Permohonan Kemasukan MRSM Tingkatan Satu 2010 Semenanjung Malaysia

–> Permohonan Kemasukan MRSM Tingkatan Satu 2011

Majlis Amanah Rakyat (MARA) mempelawa pelajar Tahun 6 2009 warganegara Malaysia yang layak untuk memohon kemasukan ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Tingkatan 1 tahun 2010 di Semenjung Malaysia.

Bagi pengambilan Tingkatan 1, MRSM menawarkan dua aliran iaitu Biasa dan (Agama) Ulul Albab. MRSM (Agama) Ulul Albab akan dilaksanakan di MRSM Kota Putra dan MRSM Gemencheh. Sistem pendidikan MRSM Agama ini merangkumi Pengajian Al-Quran (Hafazan), Bahasa Arab dan bahasa-bahasa lain seperti Bahasa Mandarin dan Bahasa Jepun selain subjek teras seperti yang sedia ada di MRSM.

Syarat Kelayakan Masuk MRSM

Biasa

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Pelajar sekolah Bumiputera dan bukan Bumiputera tahun enam yang sedang menuntut di Sekolah Kebangsaan atau Sekolah Rendah Kebangsaan di Semenanjung Malaysia.
  3. Memperolehi keputusan 5A dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun 2009.

Ulul Albab (Agama)

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Pelajar sekolah Bumiputera tahun enam yang sedang menuntut di Sekolah Kebangsaan atau Sekolah Rendah Agama Negeri atau Sekolah Rendah Agama Rakyat.
  3. Memperoleh keputusan 5A dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun 2009.
  4. Berkebolehan membaca Al-Quran dengan baik dan mempunyai minat dalam bidang agama.
  5. Pemohon mestilah memilih MRSM Kota Putra atau MRSM Gemencheh sebagai pilihan pertama semasa mengisi borang permohonan secara online.
  6. Pemohon ke MRSM Agama akan ditemuduga.

Pemilihan

  1. Selain syarat kelayakan, keutamaan akan diberikan kepada calon yang berikut :
    1. Bergiat aktif dalam bidang kepimpinan, sukan dan permainan, kelab dan persatuan serta pasukan pakaian seragam.
    2. Berasal daripada keluarga berpendapatan rendah dari sekolah pedalaman, luar bandar atau kawasan bandar yang meliputi kawasan setinggan atau kawasan daif.
  2. Pemohon yang ditawarkan ke Sekolah Berasrama Penuh Kementerian Pelajaran tidak akan ditawarkan ke MRSM.
  3. Pemohon yang berjaya akan ditempatkan di MRSM yang bersesuaian mengikut kriteria yang telah ditetapkan oleh MARA.
  4. Keputusan Jawatankuasa Tertinggi Pengambilan Pelajar MRSM adalah muktamad.

Permohonan

Mohon Nombor Pin / Katalaluan

  1. Pemohon hendaklah datang sendiri ke Pejabat Mara Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur / Negeri atau Daerah yang berdekatan untuk mendapatkan nombor pin secara percuma bermula pada hari keputusan UPSR 2009 diumumkan secara rasmi.
  2. Pemohon hendaklah membawa Salinan Surat Beranak serta Salinan Keputusan UPSR 2009 yang telah disahkan semasa mendapatkan nombor pin.

Isi Borang Online

  1. Permohonan perlu dibuat secara online di Permohonan Kemasukan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Tingkatan 1 2010.
  2. Pemohon mestilah mengisi semua maklumat yang diperlukan di dalam borang permohonan online dan memastikan borang tersebut berjaya dihantar secara online.
  3. Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dicetak.
  4. Pemohon mestilah menghantar cetakan borang tersebut serta dokumen yang berkaitan ke alamat berikut :
    • Permohonan ke Tingkatan Satu,
      Pengarah, Bahagian Pendidikan dan Latihan (Menengah),
      Tingkat 19, Ibu Pejabat MARA,
      21, Jalan Raja Laut,
      50609 KUALA LUMPUR.
  5. Hanya permohonan yang memenuhi syarat kelayakan sahaja akan dipertimbangkan.
  6. Permohonan yang tidak lengkap atau lewat diterima daripada tarikh tutup akan ditolak.

Maklumat

  1. Sebarang pertanyaan dan masalah yang berkaitan dengan permohonan sila hubungi pihak MARA di talian 03-2690 3765.
  2. Sila rujuk laman web MARA berikut untuk mendapatkan maklumat tambahan;

Tarikh Tutup

  1. Permohonan secara online akan ditutup pada 30 November 2009.
  2. Tarikh akhir menghantar cetakan borang dan dokumen yang berkaitan ialah selewat-lewatnya pada 3 Disember 2009.
  3. Pemohon yang berjaya sahaja akan dihubungi. Sekiranya pemohon tidak menerima sebarang jawapan sehingga 30 April, permohonan anda dianggap tidak berjaya.

109 thoughts on “Permohonan Kemasukan MRSM Tingkatan Satu 2010 Semenanjung Malaysia

  1. […] This post was mentioned on Twitter by Adi Wira. Adi Wira said: RT @eputra Permohonan Kemasukan MRSM Tingkatan Satu 2010 Semenanjung Malaysia | ePutra http://bit.ly/RenlT […]

  2. saya dah dapat pin no, tapi tak boleh login,tolong saya
    saya amat tertekan. tolong email saya ke receptionist@tasco.com.my

  3. Nisa,
    Permohonan ke Tingkatan 1 MRSM masih belum dibuka, jika maksud anda untuk tingkatan 4 sila rujuk Permohonan Kemasukan MRSM Tingkatan Empat 2010 Semenanjung Malaysia.

  4. […] yang mendapat keputusan cemerlang boleh cuba memohon MRSM, sila rujuk Permohonan Kemasukan MRSM Tingkatan Satu 2010 Semenanjung Malaysia. Manakala permohonan ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) telah pun ditutup, sila rujuk Permohonan […]

  5. anak kampung berjaya says:

    boleh tak kita wakilkan kepada org lain utk dapatkan no pin…
    Anak saudara saya 3 org Dapat 5A…
    So persoalannya… boleh kah saya mewakili mereka smua utk dapatkan no pin di pejabat mara…. sesape boleh membantu bg jawapan.

    thanks

  6. kenapa saya tak dapat login. tolong la saya.

  7. syarat ke mrsm upsr mesti 5A. Adakah saya boleh memohon mrsm jika upsr saya 4A 1B(BI) harap ada ihsan untuk saya yang belajar di kawasan pedalaman ni

  8. salm..blh ke mohn mrsm kalau 4a1b..saye berminat sgt untk berseklh di mrsm nie..tlg lh saye..

  9. bagaimana untk mohon mrsm ke tingkatan satu??secare online..klik di mane..blh ke mohn mrsm 4a1b..hrp blh la..tlg la saye..

  10. Anak Kampung Berjaya,
    Sepatutnya memang boleh tetapi pastikan anda membawa sijil kelahiran dan salinan keputusan UPSR yang telah disahkan. Walaupun begitu jika inginkan kepastian sila hubungi Bahagian Pendidikan Dan Latihan (Menengah) MARA di talian 03 2691 5111.

    Ayesha,
    Sila pastikan anda masuk katalaluan yang betul tetapi jika masih menghadapi masalah sila hubungi talian 03-2690 3765 untuk bantuan.

    Erni dan Najihah,
    Biasanya agak sukar tetapi anda boleh cuba mendapatkan katalaluan, jika mereka memberinya anda bolehlah memohon.
    Permohonan boleh dibuat secara online selepas memperolehi katalaluan.

  11. nama keluar automatik,tapi salah eja..sedih btul…
    camne nak btulkan???

  12. Sekolah jenis kebangsaan tak boleh masuk asrama penuh? maknanya anak melayu yang bersekolah di SRJK automatik hilang taraf bumiputra?

  13. camne nak tahu dokumen apa lagi yang perlu dihantar???

  14. anak saya dapat 4a1b….
    psra 86% (jayyid jiddan)
    layak ke saya memohon untuk mrsm agama

  15. Siti,
    Cuba hubungi talian 03 2690 3765 untuk mendapatkan bantuan.

    Samsul,
    Betul juga kata anda tu… ini sesuatu yang perlu difikirkan.

    Pabdkarim,
    Secara amnya memang tidak boleh tetapi anda boleh mencuba untuk mendapatkan katalaluan di Pejabat MARA yang berdekatan.

  16. untung la 5A je bleh…

  17. Aiysha kopu says:

    Salam nilam!

    lama sy x tgk web ni!

    ingt lg x saya,yg dlu ayik bg mklumat psl MRSM Kota Putra…??

    em,sy cuma nk ucapkan tahniah buat sape2 yg TELAH atau sdg dlm prbincangan untk pilih MRSM KOTA PUTRA ULUL ALBAB/MRSM GEMENCHEH..!!

    Anda dah buat kputusan yg bijak!! Tahniah2!!

    Em,sy cuma blh tlg bkongsi maklumat tntg MRSM KOTA PUTRA shj,

    memandangkan sy ni mmg plajar pioneer ulul albab kt MRSM tu…

    huhu…

    ok,tu je..

    ape2,tanye la ye…

    nilam,sy sedia membantu,skli lagi…

    huhu..

    wassalam…

  18. WEBsiTE YG agaK MenAriK……GooD luCk ,mOGER MajU EhhhH……….~~~~

  19. hurmmm…
    mnarik…
    biler kputusn kmasukan pljr tngktn 1 kluar…

  20. assalam…
    sy nk tanya nilam dn aiysha. smasa nk prgi ke sesi tmu duga, pkaian apa yg prlu d’pkai? pkaian skolah rndah sndiri atau pkaian skolah mnengah atau mrsm ulul albab?

  21. Aiysha,
    Salam… Tentu ingat… terima kasih kerana masih sudi untuk membantu dan berkongsi pengalaman Aisyah di sini.
    Kalau ada kelapangan tulislah artikel pengalaman sebagai pelajar pioneer Ulul Albab di MRSM. Hantar kepada saya dan akan saya siarkan di ePutra ni.

    Balqis,
    Terima kasih.

    Handyman,
    Dijangka sebelum 25 Disember ini, sila rujuk Tarikh Keputusan Permohonan Kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh Tingkatan 1 2010.

    Nurul,
    Salam… Sebaik cuba hubungi sekolah tempat anda akan ditemuduga dan dapatkan penjelasan daripada mereka. Jika tidak dimaklumkan, anda patut berpakaian kemas dan sopan.

  22. Bagaimana saya nak semak jika nama saya tersenarai dlm sesi temuduga.

  23. salam.. masih boleh dapatkan no pin untuk ke tingkatan satu ke?

  24. bila nak keluar keputusan mrsm tingkatan satu..sebab saye risau sangat tak dapat lagi mana-mana tawaran pun..doa-doalah supaya saya dapat mana-mana tawaran..saye pun mendoakan semua yang yang mendapat 5a upsr supaya mendapat tawaran…aminnnnnnnn!!!!

  25. salam…

    apa agaknya soalan yang akan ditanya semasa sesi temuduga dan apa yang perlu kita hafal?

  26. Uhana,
    Jika anda memohon MRSM Agama sahaja perlu menghadiri sesi temuduga. Semakan boleh dibuat dengan menghubungi ibupejabat MARA.

    Mamat,
    Salam… maaf permohonan ke SBP telah ditutup maka nombor itu pin tidak boleh diperolehi lagi.

    Adia,
    Biasanya dalam bulan Januari.

    Izzati,
    Salam… saya tidak ada maklumat tersebut. Harap saudari Aisyah dapat membantu.

  27. assalammualaikum,
    macam mana saya nak tengok senarai nama pelajar
    yang dapat masuk mrsm bagi ting.1 tahun 2010.
    saya harap tuan/puan dapat beri kerjasama

  28. Salam…

    Nurul,
    pkaian yg perlu dipakai tu,pkai je baju skolah rendah…tp kalau yg dah skolah menengah skjap tu,pkai la bju skolah mnengah..tpulang nk pkai apa pun.. 🙂

    Izzati,
    em,soalan yg akn ditnya adlh(lebih2 kurg je la ni,hint) :-
    -kena DESCRIBE URSELF,whereas u must speak in english to decsribe about urself n some about ur family background..u must also include some of ur proud achievements in academic n co-q to convince the examiner!!
    -stiap plajar akn diberi masa 1/2jam utk hfl 1m/s ayat AQ atau 1 hadis(bagi yg uzur),dan ayt hafalan tsebut akn disemak masa temuduga tu…
    -dlm tmuduga tu,depends on peng’intebiu’ tu la,wether dia nk tnya sket2 psl bhsa arab atau x..yg sy dlu,dia tnya,,dia tnya awk fhm x hadis ni…n syukur alhmdlillah,dgn ilmu yg sy ada,sy dpt fhm hadis tu,tnpa diberi walau 1 pun tjemahan..so,klu xtau pun,kna pndai2 la fhm kata kunci dlm hadis tu..
    -ada ujian personifikasi(jwb dlm kertas)…
    cnth soalan-anda seorang yg kuat pengaruh
    pilihan jwpn-1(setuju),2(kurg setuju),3(sgt tidak setuju),lebih kurg gitu la…
    -soalan tmbhn,dia akn tnya awk ni dah hfl surah apa dah…

    ok,good luck kpd sape2 yg memohon utk ke MRSM UA ni!!
    ala,senang je nk jwb tu…asalkan korg prepare elok2, time jwb tu jgn gelabah, coz ‘juri2’ tu xsuka kalau korg gelabah..
    so,kena hadir ke temuduga tu WITH FULL OF CONFIDENT!!
    ha,ni la latihan utk korg sblum gi temuduga utk kerja nnt..
    huhu.. ok..

    utk mkluman, plajar F1 09 MRSM Kota Putra, kena balik awal ke mktb,iaitu pd 26/12 kna ada kt mktb dah, sbb kami ada kem hafazan…

    jd,nilam..kalau smpat sy lwti blog ni lg,pasti sy akn lawat n tlg sdkit sbnyk..insyaAllah..

  29. lupa nk bgtau..
    pada sape2 yg dpt twrn ke MRSM UA Kota Putra,
    semoga kita dpt jumpa kt sana(maktab) nnt ye!!
    huhu…nk knal,sng je…
    cari bdk form 2A,nama Aiysha…
    mesti jumpa!! 🙂
    k adik2,usaha tau!!
    man jadda wa jada!!
    sy doakan adik2 smoga dipermudahkn sgla urusan..
    ha,1 lg..
    nnt,klu korg dah msuk KoPu,
    ha,,,,kna kuatkan diri la…
    mcm2 cubaan ada kt sini…
    tp korg beruntung sbb korg dah ada senior Ulul Albab bila korg masuk nnt,
    xmcm batch sy….huhu…
    k,i’ll be waiting for u all!!

    Nilam,
    jumpa lg insyaAllah…

  30. Naila,
    Salam… Semakan boleh dibuat di laman web yang akan dimaklumkan oleh MARA pada penghujung bulan Januari nanti.

    Aiysha,
    Salam… Terima kasih dengan perkongsian pengalaman Aisyah itu. Tentu ini dapat membantu mereka yang akan menghadiri temuduga MRSM Ulul Albab. Didoakan anda akan terus cemerlang di sana.

  31. Tidak terfikirkah pihak pihak yang berwajib tentang masalah yang dihadapi oleh ibubapa kepada pelajar yang memohon ke MRSM.

    Peraturan yang dikeluarkan oleh pihak MRSM mengatakan keputusan samada dapat atau tidak ke MRSM hanyalah pada bulan februari dan selewat-lewatnya pada bulan april. Tidakkah ini memberi masalah kepada ibubapa. Sudah la nak kena hantar anak ke sekolah biasa dengan mengeluarkan perbelanjaan yang banyak kerana terpaksa beli berbagai bagai peralatan di sekolah biasa, masuk bulan februari dapat pula ke MRSM, sekali lagi nak keluar wang untuk beli berbagai bagai peralatan. Tidakkah ini membebankan…..tolonglah faham….bukan semua orang ada wang……mengapakah orang yang berada diatas sana yang berpendidikan tinggi tak boleh nak menilai semua ini….??????

    ….memang berhajat benar untuk menghantar anak ke MRSM…

  32. Salam….

    Mahmud,
    harap bersabar ye…
    Dah mmg mcm tu prosedurnya,nak buat mcmana kan..
    Kena berkorban lebih la sikit nmpaknya…=)

  33. salam….
    bile temuduge untuk msuk ulul albab dijalankan?
    dan bile keputusan untuk kemasukan tingkatan 1 ke mrsm dapat tahu?

  34. bolehkah pemohon mendapat tahu keputusan kemasukkan ke mrsm secara online?

  35. Mahmud,
    Sebenarnya masalah ini ada juga dibangkitkan pada tahun lepas. Pada pendapat saya salah satu puncanya kerana pihak MARA menunggu proses pemilihan ke SBP selesai baru mereka pula membuat pemilihan. Di harap pihak Kemeneterian Pelajaran dan MARA dapat memikirkan satu kaedah yang dapat mengatasi masalah ini.

    Aisyha,
    Salam.. memang benar untuk masa ini mereka yang terlibat perlu bersabar.

    Ketina,
    Saya tidak mempunyai maklumat mengenai temuduga MRSM Agama, mungkin ada pembaca lain yang tahu dapat kiranya berkongsinya di sini.
    Keputusan pengambilan pertama tingkatan 1 MRSM dijangka pada penghujung Januari atau awal Februari.

    Bad Girl,
    Memang boleh, satu laman web akan disediakan untuk menyemak keputusan permohonan tersebut.

  36. Salam..

    Ketina,
    temuduga utk MRSM Ulul Albab Kota Putra telahpun dijalankan pada 23 dan 24 Dis baru2 ini…. Walaubgmnpn, kalau mgikut thn ni(2009,first batch of Ulul Albab),kami hanya ada DUA pengambilan shj, bkn mcam mrsm biasa, dimana kdg2 ada yg smpai ENAM atau TUJUH pengambilan… Jadi,mgkin yg untk thn dpan(2010) pun ada DUA pngmbilan jg,insyaAllah..bagi yg xdpt tmuduga pertama ni,jgn putus asa…Doa lg smoga dpt tmuduga yg kedua nnt… Amin!! Harap maklum,t.kasih…

  37. teman tunggu surat panggilan temuduga mrsm gemencheh anak teman, tapi tak ade. pas tu teman saje call mara, tanya ade panggilan temuduga lagi ke? bila dia tanya nama anak teman, didapatinye nama anak teman ade kat list temuduga mrsm gemencheh pada 21/12 dulu. ade ke kes yg mrsm ambil tanpa hadir temuduga bagi program ua ni? aisyah mungkin tau hal ni dari pengalaman kekawannye kat program ua ni.

  38. Saya dpt 5A dlm UPSR..
    saya sudah memohon untuk masuk MRSM.. sementara menunggu tawaran MRSM saya harus belajar di sekolah biasa selama 2 bulan..sekarang saya dpt tawaran dari SMK Sultan Badlishah.. kalau saya belajar dan tinggal di asrama
    sekolah ini, adakah saya akan ditawarkan ke MRSM..?

  39. Salam semua!!…saya tak dpt SBP,,..tak apalah mungkin tak ada rezeki.Lagi pun tak sangka boleh dpt 5a…keputusan tak cukup merit kot?/?…agak2 leh dapt MRSM tak?/??…Maklumlah SBP tak dpt takkan leh dpt MRSM..//…tak lojik????..apa pendapat kawan2 yang dah lalui semua ni,,..esspecially Kak Aisyah….tolong ye!!!ada clue tak???

  40. Salam…

    Ramurandesu,
    MRSM UA xde ambil pelajar tanpa temuduga,sbb MRSM ULUL ALBAB adalah satu2nya MRSM yg kene hadiri temuduga, jadi walauapapun,tetap kena hadir temuduga utk masuk MRSM UA ni…
    Tapi,xpe…InsyaAllah,akn ada second intake nnt…Anda mintak la skali lg..Utk urusan tu,sila berurusan dgn MARA la ye…sy xtau psl tu…ok,slmt maju jaya!!

  41. Salam…

    ok la Nilam,
    sy minta diri dulu…Apa2 hal,email ok? Kat sana pun sy bukak jgk email…Cuma agk jarang la drpd kat rumah..=)

    to all UA candidates,
    See u at our ‘wadah perjuangan’!!

  42. Tumpang tanya sikit….pada yang tak dpt sbp,ada peluang tak dapt mrsm???..ikut merit juga ke???..pada yang ada pengalaman sila tolong beri pandangan,,,,

  43. ramurandesu says:

    terima kasih aiysha. belajar sungguh2. saya doakan awak akan jadi seorang professional dan juga seorang hafizah. amin…

  44. Salam semua!!..saya tak dpt sbp…tapi dah buat rayuan,..itupun tak tau boleh dpt ke tidak….last harapan ialah mrsm..nak tanya kakak2 kt sini..ikut pengalaman agak2 saya leh dapat tak???…apa yang patut saya buat klau tak dpt mrsm???..boleh wat rayuan tak???mcmana nak wat rayuan??

  45. ramurandesu says:

    yg pastinye sape yg tak dpt sbp mungkin akan dpt mrsm. kalau tak dpt gak mrsm tu memang tak dak rezeki lah tu…. ala…ape kesah dpt sbp/mrsm ke dak. dulu tak yah sbp/mrsm pun leh dpt 5A upsr. so pmr nanti tak kat sbp/mrsm pun insyaAllah boleh dpt 8A. kat s/kabar tadi kan ade orang asli dok kat sek biasa pun dpt 8A. pokok pangkalnye diri kite…kene gigih berusaha.

  46. teman baru je nengok website mrsm gemencheh. yg dtg temuduga antara 21-23 dis dulu berjumlah 1031 calon. die nak cuma bawah 200 pelajar. memang ramai yg akan dpt surat dukachita. ntah le anak teman. kalau tak dpt pun teman pasrah. yelah, dalam 10 org tu 1 je yg akan dpt. bukan senag tu….CUKUPLAH ALLAH BAGIKU. ALLAHLAH KABELKU…..TAWAKKALTUA’LALLAH.

  47. salam…saya nak tahu mcm mana kite nak smak senarai pelajar yg layak ke kemasukan MRSM form1 MRSM>>klu ader website or ape2 information mengenai kemasukan yg layak bleh x awk email kan pada email saya tarantulla_09@yahoo.com

  48. eyra umairah says:

    ble keluar keputusan same ade sye dpt ke x g mrsm gemencheh??

  49. ramurandesu says:

    selewat2nya 11 jan nanti. moga umairah boleh kawan ngan anak pakcik, umaimah….doakan agar umaimah dpt same ye…

  50. Salam, nk tanya sikit, anak akak dh selesai temuduga kat MRSM Gemenceh, agak2 bila tahu keputusan dapat masuk ke tidak. Akak memang risau sgt ni sbb satu pun anak akak tak dpt tawaran. Hanya tunggu keputusan ni saja.

  51. ramurandesu says:

    nor aini,

    dari firasat teman anak mike akan dpt mrsm gemencheh tu. tunggu je jawapan dia hingga 11 jan nanti.

  52. sy dapat tahu semakan online utk senarai colon yg berjaya untuk ke MRSM gemencheh tu dah di buka. apa urlnya yea n mcm mana nak semak

  53. Result utk Ulul Albab Gemencheh dah kluar, Senin 4hb Mara akan anta surat pada yang brjaya. Mungkin x de semakkan online ditakuti akan menkonfiuskan pemohon bukan Ulul Albab. Boleh kontek MARA HQ dan jawapan akan diberikan pada masa yg sama @ tunggu surat minggu depan.

  54. ramurandesu says:

    anak teman tak berjaya ke mrsm gemencheh. kecewa gak sikit tapi tak ape alhamdulillah…..adalah kebaikan dia tu. anak tu dah teman antar sekolah tahfiz sampai darjah empat. darjah 5 n 6 je sek keb. dia dah hafaz 4 juzuk dah. tu yg harap sgt masuk mrsm gemencheh tu agar dia boleh belajar sains n menghafaz. rezeki tempat lain lah tu….yg ada mohon mrsm gemencheh boleh call mara at 03-2690-3765. semoga berjaya.

  55. Oohayogozaimasu Ramuranchan, Watashiwa Ajiji to mooshimasu…

    Setiap kejadian ada hikmah disebaliknya…mungkin ada 2nd intake utk replace mereka yg menolak…

  56. Salam… anak saya pun tak berjaya… hai entahlah… dua2 cemerlang (UPSR) dan UPSR Agama pun susah nk pegi mana2 sekolah yg baik. Dah tak der rezeki… saya nk sgt anak saya masuk aliran agama… tp SBP pun tak dapat… MRSM Gemencheh pun tak dapat… IMTIAZ pun tak dapat…

  57. ramurandesu says:

    bonch9369 ni ajiji yg mane satu. teman ade beberape org kawan name ajiji ni. anyway, arigatou…untuk kata2 semangat dari mike. anak teman dah daftar kat smka. cuti2 panjang persekolahan nanti leh antar kem hafazan, insyaAllah.

  58. meijidai soksugio…RPKJ6.

  59. ramurandesu says:

    bonch9369 wa uchi no kouhai ya na. uchi no koto shitteiru? uchiwa rpkj3 desu.

  60. mōshiwake ari masen zenzen oboe te i nai …sudah kang tulih jepon banyak banyak menggangu orang lain ye tak….alhamdullilah anak saya dapat ke Gemencheh…tengah tunggu surat. Suspen gak ni takut kene overwrite last minute…sedia maklum.

  61. ramurandesu says:

    alhamdulillah…semoga anak awak berjaya jadi hafizah yg berjawatan profesional suatu hari nanti. tahniah!

  62. salam…nk tnye…bile kuar kputusn tmuduga mrsm utk plajr form 1 2010???

  63. Salam…Nak tanya ada sesiapa yg dah dapat surat tawaran MRSM Ulul Albab ke? (Gemenceh / Kota Putera)

  64. Difahamkan surat kpd yg berjaya telah diposkan pada Rabu lepas….arinipon blum sampai lgi, mungkin esok @ Isnin.

  65. Alhamdullilah surat tawaran dah sampai tdi 09/01/10

  66. Salam semua!!sesiapa yang ada maklumat tentang MRSM,sila beritau….bila result keluar,untuk tawaran ting.1 ..dan bagaimana nak semak…betul kebudak dalam bandar susah nak dapat???

  67. Assalamualaikum. anak kedua saya telah berjaya ke kotaputra. harap keputusan kami meninggalkan Mahaad Muhammadi perempuan Kota baru dengan berat hati berbaloi kerana mahaad tersebut mempunyai prestasi yang hebat. Anak pertama yang bersekolah di mahaad harap dapat cemerlang dalam PMR 2010 selepas 10A PMRU. harap anak kedua bakal cemerlang di kota putra . selamat berjumpa dan sama sama menjadi bakal hafiz dan hafizah. terimakasih

  68. um , ble agaknye keputusan mrsm for ting.1 2010 kuar ?nga takott sgt ney .huhu

  69. apa nak ditakutkan serry, tak dpt sbp or mrsm pun tak apa. smka kan ada….

  70. hehe ,,tp kan , klu nk taw dpt mrsm ke x , kne check kt internet ke nnt dy hanta surat?

  71. kenapa MRSM je ada? Maktab Rendah Sastera Mara (MRSM jugak) tak ada ke? Orang nak jadi ahli politik, peguam dll perlu belajar di aliran sastera. Buat le MRSM (Sastera) gak.

  72. Eyra Umairah, dapat ke MRSM Gemencheh. Kalau dapat takut tau! Ada 4 beranak mati ngeri kat situ. Putus kepala lak tu…..Nanti jumpa hantu tanpa kepala lak.

  73. Permohonan ke MRSM (Mat Rempit Se Malaysia). Kelayakan 5E. Tegap tubuh badan. Berani mati. Selingan, he,he….

  74. Aida Syazwina says:

    salam..

    saya cuma nak tanya, agak-agak bila kita boleh semak permohonan ke mrsm tahun 2010 secara online ? tolong beritahu saya.. saya amat berharap saya dapat masuk ke mrsm..

  75. sya sya nadia says:

    huh cmana nk cek nie

  76. Alhamdulillah..
    ank saya dpt sbp kt SMAP kajang ngan MRSM Gemencheh…
    insyaAllah pilih Gemencheh…

  77. perindu malam says:

    Hai Melati, orang kata kalau dapat SBP tak dapat MRSM, habis tu macam mana anak awak boleh dapat dua-dua.

  78. perindu malam says:

    Semalam saya ada baca paper, 1hb. Feb, ni bolehlah kita nak check on line keputusan untuk masuk ke mrsm

  79. cmne nk tawu mrsm da kua o blom?
    sy ting4.
    sbp da kua. teknik pn da kua.
    mrsm ble?
    nk crik cmne?
    sum1 help me.

  80. Untuk pengetahuan Perindu Malam,SMAP Kajang bukan dibawah SBP….jangan salah faham….SBP ngan MRSM diaorang ada link…MOU…..kira2 ada hubunganlah…

  81. perindu malam says:

    Terima kasih Pakmalau, saya kira respect jugalah pada awak, semuanya awak tahu dan awak berani berkata-kata apa yang benar. Susah nak jumpa .

  82. weh. x phm laa.
    sbp da kua. teknik pn da kua.
    tp mrsm lom kua. tok org yg dpt offr sbp tp tggu mrsm cmne?
    klu dye xdpt mrsm kang sbp n teknik da t’lepas.
    laz2 x dpt msok pape la cm tu.
    cmne dowg organize ny??
    ptotnye serentak la.
    leh la plh.
    ini klu hope kt mrsm tbe2 x dpt sbp da lepas trikh dftar.
    adoyyh!!

  83. pinky girl says:

    saya nak tau sangat saya diterima ke tak mrsm tingkatan satu 2010 ni.agak -agak nya bila saya boleh tahu

  84. saya pening ngan mrsm ni. macamana buat pemilihan, keputusan leh berubah dlm masa 2 3 hari je.saya call utk tahu keputusan mrsm ua sblm sek dibuka n kptsannya ank saya dapat msk mrsm ua. sminggu lpas 2 bl call lg sekali keputusan leh berubah jd x dapat. tolong la saya kalu sapa2 ada jawapan kepada permasalahan saya ni.

  85. perindu malam says:

    Pinky girl, hari tu saya baca paper 17.01.2010, keputusan masuk mrsm 1hb. Feb, 2010 ni keluar.

  86. Nak tanya sikit kt Puan Wati,mcmana awk dpt tau pada mulanya anak awak dpt MRSM??..ada bukti tertuliske??talipon MARA ke??..atau awak ada kabel dalaman??..mintak tolong check status anak saya,boleh tak???..sebab haritu talipon MARA ,keputusan pada 1hb.Feb.2010…apa crita nih???

  87. mimi nabila says:

    hurm….biler lar nak kuar kputusan semakan mrsm…sye da x sabar da nie,,,!@ ad kwan sye sowang ney…/@ dye dpat pnggilan tmuduga ke sbp….tpi dye x pgi..rse2 dpt xpnggilan ke mrsm…sbb sye ad terbaca tntang{spe2 y’ da di pnggil ke sbp x akan dpt twaran mrsm lgi}tpi kwan sye nie nak sngat msuk mrsm…ADAKAH DIA AKAN DI PANGGIL KE MRSM….????///>>>

  88. mimi nabila,

    Mungkin ia akan dipanggil dengan kebarangkalian 1/1000. Temuduga sbp tu kuota pengetua tak ada kaitan ngan permohonan.

  89. Yang ditunggu dah tiba. Isnin ni mrsm akan keluar. Selamat menanti dengan penuh debaran…..Semoga berjaya.

  90. betul ke nie??Hari isnin ni kuar keputusan nak masuk mrsm

  91. insyaAllah….Kalau tak pun selasa lah, sebab isnin tu cuti bagi sesetengah negeri

  92. ♥ILapMe♥ says:

    x sabar2 nak tggu kputusan mrsm kluar..

  93. Shalini,
    Hanya jika anda mendapat tawaran ke SBP sahaja, nama anda akan dikeluarkan daripada senarai pertimbangan ke MRSM.

    Hafiz,
    Peluang itu memang ada tetapi keputusan muktamad bergantung kepada penilaian merit oleh pihak MARA.

    Aisyah,
    Salam… Okay… berbanyak terima kasih dengan perkongsian pengetahuan dan pengalaman anda.

    Budin,
    Salam… jika telah memenuhi syarat yang ditetapkan, peluang itu memang ada. Andaikata anda masih gagal mendapat tawaran, anda boleh membuat rayuan. Sila rujuk Keputusan Permohonan Kemasukan MRSM Tingkatan 1 2010.

    Ramurandesu,
    Memang benar, perkara utama kesungguhan pelajar tersebut cuma jika di SBP atau MRSM dapat memangkinkannya.

    Shah,
    Salam… Maklumat tersebut hanya diketahui oleh pihak MARA.

    Eyra Umairah dan Nabil,
    Keputusan permohonan ke MRSM Ulul Albab telah diumumkan. Mereka yang berjaya telah dihubungi oleh pihak MARA.

    Bonch9369,
    Terima kasih dengan maklumat tersebut dan tahniah kerana anak anda berjaya mendapat tempat.

    Ramurandesu dan Nor Aini,
    Mungkin rezeki anak anda ditempat lain. Pasti apa yang berlaku ini ada hikmahnya.

    Pak Malau, Serry, Aida Syazwina, Nadia, Lalalu dan Pinky Girl,
    Salam… MRSM Ulul Albab telah mendapat panggilan, manakala yang lain boleh semak pada 1 Februari ini, sila rujuk Keputusan Permohonan Kemasukan MRSM Tingkatan 1 2010.

    Zuraida,
    Salam… InsyaAllah mereka akan cemerlang dalam akademik dan sahsiah diri.

    Perindu Malam,
    Terima kasih dengan maklumat tersebut.

    Wati,
    Keputusan pastinya hanya bila anda telah menerima surat tawaran rasmi daripada MARA.

    Hafiz,
    Puan Wati maksudkan adalah untuk MRSM Ulul Albab yang telah dilketahui keputusannya lebih awal. Manakala yang lain akan diumum pada 1 Februari ini, sila rujuk Keputusan Permohonan Kemasukan MRSM Tingkatan 1 2010.

    Mimi Nabila,
    Jika masih belum mendapat tawaran ke SBP, nama kawan anda sepatutnya masih ada di senarai mereka yang akan dipertimbangkan untuk ke MRSM.

  94. ramurandesu says:

    Anak teman tak dapat mrsm. Tak apele anak tu pun dah betah kat smka. Die kate kalau tak mrsm ulul albab die tak mau. Kalau dapat tawaran pun diae akan tolak. Yg dapat sujud syukur yg tak dapat jangan putus asae Syurga Allah lagi istimewaen tak adaekuota2. Satu dunia ni boleh masuk kalau layak. Sekian, teman undur diri n maaf sirenye terdapat kesilapan yg menyinggung mane2 pihak selame ini. Alhamdulillah, Allah knows what is the best for us.

  95. Ramurandesu says:

    Anak saya tak dapat mana2 sbp jugak mrsm. Yelah bukan senang, macam nak jadi menterilah. Calon ramai yg dapat yg betul2 hebat lah. Anyway, mana2 pun sama saja. Kecemerlanagn bukan hanya terbatas di sbp or mrsm. Selamat maju jaya…Semoga ada antara anak2 kalian yg kat sbp or mrsm tu nanti akan jadi pemenang Nobel. Anak saya pun akan cuba katanya.

  96. saya berharap sangat dapat belajar di MRSM.Saya dah online kan rayuan , smoga pihak MRSM mempertimbangkan.HIDUP MRSM!!!!

  97. Saya dah buat rayuan online…pihak MARA kata merit saya rendah….itu pasal tak dapat…bila saya tanya tolong beri secara terperinci merit,…semua pegawai jadi gelabah??….ada sesiapa yang tahu mcmana nak kira merit???..Cik Nilam tau kot…sila beritau???….

  98. Alif,
    Kte same moto.Saya dah pon buat rayuan online dan dah hantar surat rayuan.
    Semoga pihak MARA mempertimbangkan permohonan saya ini.
    Amin…!!!!!!!!!!!!!!!!!

  99. Ain Mazlan says:

    Ade sape-sape bley tunjukkan cara-cara nk tauw merit kte cam ne x?

    pliz..

  100. Anak sulong saya(BH1911022) dapat 5A tapi permohonannya ke MRSM tidak berjaya.Boleh tak pihak MRSM beritahu saya apakah yang menyebabkan permohonan anak saya itu tidak berjaya?
    Insyaallah saya tidak akan mempertikaikan keputusan MRSM cuma sekadar panduan kerana anak kedua saya akan hadapi UPSR tahun ini dan insyaallah 3 lagi akan menyusul.

  101. bilakah tarikh akhir pengambilan mrsm?
    harap ada yg jwb ptanyaan saya ini..thanx..

    • Anak saya bersekolah di sekolah jenis kebangsaan cina, dia layak tak memohon ke MRSM.

  102. salam buat kak aisyah,

    saya ada buat permohonan ke mrsm bentong tp sampai sekarang masih tak dapat2..sbp pun tak dapat..skarang sy bersekolah di smk biasa sahaja..saya takut kalau2 tak dapat..apa patut saya lakukan?tolong saya..

    -terima kasih-

  103. klau mcm anak sya ingin memohon mrsm yg tertentu.. agak2 bleyh x?..

  104. Ramurandesu,
    Semoga anak anda akan berjaya dan cemerlang walaupun tidak mendapat tempat di MRSM. Sudah tentu Allah swt lebih tahu apa yang terbaik untuk kita semua.

    Hafiz, Ain Mazlan dan Azman,
    Berikut adalah petikan daripada apa yang tercatat di laman web MARA di bahagian FAQ – Pengambilan Pelajar – Tingkatan 1;

    “Bagaimanakah markah/merit pemilihan dibuat untuk pengambilan pelajar Tingkatan 1?
    Markah/merit pemilihan dibuat dengan mengambilkira 3 perkara berikut:
    a) 5A dalam UPSR – 25%
    b) SES (status ekonomi sosial) – 45 %
    c) Kokurikulum – 30% (Kepimpinan, sukan, persatuan / pertandingan).”

    Uyun,
    Pengambilan ketiga biasanya dalam bulan April.

    Rage,
    Penempatan MRSM akan ditentukan oleh pihak MARA.

  105. Salam..

    dengar khabarnya ada MRSM yg baru di buka di utara dan pantai timur. kemasukan selepas cuti pertenghan tahun 2010 & dan ada yg telah dapat tawaran..

    adakah ini benar?

  106. Saya pelajar darjah 6 yang ingin masuk ke MRSM.Bolehkah saya tahu apa itu maksud NAMA SKRIN?

  107. […] rujuk juga komen-komen di Permohonan Kemasukan MRSM Tingkatan Satu Semenanjung Malaysia 2010 dan 2011 sebagai […]

  108. […] rujuk juga komen-komen di Permohonan Kemasukan MRSM Tingkatan Satu Semenanjung Malaysia 2010, 2011 dan 2012 sebagai […]