Permohonan UPU dan USM Lepasan Matrikulasi, PASUM dan Asasi
Lepasan Matrikulasi, PASUM dan Asasi 2010 yang berkelayakan adalah dipelawa untuk memohon masuk ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bagi sesi akademik 2011/2012. Ini bagi mengikuti program pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda secara sepenuh masa di IPTA.
FASA
- Permohonan bagi kategori ini terbahagi kepada dua fasa;
- Fasa 1 – Pendaftaran dan Permohonan
- Fasa 2 – Pengemaskinian
- PENTING : Pemohon yang tidak membuat pendaftaran dan mengemukakan permohonan semasa Fasa 1, tidak boleh memohon pada Fasa 2 dan seterusnya tidak akan dipertimbangkan untuk pemilihan kemasukan ke IPTA. Fasa 2 hanyalah untuk pengubahsuaian dan pengemaskinian program pengajian yang dipilih setelah memperolehi keputusan peperiksaan Matrikulasi semester kedua.
KATEGORI
Permohonan lepasan Matrikulasi, PASUM dan Asasi adalah dikategorikan seperti berikut;
- Kategori N – Aliran Sains Calon Matrikulasi KPM, PASUM dan Asasi UiTM
- Kategori P – Aliran Perakaunan Calon Matrikulasi KPM
- Kategori U – Aliran Undang-Undang Calon Asasi UiTM
- Kategori L – Aliran Bahasa Inggeris Calon Asasi UiTM (TESL)
- Kategori K – Aliran Kejuruteraan Calon Asasi UiTM
- Kategori J – Aliran Teknikal Calon Matrikulasi KPM
SYARAT KEMASUKAN
Permohonan lepasan Matrikulasi , PASUM dan Asasi 2010 ke IPTA perlulah memenuhi syarat am dan syarat khas yang ditetapkan.
Syarat Am
- Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu atau Bahasa Malaysia atau kepujian dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Malaysia Kertas Julai; dan
- Lulus Matrikulasi KPM atau Asasi Sains UM atau Asasi UiTM dengan mendapat PNGK dan gred yang baik mengikut keperluan khas program pengajian, dan
- Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 1 (Band 1) dalam Malaysian University English Test (MUET), dan
- Menduduki dan melepasi tahap kesesuaian Malaysian University Selection Yearly Inventory (MunsyI). Ini hanya untuk permohonan ke USM.
Syarat Khas
Calon juga perlu memenuhi syarat kemasukan yang lain berdasarkan program pengajian yang dipohon.
PERMOHONAN
Permohonan kemasukan ke IPTA perlu dibuat melalui UPU dan USM.
- UPU – permohonan kemasukan ke semua IPTA kecuali USM
- USM – permohonan kemasukan ke USM sahaja
UPU
- Permohonan melalui UPU perlulah dibuat seperti berikut;
- Fasa 1 – 13 Disember 2010 – 13 Januari 2011
- Fasa 2 – akan diumumkan (biasanya selepas keputusan semestar 2)
- Sebelum membuat permohonan di Fasa 1, pemohon perlu membeli nombor pin dari Bank Simpanan Nasional (BSN).
- Seorang calon hanya boleh membuat satu permohonan dan tiga kali kemaskini sahaja.
- Permohonan perlu dibuat secara online di Permohonan Kemasukan Ke IPTA Lepasan Matrikulasi, PASUM Dan Asasi Sesi 2011/2012.
USM
- Permohonan melalui USM perlulah dibuat seperti berikut;
- Fasa 1 – 13 Disember 2010 – 17 Januari 2011
- Fasa 2 – akan diumumkan (biasanya selepas keputusan semestar 2)
- Calon perlu mendaftar dan mendapatkan Nombor Rujukan di laman web USM. Nombor Rujukan perlu disimpan untuk rujukan.
- Permohonan dan pendaftaran untuk Nombor Rujukan adalah percuma.
- Calon-calon boleh memilih sekurang-kurangnya satu program pengajian dan maksima sehingga lapan program pengajian.
- Calon-calon yang memohon kemasukan ke USM adalah diwajibkan untuk mendaftar dan menduduki Malaysian University Selection Yearly Inventory (MunsyI) yang akan diadakan di semua Pusat-Pusat Matrikulasi seperti yang terdapat dan telah dipilih semasa membuat permohonan. Pusat Ujian MUnSyI bagi calon Asasi UiTM dan PASUM akan dimaklumkan kemudian.
- Bagi program-program pendidikan di USM,calon-calon perlu memohon melalui UPU.
- Pendaftaran dan permohonan perlu dibuat secara online di Pohon @ USM.
TARIKH TUTUP
- Tarikh tutup pendaftaran dan permohonan bagi Fasa 1 untuk UPU adalah 13 Januari 2011.
- Tarikh tutup pendaftaran dan permohonan bagi Fasa 1 untuk USM adalah 17 Januari 2011.
- Tarikh tutup bagi Fasa 2 untuk UPU dan USM akan diumumkan kemudian tetapi biasanya dua minggu selepas pengumuman keputusan semestar 2.
MAKLUMAT
- Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan mengisi e-borang bagi UPU sila rujuk laman web rasmi Kemasukan ke IPTA dan bagi USM sila rujuk di laman web Pohon @ USM.
- Rujuk juga komen-komen di Permohonan Kemasukan Ke IPTA Sesi 2010/2011 Lepasan Matrikulasi, PASUM Dan Asasi sebagai panduan.
Permohonan Kemasukan Ke IPTA Sesi 2011/2012 Lepasan Matrikulasi, PASUM Dan Asasi | ePutra…
Permohonan UPU dan USM Lepasan Matrikulasi, PASUM dan Asasi Lepasan Matrikulasi, PASUM dan Asasi 2010 yang berkelayakan adalah dipelawa untuk memohon masuk ke…
Permohonan Kemasukan Ke IPTA Sesi 2011/2012 Lepasan Matrikulasi, PASUM Dan Asasi | ePutra…
Permohonan UPU dan USM Lepasan Matrikulasi, PASUM dan Asasi Lepasan Matrikulasi, PASUM dan Asasi 2010 yang berkelayakan adalah dipelawa untuk memohon masuk ke…
Permohonan Kemasukan Ke IPTA Sesi 2011/2012 Lepasan Matrikulasi, PASUM Dan Asasi | ePutra…
Permohonan UPU dan USM Lepasan Matrikulasi, PASUM dan Asasi Lepasan Matrikulasi, PASUM dan Asasi 2010 yang berkelayakan adalah dipelawa untuk memohon masuk ke…
salam.
untuk lepasan dip ipt lain, bila pula yer?
tq.
Salam… boleh mohon di bawah kategori lepasan STPM
tp we all lepasan spm…bolehke ?
hope dpt masuk..
salam..kalau apply utk both upu n usm,kita akn dpt slh satu je ke. cth,klau dh dpt twrn utk usm, upu 2 mmg kita dh x dpt ke.nm kita utk upu dh di blacklist ke??????ur kindness is highly appreciated… thnks
Kalau tak silap tahun lepas mmg mcm tu tapi klau reject tawaran USM rasanya ada peluang dpt UPU.
terima kasih di ats makluman 2
sgt2 membantu
kalau nak pohon pendidikan d usm mcm mana yer?
Perlu mohon melalui UPU
salam, sy mmg sgt sgt perlukan kepastian, harap sesiapa dpt membantu, antara result usm n upu, which one will be announce first? n kalau kite dpt usm n dpt the first choice, dh tak boleh nk dpt upu dh ke? seriously need help with this, n one more, boleh ke nk batalkn permohonan usm?
Salam… keputusan USM akan diumumkan dahulu.
Jika anda menerima tawaran USM, nama anda akan dikeluarkan daripada senarai pemohon UPU tetapi jika anda menolak nama anda akan kekal dalam senarai tetapi belum dijamin akan mendapat tawaran.
SALAM…bagaimana nak cancel permohonan le USM sebelum ianya diproses.dan adakah pasti lepas menolak tawaran dari USM…peluang untuk mendapat tempat di UPU lain tiada…sedangkan pelajar tersebut menddapat 4 flat…ingin kepastian.
utk asasi UIA cam ner eh? memang x boleh pohon ke sbb xde sebut utk asasi UIA pn…
Kalau tidak silap saya boleh tetapi tidak pasti kena mohon dibawah kategori mana, cuba call UPU utk kepastian
ok.. terima kasih nurjenna atas keperihatinan yang diberikan.
salam, pointer tok sem 1 sye, 2.88 jew.ape course yg layak sye mohon.?
tp, kalo boleh, saya nak apply tok biomedical eng..
Salam… Shita boleh rujuk di Syarat Kemasukan untuk melihat program pengajian mana anda layak memohon
aku dapat 4.00 flat untuk sem 1 matrik..
SEMUA A..
nak ambik 2 degree boleh tak..
satu medic satu dentist..
MATRIKULASI NI KACANG JE..
kalau aku tahu baik ambik A-level..
tahniah di atas kejayaan itu..
semoga dpt menjadikan kejayaan itu sebagai benteng supaya tidak terlalu bangga
sesungguhnya semua ilmu ini adalah milik DIA
dlm sekelip mata sahaja semua kepandaian yang ada boleh ditarik balik
kita hanyalah hamba yang cuba untuk menjadi yg terbaik untuk bertemu denganNya nanti
jangan berlagak sangat kalau dah dapat 4flat…orang lain dapat kputusan macam tu, tak pula berlagak tahap dewa mcam ko…
kalau dah pandai sngt tuh bukak la universiti sendiri..
kat uganda
bersyukur la weyh..
2 je aq nk ckap..
hmmm..4flat yer??bersyukurlah dengan ape yang kamu dapat, jangan terlalu takbur dengan ape yang kite dapat,,Allah tak suke org2 yang takbur ne,,,diingatkan langit itu tak selalu cerah taw,,
dari gaya tulisan ko bukan budak matrik..just a poser
saya dah kat IPTA now, boleh tak nak applly upu ag?
IPTA skunk ade masalah lah, rasa nak g UNI lain. boleh tak?
Rasanya mcm xblh tp cuba tanya UPU
boleh jer..aku pun kena mcm ni..dulu aku masuk pendidikan dekat upsi pastu next year aku mohon upu utk ijazah kejuruteraan mekanikal ukm lak..leh jer cuba try
Salam..permohonan untuk lepasan diploma bila pula?
Mulai hari ni tapi stkt ni kat laman UPU belum ada update lagi
nti inform ek bila dh buka..
saya ingin bertanya: adakh sy blh tukar permohonan semua bidang yang dipilih semasa fasa 1 setelah fasa 2 dibuka kerana saya dngr2 citer x leh nk tukar bidang yang ada temu duga cnthnya medic??
Mmg betul, yg ada temuduga xblh tkr tapi kalau xminat xperlu dtg temuduga
saya dh mohon usm.bleh x saya batalkn permohonan usm tu time fasa 2 nanti???
saya dh mohon usm.bleh x saya batalkn permohonan usm tu time fasa 2 nanti???
Rasanya boleh
[…] MUET Akhir Tahun 2010',''],['','Tarikh Peperiksaan UPSR, PMR, SPM, STPM, STAM, MUET 2011',''],['',' Permohonan Kemasukan Ke IPTA/USM Lepasan Matrikulasi, PASUM Dan Asasi Fasa 1 ditutup pada 13 Januari 2011',''],['','Senarai Biasiswa',''],['','Tarikh Permohonan […]
nk tny,, ble permohonan biasiswa mara or jpa nk buka??
utk pidn biasanya bln jun nanti
saya merupakan lepasan asasi 2010/2011.. nak tanya, masih ada peluang lagi ke untuk saya sambung belajar ke luar negara di bawah tajaan mara atau jpa?
peringkat ijazah sarjana muda mungkin agak tipis tetapi peringkat sarjana mungkin ada
maaf..tapi ape beza sarjana muda dgn sarjana?
tq shahrol 😉
assalmualaikum,
nk tanyer, kalau calon matrikulasi terlepas untuk mengisi keputusan MUET pada fasa 1, boleh x kita mengisinya pada fasa ke 2
lau x silap sy, mmg masih boleh..
thanx, kalo boleh mcm mane caranyer..???
tgh buntu skarang nie..
dun worry…nati kita kena isi lagi utk fasa 2..time tuh dpt laa kta isi yg band muet.. 😉 lagi pun, dulu kan rezuk muet AT2010 keluar 2, 3 hari sblum hari tamat fasa 1… so, mesti kpm tahu punye ramai ag blum isi…
owh..
anyway thanx 4 ur information..
very appreciate it..
; )
salam
welcome.. ^^
i'm just helping people so that people would help me when i need so… it's life~~ =)
salam..
thumbs up..
salam..nak tayer..
biasiswa jpa untuk pidn and piln untuk lepasan matrikulasi biler bukak??
PIDN biasanya bulan Jun, PILN xtahu pulak
terima kasih…maklumat anda sangat membantu..
salam, nk tmpg tanya lau kite amik bidang yang ada temuduga sbg first choice kite, then kite xdpt temuduga mknenye kite xkn dpt la first choice kite 2 ek??
betul tp pilihan lain akan dipertimbangkan
bili biasiswa jpa buka?
PIDN JPA biasanya buka dlm bln jun
ape biasiswa bdak2 lepasan matrikulasi 2010/2011 bleh mhon yea??????
antaranya JPA PIDN & dari badan2 berkanun serta syarikat2 swasta
Salam,
Untuk lepasan diploma, ada ke permohonan fasa 2? Saya ingin menukar Uni yang dipohon…
TQ
Salam,
Saya ingin menanya? untuk lepasan diploma, ada ke fasa 2? jika ada, sya ingin menukar Uni yang dipohon…
gg
fasa 2 lepasan matrikulasi ble?btl ke kne bwat sebelum pukul 12 malam ni????
assalmualaikum..
nk tny kalu kte dh x nk pohon usm bleh x??maksud nk kuar drpd snrai pemohonan kt usm….sy dpt 2.98 dn sy akaun student…rsenyerw probability tuk dpt universiti bape???errmmm…sy risau sgt nie….
[…] Diolah semula daripada tulisan asal ePutra. […]
assalamualaikum,
sy nk tnya, apa kelayakan utk mohon biasiswa mara,jpa dan lain2..??
pastu dlm syarat khas kemasukan uni kt kpt tuh ada tnjk gred,so kita nk tgk gred sem 1 ker 2..?
TQ..
salm,,nk tmpg tnye,,usm utk fasa 2 ni bleh tkr course ke x??
knape sy tkr xmnjd yer,,
course yg sy mntk ms fasa 1 dlu still ada
salam. nak tanya sikit. saya nie pelajar lepasan matrikulasi kpm. saye ade hasrat nak memohon uia utk smbung plajaran dlm course engineering. lepas dah buat survey kt laman web uia, saye rase saye memenuhi semua syarat yang disenaraikan. tapi lepas tengok syarat khas gune laman web upu, die nyatekan course engineering hanye ditawarkan tok plajar lepasan asasi uitm. mne satu yg saye kne ikot nie & boleh x sbenarnye saye mhon uia? TQ
salam… fiz , did u mean to pursue degree @ uiam gombak aka d main camps? i think u better check it out directly wif uia… im xsure bout dis but i reccomend u to contact d dept directly regardin ds matter,u wld probably hav brighter chance..,if they insist, promote urself, convince them by showin ur interest ( + kne tnjk result matrix n muet la) , if u appeal thru upu , frankly it's a bit restricted( maybe).,if x mistaken enrol 4 dgree dlm bln 9 nie ..international students pn direct je diorang apply uiam for degree, kt cfs iium mne ad sgt foreigner… rmai je dak2 matric mcm u y nk try msk uia.. klu u tgk u lps syarat2 kt webpage uia tu, try la mnta direct..n myb ad interview…. n sorry im hindered to giv u such detail bout d applicaton since im an archi student..
1 more thing u shld know is ,@ cfs iium, taking engineering course means u might b channeled either to engineering or ict….( depend on ur pointer la)…if rslt ok bley amek engin,,lau x pass minimum req, dept akn ltk student bwh ict kat main camps nanti.. u really need a very convincing yet undeniably acceptable reasons to pursue ur study @ d main camps bcoz u hav to compete wif d graduated engin students from cfs..( as i had said before, ur rslt wld help u a lot, n indicated whether u wld b accepted or x )
takpe ke klau x isi fasa 2 upu???x sempt lah nk isi aritu….
salam..nak tanye..saya ni lepasan spm tahun lepas..upu isi tapi tak dapat..wat rayuan pun tak dapat jugak..skarang sambung stpm..tp saya nak jugak sbenanye masuk ipta.saya dapat tahu nanti ade permohonan sekali lg untuk kemasukan bulan disember..camane ye carenya..??boleh tolong tak..
salam… biasanya permohonan akan dibuka dalam bulan sept/okt
saya bekas student matrik dan prnah masuk uni..tapi kena tedang dah..so boleh tak saya mohon ke ipta balik menggunakan result matrik saya dulu..saya dengar sijil matrik ni laku setahun je..boleh kea???
saya pun ada dgr kwn ckp yg result matrik hanya laku setahun shj tetapi kalau semak di https://online.mohe.gov.my/upu/emas/index_epandua… xde pulak sebut mcm tu.
salam. saya lepasan matrikulasi kpm 2010/2011 . saya tak dapat tawaran masuk U untuk ijazah pertama kerana saya salah isi borang upu, saya tak perasan yang saya ada klik pada ruang yang menyatakan saya tidak mahu sebarang tawaran selain daripada 8 pilihan yang saya mahu. mengikut result saya, saya dapat pointer keseluruhan 3.08 dan saya hanya memohon course yang saya layak, tetapi saya tak dapat tawaran mana-mana pun. saya sudah mengemukakan rayuan, dan keputusannya belum diketahui lagi. saya risau jika saya tidak mendapat tempat di mana-mana IPTA. Jadi ape yg perlu saya buat sekarang? please help me.
boleh mohon baru jika rayuan tidak berjaya, rujuk http://eputra.com/permohonan-ipta-sesi-november-2…
salam..saya lepasan matrikulasi…tapi saya tidak dapat tawaran ke ipta…rayuan saya pon tidak berjaya…ape yang saya perlu lakukan ??
saya punye pointer cume 2.56 sahaje…saya buntu sekarang ny..
salam… cuba mohon ambilan semestar 2, rujuk http://eputra.com/permohonan-ipta-sesi-november-2…
salam.anak saya akan menduduki spm bulan depan.beliau sgt berminat utk melanjutkan pengajian di USM .boleh saya tahu apakah syaratnya?terimakasih
Salam… USM hanya menerima kemasukan untuk lepasan STPM, Matrikulasi dan Diploma sahaja. Sila rujuk https://pohon.usm.my/ dan lihat di bawah tajuk Syarat-Syarat Kemasukan untuk maklumat lanjut
salam..sy nak tanya something..sy student asasi uitm sekarang..n kalau boleh nak sgt smbung uia..tapi berdasarkan ape y sy taw..btol ke juz budak2 asasi uiam je y boleh smbung degree ke uia..y lain mmg xbole ek??
secara amnya memang begitulah keutamaannya
saya pelajar spm 2011…nak mohon asasi…macam mana nak mohon??? mohon lepas result spm kluar ke????
rujuk http://eputra.com/permohonan-kemasukan-ke-ipta-po…
tq
Salam. Boleh ke pelajar asasi uia pohon usm atau upu? Asasi uia ni under kategori mana?