Permohonan Kemasukan Universiti Semestar 2 2012/2013

Permohonan IPTA Ambilan November 2012 / Februari 2013 / Mac 2013

Permohonan kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bagi pengambilan sesi November 2012 / Februari 2013 / Mac 2013 atau Semestar 2 2012/2013 telah dan akan mula dibuka oleh beberapa universiti yang terlibat. Permohonan IPTA Semestar 2

Pengambilan IPTA sesi November 2012 / Februari 2013 / Mac 2013 ini memberi peluang kepada sebilangan pelajar yang gagal semasa pengambilan sesi Jun yang lalu dan untuk mereka yang baru menamatkan pengajian atau terlepas peluang semasa sesi yang lalu.

Secara amnya pengambilan sesi November adalah untuk program pengajian peringkat Asasi dan Diploma. Manakala pengambilan sesi Februari/Mac 2013 adalah untuk program pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda.

Cara Memohon

Pengambilan ke IPTA bagi sesi September yang lalu diuruskan secara berpusat oleh Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar atau lebih dikenali dengan UPU di bawah Kementerian Pengajian Tinggi. Pengambilan ke IPTA bagi sesi November 2012 / Februari 2013 / Mac 2013 atau Semestar 2 Sesi 2012/2013 ini pula diuruskan sendiri oleh universiti yang berkenaan.

Oleh itu semua permohonan perlulah dibuat terus kepada universiti yang tersebut. Sila rujuk ke laman web yang ditentukan untuk setiap universiti. Walaupun begitu hanya sebahagian kecil sahaja universiti yang ada membuat pengambilan dan tidak semua program pengajian yang ditawarkan.

Pengambilan November 2012 / Februari 2013 / Mac 2013

Setakat ini berikut adalah IPTA yang ada membuat pengambilan. Kami memohon kepada pembaca yang mempunyai maklumat mengenai IPTA lain supaya dapat berkongsinya di sini.

UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK – UNIMAS

Program Pengajian UNIMAS Sesi Februari

  • Ijazah Sarjana Muda untuk lepasan STPM, Matrikulasi, Diploma dan STAM.

Permohonan UNIMAS

Tarikh Tutup UNIMAS

  • Permohonan kemasukan sesi Februari 2013 UNIMAS akan ditutup pada 30 November 2012.
  • Tarikh akhir penghantaran dokumen adalah 7 Disember 2012.

Keputusan Permohonan UNIMAS

Maklumat UNIMAS

  • Sila rujuk laman web UNIMAS.
  • Jika terdapat sebarang pertanyaan, sila hubungi UNIMAS di talian (+6082) 581166 /1063 atau faks (+6082) 581048 atau e-mel: admin@bpps.unimas.my

UNIVERSITI UTARA MALAYSIA – UUM

Program Pengajian UUM Sesi Februari

  • Ijazah Sarjana Muda untuk Lepasan Diploma sahaja.

Permohonan UUM

Tarikh Tutup UUM

  • Permohonan kemasukan sesi Februari 2013 UUM akan ditutup pada 30 November 2012.

Keputusan Permohonan UUM

Maklumat UUM

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA – UTHM

Program Pengajian UTHM Semestar II Sesi 2012/2013

  • Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam
  • Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik (Sistem Kuasa)
  • Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektronik (Komunikasi)
  • Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektronik (Kejuruteraan Komputer)
  • Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektronik (Mikroelektronik)
  • Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektronik (Mekatronik)
  • Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektronik (Elektronik Perubatan)
  • Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal 

Permohonan UTHM

Tarikh Tutup UTHM

  • Permohonan kemasukan Semestar II Sesi 2012/2013 UTHM akan ditutup pada 11 November 2012.
  • Tarikh akhir penerimaan dokumen adalah 23 November 2012.

Keputusan Permohonan UTHM

Maklumat UTHM

Jika terdapat sebarang pertanyaan, sila hubungi UTHM di talian 07-4537689/ 7687/ 7655/ 7696/ 7686/ 7684 atau faks 07-4536085 atau e-mel : pa@uthm.edu.my

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS – UPSI

Program Pengajian UPSI

  • Sesi November 2012
    • Diploma Sains
    • Diploma Teknologi Makmal
    • Diploma Bahasa Inggeris
    • Diploma Reka Bentuk dan Pembangunan Permainan
    • Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak

    Semua program Diploma yang ditawarkan adalah untuk pasaran terbuka dan bukan untuk lantikan sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (Guru) di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia.

  • Sesi Februari 2013
    • Ijazah Sarjana Muda

    Ada beberapa program yang ditawarkan adalah untuk pasaran terbuka dan bukan untuk lantikan sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (Guru) di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia.

Permohonan UPSI

  • Sesi November 2012
    • Permohononan perlu dibuat secara online sahaja mulai 12.00 tengahari 19 September 2012.
  • Sesi Februari 2013
    • Permohononan perlu dibuat secara online mulai 12.00 tengahari 12 November 2012.
  • Pemohon perlu membeli nombor BITARA ID bernilai RM 26.00 dari Bank Simpanan Nasional.
  • Sila rujuk laman web Permohonan Atas Talian UPSI dan Bahagian Akademik UPSI.

Tarikh Tutup UPSI

  • Sesi November 2012
    • Permohonan akan ditutup pada 3 Oktober 2012.
  • Sesi Februari 2013
    • Permohonan kemasukan sesi Februari 2013 UPSI akan ditutup pada 26 November 2012.

Keputusan Permohonan UPSI

  • Keputusan permohonan kemasukan UPSI boleh disemak di Permohonan Atas Talian UPSI
  • Permohonan eRayuan juga boleh dibuat di pautan di atas.

Maklumat UPSI

  • Jika terdapat sebarang pertanyaan atau kemusykilan, sila hubungi talian 05 450 6929 / 6030 / 6932 atau emel akademik@upsi.edu.my.

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA – UiTM

Program Pengajian UiTM

  • Sesi November 2012
    • Asasi Undang-Undang
    • Diploma
    • Penerapan Pra Diploma UiTM ke Diploma UiTM
  • Sesi Januari 2013
    • Profesional
  • Sesi Mac 2013
    • Profesional
    • Ijazah Sarjana Muda
    • Penerapan Diploma UiTM ke Ijazah Sarjana Muda UiTM

Permohonan UiTM

Tarikh Tutup UiTM

  • Sesi November 2012
    • Permohonan ditutup pada 26 Ogos 2012.
  • Sesi Mac 2013
    • Permohonan ditutup pada 31 Oktober 2012.

Keputusan Permohonan UiTM

Maklumat UiTM

Jika terdapat sebarang pertanyaan mengenai pemgambilan dan keputusan permohonan kemasukan ke UiTM ini, sila hubungi Bahagian Pengambilan Pelajar di talian 03 5544 3164/ 3165/ 3166/ 3174/ 3175 atau faks 03 5544 3170 atau emel bpp@salam.uitm.edu.my .

UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA – UIAM

Program Pengajian UIAM Sesi Februari

  • Ijazah Sarjana Muda

Permohonan UIAM

Tarikh Tutup UIAM

  • Permohonan kemasukan sesi Februari 2013 UIAM akan ditutup pada 31 Disember 2012.

Keputusan Permohonan UIAM

Maklumat UIAM

Jika terdapat sebarang pertanyaan, sila hubungi UIAM di talian 03 6196 4000 samb 4043/4048/4045 atau faks 03 6196 4724 atau emel admissions@iiu.edu.my.

Politeknik & Institut

Selain universiti awam, politeknik dan beberapa institut awam ada membuat pengambilan untuk sesi Disember 2012 / Januari 2013.

Sila rujuk pautan berikut;

Maklumat

82 thoughts on “Permohonan Kemasukan Universiti Semestar 2 2012/2013

  1. Adakah pengambilan pelajar sesi februari akan dilaksanakan oleh lain-lain universiti?

  2. Bolehkah pelajar Lepasan SPM Tahun 2012 mendaftar masuk ke IPTA pada tahun 2013 Atau tingkatan 6 Rendah 2013 ?

  3. assalamualaikum..pada sesi permohonan feb2013 untuk ijazah sarjana muda,uum, uthm dan unimas tiada ambil pengambilan ke?kerana setahu saya,pada tahun lepas,3 universiti ini ada megambil pengambilan utk ijazah sarjana muda ..mohon penjelasan..

  4. salam , saya nak tanya untuk sesi permohonan ini ipta yang lain tak buka untuk pengambilan pelajar ke ? Contohnya USM . Atau listed ipta je yang buka permohonan untuk sesi ni . mohon penjelasan . Terima kasih .

  5. salam…saya nk tanye…bila keputusan uitm ambilan nov 2012 akan diumumkan? terima kasih.

  6. tumpang tanya..permohonana untuk program DPLI 2012 di buka bila?

  7. adakah permohonan ke UIAM telah dibuka???

  8. minatbelajar says:

    salam….adakah pengambilan feb/mac 2013 utk program ijazah perlu ada MUET?? sebab skrng nk aply melalui UPU kena ada MUET ….TQ 🙂

  9. nk tanye,utk part time ade x kt upsi?

  10. Result permohonan uitm kuar bila ekk ??

  11. Salam. Bila ye kuar result permohonan uitm???

  12. Boleh saya tahu sama ada kalau nak mohon guna keputusan percubaan SPM macam mana ya?

    Terima kasih.

  13. Assalamualaikum.

    Boleh tak bagitahu saya mengenai pengamabilan UKM bagi Ijazah Sarjana Muda pada bulan Oktober ini?
    Khabarnya buka 15 Oktober ini dan kemasukan pada Februari 2013.

    Saya nak tahu bagaimana nak memohon dan laman web mana permohonan itu akan dibuka?
    Sudah menghubungi UKM tetapi kene marah dan hanya diberitahu buka pada 15 Oktober ini. 😛

    Thx 🙂

  14. salam,
    untuk pengambilan ijazah hanya uitm hanya uitm n upsi je ke yg buka??

  15. saya nak tanya..untuk uia tu bila permohonan akan dibuka?

  16. pelajar bingung says:

    Bolehkah pelajar Lepasan SPM Tahun 2011 mendaftar masuk ke IPTA pada tahun 2013 Atau tingkatan 6 Rendah 2013 ?

  17. Universiti Putra buka jugak ke?

  18. rabiatuladawiyah32 says:

    salam,,thnks for the information 🙂

  19. salam, diploma kejuruteraan awam boleh mohon ijazah pendidikan di UPSI tak?

  20. salam….saya nak tanya…kami dari politeknik baru ingin mengambil muet pada hari ini…jadi bilakah masa yg kami boleh membuat permohonan U…??

    • salam sue…kalau baru nak ambil muet,rasanye kptsn akan dpt dlm 2 bln nie…mybe leh mhon upu untuk september 2013 nie…tapi dengan syarat da tamat belajar la

  21. Sy lepas diploma engineering…bgaimana sy nak smbung ijazah dlm bidang perguruan?
    Boleh hantar ke email sy am_vespa2004@yahoo.com

  22. ada sebarang info tentang permohonan ijazah sarjana muda usm ? saya buka pohon@usm tetapi laman web tersebut seperti bermasalah. adakah permohonan sudah ditutup ataupun laman web tersebut dalam proses penyelenggaraan ?

  23. kalau lepasan diploma sains komputer dapat sambung ijazah perguruan, dpat ke? blh bagi maklumat x?_

  24. assalamu'alaikum,,klu sy da msuk sem 1 utm,,bley x sy nk tukar u?

  25. INSAN BIASA says:

    BILA KEPUTUSAN TEMUDUGA UITM LEPASAN STPM/SETARAF AKAN DIKELUARKAN?
    BILA KEPUTUSAN KEMASUKAN PELAJAR KE UITM LEPASAN STPM/SETARAF BAGI AMBILAN FEBRUARI 2012/2013?

  26. Untuk kemasukan ijazah sarjana muda UIAM semester 2 2012/2013 terbuka untuk pelajar antarabangsa ker warganegara boleh pohon jugak

  27. UIAM buka untuk permohonan undergraduate programme bagi warganegara atau international student?

  28. tarih tutup permohonan program undergraduate UIAM kemasukan semester 2 2012/2013 31 Dis 2012 ker 2 Disember 2012 ni ? Mohon siapa yang tahu lanjut

  29. UTEM ada buat 2nd intake untuk febuari 2013 x?

  30. UTEM ada buat 2nd intake untuk pengambilan febuari 2013 tak? kalo ada dah bukak ke belum yer?

  31. MACAM Mana nak tahu permohonan kita kt unimas dh dihantar ke belum?..sebab,saya dh isi borang oline tapi x dapat nak kemaskini balik.sya dh hntar borang tu tp x da pemberitahuan yg borng sya tu dh trma @ tidak?mcm mana ni…!!!!

  32. borang upu dan no pin BSN da keluar ke belum ?

  33. assalammualaikum . tumpang tanya , bilakah keputusan untuk ambilan sesi Feb/Mac 2013 untuk program ijazah sarjana muda Uitm akan di keluarkan ? terima kasih…

  34. nak tanyye bilakah tarikh tutup pengambilan uiam akn ditutup untok tahon 2013 ….

  35. borang upu dah dibuka k belom …nombor pin da dijual k belom di BSN …..

  36. sy ingin btanya. adakah calon spm 2001 layak utk memohon diploma di mana2 uni..?

  37. Salam. Saye nak tanye, hari ni 7/1/2013 mula permohonan UPU. And permohonan UIAM hanya ada program asasi. Saye nak tanye, bile permohonan UIAM untuk diploma? And nak mohon untuk diploma UIAM, perlu melalui UPU atau dekat website die sendiri? And bile intake untuk diploma UIAM untuk tahun 2013? Maaf, ganggu

    • uia mmg xda diploma..so cara nak masuk melalui foundation programme (1-2 tahun) then akan masuk main campus untuk undergraduate programme..student foundation uiam x payah apply upu la kiranya untuk ijazah kt uia nnti

  38. salam. UIAM ade program diploma tak? pening dah ni

  39. bleh sya tnya..org lpasan 2012 nie dpt ke ?gpon kputusan spm lom kuar g..adakah akn terplih nti…risau nie,,

    • rasanye leh lg…sbb kptsn spm mybe bln 3…leh la cica anta permohonan selepas result kuar…lgpun tarikh ttup 15 april kan

  40. assalam? unimas ada buat pengambilan pada bulan mac ka ya? selain bulan feb.

  41. rohaya binti bachok says:

    untuk permohonan ke ipta bagi pelajar spm 2013 dah dibuka ke

    • kalau rohaya nie pelajar spm 2013,maka wt permohonan upu utk tahun 2014…tapi kalau permohonan upu bg lepasan spm 2012,da dibuka…

  42. UIAM tiada menawarkan diploma setakat pengetahuan saya.

    • yup, mmg uia x offer pengajian diploma…uia cuma offer foundation programme, master n PhD..kalau dh ada diploma/setaraf dr uni lain, boleh buat direct intake untuk undergraduate

  43. Salam ada sapa2 kt cni tau x ttg diploma pendidikan bgi post graduate sbb saya skg bkja sbg guru tnpa diploma pdidikam sbb degree sy dlm bidang lain….

  44. Assalammua'laikum ! boleh saya tanya beberapa soalan ? first sekali , bolehkan pelajar lepasan asasi dari UNITEN dalam bidang teknologi sistem bertukar ke UUM atau U2 di Malaysia ini semasa di peringkat ijazah nanti ? dan berapakah anggaran pointer yg dimahukan ? dan MUET , band berapakah yg dimahukan sekurang-kurangnya ? saya harap admin menjawab soalan2 yg saya ajukan ini , kerana saya benar2 buntu ! =((( , btw , thanx admin ! =))) .

  45. bile tau bile dpli 2013 akan dibuka

  46. adilla hashim says:

    saye nak bertanye, bolehkah pelatih plkn memohon uitm selepas mengambil keputusan spm?

  47. salam semua , saya ingin bertanya bilakah programuntuk pra diploma dibuka.. untuk sesi 2013.. plssbgtau sy jwpn .. sy ingin sgt2 menyambung belajar.. terima kasih

  48. Salam, nak tanya lah. dengar2 hari ne result rayuan untuk kemasukan degree Mac, pukul berapa dan kat link mana ye..

  49. bila lagi ada pengambilan diploma ambilan 2013 d UPSI??

  50. Boleh tak pelajar lepasan spm mohon uthm bidang kejuruteraan aeronautik?

  51. salam, sye student politeknik… sem last… sye ngar khabar, student politeknik x bleh apply tok UPU, coz kteowng tamat stdy bulan 5.. and tarikh top UPU tok kmsukan 2013/2014 tutup bulan april ini…. betul ke???

    harap dapat beri jawapan sebelum tarikh tutup UPU ye..

    terimas…

  52. salam ,saya nak tanya,keputusan muet yang sebelum 2009 hanya sah laku sampai julai 2013 ni.jadi saya nak memohon ijazah intake september 2013.permohonan ni sudah dibuka mulai bulan mei ni.jadi bolehkah saya memohon menggunakan keputusan muet 2006 tu untuk permohonan ni sdangkan kemasukan bulan september nt?

  53. hye ,nk tanya nie..boleh kh membuat permohonan upu sekali lagi tetapi telah menolak permohonan yang pertama sebab tak mnat bidang yg ditawarkan??..mohon jawap..terima kasih..

  54. salam, saya nak tnya wktu skrang ad x mane2 universiti open ntok pngambilan sep,okt, november 2013… mybe ntok second intake pon boleh, yg pnting kmasukan sep,okt,nov 2013. tq

  55. salam, saya nak tnya wktu skrang ad x mane2 universiti open ntok pngambilan sep,okt, november 2013… mybe ntok second intake pon boleh, yg pnting kmasukan sep,okt,nov 2013. tq

  56. khairul azmie says:

    salam, saya nak tanya bila ada universiti open untuk pengambilan sep,okt, november 2013/2014 lepasan stpm/setaraf… untuk second intake . Harap admin Dapat balas secepat yg mungkin…

  57. salam…saya baru grad bulan 6 baru ni…
    saya nak tanya…bila intake ijazah seterusnya?

  58. SALAM . NAK TANYA , BOLEH TAK BUAT PERMOHONAN GUNA RESULT PERCUBAAN SPM ? MACAM MANA YE ? TOLONGG .

  59. hi! saya ada satu soalan mengenai pertukaran universiti. saya adalah pelajar sem 1 2013/2014 di suatu uni..untuk sem 2 bolehkah saya tukar uni? tolong..sangat urgent..terima kasih..

  60. salam..saye ingin tanye ,bile ade lg intake unimas?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title="" rel=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.