Permohonan Kemasukan Matrikulasi 2011
Permohonan Kemasukan Ke Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia Sesi 2011/ 2012 bagi pelajar Tingkatan 5 Tahun 2010 sudah mula dibuka mulai 1 Julai 2010 hingga
Jurusan/Aliran Program Matrikulasi
Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia menawarkan dua jurusan dan satu aliran iaitu :
- Jurusan Sains (M001)
- Jurusan Perakaunan (M003)
- Aliran Teknikal (M007)
Mulai pengambilan 2011 ini terdapat perubahan dalam Program Matrikulasi, sila rujuk Program Matrikulasi KPM 2011 untuk maklumat lanjut.
Kelayakan Memohon Program Matrikulasi
- Pemohon mestilah warganegara Malaysia.
- Pemohon adalah pelajar bumiputera atau pelajar bukan bumiputera dari sekolah kerajaan atau bantuan kerajaan yang berumur tidak melebihi 20 tahun pada 1 Januari 2011.
- Borang permohonan dihantar sebelum atau pada 10 Oktober 2010.
- Pelajar juga perlu mendaftar dan mengambil mata pelajaran berikut dalam Peperiksaan SPM tahun 2010.
- Bagi mengikuti Jurusan Sains (M001)
Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Matematik Tambahan, Kimia dan Fizik atau Biologi. - Bagi mengikuti Jurusan Perakaunan (M003)
Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Matematik Tambahan dan mana – mana dua mata pelajaran daripada Prinsip Perakaunan, Ekonomi Asas, Perdagangan, Pengajian Keusahawanan, Sains, Sains Tambahan, Fizik, Kimia, Biologi dan Mata Pelajaran Teknik (Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal / Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik / Teknologi Kejuruteraan / Lukisan Kejuruteraan). - Bagi mengikuti Aliran Teknikal (M007)
Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Matematik Tambahan, Kimia, Fizik, Lukisan Kejuruteraan dan mana-mana satu mata pelajaran daripada Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal / Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik / Teknologi Kejuruteraan.
- Bagi mengikuti Jurusan Sains (M001)
Kelayakan Minimum Akademik
Syarat kelayakan minimum bagi mengikuti Program Matrikulasi ialah seperti berikut :
Jurusan Sains (M001)
- C dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik Tambahan dan Kimia
- B dalam Matematik
- C dalam salah satu mata pelajaran daripada Fizik atau Biologi
Jurusan Perakaunan (M003)
- C dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik
- E dalam Matematik Tambahan
- C dalam dua mata pelajaran daripada Prinsip Perakaunan, Ekonomi Asas, Keusahawanan, Perdagangan, Sains Tambahan, Fizik, Kimia, Biologi atau Mata Pelajaran Teknik (Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik / Teknologi Kejuruteraan/ Lukisan Kejuruteraan)
Aliran Teknikal (M007)
- C dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik Tambahan dan Fizik
- B dalam Matematik
- E dalam Kimia
- C dalam satu mata pelajaran daripada Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik atau Teknologi Kejuruteraan
Perlu diingatkan kelayakan di atas merupakan kelayakan MINIMUM, biasanya pihak Matrikulasi akan memilih mereka yang mempunyai keputusan yang cemerlang dan memenuhi mata merit yang ditetapkan. Sila buat search “mata merit matrikulasi” dan baca komen-komen yang terdapat di kategori Matrikulasi untuk lebih memahaminya.
Cara Memohon Matrikulasi
Bahagian Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia hanya menyediakan satu cara permohonan sahaja mulai sesi ini iaitu:
- Permohonan Melalui Internet (PMI); atau
- Permohonan ke Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia Sesi 2011/2012
Semakan Permohonan Matrikulasi
Pelajar boleh membuat semakan permohonan dengan melayari laman web Kementerian Pelajaran Malaysia pada awal atau pertengahan bulan Februari 2011 untuk membuat pembetulan maklumat yang dibenarkan sekiranya perlu.
Semakan Keputusan Permohonan Matrikulasi
Pelajar boleh membuat semakan keputusan permohonan dengan melayari laman web Kementerian Pelajaran Malaysia pada awal atau pertengahan bulan April 2011 untuk mengetahui status permohonan.
Surat Tawaran dan Pendaftaran Matrikulasi
Surat tawaran akan dikeluarkan oleh Bahagian Matrikulasi kepada calon yang berjaya dan para pelajar akan mendaftar di kolej-kolej matrikulasi pada bulan Mei 2011. Pelajar boleh mendapat keterangan lanjut dengan menghubungi kolej yang ditetapkan.
Penempatan Kolej Matrikulasi
Penempatan pelajar ke Kolej Matrikulasi akan ditentukan oleh Bahagian Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia.
Rayuan Permohonan Matrikulasi
Bagi pemohon yang tidak berjaya boleh membuat rayuan yang dibuka selama dua minggu bermula dari tarikh pengumuman keputusan permohonan pada pertengahan April 2011. Pemohon yang tidak berjaya berkemungkinan ditawarkan untuk memasuki Program Matrikulasi Dua Tahun (PDT).
Tarikh Tutup
- Tarikh tutup permohonan kemasukan ke Matrikulasi 2011 ialah pada 30 November 2010. Dilanjutkan dari tarikh asal 10 Oktober 2010.
- Permohonan calon yang tidak layak / maklumat tidak tepat / tidak lengkap dan lewat daripada tarikh tutup tidak akan diproses.
Pertanyaan
- Jika terdapat sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan maklumat lanjut, sila rujuk portal Aplikasi Permohonan Atas Talian Program Matrikulasi atau laman web Matrikulasi KPM atau hubungi Bahagian Matrikulasi di talian 03 8884 4036/ 4040/ 4083 atau faks 03 8884 4028 / 03 8888 6864.
- Anda boleh juga mengunjungi Bahagian Matrikulasi, Kementerian Pelajaran Malaysia di Aras 6 – 7, Blok E15, Kompleks Kerajaan Parcel E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya.
[…] This post was mentioned on Twitter by Pelajar SPM, NurJenna. NurJenna said: Permohonan Kemasukan Ke Matrikulasi KPM Sesi 2011 http://icio.us/1bkcw2 […]
Kolej Matrikulasi manakah yang terbaik sekarang ini?
Maaf, saya tidak mempunyai maklumat ranking Kolej Matrikulasi.
maklumat tentang program matrikulasi ini adalah salah..program sesi 2011/2012 adalah lain..program yg akan datang adalh 3 semester..bermaksud tempoh pengajian adlh sama dgn form 6…dan xakn ada lg jurusn sains, akaun dan teknikal…tapi digunakan MODUL 1, 2 dan 3..tlg perbetulkn mklmt tentang matrikulasi..terima kasih..
tolong jelaskan dengan lebih lanjut tak berkenaan matrikulasi sesi 2011 ni.
dengar cerita banyak perkara yang telah diubah.
ye..ada bnyk perubahan..kalau sesi ini modul nye akan berubah..boleh tanya kaunselor matrik kedah
http://www.facebook.com/pages/KMK-SESI-20112012/145029678899613
kmj
saya nak tny…sy x ambil subjek kejuruteraan…sy…budak aliran sains…adakah sy layak utk mengambil sains teknikal…
Apakah kelayakan untuk jurusan sains. Fizik dan Sains Hayat?
modul 1 :-matematik-kimia-fizik-biologi
modul 2 :-matematik-kimia-fizik-sains komputer
modul 3 :-matematik-kimia-biologi-sains komputer
ini sistem matrikulasi yg terbaru… bermula sesi 2011/2012
kolej matrikulasi perlis..
bagi yang tak ambil biologi tapi digantikan dengan subjek teknik. Boleh ke mohon jurusan sains seperti sains hayat?
sya pon nak tanya soalan 2 gak
nie tuk sesi 2011.
nape tarikh die 2010??????
it's confusing me!!!!!!!
Maaf memang ada kesilapan, kini telah diperbetulkan. Terima kasih.
takder pun….. confusenya…..
KALAU NK MATRIX TP SY LEPASAN SPM 2009 …….
BOLEH KE????
MANALAH TAU KOT KOT TAHUN NIE ADE REZEKI KE????
REPLY CPAT2 SKIT YEH…..
LEPASAN SPM 2009 BOLEH MOHON MATRIX TAHUN NIE X?????
KALAU BOLEH SYUKUR LA….
HHHMMM….TLG REPLY CPAT2 SKIT YE…..
setahu xbleh la..
cna nk wat permohonan utk plajar SPM thn nie??
ny nk mohon dekat mana????
ny nk mohon dekat mana????
'..di mana laman web rasmi? macam mana mw guna num ID matrix? help me please…tq… 🙂
x dpt jumpa borang tuk isi
nk tye cikit..if result sy x bgoz dlm trial spm nie bley x mohon matrix..
mne nk isi..mne nk isi ID?
knape service unavailable?
nk mohon cmne?
eish…low technology
i try quite a few times to apply online for my daughter, but not successful. any other way for me to apply beside online application? thank you.
Sekiranya saya menerima tawaran dan saya menolak tawaran itu..adakah saya akan dikenakan denda??
tak la wei…
nama disenaraikan itam x
camne nak daftar msk matrik
bli no pin kat bsn…30hb 11 ni last….cepat2x
sy dh buat permohonan online tidak lama dahulu..mcmane caranye saya nk print borang sy semula
ok x matrik johor n melaka. tkut la nak gi matrik. hehehehe
matrik melaka mrupakan matrik ptama dibuka kt mlysia and sume matrix ok sbnrny.
tkot dok umah ar.. hehe..
gurau je
betul ke tarikh permohonan telah ditunda ke tarikh baru…?
iii.. nak tnye.. bole ka sye mntak matrik kalaw kimia n fizik D… yg laen sume oke… sye nak amik jurusan sains.. layak kew..?
sains hayat nanti korg akan blajar bio, math, chem ,+ bi, agama/moral, kokurikulum, n sn informatik
yg fizikal blajar fizik..yg lain samer jer…
sn informatik? bila masa bljr tu.. 2010/2011 xde dh subjk tu. ganti KD and TM..
saya dpt pdt taon 2010 tp trlps trkh dftr dan x dftr di kmj. adakah sy boleh mohon semula utk 2011,,,saya spm 2009…
BTUL KE KPM DAH TUTUP TWARAN YE,MCM MANA SYA NK ISI BRONG KPM
MCM MANA SYA NK ISI BORANG KPM,TP DAH TUTUP SURAT TAWARAN YE…
nak isi borang matrik 2011 kat mana?????
Sila rujuk Cara Memohon Matrikulasi di atas.
klau addmat n mat lulus je ley xmntak matrik sains..
tpi subjeck sain s len dpat semua a
saya tak sempat nak mohon , mcm mana cara nya untuk memohon ?
saya pon x sempat. mcm mana nak mohon balik. pls pls
kalau da lpas deadline dia,mmg ko takkan dapat mohon kot..sebab mngikut syarat kpm,unless ko bincang dgan pihak KPM..
saya juga xsempat isi….tlong la beri kami peluang untk mengisi kembali plezz
jasa aik tuan puan amt dihargai
ala dah tutup ka????xsempat nk memohan…saya berharap pemohonan matrik dibuka kembali..plezz
kami memohon sangat2
jasa baik tuan puan amat dihargai…
Biasanya permohonan ke matrikulasi tidak akan dibuka semula selepas tarikh tutup
bukan ke ada ambilan kedua
ak dak matrik taon nie..
nak apply matrik balik bleh tak?
tak puas hati png 3.89..
ak nak start balik sesi 2011 bleh?
Anda perlu membuat rayuan dengan Kolej Matrikulasi anda.
salam. Saya pelajar SPM lpasan 2010, xsempat nk mohon matriks untuk sesi 2011/2012. Adakah saya layak memohon ntok sesi seterusnya (2012/2013)?
Salam… Matrikulasi hanya dibuka untuk pelajar SPM tahun semasa sahaja. Anda boleh memohon Asasi dan Diploma sila rujuk Permohonan Kemasukan Ke IPTA, TEVT & ILKA Lepasan SPM Sesi Akademik 2011/2012
salam, saya dah isi fasa 1. tp, x sempat isi fasa 2 .. ada pluang ke dpt matrik ?
matrix kpm & asasi lain borang kah??????
Benar, Matrikulasi KPM dipohon melalui Kementerian Pelajaran. Manakala Asasi melalui UPU, sila rujuk Permohonan Kemasukan Ke IPTA, TEVT & ILKA Lepasan SPM Sesi Akademik 2011/2012
damn! who told me matrix's application will close at febuary next year.
what can i do to apply this matirx?
bela r wei nak speaking plak spm pun x dapat lagi wei bela la wei
Maaf permohonan ke Matrikulasi KPM telah pun ditutup dan biasanya tiada permohonan baru diterima selepas tarikh tutup
matrik masuk bulan berapa? september ke? kalau yang dapat plkn tu mcm mne ?
Buat masa ini belum ada maklumat lagi tetapi tahun lepas PST bulan Mei dan PDT bulan Jun
aper beza PST N PDT..?
PST untuk mereka yang mempunyai keputusan SPM yang lebih baik. Walau bagaimanapun kami difahamkan mungkin mulai tahun ini tiada lagi PST dan PDT tetapi semuanya satu setengah tahun.
matrik masuk bulan berapa dan berapa hari bulan?
x tahu sgt mngenai prmohonan ke matrikulasi. what should i do with the ID nmbr?? worried sick here.
Nombor ID itu hanya diperlukan semasa mengisi borang permohonan tempoh hari. Nombor itu juga perlu jika ada masalah berbangkit dengan permohonan anda
boleh tak nak kemaskini semula borang matrikulasi ni ..
Memang boleh dalam bulan Februari nanti tapi tidak semua maklumat boleh diubah
cmner nak kemaskini..?
Pautan laman web untuk membuat kemaskini itu belum dibuka lagi.
Kami akan maklumkannya bila telah dibuka nanti
permohonan matrikulasi takkan dibuka semula dah ke?
Biasanya memang tidak ada
ko mohon je mane yg ko suka..nanti kat matrik diorang ubah blik ikut result spm ko..dingatkan,aliran teknikal budak yg ade subjek engineering je boleh mohon..:)
kebiasaan nye brapa A yg selalu dpt pergi kat matrik yew???
Jumlah A itu bergantung kepada mata merit yang ditetapkan untuk pengambilan tahun ini.
brp tahun kalau kita masuk matrik ? seperti yg ditanya oleh Cah,brapa A yg selalu dapat ke Matrik ?
Ada PST (satu tahun) dan PDT (2 tahun) tapi kami difahamkan ada perubahan dalam sistem Matrikulasi mulai tahun ini. Kami sedang cuba mendapatkan maklumat lanjut.
Jumlah A itu bergantung kepada mata merit yang ditetapkan untuk pengambilan tahun ini
cmner nk kemaskini n bler..?
Biasanya proses kemaskini boleh dibuat dalam bulan Februari ini tetapi setakat ini tarikh yang tepat belum diketahui
mcm mana nak apply??
macam mana nak apply??
Biasanya tiada permohonan baru yang diterima selepas tarikh tutup
boleh tak kalau saya nak tukar pilihan kolej yang telah saya buat???
Sepatutnya boleh masa tempoh kemaskini nanti
CM NA NK KMASKINI PERM0H0NAN….???????BLA TARIKHNYA AKN DBKA??????PLEZZZZZZZZZ REPLY….
TQQQ…
Belum buka lagi… bila2 masa saja ni
biasanya,admission to matrikulasi,ia bergantung kepada result trial atau result sebenar SPM???
Keputusan kemasukan ke Matrikulasi adalah berdasarkan keputusan sebenar SPM
adakah proses kmskini mtrikulasi sudah dibuka..?
boleh x nk tukar pilihan kolej..?
Belum lagi.
Sepatutnya boleh…
nk tya…
kemasukan matrik sesi 2011/2012, bulan mei 2011? kiranya mcm biasa la..
sbb klu nk kira ipt lain..stat semester bulan sept…adakah berlaku perubhn,atau tidak?
Kemasukan matrikulasi rasanya tidak ada perubahan, tetap bulan Mei
lmbt lg ker bleh kmskini..?
[…] Permohonan Kemasukan Ke Matrikulasi KPM Sesi 2011 […]
taun lalu (2010) sy ada isi borg utk msuk matrik, tapi skg sy semak blik permohonan tu..tidak dpt,blik2 kluar PERMOHONAN X ADA.
Sila hubungi Bahagian Matrikulasi untuk bantuan
sama kes macam saya…banyak kali check tapi kluar permohonan tiada..macammana yer??
Sila huungi Bahagian Matrikulasi untuk bantuan
kalo dpt add mt d leh x msk matrik
Susah sikit
permohonan tutup 30 november 2010. semakan tutup bulan 2. keputusan permohonan keluar bulan april. pastu bila nk isi result spm? please reply
Keputusan SPM akan diproses secara automatik oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia dan Bahagian Matrikulasi
Apakah subjek yg akan dipelajari klau kita dapat kursus Perakaunan?
assalamualaikum.sekira nya saya mendapat 4a je layak kah saya untuk memasuki matrik? dan adakah jurusan undang undang
Mungkin layak.
Matrikulasi tidak ada aliran undang2 tapi biasanya mrk yang nak ambil jurusan undang2 akan ambil aliran perakaunan di matrikulasi
kalau tak ada kemas kini permohonan pd februari ,kelayakan masuk ke matrik dibatalkan atau tidak??
Permohonan akan tetap diproses dan dipertimbangkan walaupun tidak membuat kemas kini.
macam mana nak memohon ke matrikulasi sekiranya belum memohon pada tahun 2010..perlukah saya tunggu tahun depan???
Matrikulasi hanya dibuka utk pelajar SPM thn semasa shj. Jika anda tidak memohon tahun ni anda tidak boleh memohon tahun depan.
salam waridwanuh…bilakah kemasukn ke matrikulasi bg lpasan spm 2010..?
n adkh stdnt yg dh msuk ke matrik automatik xdpt ke IPTA??
Syukran..
Salam…
Mungkin bulan Mei nanti
Tidak… mrk yg dah dapat matrikulasi masih ada peluang dapat IPTA, mrk yg dpt 2 tawaran blhlah membuat pilihan
saya nak minta matrik sains tp bio dpt D. subjek sains yg lain credit, boloeh tak
Agak sukar nak dapat
saya dapat A- untuk bahasa inggeris, fizik dan kimia, A+ untuk matematik tambahan dan matematik, B+ untuk Bahasa Melayu , D untuk biologi, boleh saya ambil jurusan sains dalam matrikulasi?
Sherlyn ada peluang mendapat tawaran
terernye..
asal bio sampai D? tp hebatlahhhh…
klu x buat prmohonan matrik yg thun lpas ,ada x cra lain utk msuk matrik thun nie..sbb sya x brape taw psl matrik dlu..thun nie bru sya taw psl matrik.. jdi harap pihak tuan dpt mmbantu saya..
Agak sukar tapi cuba hubungi dan buat rayuan dengan Bahagian Matrikulasi
cm ne nk msk ke matrix ???
b0rang ne ??
Permohonan utk lepasan spm 2010 dah dibuka & ditutup tahun lepas
salam…saya mendapat A+ A dan A- untuk subjek teras tapi D utk subjek2 Sains (5A 4D)…*mangsa keadaan*….adakah peluang utk matrikulasi…? 🙁
agak tipis
saya dapat sej math n p.islam A,bm n fizik B,kimia n admath C+ Bi C n bio D
layak x masuk aliran sains fizikal yg satu tahun?
Bergantung kpd pencapaian pemohon yg lain
tak yah update keputusan SPM ke?
xperlu
sy dah isi borang through online, tapi no siri sy tak ambil, so nak tanya no siri tu untuk ape? penting ke? Terima Kasih.
xpe, no siri penting jika permohonan ada masalah je
klo bi dpt d bleh ke dpt matrik????
boleh…
Salam..Ank sy dpt a dlm sbjk teras trmask p.akaun, bio n chem b, fzk c, tp addm d. Ada peluangkah msk mtrks alirn akaun?
salam… mmg ada peluang
salam,
macam mane nak tau status permohonan yg dah dibuat yer?
blh semak online bila keputusan diumumkan nanti
blh rujuk http://bit.ly/keputusan2011
permohonan ni pun ada 2 fasa jugak ke macam u.p.u?
xde cuma 1 je
bila tarikh keputusan kemasukan ke matrikusi di umumkn???
salam.kalo saya bkan aliran sains bleh k minx aliran sains.plz
tentu tidak boleh
klau xde addmat leh msk matrik x???
klau xde addmat leh msok matrik x??
klau xde addmat leh msok matrik x?
matrik teknikal rasanya boleh
slm n afternoon…..when can we check d result for our application?…..TQ
Dijadualkan pada 28 April, rujuk http://bit.ly/keputusan2011
result sy
bm A+
bi A-
sej A
agama A-
bio& fizik C+
add math C
matematik B+
kimia D….lepas ke masuk matrikik jurusan sains?
insyAllah dpt..tp bgantung jga kpd result pemohon lain..
result sya..
bm A-,
bi B
sej B
pmoral B
math A-
kimia & add math C+
bio & fiz C
bley x amk dpt matrix….arap bley tlg…
salam
result saya
bm A+
bi B
math A
sj A
p.islam A
kimia B
add math B
fizik C+
bio C+
agak2 layak tak memasuki matriks atau program asasi ye?
boleh je..insyaallah..sesi 2010/2011 pon ada yg rendah dari tu
assalamualaikum :))
result saye,
BM – A+
SEJ – A+
BI – A
PAI – A
MM – A
FZ – B+
KIM – B
ADDMATH – B
BIO – C+
ade chance tak nak masuk matrik or dip. sains ?
thanks for info :))
insyaallah kalau ada rezki awk boleh dpt..
bm- a+
bi- a
mm- a
bio- c+
fiz- c
kim- c
add math- b
boleh ke ek masuk matrik for pst?
[…] Permohonan Matrikulasi […]
saye lepasan spm 2010,tetapi lupa nak mohon matrikulasi tahun lepas.Adakah saya bleh ikt program matrikulasi pada tahun 2011.
Dukacita xdak blh, sbb matrikulasi KPM ini dibuka utk pelajar spm thn semasa sahaja…
slm..sye dh ckup syarat minimum utk msuk matrik,tp kimia sye je D..agk2 de tak pluang tuk msuk matrik nie?/
Salam… mcm susah je tp tunggu nanti bila keputusan diumumkan
matrik thn ni ada pengambilan untuk 2 thn ke???
Itulah katanya thn ni sistem matrikulasi ada perubahan… tak tahu la…
dear mr admin,n sesaper jer lah,..
my result spm 2010
bm-a+
bi-a-
ba-c+
math-a
add math-c
physic-c+
biology-b
chemistry-b+
sejarah-b+
syariah islamiah-b+
pen,al-quraan dan sunah-a-
rase-rasenyer blh ke sy nak pie matrik sains hayat/fizikal nie..or any diploma?
i'm interested to take engineering..so any comment?
salam…subjek2 yang lain sy a dan b je..tapi kantoi tuk bio.dapat c+…tinggi xchance sy tuk dapat matrik….hope anyone can help me……………….kamsahamnida…..
jgn risau..mane2 satu subjek antara fizik n bio sekurg2 dapat b insyaallah da lepas..boleh punya..kimia kne tough ckit
salam..
BM=A-
SEJ=A-
MM=A
PAI=A
BI=B
ADDMAT=C+
BIO=C
FIZ=D
KIM=D
ADE PLUANG X MSUK MATRIK??
[…] Program Matrikulasi KPM 2011 […]
[…] Semakan Keputusan Permohonan Matrikulasi KPM 2011 […]
saya dh dapat metrik pahang tp saya dr perak,boleh kah saya menukar kolej metrik lain sleps telah d tawar kn kolej metrik pahang????
biasanya pertukaran kolej hanya diluluskan jika ada masalah kesihatan (perlu mendaptkan rawatan di hospital/klinik tertentu) atau ada saudara kembar di kolej lain
saya ada kembar yg ditawarkan kolej selangor manakala say ditawarkan negri 9, jadi boleh mohon tukar?
anda kena sakit dulu..=)
kenapa saya boleh tawaran matrikulasi pulau pinang sedangkan saya tak memohon pun matrik tu ???
yg tu antara kolej matrix yg terbaik di m'sia. ambik!!
kalau inggeris saya D..boleh ke dpt masuk matrik? saya nak dlm jurusan perakaunan
mungkin tidak
kalau pakej subjek saya tak ada fizik cuma ada bio, chem admath math boleh ke apply matrik?
boleh…
saye lepasan spm 2010,tapi saye blum daftar taun lepas.adA harapan lagi masuk matrik ke.result spm saye 7A.tolong saye.
saye lepasan spm 2010,tapi saye blum daftar taun lepas.adA harapan lagi masuk matrik ke.result spm saye 7A.tolong saye.
rasanya tidak ada peluang
bm A+
bi A
math A
pai A-
sEj b+
bio C+
adm C+
fiz C
kim C
agak2 sy ada harapan lg x nk msuk matrik utk panggilan kedua?n kalu sy apply f6, saya masih layak x nk msk matrik?plz respond..
bila keluar kputusan utk rayuan matrik??tolong jwb….TERIMA KASIH…
bila keputusan rayuan matrik keluar?
nak tunggu lagi ke?
tolong jwb secepat mungkin……..
terima kasih …..
hello.saya seorang palaja Ting 5,,
saya ada satu pertanyaan..program matrikulasi in adakah ianya perlu dibayar atau ditanggung oleh kerajaan….
Tak perlu malah akan mendapat elaun semasa belajar di matrikulasi
klau sya masuk jurusan teknikal apa2 pilihan yang boleh saya ambil?
Cuba rujuk di http://eputra.com/program-matrikulasi-kpm-2011/