Semakan Keputusan Permohonan Kemasukan Ke IPTA 2009 Lepasan STPM & Setaraf

Status permohonan kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bagi lepasan SPTM , Diploma, Matrikulasi, Asasi atau yang setaraf dengannya boleh dibuat mulai 19 Jun 2009 pukul 11.00 pagi 12.00 tengahari.

Semakan keputusan permohonan ke IPTA ini boleh dibuat melalui;

Keputusan ini tidak membabitkan calon yang memohon ke USM kerana universiti itu sudah mengumumkannya pada 30 Mei lalu. Selaras dengan pelaksanaan program Apex dengan hal berkaitan pengurusan permohonan, pemprosesan, pemilihan, penawaran, hebahan dan rayuan dikendalikan oleh USM sendiri.

Mereka yang telah mengesahkan menerima tawaran USM sudah digugurkan dari pangkalan data UPU bagi mengelak pertindihan. Hanya calon yang mengemukakan permohonan melalui UPU dan gagal mendapat atau menolak tawaran ke USM akan diproses untuk dipertimbangkan dalam pemilihan kemasukan ke 19 IPTA lain.

Semua calon yang berjaya wajib membuat pengesahan setuju untuk menerima tawaran dari IPTA dalam tempoh tujuh hari. Pengesahan penerimaan tawaran ini boleh dibuat melalui laman web IPTA yang berkenaan pada atau sebelum 25 Jun 2009.

Pihak IPTA akan mengeluarkan surat tawaran rasmi kepada calon yang berjaya dan calon juga boleh mencetak surat tawaran melalui laman web IPTA.

Hanya calon yang gagal menerima sebarang tawaran ke IPTA dibenarkan mengemukakan rayuan melalui aplikasi e-Rayuan ke Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi dalam tempoh 10 hari bekerja selepas keputusan rasmi permohonan kemasukan ke IPTA diumumkan. Tarikh tutup permohonan e-Rayuan ialah pada 28 Jun 2009.

Keputusan rayuan akan dimaklumkan pada 10 Julai 2009. Jika tiada sebarang tawaran diterima dari IPTA sehingga 31 Julai maka rayuan anda dianggap gagal.

Related posts:

  1. Semakan Keputusan Permohonan Kemasukan Ke IPTA 2009 Lepasan SPM & Setaraf
  2. Keputusan Kemasukan IPTA 2008 Lepasan STPM & Setaraf
  3. Permohonan Rayuan Ke IPTA 2008 Lepasan STPM & Setaraf
  4. Keputusan Rayuan Kemasukan Ke IPTA Sesi 2008/2009
  5. Permohonan Fasa 2 Kemasukan IPTA Sesi Akademik 2009/2010 Lepasan Matrikulasi Dan Asasi

Subscribe / Share

Article by Azhad Nilam
ePutra cuba membantu menyampaikan maklumat yang berkaitan dengan pendidikan di Malaysia. Semua maklumat di sini boleh digunakan semula tetapi sila buat pautan atau rujukan kepada ePutra.com. Terima kasih.
Azhad Nilam tagged this post with:
, , , , , , , , , ,
Read 485 articles by

243 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Makluman

Peta Minda
Follow ePutra on Twitter
ePutra

Archives