Para pelajar yang telah memohon untuk memasuki Tingkatan 1 di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) sudah boleh menyemak keputusan permohonan mereka secara online mulai hari ini.
Semakan ini boleh dibuat dengan menggunakan angka giliran UPSR. Terdahulu Ketua Pengarah Mara, Datuk Nam Marthinin berkata jumlah permohonan yang diterima bagi pengambilan tahun ini berjumlah kira-kira 23,000 menyaksikan persaingan sengit bagi merebut tempat ke MRSM.
Menurut beliau hanya seramai 5,320 pelajar tingkatan satu dan empat akan dipilih untuk memasuki 40 MRSM di seluruh negara penghujung bulan Februari ini, meningkat sebanyak 300 pelajar berbanding tahun sebelumnya.
Sila kunjungi laman web Keputusan Kemasukan Ke Tingkatan 1 MRSM Tahun 2009 untuk menyemak permohonan anda. Tahniah kepada mereka yang berjaya!
Bagi yang tidak berjaya anda boleh membuat rayuan dengan menghantar surat rasmi berserta sijil-sijil yang telah disahkan dan surat sokongan lain jika ada.
Para pelajar yang memohon untuk ke Tingkatan 4 MRSM pula dijangka akan mengetahui keputusan permohonan mereka minggu hadapan mulai 31 Januari 2009.
Sila rujuk Rayuan Kemasukan Ke Maktab Rendah Sains MARA untuk maklumat membuat rayuan.
[…] Keputusan Permohonan Kemasukan MRSM Tingkatan 1 2009 sudah boleh disemak mulai 30 Januari 2009 addthis_url = […]
[…] Keputusan Permohonan Kemasukan MRSM Tingkatan 1 2009 sudah boleh disemak mulai 30 Januari 2009 addthis_url = […]
Confuse ni .. apakah details syarat masuk ke MRSM .. anak saudara saya ni ..
dapat UPSR = 5A .. Anak yatim piatu … tinggal di perkampungan .. tapi tak berjaya atau tak ditawarkan ke mane2 Asrama penuh dan MRSM .
So … boleh ke buat rayuan … kalau boleh .. apakah caranye ? . TQ
Reza,
Pemilihan ke MRSM adalah dengan mengambil kira faktor akademik 25%, Sosio Ekonomi 45% dan ko-kurikulum 30%.
Rayuan boleh dibuat dengan menghantar surat rasmi kepada pihak MARA dengan disertakan sijil-sijil yang telah disahkan dan surat sokongan lain jika ada.
anak saya tidak berjaya masuk mrsm. saya petugas felda di negeri pahang.
saya mohon mrsm trolak perak.difaham felda telah mendiri kan mrsm trolak khusus bagi anak luar bandar termasuk felda seluruh negara.harap qota anak felda diberi kelonnggaran kerana dana pembinaan adalah sumbangan pendapatan felda. sekian.
Boleh tak tolong terangkan bagaimana nak buat rayuan untuk MRSM? like, sijil apa? apakah contoh surat sokongan dan apakah alamat di mana surat rayuan ini perlu dihantar?
minta penjelasan..
saya faham berkaitan faktor pemilihan pelajar mrsm.., tetapi mengapa
rakan anak saya ( sekolah yang sama ) mendapat tempat dimrsm sedangkan kalau mengikut faktor tersebut anak saya sama @ lebih dari segi kepimpinan dan akademik.. faktor sosio ekonomi sama je.. t/kasih.
[…] ini boleh dibuat dengan menggunakan nombor kad pengenalan pemohon. Terdahulu keputusan permohonan memasuki Tingkatan 1 di MRSM telah boleh disemak bermula […]
Makhdzan,
Saya syorkan anda membuat rayuan.
Izu2minY,
Rayuan tersebut merupakan surat rasmi kepada pihak MARA, sijil pula adalah bukti pencapaian dan penglibatan di dalam aktiviti. Sebarang fakta lain yang membantu atau menguatkan rayuan boleh disertakan dengan surat sokongan. Surat rayuan tersebut boleh dihantar ibu pejabat MARA.
Rezra,
Memang ramai yang menghadapai situasi yang sama. Walaupun begitu pihak MARA memang membuat pemilihan berdasarkan akademik, sosio ekonomi dan ko-kurikulum cuma cara markah diberi tidak diketahui. Mungkin pihak MARA boleh memberi maklumat mengenainya.
Sila rujuk RAYUAN KEMASUKAN KE MAKTAB RENDAH SAINS MARA untuk maklumat membuat rayuan.
saya rasa kecewa kerana anak saya gagal ke mrsm. Adakah kerana disebabkan kegagalan nya menghadiri t/duga diMRSM Agama.. sebab lewat menerima surat. Oleh itu.. pihak MRSM telah blacklist namanya.. tolonglah jawab.. TQ
Nilam
mau bayar kah??? gaji bapa ku tak sebrapa bagus lagi aku enda skolah d mrsm mahal laaaa
borang tawaran kemasukan ke mrsm bagi tingkatan 4 bila nak diberikan??
Assalamualaikum,rasa terkilan kerana anak-anak yang memohon untuk belajar SBP dan MRSM…di ambil kira juga pendapatan ibu dan ayah.Tapi ada juga kawan lain yang anaknya sederhana dan pendapatan keluarga berpuluh ribu masih dapat tempat di SBP tetapi yang sederhana lansung tak dapat.Kalau dikira pegawai Kerajaan dan pekerja swasta tentu juga membayar cukai berbanding usahawan yang belum pasti memaklumkan pendapatan sebenar.Namun pada masa MRSM mula-mula ditubuhkan dulu..seingat saya dalam bilik sayapun ramai anak-anak pegawai kedutaan dan pegawai tinggi kerajaan.Malah sesetengahnya adalah anak usahawan dan Menteri.Kenapa sekarang konsep mendedahkan kepada kehidupan sebenar diasing…bukankah persaingan dan pendedahan antara kaya dan miskin serta bandar dan luar bandar patut disatukan.Ini dapat melahirkan generasi yang positif mental dan fizikalnya. Apa yang saya harapkan MARA menimbang semula keputusan yang dibuat.
Zar,
Ada kemungkinan sebab bila tidak menghadiri temuduga pihak MARA menganggap anak Zar tidak berminat. Saya syorkan Zar membuat rayuan dan maklumkan kepada pihak MARA surat panggilan MRSM Agama dahulu lewat diterima.
Lea,
Maaf, hendak bayar apa?
Najwa,
Jika maksud anda borang permohonan kemasukan ke tingkatan 4 MRSM, iklan tawaran biasanya akan dikeluarkan dalam pertengahan tahun iaitu selepas peperiksaan Semestar 1 Tingkatan 3.
slm….saya dah check website …alhamdulillah anak saya dpt mrsm…kena register 10 febuari ni….agak2 bila dpt surat tawaran…any idea?…surat tawaran tu di hantar oleh mara HQ or mrsm ?tqvm
Azmi,
Salam… tahniah kepada anak anda kerana berjaya mendapat tempat di MRSM. Berkenaan surat tawaran itu saya tidak pasti pulak tetapi jika menjelang 10 Februari tak dapat lagi rasanya boleh cetak pengesahan dari internet.
Saya pon baru ck http://eputra.com/keputusan-permohonan-kemasukan-mrsm-tingkatan-1-2009/ Alhamdullilah. Anak saya dapat masok MRSM pada 10.02.09 akan datang ini. Insyallah. Surat tawaran belum terima lagi. Berapa kna bayar masa pendaftaran nanti dan apa yg patut dibawa semasa mendaftar? Mcm mna nak ck agaknya.
Ims,
Tahniah kerana anak anda berjaya masuk MRSM.
Yuran dan keperluan yang perlu dibawa ada dinyatakan dalam surat tawaran yang akan diterima. Secara asasnya segala keperluan untuk tinggal di asrama perlu dibawa, barang keperluan ini boleh juga dibeli di Koperasi MRSM.
MANE SAYE NA CARI BORANG KEMASUKAN KE ASRAMA UNTUK TINGKATAN 3 @ 4.TAHUN INI CYE TINGKATAN 2…TOLONG LARH CYE!!!!!!DEKAT MANE-MANE PUN TAK APE ASAL KAN CYE MASUK…THX……..
Amyra,
Kalau SBP @ MRSM perlu tunggu iklan permohonan. Jika sekolah asrama lain, boleh dapatkan maklumat di Pejabat Pelajaran Daerah yang berkenaan.
Saya mendapat 5A dalam UPSR sekolah saya sekolah luar bandar, murid yang dapat 5A hanya 2 orang saja. Kawan saya dapat masuk MRSM tetapi kenapa saya tak dapat masuk MRSM sedangkan saya mendapat 5A dan bersekolah di luar bandar?
Ashikin,
Memang ramai yang menghadapai situasi yang sama. Walaupun begitu pihak MARA membuat pemilihan berdasarkan markah merit akademik, sosio ekonomi dan ko-kurikulum cuma cara markah diberi tidak diketahui. Mungkin pihak MARA boleh memberi maklumat mengenainya.
Sila rujuk Rayuan Kemasukan Ke Maktab Rendah Sains MARA untuk maklumat membuat rayuan.
bla keputusan prmohonan tingtan 4 untk pengambilan kedua r?
result prmohonan mrsm t4 tok pngambilan kedua bla kuar?
Nurul dan Zxzx,
Setakat ini belum ada sebarang pengumum daripada pihak MARA.
akum, bila nak keluar keputusan rayuan untuk ke tingkatan 1 mara 2009 ambilan kedua?
Azli,
Setakat ini belum ada sebarang maklumat lagi.
bila keputusan ambilan kedua untuk ke mrsm nk keluar..anak bua h sy ni dh patah semngat dh, dia dpt upsr 5a tp still xdpt apa2 tawaran lg..
syukur alhamdullillah saya mendapat MRSM Pekan tetapi ditempatkan di MRSM Bentong
Ifa,
Sila rujuk Keputusan Pengambilan Kedua MRSM Tingkatan 1 2009.
Hafiz Kuantan,
Tahniah!! Jika ada kesempatan sila kongsi pengalaman anda belajar di sana dengan pembaca ePutra.
saya pon dpt 5a .
mohom MRSM ,
tp tak dapat .
hurm !
Miss Lia,
Jangan terlalu kecewa, di mana-mana pun anda boleh cemerlang jika berusaha dan bersungguh-sungguh.
Saya ingin mengucapkan ribuan terima di ruangan ini yang bnyak membantu saya. Sekarang saya telah pun menjadi pelajar di MRSM Bentong. Sangat menarik dan semakin semangat belajar. Terima kasih. Oh ya untuk pengetahun semua diMRSM Bentong mempunyai 650 pelajar setakat ini dan setengah daripadanya adalah pelajar MRSM Pekan. Mereka menumpang di sini sehingga MRSM Pekan dibuka pada Jun ini.
Fiq,
Sama2 dan tahniah!! Jika ada kesempatan silalah kongsi pengalaman anda belajar di sana dengan pembaca ePutra.
Ada berjumpa dengan Hafiz_kuantan? Dia dapat MRSM Pekan tetapi sekarang ditempatkan di MRSM Bentong.
RESULT UNTK KE MRSM KALI KE-3 DAH KELUAR KE BELUM
Eiyka,
Setakat ini tiada maklumat daripada pihak MARA.
err…this year mohon scra online ke still gne borang??
Confuse,
Buat masa ini permohonan untuk ke tingkatan 1 2010 MRSM belum dibuka lagi tetapi ada kemungkinan permohonan perlu dibuat secara online.
cyew confuse la nak skolah kat mnew???cte2 cyre nak skolah kat asrama kat kuantan xpi….xdpat2 ag la…..plezz tlg cyew crie asrama yg bg0z2 sket….kat kuanyan
saya dapat permohonan ke mrsm trolak .
tp x dapat surat pon ke sane
so, saye kene teruskan pengajian di mrsm serting ke ataupon tros ke trolak.??
saye pada tahun hadapan tingkatan 2..
cekgu saya ade bgtau saya n kwn2 kene pindah trolak next year??
surat x dpt??
ade x website untuk tau ape2 maklumat untuk perpindahan ni?????
Salam
saya keliru bagaimana untuk mengetahui keputusan permohonan kemasukan MRSM 2010 sedangkan kemasukan pertama adalah awal bulan Januari 2010..
Bagaimana para pelajar dan ibu bapa ingin mengatahui adakah anak mereka layak untuk memasuki MRSM..
saya juga keliru bagaimana bebrapa rakan kpd ank saya sudah menerima surat tawaran sedangkan ank saya masih tertanya-tanya adakah dia layak atau tidak..
Mintak jasa baik sesaipa yg mungkin dapat membantu saya..
ble blh tahu tarikh kemasukan form 4 2010 and ble boleh tahu dapat@tidak???
mcm mane nak tau keputusan kemasukan pelajar ting 1 2010??
saya berharap agar saya dapat masuk mrsm dipasir tumboh
kesiankanlah saya
Keputusan permohonan ke Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 MRSM 2010 sila rujuk;
–Keputusan Permohonan Kemasukan MRSM Tingkatan 1 2010
–Keputusan Permohonan Kemasukan MRSM Tingkatan 4 2010
salam..bilakah keputusan ke mrsm bagi sesi 2011 akan diumumkan??
apakah syarat yang akan diambil kira??
anak saya memilih untuk ke mrsm trolak,,tetapi saya dan suami bukanlah kakitangan felda.
adakah anak saya diterima atau akan ditukarkan ke mrsm lain?
tq..harap pihak tuan mempertikaikannya…..
Salam… pada akhir Januari atau awal Februari.
Penempatan akan ditentukan oleh jawatankuasa pemilih.