Program Asasi UIAM

Program Asasi UIAM diadakan untuk menyediakan pelajar-pelajar bagi kemasukan ke tahun pertama program Ijazah Sarjana Muda Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Program ini adalah menepati aspirasi falsafah, visi dan nilai universiti yang diusahakan menerusi empat aspek penekanan iaitu integrasi, islamisasi, pendedahan antarabangsa dan kecemerlangan menyeluruh atau ringkasnya triple ICE atau III CE yang bermaksud integration, islamization, internationalization dan comprehensive excellence.

Dalam perlaksanaannya, UIAM menekankan pendidikan berteraskan Islam di mana pelajar-pelajar didedahkan kepada nilai-nilai dan cara hidup Islam bagi meningkatkan kefahaman mereka terhadap Islam secara teori dan amali dalam era globalisasi.

Struktur Kursus
Kurikulum Program Asasi UIAM adalah terdiri daripada:

  1. Kursus Wajib Universiti
    Mengandungi kursus-kursus dalam bidang Bahasa Inggeris, Bahasa Arab dan Pengajian Islam.
  2. Kursus Wajib Fakulti (Kulliyyah)
    Mengandungi kursus yang ditawarkan oleh kulliyyah tertentu dan dirancang untuk menyediakan pelajar dengan pengetahuan asas yang penting bagi tujuan kemasukan ke kulliyyah tersebut di peringkat Ijazah.
  3. Kursus Umum
    Mengandungi kursus komputer bertujuan untuk memberikan pendedahan dalam pengedalian dn penggunaan komputer.

Sistem Semestar
Program Asasi UIAM menggunakan sistem dua semestar biasa dan satu semestar pendek dalam setiap tahun akademik. Bentuk sistem semestar yang dilaksanakan secara asasnya adalah seperti berikut:

Semestar Biasa

Kuliah 7 minggu
Cuti Pertengahan Semestar 1 minggu
Kuliah 7 minggu
Ulangkaji 3 hari
Peperiksaan 11 hari
Cuti Antara Semestar 3 minggu

Semestar Pendek

Kuliah 7 minggu
Ulangkaji 1 hari
Peperiksaan 5 hari
Cuti 3 minggu

Dalam Semestar Pendek, pelajar-pelajar dibenarkan mengambil satu atau dua mata pelajaran dan ini boleh membantu mereka menamatkan pengajian lebih awal.

Program Asasi
Program Asasi UIAM terbuka kepada mereka yang daripada Aliran Sains, Sastera atau Teknikal seperti berikut;

Aliran Sains atau Sastera

  • Asasi Undang-undang
  • Asasi Ekonomi dan Sains Pengurusan

Aliran Sastera Sahaja

  • Asasi Ilmu Pengetahuan Berteraskan Wahyu dan Warisan Islam
  • Asasi Sains Kemanusian
  • Asasi Bahasa Arab
  • Asasi Bahasa Inggeris

Aliran Sains atau Teknikal

  • Asasi Kejuruteraan
  • Asasi Sains Fizikal

Aliran Sains Sahaja

  • Asasi Perubatan
  • Asasi Pergigian
  • Asasi Sains Hayat
  • Asasi Farmasi
  • Asasi Sains Kesihatan Bersekutu
  • Asasi Kejururawatan

Aliran Sains, Sastera atau Teknikal

  • Asasi Senibina dan Rekabentuk Alam Sekitar

Kemasukan Ke Kulliyah
Program Asasi yang perlu diikuti untuk memasuki Kulliyyah bagi mengambil program Ijazah Pertama adalah seperti berikut;

Kulliyyah (Fakulti) Program Asasi
Kulliyyah Undang-Undang Asasi Undang-Undang
Kulliyyah Ekonomi dan Sains Pengurusan Asasi Ekonomi dan Sains Pengurusan
Kulliyyah Ilmu Pengetahuan Berteraskan Wahyu dan Warisan Islam, dan Sains Kemanusian Asasi Ilmu Pengetahuan Berteraskan Wahyu dan Warisan Islam
Asasi Sains Kemanusian
Asasi Bahasa Arab
Asasi Bahasa Inggeris
Institut Pendidikan Asasi Ilmu Pengetahuan Berteraskan Wahyu dan Warisan Islam
Asasi Bahasa Arab
Asasi Bahasa Inggeris
Kulliyyah Kejuruteraan Asasi Kejuruteraan
Kulliyyah Teknologi Maklumat dan Komunikasi Asasi Kejuruteraan
Kulliyyah Perubatan Asasi Perubatan
Kulliyyah Pergigian Asasi Pergigian
Kulliyyah Senibina dan Rekabentuk Alam Sekitar Asasi Senibina dan Rekabentuk Alam Sekitar
Kulliyyah Sains Asasi Sains Hayat
Asasi Sains Fizikal
Kulliyyah Sains Kesihatan Bersekutu Asasi Sains Kesihatan Bersekutu
Kulliyyah Kejururawatan Asasi Kejururawatan
Kulliyyah Farmasi Asasi Farmasi

Semua pelajar Program Asasi UIAM mestilah memperolehi keputusan akademik yang cemerlang bagi membolehkan mereka melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah Pertama. Penetapan PNGK (CGPA) adalah ditentukan oleh pihak Kulliyyah yang berkenaan.

Syarat Kemasukan ke Program Asasi
Syarat dan kelayakan untuk setiap Program Asasi adalah berbeza, maklumat mengenainya boleh diperolehi di laman web Program Asasi UIAM atau Syarat Khas Program Pengajian Kemasukan Ke IPTA. Perlu diingatkan bahawa kelayakan yang dinyatakan di situ adalah kelayakan minimum untuk memohon. Mereka yang mempunyai kelayakan lebih baik mempunyai peluang lebih tinggi untuk terpilih.

Nota
Maklumat di atas dikumpulkan pada 5 Februari 2009. Sila rujuk laman-laman web yang disebut di atas untuk mendapatkan maklumat terkini.

Related posts:

  1. Asasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia 2008
  2. UIAM Dapat Pengiktirafan Antarabangsa
  3. UIAM Convocation No More Songkok And Scarves
  4. Asasi Sains Universiti Malaya 2008
  5. Permohonan Kemasukan IPTA Sesi Akademik 2009/2010 Lepasan Matrikulasi Dan Asasi

Subscribe / Share

Article by Azhad Nilam
ePutra cuba membantu menyampaikan maklumat yang berkaitan dengan pendidikan di Malaysia. Semua maklumat di sini boleh digunakan semula tetapi sila buat pautan atau rujukan kepada ePutra.com. Terima kasih.
Azhad Nilam tagged this post with:
, , ,
Read 485 articles by

405 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Makluman

Peta Minda
 
Recent Comments Tags
Follow ePutra on Twitter
ePutra

Archives