya pelajar UM jurusan bahasa jepun. Saya pemegang JPA, skrg tahun 2..soalan saya, bolehkah sy dpt biayaan JPA utk lnjutkn pelajrn ke jepun? Adakah akn diberi dlm kategori biasiswa atau pnjmn?
    Sekiranya biasiswa, apa proses yg perlu di bt?

    arigatou..(tq)

  27. saya pelajar bidang perubatan di universiti mansoura di egypt. saya menghadapi masalah dari segi kewangan sama seperti pelajar2 malaysia yg melanjutkan pelajaran d luar malaysia dan yg ingin belajar di luar malaysia. sy sudah pun tamat tahun pertama dan layak utk ke tahun kedua. mcm mana sy nak dapatkan borang permohonan utk skim ini (hard copy @ soft copy). kelas sy akn bermula pada awal oktober dan bila tarikh tutup permohonan. tq

  28. Iyana,
    Jurusan ekonomi memang layak untuk memohon skim pinjaman ini. Pada pendapat saya mengenai bapa anda itu sepatutnya tidak akan menimbulkan masalah. Sementara itu mengenai kakak anda itu pula jika beliau telah membuat bayaran balik lebih daripada 6 bulan dan tiada yang tertunggak memang sepatutnya tidak menjejaskan permohonan anda.

    Saidachijung,
    Salam… Anda perlu semak penjanjian yang anda tangani dan berhubung dengan pihak JPA mengenai pilihan yang ada selepas tamat pengajian. Biasiswa atau pinjaman itu bergantung kepada skim yang ada ketika itu dan keputusan peperiksaan anda.

    Nai,
    Borang permohonan boleh diperolehi di Permohonan Pinjaman Yuran Luar Negara Sesi 2009 dan tarikh tutup adalah 28 Februari dan 31 Ogos bergantung pada tarikh mula pengajian. Sila rujuk Garis Panduan Permohonan Pinjaman Yuran Pengajian Luar Negara untuk maklumat lanjut.

  29. saidachijung says:

    TQ 4 da information! I’m satisfied with dis service. Keep up..
    arigatou gozaimashita..

  30. Saidachijun,
    Sama2.

  31. sya_hanani says:

    salam…..
    salam..
    saya pelajar lepasan spm 2008…

    saya telah memohon melalui KPT untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan di mesir….

    surat tawaran dikeluarkan pada hujung bulan september….tapi,mengikut KPT dan MSD di mesir, saya layak untuk melanjutkan pelajaran di mesir…

    tapi saya ada masalah kewangan……

    boleh tak dan bagaimana saya nak mohon biasiswa???

    memandangkan tarikh tutup pada 31 ogos,dan surat tawaran saya masih belum terima….

    help me please~~~

  32. Sya_Hanani,
    Salam… Anda mungkin boleh menghubungi pihak JPA dan mohon agar anda dibenarkan membuat permohonan sekarang tetapi cuma menghantar surat tawaran bulan depan. Cuba juga bertanya berkenaan Program Pinjaman Khas Perubatan, dengan menghubungi Pegawai JPA di talian 03 8885 3406.

    Di samping itu anda mungkin boleh layari portal Persatuan Pelajar Perubatan Malaysia Mesir untuk mendapatkan maklumat yang boleh membantu.

  33. salam…saya ialah pelajar tahun kedua yang belajar dalam bidang perubatan di Nizny Novgorod State Medical Academy,Russia.saya ingin bermohon bantuan dari pihak tuan/puan untuk pembayaran yuran pelajaran saya dari tahun ketiga hingga tahun keenam.saya ingin bertanya apa prosedur prosedur yang selanjutnya?terima kasih atas bantuan tuan/puan.

  34. syuhada johari says:

    Hi salam. Saya baru sahaja habiskan diploma pada Jun 2009. tapi CGPA saya tidak cecah 3.00. adakah saya masih boleh membuat pinjaman untuk ijazah?? Saya berhasrat untuk melanjutkan pelajaran saya di Australia dan mengambil jurusan Pengurusan.

  35. Thillak,
    Salam… Sila rujuk Garis Panduan Skim Pinjaman Yuran Pengajian Ijazah Luar Negara dan hubungi Cik Hawa Liyana binti Hashim di emel pinjaman.yuran@jpa.gov.my atau Puan Che Som bt Samat di emel chesom@jpa.gov.my untuk mendapatkan maklumat lanjut.

    Syuhada,
    Salam… Memang boleh sebab syaratnya CGPA sekurang-kurangnya 2.75 peperiksaan terbaru di luar negara. Maknanya anda perlu telah mula belajar di luar negara dan menduduki peperiksaan di sana. Walaupun begitu sila semak dengan JPA samada program pengajian yang diikuti akan dipertimbangkan untuk bantuan pinjaman.

  36. sya_hanani says:

    salam…terima kasih nilam….
    lagi satu soalan,adakah biasiswa ini hanya untuk pelajar yang telah memulakan pengajian mereka????

    untuk mereka yang baru ingin memulakan pengajian bagaimana???

  37. syuhada johari says:

    alamak. kurang jelas.
    kiranya saya di minta ke luar negara untuk mengambil peperiksaan,
    dan jika CGPA saya cecah 2.75.. JPA akan bantu untuk pinjaman ini??
    macam tu?? pada hari permulaan semua cos di bayai sendiri??
    sehingga sem berapa?

  38. Sya_Hanani,
    Salam… terima kasih…
    Memang benar, skim pinjaman ini adalah untuk mereka yang telah memulakan pengajian dan berjaya menamatkan sekurang-kurangnya satu semester bagi pelajar lepasan diploma atau setahun pengajian di luar negara.

    Mereka yang baru hendak memulakan pengajian perlu menggunakan wang sendiri dahulu atau cuba dapatkan skim Pinjaman atau Biasiswa yang lain.

    Syuhada,
    Ini bergantung kepada bidang dan program pengajian yang anda ikuti di universiti luar negara. Sebagai contoh bagi bidang Sains & Teknologi / Veterinar / bidang-bidang keutamaan dan bidang-bidang lain di negara Ireland / United Kingdom / Australia / New Zealand / Amerika Syarikat; pelajar perlu menyempurnakan sekurang-kurangnya satu semester (bagi pelajar-pelajar lepasan diploma) / setahun pengajian di luar negara dan diterima masuk ke tahun berikut dengan jayanya dan tidak pernah gagal dalam mana-mana subjek yang diambil serta keputusan peperiksaan akhir terkini di luar negara mendapat sekurang-kurangnya CGPA2.75.

    Maklumat lanjut sila rujuk Garis Panduan Permohonan Pinjaman Yuran Pengajian Luar Negara.

  39. syuhada johari says:

    terima kasih dengan jawapan yg di beri.
    tapi.. boleh saya tahu, ada tak biasiswa untuk CGPA 2.50 keatas??

  40. Syuhada,
    Sama-sama, saya tak pasti tetapi kebanyakannya memerlukan 3.00 ke atas.

  41. Soalan pertama.Saya ingin tahu, jika saya boleh memohon biasiswa JPA dan MARA setelah mendapat tawaran melanjutkan pelajaran ke peringkat degree ke New Zealand dalam bidang seni bina (part 1). Ini kerana syarat mengenai program seni bina hanya membenarkan student yg akan menuntut dalam part 2 sahaja yang boleh memohon.

    Saya ingin tahu sama ada saya bole dibiaya untuk part 1 dan part 2 saya akan cuba tanggung kosnya sendiri di uni tempatan atau luar. Ini kerana jika saya ingin membuat part 1 di malaysia, saya mungkin tidak akan lepas syart umur apabila ingin memohon bagi part 2 kelak kerana saya sudah berumur 23 thn.(syarat adalah mesti berumur 25 thn ketika memohon dan part 1 memakan masa 3 thn) Saya akan berumur 26 thn ketika memohon kelak.

    Soalan kedua saya ialah sama ada saya boleh memohon walaupun saya telah mempunyai ijazah undang-undang pada masa ini. saya ingin memohon biasiswa untuk degree saya yang kedua.

  42. Hi

    Saya banyak mendengar tentang pinjaman MARA ni tapi saya tidak mempunyai banyak masa untuk membuat kajian tentangnya. Saya baru saja menamatkan diploma and HND.Saya ingin melanjutkan pelajaran dalam bidang komunikasi di UK tapi memandangkan masalah kewangan asyik membelenggu saya maka saya terpaksa menangguh hasrat itu. Kini saya telah bekerja namun gaji yang tidak seberapa tidak mampu membiayai saya. Jadi bagaimana saya hendak membuat permohonan ini?CGPA saya hanya 3.4 sahaja.Bantulah saya. Terima kasih.

  43. salam. sy pelajar program asasi sains di UITM SHAH ALAM bagi sesi 2009/2010. sy ingin bertanya adakah skim pinjaman yuran pengajian luar negara ini terbuka kepada pelajar lepasan program asasi ataupun matrikulasi? sya ingin melanjutkn pelajaran peringkt ijazah di luar negara dalam bidang perubatan.adakah saya boleh memohon skim ini?

  44. Shah,
    Saya tidak mempunyai maklumat yang cukup untuk menjawab persoalan anda, sila merujuk terus kepada pihak berkenaan untuk kepastian. Di samping itu setahu saya anda cuma akan dibiayai untuk pengajian ijazah yang pertama sahaja.

    Paulina,
    MARA memang ada menawarkan beberapa skim dan syarat kelayakannya memang berbeza. Salah satunya ialah Pinjaman MARA Pengajian Tinggi Luar Negara Sesi 2009/2010 Skim SPC. Sila rujuk laman web MARA untuk maklumat lanjut.

    Arisa,
    Salam… Skim ini adalah untuk mereka yang sedang belajar di luar negara. Pemohon perlulah telah pun berjaya menamatkan sekurang-kurangnya satu semester (bagi pelajar lepasan diploma) atau setahun pengajian di luar negara dan telah berjaya masuk ke tahun berikutnya (tertakluk kepada syarat-syarat khusus).
    Sementara itu dari masa ke semasa (bergantung kepada peruntukan) pihak MARA atau JPA ada menawarkan pembiayaan untuk lepasan asasi dan matrikulasi ke luar negara.

  45. sy pelajar sektor swasta di kolej legenda, n9..
    sy amk kos HND (higher national diploma) in Mechanical engineering..
    CGPA sy stkat ini alhamdulillah 3.5 above..
    so sy nk tanye kt ne yg ssuai tuk sy lanjutkn pelajaran sy jika sy ingin ke peringkat degree??..
    sy akn menamatkn kos pengajian sy pada July 2010 tahun depan..
    Plz tolong sy tuk mencari tempat tuk melanjutkn pelajaran..
    sy mewakili 14 org sahabat yg lain yg sme grade ngan sy..
    thank you, plz reply soon..

  46. Shazwan,
    Secara amnya kesemua 20 IPTA ada menawarkan program pengajian peringkat ijazah sarjana muda yang berkaitan dengan kejuruteraan mekanikal. Setiap universiti pula mempunyai pengkhususan dan keistimewaan yang berbeza. Sila rujuk Senarai IPTA Universiti Di Malaysia untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai setiap universiti. Sementara itu jika ingin menyemak syarat kelayakan masuk ke IPTA sila rujuk Syarat Khas di laman web UPU.

    Di samping itu terdapat juga berpuluh IPTS dan universiti luar negara yang boleh dipertimbangkan.

    Oleh itu di mana yang sesuai untuk melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah bergantung kepada keputusan akhir CGPA, pengkhususan yang diminati, cita-cita, peluang dan pembiayaan. Cuba dapatkan semua maklumat dan peluang yang ada supaya mudah membuat keputusan.

  47. salam nilam. saya pelajar perubatan yang lulus naik ke tahun dua bermula bulan ini (oktober 2009). tapi, saya tidaklah lulus semua subjek, hanya lulus 2 subjek, tapi melayakkan saya naik ke tahun dua. saya dalam proses re-check 2 subjek yang saya tidak lulus tu. saya ingin memohon pinjaman JPA bagi membayar yuran pengajian tahun dua saya ni. bolehkah saya memohon pinjaman yang ditawarkan. sebab saya kurang pasti selepas membaca syarat2nya, tarikh tutup utk U saya (di Egypt) adalah pada 31 ogos. macam mana ya? harap bantu saya.

  48. Anis,
    Jika anda memenuhi syarat berikut;
    – Telah diterima masuk untuk tahun kedua pengajian;
    – Mendapat sekurang-kurangnya CGPA 3.00 atau setaraf bagi peperiksaan akhir terkini di luar negara;
    – Tidak pernah gagal dalam mana-mana subjek yang diambil dan mengemukakan keputusan peperiksaan tersebut semasa permohonan dikemukakan ke JPA.
    Anda boleh memohon, bagi mendapatkan kepastian sila hubungi dua orang pegawai yang dinyatakan di atas.

  49. nilam, saya kurang pasti tentang ini :

    – Mendapat sekurang-kurangnya CGPA 3.00 atau setaraf bagi peperiksaan akhir terkini di luar negara; (di Universiti saya tidak menggunakan sistem CGPA.macam mana saya nak tahu keputusan exam saya tu setaraf atau tidak, ya?)

    – Tidak pernah gagal dalam mana-mana subjek yang diambil dan mengemukakan keputusan peperiksaan tersebut semasa permohonan dikemukakan ke JPA. (tidak pernah gagal dalam mana-mana subjek yang diambil? saya lulus 2 subjek, dan gagal 2 subjek, kiranya saya tidak memenuhi syarat ke?)

    -Dengar kata, MARA dah tak beri pinjaman kepada student luar negara, betul ke?

    maaf ye, banyak pula tanya.

  50. Anis,
    – Kalau tak silap saya ada cara untuk membanding gred yang menggunakan selain daripada sistem CGPA bagi menentukan ianya sama dengan CGPA 3.00. Anda perlu hubungi pihak JPA untuk mengetahuinya.
    – Benar tetapi jika setelah re-check mata pelajaran yang gagal itu lulus, maknanya anda memenuhi syarat tidak pernah gagal.
    – Sebenarnya bergantung kepada keadaan semasa kewangan MARA. Jika ada kurang peruntukan maka kuranglah pinjaman yang diberi. Jika tidak ada langsung peruntukan maka tidak adalah pinjaman yang akan diberi pada ketika itu.

  51. wah, terima kasih banyak-banyak! 🙂

  52. Anis,
    Sama-sama.

  53. selamat sejahtera.bolehkah saya tanya bila senarai nama yang mendapat pinjaman yuran pengajian di luar negara akan keluar?

  54. assalamualaikum ..saya nak tanya bila keputusan pinjaman jpa untuk pengajian luar negara dikeluarkan?

  55. Ivy604 dan Hani,
    Salam… Buat masa ini belum ada maklumat mengenainya.

  56. Hi..saya seorang non-bumiputera..sekarangnye saya akan memasuki University di US dengan major dalam Actuarial Science pada bulan Januari tahun depan..Jadi, bolehkah saya apply untuk pinjaman ini pada tahun depan selepas saya habis semester pertama pada bulan Mei? Bilakah dan macam mana saya boleh tahu bahawa pinjaman saya telah dilulusi atau tidak? Melalui emel?

    Terima kasih..

  57. Salam Nilam,
    Saya ade pertanyaan. Sekarang saya sedang menuntut di sebuah kolej swasta di ibu negara. Program yg saya sedang ambil adalah program berkembar 2+2 with one of the university in US. Saya akan habis pengajian di Malaysia pada hujung tahun ini dan jika adde razeki september next year saya akan ke sana.

    Masalah nya, saya masih lagi tidak mempunyai tajaan dari mana2 pihak. Saya ade mengahantar borang di Mara untuk penajaan SPT tetapi disebabkan Mara tidak mempunyai peruntukan, permohonan saya dan rakan2 ditolak.

    Saudara Nilam tahu x di mana saya boleh mencari penaja yg boleh menaja program seperti program saya ni. Saya mendapat 9a dlm spm, 3.3 di matrikulasi dan cgpa saya sekarang adalah 3.14.

    Adakah saya masih berpeluang untuk melanjutkn pelajaran ke US? Adakah saya layak untuk memohon for Sime Darby Scholarship? Perlukah saya mendapatkn tawaran dari University di US terlebih dahulu? Harap dapat bantu saya. Terima kasih.

  58. Qi,
    Hi… Jika bagi peringkat Diploma memang boleh tetapi jika peringkat ijazah perlu setelah setahun. Keputusan permohonan perlu disemak melalui laman web eSILA Jabatan Perkhidmatan Awam dan tarikh semakan bergantung kepada pengumuman yang dibuat oleh JPA di laman web tersebut. Saya tidak pasti samada makluman melalui e-mail ada dibuat, diharap mereka yang ada pengalaman dapat berkongsinya di sini.

    Lina,
    Salam… Sebenarnya anda cuba memohon lagi dengan MARA pada tahun hadapan, mungkin sudah ada peruntukan. Pada kebiasaannya untuk memohon pinjaman atau biasiswa, pihak penaja perlukan anda telah pun belajar di universiti berkenaan atau sudah mendapat surat tawaran kemasukan.
    Di antara biasiswa yang anda boleh cuba tahun depan adalah Yayasan Sime Darby Overseas Undergraduate Scholarship Programme, Biasiswa Yayasan Tenaga Nasional 2009, Yayasan Khazanah Global Scholarship Programme dan AMCHAM-MACEE Scholarship. Saya cadangkan juga anda berhubung dengan pihak MACEE untuk mendapatkan maklumat tentang pembiayaan belajar di Amerika Syarikat.

  59. saya kurang pasti adakah biasiswa2 yg ada tu boleh dimohon oleh saya. kebanyakan biasiswa meletakkan syarat supaya pemohon mestila tidak pernah enroll di mana2 uni sebelum ni, freshman. saya as a transfer student, boleh ke apply? saya tidak tahu kt mane nk cari sponsor yg boleh taja transfer student. i’m so clueless. can u give me any idea which institution would like to sponsor me. thanks anyway nilam for helping me.

  60. farafarihah says:

    Saya ingin membuat rayuan pinjaman perubatan jpa untuk anak saya yang sedang belajar di universiti Tanta, Mesir.Saya mempunyai empat orang anak,tiga belajar di ipta dan ipts.Saya tidak bekerja..Saya harap permohonan ini dapat perhatian daripada pihak tuan/puan.

  61. Lina,
    Sebenarnya kebanyakan biasiswa atau pinjaman memerlukan anda telah mendapat surat tawaran ke universiti atau telah menamatkan sekurang-kurangnya satu semestar pengajian.
    Sebagai contoh Skim Pinjaman Yuran Pengajian Luar Negara JPA mensyaratkan anda telah menamatkan sekurang-kurangnya satu semestar untuk pengajian Diploma dan setahun pengajian untuk pengajian Ijazah.
    Sila rujuk kategori Pinjaman dan Biasiswa untuk melihat beberapa pilihan yang anda sebagai panduan.

    Farafarihah,
    Sila hubungi terus JPA berkenaan Program Pinjaman Khas Perubatan, dengan menghubungi pegawai yang berkenaan di talian 03 8885 3406. Di samping itu anda mungkin boleh layari portal Persatuan Pelajar Perubatan Malaysia Mesir untuk mendapatkan maklumat yang boleh membantu.

  62. Liyana Nordin says:

    hi nilam.

    saya baru tamat diploma in hospitality from unitar. keputusan exam pun alhamdulillah. nak sambung degree tapi cube utk dapatkan luar negara. ada peluang x utk dapatkan pinjaman? any pinjaman. bank or any biasiswa. sebab so far, saya belum jumpa pinjaman jpa or mana2 utk pengajian luar negara utk course berkenaan. and if yes ada, camna saya nak apply ye? and is it true jpa ada strict requirements utk universiti luar mana yg boleh? can i get the lists of universiti luar negara yg jpa approve?

    tenkiu soo much nilam.

  63. Liyana Nordin,
    Saya juga belum ternampak tawaran pinjaman atau biasiswa secara khusus untuk pengajian yang anda ikuti. Walaupun begitu anda boleh cuba semak kategori Pembiayaan, Biasiswa dan Pinjaman. Di samping itu anda boleh terus menghubungi Bahagian Penganjuran Pelajaran MARA di talian 03 2691 5111 sambungan 1110 atau 1155 dan Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia di talian 03 8885 3000 untuk mendapatkan maklumat.
    Anda boleh semak samada ijazah luar negara tersebut diiktiraf oleh JPA di laman web Pengiktirafan Kelayakan.

  64. Bila permohonan untuk skim pinjaman yuran pelajaran luar negara bagi sesi 2010 akan dibuka?(sepatutnya pada 1 DEC ,bukan?)Website apa untuk permohonan online?(saya tak dapat cari permohonan untuk skim itu di laman jpa atau esila)
    Terima kasih .

  65. Yee,
    Permohonan tersebut akan dibuka dalam tempoh terdekat ini. Tarikh 1 December cuma sebagai panduan am sahaja. Maklumat mengenainya akan diumumkan dilaman web eSila.

  66. bagaimana untuk memohon bantuan biasiswa untuk pelajar yang mendapat tawaran ke luar negara seperti Indonesia?

  67. salam..
    sy pelajar perubatan tahun 2 dan mndapat pinjaman luar negara.masalahnye pinjaman yg diberi hanya lepas untuk membayar yuran pengajian dan tidak cukup untuk membayar kos sara hidup di sini..sekiranye saya memohon biasiswa negeri agar dapat menampung kos hidup di sini adakah pinjaman jpa ini akan ditarik balik??
    terima kasih..

  68. Hi, adakah permohonan untuk akhir tahun ini telah dibuka? Websitenya tak dapat dibuka.

  69. salam,
    anak saya telah gagal dalam permohonan pinjaman khas perubatan luar negara. Anak sy sedang belajar tahun kedua perubatan di Mesir. Macamana saya nak buat rayuan.Minta tolong Nilam beri penjelasan, terimakasih

  70. salam.anak saya sedang belajar di sekolah swasta.berminat sangat utk melanjutkan pelajaran di bidang perubatan di mesir.adakah layak untuk memohon mana-mana biasiswa memandangkan dia dari sekolah menengah swasta?harap dapat membantu.

  71. Hana,
    Salah satu daripadanya anda boleh memohon Skim Pinjaman Yuran Pengajian Luar Negara ini. Di samping itu anda boleh juga boleh memohon daripada Yayasan Negeri, Baitul Mal, syarikat swasta apabila iklannya dikeluarkan.

    Nina,
    Salam… Pada kebiasaannya seorang pelajar cuma boleh menerima satu biasiswa @ pinjaman sahaja. Anda memang boleh memohon biasiswa @ pinjaman yang lain tetapi pastikan anda telah disahkan menerimanya sebelum anda membatalkan biasiswa @ pinjaman yang sedia ada.

    Lunar,
    Maklumat mengenainya dijangka akan mula dipaparkan mulai 24 Disember ini dan permohonan bagi Sesi I/2010 akan dibuka mulai 1 Februari 2010 hingga 28 Februari 2010.

    Zaira,
    Salam… Anda mungkin boleh menghubungi Program Pinjaman Khas Perubatan, dengan menghubungi Pegawai JPA di talian 03 8885 3406. Di samping itu anda mungkin boleh layari portal Persatuan Pelajar Perubatan Malaysia Mesir untuk mendapatkan maklumat yang boleh membantu.

    Khairin,
    Salam… Memang ada peluang untuk anak anda memohon biasiswa walaupun sedang belajar di sekolah swasta. Secara amnya anda perlu peka dengan tawaran-tawaran biasiswa yang akan diiklan. Di samping itu anda boleh menghubungi beberapa badan yang boleh membantu proses menyambung pelajaran dalam bidang perubatan di Mesir.
    Saya cadangkan anda layari portal Persatuan Pelajar Perubatan Malaysia Mesir untuk mendapatkan maklumat yang boleh membantu.

  72. Tuan,

    Saya sekarang adalah tahun ketiga di Universiti Kebangsaan Malaysia untuk kursus kejuruteraan. UKM mempunyai satu program untuk belajar di negara Germany untuk tahun terakhir. Oleh itu , saya ingin memohon pinjaman duit untuk membolehkan saya melanjutkan pelajaran di sana. Bagaimana saya boleh membuat permohonan sebegitu? Saya amat minat atas program Double Degree yang didapati di UKM ini.

    Harap tuan dapat memberi malum balas kepada saya secepat mungkin. Ribuan terima kasih didahului atas bantuan tuan.

    Sekian terima kasih.

  73. Saya sekarang adalah tahun ketiga di Universiti Kebangsaan Malaysia untuk kursus kejuruteraan. UKM mempunyai satu program untuk belajar di negara Germany untuk tahun terakhir. Oleh itu , saya ingin memohon pinjaman duit untuk membolehkan saya melanjutkan pelajaran di sana. Bagaimana saya boleh membuat permohonan sebegitu? Saya amat minat atas program Double Degree yang didapati di UKM ini.

  74. Yus,
    Saya syorkan anda berbincang dengan pegawai berkenaan di UKM mengenai pembiayaan pembelajaran ke negara German untuk tahun akhir kursus anda. Di masa yang sama hubungi juga pegawai JPA yang dinyatakan di atas untuk mengetahui samada anda layak untuk memohon pinjaman ini. Untuk makluman, permohonan bagi Sesi I 2010 akan dibuka mulai 1 Februari 2010 hingga 28 Februari 2010 tetapi anda disarankan dapatkan maklumat daripada JPA pada awal Januari nanti.

  75. hi…i’m a student of matriculation college. i would like to know if there’s any scholarship under jpa for a matriculation student to further study in japan…in engineering field. i’m going to finish my study in matriculation in april. if there’s any, how can i apply for the scholarship?

  76. (SKIM PINJAMAN UNTUK BELAJAR DIKOREA BAGI DEGREE TEACHING KOREAN LANGUAGE)

    Kepada yang berkenaan,

    Saya merupakan bekas pelajar di UiTM Shah Alam, mengambil jurusan Diploma Sains Komputer dan telah tamat belajar pada tahun 2000.

    Sekarang saya berumur 34 tahun dan tidak bekerja.
    Saya belajar di UiTM Shah Alam “Bahasa Korea tahap ke-3”.
    Saya belajar hampir 2 tahun.
    Saya akan melanjutkan pelajaran di Korea dalam jurusan “Degree Teaching Korean Language”.

    Kerana cita-cita saya ingin mengajar bahasa korea di Sekolah menengah atau di universiti. sekarang ini memang sangat kekurangan tenaga pengajar bagi bahasa korea.Di Uitm shah alam sendiri, hanya ada seorang guru Bahasa Korea berbanding guru bahasa Mandarin. Sekarang ini, ramai yang berminat untuk belajar Bahasa Korea berbanding dahulu. Saya ingin mengisi kekosongan tenaga pengajar. Tapi yang paling pentg saya amat meminati Bahasa Korea ini. Bahasanya dan tulisannya yang unik.

    Saya telah melihat kedalam website universiti (Seoul University dan Ewha University) dan
    saya cukup syarat yang dikenakan untuk mengambil jurusan berkenaan.
    Saya amat-amat sangat berminat untuk melanjutkan pelajaran di sana tetapi saya tidak mampu dari segi kewangan. Saya telah berbincang dengan pensyarah saya dan dia amat menggalakkan saya untuk belajar di Korea.

    Saya masih belum berkahwin. Ayah pencen dan ibu saya surirumah.
    Oleh itu, saya teramat sangat ingin membuat skim pinjaman untuk belajar di luar negara.
    Detail nya akan saya sertakan.

    Tolonglah, saya amat sangat memerlukan pinjaman ini, jangan membunuh impian saya yang telah sekian lama saya pendam ini. saya telah berusaha untuk mendapat pinjaman dengan PTPTN, Yayasan Terengganu, MARA, tetapi mereka tidak mengadakan pinjaman untuk belajar di Korea dan Jurusan Bahasa Korea.

    Bagaimana untuk mendapatkan Pinjaman Dari JPA?
    Jika ada peruntukan, bagaimana caranya untuk membuat pinjaman ini.

    Jika tiada pinjaman dari JPA?
    Ke mana arah tuju saya untuk membuat pinjaman? boleh nyatakan?
    Mesti ada pinjaman kerajaan beri untuk rakyatnya tidak mengira umur?

    Tolonglah,
    yang ingin belajar menuntut ilmu sampai ke tua,
    Suriani Muda

    25 12 2009

  77. hmm..sekarang nih…pelajar maktab lepas spm…yg nk jadi cekgu la..bukan diploma lagi mcm dulu…sekarang kami sume teacher trainer adalah dalam proses ijazah..kami belajar selama 1 tahun setangah (persediaan) dan 4 tahun( degree) .selama 5tahun setengah didalam maktab yang sama..kos ini masih baru..dan batch pertama selepas 5 tahun setengah mereka pelajar baru je tamat belajar bulan 12,2009..dan saya adalah pelajar di tahun 2 kat maktab..Maktab kini di kenali sebagai institut pendidikan guru…

    saya berhajat hendak smabung master in special education kat oversea…kalau mampu…

    saya nak tanya…

    layak ke saya yang keadaan cuma pelajar ijazah lepasan maktab utk belajar luar negara untuk amek master kt luar dalam bidang special education …sbb status saya cuba lepasan maktab je??

    lepas tu solan ke dua…kalau kalau la bole…ada ke biasiswa yang nak support saya ke sana???utk pengetahuan anda..kami semua pelajar maktab menerima elaun daripada pihak Kementerian pelajaran dan badan pendidikan guru (bpg)…??

    saya teringin sangat nk smabung master in education dalam pegkhususan special edution bile saya tamat degree kelakk

  78. boleh ke student yg melebihi umur 26 memohon belajar di luart negara..and…boleh memohon pinjaman ke..??

  79. Salam Nilam,

    Saya telah menamatkan pengajian ijazah pertama di IPTA dalam negara 4 tahun lepas, dan bercadang untuk melanjutkan pelajaran dalam Ijazah Sarjana di universiti luar negara sessi 2010. Saya ada sedikit kemusykilan tentang Skim pinjaman yuran pengajian luar negara JPA.

    Adakah Skim Pinjaman Yuran Pengajian Luar Negara disediakan hanya untuk ijazah pertama (Bachelor degree)? Bagaimanakah untuk pemohon yang ingin melanjutkan pelajaran dalam ijazah sarjana (Masters dan PhD) di luar negara?

    soalan kedua, adakah bayaran balik Skim Pinjaman Yuran Luar Negara mesti dilangsaikan 100%, atau berdasarkan gred keputusan pengajian seperti Pinjaman Ijazah Sarjana Pengajian Luar Negara (SPC) MARA?

    Terima Kasih for your help and kind courtesy.
    EagerToStudy

  80. assalamualaikum…
    saya merupakan pelajar semester ke 2 di Centre For Foundation Studies IIUM.
    saya mengambil bidang human sciences di sini.
    saya berminat untuk melanjutkan pelajaran di UK atau Australia di dalam bidang political sciences atau communication.
    justeru, saya ingin mengetahui apakah cara untuk saya mendapat pinjaman dari JPA?
    saya akan menamatkan sem terakhir iaitu sem ke 3 pada bulan 5 ini.
    oleh itu saya ingin mengambil langkah awal untuk membuat persedian yg sepatutnya…
    di harap nilam dpt membantu saya mencapai cita2 saya…

  81. Nilam,
    Pinjaman in disediakan hanya untuk degree je ke?Bukan untuk Master skali?

  82. Nylenne,
    Skim ini hanya untuk mereka yang telah memulakan pengajian di universiti yang berkenaan. Tahun lepas ada Biasiswa Tajaan Kerajaan Jepun 2010 – Monbukagakusho:MEXT tetapi tahun ini baru dibuka untuk bidang perguruaan sahaja.

    Suri,
    Saya tidak pasti mengenai tawaran biasiswa atau pinjaman untuk melanjutkan pelajaran ke Korea. Bagi JPA saya cadangkan anda hubungi : Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia, Bahagian Pembangunan Modal Insan, Aras 5, Blok C1, Kompleks C, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62510 Putrajaya. Telefon : 03 8885 3436 / 3892.
    Diharap ada pembaca lain yang mempunyai maklumat yang boleh membantu anda.

    Khairina,
    Saya andaikan anda sekarang sedang mengikuti KPLSPM untuk PISMP. Oleh itu kalau tak silap saya anda akan terikat dengan Kementerian Pelajaran selepas tamat proses pembelajaran nanti. Berdasarkan situasi itu anda perlu menyemak dengan IPG peluang melanjutkan pelajaran selepas tamat kursus nanti dan juga samada anda perlu berkhidmat dahulu atau terus melanjutkan pelajaran.

    Kat,
    Bagi skim ini tidak layak.

    ETS,
    Salam… Skim ini hanya untuk ijazah pertama sahaja. Bagi peringkat yang lebih tinggi perlu memohon melalui skim lain, buat masa ini saya tidak mempunyai maklumat mengenai skim yang lain itu. Jumlah yang perlu dibayar balik adalah 100% kecuali jika anda berkhidmat dengan kerajaan.

    Syahmi,
    Salam… Skim ini memerlukan anda mendapat tempat di universiti luar negara terlebih dahulu sebelum boleh memohon kecuali untuk program berkembar. Walaupun begitu anda boleh menghubungi pihak JPA di e-mel lspdn@jpa.gov.my atau esila@jpa.gov.my atau talian hotline 03 8885 3049 untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai skim lain yang mereka ada.

    Leo,
    Benar

  83. salam nilam

    saya pelajar engineering diploma German-Malaysian Institute khusus Process Instrumentation and Control. saya berminat untuk melanjutkan pelajaran saya di Germany dan ade buat research sket pasal stadi di sana.

    Untuk memenuhi university requirement, saya kena ambil persediaan bahasa sebelum masuk prepratory course until level 3 (b1) dan sambung preparatory course di studienkolleg selama 6-9 bulan (bergantung kepada studienkolleg yang di apply)

    So bley ka saya mohon pinjaman pelajaran semasa persediaan bahasa n course. Sekiranya tidak, bley ka mohon dengan surat tawaran universiti guna result preparatory course.

    Then, if saya ada bley ka saya dapatkan loan bank (education financing) n MARA/JPA serentak.

    Sekian

    • Biasanya anda hanya boleh memohon selepas mendapat surat tawaran universiti.
      Pada kebiasaannya anda dibenarkan mempunyai satu pinjaman/biasiswa sahaja pada satu-satu masa. Anda boleh memohon pelbagai pinjaman/biasiswa dalam satu masa tetapi cuma boleh pilih satu sahaja. Walaupun begitu anda boleh semak syarat yang ditetapkan untuk kepastian.