TERKINI :
Para pelajar Tahun 6 yang berminat untuk memasuki Tingkatan 1 di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) adalah dipelawa untuk membuat permohonan sekarang. Ketika ini ada 52 SBP di seluruh negara yang menyediakan tempat untuk pelajar Tingkatan 1.
Aliran
Kementerian Pelajaran Malaysia menyediakan dua aliran Sekolah Berasrama Penuh iatu aliran sains dan aliran agama. Setiap aliran SBP ini menawarkan sedikit perbezaan pakej mata pelajaran. Ketika ini ada 38 buah SBP aliran Sains dan 14 buah SBP aliran Agama di seluruh negara.
Pakej Mata Pelajaran
Pakej mata pelajaran yang ditawarkan untuk setiap aliran adalah seperti berikut;
Sains
Bahasa Melayu, English, Science, Mathematics, Sejarah, Geografi, Kemahiran Hidup, Pendidikan Islam/ Moral, Bahasa Antarabangsa (Arab/ Jepun/ Jerman/ Perancis/ Mandarin)
Agama
Bahasa Melayu, English, Science, Mathematics, Sejarah, Geografi, Kemahiran Hidup, Pendidikan Islam/Moral, Bahasa Arab (Komunikasi), Bahasa Antarabangsa (Jepun/ Jerman/ Perancis/ Mandarin)
Permohonan
- Permohonan Kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh Tingkatan 1 2010 ini perlu dibuat dengan mengisi borang secara online di laman web Kementerian Pelajaran Malaysia.
- Pemohon dikehendaki mencetak Borang Permohonan ini sebanyak dua salinan. Salinan pertama perlu dihantar kepada guru besar sekolah pemohon dan salinan kedua dihantar kepada pengetua sekolah berasrama penuh (SBP) yang dipilih.
Maklumat
- Sila kunjungi Sistem Permohonan Atas Talian Ke Tingkatan 1 SBP untuk membuat permohonan dan mendapatkan maklumat lanjut.
- Sila semak Senarai SBP untuk mengetahui SBP dan aliran yang ditawarkan.
Tarikh Tutup
Permohonan untuk ke Tingkatan 1 SBP 2010 akan ditutup pada 15 Oktober 2009.
saya nak tanya kenapa saya tak boleh print borang ni
sebab kite kene tengok upsr lulus or gagal
kene tengok upsr lulus or gagal
Iqah,
Sila cuba guna browser yang berbeza. Jika masih menghadapi masalah sila hubungi Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh/Kluster di talian 03-8884 9357 / 9362 / 9511 untuk mendapatkan bantuan.
saya nak tahu macam mana nak hantar 1 salinan borang sbp tingkatan 1 kepada pengetua sekolah?ada alamat tak?
kenapa pelajar di sekolah jenis kebangssan tidak boleh memohon ke sekolah berasrama penuh
Saya tidak berjaya sudah beberapa hari mencuba untuk menghantar borang kerana ada ERROR kpd website server. Bagaimana saya hendak teruskan submit permohonan ini dan mencetaknya.
Asyraf,
Sila rujuk Senarai SBP.
Roslina73,
Mungkin itu polisi yang telah ditetapkan oleh pihak Kementerian Pelajaran.
M Nor,
Cuba guna browser yang berbeza dan cuba sekali lagi. Jika masih bermasalah cuba pula diwaktu yang lain tetapi jika masih bermasalah hubungi Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh/Kluster di talian 03-8884 9357 / 9362 / 9511.
Can i have the form plz ????where cn i get the form?????
Dharane,
Permohonan perlu dibuat secara online ini bermakna borang tersebut perlu di isi secara online sebelum dicetak. Sila rujuk tajuk Permohonan di atas.
Salam,
Saya nak tahu, untuk salinan kedua tu. Boleh guna kan fax ke atau kena hatar sendiri ke sekoalah yg kita pilih.
Ashraff@Kaka,
Sila hubungi sekolah yang berkenaan untuk mengetahui cara yang boleh diterima oleh sekolah tersebut. Lain sekolah lain cara mereka, pastikan tiada apa-apa yang boleh menjejaskan peluang anda untuk terpilih.
Salam,nak tanay sikit macam mana nak pohon sekolah sukan bukit jalil utk 2010 bagi F1.Anak saya minat nak masuk ke sekolah ini kerana dia bergiat sukan bolasepak,scout dan kelab cegah jenayah.Sepanjang tahun saya rasa tiada pihak berkenaan datang kesekolah anak saya untuk buat pemilihan.Bermakna kalau tak di tanya,usaha tak kan dapat pecahkan masalah.Saya ada hantar email kat sekolah bukt jalil tapi tiada balasan.Boleh tolong nak dapatkan cara-cara ke sekolah itu.Wasalam.
Salam,terimakasih atas maklumat yang berguna,moga Allah saja yang balas jasa saudara.Wasalam.
sy ingin menyemak semula permohonan saya, jadi saya tak tahu bagai mana untuk menyemak…..
saya ingin bertanya kepada saudara2 dan saudari2 bagaimana untuk menyemak, adakah click senarai sbp atau click sistem permohonan atas talian ke tingkatan 1 sbp
yang benar,
(ZULFAN BIN ZAMIL)
Azriab,
Salam… Saya tidak mempunyai maklumat yang lengkap mengenai kemasukan ke sekolah sukan. Sekarang terdapat dua sekolah sukan iaitu Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ), Kuala Lumpur dan Sekolah Sukan Bandar Penawar (SSBP), Johor.
Terengganu pula bakal memiliki sekolah sukan terbesar di negara ini yang akan dibina bersebelahan Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak. Buat permulaan Kerajaan Negeri bersedia menerima sebahagian pelajar dengan menempatkan mereka di Sekolah Menengah Teknik Terengganu Jalan Lapangan Terbang, Kuala Terengganu.
Permohonan kemasukan ke sekolah sukan bagi lepasan UPSR dan PMR tidak dijalankan melalui permohonan terbuka kepada para pelajar. Di samping mendapat kelulusan UPSR sekurang-kurangnya 3B, 1C atau PMR sekurang-kurangnya 5C, 3D, pelajar-pelajar yang layak akan ditawarkan memasuki ke sekolah sukan melalui kaedah serta oleh pihak tertentu iaitu:
1. Ujian Mengenalpasti Bakat (TID) yang dikendalikan oleh Unit Sukan JPN di peringkat negeri dan yang dikendalikan oleh BSSK di peringkat kebangsaan.
2. Melalui Program Talent Scouting (Ujian Mengenalpasti Atlet Berbakat) yang dijalankan sepanjang Kejohanan MSSM.
3.Calon yang dicadangkan oleh Persatuan Sukan Kebangsaan yang mendapat pengesahan daripada MSN sebagai atlet elit atau atlet pelapis negara.
Sila hubungi SSBJ di talian 03 9058 7335 atau faks 03 9058 7153 dan SSBP di talian 07 822 3027 atau faks 07 822 3028 atau Bahagian Sukan, Seni dan Kokurikulum, Kementerian Pelajaran di talian 03 8884 1001 untuk maklumat lanjut.
Zupee/Ifan,
Semakan boleh dibuat dengan pergi ke Permohonan Atas Talian Ke Tingkatan 1 SBP dan masuk ke Semakan.
saya ingin bertanya bagaimana cara untuk saya mendapatkan kata laluan untuk menyemak permohonan sbp.
Sekian terima kasih.
bagaimana caranya untuk saya mendapatkan kata laluan bagi menyemak permohonan sbp, Terima kasih
Pujeton,
Anda tidak perlu katalaluan untuk menyemak permohonan, sila pergi ke Semakan Permohonan dan masukkan angka giliran UPSR anda. Semakan dan pengesahan hanya boleh dibuat sehingga 30 Oktober ini.
Salam,
kenapa saya tak tahu erk…? Apply on line wajib ker…? manual tak boleh ker…? anak saya ada bawak balik form SBP…. yang tak kira ker macamane ni… tarikh dah tutup…. tak nak extend ker…? saya rasa ramai lagi kat luar sana yang tahu kena apply on line..
Wassalam
Salam,
kenapa saya tahu erk..? nak ke SBP ke apply on line…? manual tak boleh ker…..?
date tak boleh extend ker …? saya rasa ramai lagi yang tahu benda ni….
Wassalam
Matkey,
Salam… Saya tidak pasti samada boleh membuat permohonan secara manual sahaja kerana syaratnya selepas mengisi borang online, ia perlu dicetak dan dihantar ke sekolah pelajar dan sekolah yang dipohon. Setakat ini memang tidak ada maklumat lanjutan tarikh tutup.
Pihak sekolah sepatutnya ada memaklumkan tentang permohonan ke SBP kepada pelajarnya terutama mereka yang mempunyai potensi.
Assalamualaikum. Saya ingin bertanya. Calon-calon yang memohon sbp tingkatan 1 adakah diwajibkan menghadiri temuduga bagi pengambilan pertama?
woi mcm mne nk mohon skolah bandar penawar ha?????
macam mana saya leh x tau pasal permohonan nak masuk SBP ni secara online..
yang peliknya pihak sekolah pun tak penah cerita…tu
kalau tak dah tentu anak saya bagi tau…dengan saya..
tarikh tutup tak dilanjutkan ker…..
Rhue,
Salam…. Pada tahun-tahun lepas bagi ambilan pertama tiada temuduga.
Gib,
Sekolah Bandar Penawar merupakan sebuah sekolah sukan dan cara memasukinya adalah seperti yang telah dinyatakan pada jawapan komen Azriab di atas.
Acong,
Anda bukan orang pertama menyatakan demikian, harap pihak Kementerian Pelajran dan sekolah memberi perhatian mengenai perkara ini.
Tarikh tutup telah lepas dan biasanya tidak dilanjutkan. Saya cadangkan anda hubungi terus Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh di talian 03-8884 9357 / 9362 / 9511.
assalamualaikum…
adakah pelajar Sek.Ren Islam/Sek Ren Agama Rakyat yang CEERLANG AKADEMIK DAN SAHSIAH layak untuk ke SBP / SEK INTEGRASI seperti MRSM ?
T.Q
Wardah,
Salam…. memang boleh memohon. Malah jika ingin memohon MRSM Aliran Agama akan mempunyai kelebihan, sila rujuk Permohonan Kemasukan MRSM Tingkatan Satu 2010 Semenanjung Malaysia.
salam nilam…bilakah keputusan permohonan ke SBP akan dikeluarkan. bolehkah saya mengetahuinya lebih awal samada menelefon kementerian atau sek tpt anak saya memohon.tq!!
oh ye…lupa..sekiranya anak sy gagal pd pengambilan pertama, ke manakah perlu sy membuat rayuan. boleh ke sy membuat rayuan secara online dn perlukah saya merayu juga kpd sekolah tpt anak sy memohon. Apakah adress utk e-rayuan tersebut. tq!
Assalamualaikum Nilam. Tau ke bila result UPSR keluar. Selain dari ambil result dari sekolah, bolehkah mengetahuinya lebih awal spt dr MOE…? Penting.. bg mendptkan borang MRSM. Tak la berebut-rebut nanti…. TQVM.
Ain,
Salam…. Biasanya dalam pertengahan Disember dan semakan boleh dibuat di portal yang akan dinyatakan di laman web Kementerian Pelajaran. Saya tidak pasti samada boleh berbuat demikian tetapi jika hendak anda boleh cuba hubungi mereka di awal Disember nanti.
Ya memang perlu membuat rayuan dan langkah-langkah membuat rayuan akan dijelaskan nanti. Walaupun begitu saya difahamkan rayuan perlu dibuat ke sekolah yang dipohon dan pihak sekolah sendiri yang membuat pemilihan. Apa-apapun tunggu pengumuman rasmi pihak Kementerian Pelajaran dahulu.
Rhue,
Salam… Keputusan UPSR biasanya akan diumumkan pada minggu terakhir persekolahan, maknanya dalam minggu ini. Jangan risau anda mempunyai cukup masa untuk memohon MRSM kerana tarikh tutupnya 10 hari selepas keputusan UPSR diumumkan, sila rujuk Permohonan Kemasukan MRSM Tingkatan Satu 2010 Semenanjung Malaysia.
Saya telahpun membuat permohonan atas talian untuk sekolah berasrama penuh (tingkatan 1) untuk anak saya & telahpun menghantar borang ke sekolah berkenaan. sekiranya anak saya berjaya mendapat 5A, apakah langkah saya seterusnya. bagaimana saya hendak memaklumkan keputusan itu kepada sekolah pilihan anak saya. ataupun pihak SBP itu sendiri akan membuat semakan.
Maliza,
Anda tidak perlu berbuat apa-apa, cuma menunggu pengumuman keputusan permohonan ke SBP sahaja. Keputusan UPSR akan disemak sendiri oleh pihak Kementerian.
sy ter lambat memohon.ap perlu saya buat?????
saya terlambat membuat rayuan….boleh saya rayu lagi?????
Pelik la… Saya cadangkan Kementerian Pendidikan berlaku adil kpd semua n britau ttg online. Masalahnya bila kami buka portal ni bru tau n tarikh tutup pn dh lps sdgkan kptsn blum kluar lg. Ramai yg ingt lps kptsn kluar bru blh apply. Lagipun logik apa…kan??Kptsn kluar bru blh apply. Fair to everybody.Cikgu pn tdk prnh memklumkan ttg online applictn ni. Jd kat mana kita suma nk dpt info tu??
[…] Malaysia. Manakala permohonan ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) telah pun ditutup, sila rujuk Permohonan Kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh Tingkatan 1 2010. addthis_url = 'http%3A%2F%2Feputra.com%2Fkeputusan-upsr-2009%2F'; addthis_title = […]
salam,saye ingin sgt masuk sek asrama penuh tapi nk tanye kalu msk sek asrama penuh ni kene lulus je ker?saye arap la masuk coz saye x nk kecewa kan ibubape saye kerana selama ni dye da bnyk keluar kan duit untk saye berjaye…saye arap korang le bantu saye..salam…amin
Salam…sy pun terkejut krn tarikh permohonan online ke sek asrama penuh telh ditutup. Bgmana caranya nk buat rayuan krn upsr result baru kluar smlm.
Salily, Nadia dan Aida Zainee,
Biasanya jika sudah terlepas tarikh tutupnya memang agak sukar untuk berbuat apa-apa lagi. Saya cadangkan anda hubungi terus Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh di talian 03-8884 9357 / 9362 / 9511 untuk penjelasan.
Nadia,
Salah satu sebab ePutra diwujudkan adalah untuk membantu menyebarkan maklumat sedemikian.
Jika saya tidak silap maklumat tentang permohonan tingkatan 1 SBP telah dimaklumkan kepada semua sekolah rendah. Saya juga difahamkan sebelum ini pihak sekolah yang mencadangkan pelajar yang ada potensi untuk masuk ke SBP kepada kementerian.
Pada tahun ini pula permohonan perlu dibuat sendiri oleh pelajar (dengan bantuan ibubapa/guru) secara online. Hebahan atau iklan mengenainya ada dibuat dilaman web Kementerian Pelajaran dan sekolah sepatutnya telah memaklumakannya kepada pelajar-pelajar mereka.
Nur Halida,
Salam… Anda perlu mendapat keputusan yang cemerlang iaitu 5A untuk masuk SBP. Selain SBP anda juga boleh memohon MRSM, sila rujuk Permohonan Kemasukan MRSM Tingkatan Satu 2010 Semenanjung Malaysia.
salam 1 smach……saya pelajar sm sains machang,mengalukan2 kedatangan pelajar baru ke sekolah kami iaitu sekolah menengah sains machang……………….
5A tu senang 8A juga mudah tapi 10A tu payah……………
kalau 4a1b x blh mohn kew..
untk pemohonn mrsm 2010..saye bermint sgt nk sklh mrsm nie..
Salam, saya ingin bertanya apakah syarat minimum memasuki sbpi? Apakah perlu mendapat keputusan 5 A sahaja? Kalau 4 A 1 B pula bagaimana?
Salam, saya ingin mengetahui kelayakan minima ke SBPI? Adakah mesti keputusannya 5 A? Kalau 4 A 1 B pula bagaimana?
kalo sya dpt 3a 2b aje dpt keh msk sbp?tolonglah…sya nak sgt msk sekolah yg highschool….
Saya tak tahu kesah permohonan dan tutup.. anak dan melalak aja ..susah susah nak dapat 5A..dah dapat tak boleh masuk…tak logik belum tahun keputusan dan suruh pohon..pihak sekolah(SKBTR) tak maklum …MUNGKIN tengok anak kampung dan cap tak layak masuk…macamana KPM …. SAYA MOHON DAN MERAYU SUPAYA PERMOHONAN DIBUKA SEMULA KALAU BENAR
A’kum,
Nak tanya la, bila kita boleh dpt tahu keputusan permohonan ke SBP 2010 utk form 1?
TQ..
permohonan online dah tutup (15/10/2009) ke sbp.bole ke dtg terus ke pejabat sekolah berkenaan dan memohon cara manual
Najihah dan Anita,
Biasanya agak sukar kerana terlalu ramai yang mendapat 5A.
Permohonan ke MRSM sila rujuk Permohonan Kemasukan MRSM Tingkatan Satu 2010 Semenanjung Malaysia.
Amir,
Salam… Biasanya 5A, kalau kurang agak sukar kerana terlalu ramai yang memohon mendapat 5A.
Mohd Ashuris,
Memang benar ramai yang kecewa apabila mengetahui tarikh tutup permohonan telah lama berlalu. Walaupun begitu memang biasanya permohonan ke SBP tingkatan 1 ditutup awal. Cuba hubungi Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh di talian 03-8884 9357 / 9362 / 9511 untuk mendapatkan penjelasan.
Anda boleh cuba pujuk anak anda untuk memohon MRSM (tarikh tutup 30 November) sila rujuk Permohonan Kemasukan MRSM Tingkatan Satu 2010 Semenanjung Malaysia.
Tun Rahim,
Salam… Biasanya pengumuman akan diumumkan pada pertengahan bulan Disember nanti. Sila selalu semak laman web Kementerian Pelajaran dan ePutra ini untuk maklumat terkini.
Card3,
Setahu saya tidak boleh tetapi cuba hubungi Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh di talian 03-8884 9357 / 9362 / 9511 untuk mendapatkan penjelasan.
Assalamualaikum, anak saya telah memohon ke SBP. tetapi melalui semakan online permohonan tidak terdapat permohonan. boleh saya tahu kenapa?
asalamualaikum
sy nak msk sekolah mrsm..dgr cite sekolah nie bags..tp kalo 4a 1b boleh x..sy nak sgt msuk sekolah ni
nak masuk mrsm
Saliqbal,
Salam… setahu saya semakan tersebut hanya boleh dibuat setakat 30 Oktober sahaja. Jika semakan dibuat selepas tarikh tersebut mungkin datanya sudah tidak ada. Walaupun begitu untuk kepastian sila hubungi terus Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh/Kluster di talian 03-8884 9357 / 9362 / 9511.
Farah Amirah,
Salam… Syarat kelayakan untuk memohon adalah 5A tetapi ada kes tertentu 4A 1B mungkin dipertimbangkan. Sila rujuk Permohonan Kemasukan MRSM Tingkatan Satu 2010 Semenanjung Malaysia dan Permohonan Kemasukan MRSM Tingkatan Satu 2010 Sabah Sarawak untuk maklumat lanjut.
salam…saya ingin memasuki sbp tetapi tarikh tutup telah di keluarkan..boleh saya tau knapa permohonan kemasukan sbp2010 telah d tutup pada bulan oct lagi,sedangkan keputusan upsr bulan nov baru keluar keputusan nya.bagaimana ingin memohon kembali permohonan tersebut,adakah kementerian pelajaran akan membuat tawaran sendiri jika ingin memasuki sbp.
adakah keputusan pengambilan pelajar tingkatan 1 2010 ke sbp telah diumumkan?
jika ya, bagaimana pemohon boleh mengetahui keputusan mereka?
adakah melalui online atau surat akan dihantar ke rumah?
saya dapat 4A1B , bila agaknya keputusan sbp diumumkan? macam mana pula kalau kita nak buat rayuan
Karl,
Salam… Memang biasa tarikh tutup ke Tingkatan 1 SBP sebelum keputusan UPSR diumumkan. Biasanya selepas tarikh tutup tiada permohonan yang akan dilayan.
Amalina dan Nur Hidayah,
Keputusan permohonan ke Tingkatan 1 SBP dijangka akan diumumkan selewat-lewatnya 25 Disember ini. Semakan boleh dibuat dilaman web Kementerian Pelajaran. Kami di ePutra juga akan memaklumkannya.
Mereka yang gagal boleh membuat rayuan bagi pengambilan kedua.
saye nk msk asrama mcm mane tarikh dh ttp ..tlg la bagi saya peluang
Eja,
Permohonan ke Tingkatan 1 SBP dan MRSM telah pun ditutup. Walaupun begitu jangan kecewa tetapi teruskan usaha untuk mendapat keputusan yang cemerlang semasa PMR dan memohon untuk kemasukan ke Tingkatan 4 pula.
“Pengambilan 80 peratus pelajar oleh Bahagian Pengurusan SBP dan Sekolah Kluster sudah pun mendaftar diri pada 12 Januari lalu, manakala 20 peratus yang dipilih pengetua akan menyertai mereka.
Semua SBP ada buat temuduga?
Macamana nak tahu?
Mcm mana nak tahu keputusan kemasukan ke SBP
minta maaf la saye nak tanye bila temuduga ke mrsm 2009 tak sabar saya ni…..
macam mane nak thu temuduga ke mrsm 2009 arap jawab secepat mungkin
Hi,
hope someone can share with me if MOE will consider the Aptitude Test Result?
What if the student gets Band 4 for both sections in Aptitude Test, but only gets 4As and 1B in UPSR.
Does he have a good chance to be selected for boarding school or MRSM?
Thank you.
sye sudah mnghantar borang sbp bagi tingkatan 1…….tpi sye hanye menghantar borang itu kpd sekolah yg sye pilih dan boorang itu sudah di cop guru besar sekolah sye…..adakah sye sudah mengikuti prosedur dgn betul????
assalamualaikum….saya ingin bertanya adakah permohonan ke sbp adalah hanya untuk yang perpendapatan rendah..kalau yang diluar bandar tapi pendapatannya tinggi..bagaimana ya…….
salam, bila keputusan kemasukan ke sbp 2010 keluar?
Fendi,
Setahu saya cuma pengambilan yang dibuat oleh pengetua sahaja ada temuduga. Mereka yang dipanggil untuk temuduga akan dihubungi terus oleh Kementerian atau SBP yang berkenaan.
Aziee,
Semakan boleh dibuat secara online yang akan dinyatakan di laman web Kementerian Pelajaran. Eputra juga akan menyiarkan pautan laman web tersebut.
Jantan,
Saya tidak mempunyai maklumat mengenai temuduga MRSM.
Nafisah,
Ada kemungkinan tetapi syarat utama untuk memasuki tingkatan 1 SBP @ MRSM adalah mendapat 5A dalam UPSR. Walaupun ada beberapa kes yang tertentu mereka yang mendapat 4A 1B akan dipertimbangkan.
Abu Syafiq,
Ya betul.
Adia,
Salam… Masih akan dipertimbangkan cuma keutamaan akan diberi kepada mereka yang berpendapatan rendah.
Alya,
Salam… Keputusan dijangka akan diumumkan sebelum cuti sekolah berakhir.
BILEKAH KEPUTUSAN KEMASUKAN KE SBP AKAN DISIARKAN?
salam..sy nk tnye..bler kputusn sbp kuar..
bila keputusan sbp bg tingkatan 1 2010 yayasan selangor nk kuar??
dan dimana boleh saya buat semakan
laman web apa??
tolong bantu saya…
Sehingga ke ari ini, saya masih tak tau macam mana nak buat semakan online mengenai keputusan kemasukan ke sbp.Pls…any advice..
Fini, Kay, Sha dan Fatin97,
Salam… Dijangka sebelum 25 Disember ini, sila rujuk Tarikh Keputusan Permohonan Kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh Tingkatan 1 2010.
npe kene skolh yg brasrma pnuh..sye xnk yg brasrma pnuh..skul dato’ penggawa barat jerk..n npe borang nie xleh print??
yayasan selangor dah keluarkan listing untuk calon calon yg berjaya.
sila guna website ni untuk rujukan….:-
http://www.yayasanselangor.org.my
keputusan calon calon yg berjaya masuk ke Tingkatan 1 di Yayasan Selangor untuk Tahun 2010 dah keluar.
sila rujuk ke laman web ni untukrujukan:-
http://www.yayasanselangor.org.my
bila nk keluar keputusan asrama ek? sya dh pegi interview tapi skrg ni xde apa2 berita..
bila keputusan asrama nk keluar ek?
sya dh interview n sya masih x dpt ape2 berita
my friends too..so,kitorg tertanya-tanya
can u please tell us…i hope soooo.
macam mane nk check keputusan pengambilan tingkatan satu ke sbp??
adik saya sudah dpt twrn sbp…boleh dia tolak twrn tersebut?…saya bekas pelajar mrsm dan sy galakkn dia ke mrsm..jadi sy hrp kalo adik sy tolak twrn tersebut, mrsm akan beri twrn kepada adik sy..adakah mrsm blacklist nama adik saya terus, memandangkan dia sudah ditawarkan ke sbp?…hrp tolong jelaskan..
Liana,
Anda boleh rujuk dengan Jabatan Pelajaran Negeri untuk selain daripada SBP.
Noranas,
Terima kasih dengan maklumat tersebut.
Sofea, Syuhada Omar dan Zahir,
Sila rujuk Keputusan Permohonan Kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh Tingkatan 1 2010.
Bom,
Setahu saya, nama mereka yang telah mendapat tawaran ke SBP akan dikeluarkan daripada senarai pemohon MRSM. Walaupun begitu saya tidak pasti adakah nama adik anda akan dimasukkan kembali jika menolak tawaran SBP. Sila hubungi pihak MARA di talian 03 2690 3765 untuk mendapatkan penjelasan.
salam,sya nak tanya cemana nak semak nama pelajar tahun 6 yang memohon untuk masuk ke sekolah berasrama penuh.
HARAP PIHAK TUAN DAPAT MENJAWAB PERTANYAAN INI SECEPAT MUNGKIN
salam..sye xdpt 5a,jdi leh kh sye msk ke sklah brasrma pnuh??klu x pun ke asrama biase jerk..sye nk sgt ke sklah brasrma..skli gus mncri pengalaman..
sye jge xbrkmampuan utk mmbiayai semua byran yg tlh dttpkn..
sya dpt twaran msuk sbp..x bleh ke sya tlak bab sya nk masuk mrsm..tlg sya
Ramai yg pasti kecewa kerana sekolah sekolah berasrama penuh rata- rata di monopoli kepada anak- anak org kaya lagi mempunyai kabel org dalam sajer…
bagi anak- nak org kurang berada masih jauh ketinggalan jika hendak dibandingkan keistimewaan kpd anak- anak org kaya lagi berkabel ni.
Sejauh manakah kerajaan benar- benar telus dalam menapis masuk semua pelajar yg mendapt sekolah berasrama penuh tanpa “kabel”.???? adakah kelayakan serta keutamaan hanya akan di beri kpd yg berkabel org dalam sajer walau pun keputusan peperiksaan kurang bernass dan berjaya???? Sila kaji semula kerana penat lelah anak- anak yg tidak berkabel ini belajar hingga jaya tapi tiada mendapat peluang terbaikk dlm penyerapan ke sekolah breasrama penuh ??????
Jamil,
Salam… Sila rujuk Keputusan Permohonan Kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh Tingkatan 1 2010.
Ilyana Natasya,
Salam… anda boleh semak dengan Jabatan Pelajaran Negeri untuk mengetahui sekolah lain yang mempunyai asrama selain daripada SBP.
Zila,
Mereka yang telah mendapat tawaran ke SBP akan dikeluarkan daripada senarai mereka yang akan dipertimbangkan untuk MRSM. Anda perlu berhubung dengan pihak MARA untuk mengetahui bolehkah nama anda tidak dikeluarkan daripada senarai pemohon MRSM jika anda menolak SBP.
Cepott,
Isu ini memang akan berbangkit setiap kali keputusan permohonan diumumkan. Harap pihak yang berkenaan dapat memberi perhatian mengenai perkara ini.
bleh bgi nmber mara ke??
Assalam. Macam mana saya nak semak keputusan rayuan ke sbp bagi tingkatan 1 ambilan kedua? Adakah rayuan itu boleh dibuat dengan hanya menekan butang rayuan dalam talian online? Perlukah kita pergi ke sekolah berkenaan untuk membuat rayuan?
askum….
nk tanya ..kalau nk masuk ke SEKOLAH SUKAN BUKIT JALIL…
brape pencapaian yang terendah diluluskan…..
dan nk isi borangnye kat mane…..?wasalam
salam. mcm mana nak buat rayuan ke sbp bg tingkatan 1 ambilan kedua?
salam….
Mcm mana nak buat rayuan ke sbp bg tingkatan 1 ambilan kedua?
salam…
mcm mana nak buat rayuan ke sbp bg tingkatan 1 ambilan kedua?
SYA YG DPT 9A PN XLEH SEKOLAH ASRAMA PENUH…NK KTA TRIAL K.O. X. JGAK,,SEBAB DPT 8A 1B…SKOLAH PN LUAR BANDAR..TPI SY REDHA..
MUNGKIN ALLAH DAH TETAPKAN DISINI ADALAH TEMPAT TERBAIK BG SY..
INGATLAH..KT MANA2 PN KTA SKUL..SAMA JER..
COZ YG MENENTUKAN ADALAH DIRI KITA….SEDIH TU MEMANG SEDIH SEBAB X DPT SAMBUNG ARAB KT SBP…TP SY YAKIN,ADA HIKMAH YG ALLAH DA TENTUKAN..
NSYALLAH SY AKN BUAT YG TERBAIK UTK SPM PLAK..
STIAP YG BERLAKU ADA HIKMAHNYA…
SY REDHA…TOTALLY REDHA RIGHT NOW..
bila tarikh keputusan kemasukan mrsm
apa syarat dan panduan
sian kat student STAR nama sekolah hebat tapi kemudahan asas tak di selenggara dengan sempurna esp. toilet.
Salam,
Apakah syarat kemasukan ke SBP?
Untuk pengambilan 2011 ke tingkatan 4, bilakah tarikah permohonan akan dibuka?
Sekian.Terima Kasih.
Zila,
Talian Am MARA 03-2691 5111
Far8,
Salam… Sila rujuk Keputusan Pengambilan Kedua SBP Tingkatan 1 2010.
Firdhaus,
Salam… Kemasukan ke SSBJ bukan secara permohonan, sila rujuk komen saya di atas.
Maya,
Salam… tempoh untuk membuat rayuan telah tamat, sila rujuk Keputusan Permohonan Kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh Tingkatan 1 2010.
Ain,
Memang benar, tentu ada hikmahnya, apa yang penting anda boleh cemerlang di mana sahaja.
Roseni,
Salam, bagi kemasukan ke tingkatan 4 SBP secara amnya perlu mendapat 8A dalam PMR. Bagi pengambilan 2011 permohonan dijangka akan dibuka dalam bulan September 2010.
bila result spm keluar?
Ika,
Hari Khamis ini, sila rujuk Tarikh Keputusan SPM Dan STAM 2009.
boleh tak beri saya senarai sekolah menengah berasrama di johor bahru bagi kemasukan pelajar tingkatan 1?
borang permohonan SBP bagi kemasukan 2011 anggaran dalam bulan berapa keluar ye? Takut terlepas pandang
Saya sangat berminat untuk(darjah 5) ke sekolah men.agama persatuan kajang.Apakah syarat-syarat kelayakan untuk masuk ke sana
Syaratnya sama seperti ke SBP yang lain.
bila borang kemasukan SBP 2011 dikeluarkan.takut ketinggalan pula.
bilakah borang kemasukan SBP 2011 dikeluarkan. takut ketinggalan
bilakah borang kemasukan 2011,2011 tingkatan1 dikeluarkan.takut ketinggalan.
bilakah borang kemasukan SBP tingkatan 1 tahun 2011anggaran bulan akan dikeluarkan.takut ketinggalan.
bilakah borang kemasukan SBP tingkatan 1 tahun 2011,anggaran akan dikeluarkan..takut ketinggalan.
bilakah borang kemasukan SBP tingkatan 1 tahun 2011 anggaran bulan akan dikeluarkan.takut ketinggalan.
bilakah borang kemasukan SBP tingkatan 1 tahun 2011 anggaran bulan akan dikeluarkan.takut ketinggalan
Permohonan biasanya akan dibuka dalam bulan September.
Salam…
Nilam,bile borang kemasukan SBP 2011 akan keluar?
Salam… permohonan biasanya akan dibuka dalam bulan September.
Ada borang permohonan untuk kemasukan ke SBP bagi seisi 2011?
Tahun ni (2010) saya darjah 6.Saya boleh print&lengkapkan borang ni ke….?
bila brg sarama pnuh 2011 akan kluar ye, tkt terlps pdng lah…..
adakah keputusan aptitud turut diambil kira dalam pemilihan ke sekolah berasrama penuh ?
saye nak borang permohonan sbp untuk ting4 sesi 2011.mane saye boleh dapatkannye????
[…] Related posts:Permohonan Kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh Tingkatan 1 2010 […]
[…] boleh juga semak komen-komen di Permohonan Kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh Tingkatan 1 2010 dan Tingkatan 1 […]