Permohonan Kursus Perguruan Lepasan SPM KPLSPM Ambilan Julai 2009

TERKINI :

Semakan Keputusan RAYUAN Kursus Perguruan Lepasan SPM KPLSPM Ambilan Julai 2009.
Semakan Keputusan Permohonan Kursus Perguruan Lepasan SPM KPLSPM Ambilan Julai 2009.

Kementerian Pelajaran Malaysia mempelawa calon-calon lepasan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) yang berminat dalam profesion perguruan untuk memohon Kursus Perguruan Lepasan SPM (KPLSPM) Ambilan Sesi Julai Tahun 2009.

Pelajar lepasan SPM yang berminat untuk menjadi guru boleh memohon secara atas talian untuk mengikuti KPLSPM. Pemohon yang berjaya melalui syarat-syarat awal kursus akan mengikuti latihan perguruan selama empat tahun. Pada akhir pengajian, pelatih yang berjaya akan dianugerahkan Sarjana Muda Pendidikan dalam bidang yang dipilih. KPLSM menawarkan kursus perguruan bagi semua peringkat sekolah.

Program Latihan

Bahagian Pendidikan Guru mengendalikan beberapa program latihan keguruan praperkhidmatan untuk calon lepas SPM seperti tersebut dibawah :

  1. Program Penghantaran Pelajar Cemerlang ke Universiti Terkemuka Luar Negara.
  2. Program Kembar Bahasa Perancis (PKBP).
  3. Program Kembar Bahasa Jerman (PKBJ).
  4. Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP).

Pemilihan Calon

  • Hanya calon-calon yang memperoleh jumlah skor merit terbaik yang melepasi tahap skor minimum yang ditetapkan sahaja yang akan dipanggil temu duga. Calon-calon yang dipanggil temu duga dikehendaki menduduki Ujian Sahsiah Keguruan (INSAK) secara bertulis semasa menghadiri temu duga.
  • Pemilihan calon untuk tawaran bagi mengikuti kursus keguruan bergantung kepada merit skor akademik, prestasi dalam temu duga dan juga keputusan ujian sahsiah (INSAK).

Skor Merit

  • Pemilihan calon untuk mengikuti program latihan perguruan adalah berdasarkan kepada merit. Skor merit adalah skor yang diperolehi daripada jumlah skor akademik dan juga skor dalam kegiatan ko kurikulum.
  • Sebelum ditawarkan untuk mengikuti pengajian perguruan, calon-calon dikehendaki menduduki temu duga dahulu. Calon-calon yang melepasi skor merit minimum yang ditetapkan sahaja akan dipanggil untuk ditemu duga.

Cara Memohon

  • Permohonan secara atas talian (online) untuk memasuki Kursus Perguruan Lepasan SPM (KPLSPM) Ambilan Julai 2009 hanya boleh dibuat melalui laman web Aplikasi Perguruan Kementerian Pelajaran Malaysia atau terus sahaja ke portal KPLSPM Ambilan Julai 2009.
  • Permohonan ini hanya boleh dibuat dengan menggunakan nombor pengenalan individu (PIN) yang boleh dibeli di Bank Simpanan Nasional (BSN) di seluruh Malaysia mulai 8 Mac 2009 dengan bayaran sebanyak RM 6.00 Calon atau wakilnya hendaklah membawa bersama kad pengenalan atau salinan kad pengenalan calon untuk membeli nombor pin tersebut.
  • Calon dibenarkan mengemukakan hanya satu permohonan sahaja.

Tarikh Tutup

  • Permohonan untuk mengikuti KPLSPM ini akan ditutup pada 22 Mac 2009.

Pendaftaran

  • Calon yang berjaya yang ditawarkan tempat untuk mengikuti Kursus Persediaan bagi Program Penghantaran Pelajar Cemerlang Ke Luar Negara (PPC) ini akan mendaftar di Kolej/ Institut pada bulan Jun 2009. Tarikh yang sebenar akan dimaklumkan nanti.
  • Calon-calon program lain yang ditawarkan tempat untuk mengikuti Kursus Persediaan akan mendaftar di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) pada 13 Julai 2009 (Tarikh tertakluk kepada pindaan).
  • Calon yang telah ditemu duga dan tidak menerima sebarang maklumat dalam tempoh satu bulan selepas tarikh pendaftaran adalah dianggap tidak berjaya. Bahagian ini tidak akan mengeluarkan maklumat secara bersurat kepada calon.

Sila rujuk laman web Permohonan Kursus Perguruan Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (KPLSPM) Kementerian Pelajaran Malaysia untuk maklumat yang lebih terperinci.

Related posts:

  1. Program Berkembar KPM-Universti Luar Negara
  2. Permohonan Kemasukan Ke IKM Dan KKTM Sesi Julai 2009
  3. Permohonan Ke Institut Pendidikan MARA Sesi Julai 2009
  4. Persaingan Biasiswa PILN 2009
  5. Permohonan Kemasukan IPTA Sesi Akademik 2009/2010 Lepasan Matrikulasi Dan Asasi

Subscribe / Share

Article by Azhad Nilam
ePutra cuba membantu menyampaikan maklumat yang berkaitan dengan pendidikan di Malaysia. Semua maklumat di sini boleh digunakan semula tetapi sila buat pautan atau rujukan kepada ePutra.com. Terima kasih.
Azhad Nilam tagged this post with:
, , , , ,
Read 485 articles by

Makluman

Peta Minda
 
Recent Comments Tags
Follow ePutra on Twitter
ePutra

Archives