Permohonan Kemasukan Program Matrikulasi KPM Sesi 2012

Permohonan Program Matrikulasi 2012

Permohonan Kemasukan Ke Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) Sesi 2012/ 2013 sudah mula dibuka mulai 1 Julai 2011 yang baru lalu. Para pelajar Tingkatan 5 tahun ini yang akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2011 bolehlah memohon untuk masuk ke Program Matrikulasi KPM ini.

Jurusan/Aliran Program Matrikulasi

Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia menawarkan dua jurusan dan satu aliran iaitu :
Kolej Matrikulasi

  1. Jurusan Sains (M001)
  2. Jurusan Perakaunan (M003)
  3. Aliran Teknikal (M007)

Jangka Masa Program

Program Matrikulasi KPM akan mengambil masa

  1. Dua semester bagi Program Matrikulasi Satu Tahun (PST)
  2. Empat semester bagi Program Matrikulasi Dua Tahun (PDT)

Pengambilan Pelajar

Pengambilan pelajar dibuat dua kali setahun,

  1. Pada bulan Mei bagi PST. Pengambilan ini membolehkan pelajar lulusan program ini memasuki IPTA pada semester pertama tahun berikutnya.
  2. Pada bulan Jun bagi PDT.

Kelayakan Memohon Program Matrikulasi

  1. Pemohon mestilah warganegara Malaysia.
  2. Pemohon adalah pelajar bumiputera yang berumur tidak melebihi 20 tahun pada 1 Januari 2012.
  3. Pelajar bukan bumiputera dari sekolah kerajaan atau bantuan kerajaan juga boleh memohon.
  4. Pelajar juga perlu mendaftar dan mengambil mata pelajaran berikut dalam Peperiksaan SPM tahun 2011.
    • Bagi mengikuti Jurusan Sains (M001) – Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Matematik Tambahan, Kimia dan Fizik atau Biologi.
    • Bagi mengikuti Jurusan Perakaunan (M003) – Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Matematik Tambahan dan mana – mana dua mata pelajaran daripada Prinsip Perakaunan, Ekonomi Asas, Perdagangan, Pengajian Keusahawanan, Sains, Sains Tambahan, Fizik, Kimia, Biologi dan Mata Pelajaran Teknik (Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal / Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik / Teknologi Kejuruteraan / Lukisan Kejuruteraan).
    • Bagi mengikuti Aliran Teknikal (M007) – Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Matematik Tambahan, Kimia, Fizik, dan mana-mana satu mata pelajaran daripada Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal / Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik / Teknologi Kejuruteraan.

Kelayakan Minimum Akademik PST

Syarat kelayakan minimum bagi mengikuti Program Matrikulasi Satu Tahun ialah seperti berikut :

Jurusan Sains (M001)

  • C dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik Tambahan dan Kimia
  • B dalam Matematik
  • C dalam salah satu mata pelajaran daripada Fizik atau Biologi

Jurusan Perakaunan (M003)

  • C dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik
  • E dalam Matematik Tambahan
  • C dalam dua mata pelajaran daripada Prinsip Perakaunan, Ekonomi Asas, Keusahawanan, Perdagangan, Sains Tambahan, Fizik, Kimia, Biologi atau Mata Pelajaran Teknik (Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik / Teknologi Kejuruteraan/ Lukisan Kejuruteraan)

Aliran Teknikal (M007)

  • C dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik Tambahan dan Fizik
  • B dalam Matematik
  • E dalam Kimia
  • C dalam satu mata pelajaran daripada Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik atau Teknologi Kejuruteraan

Perlu diingatkan kelayakan di atas merupakan kelayakan MINIMUM, biasanya pihak Matrikulasi akan memilih mereka yang mempunyai keputusan yang cemerlang dan memenuhi mata merit yang ditetapkan. Sila buat search “mata merit matrikulasi” dan baca komen-komen yang terdapat di kategori Matrikulasi untuk lebih memahaminya.

Mereka yang gagal mendapat tawaran mengikuti Program Matrikulasi Satu Tahun akan dipertimbangkan bagi mengikuti Program Matrikukasi Dua Tahun.

Kelayakan Minimum Akademik PDT

Syarat kelayakan minimum bagi mengikuti Program Matrikulasi Dua Tahun ialah seperti berikut :

  • C dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Kimia
  • D dalam Matematik Tambahan
  • C dalam salah satu mata pelajaran daripada Fizik / Biologi / Mata Pelajaran Teknik (Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik / Teknologi Kejuruteraan)

Cara Memohon Program Matrikulasi

Bahagian Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia hanya menyediakan satu cara permohonan sahaja mulai sesi 2011/2012 tahun lepas iaitu permohonan melalui internet (PMI). Sebelum mengisi borang permohonan, pemohon perlu mempunyai Nombor Pengenalan Individu (NPI) yang boleh dibuat di mana – mana cawangan BSN dengan bayaran RM6.00.

Permohonan melalui internet boleh dibuat di portal berikut;

Pautan berikut juga membantu;

Semakan Permohonan Matrikulasi

Pelajar boleh membuat semakan permohonan dengan melayari laman web Kementerian Pelajaran Malaysia pada awal atau pertengahan bulan Februari 2012 untuk membuat pembetulan maklumat yang dibenarkan sekiranya perlu.

Semakan Keputusan Permohonan Matrikulasi

Pelajar boleh membuat semakan keputusan permohonan dengan melayari laman web Kementerian Pelajaran Malaysia pada awal atau pertengahan bulan April 2012 untuk mengetahui status permohonan.

Surat Tawaran dan Pendaftaran Matrikulasi

Surat tawaran akan dikeluarkan oleh Bahagian Matrikulasi kepada calon yang berjaya dan para pelajar akan mendaftar di kolej-kolej matrikulasi pada bulan Mei 2012. Pelajar boleh mendapat keterangan lanjut dengan menghubungi kolej yang ditetapkan.

Penempatan Kolej Matrikulasi

Penempatan pelajar ke Kolej Matrikulasi akan ditentukan oleh Bahagian Matrikulasi  Kementerian Pelajaran Malaysia. Sila rujuk senarai Kolej Matrikulasi dan pautan ke laman web mereka di Program Matrikulasi KPM

Rayuan Permohonan Matrikulasi

Bagi pemohon yang tidak berjaya boleh membuat rayuan yang dibuka selama dua minggu bermula dari tarikh pengumuman keputusan permohonan pada pertengahan April 2012 nanti. Pemohon yang tidak berjaya berkemungkinan ditawarkan untuk memasuki Program Matrikulasi Dua Tahun (PDT).

Tarikh Tutup

  • Tarikh tutup permohonan kemasukan ke Matrikulasi 2012 ialah pada 10 Oktober 2011 dilanjutkan kepada 30 November 2011.
  • Permohonan calon yang tidak layak / maklumat tidak tepat / tidak lengkap dan lewat daripada tarikh tutup tidak akan diproses.

Pertanyaan

  • Jika terdapat sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan maklumat lanjut, sila rujuk portal Aplikasi Permohonan Atas Talian Program Matrikulasi atau laman web Matrikulasi KPM atau Program Matrikulasi KPM atau hubungi Bahagian Matrikulasi di talian 03 8884 4036/ 4040/ 4083 atau faks 03 8884 4028 / 03 8888 6864.
  • Anda boleh juga datang sendiri ke Bahagian Matrikulasi, Kementerian Pelajaran Malaysia di Aras 6 – 7, Blok E15, Kompleks Kerajaan Parcel E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya.

Recent Trackbacks

Keputusan Rayuan Dan Ambilan Kedua Program Matrikulasi 2012

[...] Keputusan rayuan untuk permohonan Program Matrikulasi KPM bagi mereka yang gagal mendapat tawaran semasa keputusan permohonan untuk memasuki Kolej [...]

Semakan Keputusan Permohonan Matrikulasi KPM 2012

[...] Para lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2011 yang ada membuat permohonan ke Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) sesi 2012/2013 akan boleh menyemak [...]

Permohonan Kemasukan Ke Matrikulasi KPM Sesi 2011 : ePutra

[...] Permohonan Matrikulasi KPM 2012 Permohonan Kemasukan Ke Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia Sesi 2011/ 2012 bagi pelajar Tingkatan 5 Tahun 2010 sudah mula dibuka mulai 1 Julai 2010 hingga 10 Oktober 2010 dilanjutkan ke 30 November 2010. [...]

Comments (144)

Loading... Logging you in...
  • Logged in as
kenapa untuk jurusan perakaunan untuk memasuki hny ada sains tambahan tetapi sains biasa tiaada sedngkan di atas sekali ada sains biasa.... please let me know A.S.A.P.
kenapa untuk jurusan perakaunan untuk memasuki hny ada sains tambahan tetapi sains biasa tiaada sedngkan di atas sekali ada sains biasa.... please let me know A.S.A.P.
1 reply · active less than 1 minute ago
kenapa jurusan perakaunan tidak terima general sc sedangkan sc tambahan ada.... bgtau sy as soon as possible please
Bolehkah pelajar memohon aliran perakaunan, sedangkan dia tidak ambil subjek perakaunan dalam spm 2011?
1 reply · active less than 1 minute ago
noor khayla afrina's avatar

noor khayla afrina · 713 weeks ago

bolehkah calun spm 2010 memohon untuk program matrikulasi 2012?
2 replies · active 670 weeks ago
raidah aqwa's avatar

raidah aqwa · 711 weeks ago

salam..macam mana nak buat kalau dah isi borang permohonan kemudian bila nak print ada masalah teknikal(komputer rosak). bila guna komputer lain, nak daftar dia kata IC dah didaftarkan dan tidak boleh memohon untuk kali kedua...bila nak kemaskini pula dia kata maklumat permohonan tiada...macam mana ye..sila beritahu...secepat mungkin ye...terima kasih..
1 reply · active 711 weeks ago
salam, sy merupakan calon SPM 2011,
adakah sy akan diterima walaupun prinsip perakaunan sy "D"?
5 replies · active 705 weeks ago
salam sy calon spm 2009, sy ingin bertanya apa boleh jika sy mengisi borang matrikulasi sedangkan sy sudah ditempatkan di IPTA
1 reply · active 711 weeks ago
boleh ke kalau calon spm 2011 memohon perakaunan jika dia tidak mengambill subjek matematik tambahan ?
1 reply · active 710 weeks ago
macam mana nak isi borang matrikulasi????
1 reply · active 708 weeks ago
Salam ePutra
kumpulan darah kt borang 2 nk wt pe ea kalo kita x tau???erm...
nk kene g check ker ha?ha?ha?
4 replies · active 708 weeks ago
islamiyah's avatar

islamiyah · 708 weeks ago

salam..kemasukan matrik lihat keputusan trial exam x?
islamiyah's avatar

islamiyah · 708 weeks ago

salam..kemasukan matrik lihat keputusan trial exam x?
1 reply · active 708 weeks ago
selepas permohonan ade no. pin....
mmg pntg ke...coz sy da ilang no 2....mcm mne nak dptkn balik....
selepas permohonan ade no. pin....
mmg pntg ke...coz sy da ilang no 2....mcm mne nak dptkn balik....
salam..selepas prmohonan ade no pin...
mmg pntg ke...mcm mne nk dptkn blik no 2
1 reply · active 708 weeks ago
nurrul sakinah's avatar

nurrul sakinah · 708 weeks ago

npew sush sngt nk mcok web niey.....
1 reply · active 707 weeks ago
KNPA NK ISI KOLEJ PLIHAN X DPT??? DH TRY TEKAN.. TP STILL X DPT...
1 reply · active 705 weeks ago
knpe x dpt nk isi borg ek.. error je mmnjang..
1 reply · active 705 weeks ago
alaa..tension... dh isi...xdpt nk antar borang tu....tenet laju kot...dh bnyk kli dh cuba....sdih2
npa xley antar borg..dh isi borang tp tetap xley..tenet laju kot....
1 reply · active 704 weeks ago
syaza aiman's avatar

syaza aiman · 705 weeks ago

:(,,sy nk tnye,sy tersalah tulis kt permohonan borang tu,sy nk kemaskini,,,tp trlupa nk ambk angka giliran..adakah sy kene beli semula no pin..:( tolong reply secepatnye.... ;(
1 reply · active 704 weeks ago
Salam..sye dah mmohon td..tp,kalau nak semak sme ade dterime msuk or tak..cam mne ye??
1 reply · active 704 weeks ago
salam, sye dah isi brang 2 masalahnye ade t'silap matlumat lg tp sye dh k'maskini 3 kli dh...nk buat mcm mne ye?????
bagaimana nk k'maskini borong ni slepas dh k'maskini borang s'byak 3 kali???
pnting ni sbab t'silap isi borang....
1 reply · active 704 weeks ago
klu lwat isi mmg x dpt dterime langsong ke/?
1 reply · active 704 weeks ago
salam,
ape perbezaan antara jurusan sains dan jurusan teknikal?bgaimana dgn subjek bagi stiap jurusan?

dan sapa yg akan tntukan PDT atau PST?pelajar or matrikulasi sndiri yg tntukan..
1 reply · active 702 weeks ago
boleh kah saya mgambil jurusan perakaunan atau teknikal?..sedangkan di sekolah saya x ambil subjek perakaunan atau teknikal..
1 reply · active 702 weeks ago
shoba a/p kunjambo's avatar

shoba a/p kunjambo · 699 weeks ago

salam e-putra, saya nak tnya blhkah saya ambil jurusan teknikal sdgkan di sekolah saya ambil aliran sains dan saya tidak ambil pun pelajaran kejuruteraan teknikal dan sbgnya semasa SPM
1 reply · active 699 weeks ago
sekiranyan nak megambil jurusan perakaunan but xambik add maths adakah saya masih layak untuk memohon matrik?
1 reply · active 698 weeks ago
Marlia Yusri's avatar

Marlia Yusri · 698 weeks ago

Jika sekiranya telah gagal dari UITM dan tahun lahir adalah Ogos 1992, adakah boleh memohon kemasukan ke Matrikulasi tahun ini ?
1 reply · active 697 weeks ago
Ingin tahu's avatar

Ingin tahu · 695 weeks ago

assalamualaikum , bleh tanya....mcmmana nak memohon kemasukann 2012/2011 lagi cuz adek sy terlepas tarikh permohonan hari tu...
1 reply · active 695 weeks ago
salam .. saya masih adakah peluang saya untuk memohon matrikulasi 2012/2011 kerana terlepas tarikh untk memohon hari tu...
1 reply · active 691 weeks ago
adakah math tambahan adalah syarat wajib bagi permohonan ke matrikulasi? bagaimana peluang mereka yang tidak mengambil math tambahan tetapi memohon ke matrikulasi?
adakah math tambahan adalah syarat wajib bagi permohonan ke matrikulasi? bagaimana peluang mereka yang tidak mengambil math tambahan tetapi memohon ke matrikulasi?
1 reply · active 691 weeks ago
kalau dah dapat matrik nanta,boleh tukar aliran ke?
1 reply · active 689 weeks ago
slm..mohon pertanyaan..saya merupakan lepasan spm 2011..kolej matrikulasi jurusan perakaunan terdapat di kolej negeri mana?..soalan kedua: diantara matrikulasi perakaunan dan sijil professional perakaunan mana lebih baik..kaunselor sekolah mengesorkan untuk mengambil sijil professional perakaunan berbanding diploma kerana peluang kerja tinggi..apa pendapat tuan?..mohon penjelasan..
slm..mohon pertanyaan..saya merupakan lepasan spm 2011..kolej matrikulasi jurusan perakaunan terdapat di kolej negeri mana?..soalan kedua: diantara matrikulasi perakaunan dan sijil professional perakaunan mana lebih baik..kaunselor sekolah mengesorkan untuk mengambil sijil professional perakaunan berbanding diploma kerana peluang kerja tinggi..apa pendapat tuan?..mohon penjelasan..
salam......saya lepasan spm 2010...sy sdng blaja d uitm....sy rase nak quit sbb btol2 x minat dgn kos yg sy tengah blaja...sy menyesal sgt2 tak apply matrik mase form 5 dulu....jd saye nk tanye boleke saye apply matrik utk kemasukan 2012/2013??lagi satu klau x amek bio mase spm,boleke saye amek jurusan sains hayat????sy x nak jurusan sains fizikal..,.,.please reply..TQ
kalo hilang salinan permohonan matrikulasi, boleh msuk lg ke?(tuk sesi 12/13)
1 reply · active 678 weeks ago
salam...kalo terlepas tarikh apply matrix ni mmg xde chance nk mohon lg ke?
A.soundriya's avatar

A.soundriya · 682 weeks ago

Salam saya telah melepasi tarikh tutup boleh kah saya membuat permohanan sekarang untuk matrikulasi.
maaf, bolehkah sy membuat permohonan sekarang sedangkan tahun lepas sy x buat permohonan.
1 reply · active 678 weeks ago
matrix kena berape a??
salam..isi brg mntak sains tp kimia dpt D yg lain ok jd.,boleh ker nk tukar ambik perakaunan sekarang??frust nii..:(
1 reply · active 678 weeks ago
tarikh sudah ditutup boleh saya mohon lagi ?
1 reply · active 670 weeks ago
Saya nak tanya,kalau program matrikulasi dua tahun tu jurusan sains ke?
1 reply · active 678 weeks ago
Keputusan SPM saya baru2 ini....BM(A), BI(A), MT(A), Ad.MT(A), Bio(B), Fiz(C), KIMIA(D). Dengan keputusan ini ,layakkah saya belajar di matrik dlm jurusan sains utk tempuh 1 tahun?.
1 reply · active 674 weeks ago
asalamualaikum,
boleh saya tanya,
kalu saya pelajar spm 2011 yang terlepas memohon kemasukan matrikulasi 2012/2013 , ingin membuat permohonan pada tahun ini adakah berpeluang untuk dilayakann masuk ke matrikulasi dengan keputusan 8A 1B .??
1 reply · active 678 weeks ago
adakah permohonan saye akan diterime sekiranya kimia D but subjek lain saye lepas bagi syarat minima bagi jurusan sains?
salam..mcmmana ek kalau kod sekolah kat borg yg saya dah print tu salah.adkh akn mmpngaruhi pmgmbilan sya ke matrikulasi??
Chai Piang Chong's avatar

Chai Piang Chong · 679 weeks ago

Salam sejahtera. Anak saya baru tamat Program Khidmat Negara minggu lepas. Dia tidak sempat kemaskini maklumat (khidmat negara sebagai tambahan aktiviti ko-kurikulum) pada Feb yang lepas. Apakah yang perlu saya lakukan ? Adakah program khidmat negara ini membantu saya dapat markah ko-ku dan mendapat tawaran matrikulasi ? TK.
2 replies · active 676 weeks ago
aslmkum...result sye..1A2A-2B1C+3D...sye sains tulen...ley msuk ke????
assalamualaikum, saya baru dpt keputusan minggu lepas, dan saya dpt 2A(bm, agama) 2A-(math mod, sej) 1b+( ict) 1b(BI) 1C+( add maths) dan 2C(physic, kimia). saya dpt masuk matrik ke dgn keputusan cmni? saya nk amik aliran sains modul 2 :D
terima kasih :D
bagaimana dgn result saya jika addmaths , maths , dgn sains biasa saya dapat A+ , ekonomi dan p.perakaunan dpt A , tetapi bahasa inggeris saya D , layak ke saya untuk ke matrikulasi???
1 reply · active 678 weeks ago
idarazalee's avatar

idarazalee · 678 weeks ago

kalau kita jurusan ekonomi asas tak ambik add math boleh ke masuk matrikulasi ?
idarazalee's avatar

idarazalee · 678 weeks ago

kalau ambik jurusan ekonomi tapi xde subjek addmath boleh ke masuk matrik?
1 reply · active 678 weeks ago
saya ada masalah...saya kelas perakaunan dan SPM saya tak ambil matematik tambahan tapi p.akaun dan e.asas dapat B-.boleh ke saya memohon ke matrik?
1 reply · active 676 weeks ago
bagaimankah nak printkan borang permohonan natrikulasi? saya lupa printkan semasa membuat permohonan ~
bagaimankah printkan borang permohonan matrikulasi ? saya dah lupa printkan semasa membuat permohonan
1 reply · active 676 weeks ago
fify uzuzent's avatar

fify uzuzent · 676 weeks ago

layakkah saya memasuki matrikulasi sesi 2012, sekiranya keputusan spm saya hanya mendapat BM:A-, MT:A, ADDMATH:C+, SCIENCE:C+, ACOUNT:C, BI:D.....
::::BI saya tak mencapai tahap kepujian....LAYAKKAH???
salam,saya nk tanye...adik saya dapat 6A,1B+,2C dan 1D.Dia tidak layak untuk memasuki matrikulasi untuk sesi 2012/2013..Semasa mengisi borang pemohonan matrikulasi,dia memilih untuk mengambil jurusan sains,namun keputusan spm nya bagi subjek sains adalah C untuk kimia dan D untuk biologi dan fizik.Jika dia ingin membuat rayuan untuk menukar dari jurusan sains ke jurusan perakaunan,ape perlu dia lakunan??
Directioners's avatar

Directioners · 674 weeks ago

Salam say lupa nak print boring permohonan matrikulasi.macam mna nie?? Xpe kha.rsau lha
Salam,nak tanya skit.saya lupa lha nak print boring permohonan matrikulasi.x pe kha?? Rsau lha.
Adik saya mendapat 6A+ 2A dan 1A- gagal untuk masuk matrikulasi.... Apa yang tak kena sebenarnya nie.... kpm tolong la, kwn2 adik saya yg keputusan lebih buruk boleh dapat?? Betul2 kecewa
1 reply · active 674 weeks ago
klau nk tkar jurusan sains ke akaun cm ne??
1 reply · active 670 weeks ago
Salam..Nasib adik saya sama dengan En Faizal..adik saya dapat 6A4B tp tak layak masuk matrikulasi tapi yg dapat 4A and ada C dan D lak tue layak masuk...saya sangat kecewa dengan berita tersebut..bagaimana mereka menilai kelayakkan masuk ke matrikulasi??apakah mereka anak2 org kerajaan or berkedudukan sebab tue dapat masuk sedangkan adik saya hanya anak yatim....
1 reply · active 674 weeks ago
alhamdulillah dapat matrik..nak kena jawab terima atau tolak tawaran tu kat web tu ke?
saya mendapat tawaran matrikulasi untuk jurusan perakaunan . bolehkah saya tukar kepada aliran sains ? kerana saya adalah pelajar sains tulen spm 2011
1 reply · active 670 weeks ago
saya mndapat program matrikulasi 2 tahun, adakah tempoh pengajian saya boleh disingkatkan kalau saya mndapat pointer yang cemerlang kat matrik?
saya berminat nak amek jurusan sains hayat....masalahnya ialah saya tak amek bio...saye cume amek fizik,kimia dan ad math semasa spm ...so boleke saye amek jugak sains hayat ni atau kene jugak amek sains fizikal....saya tak minat sains fizikal ;( dan satu lagi saye sekarang berumur 19 tahun dan juga lepasan spm 2010..so saye masih ade peluang tak...nak apply matrik ni????
Ummi Amirah Afini's avatar

Ummi Amirah Afini · 645 weeks ago

program matrikulasi utk 2013/2014 dah buka ke? bagaimana mendapatkan borangnya? terimakasih
untuk makluman saya sedang menduduki peperiksaan spm 2012
lepasan spm 2012's avatar

lepasan spm 2012 · 636 weeks ago

adakah kemaskini matrikulasi untuk sesi 2013/2014 akan dibuka pada bulan february ni..
sbb sya ada silap la untuk bil. tanggungan.adakah dya akan beri ksan pda permohonan.tak ltak '0' la
contoh '05'

harap dpt maklum balas
assalam.....bleh x klau matrik teknikl tkar kpada matrik sains biase???bleh x???
assalam.....bleh x klau matrik teknikl tkar kpada matrik sains biase???bleh x???sye tlong kakak sye

Post a new comment

Comments by