Matrikulasi, Asasi, Diploma, Tingkatan 6

Matrikulasi, Asasi, Diploma atau Tingkatan 6, Apa Pilihan Anda?

Susahnya pelajar untuk membuat keputusan apabila mendapat 3 tempat ini sekali gus. Bagaimana kita hendak membantu mereka memilih sendiri haluan yang tepat ? Minat, kemampuan kewangan, jurusan pilihan akan membantu pemilihan pelajar.

Pilihan Ke IPTATingkatan 6, peluang untuk menjejakkan kaki ke u lebih banyak terbuka kerana dasar kerajaan yang memberi peluang kepada pelajar STPM. Cuma pelajar perlu benar-benar menumpukan perhatian kepada pelajaran disebabkan banyak sukatan yang perlu dibuat persediaan. Walaupun bunyinya ada 4 mata pelajaran tapi setiap mata pelajaran ada 2 atau 3 kertas. Dalam setiap kertas pula ada banyak bahagian dan setiap bahagian ada banyak topik.

Semangat yang tinggi, kesabaran serta teknik belajar yang sistematik perlu ada pada pelajar STPM. Strategi memilih mata pelajaran sewaktu 6 rendah penting kerana ia akan menentukan peluang untuk ke kursus pilihan kerana setiap kursus ada syarat-syarat kemasukan tersendiri. Sebab itu memilih subjek ting 6 penting kerana biasanya setiap kursus di universiti minima memerlukan gred yang baik dalam 2 mata pelajaran sementara 2 mata pelajaran lain akan menyokong pointer.

Pelajar perlu jelas di dalam strategi memilih mata pelajaran. Sistem penggal yang masih diamalkan oleh sekolah juga akan membebankan pelajar untuk membuat persediaan di peperiksaan STPM.

Diploma pula selalunya jalan untuk mencari pekerjaan dengan cepat kerana setelah tamat selalunya lepasan ini akan terus bekerja. Peluang untuk sambung ke Ijazah amat tipis dan sekiranya bercita-cita untuk sambung belajar ijazah perlu dapat 3 pointer ke atas.

Matrikulasi pula ada 2 sama ada matrikulasi KPM atau matrikulasi universiti-universiti. Matrikulasi di universiti lebih dikenali sebagai Asasi. Pelajar perlulah jelas perbezaan kedua-dua matrikulasi itu dan yang penting kaedah pemilihan kursus ijazah di kedua-dua matrikulasi tersebut. Apabila pelajar telah mendapat penjelasan maklumat yang perlu dengan jelas akan membuka ruang pelajar untuk membuat keputusan dengan lebih baik.

Tawaran Terbuka

Memandangkan sekarang dasar tawaran terbuka (double offer) digunakan, maka calon lepasan SPM yang layak mungkin akan menerima dua tawaran iaitu sama ada untuk mengikuti program Matrikulasi di KPM atau mengikuti Program Pengajian Asasi/Diploma di IPTA. Mereka yang mendapat dua tawaran ini pasti ada yang telah yakin mana yang harus dipilih tetapi tidak kurang yang merasa keliru atau tidak pasti.

Tingkatan 6

Melanjutkan pelajaran ke tingkatan 6 boleh dianggap sebagai peluang kedua bagi pelajar untuk menjejakkan kaki ke menara gading dan seterusnya menggapai segulung ijazah. Banyak pengalaman telah membuktikan bahawa pelajar yang kurang cemerlang sewaktu SPM mampu untuk menebus kekecewaan tersebut dengan pencapaian SPM dan seterusnya ke universiti. Tidak mustahil utk berjaya di tingkatan 6 asalkan kena dengan strateginya.

Pembelajaran semasa di tingkatan 6 memang lebih susah jika dibandingkan dengan politeknik atau diploma. Walaupun begitu sekiranya anda memasuki tingkatan 6, peluang anda untuk memasuki universiti tempatan adalah lebih cerah iaitu 65% berbanding dengan lepasan politeknik atau diploma.

Kelebihan Tingkatan 6

Tingkatan 6 sebenarnya mempunyai beberapa kelebihan, di antaranya adalah;

  • Ianya diiktiraf bagi kemasukan ke kebanyakan universiti di serata dunia.
  • Dengan sijil STPM pun sudah boleh bekerja dengan kerajaan mahupun swasta. Syaratnya dapat 4 prinsipal atau 3 prinsipal 2 subsid mana-mana yang terpakai berdasarkan prinsipal terendah.
  • Kiraan pointer STPM berdasarkan campur kesemua pointer subjek diambil bahagi dengan 4 sahaja. Kalau dapat 3.00 ke atas tu kira ok. Pointer nak masuk universiti guna STPM ni tak tinggi berbanding kursus matrikulasi, pra-u lain, diploma dan sebagainya kerana taraf akademiknya sangat hampir dengan universiti. Orang cakap sebelah kaki dah di universiti kalau masuk form six ni. Itu sebab subjeknya walaupun ambil 4 atau 5 subjek bebannya lagi susah kerana perlu belajar sangat mendalam dalam setiap subjek malah ada budak matrikulasi pun belum tentu dapat skor bila jawab soalan STPM ni.
  • Setiap sujbek majoriti kena ambil 4 kertas atau bahagian bergantung ikut subjek.
  • Sastera pun susah, sains pun susah. Tapi ingat ini bukan dijadikan alasan untuk tidak berjaya ye! Dikatakan peperiksaan top 5 tersusah di dunia, tapi kualiti sijil STPM ni bertaraf diploma di jabatan kerajaan sekarang ni. Maksudnya boleh cuba minta jawatan bertaraf diploma di jabatan kerajaan, layari laman web spa.gov.my. Semua jawatan diploma boleh cuba dipohon.

Matrikulasi KPM

Program Matrikulasi KPM terbahagi kepada dua iaitu Program Satu Tahun dan Program Dua Tahun dan mempunyai 3 jurusan iaitu Sains, Perakaunan dan Teknikal. Jurusan Sains dipecahkan kepada 3 modul iaitu Modul I, Modul II dan Modul III. Sistem modul bagi Jurusan Sains ini baru diperkenal pada tahun ini. Sukatan pelajaran program matrikulasi lebih bersifat terbuka kerana hanya dibahagikan kepada tiga jurusan umum ini.

Jumlah bayaran yang perlu dijelaskan semasa mendaftar adalah cuma RM 220 untuk jurusan Sains dan Teknikal dan RM 212 untuk jurusan Perakaunan. Yuran pengajian dan penginapan ditanggung oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Semasa belajar di kolej matrikulasi, para pelajarnya akan menerima elaun sebanyak RM 1,250 satu semestar. (Nota : Yuran dan elaun yang terkini mungkin berbeza)

Lulusan matrikulasi perlu memohon melalui UPU atau Universiti Sains Malaysia (USM) untuk mengikuti program peringkat ijazah. Mereka yang mempunyai keputusan cemerlang mempunyai peluang yang lebih cerah untuk memasuki program pengajian yang diminati. Mereka yang sederhana pula ada kemungkinan akan mendapat program pengajian yang tidak diminati atau biasa disebut ‘dilelong’.

Asasi IPTA

Program Asasi pula dikendalikan oleh universiti yang berkenaan di bawah Kementerian Pengajian Tinggi. Program asasi terbahagi kepada beberapa jurusan yang khusus serta mengambil masa antara satu hingga dua tahun. Sukatan pelajaran program asasi lebih bersifat khusus kepada program pengajian peringkat ijazah yang dijuruskan untuk program asasi tersebut.

Umpamanya Universiti Malaya (UM) mempunyai 7 program asasi iaitu Asasi Sains Hayat, Asasi Sains Fizikal, Asasi Alam Bina, Asasi Pendidikan Islam, Asasi Syariah, Asasi Usuluddin dan Asasi Pengajian Islam Dengan Sains. Manakala Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) mempunyai 15 program asasi iaitu Asasi Sains Hayat, Asasi Sains Fizikal, Asasi Sains Kesihatan Bersekutu, Asasi Kejururawatan, Asasi Farmasi, Asasi Pergigian, Asasi Perubatan, Asasi Sains Kemanusian, Asasi Bahasa Inggeris, Asasi Bahasa Arab, Asasi Ekonomi dan Sains Pengurusan, Asasi Seni Bina dan Reka Bentuk Alam Sekitar, Asasi Kejuruteraan dan Sains Komputer dan Asasi Undang-Undang.

Di samping itu universiti lain yang mempunyai program asasi adalah Universiti Teknologi MARA (UiTM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).

Jumlah bayaran yang perlu dijelaskan semasa mendaftar adalah bergantung kepada jurusan dan universiti yang berkenaan. Yuran pengajian dan penginapan perlu ditanggung sendiri oleh pelajar. Walaupun begitu para pelajar asasi akan ditawarkan pembiayaan wang saku sebanyak RM 1,000 satu semester, yuran pengajian sebanyak RM 350 satu semester dan yuran penginapan sebanyak RM 300 satu semester. (Nota : Jumlah pembiayaan yang terkini mungkin berbeza)

Lulusan program Asasi UM dan Asasi UiTM masih perlu memohon melalui UPU atau USM untuk mengikuti program peringkat ijazah tetapi mereka akan diberi keutamaan untuk memasuki ke universiti program asasi mereka. Manakala lulusan program asasi yang lain akan diserapkan terus ke program peringkat ijazah universiti berkenaan jika memenuhi syarat dan kelayakan yang ditetapkan.

Diploma IPTA

Program Diploma pula diurus dan dikendalikan sendiri oleh pihak universiti. Program peringkat diploma ini biasanya akan mengambil masa selama 3 tahun. Kursus di peringkat diploma ini daripada awal lagi telah dikhususkan kepada bidang-bidang tertentu. Ini bermakna apabila pelajar berkenaan mengikuti program pengajian diploma mereka telah boleh merancang masa depan kerjaya dengan lebih tepat.

Hampir semua IPTA ada menawarkan program pengajian peringkat diploma dan seterusnya program peringkat ijazah yang berkaitan.

Jumlah bayaran yang perlu dijelaskan semasa mendaftar adalah bergantung kepada jurusan dan universiti yang berkenaan. Yuran pengajian dan penginapan juga perlu ditanggung sendiri oleh pelajar. Para pelajar boleh memohon biasiswa atau pembiayaan yang lain seperti PTPTN untuk menampung kos pembelajaran.

Lulusan program diploma boleh terus bekerja jika mereka mahu atau menyambung pelajaran ke peringkat ijazah. Mereka perlu memohon melalui UPU atau USM untuk mengikuti program peringkat ijazah. Walaupun begitu ada juga universiti yang menyerap terus lulusan diploma mereka ke peringkat ijazah jika memenuhi syarat dan kelayakan yang ditetapkan.

Pilihan Anda

Kesemua program pengajian ini memang disasarkan kepada calon yang berbeza. Setiap satu program tersebut mempunyai kelebihan dan kekurangan yang tersendiri.

Mereka yang mengikuti program asasi dan matrikulasi satu tahun merupakan antara jalan terpantas untuk memasuki universiti dan menamatkan program pengajian peringkat ijazah. Secara langsung mereka akan dapat mula bekerja lebih awal di usia yang muda.

Memandangkan program asasi dan matrikulasi mengambil masa yang singkat untuk ditamatkan maka mereka yang mengikuti program ini perlu melalui proses kehidupan dan pembelajaran yang mencabar. Banyak yang perlu dilakukan dalam masa yang begitu pendek dan perlu fokus serta mengekalkan prestasi pelajaran dari mula lagi.

Walaupun begitu segala susah payah ini akan dibalas dengan kepantasan memasuki program pengajian peringkat ijazah dan dunia kerjaya.

Secara umumnya program Matrikulasi KPM sesuai untuk mereka yang belum begitu pasti kursus apa yang ingin diikuti diperingkat ijazah nanti kerana sukatan pelajarannya lebih terbuka. Manaka program Asasi pula sesuai untuk mereka yang sudah pasti apakah kursus yang ingin diikuti diperingkat ijazah dan universiti yang ingin dimasuki kerana sukatan pelajaran asasi telah disusun mengikut kursus yang tertentu.

Perbezaan yang paling ketara antara program asasi dan matrikulasi dengan program diploma adalah tempoh masa pengajian. Program diploma mengambil masa yang lebih panjang iaitu 3 tahun jadi proses pembelajaran tidaklah begitu ketat. Di samping itu pelajar diploma mempunyai lebih peluang untuk membaiki penurunan prestasi kerana ada 6 semestar berbanding 2 semestar untuk asasi dan matrikulasi setahun.

Namun kerana tempoh masa pembelajaran yang lebih lama maka lepasan diploma akan lewat memasuki pengajian peringkat ijazah dan akan lambat mula bekerja. Walaupun begitu ada universiti yang memberi pengecualian jam kredit kepada lulusan diploma dan ini boleh memendekkan sedikit tempoh masa pengajian.

Di samping itu lulusan diploma boleh menggunakan diploma mereka untuk terus bekerja tetapi tidak demikian untuk lulusan asasi dan matrikulasi. Mereka yang mengambil program asasi dan matrikulasi dianggap akan meneruskan proses pembelajaran mereka kerana program tersebut memang disusun sebagai laluan pantas ke universiti.

Sementara itu bagi mereka yang tidak berjaya ke matrikulasi atau asasi maupun diploma jangan gusar kerana anda masih boleh memasuki universiti mengikuti program peringkat ijazah. Laluan anda adalah dengan masuk ke tingkatan 6 dan ambil STPM.

Walau apa pun pilihan anda pastikan anda melaluinya dengan terancang dan berusaha untuk mencapai yang terbaik demi masa depan yang cemerlang. Pastikan anda tidak mengulangi kesilapan dan kelemahan semasa SPM dahulu. Pada peringkat ini sepatutnya anda telah mengenai diri anda sendiri dan tahu apakah minat, kemampuan dan kekuatan masing-masing.

Artikel di atas digarap semula oleh Saudara Muhd Khairul Fakrullah atau lebih dikenali dengan Pok Loh atau Cikgu Loh dari penulisan Panduan Tentang Tingkatan Enam dan Pilihan Antara Matrikulasi, Asasi Atau Diploma.

Saudara Pok Loh telah menghasilkan e-book untuk membantu pelajar lepasan SPM memilih pelbagai bidang kerjaya atau menyambung pengajian dan mendedahkan cara-cara permohonan dibuat dan panduan sebenar memilih kerjaya atau pengajian selepas SPM mengikut minat dan keputusan SPM. Maklumat mengenai e-book Pok Loh ini boleh diperolehi di Rujukan Informasi Kerjaya Lepasan SPM.

Recent Trackbacks

Semakan Keputusan Permohonan UPU 2011 Lepasan SPM | ePutra

[...] Semakan Keputusan Permohonan UPU 2011 Lepasan SPM [...]

Comments (357)

Loading... Logging you in...
  • Logged in as
kalau lepas masuk asasi, boleh apply utk further study di oversea tak??
3 replies · active 642 weeks ago
Askm....saya nak bertanya sekiranya saya gagal dalam matrikulasi apa yang akan terjadi pada saya? mana saya boleh pergi selepas itu?
adakah nama saya di blacklist oleh semua u?
6 replies · active less than 1 minute ago
syazwani: lepas asasi tak boleh apply study oversea..macam asasi UIA..student asasi uia tak bole apply Uni lain..if nak juga oversea..study la dekat kolej mara..yang tuh nanti kalau result bagus..boleh pergi oversea..if not..study unikl kot..:)
hello. saya dapat tawaran matrikulasi. saya ada apply uitm juga. masalah nya sekarang, kalau saya sudah berada d matrikulasi, dan dalam waktu yg sama saya dapat tawarn masuk uitm. bolehkah saya meninggalkan matrik dan masuk ke uitm? :)
4 replies · active less than 1 minute ago
kenapa orang pandang rendah pada form 6
8 replies · active 415 weeks ago
assalamualikum...
nk tanya skit....subjek untk student kejuteraan makenikal bgi pelajar matrikulasi ada brapa ehh?
2 replies · active 676 weeks ago
Assalamualaikum..boleh x kupas skit pasal matrikulasi 2 tahun.. ape kelebihan dan kekurangannya..patut ke ambik?
6 replies · active 564 weeks ago
sy dpt result spm ok jugk lah..tp xthu nk msuk ting 6 atau ke u buat diploma?
2 replies · active less than 1 minute ago
NAK TNYE,,KENAPA YURAN MATRIKULASI RM220 BG JURUSAN SAINS??SETAHU SY RM425???CE CTER....NK TAU NIH....
4 replies · active 517 weeks ago
saya dpt plkn 15.5 ni tp matrik 23.5 ni..kalo sya trima mtrik,boleh x saya dftar selepas blik plkn..?
2 replies · active 618 weeks ago
nak tnye..ada x mn2 program yg anta student lepasan matrik g oversea..guide me pliss
1 reply · active less than 1 minute ago
miss bulan's avatar

miss bulan · 723 weeks ago

nak tanya .. kalau dapat jurusan sc dlm f6 , ttbe sy nk tukar amx jurusan sastera , law nak smbung ijazah t boleh amx cos ape je ? :)
2 replies · active less than 1 minute ago
salam nak tanyer........kalo kite nak amek ijazah kedoktoran......kene pilih modul yang mane satu ek????????????
2 replies · active less than 1 minute ago
npa org lain pandang rendah sngt kalu nk msuk f6?
kalu kt ckp ja pasal f6...mesti durg ckp buang masa dan susa><npa ek
2 replies · active less than 1 minute ago
saya nak tanyer..saya dapat asasi unikl dalam course engineer dekat kolej mara......antara asasi kpm dgn asasi unikl mane lagi..............
2 replies · active less than 1 minute ago
salam nak tanya kat matrik law nak ambil aliran sc bio.fiz n kimia kna bpe ya?????
1 reply · active 618 weeks ago
budak klate's avatar

budak klate · 723 weeks ago

assalamualaikum....nak tanya nih....klau ada sapa2 yg tahu sila jawab....
result spm saya xla ok sangat....dan saya mohon asasi seni bina di matrikulasi uiam.....
tpi fizik saya dapat D je.. subjek lain semua kredit...tpi bidang ni aliran sastera pun buleh mohon....adakah saya dapat...
2 replies · active less than 1 minute ago
silentlover's avatar

silentlover · 723 weeks ago

btol ke kalo da masuk asasi UIA xbole apply U len utk degree???

anyone?
5 replies · active 569 weeks ago
dalam jurusan sains (matrikulasi KPM), boleh terangkan x kandungan matapelajaran yg trdapat dalam module1, module2 dan module3..?dan module yg mana 1 yg ssuai bagi pelajar yg meminati subjek math..?
1 reply · active less than 1 minute ago
sheraaaadnan's avatar

sheraaaadnan · 723 weeks ago

saya nk tnya..kalau dpt form 6..adkah kita akn still dpt twaran upu??
1 reply · active less than 1 minute ago
jangan fikir gagal http://goo.gl/QBLpL
nak tahu, apa yg lambat kalau kta wat diploma? bukan kalau kta wat dip 3 tahun, then degree 2 tahun ke?? means, sama la kan dgn kalau buat asasi setahun, degree 4 tahun..dua2 pun equal to 5 tahun jugak...
7 replies · active 598 weeks ago
hmm nak tanya,saya punya result spm sederhana je..sbjek teras ok laa dapat A je..cuma subjek sains je slack dpt c n c+ gitu..adakah saya masih layak utk menerima rayuan kemasukan matrikulasi pada 22mei ni?atau adakah sy masih layak utk dpt matrikulasi yg 2thn?and seandainya saya daftar f6 sementara tggu keputusan rayuan matrik keluar,adakah saya masih berpeluang utk masuk matrik?
1 reply · active less than 1 minute ago
anda comel's avatar

anda comel · 723 weeks ago

lelong budak matrik dapat keputusan sederhana.. kena lah belajar betul2
salam...tumpang tanya
pembiayaan yang kita dapat kalau masuk asasi tu pinjaman PTPTN ke?
2 replies · active 618 weeks ago
salam..nk tnya, sy pnye spm ckup2 mkn jew
sy dpt mktrik tp upu xdpt pom..=(
sy mmg xykin nk g mktrik..
n try wt rayuan tuk pom6..
so btol ke pe yg sy dh wat ni???
1 reply · active less than 1 minute ago
bolehkah kita memohon untuk pertukaran tempat matrikulasi...sekiranya boleh..bagaimanakah caranya
2 replies · active 568 weeks ago
assalamualaikum..abg saya masih keliru nak ambil matriks-sains atau diploma elektrik kuasa. Susah tak belajar elektrik kuasa, peluang kerja luas tak? Ambil matrikulasi tak tahu lagi bidang apa akan dpt nanti. Siapa boleh bantu. Terima kasih.
1 reply · active less than 1 minute ago
mat_keliru's avatar

mat_keliru · 722 weeks ago

assalamualaikum , sy nak tanya 2 soalan , uitm syarat die b.i mesti credit , tapi kenapa ramai kawan sy tak dapat credit dalam b.i layak masuk uitm sedangkan markah koko diorang rendah , dan sy b.i dapat credit ke atas dan markah koko sy tinggi dan kami memohon course yg sama , tapi diorang dapat , saya tak dapat . boleh jawabkan ? :) . soalan kedua , sy mengambil keptusan untuk menyambung form six dulu memandangkan sy tak dapat upu ,kawan sy kata rayuan upu or 2nd intake bulan 12 , so , boleh ke kalau 6 bulan sy buad form six then kalau sy dapat upu 2nd intake , sy terus keluar form six ?
9 replies · active 619 weeks ago
ex matrik kmj's avatar

ex matrik kmj · 722 weeks ago

setahu sy kte xleh tukr tmpt matrik..kecuali sbb sakit or ade kembar..
salam...nak tanya...stahu sy kt matrik (kpm) ada modul 1, modul 2, modul 3...modul tu kita kne pilih nak ambik salah satu atau mesti ambik tiga-tiganya sekali..???
2 replies · active 618 weeks ago
salam..nak tanya..kita kena pilih salah satu modul di matrik(kpm) atau wajib mengambil ketiga-tiganya??
1 reply · active less than 1 minute ago
salam , saya dapat matrikulasi UIAM - sains hayat , tapi bila check kat website UIAM , saya x boleh sambung medik if saya ambik Sc hayat at UIAM , kene amik asasi Prubatan at UIAM bru boleh sambung MBBS . Soalan saya , saya dapat 9A dalam SPM , and adakah saya mempunyai peluang yg tinggi untuk tukar course di UIAM ? dari sc hayat ke asasi perubatan ?
saya dah amat confused , because kalau saya x dapat tukar ke perubatan , saya memang x suka nak ambik selain medicine . tapi at the same time saya dapat marikulasi BAnting . macam mane ye ?
4 replies · active less than 1 minute ago
fatinnadia's avatar

fatinnadia · 722 weeks ago

saya dapat matrikulasi perak dlm course sains. dan UITM pahang dlm diploma sains komputer, which one i should take? konpius dah ni.
2 replies · active 703 weeks ago
fatinnadia's avatar

fatinnadia · 722 weeks ago

salam, nak mintak pendapat semua. saya dapat matrikulasi perak dalam course sains. n UITM pahang dlm diploma sains. which one i should take? saya takot if saya amik uitm, nanti nk sambung degree kita terikat dengan subjek tuh je. n sy still tak tahu apa jurusan yang saya nak n kerjaya apa yg saya nak. dan kalau sambung matrik, if saya fail , saya tak dpt nk smbung mana2 dah. macam mana ye? tolong saya T_T
4 replies · active less than 1 minute ago
salam....saya dpt matrik perakaunan....kalau sy nak tukar kos perakaunan ke sains bole x ??
3 replies · active 618 weeks ago
salam, saya tengah konfius skg nie...saya dpt twrn ke matrikulasi dan uitm....yg mne patut sy plh sbb sy xtwu nk plh yg mne cz matrik dpt jrsan perakaunan n uitm dpt jrsn pengurusan bank....yg mne lbh bgs utk mse dpn....
1 reply · active less than 1 minute ago
assalamualaikum...kalau dapat diploma sains uitm nanti bile degree nak sambung ape ?? boleh kew dari dip sains uitm nak tukar kpd asasi sains uitm ??
assalamualaikum...nak tanye...kalau diploma sains kat uitm nanti ble degree nak sambung ape ?? emm, boleh tak dari dip sains uitm nak tukar ke asasi sains uitm ??
2 replies · active less than 1 minute ago
bole tnye pendapat..saya dpt matrikulasi kos akaun..n universiti malaysia pahang kos sains komputer..mne lagi bgus yer..saye ade basic akaun coz dulu tyme sekola amek akaun..saya mnat juga lah..lau sains komputer ape peluang kerjaya yer..pleez reply..kebuntuan..
1 reply · active less than 1 minute ago
saya dapat asasi kjuruteraan uitm. kalau saya pergi dengan bidang ni , saya boleh sambung ngan fieLd maths x? cz sy mang minat bidang maths cuma xtaw pathway ke mana. sy juga dpt mtrikulasi penang.y mna sy patut pergi? pLease toLong sy...
salam. sy tgah pning nk buat kputusan. sy dpt matrikulasi sc penang dan pd masa yg sma sy dpt asasi kjuruteraan uitm. sy lebih berminat utk proceed dlm bidang maths n sy mang minat subjek maths. ap pndpt anda? yang mna sy perLu pergi?
2 replies · active less than 1 minute ago
salam.. nak tanye,, klaw matrikulasi teknikal, subjek ape y kite blaja
2 replies · active 670 weeks ago
orangebuddy's avatar

orangebuddy · 722 weeks ago

assalamualaikum....
seseorang perlu bantu saya....
sampai ke hari ini....saya masih tidak tahu apa minat,kekuatan dan kelemahan diri....
jadi...ke mana hala tuju yang boleh dilalui....
sesiapa ada pendapat...??
3 replies · active less than 1 minute ago
as salam tok sume ...sye nk tnye berkenaan dgn "pengecualian jam kredit" brape lama dy potong utk pengambilan ijazah nnty ....bole x sesiape terangkn dgn lebih trperinci , utk sye rancang pilihan sye lps nie ........
1 reply · active 722 weeks ago
ASSALAMMUALAIKUM , SAYA DAPAT MATRIKULASI KOS PERAKAUNAN DAN DIPLOMA UITM-KOS PERAKAUNAN.. MANE SATU YANG PATOT SAYA PERGI ?????????
1 reply · active less than 1 minute ago
salam..sy confuse . sy dpt matrix course sains n uitm kos asasi undg2..mane satu yg ptot sy plih ?? matrix ke asasi ?? rmy yg nasihat plih asasi . sy minat undg2 tp sy kurg yakin la .
2 replies · active less than 1 minute ago
assalamualaikum. mohon bantuan. kalau lepasan matrik nak masuk usim tp tanpa ada arab tgi or arb komunikasi peringkat spm, bole apply tak usim? kalau ada arb komunikasi peringkat pmr je?
1 reply · active less than 1 minute ago
Apakah proses penukaran kursus asasi di UIA? Saya ditawarkan bidang ekonomi dan sains pengurusan, ttp lebih berminat mengikuti pergigian. Sy diberitahu penukaran kursus dibenarkan, ttp bagaimana prosesnya? Benarkah pelajar hanya dibenarkan utk membuat penukaran selepas tamat sem pertama? Jika benar, tidakkah pelajar itu bakal akan ketinggalan dlm kursus yg lebih diminatinya?

Ada sesiapa boleh bantu?
2 replies · active less than 1 minute ago
pelajar asasi boleh buat pinjaman ptptn ke?
2 replies · active less than 1 minute ago
salam.... sy dpt matrik perak dlm jrusan sains dan dploma kt uitm perlis dlm jrusan teknlogi polimer....
mslahnye sy x tau mne stu yg hrus sy plih...
ade spe2 yg boleh bg cdangan?? teknlogi polimer 2 ok ke??
1 reply · active less than 1 minute ago
saya runsing's avatar

saya runsing · 722 weeks ago

salam..kalau masuk asasi UM then cemerlang (4.00) bleh sambung overseas tak?kalau kolej MARA pon boleh x nak sambung overseas kalau cemerlang?ada orgbgtau klu asasi x boleh tp kalau kolej MARA boleh...sapa tau tlg eh.....
1 reply · active less than 1 minute ago
btoika smasa processback end calon yg tlh brdftr dgn kolej matrikulasi kpm diselaraskan x kan dipertimbgkn dah dlm proses rayuan msuk ke ipta.x knn kott????somebody know?help me please
2 replies · active less than 1 minute ago
jika lmbt dtar fom 6 mcm mne ye ? tetapi pilihan saya skrang msuk ke fom 6 .
salam..

saya menerima tawaran matriks perakaunan di perlis tarikh daftar 23 mei dan saya juga menerima tawaran asasi bahasa inggeris di UIAM tarikh daftar 29 mei.. ada sesiapa leh cite modul utk asasi bahasa inggeris ini dan seandainya sy berpeluang menyambung ijazah dlm bidang yg sama, apa kerjaya yg bersangkut paut dalam bidang ini.. dalam masa yg sama saya sdg menunggu keputusan temuduga PILN MARA pd 18mei dan KPLSPM pada 21mei.. sy benar2 keliru krn sy amat meminati bidang matematik.. tlg saya..
sape dpt matriks selangor....(;
1 reply · active 670 weeks ago
aatiqah amr's avatar

aatiqah amr · 721 weeks ago

salamualaikum . nak tanye . pointer selamat untuk smbung ijazah bgi lepasan matrix brpe ye ?
lepastu , betul ke kalau dpat pointer4 dlm sem 1 ngn 2 boleh mintak tajaan UTP ??
2 replies · active less than 1 minute ago
salam..
apa kelulusan untuk masuk asasi dlm pendidikan islam..
salam saya tgh konfius ny mana lagi baik saya dpt matrik sains ngn diploma farmasi
mana saya patut pergi
hati saya berbelah bagi skrang ny mmg la saya dah baca kat atas tp saya stay berbelah bagi lagi tlg sapa2 bg cadangan .tolonglah
1 reply · active less than 1 minute ago
nadia tasya's avatar

nadia tasya · 721 weeks ago

assalamualaikum... sy ad 1 prtanyaan.. cntohnya ssorg pljr tu ambil asasi di ipts, contohnya uniten, mmu n sbgainya.. ad x pluang utk dia ambil degree di ipta?
nice information by ePutra.
ramai lepasan SPM yg tak jelas tentang hal ni.
kebanyakan mereka keliru nak buat pilihan..
nk tnye,,mne lbih baik,p0li @ f0rm6..btol ke kalau terima twran p0li,xkn dpat ryuan u..
1 reply · active less than 1 minute ago
salam,saya nak tanye,skng ni kalau politeknik masih boleh tukar tempat belajar tak tanpa tukar kos,maksud saya politeknik port dickson dip pemasaran,boleh tukar ke politeknik sultan azlan shah dlm bidang yg sama cuma tukar politeknik je.boleh tak?dan mcm mana caranye?

sekian terima kasih....
zuriah ismail's avatar

zuriah ismail · 719 weeks ago

c.zu .Kesian n termenung makcik ...bila baca... semuanya x leh wat keputusan...matrik / asasi / f6.camnilah e putra dh bagi info diatas...baca n faham...pas tu...jalan terakhir wat sembahyang istikorah minta Allah beri petunjuk.amin...
mohdsyukri's avatar

mohdsyukri · 714 weeks ago

Hey semua..Jika anda gagal memasuki U pada semester Jul-Dis 2011. Jangan lepaskan peluang..banyak pengambilan ke 2 di buka terutamanya oleh di IPT MARA. Kalau ada 5 kredit BM, Mate, subjek Sains, mana-mana 2 subjek lain dan lulus Bahasa Inggeris hubungi saya dalam kursus kejuruteraan Pembuatan di Kuantan pahang. Hantarkan nama, no hp, e-mail, resut SPM kepada mohdsyukriabdullah [at] yahoo.co.uk
1 reply · active less than 1 minute ago
hello!sy ade diploma medical lab.tech...bole ke course ni continue pegi medic?dkat mane yee?

or sambung pegi oversea,bole ke?(angan2 yg tinggi hehe)
boleh ke dari diploma continue pegi course medic?
1 reply · active less than 1 minute ago
chaeryching's avatar

chaeryching · 705 weeks ago

Salam sjahterah...saya skrang ne tgh menuntut form 6 dan skrang dah hampir last semester 1...tiba2 dpt surat twran SPA,course penolong pegawai perubatan(diploma)...saya CONFIUS sangat2,yang mana satu patut sa lepaskan..umur pun dah 19thn,sa ingin cepat2 habiskan pelajaran dan mara ke pringkat seterusnya..tapi form6 susah sangat.. manakala SPA plak tahun 2014 baru habis blajar itupun baru tahap diploma blum lg degree... umur pun dah 22 tapi on the same time SPA menjamin kerja dan telah memberi satu bidang khusus...Macam mana Ne???hati sa berbelah bagi...TOLONG!!!sapa2 bg cadangan..
1 reply · active 705 weeks ago
nor ashikin qurratul ain's avatar

nor ashikin qurratul ain · 694 weeks ago

salam,,saya pelajar stpm sekiranya subjek sejarah gagal,,,ada tawarankh untuk masuk universiti ..sebab saya bercadang untuk memilih kos pendidikan..
1 reply · active 694 weeks ago
Halo...saya baru je habis spm....saya nak tanya

1.apakah kelebihan sekiranya saya pilih matrikulasi berbanding universiti???adakah sijil lepasan matrikulasi amat membantu kelak??sebab matrix sgat popular la...tapi x tau apa sebab pla...

2.banyak yg kata Masuk universiti apply diploma dulu pas tu ijazah...diploma tu apa???asas utk alam kerjaya??ijazah pla apa??semua kerja kerajaan perlu ijazah ke??
1 reply · active 689 weeks ago
adakah universiti sains islam USIM menerima pelajar lepasan matrikulasi???sye amek bidang perakaunan tp saye ingin smbung degree dlm bdang agama di USIM...ADAKAH DITERIMA????
1 reply · active 689 weeks ago
Salam saya nak tanya, saya dari asasi kliuc dan saya nak tahu boleh ke saya daftar sarjana muda di ipta? helppppppp
assalamualaikum... nak tanya sikit pasai PILN... untuk PILN kan kita kena mntak sendiri ke or di'offer'...
saya nak tanya, saya lepasan matrikulasi pst sesi 2010/2011.. saya nak tahu, seberapa lamakah keputusan matrikulasi kita itu sah digunakan untuk memohon ke peringkat ijazah di ipta. terima kasih.
saya nak tanya. result spm saya bm-c. bi-e. p.islam-c. sejarah-d. math-g. science-d . apa yg patut saya buat. saya ingin meneruskan mata pelajaran. adakan jalan terbaik memasuki tingkatan 6? :)
1 reply · active 677 weeks ago
pelajarbuntu's avatar

pelajarbuntu · 677 weeks ago

RESULT SAYE TEROK ADE 1A ADE G...BOLEH X MASUK FORM 6?
1 reply · active 677 weeks ago
Assalamualaikum...!! sya nk tyn adakh sya layak msuk ke form6 dgn result sya yg truk nie sbjek sains : fizik n kimia: E biolog: D... bm: b+ p.islm : B tasawur islm : B math : c+ sej:c+ ..!!!!
1 reply · active 673 weeks ago
saya nak tanya , pilhan antara dua ni, pra-diploma dan tg.6, mana satu yang lebih baik, yang lebih menjamin masa depan ..? saya bingung!!!!!!
saya ada pertanyaan pra-diploma tu bagus ke juga ? yang 6 bulan pngajian . antara pra-dip dan form6 mana lbih bagus ?
Result saya agak kurang memuaskan dlm SPM. Bio & Fizik dpt C dan Add Maths & Kimia dpt D. Jadi, saya nak tahu, saya ini layak x masuk form 6 ? Dan kalau masuk form 6, boleh tak saya tukar ke aliran sastera?
1 reply · active 676 weeks ago
bile boleh tahu saya akn dpt skola mana?
chemistry dan fizik di matrikulasi senang tak? kita perlu belajar dari mula ke ataupun sudah kena ada asas belajar daripada sekolah dulu?
1 reply · active 676 weeks ago
msa spm saya suka sgt fizik,lepas masuk matrix saya jd benci fizik..kt matrix,fizik lh yg plg dibenci ramai..plg disuka ramai adalah bio...bg pdt skarang,tak sama mcm pdt dulu...pdt skarang sgt susah kalu malas blajar..dpt pointer 1.5 ke bwh pd sem 1,terus kickout...sesiapa yg dpt pdt,fikir 2 kali...sesiapa yg dpt pst,teruskan dgn usaha..
3 replies · active 670 weeks ago
bg sesiapa yg dpt matrix,tak kira pdt atau pst..dua2 bgs asalkan fikiran positif dan bersemangat berkobar...kalau semangat low n cpat mengalah,pasti akn hanyut...goodluck
maksudnya fizik,chemistry dan biologi wajib belajar di matrikulasi lah ya?
1 reply · active 676 weeks ago
saya bekas pelajar matrikulasi teknikal sesi 2010/2011 dan dalam program pst. aliran saya ambil pengajian kejuruteraan elektrik & elektronik. pandangan saya kepada mereka yang berminat untuk menjadi engineer, adalah lebih baik memohon matrikulasi teknikal sebab peluang untuk buat degree engineering di ipta sangat lah tinggi bagi student matrik teknikal ni berbanding matrik sains. sebab, student matrik teknikal telah diajar basic engineering dan lebih fokus kepada bidang engineering, contoh seperti elektrik, mechi atau civil. sekarang saya sedang buat degree di UTeM dalam bidang kejuruteraan elektrik kuasa. jangan risau kalau anda dapat matrik teknikal, pergi je, bagus tau, yang penting jangan main-main masa belajar, sebab matrik teknikal semuanya adalah pst dalam anggaran 10 bulan.
2 replies · active 619 weeks ago
salam..nk tye, sy dpt fist kt kuala nerang, rse mcm nk pegi kt sane..tp xpsti lg sb kputusn mtrik n upu pm xkuar lg..n kos yg akn dpt 2 pm xtaw lg..sy plk nk sgt further stdy dlm sc-medic..lg 1..kt k.nerang 2 sy bley mntk pnjamn mara, xdela mbebnkan sgt klu dbndigkn dgn ptptn 2 kn..n andai kte sy dpat mtrik dlm bidg sc n upu- asasi sc..which 1 should i choose??klu cthnye sy dpt asasi sc kt uitm bley x nk pohon pnjmn mara??

sry ad y lri topik plk..(psal pnjamn 2)tp klu ad spe taw..pliz help me..huhuhu
salam, agak-agak layak tak jika saya masuk form6 aliran sains dengan result SPM subjek C(fizik, biologi), D(kimia) dan B(add math)?. saya amat meminati form6 kerana form6 salah satu jalan untuk saya kejar cita2 dan tebus balik result spm. lagipun saya nak elak dari ptptn,... tapi saudara-mara suruh saya ambil U or poli lagipun kos yang ditawarkan mungkin bertentangan dengan minat saya... tolong lah menasihati saya apa yang perlu saya buat...
assalamualaikum,saya berminat utk menjadi guru ekonomi dan kos yg sesuai diambil adalah pendidikan dengan ekonomi, jadi kena masuk maktab ke atau yg berkaitan dgn itu,ataupun memadai dgn mengambil kos pendidikan ekonomi diuniversiti yg sudah cukup utk bergelar seorang guru ekonomi?sbb saya kurang faham tentang perkara ini..saya lepasan SPM 2011 yg ingin memasuki f6...tkasih..
Salam sejahtera. Minta kebenaran link maklumat ke blog saya.
Tidak harus ada orang memandang rendah belajar di tingkatan 6 kecuali yang tak layak sahaja. Saya seorang guru dan saya amat menggalakkan pelajar-pelajar masuk ke tingkatan 6 jika tidak dapat/tidak layak matrikulasi. SPM aliran sastera jangan fikir banyak banyak terus sahaja ke tingkatan 6. InsaAllah dapat keputusan baik di STPM dan dapat sambung Ijazah di mana-mana universiti awam. Aku pun dulu ke tingkatan 6 setelah sangat tak layak ke matrikulasi. Alhamdulillah Cikgu Siswazah dah aku sekarang.
sarah_iman's avatar

sarah_iman · 672 weeks ago

Salam.Saya pelajar aliran sastera dan Alhamdulillah berjaya skor 9A. Permasalahannya skrg saya x pasti sama ada mahu sambung ke ipta atau ting 6. Bagi saya tawaran ting 6 lebih menarik kerana jangka masa yg pendek dan peluang sambung degree lebih cerah.Dlm masa yg sama juga sy berminat utk ke ipta. yg manakah harus saya pilih?
nabila abdullah's avatar

nabila abdullah · 672 weeks ago

assalamualaikum,sya dpt 5a(bm,math,kim,sej,agama) 4b(+math,bi,bio,fiz)..klau dpt twaran antara asasi dan matrik mna satu yg sya ptut pilih?klau matrik modul mna yg ptut sya plih sbb sya x thu sya cenderung ke arah mna?..andai saya dpt asasi kejuruteraan @ asasi sains hayat yg mna lbih byak peluang yg baik?..sya ada baca post kt atas yg ckp klau asasi sains hayat xlayak smbung degree perubatan sedangkan saya mnat medic..buntu...please helpppp...
1 reply · active 670 weeks ago
salam?kolej matrikulasi boleh tukar tak?
2 replies · active 671 weeks ago

Post a new comment

Comments by