TERKINI :
Para lepasan SPM 2009 yang ada membuat permohonan ke program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia sesi 2010/2011 boleh menyemak keputusan pengambilan mulai 16 April 2010. Ini merupakan untuk mereka yang berjaya mendapat tawaran Matrikulasi Program Satu Tahun (PST).
Cara Semakan
- Keputusan permohonan ke Matrikulasi 2010 boleh disemak dengan tiga cara;
- Melalui laman web Kementerian Pelajaran Malaysia di Semakan Tawaran Kolej Matrikulasi.
- Melalui SMS – Taip MOE (jarak) MAT (jarak) No.KP (tanpa sempang) dan hantar kepada 15888 Contoh: MOE MAT 911001115263 dan hantar ke 15888
- Telefon terus ke Talian Bantuan Matrikulasi di 03 8884 4100 dari jam 8.30 pagi hingga 4.00 petang pada hari bekerja
Pendaftaran
- Mereka yang berjaya mendapat tawaran ke Matrikulasi perlu mendaftarkan diri ke Kolej Matrikulasi yang telah ditetapkan pada 10 Mei 2010. Surat tawaran dan maklumat lanjut tentang pendaftaran, yuran dan sebagainya akan dihantar oleh Kolej Matrikulasi yang berkenaan.
- Mereka yang tidak menerima surat tawaran berkenaan selepas dua minggu daripada tarikh keputusan permohonan matrikulasi dinasihatkan segera menghubungi Kolej Matrikulasi yang berkenaan.
Rayuan
- Manakala mereka layak dan ada membuat permohonan tetapi gagal mendapat tawaran ke Matrikulasi PST boleh membuat rayuan mulai 16 April 2010 sehingga 30 April 2010. Rayuan perlu dibuat secara online.
- Keputusan rayuan boleh disemak pada 24 Mei 2010.
Maklumat
- Sila hubungi Talian Bantuan Matrikulasi di 03 8884 4100 jika terdapat sebarang pertanyaan.
- Sila rujuk laman web Bahagian Matrikulasi KPM untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Tahniah kepada mereka yang berjaya mendapat tawaran ke Matrikulasi PST 2010.
[…] moe.gov.my […]
nilam…
kalu saya x kemas kini kan borg matrikulasi tu ok kew?
time kasih tuhan!!!
nilam,trima kasih atas jase nilam terhadap sy..
slm nilam..
bolehkah saya menukar program yang ditawarkan kpd sy semasa mendaftar di kolej pengajian???
sbgai cth sy ditawarkan program perakaunan, ttp sy ingin memohon untuk program sains..
alhamdullilah..tq nilam..matrik pahang..hehe..
@Lut Said,
blh tnya, ada x mhon biasiswa JPA?
[…] Semakan Keputusan Permohonan Matrikulasi PST Sesi 2010 […]
[…] TERKINI : Semakan Keputusan Permohonan Matrikulasi PST Sesi 2010 […]
dpt jugak …..alhamdulillah, tq nilam 😀 , matrik teknikal kedah
alhamdulillah , matrix kulim,kedah
nilam.ape beza matrix dekat kolej matrikulasi n matrik kat kolej mara
Salam,
Alhamdulillah sy dpt matrik selangor, cuma ada sikit kemusykilan sebab sy mohon melaka, n9 dan labuan… tp dpt slangor plak… nak tanya nilam, adakah penempatan pelajar dibuat berdasarkan alamat tempat tinggal? sebab sy guna alamat uncle sy kat shah alam slangor…
Apapun, tahnian buat smua yang berjaya, tak kesah la kat mana pun.
skrg nak tggu keputusan untuk upu lg mei nie…
P/S: Nilam, sy dah tanya kat pnmuduga MARA bila kputusan utk tmuduga MARA tu akn klua n dia ckp mayb dlm bulan mei jgak… n kalau tahun lepas, kputusan klua hujung Mei.. mendaftar untuk upu n matrik mayb minggu kdua Mei.. camner lak tu? prlu daftar je dulu utk secure tmpat ke atau tggu je kputusan MARA tu? klau tak dpt MARA camne plak?
assalmualikum..
alhamdulillah saya telah ditawarkan ke matrik teknikal johor..
nanti kalau saya tekan “terima tawaran” permohonan UPU saya tidak akan dibatalkan kan?
wah..sy dapat matrik pahang..ada sape2 yg dpt pahang x..
xde member la..
Salam..tq bebanyak Nilam..akak dpt banyak maklumat kat sini yg membantu anak akak buat permohonan..Alhamdulillah dpt matrix teknikal kedah
alhamdulillah…dapat matrik melaka..
Alhamdulillah saya dapat matrik tangkak johor…sesiapa tau tak bila keputusan untuk asasi sains?
salam.
betul ke bila pelajar yang masuk matrik dh tak boleh keluar dari matrik setelah dpt tawaran upu. saya ada terdengar tentang ada kontrak. tapi tak pasti btl ke?
nilam.boleh ke nak buat penukaran kolej matrikulasi.cth la, matrix selangor nak tuka matrix n9.boleh ke
Bagaimana kalau saya nak tukar jurusan pengajian saya? cth,saya ditawarkan jurusan sains tapi saya nak jurusan perakaunan..
Zirah,
Okay saja tidak ada masalah.
Nurin,
Sama-sama….
Memang boleh, selepas mendaftar anda boleh memohon untuk menukar jurusan.
Lut,
Alhamdullilah… sama-sama… tahniah.
MatrikBoy,
Alhamdullilah… tahniah.
Faiz,
Alhamdullilah… tahniah.
Setahu saya Kolej Matrikulasi hanya mengendalikan program matrikulasi KPM, manakala Kolej MARA mengendalikan program matrikulasi KPM dan program foundation UniKL.
Khairul,
Salam… Memang benar, di antara faktor yang diambil kira untuk penempatan kolej adalah tempat tinggal pemohon.
Lebih baik anda mendaftar dahulu sementara menunggu keputusan MARA tu, setelah sah dapat MARA baru keluar. Jika tidak mendaftar dan tidak dapat MARA pula, anda akan terlepas peluang untuk melanjutkan pelajaran.
ABC,
Salam… Tidak, anda masih berpeluang mendapat tawaran UPU.
Kak N,
Salam… terima kasih. Sampaikan ucapan tahniah kepada anak akak.
Arip92,
Tahniah, dijangka awal Mei, sila rujuk Semakan Keputusan Permohonan Kemasukan 2010.
She,
Salam… memang benar ada perjanjian tetapi jika mendapat tawaran UPU anda boleh keluar tanpa perlu membayar apa-apa.
Faiz,
Biasanya pertukaran jurusan memang boleh tetapi pertukaran kolej tidak dibenarkan.
WenWen,
Anda boleh memohon pertukaran jurusan selepas mendaftar nanti.
@fara,
tak bleh nak mhon sbp kurang 1 a lg..haha..
boleh x dpt pdt kalau x dpt pst…..???
salam. nilam, sy x dpt matrks pst…tp, sy dtwr utk rayuan bg jrsan akaun…jd, kalu sy rayu utk jursan akuan, sy ni trgolong dlm pst kan?? 1 lg, mcm maner kiter nk tau kiter dpt prg mtriks pdt lak??? sb sy dh x dpt mtrik utk pst…takut nyer..waaa..
tahniah kpd yang dapat matrik.saya rasa sangat tersangat teramat sedih sebab tak dapat.kalau yang tak dapat tu,boleh buat rayuan kan.saya boleh pilih samaada sains @perakaunan.cuma nak tanya boleh ke kita pilih sains lagi?peluang tu cerah ke lagi?ataupun pilih akaun lebih selamat?sbb ari tuh pilih sains tapi tak dapat.
salam nilam..saya nak bertanya.. adakah keputusan ke pusat asasi sains UiTM, UIAM dan UM berdasarkan permohonan fasa 2 yang tarikh tutupnya dahulu pada 30 Mac 2010 atau menggunakan borang lain yang disediakan oleh universiti tersebut? Semasa mengisi borang Fasa 2 saya memilih asasi sains UiTM, UM dan UiAM sebagai pilihan 1,2 dan 3 saya. Ada kemungkinankah pelajar mendapat 2 tawaran iaitu dari matrikulasi dan asasi melalui permohonan Fasa 2
salam…alhamdlillah,sy dpt matrik kat kdah..huhu..sume adik bradik sy blajar kt kdah..ish3..nti ble blajar kat cne,sy akn blajr btol2..doakan tuk sy yer nilam..hehehe,,thanks..kpda sape2 yg dpat mtrik kdah,slm pknalan sy ucapkan..hehehe..gud lux..
nilam, tawaran untuk matrik tu kena print sendiri kan?
kalau kita nak terima tawaran tu, kita kena p daftar 10 mei nie eh?
hyee , saye nak tanye , boleyh ke bwat pertukaran dr matrix kedah ke matrix selangor ? tenkiu .
alhamdulillah…..dpt kolej matrikulasi selangor~~semoga dpt jumpa dgn kwn yg baik2…..
terima kasih kerana menyediakn info2 terbaru….
Alhamdulillah saya dapat Matrikulasi Perak…
kepada bakal kawan2, c u there…
kenapa ada kawan saya yg tidak mintak Matrikulasi Selangor tapi mereka dapat disitu??
sy ta dpt aliarn teknikal tp ley wat rayuan utk aliran sains n akaun..sy plih akaun n lau dpt, ley ta sy tuka sains
hai,,saya dapat penang matrix..(anyone?? gt penang?)
and so sad,, sume kawan saya(even my bestfren) dapat kedah..
xboleh tukar ke tempat matrix?
mcm saya nak tukar penang ke kedah..
tq
salam… Alhamdulillah saya dapat matrik gopeng, perak…skrg nak tunggu untk asasi pulak…;)
alhamdulillah… sy dpt KMT Pahang…TQ..
salam..
alhamdulillah, saya dapat matriks kat perlis..
saya nak tanye.. selepas saya terima surat twrn daripada matrik
adakah saya akan mndpt surat dripada Matrikulasi yg menyatakan ape2 yg saya perlu bwa n ape2 jelah yg berkaitan??? selalunyer dapat biler??
plez help me..sye x brjye tuk program 1 tahun, dn bleh buat rayuan tuk program akaun tpi sye nk amik asasi sains hayat..mcm ne????
alhmdulilh sy n kwn2 dpt matrik selangor..
sy nk tanye brp jumlah kos pengajian?
kalau buat rayuan x jejas upu kan?
salam,,sya dpt mtrx n.9,,sume kengkwn dr skola sya dpt tmpt yg sme,,bes sgt,,p sy nk tnye,,klau surat twran dtg,adkh ia bserta ngn kperluan yg sya kne bwk??n lau dpt asasi dr u len,sy leh kuar mtrx but wet pndftran dpulangkn ker??lau sya x byar pndftran dlue sbb nk 2ggu u len leh kew?
dlm dilema nak wat dip ker matriks..
bgs ke matrik teknikal????
fuhhh..kusut..
slm. saye mohon perakaunan pd mulenye, tp sye kemaskini tuk sains…dan kputusannye saye x dpt pst tapi ley wt rayuan utk perakaunan…adakah ini berpunce drpde tindakan saye menukar program saat akhir selain berdsrkn rslt spm
nilam,bila due date untuk kita beri jawapan sama ada kita terima atau tolak tawaran matrix tu?sy dapat matrix gopeng,perak.tapi kalau boleh sy nak tggu keputusan upu baru sy decide nak pergi upu atau matrix..tapi sy takut kalau sy tak berik respond pihak matrikulasi perak akan ingat sy tolak tawaran mereka.ataupun lebih bagus sekiranya sy pegi matrix dahulu kemudian tuka ke upu selepas terima tawaran ke upu?
salam nilam…
sy mrupakan pelajar spm 2009 dan merupakan pelajar aliran sains…
ttp…utk permohonan matrikulasi,sy tlah memohon aliran akaun…
dan sy telaah ditawarkan ke matrik perlis…
dan problemnya ialah…
bolehkah saya membuat rayuan untuk meohon aliran sains untuk second intake??
pliz tolong…
Farah Isma,
Ada kemungkinan.
Boy Akufrust,
Salam…Ya benar sebab PDT tidak ada jurusan perakaunan.
Anda boleh semak tawaran PDT pada 3 Jun 2010.
K,
Lihat kepada keputusan SPM anda terutama mata pelajaran Biologi, Fizik, Kimia, Matematik dan Matematik Tambahan, jika baik anda boleh cuba merayu dalam jurusan sains, jika tidak lebih baik merayu dalam jurusan perakaunan.
Peluang bagi jurusan perakaunan lebih cerah sebab syarat kelayakannya lebih rendah.
Walaupun begitu anda perlu pertimbangankan minat dan cita-cita anda sebab matrikulasi bukan satu-satunya jalan untuk masuk universiti.
Arip92,
Salam… Ya betul berdasarkan permohonan fasa 2 itu.
Memang mereka yang layak akan mendapat 2 tawaran seperti yang anda sebut itu.
Saerah,
Salam… Alhamdullilah, didoakan anda akan cemerlang di sana.
123456,
Benar anda perlu cetak surat tawaran tersebut. Di samping itu anda perlu dapatkan juga surat tawaran rasmi dan dokumen yang lain melalui pos yang akan di hantar oleh Kolej Matrikulasi. Kedua-duanya perlu dibawa semasa mendaftar.
Benar anda perlu datang mendaftar pada 10 Mei.
Urfah, Era,
Biasanya tidak boleh melainkan anda mempunyai masalah kesihatan atau saudara kembar yang mendapat tawaran di kolej matrikulasi yang lain.
Fia,
Tahniah…
Nurkaer,
Sama-sama… dan tahniah.
Pihak Matrikulasi memang ada cara mereka untuk membuat penempatan pelajar, salah satu daripadanya adalah alamat pemohon.
Fiha,
Biasanya mereka yang mendapat tawaran selepas melalui proses rayuan agak sukar sedikit untuk memohon pertukaran jurusan.
Lin,
Salam… Bersama-sama surat tawaran tersebut akan disertakan beberapa borang yang perlu diisi dan dokumen yang menyatakan keperluan yang perlu disediakan atau dibawa semasa mendaftar nanti.
Surat dari Kolej Matrikulasi ini biasanya akan sampai dalam tempoh dua minggu selepas keputusan diumumkan.
bagaimana cara utk mmbuat ryuan ke mtrik??
macam mana nak tau kita dapat
kos sc fizikal atau sc hayat?
nilam. sy sbelum ny mhn matrix dkt selangor, n9 n melaka.
tp dpt kat kedah . nape tak ditempatkn kat tempt yg dipohon.
adekah ikut alamat sbb alamat sy di kedah
salam nilam…sy nk tnya sket jer..sy x dpt mtrik 4 pst..tpiditwr utk rayu akaun. kalau la sy rayu amik akaun dn dpt…nanti kuar bley x smbung blaja bdang sains or sbgnyer..? nk tau sngt..dan pasti ke x kalau sorang tuh x dpt matrik utk pst dia diberi twrn utk maatrk prog 2 thn ek???tlong nilam…
Mu,
Ini mungkin ada kaitan dengan keputusan mata pelajaran anda yang lebih sesuai mengambil jurusan perakaunan.
Tapi jika akan anda masih berminat dengan jurusan sains hayat, saya syorkan anda teruskan membuat rayuan dalam jurusan perakaunan dan jika dapat cuba mohon tukar jurusan atau ke PDT. Walaupun begitu perlu diingat setahu saya permohonan pertukaran jurusan untuk mereka yang diterima melalui rayuan agak sukar sedikit.
Lolipop,
Tahniah… Kos pengajian adalah percuma malah anda akan dibayar elaun RM1,250 satu semestar. Cuma anda perlu jelaskan yuran pendaftaran sekali sahaja berjumlah RM350.00 bagi Jurusan Sains & Teknikal dan RM302.00 bagi jurusan Perakaunan. Walaupun begitu terdapat beberapa perkara lain yang perlu dibayar dan jumlah keseluruhan hampir RM500. Sila tunggu surat tawaran rasmi yang ada memberi maklumat terperinci mengenai jumlah bayaran dan cara bayaran.
LilySuhaila,
Tidak.
Naz92,
Salam… Benar surat tawaran akan disertakan dokumen-dokumen lain untuk tindakan dan panduan pelajar baru.
Yuran pendaftaran kalau tidak silap saya tidak sepenuhnya akan dipulangkan.
Yuran pendaftaran perlu dijelaskan sebelum anda datang mendaftar dengan memasukkan ke dalam akaun bank yang ditetapkan. Walaupun begitu jika anda ada masalah kewangan atau ingin menangguhkannya, anda boleh berunding dengan pihak Kolej Matrikulasi yang berkenaan.
Aril,
Bergantung kepada cita-cita dan minat anda. Perancangan bagaimana anda ingin mencapai cita-cita anda itu boleh menentukan pilihan yang perlu dibuat.
Muhammad,
Salam… Pada pendapat saya lebih kepada kerana keputusan SPM anda.
NJ,
Saya tidak pasti pula mengenai tempoh tersebut. Sebenarnya jika mengikut sistem yang digunakan pada tahun sebelumnya, anda boleh menerima dahulu tawaran matrikulasi dan apabila mendapat tawaran UPU, anda boleh membuat pilihan.
Tihah,
Salam… Anda tidak perlu membuat rayuan tetapi terus saja memohon pertukaran jurusan selepas mendaftar nanti.
Faris,
Anda perlu kemukakan surat rayuan rasmi ke alamat berikut :
Pengarah,
Bahagian Matrikulasi,
Kementerian Pelajaran Malaysia,
Aras 6-7,Blok E15,
Kompleks Kerajaan Parcel E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62604 Putrajaya.
Sertakan satu salinan transkrip keputusan SPM 2009
dan kad pengenalan yang telah disahkan
Atau
Anda boleh datang sendiri ke Bahagian Matrikulasi sebelum atau pada 30 APRIL 2010 dengan membawa bersama-sama satu salinan transkrip keputusan SPM 2009 dan kad pengenalan yang telah disahkan.
Mardhiah,
Anda boleh rujuk kod jurusan, kalau tidak silap saya M001 Sains Hayat dan M002 Sains Fizikal.
Faiz,
Memang benar, salah satu cara penempatan kolej adalah berdasarkan alamat pemohon.
@fia,
Sy pun dpt matrik Selangor, actually untung le sp yg dpt matrik Selangor ni sbb baru dibuka tahun nie, mksudnye, kelengkapan pnp smue baru2 blaka.. heheh.. n khabarnye, matrik selangor nie mmg beso giler…. tp matrik2 lain pun ape kurg nye.. smoga brjaya utk sume kengkawan…
@lolipop,
Yuran Pendaftaran.
1. Program Satu Tahun
– Sains/Teknikal – RM 350.00
– Perakaunan – RM 302.00
2. Program Dua Tahun
– Sains – RM 290.00
Nie sy sdiakan sdkkit maklumat utk sp2 yang dpt matrik Selangor.. heheh..
LATAR BELAKANG KOLEJ MATRIKULASI SELANGOR
Kolej Matrikulasi Selangor (KMS) dijadualkan beroperasi pada bulan Mei 2010 dengan bermulanya sesi akademik 2010/2011. Kolej ini mula dibina pada awal 2008 dan merupakan kolej matrikulasi ke-13 di seluruh Malaysia di bawah Bahagian Matrikulasi, Kementerian Pelajaran Malaysia.
Kampus KMS terletak di kawasan seluas 90 ekar di Kampung Kathong, Mukim Jugra, Banting. Lokasi kampus ini ialah 7 km ke arah barat dari Bandar Banting, 55 km dari Kuala Lumpur, 20 km dari KLIA dan 40 km dari Putrajaya. Kedudukannya berhampiran dengan beberapa institusi latihan dan pendidikan seperti Pusat Latihan TUDM, Institut Latihan Perindustrian dan Kolej Komuniti dan dikelilingi oleh beberapa bandar utama seperti Shah Alam (40 km), Kelang (30 km), Port Dickson (90 km) dan Morib (14 km). Beberapa institusi pendidikan yang baru juga sedang dalam pembinaan.
KMS boleh menempatkan seramai 3,000 orang pelajar secara full board di 5 blok kediaman yang lengkap dengan pelbagai kemudahan termasuk bilik penginapan pelajar, bilik bacaan serta bilik rekreasi. Di blok kediaman pelajar terdapat 3 kafeteria yang akan memberikan perkhidmatan penyediaan makanan kepada pelajar. Pelajar dan kakitangan KMS boleh melaksanakan aktiviti ibadah di sebuah masjid yang terletak di tengah-tengah kampus yang boleh memuatkan lebihkurang 2,500 orang. Sebuah Pusat Pelajar juga dibina berhampiran bagi mengendalikan semua urusan berhubung hal ehwal pelajar yang akan menempatkan kaunselor, Penolong Pengarah Peperiksaan dan Penolong Pengarah Hal Ehwal Pelajar dan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti kemudahan ATM, kaunter HEP, kedai koperasi dan pusat aktiviti pelajar.
Dalam melaksanakan proses pengajaran, terdapat 6 buah dewan kuliah yang dilengkapi dengan peralatan LCD, skrin, dan lain-lain bagi memuatkan antara 150 – 250 pelajar. Terdapat 52 bilik tutoran dengan 19 buah makmal sains untuk kegunaan pelajar dan pensyarah. Sebuah Pusat Sumber dua tingkat yang mengandungi 7 makmal komputer dan 3 makmal bahasa disediakan dengan talian internet, WiFi dan lain-lain peralatan terkini .
Bagi memenuhi keperluan pelajar dan kakitangan untuk beriadah dan bersukan pelbagai kemudahan dan peralatan disediakan. Ini termasuklah padang bola sepak, padang hoki, 3 gelanggang bola keranjang, 4 gelanggang tenis, 4 gelanggang bola tampar, 4 gelanggang sepak takraw, 2 gelanggang skuash, 2 gimnasium dan satu dewan serbaguna.
KMS juga menyediakan perkhidmatan lain dengan caj yang berpatutan seperti perkhidmatan dobi dan percetakan. TASKA untuk anak-anak pensyarah dan kakitangan juga beroperasi bagi memudahkan pensyarah dan kakitangan mendapat perkhidmatan penjagaan anak-anak mereka semasa mereka bekerja.
Banting, bandar yang terletak di tepi Sg, Langat merupakan bandar terdekat dengan kampus KMS. 7 km jaraknya dari KMS pada kedudukan 2.8” utara dan 101.6” timur adalah bandar yang sedang pesat membangun akibat limpahan pembangunan yang rancak di sekitarnya seperti Putrajaya. Pembukaan KLIA juga memberi sumbangan hebat ke atas pembangunan Banting, Rangkaian jalan raya yang baik disambungkan dengan beberapa bandar yang lain di sekitar seperti Morib, Shah Alam dan Klang.
nilam…sye nk tau kolej matrikulasi manekah yg menawarkan jurusan perakaunan? lau boley, snaraikn sume ye? tq…
salam nilam…sy xdpt mtiks utk prog 1 thun..dpt twran buat rayu utj jursn akaun…jadi kalu sy rayu utk akaun, nanti bley smbung blajar jrsan laen x lepas tmt matrik nanti..??
salam, nilam2…camner nk apply t6 scra online..sy dh try tp xleh…please gitau sy ni….
slm nilam sye bole wt ryuan utk perakaunan & jike sye wt rayuan 2…adakh pluang utk sye dtawarkn utk pdt?
blh tuka kolej matrikulasi labuan ke kolej matrikulasi johor tak?
hai nilam saya nak tanya yg nak buat rayuan matrik tu bukan online saja ka?? sebab yg saya tengok tak ada pun dia kata kena tulis surat..memang kena tulis surat ka
nilam tolong saya,,, semasa mengisi prmohonan ke matrikulasi sy tersilap dengan mengambil kod 001 ke ape ntah tapi yang sains punye… dan saya telah ditawarkan ke mtriks perlis, bolehke sy nk tukar ke matrikulasi teknikal kedah, saya dari aliran kjutraan sekolah teknik,… saya org kedah,, member2 sume dpt mtrik teknikal kedah… kalau boley tukar, macam mane nk bwt,,, tolong sy nilam,, i’m begging u…
salam…
saya ingin membuka akaun GIRO di BSN..adakah saya perlu membawa surat tawaran yg di print tu atau saya harus menunggu surat tawaran rasmi yg eputra ckp akan smpi dlm mase 2 minggu lg????
nilam,adakah untuk program matrikulasi dkat kolej mara elaun sama juga 1250/semester. ataupon berbeza.
saya keliru..sama ke kolej matrikulasi dgan kolej mara??
saya dapat kat k.nerang la..elaun sume sama ke??adakah selepas tamat..kami hny boley sambng di uitm atau unikl sja untuk ijazah???
Anak saya tak dpt matriks tp blih buat rayuan untk perakaunan. Boleh dapat ke? Apa kelebihan matriks jika dibandingkan terus masuk U atau asasi?
sy duk n stadi kat selangor…alamat pun selangor.., mmg sy tak mintak matrx selangor but kenape kwn2 yg tak mntak selangor dapat jugak kat selangor? sy pula dpt perak..kalu ikut alamt, sy punye pn kat selangor kn..? boleh kate 10 classmates sy dpt kat selangor…
nilam,sy pelajar aliran sains tulen yg mndapat tawaran pst dlm jurusan akaun di kolej matrikulasi perlis.
bolehkan jika sy ingin menukar jurusan drpd akaun kepada sains??sbb difikirkan balik sy tidak mmpunyai asas dlm akaun,sy bimbang kecundang dtengah jalan.ttp sngt meminati subjek yg ade kire2,tanpe dpakse sy akan lakukan kerane minat,,
ape yg patot sy buat??
pilihan antare akaun atau sains..
setakat ini pilihan sy adalah akaun,ape pndapat nilam tentang pilihan sy??sy tidak mmpunyai asas dlm akaun..
soalan tmbahan lg bgaimane dgn yuran nye?adakah perlu diselesaikan semase mndaftar,sbb sy masih mnunggu untuk pnggilan universiti,smentare itu sy akan ke matrik untuk mndftar..
tq..
Salam nilam,,, tolong la saya, hari nie dah 10 kli sya hit pge nie nk cari jwpn solan sya,, cm ne ek,, sy nak ke matrikulasi teknikal kedah, tapi saya ditawarkan matrikulasi perlis dalam sains… sya bdak enginring skola teknik,, tolongla saya,, cam ne nk bwt nie,,
Salam saya nk tanya.. apa sebab kemungkinan yang kawan saya xdapat tawaran matrikulasi untuk perakaunan.. sdgkan dia mempunyai keputusan yang baik dan cukup layak untuk mendapat tawaran.. dalam masa yang sama kawan dia yang mempumyai keptusan yang lebih rndah drpada dia mendapat tawran matrix utk perakaunan.. malah dia juga tidak layak untuk merayu.. saya harap dpat menolong utk menolong dia sdkt sbnyk… TQ
salam.sy nak tanya, kalau kita terima tawaran ke matrik kan, ada peluang lagi ke untuk dapat tawaran upu tu? sebab masa nak print surat tawaran ke matrik tu, kan ada button yang kita kena tekan untuk sahkan sama ada kita terima tawaran ata tidak. so kalau kita tekan terima tawaran, peluang kita terima tawaran upu terjejas ke tidak? tq nilam
hai…boleh tak sesiapa bagi maklumat tentang ciri2 matrik kat labuan…
saya mendapat tawaran utk ke matrix kedah..alhamdulillah..
apa yg saya ingin tahu ialah,adakah benar jika sesiapa yg dapat ke matrix,permohonan utk UPU (program asasi@diploma) di tolak@batal?
Nilam…kalau dah jadi pelajar matrikulasi…adakah pelajar islam wajib memakai tudung?
terutama sekali bagi matrikulasi labuan…
terima kasih, nilam…
hai nilam..saya nak tanya sekali lagi.di atas tu awak tulis rayuan untuk matrikulasi perlu dibuat secara online.tapi dalam comments section tu ada awak bagitau faiz yg kena tulis surat pulak..macam mana ni?..can u explain the procedure please..tk
kenape sy dpt matrik johor..padahal sy mintak kedah, kulim n penang..lbih2 lg alamat sy kat selangor..camne bleh jd camtu.. konfius tol..
saya x ditawarkan utk pst aliran sc tapi boleh buat rayuan utk akaun.adakah rayuan utk akaun adalah pst?adakah kemungkinan jika x buat rayuan utk akaun kita akan dapat aliran sc tp utk pdt?please confuse ni..
kalo sye mrayu bleh ke sbab kim D, bio C+, fiz B+, +math C…bkan ape, tkut ble nk tkar jrusan xdapat.. matrik kim kan msti min C
sy nk tnya, bank in untk yuran pndaftran perlu dibuat setelah mendapat surat drpd phak matrik ke?
saya x dapat matrik kursus sains tapi disuruh membuat rayuan keperakauanan.tapi saya tiada basic account. tolong beritahu samada semasa kursus dimatrikulasi nanti adakah memerlukan basic account ?apakah subjek2 yang akan dipelajari ?
alhamdulillah,dapat matrix kulim
nk tnya,kalau kita tekan “terima tawaran” semasa nk cetak surat tawaran matrix tu
tawaran UPU akan dibatalkan ke?
Salam,
Nilam, nak tanye nih… sy dh semak kputusan matrik hari tu dan klik pada terima tawaran, tp sy khuatir klau2 sy tak dpt plak twrn dr ipta nanti sbb sy ade terbace satu artikel berita yang mengatekan kalau reject matrik, akn dpt twrn ipta, tp die tak mention plak kalau terima marik tu dpt tak twrn ipta… sy tkut, klau dh accept matrik, dah tak dpt twarn ipta… thnx in advance..
salam, nilam.
sekiranya kita menekan butang menerima yg terdapat dibawah surat tawaran itu, adakah bermakna kita telah diterima dan wajib utk mendaftar pada 10 mei nanti?
adakah kita tidak boleh menolak lagi?
nilam, boleh jelaskan perbezaan antara matrikulasi dan asasi?
banyak pendapat yang telah saya dengar, namun saya masih keliru.
kerana hampir semua pendapat itu berbeza.
bagaimana pula dgn sistem pembelajaran yg dijalankan di matrikulasi dan asasi?
harap nilam dapat membantu.
terima kasih 😉
Hi Nilam, sy dpt a bm,a- mt,a- moral,a- sejarah,b+ bi,b+ teknologi kejuruteraan,c+ utk kimia dan add math serta b utk fizik.Bolekah sy buat rayuan utk jurusan sains?TQ 4 feedback
@ashraf’8..
kwan awk tu dpt brapa ek??
saya dpt 9a 1b, n mintak akaun…pun x dpt gak…
dia ada mintak biasiswa kat mana2 ke?
wajib ke buat pengesahan tawaran kemasukan kat laman web kpm??
kalau wajib, bile tarikh tutupnya??
sy nk tnya, bank in untk yuran pndaftran perlu dibuat setelah mendapat surat drpd phak matrik ke?
Khairul,
Terima kasih kerana berkongsi maklumat tersebut.
Muhammad,
Kalau tidak silap saya semuanya ada.
Boy AkuFrust,
Salam… Bila tamat nanti anda boleh memohon bidang perakaunan dan hampir semua jurusan lain kecuali yang berkaitan dengan bidang sains. Anda boleh semak jurusan yang anda boleh mohon di laman web UPU di bahagian Syarat Khas.
Boy AkuRedha,
Salam… Lepasan SPM 2009 tidak perlu memohon kerana anda akan ditawarkan tempat jika layak. Sila rujuk Syarat Kelayakan Masuk Ke Tingkatan 6 2010.
Muhammad,
Jika rayuan anda berjaya anda akan masuk jurusan perakaunan PST.
Amiza Hamid,
Pertukaran Kolej Matrikulasi biasanya hanya akan dipertimbangkan jika ada masalah perubatan yang disahkan oleh doktor kerajaan atau mempunyai saudara kembar yang dapat di kolej yang berbeza.
Eshvir,
Memang benar rayuan perlu dibuat secara online jika selepas membuat semakan anda ditawarkan untuk membuat rayuan samada jurusan sains atau perakaunan. Anda perlu menekan butang yang disediakan tetapi jika tidak ditawarkan mana-mana jurusan anda akan diminta membuat rayuan bersurat.
Semua ini boleh diketahui selepas anda membuat semakan secara online.
Syafiq,
Permohonan pertukaran jurusan boleh dibuat selepas anda mendaftar ke Kolej Matrikulasi. Biasanya pertukaran jurusan antara jurusan sains ke perakaunan atau sebaliknya akan diluluskan. Saya tidak begitu pasti mengenai pertukaran jurusan dari sains ke teknikal kerana ini akan melibatkan pertukaran kolej. Walaupun begitu pada pendapat saya sepatutnya tidak ada masalah.
Saya syorkan anda menghubungi terus Kolej Matrikulasi Perlis dan/atau Kedah untuk mendapatkan kepastian.
Lin,
Salam… Anda boleh buka akaun BSN tanpa surat tawaran tersebut. Pihak Matrikulasi nanti memerlukan salinan photostat buka akuan BSN tersebut yang menunjukkan nama anda dan nombor akaun.
Faiz,
Setahu saya sama sahaja.
Yana_92,
Bagi program Matrikulasi KPM memang sama, elaun pun sama dan selepas tamat anda boleh memohon mana-mana program pengajian sama seperti mereka dari kolej matrikulasi yang lain.
Cuma di Kolej MARA anda akan bersama-sama mereka yang membuat Foundation UniKL.
Nors,
Peluang untuk mendapat tawaran memang ada bergantung kepada saingan daripada mereka yang membuat rayuan juga.
Jika memilih Matrikulasi peluang untuk membuat pilihan jurusan di peringkat ijazah lebih luas berbanding dengan terus masuk universiti mengambil Diploma. Tempoh masa mendapat ijazah juga lebih awal. Cuba rujuk Pilihan Antara Matrikulasi, Asasi Atau Diploma mungkin dapat membantu.
knapa saya tak dapat nak semak tawaran matrikulasi tu? Link dah tutup ke?
salam semua adik2…
smoga berjaya menempuh cabaran di matrikulasi…
selesai sudah 1 tahun akak tempuh d matrikulasi …kini tiba giliran adik2 untuk mencapai cita2 d sana…GOODLUCK 4 UR FUTURE…
Nurkaer dan Adam,
Tidak semesti alamat di Selangor akan dapat Kolej Matrikulasi Selangor. Difahamkan ada beberapa faktor yang diambil kira semasa proses penempatan ini, di antaranya pilihan kolej pemohon, alamat pemohon, pilihan jurusan pemohon dan mungkin juga keputusan SPM pemohon.
Walaupun begitu yang pastinya pihak Matrikulasi tidak menyatakan secara khusus bagaimana penempatan dibuat.
Nurin,
Pada pendapat saya anda patut membuat pilihan berdasarkan minat dan cita-cita anda. Jika anda membuat atau belajar sesuatu yang anda minat pastinya lebih mudah untuk anda faham dan cemerlang. Sebenarnya ramai juga para pelajar dari aliran sains mengambil jurusan perakaunan ini. Anda sudah pasti akan diajar dari asas bila di sana nanti. Sedikit kelebihan untuk mereka yang dari aliran akaun tetapi tidak akan menghalang pelajar aliran sains untuk cemerlang.
Di sana semua orang mempunyai peluang yang sama terpulang kepada kesungguhan masing-masing.
Yuran memang perlu dijelas semasa atau sebelum mendaftar. Andaikata anda mendapat tawaran yang lebih baik dan ingin masuk universiti, sebahagian sahaja daripada yuran yang telah dijelaskan akan dipulangkan bergantung kepada keadaan.
Walaupun begitu jangan bimbang, keputusan UPU akan diumumkan sebelum tarikh mendaftar ke Matrikulasi.
Syafiq,
Salam…. Saya telah pun menjawab komen anda di atas. Maaf kerana membuat anda tertunggu-tunggu kerana hujung minggu saya jarang online.
Ashraf8,
Salam… Saya tidak pasti kenapa kawan anda tidak mendapat tawaran sedangkan kawan kepada kawan anda itu pula dapat. Saya juga agak musykil kenapa kawan anda itu tidak layak membuat rayuan. Harap jika ada pembaca lain yang lain mempunyai maklumat boleh dikongsi di sini.
Saya cadangkan supaya kawan anda itu membuat rayuan, jika tidak boleh secara online, hantar surat rayuan kepada;
Pengarah,
Bahagian Matrikulasi,
Kementerian Pelajaran Malaysia,
Aras 6-7,Blok E15,
Kompleks Kerajaan Parcel E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62604 Putrajaya.
Sertakan satu salinan transkrip keputusan SPM 2009 dan kad pengenalan yang telah disahkan
Atau datang sendiri ke Bahagian Matrikulasi sebelum atau pada 30 APRIL 2010 dan bawa bersama-sama satu salinan transkrip keputusan SPM 2009 dan kad pengenalan yang telah disahkan
Izzah dan Hanis Zatul,
Salam… setahu saya peluang mendapat tawaran dari UPU tidak terjejas walaupun anda telah menerima tawaran Matrikulasi.
Diana,
Sila rujuk Kolej Matrikulasi Labuan.
Zila,
Pemakaian tudung secara amnya tidak wajib tetapi bergantung kepada garis panduan yang ditetapkan oleh Kolej Matrikulasi yang berkenaan.
Xavier,
Jurusan Akaun adalah PST. Saya tidak pasti jika anda tidak membuat rayuan akan dipertimbangkan untuk PDT. Cuma setahu saya mereka yang dapat tawaran jurusan akaun boleh memohon untuk menukar kepada jurusan sains.
Mu,
Memang benar keputusan SPM anda akan mempengaruhi samada pemohonan pertukaran jurusan diluluskan. Jika anda lemah dalam mata pelajaran sains tentu anda akan menghadapi masalah untuk mengikuti jurusan sains nanti. Atas dasar itu anda telah dinyatakan sebagai layak untuk merayu bagi jurusan akaun.
123456,
Benar, sila tunggu surat tawaran dari Kolej Matrikulasi kerana bersama-sama surat itu ada dinyatakan dengan terperinci jumlah, bila dan bagaimana yurun tersebut perlu dijelaskan.
ANS 4 ZILA:
BETTER U WEAR TUDUNG LA …
AT LEAST DPT BEZA KAN U MUSLIM OR NOT..
I’M EX MATRIK LABUAN..MATRIK IS BEBAS..BUT STILL ADA UNDANG2 KLU NK OUTING N ETIKA2 DLM KOLEJ…
nasihat 4 bakal2 student matrik..
jgn couple dlm kolej …dulu time matrik sem 1 je more than 100 yg kena kick…
kebanyakannya yg couple2 la…klu x caya cuba tny sape2 yg pernah study kat marik
salam…saya dengar belajar kat matrik susah dan padat..lps tu banyak pelajar matrik yang keluar lps 1 sem sebab tak tahan ….betul ker pembelajaran kat matrik tu susah dan padat???
lagi satu saya dapat matrik kat johor tapi saya tinggal kat selangor manakala rakan sekelas saya banyak dapat n9….adakah saya dapat kat johor kerana saya memilih matrik johor bagi pilihan pertama???harap nilam dapat balas…
sy nk tnye,cmne nk wat rayuan untuk penukaran kolej matrikulasi??
td sy da kol bhgian matrikulasi,diorg ckp boleh…
kne si online,then print bru anta kt diorg alek..
tp da puas sy cri tp xjmpe…
ok terima kasih nilam saya sudahpun mengemukakan rayuan secara online untuk jurusan sains..jadi surat tu tak perlu hantar la??
saya dpt twrn matrik sains setaun.boleh x nak tukar program 2 tahun???
soalan ke-2 saya masih blom dijawb….
harap maklum..
Adam,
Sepatutnya wajib tetapi tidak dinyatakan pula tarikh tutupnya. Pada pendapat saya mungkin pada 30 April kerana itu adalah tarikh tutup untuk membuat rayuan. Selepas tarikh itu pihak matrikulasi akan proses permohonan rayuan dan tawaran hanya boleh diberi berdasarkan kekosongan tempat di kolej.
Mereka yang tidak mengesahkan penerimaan tawaran mungkin dianggap tidak berminat untuk masuk Matrikulasi dan tempat mereka akan diberi kepada mereka yang membuat rayuan.
Ini cuma pendapat sahaja, saya akan cuba dapatkan pengesahan tentang perkara ini.
Wrazif,
Jangan bimbang jika anda diterima ke jurusan perakaunan, anda akan belajar dari asasnya. Di antara mata pelajaran yang anda akan pelajari adalah Matematik, Perakaunan, Ekonomi, Pengurusan Perniagaan, Bahasa Inggeris, Teknologi Maklumat, Pendidikan Islam / Moral dan Kemahiran Dinamika. Di samping itu ada juga kokurikulum yang wajib anda sertai.
Redfacemisery,
Saya difahamkan tidak akan terbatal.
Nilam,
just nak share jelah, 1 kelas saya yg minta akaun, semua tak dapat..
lepas tu, ada yg dapat 10A, 8a, pun tak dapat matrik..
mungkin ke sebab kitorang ambil jurusan akaun? sebab ramai yang dapat daripada kelas sains
salam thanz nilam ats bantuan tu… tp sya kol dorang, dorang ckp bwt surat rayuan and faks…bab nie sya ssh cket,,, klu emel kan sng…
Adam,
Saya telah cuba dapat pengesahan tetapi mereka hanya meminta saya rujuk kepada Panduan Pendaftaran Matrikulasi yang dikeluarkan oleh Bahagian Matrikulasi KPM. Di panduan tersebut tidak ada dinyatakan mengenai menerima tawaran secara online atau seumpamanya.
Khairul,
Salam… Saya tidak ada maklumat mengenai perkara tersebut. Boleh Khairul berikan di mana dan bila artikel itu di siarkan. Setakat apa yang saya difahamkan mereka yang layak ada kemungkinan akan mendapat lebih daripada satu tawaran.
Berdasarkan Panduan Pendaftaran Matrikulasi yang dikeluarkan oleh Bahagian Matrikulasi KPM langsung tidak disebut mengenai penerimaan tawaran secara online.
Nuryz,
Salam… Anda masih boleh menolak dengan tidak datang mendaftar pada 10 Mei nanti.
Cuba anda rujuk Pilihan Antara Matrikulasi, Asasi Atau Diploma terlebih dahulu dan boleh bertanya lagi jika ada mana-mana yang masih tidak jelas.
???,
Anda boleh membuat rayuan.
Amy,
Ya sebaik-baiknya tunggu surat tawaran dari Kolej Matrikulasi.
salam..saya mendapat matrik stahun..ttapi result spm saya sgt sderhana dn saya tak yakin untuk program stahun..bolehkah saya menukar untuk program 2 tahun?kalau boleh,bagaimanakah caranya??
Nurul,
Saya baru cuba pergi ke laman web semakan tersebut, nampaknya tidak ada masalah. Cuba sekali lagi.
Ex-Matrix,
Terima kasih kerana berkongsi pengalaman anda harap jadi panduan kepada bakal pelajar Matrikulasi.
Rasy-Din Kun,
Salam… Susah atau senang bergantung kepada setiap individu, apa yang penting mesti belajar secara berterusan. Padat tu boleh dikatakan benar kerana banyak yang hendak dipelajari dalam masa yang singkat.
Memang benar salah satu daripada perkara yang diambil kira adalah pemilihan yang dibuat pemohon.
Mieyrul,
Saya juga cuba cari borang online tersebut tapi tak jumpa. Cuba dapatkan semula maklumat tepat URL borang tersebut.
Eshvir,
Jika sudah buat rayuan secara online tidak perlu lagi membuat surat rayuan rasmi.
Lipstick,
Anda boleh memohon selepas mendaftar nanti.
Fara,
Saya tidak pasti pula, mungkin juga. Walaupun begitu pastikan anda semua buat rayuan, mungkin rezeki semasa membuat rayuan nanti.
Syafiq,
Salam…. sama-sama… cubalah usahakan untuk fax surat tersebut tetapi jika anda ada masalah untuk menghantarnya saya cadangkan anda guna PosLaju tetapi pastikan anda dapatkan nama pegawai yang patut menerima surat rayuan anda itu.
Am,
Salam… Anda boleh memohon selepas anda mendaftar nanti.
salam…
tlg la jwb soaln sy…
sy dpt mtrik n.9…
tp nk tuka mtrik laen…
cmne carenye??
Pada hari pertama keluar keputusan kemasukan matrikulasi, saya membuat semakan dan mendapati saya tidak berjaya namun boleh membuat rayuan bagi jurusan akaun. Selang beberapa hari, saya kembali membuat semakan namun keputusan memberanjatkan saya kerana saya tidak boleh membuat rayuan mana2 kursus. Saya cuba untuk membuat rayuan kemasukan secara online namun tidak dapat menemuinya. Saya harap tuan dapat memberi saya jawapan secepatnya. t/k
terima kasih nilam… ^_^
terima kasih nilam
🙂
harap-harap tidak batal
to: mieyrul
salam,, sy menghadapi masalah yg sama dgn awk,, sya tlh menghubungi bhgn matrikulasi di talian, 0388844083, dan mereka menyuruh saya membuat surat rayuan untuk menukar kolej, dan faxkan kt 6br nie, 0388844028,.. mereka akn mepertimbangkan rayuan kita dengan alasan yg kukuh… namun jika kta masih blom mndpt fdback shgga trkh lpor dri, kta dkhndaki membuat pendaftran d kolej yg dttpkan terlebih dahulu…untuk memastikan kta berminat dgn mtrikulasi, dan rayuan kita akn ttp dipertmbngkan,,, untuk tidakan yang segera, kita juga boleh mengunjungi pejabat mereka dialamat ini, Bahagian Matrikulasi, Kementerian Pelajaran Malaysia, Aras 6 – 7, Blok E15, Kompleks Kerajaan Parcel E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya. ramai juga yang berkunjung ke alamat nie tok bwt rayuan, kata pgawai yg saya hubungi itu… kawan2 bley add sya kt ym,fb,myspce, kt emel nie syafiqmohamad82@yahoo.com
Salam Nilam,
Saya bercadang menyambung pelajaran ke UK kerana seisi keluarga akan berpindah kesana mulai hujung tahun ini.Ibubapa saya berharap saya dapat masuk matrik dahulu sebelum menyambung di Uk memandangkan saya ditwrkn matrik PST di Melaka.Bnyk persoalan bermain di fikiran antaranya:
1. Adakah result matrikulasi layak untuk digunakan bg memohon universiti di UK
kelak?
2. Jika layak, adakah saya boleh masuk matrik hanya sampai Disember ini memandangkan keluarga akn berpindah akhir tahun ini ataukah disarankan agar saya menghabiskan matrik dahulu?
3. Jika result matrik tidak layak digunakan, adakah saya perlu mengambil O-LVL/A-LVL/IB? Atau ada cara lain (pra-u lain)
Terima ksih nilam, maaf menyusahkan, keluarga kurang pengalaman memandangkan saya anak sulung dan ini merupakan pengalaman pertama..
Nilam, bole tak beri nasihat kpd sy dan mereka yg baru dpt yg result keliru nk buat pilihan kerjaya utk future.TQ in advance!!!
Salam,
Utk print surat tawaran, mmg perlu klik pada terima tawaran… sy dh call jgak bhgian matrik n diorang ckp takpe, ttap jgak akn dpt twrn upu… kalau tak mendaftar 10 mei nie, maksud nya kita menolak tawaran matrik tuh… artikel tu sy tak ingat kat mane sy jumpe… hehehe… atau sy terslah bace kot.. anyway, thnx nilam…
@sumayyah,
Salam, matrikulasi KPM nie actually hanya diterima d Malaysia SAHAJA… sbb silibus die yang terlalu ringkas kalau nak dibandingkan dgn a level dan STPM… ianya sbnarnya diwujudkan utuk tlg bumiputra utk masuk ipta2 tempatan je… n nasihat sy klau btol la awk nak pindah k UK hjung taun nih, lbeh baek awk ambk a level kat UK sbb kalau awk nak ambik a level kat Malaysia pun, bkan nye smpat sbb alevel ambek masa 1.5-2.0 tahun… ataupun, awk masok je matrik tu sampai akhir tahun nih… mmg kene bayar le dlm 500 utk pndafftaran n etc… at least, takde la mase awk terbuang gitu je smentara awk tggu nak pindah k UK… dpt gak timba ilmu kat matrik tu walaupun skjap… tp, sy tak pasti plak klau awk kua matrik tu, awk plu byr ganti rugi ke tak… awk cntct la dgn matrik melaka tu… pe2 pun, all the best!
utk sape dapat matrikulasi dekat kolej mara kulim,untuk tahun ni.dipahamkan tiada program asasi unikl dibuat skali dgn matrikulasi. jd,bilangan pelajar matrikulasi akan bertambah . program asasi unikl berpindah ke kolaj mara kuala nerang,
terima kasih nilam atas jawapan tersebut..ttapi yang masih saya x phm,apabila nilam mengatakan saya boleh memohon utk program 2 tahun ktika mendaftar nnti,adakah bermakna saya perlu pergi mendaftar seperti biasa 10Mei ini dan memberitahu mereka,dan sekiranya berjaya adakah bermaksud saya perlu pulang semula sementara untuk menunggu sesi program untuk PDT pula??
Alhamdulillah..sy dpt kat kedah…
nk tnye ckit nilam,..lau tkn “Trima tawaran”.lepas tu sy tak g dftr pd 10mei..ape akan jd?
maaf..stu lg..ape beza mtrik dgn mara ni nilam?ble tolong huraikan..:D
kawe ore kelate….kawe pum buleh matrik selangor jugok….harap2 dapat jupo kawan2 hok buleh bantu kawe blajar sane…harap2 dapat ada kawan hok dapat tolong saye blajar sano dengen molek lah…kalu2 ada rezeki…dapat jupow hok paka kijo blako….blajar molek biar gapo ore kata matrik nie payoh ko gapo pom……gomow kelate gomow male nie……..!!!!!!!!!harap dapat jupo saing2 sbilik hok bek2 blako………
@Khairul dan lain2:
Terima kasih atas bantuan secara langsung dn tidak langsung.Saya telah terjumpa sebuah badan khas yang dapat membantu para pelajar yang berhajat melanjutkan pelajaran ke UK.Bagi yang berminat, sila layari laman web: http://www.mabecs.com. Mereka menyediakan khidmat bantuan secara percuma.Selamat maju jaya kpd semua!
@khairul :
thanks for the info.lega hati sbb upu masih boleh dapat
🙂
sye nak smbung kos tg sye minat iaitu kejuruteraan elektrik..
tapi sye x tahu jalan mane yg lbeh sesuai..
sye sudah dapat tawaran matrikulasi teknikal..
tapi sye x yakin dgn matrikulasi..
kerana saye takut tamat pengajian matrik sye x dapat kos yang saya mintak tu..
adakah setelah mendapat tawaran matrik,tawaran untuk ke ipta telah di tolak???
salam… saya dpt kmj.. alhamdullillah…. tp still 2nggu twrn upu… sbnanyer sy agak pening skit sbb ‘dorg’ suruh isi ‘borg p’janjian pngambilan & pmbyaran plajar’ ngan ‘buku dokumen pndaftaran pljr’…. borg ngn buku ni disertakan skali ms kita trima surat twrn dr kmj ker???
Ello nilam. Hari itu saya ingin print out surat tawaran itu tetapi printer saya ade masalah so saya pergi cyber cafe to print it out. Tetapi printer mereka pun ade masalah, hal ini menyabebkan saya click on the “terima tawaran” banyak kali. so, masalah ini akan memberi sebarang masalah kepada matriculation saya tak?
ble nk dpt surt twrn rasmi mtrx ek? tqvm..
salam… alhamdulillah… sy dpt matrix kat johor.. tp still 2nggu twrn dr ipta… sy sbenanyer pning sket sbb sy ada bc pnduan pndftaran pljr.. pas2 ‘dorg’ suruh isi ‘borg p’janjian pngambilan & pembiayaan plajar…..’ dgn ‘bukudokumen pndaftaran’. borg ngan buku dokumen ni kita dpt lps tkn ‘trima twrn’ kan??? n lg 1, borg ngn buku dokumen ni ‘diorg’ anta melalui emel or kena amik kat lmn web rasmi dier?? thanks!!!
result spm sy:
ADDMATH=A+
MATH=A-
FZK=A+
KIMIA=A+
BIO=A+
MATH SY A- N ADDMATH SY A+,COZ TIME SPM SY WT MATH HNYE DLM 30 MNT TUK 2 PAPER MATH..SUNGGUH NYESAL..
SY DITWARKAN KE MATRIK KEDAH.. PADAHAL SY X APPLY KT SITU..
ADAKAH SBB RESULT SPM YG MNDPT A- DLM MATH SY DITWRKN KE KEDAH??
salam nilam..alhamdullillah sy dpt kolej teknikal kedah..
tp sy msih confius coz sy dpt tawaran foundation tuk unikl di kolej mara kuala nerang..so skrg ni sy x tahu nk wat plihan..mna y lbih baik??
mcamana nak buat rayuan matrikulasi?
siapa ada maklumat tentang matrikulasi kedah(changlun)? contohnye kehidupan seharian kat sana,bole@tak boleh bawak apa,etc..thanks!
salam nilam..
saya dpt jurusan pengajian M001-sains.. kalo saya nk tukar ke M002-sains bole x? n cmne nk tukar jurusan pengajian?
nilam…
slalunye surt dr matrikulasi tu cmpi rumah pemohon ble??
alhamdulillah dpt msuk matrik p.pinang..tp heran jgak nape die kasi jauh sgt..sy org tganu..saudare mare pon sume kat tganu..ape2 pon syukur jela..rmai lg yg nk msuk xdpt..arap2 ad kwn coz sume classm8 dpt kat laen..emm nilam sy ad soklan nk tnye..sukatan plajaran kat matrik 4 aliran sains tu ad kaitan jgak ke dgn ap g kite dh blajar tyme fom 4 & 5 dlu??adkah die smbung je ap yg kite dh blaja or die stat dari asas blik..sbb dh x brape nk ingt ap yg dh blaja dlu..tkut x bley nk survive..
sekiranye pelajar gagal dlm peperisaan matrikulasi…adakah mereka masih lagi boleh memohon diploma melalui laman web upu pada tahun depan????…
adakah semua lepasan matrikulasi yang lulus akan diterima mengikuti program ijazah pertama di universiti????…kalau tidak bagaiman pula untuk yg lulus tp tidak dapat tawaran ijazah???…..
alhamdulillah sy dpt matrik penang …
srt x smpai2 lg ..ble nk smpai ..?
saya duk kelantan ..jauhnya nk g penang ..
huhu..
gudlax 2 semua bakal matrik ! : )))
cmne nk taw sains hayt or fizikal ?
kte yg plih ke atau pihak matrik tentukan ….?
tlong jawab pliss …
salam nilam,boleh sy bertanya…
borg perjanjian matrik,akan dihantar ke rumah atau blh didapati melalui internet?
salam nilam. sy telah bertanya pusat matriks di putrajaya. pertukaran program perakaunan ke program sains tidak di benarkan.
Sy juga telah bertanya pihak kolej di perlis dan mendapat jawapan yang sama, tidak boleh tukar dari akaun ke sains.
Betulkah sy boleh menukar ke program sains semasa mendaftar di kolej nanti?
Kalau tidak, bagaimana cara lain nak menukar program ke sains?
salam… adakah kemungkinan permohonan baru kemasukan matriks masih terbuka?
SALAM NILAM SAYA ADA MENINGGALKAN KOLEN DI PAUTAN PANDUAN TENTANG TINGKATAN ENAM HARAP ANDA DAPAT MEMBALASNYA
Mieyrul,
Harap penjelasan dari Syafiq telah membantu.
Ewan,
Jika anda tidak boleh membuat rayuan secara online sila buat rayuan secara surat rasmi. Anda boleh datang sendiri atau poskan surat tersebut sebelum atau pada 30 April 2010 kepada;
Pengarah,
Bahagian Matrikulasi,
Kementerian Pelajaran Malaysia,
Aras 6-7,Blok E15,
Kompleks Kerajaan Parcel E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62604 Putrajaya.
Anda perlu sertakan satu salinan transkrip keputusan SPM 2009 dan kad pengenalan yang telah disahkan
Adam dan Redfacemisery,
Sama-sama…
Syafiq,
Salam… terima kasih dengan maklumat tersebut.
Sumayyah,
Terima kasih kerana berkongsi mengenai laman web berkenaan.
Di harap penjelasan dari saudara Khairul juga membantu.
Cuma jika anda keluar/berhenti awal tanpa memenuhi syarat yang ditetapkan memang ada bayaran dikenakan oleh pihak Matrikulasi.
Selamat maju jaya tidak kira di mana akan meneruskan pembelajaran.
Quaresmasam,
Apa yang penting anda perlu mengenal apa yang diri anda minat dan cita-cita yang ingin dicapai. Selepas itu semak keputusan peperiksaan anda dan cari laluan yang terbaik untuk anda mencapai cita-cita dengan perkara yang anda minat itu.
Di samping itu dapatkan maklumat yang secukupnya mengenai pilihan yang ada sebelum membuat keputusan.
Khairul,
Salam… kalau mengikut Panduan Pendaftaran Program Matrikulasi PST Kementerian Pelajaran Malaysia Sesi 2010/2011 di atas memang hanya jika hadir atau tidak hadir pada 10 Mei sahaja dikira menerima atau menolak tawaran. Apa-apapun terima kasih kerana banyak berkongsi maklumat dan membantu di sini.
Faiz,
Terima kasih dengan maklumat tersebut.
Am,
Sama-sama… Benar anda perlu mendaftar seperti biasa pada 10 Mei nanti, ini sebagai menunjukkan anda menerima tawaran Matrikulasi. Biasanya sebarang permohonan tidak akan diproses dengan begitu cepat.
Sementara itu saya syorkan juga anda berhubung dengan Bahagian Matrukulasi di Putrajaya dan Kolej Matrikulasi yang akan anda mendaftar untuk mendapatkan maklumat lanjut. Saya difahamkan ada pembaca di sini yang di minta menghantar surat permohonan sekarang.
BK,
Jika tak datang maknanya anda menolak tawaran Matrikulasi tanpa sebarang kesan lain. Kedua-duanya sama sahaja dari segi Matrikulasi. Cuma di Kolej MARA ada program foundation UniKL tetapi difahamkan di Kolej MARA Kulim mulai tahun ini tidak ada lagi program tersebut.
Aril,
Matrikulasi Teknikal adalah salah satu laluan yang sesuai untuk anda menyambung pelajaran dalam bidang kejuruteraan elektrik. Cuma pastikan anda mencapai keputusan yang diperlukan, anda boleh rujuk di laman web UPU di bahagian Syarat Khas.
Sementara itu mereka yang telah mendapat tawaran dari Matrikulasi akan dapat tawaran dari IPTA juga jika berkelayakan.
Fisz,
Salam… Borang dan semua dokumen yang berkaitan itu akan dihantar melalui pos. Anda patut menerima surat tersebut selewat-lewatnya minggu hadapan.
Ninja,
Jangan bimbang tiada masalah.
Adisyar,
Surat tersebut sepatutnya anda akan terima selewat-lewatnya minggu hadapan.
Akim,
Ada yang berkaitan dengan mata pelajaran semasa sekolah dahulu dan ada juga yang baru. Walau apapun peluang untuk berjaya di Matrikulasi terletak di usaha dan kesungguhan semasa di Matrikulasi itu sendiri, jangan bimbang.
Along,
Saya tidak mempunyai maklumat terperinci bagaimana penempatan pelajar dibuat.
Layha Banderz,
Salam… Kedua-dua pun bagus bergantung kepada minat serta cita-cita anda.
Mida,
Anda boleh buat rayuan secara online selepas membuat semakan permohonan.
Hanis Zatul,
Sila rujuk Panduan Pendaftaran Program Matrikulasi PST Kementerian Pelajaran Malaysia Sesi 2010/2011 dan Kolej Matrikulasi Kedah
Zulkarnain,
Salam… Boleh tetapi tertakluk kepada syarat yang ditetapkan. Permohonan pertukaran jurusan boleh dibuat selepas anda mendaftar di Kolej Matrikulasi.
Ira,
Selewat-lewatnya dua minggu sebelum tarikh pendaftaran.
Rasy-din kun,
Memang boleh. Biasanya mereka akan ditawarkan ke IPTA cuma mereka yang mempunyai CGPA yang rendah agak sukar untuk mendapat program pengajian pilihan sendiri.
Sybaek,
Salam… surat dan dokumen dari Kolej Matrikulasi patut sampai selewat-lewatnya dalam minggu hadapan.
Kiki,
Pihak Maktrikulasi yang akan tentukan berdasarkan keputusan peperiksaan Biologi dan Fizik anda tetapi anda boleh memohon pertukaran.
Hafidzah,
Salam… Borang perjanjian tersebut akan dihantar melalui pos.
Azmi,
Salam… Setahu saya permohonan memang boleh dibuat tetapi pertimbangan akan dibuat berdasarkan keputusan SPM anda dan syarat lain yang telah ditetapkan. Jika mata pelajaran sains agak lemah hampir pasti permohonan anda tidak diluluskan.
Sebaliknya mereka yang mempunyai keputusan yang baik dalam mata pelajaran sains tetapi telah memohon jurusan perakaunan pada awalnya mungkin akan berjaya dalam permohonan pertukaran jurusan. Walaupun begitu saya difahamkan ada kemungkinan pertukaran dari jurusan perakaunan ke sains tidak dibenarkan kerana biasanya mereka yang ditawarkan ke jurusan perakaunan tidak memenuhi syarat jurusan sains.
Farah,
Salam… setahu saya tidak ada.
Eshvir,
Salam… baik nanti saya rujuk di sana.
salam nilam…sy mmg layak mengambil jurusan sains ttp membuat pilihan yg kurang tepat memilih perakaunan. Sy buntu….pihak kolej matrik perlis kata…”kalau tak nak jurusan perakaunan, x payah masuk matriks…”
pihak putrajaya kata…”mmg kami x benarkan tukar jurusan, maaf…”
Plz help….apa cara terbaik utk sy?
SY INGIN TAHU PENGIRAAN MARKAH MERIT KEMASUKAN KE MATRIK…
PADA TAON 2008 A1- 1MARKAH MERIT…
ADAKAH SPM 2009 A+=1 MARKAH MERIT DAN A= 2 MARKAH MERIT???
salam..
saya nak tnaye nie, kalau mintak asasi pendidikan islam islam UM kena temuduga tak ???
Terima Kasih for The Info Nilam…Sape Dpt Kolej Mara Kuala Nerang kat sini???
saya teringin sangat masuk matrikulasi..
tapi xberjaya..
i sudah buat rayuan..
but i harap sangat boleh berjaya buat rayuan..
adakah cara lain untuk rayuan..?
Hye,bagaimana jika seseorg yg mendpt twaran kemasukan Matriks PST i2 adalah pelatih PLKN?Adakah dia dibenarkan keluar awal/menangguhkan dahulu program PLKN tersebut?
nilam~
terima kasih;)
sy dah faham dan jelas mengenai hal itu.
maklumat² itu, sungguh membantu.
insyaALLAH, akan sy manfaatkn.
😀
sesiapa ad pgalamn msuk f6 sains???kongsilh ckit
Tq Nilam !! u r the man
terima kasih nilam..kepada yg dapat matrix,gud luck n belajar elok2! kepada yg dapat matrix kedah(changlun),jumpa di sana ya!
hmm…kalau yg nk tukar jurusan akaun ke sains d kolej matrik perlis mmg xdpt…
sbb sana akaun je ada…
jd kesimpulannye kena minta tukar kolej la…itu yg susah
kenapa saya tak dapat borang-borang yang sepatutnya dihantar oleh pihak matrikulasi kepada saya…sedangkan meeka sepatutnya dah menghantar borang-borang tu kan…
apa yang patut saya bawa semasa pendaftaran…
macam mana keadaan asrama dan bilik kolej matrikulasi labuan?boleh beri info tak?
adakah pelajaran di sana susah?saya diberitahu sangat susah nak score?saya takut larrrr~
ada ka pembelajaran di sana sangat padat?takde masa terluang ker?
kelas mula jam brapa slalunya?
boleh kluar dari asrama tak untuk berjumpa ibu bapa ketika tak ada kelas?
salam,blh tahu,kalau tak ambik subjek akaun.blh tak buat rayuan untuk kursus perakaunan matrik nie???
to zila:
matrik labuan bestt…
asrama 4 org 1 bilik…
tp lack of water supply la…kdg2 kena tggu lori air dtg baru nk ada air….
kena byk sabar…klu x nnt stress sbb xde air..
pembelajaran kat matrik ok la…klu pandai rancang masa, mmg cukup semua termasuk bersukan ptg2…
jgn set minda “alamak, sempat ke aku nk buat homework, nk study lg, ada kuiz la…” juz be relax…
buat keja satu2…n rajin2 la pegi jumpa lecturer…insya-Allah benda yg kita study dlm masa yg singkat tu lebih mudah difahami..
jadual xsama everyday…
tp yg pasti klas start jam 8 ..abis jam 4…2 hours rest..usually ade time tgh hari…
tp dier pny style randomly..
4 example:
isnin: 8-9: tutorial bio
9-10: tutorial chemist
10-11: rest
11-12: kuliah bio
12-1: kuliah chem
1-2: rest
2-3: tutorial math
3-4: kuliah math
selasa: 8-9: kuliah chem
9-10: sn infomatik
11-1: rest
1-2: tutorial math
2-3: kuliah math
3-4: kuliah bio
hmm..lain2 klas lain dier pny jadual..
sabtu n ahad bley kuar tp make sure balik b4 1830..
waktu mlawat (4 family)…klu x salah sampai ptg je…malam x bley..
klu nk outing time hari isnin-jumaat, kena isi data mis @ borang..kena isi awal coz nk kena diluluskan lg permohonan kite..at least 2 hari b4 date yg kite nk kuar tu..
utk perkhidmatan ke hospital @ klinik,
ambil borang d unit pelajar…bas ada jam 8 n 2 sahaja..utk matrik labuan la,..matrik lain x taw la plak cmne..
ad sape2 leh share psl matrik p.pinang ..?
sbilik bpe org ..jdual ?
thnxx 4 share ^_^
terima kasih ex matrix…
apa homework yang dia bagi?macam form5 juga ka?bagi awak,susah tak?senang ker pelajar matrix kena kick?
kuiz?macam mana kuiz dia?jawab soalan atas kertas yer?cikgu yang bagi?slalunya berapa soalan?
n~yang asignment tu macam mana?saya curious la…1st time masuk asrama…so,risau sangat sangat sangat…
maaf kan saya sbb banyak soal…tapi saya betul curious…(”,)
to ex-matrix….
Nak tau sekarang masih belajar ke????…..kat universiti mana??…ijazah ambil kursus ape??senang tak belajar ijazah lepas kuar matrix??
to ex-matrix,
hari sabtu n ahad mmg xder activity n kelas ker??
klu xnk tekan lg ‘terima tawaran’ blh x? sbb nk tggu kptsn upu dulu..
Salam. Anak saya ditawarkan kursus M001 Sains.
Apakah kursus2/bidang2 yang akan ditawarkan selepas dia tamat Matrikulasi ini.
TK.
solero : boleh kalau xtekan dlu .ttp dapat surat jugak.sbb aku da dpt surat ta tkn trima pon
sye dpat matrik di tangkak,johor.tpi xthu nak pegi kex.sye amik akaun di sane,result sye ok je a bm,math sej akaun n tsawur.b bi. c phy n addmath. d kim. nak kte susah sye blum hdapi tpi desas desus wat sye terpinga2 nak pegi ke x? toooolooong seyeeeee.
sye ade bertanye dgn rmai org tntangmatrik ni dan jawapan diorg smua positf.adakah perasaan sye menghantui fikiran dn menyebabkan sye sukar utk untk memilih.
to: ex-matrix
cam ne ek,, sy dpt sains kt perlis,,, tapi sy dak teknik, dh wat ryuan tkar tknikal, tp klu ggl, sy ttp nk g perlis,,, sy 6A je spm, fizik B+,, tu yg tkot nk suvive kt sne… dlu awk nye spm ok ark?? n cmne awt stdy kt mtrx ek?? tlong sy ek, i'm just doubt sgt nk g sna,,,
tutorial n kuliah.ape beze nyer????blh bwk laptop x g matrik???
sy da fax rayuan petukaran kolej matrik.perlis tukar ke perak.tp cane nak taw kputusan pertukaran dluluskan atau tidak??tlg sayeee,,
biasenye pertukaran snang ke dluluskan??
Azmi,
Salam… Walaupun mereka kata begitu tetapi kata putus bukan di tangan mereka. Saya syorkan anda tetap buat surat rayuan rasmi dengan memberi alasan-alasan yang kukuh kenapa permohonan anda harus dipertimbangkan. Jangan lupa sertakan salinan transkrip keputusan SPM dan kad pengenalan yang telah disahkan.
Sila rujuk komen Syafiq di atas untuk maklumat lanjut.
Azman,
Memang pada tahun lepas begitu tapi untuk tahun ini saya tidak ada maklumat yang pasti. Kemungkinan A+ dan A adalah 1, A- adalah 2, B+ pula 3 dan seterusnya.
Faresz,
Salam… Memang tidak ada temuduga.
Xiao,
Selain rayuan secara online, ada juga rayuan secara surat rasmi. Sila rujuk komen-komen di atas.
My92,
Pelatih PLKN boleh tunjukkan surat tawaran Matrikulasi dan mereka akan dibenarkan keluar dari kem. Setahu saya jika pelatih tersebut telah menjalani latihan selama 2 bulan, dia dianggap telah tamat latihan.
Panadol,
Sila rujuk kategori Tingkatan 6 dan baca komen-komen di sana, harap ada yang boleh membantu.
BK, Nuryz, Quaresmasam dan Hanis Zatul,
Sama-sama…
Zila,
Jika pada 30 April nanti anda masih tidak menerima surat tawaran dan dokumen yang lain, sila hubungi Kolej Matrikulasi yang berkenaan.
Di peringkat awal anda boleh semak Panduan Pendaftaran PST seperti pautan di atas.
Amda,
Boleh sebab ramai juga pelajar sains yang ambil jurusan perakaunan ni.
Lin,
Setahu saya biasanya tiada kecuali kalau ada kelas ganti atau tambahan.
Saidatul,
Salam….
Ada banyak bidang yang boleh dipohon, sila rujuk di laman web UPU bahagian Syarat Khas dan pilih Senarai Program Pengajian Yang Ditawarkan dan Program Pengajian STPM/Setaraf. Kemudian buatlah carian berdasarkan IPTA, Bidang atau Temuduga.
Syafiq,
Didoakan permohonan anda akan berjaya. Andaikata tidak, anggaplah ini satu cabaran. Jika anda berusaha dari awal masuk Matrikulasi, insyaAllah anda boleh menghadapinya dengan jaya. Mungkin Ex-Matrix boleh ceritakan pengalaman di sana.
Amalina,
Sebenarnya perasaan begitu memang biasa memandang anda akan melangkah ke satu peringkat dalam hidup. Selama 5 tahun di sekolah menengah dan sekarang akan pergi ke tempat baru dan berjumpa dengan kawan baru.
Senaraikan semua pilihan yang anda dan kumpulkan maklumat yang berkaitan supaya mudah membuat pilihan yang selari dengan minat dan cita-cita anda.
Apa yang penting fokus pada matlamat anda dan berusaha ke arah kejayaan, insyaAllah anda akan cemerlang walau di mana pun.
Lipstick,
Secara amnya kuliah itu adalah beberapa praktikum/kelas berkumpul di dalam satu dewan kuliah untuk mendengar pengajaran seorang guru. Tutorial pula satu praktikum/kelas dalam sebuah bilik membuat latihan atau belajar bersama seorang guru.
Nurin,
Biasanya pihak Matrikulasi akan menghubungi anda dan kelulusan bergantung kepada pertimbangan mereka, alasan yang anda beri serta kekosongan tempat.
SALAM SEMUA
SEKIRANYA ANDA INGIN TAHU ANDA MAMPU ATAU TIDAK DENGAN SUASANA PEMBELAJARAN MATRIKULASI SATU TAHUN ANDA HARUSLAH MEMPUNYAI (KEPUTUSAN SPM YANG BERKUALITI)SEBAGAI CONTOH:
ADDMATH:A
MATH:A+
FIZIK:A
KIMIA:A
BIOLOGY:A-
SPM 5A(UTK SUBJEK DIATAS) LEBIH BERKUALITI DARI MEREKA YANG MENDAPAT 7A/8A(SUBJEK MUDAH).
INI BERDASARKAN PENGALAMAN PELAJAR MATRIK YANG LEPAS(GRED SPM DITUKARKAN)
KESIMPULANNYA, ANDA YANG TIDAK MENDAPAT MATRIKULASI/SPM KURANG MEMUASKAN SEPATUTNYA BERFIKIR PANJANG(BUKAN MAHU GLAMOR DIGELAR BUDAK PANDAI MASUK MATRIK)KERANA UNTUK MEMILIKI DEGREE YANG ‘BERSTATUS’ ATLEAST CGPA 3.50..
JADI RENUNGKAN CGPA ANDA. BUKANNYA MASUK KE MATRIKULASI DISEBABKAN MAHU GLAMOR(TREND PELAJAR SEKARANG), MENGIKUT RAKAN, ATAU LAIN2..
SEKIAN..
salam ..nk tye ,,
klw tekan ‘terima tawaran’ ,upu konfem xdpt ke cmne ?
1 lg,klw tekan ‘terima tawaran’ 2,n then xjd g matrik …mcm mne ?
mana lebih baek ..
matrik ke diploma …?
sye rse sye xleh catch up la sbjek sains ni ..
g mtrik msti la kne blaja subjek sains .bio,fzk,kmia ..
so,cmne eh ? klw dpt u,nk g matrik ke u ?
tlong bg pendapt ..
poning kpalo eden ..
to zila:
homwork die buat latihan dlm buku tutorial je..yg len to up to lecturer sndiri la..
kuiz plak atas kertas je..biasanye 1 hour, sng je klu study,…
setiap kali abis 1 chapter confirm ade kuiz , …kuiz nie bgus ,klu xde kuiz, xde la nk buka buku or buat latihan..hehe..klu x fhm bley tny mane2 lecturer yg free kat pejabat..diorg sntiasa mnunggu student yg nk tny soalan..
kena pandai jaga masa, sbb kuiz nie termasuk dlm markah exam,..klu cm sy dulu,
nk study bio la, chem lg, math lg…
kdg2 tu direct kuiz selasa, rabu , khamis..tp x susah klu study..
4 assignment plak, xde la byk sgt…
assignment biasa2 je, ade soalan , jawab..anta..dpt markah..
yg kena kick tu, sbb dpt pointer 1.5 below…sbb tu kena study hard n smart klu nk stay…
markah untuk ujian sem,…10% markah dr lab, 10 % kuiz/assignment…10% ujian pertengahan..70 % ujian sebenar (4 sn)…math 80% ujian sbenar sbb xde lab..
to miner:
skrg sy dpt jd guru sementara je…
tgh tggu result nk masuk u la…klu x silap bulan 7 bru bley dftar masuk u..
tp klu bley sy nk jd lecturer chem kat matrik..
sy pun bru balik kpg 1 week,..bru blik dr matrik
apa beza M001-sains dengan M002-sains?
bila ko masuk matrik ni ko belajar la betul2 ek..sbb nya pengalaman aku pointer rendah kurang dr 3.0 sure kena lelong..korang xdpt la kos2 yg korang cita2 tu..kos yg biasa dpt dlm kategori lelong ni mcm komputer, sains gunaan,pengurusan,pendidikan..aku dpt 2.87 pn dpt bsc pertanian upm jer..nanti aku jadi petani la agaknya bile kuar..padahal average markah aku dlm B-..penat2 jer bljar masa matrik dl..aku hrp adik2 junior yg dpt masuk matrik ni bljar rajin2 ek..na jadi doktor perubatan,dentistry,farmasi kena dpt 3.9~4.0…kalo lain2 bidang medic termasuk bioperubatan,dietatik,forensik,optometri,medical imaging,physiotherapy tu kena dpt 3.8 ke atas depend ngan U yg kamu mintak..kejuruteraan pn plg kurang 3.0 br leh mintak.tu semua utk matrik sains la.tahniah yg dpt matrik.
bilakah keputusan untuk program ijazah luar negara bgi spm 2009 blh disemak?
Salam,
Korang nak masuk matrik nak BERLAGAK je lebih.
kalau setakat bio,fizik,kimia,addmath dpt B atau C.
baik korang ambik PDT atau diploma jelah.
Kalau A- PUN KORANG SUSAH nak dapat.
inikan PST matrik.
bayangkanlah pointer ko nanti.
tak pasal satu semester kene out.
Kalau korang nak rasa lebih CONFIDENT buat matrik.
aku rasa korang kena dapat PALING RENDAH PUN A- dalam
FIZIK,BIO,KIMIA,ADDMATH,MATH.
Kalau ni gred A- pun tak boleh.macamana nanti.
aku harap MATRIK AKU Semua budak pandai yang nak belajar.
Bukannya COUPLE ATAU MEMBUAT Perkara TIDAK BERFAEDAH SEPERTI MEROKOK.
rayuan bagi matrik bila blh dpt tau o..
emm..
sesape boleh x share matrik perlis??
cm bilik leh tggl brape org??
ada tk org blh share psl matrix johor kat tangkak????nak tau sangat camne belajar kat sane??????
salam..nak tnye ckit…bgaimne dgn pmbayaran yuran ep?..jelaskan kat ban k ke jelaskan pd hari pndftaran?..TQ.
terima kasih ex matrix…sy takut la…tak tau napa…saya nak jadi engineer tapi saya takut sya tak mampu nak bawa pelajaran2 kat matrix tuh…orang ckap kat sana tuh susah sangat…ada yang cakap pajar dia tdur sampai jam 3/4 pagi ah…stress gilerr nie…takut nya…
ex matrix…awak rase ok ke tak eh?kau saya masuk…smua subjek sains saya dapat c..math je yang A….
bm ngan bi b+…saya tak brape confident la…
Salam,
Nilam, sy ade sdkit kemusykilan berkenaan dgn biasiswa SPC MARA… adakah SPC nie berbentuk biasiswa yg tak perlu dibyr balik atau pinjaman yang perlu dibayar balik? Ade jgak kwn sy yang ckp SPC nie bergantung pd result mase kat u nanti… klau dpt 1st class degree, plu byr 1% je… ye ke?
BOLEH TERANG PASAL MATRIKULASI PDT….SAYA X AMBIL SUBJEK AKAUN,KALAU RAYUAN SAYA KE MATRIK DALAM BIDANG AKAUN DITERIMA,MCM PEMBELAJARAN SAYE DI MATRIK NANTI???
Salam, nilam.
Saya tak berjaya utk masuk Matrikulasi. Kursus pilihan saya–Perakaunan. Jadi, boleh minta nilam jelaskan tentang syarat2 kemasukannya (terutamanya dari segi keputusan SPM)? Bagaimanakah pula dgn syarat markah merit kemasukan ke Matrikulasi?
Harap nilam boleh membantu.
Terima kasih~
matrik perlis 1bilik bape org??tkot tol nak g jurusan akaun,asas akaun xde,asal sains.camne nilam,sy xde asas akaun.bole follow ke,kalau math A,addmath C+ je..
lin~ jd ke nk p kayangan ,kenalan nak?? ni facebook sy, aidaluffy23@yahoo.com kalau sudi add la,,
Okie…tq Nilam^_^
time kasih nilam,maksudnya sye msuk kat sane kene blaja btol2 la kan.sebelum ni x penah tebayang akan msok matrik.mungkin keputusan spm sye akan membuatkan sye ingin blaja dgan btol.mase pmr sye main2,yelah fkir pmr senang je.. bukan seperti yang dikatakan sesetengah org msok sane BERLAGAK MACAM PANDAI.Org tu cemburu dgn kejayaan org lain.
kpd PAAN jgn nak pengaruh org.
kpd NOBITA sekurang2nya pengalaman anda membuatkan sye lebih yakin. TERIMA KASIH.
tumpang tanya,sy nak tanya sikit.surat sy masih lagi belom sampai.sy dapat matrikulasi perak dan sy guna alamat selangor tetapi surat sy masih belom sampai.sy agak risau sebab kawan2 sy yang lain sudah dapat surat mereka.
sy sudah baca panduan pendaftaran matrikulasi.adakah borang perjanjian pengambilan dan pembiayaan pelajar itu disertakan sekali dengan surat matrikulasi tersebut?
lagi satu,adakah surat tawaran kursus dari bahagian matrikulasi KPM itu adalah surat yang disertakan sekali dalam surat daripada kolej matrikulasi tersebut ataupun surat yang sy perlu cetak ketika sy menyemak keputusan permohonan matrikulasi sy melalui internet?
sy ditempatkan dalam program satu tahun dan telah ditawarkan jurusan sains.tapi sy tidak tahu adakah sy ditawarkan program sc hayat ataupun sc fizikal.bagaimana untuk sy mengetahui course apa yang sy dapat?
semasa sy membaca peraturan kolej matrikulasi perak,da peraturan yg mengatakan sy dilarang untuk membawa sebarang peralatan elektrik kecuali charger handphone n alat pemburu nyamuk.adakah sy dibenarkan untuk membawa laptop dan seterika?
EX-MATRIX,sy hendak tanya.perlukah sy ulang kembali apa yg sy sudah pelajari semasa sy di tingkatan 4 dan 5?sbb sekarang sudah 6 bulan selepas spm jadi sy tidak ingat sangat apa yg sudah sy pelajari.
sy sangat risau sebab surat sy belum sampai.sekarang ini sudah seminggu lebih.sedangkan org lain sudah menerima surat mereka.sy khuatir surat sy tercicir.
kepada PAAN,anda sbnarnya tidak mmpnyai kyakinan diri…. sbnarnya, klu kita prcaya kita boleh buat saya rasa kita tntu berjaya…. mgkin bagi mrka yg dpt kptsn spm krg bagus, mrka akn jdkan prkara ini ikhtbar kpd mrka…. setiap insan ada kesilapan yg dilakukan… so, kpd pljr2 yg bkl bljr di matriks, saya ucpkan Good luck… percaya pada diri,usah dgn gigih tuhan akan bantu kita
salam…saya buntu sgt ni…alhamdulillah,saya dpt matrik kt km.k.nerang,kedah..n sya dapat tmuduga tuk SPA..n temuduga ke maktab..sy ni bdk perak…sya mmg minat sgt maktab..mslahnya,daftar matrik 10 mei..n tmuduga maktab 14 mei..spa ok lagi sbab 6mei..so,x clash other date..klu sy abaikan matrik..buatnya tmuduga maktab fail??..kan rugi..nak ulang alik..jauh gak..dalam 5 jam..sya dgr ader tmuduga maktab kt matrk ye??btul ke??…
nilam!!!!need your opinion…..
pless….
salam…saya sudah menghantar secara online untuk mnerima tawaran ke matrik nie, so kalau saya dapat tawaran ke asasi dan bercadang untuk mendaftar ke asasi, adakah saya akan dikenakan sebarang ganti rugi oleh phak matrikulasi jika sy tidak hadir sewaktu tarikh pendaftaran trsebut?
sudah lebih seminggu, tetapi kenapa surat tawaran ke matrikulasi belum sampai ke rumah saya? saya di tawarkan ke matrik gopeng…
adakah subject seperti biology, chemistry, mathematics, sains informatik, kemahiran dinamika, pend.islam dan b.inggeris yg menjadi subject di matrik sama dengan asasi?? ataupun, asasi mempunyai subject2 yg khusus bergantung kepada course asasi tersebut??
adakah subject biology, chemistry dan mathematics yg sy pelajari sewaktu di tingkatan 4 dan 5 lebih kurang sama sewaktu di matrik nanti yang mungkin bezanya adalah lebih mendalam??..
tq,
TO: AMALINA / NAD
siapa kata yang saya TIDAK MEMPUNYAI KEYAKINAN DIRI dan CEMBURU KEJAYAAN ORANG LAIN sedangkan saya sendiri mempunyai KEJAYAAN CEMERLANG DLM SPM..
sy trpaksa mengata begitu bukan mahu berlagak kerana sy tlh mmproleh 7A+ 2A 1A-
dlm spm lepas.DENGAN MEMPEROLEH A+ dlm MATHEMATICS, ADDITIONAL MATHEMATICS, PHYSICS, BIOLOGY,PERAKAUNAN, DAN SEJARAH.
saya berani menyatakan pendapat saya SEBEGITU.
kalau SPM 2 TAHUN pun mereka susah mendapat hya skadar A-.
INIKAN MATRIK PST YG PADAT.
adakah anda mahu memperoleh pointer yang biasa2 dan mahu dilelong ke ijazah yg BUKAN ANDA KEHENDAKI??????
fikir POSITIF atas PANDANGAN SAYA…
saya syorkan mereka yg tidak mendapat matrik pasti ada hikmahnya.
DARIPADA anda tidak dapat catchup dlm matrik..
lebih baik anda ke DIPLOMA..
SUDAH PASTI ANDA KE IJAZAH YG ANDA KEHENDAKI.
kerana pembelajaran yg tidak padat sudah pasti anda yg tidak SKOR dlm SPM akn berjaya.
p/s 4 bakal2 student matrik:
x kira ape pun result spm yg korg dpt,
once u dpt tawaran tu mean u layak utk study sana..
spm is spm…matrik is matrik..life baru..
saya ada pengalaman d mana student 10 A SPM get 2.0 pointer lebih je..student yg dpt 4A je spm dpt 4.0 pointer…x mustahil klu ada semangat n cita2 tinggi…
n jgn mudah nak berlagak & lupa diri….
bg yg dh maju ke hadapan, teruskan usaha..jgn berlagak ckp kte dh pandai,…sebenarnye di atas org yg berilmu, ada lg org yg lebih berilmu..
FIKIRLAH SEJENAK
to nj:
ermm..lebih kurang sama..cuma ada tambah ckit2 je..
jgn risau klu dah lupa..d sana nnt u akan refresh balik ape yg u study time f4 n f5..
klu still ade masa lg baca2 la awal buku tu..
ermm 1 lg,..ade la jugak tajuk2 baru yg akan d pelajari..
GOOD LUCK!
to aida:
masa kokurikulum that day sy dpt g matrik perlis,..
sbb matrik perlis jd tuan rumah,..sana 1 bilik bley muat 8 org sbb ade 4 katil 2 tgkat..
sesiapa yang ditawarkan ke MATRIKS.
BUKTIKAN ANDA MEMPEROLEH POINTER 3.50 ABOVE..
to zila:
sy x pernah pun tdo lepas jam 1 pg…klu pun tdo smpai jam 1 tu dlm 2-3 hari je selama 1 thn kat matrik tu..
rutin saya jam 11 sy mesti akan tdo ..jam 5 bgn subuh..sbb klu sy stay up pun xde apa yg sy dpt..sbb tu kte d ciptakan mlm adalah utk berehat..
yg stay up plak, diorg mesti akan tdo ptg, sbb tu dpt berjaga smpai pg, sebenarnye sama je masa kte tdo..(+/-) je..tp prinsip sy kol 11 mesti kena tdo, sbb otak sy perlu kn oksigen utk berfikir lebih baik..
tp lain org ,lain cara dier..kite buat ape yg kte rasa selesa..jgn paksa diri..klu rasa bley, teruskan..klu rasa x..jgn terus kan..sbb belaja tanpa smgt xde ape pun yg kte dpt..
sy dulu pun sn sy xde la brp sgt spm..tp sy dpt survive sana..sbb sy ingat sy kena balas jasa ibu bapa yg selama nie membesarkan sy,..sggup diorg anta sy smpai matrik labuan wlaupun sy tggal di kwsn luar bandar swk..
sehingga la 1 hari tu, kwn sy ckp jgn lemah smgt sbb kita adalah org baru d sini, ..kita bley start yg dgn yg baru..yg penting usaha tu ada..tp jgn usaha yg suam2 kuku…kena btul2..x fhm je tny..tny,..tny..
setiap ape yg kte tny itu adalah benda yg kita x tahu..dan bila kita dpt jwpn yg kita x tahu tu..sekelip mata kita akan tahu
kpd ex matriks, saya sokong pndapat anda….kdg2 x smstinya klu wktu spm rslt kita truk kita x kan brjaya ms di matriks!!!!
saya ingin tahu maklumat tentang yuran pengajian,yuran pendaftaran dan yuran penginapan bagi asasi um……ada sesiapa yang tahu tak dan harap nilam dapat balas……
btol ke skrg kalo dah dapat matrik takkan dapat yg lain??
to ex matrix,
saya lebih yakin untuk pergi ke matrik selepas mndgr pndgn awak..
sy sokong dengan pendpt anda!!!!..
thanks!! 🙂
PAAN awk budak matrik ke,result spm sye x la baik sgt. tpi alhamdulillah dpat msok matrik coz diber peluang utk lebih berusaha disana.sye minta maaf sye cme terkilan care PAAN memberi komen.
Salam semua,
TK Nilam kerana sudi memberi jawapan.Wang RM1,250/semester, adakah semua student matrik dapat? Duit tu utk kegunaan ape sebenarnye? Adakan makanan harian di kantin/cafeteria dikenakan bayaran?
Ade sesiapa ex-matrik Tangkak, sila bantu. I bilik utk berapa org, katil 2 tingkat ke? Dalam kwsn matrik tangkak ade atm BSN n kedai serbaneka/runcit?
Pada semua yg akan masuk matrik, berusaha keras (study hard, study smart), tak paham, tanya pada lecturer, jgn malu-malu nanti sendiri rugi. Solat jgn lupa. Ingat pesan ibubapa.
TK
kepade PAAN, ex-matrix:tahniah result gmpak anda PAAN.anda mlemahkan smangat sy.tp skali sy trpkir ade btol gak yg PAAN ckp tkot xdpt catch up.but im still terkedu ngan pndangan anda..tp lpas bce nsihat ex-matrix sye kmbali bsemangat,tq ex-matrix,smoga anda brjaye dlm hdup..matrik perlis,here i come!!spm is past..
best la korang yg dpt matrik selangor…2 org bekas lecturer math kitorang pndah kat sana from kml…mreka the best lecturer i had ever met…huhu
x yah nk rush msk matrix
amik dip kat uitm
pastu amik fast track
kn sng..
ex-matrix,terima kasih kerana sanggup menjawab persoalan sy.awk juga bnyk membantu org lain.tq 🙂
BDK UITMPP
ko cakap apa bro..
mana ada wat diploma then fastrack..
nak bg info x da ‘ILMU’
dah diploma, diploma je r..
matrik ni kre ‘ FASTRACK’ la..
APA LA.
ko SPM mesti HANCOR.
sebab tu tak tau.
haha.
SORY AKU CAKAP DIRECT JA.
thanks nilam..
sy dapat mtrx pahang..
ad spe2 ex-mtrx phg ley r share.. 😀
cumey hang spm brapa?
TAHNIAH dpt pahang
to ResultGempak,
Ko tu yg tak da ilmu, lepas diploma memang ade fast track utk pendekkan mase pengajian utk degree tu.. cthnye, degree 4 taun, fast track jd 3 taun je… ni hanye leh dbwat oleh lepasan diploma je… aku mmg anti org mcm ko ni… slambe je kutuk org sblum bwat research.. kalo die slh pun, pbtolkn la dgn cara baek… dah tu sebok2 plak nak tau result org lain… kitorang tau la result ko gempak…
TO result gempak:
haish x kn la spm hancor bole amik kos engineering kot..
then dpt tawaran PST matrix kat kmns….
uitm mmg ade fast track la..
amik dip 3 sem then bole wat degree…
UITM je ade…
skang nie ade 2 org roomate aku bdk matrix yg sgkot amik dip blk..
org dh sem2, die msk blk sem 1… umo same..
yang mana lagi susah….asasi sains hayat/fzkl ker atau matrikulasi sains hayat/fizikal????…adakah pembelajaran asasi dan matrikulasi sama dan apa bezanya??harap nilam dapat balas…
adakah selepas mengikuti program asasi pelajar boleh mintak biasiswa untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara????
salam nilam.
sy btol2 berharap agar nilam or ex matrix student bley terankn bagaiman ahidup d matrix nanti? sbb kalau boleh xnaklah same mcm kat asrama skolah, pnat da alami hidup mcm tu. haha. erm dr sefi pmbelajarn camne? subjek2, n erm care blaja, care idup. sume lah
salam nilam…
saya dpt matrik aliran sains…
saya nak tanya sci hayat n sci fizikal yang mana lebih susah?
kalau nk ambil course dentistry or farmasi,berapa pointer diperlukan di matrik?
Impreza,
Salam… Tidak masih ada peluang untuk dapat tawaran UPU. Kalau tidak pergi tidak ada apa-apa kesan kepada anda cuma dianggap telah menolak tawaran.
Kaka,
Kedua-duanya ada kelebihan dan kekurangan bergantung kepada cita-cita, minat dan kegigihan diri anda. Jika anda masuk jurusan perakaunan di Matrikulasi tiada mata pelajaran Sains.
Nur,
Kalau tak silap saya M001 Sains Hayat dan M002 Sains Fizikal;
Khairul,
Salam… saya tidak mempunyai maklumat mengenainya.
Wcheng,
Dijangka pada 24 Mei 2010.
BK,
Salam… Pembayaran sepatutnya dibuat sebelum datang mendaftar di BSN/Bank Rakyat. Maklumat lanjut ada bersama-sama surat tawaran dan Panduan Pendaftaran Program Matrikulasi di atas.
AMDA,
Sila rujuk Program Matrikulasi. Memang boleh jika ada kesungguhan.
Siew,
Salam… Pertamanya anda perlu memenuhi syarat yang ditetapkan seperti yang dinyatakan di Permohonan Kemasukan Ke Matrikulasi KPM Sesi 2010.
Selepas itu markah merit anda akan dikira mengikut keputusan SPM bagi 4 mata pelajaran. Markah merit yang terbaik adalah 4. Pada tahun lepas mata pelajaran yang diambil kira bagi Jurusan Sains untuk pengiraan merit adalah Matematik, Matematik Tambahan dan dua mata pelajaran sains terbaik daripada Kimia / Fizik / Biologi / Mata Pelajaran Teknik (Pengajian Kejuruteraan Awam/ Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/ Pengajian Elektrik & Elektronik/ Teknologi Kejuruteraan)
Bagi Jurusan Perakaunan pula mata pelajaran yang diambil kira ialah Matematik, Matematik Tambahan dan dua mata pelajaran terbaik daripada Prinsip Perakaunan/ Perdagangan/ Fizik/ Kimia/Biologi/ Sains/ Sains Tambahan/ Mata Pelajaran Teknik (Pengajian Kejuruteraan Awam/ Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/ Pengajian Elektrik & Elektronik/ Teknologi Kejuruteraan/ Lukisan Kejuruteraan).
Pada tahun lepas gred A1 adalah satu mata, A2 dua mata, B3 tiga mata dan seterusnya.
Tahun ini dengan Sistem Penggredan Baru Bagi Sijil Pelajaran Malaysia, saya tidak mendapat maklumat yang sahih bagaimana pengiraan mata gred Matikulasi dikira.
Aida,
Memang boleh jika anda berusaha dan gigih dari awal.
My92,
Sama-sama…
Amalina,
Sama-sama…. memang benar…. didoakan anda akan cemerlang di sana.
Nj,
Jika sehingga 30 April masih belum terima, anda boleh menghubungi terus Kolej Matrikulasi Perak untuk memaklumkan kepada mereka.
Benar dokumen tersebut akan disertakan bersama-sama.
Kedua-duanya surat tawaran tetapi berbeza kerana satu daripada Bahagian Matrikulasi KPM dan satu lagi dari Kolej Matrikulasi yang anda ditawarkan.
Selepas mendaftar anda akan diberitahu tetapi secara amnya mengikut keputusan SPM bagi mata pelajaran Biologi dan Fizik. Kalau Biologi lebih baik anda akan masuk Sains Hayat jika Fizik lebih baik akan ke Sains Fizikal. Walaupun begitu anda dibenarkan untuk memohon menukar dari Hayat ke Fizikal atau sebaliknya.
Bergantung kepada kolej yang berkenaan, bagi laptop memang boleh dibawa tetapi perlu didaftarkan atau dimaklum kepada pihak Matrikulasi. Seterika sepatutnya disediakan oleh pihak Matrikulasi di asrama tetapi ada kalanya tidak mencukupi, oleh itu ada pelajar yang secara senyap2 membawanya.
Keliru_92,
Salam.. Temuduga perguruan memang dijalankan di Kolej Matrikulasi tempat anda mendaftar. Pihak Kolej Matrikulasi akan membuat pengumuman semasa anda di sana untuk memaklumkan kepada mereka jika anda terpilih untuk temuduga tersebut. Walaupun begitu difahamkan tidak semua kolej akan berbuat begini, sila hubungi kolej anda untuk kepastian.
Jika Kolej Matrikulasi anda tidak akan menjalankan sesi temuduga, cuba mohon untuk mendaftar lewat iaitu selepas tarikh temuduga.
Nysaa,
Salam…
Tiada sebarang denda yang akan dikenakan.
Tunggu sehingga 30 April, jika masih tidak dapat sila hubungi terus Kolej Matrikulasi Perak.
Sememangnya tidak sama secara khusus dan Asasi juga mempunyai mata pelajaran yang bersesuaian dengan program Asasi tersebut.
Ada yang sama dan ada yang baru dan ada yang lebih mendalam.
Ex-Matrik,
Terima kasih…
Razif,
Tidak betul.
Saidatul,
Salam… Elaun itu akan diterima sepenuhnya melalui akaun BSN atau Bank Rakyat oleh semua pelajar Matrikulasi. Wang tersebut adalah untuk kehidupan di Kolej Matrikulasi atau apa saja terpulang kepada kebijaksanaan pelajar. Makanan harian di cafeteria dikenakan bayaran.
Secara amnya semua Kolej Matrikulasi menempatkan 4 orang pelajar satu bilik dengan 4 katil tapi ada juga yang 8 orang sebilik. Kemudahan ATM dan kedai koperasi juga disediakan.
Cumey,
Terima kasih dan tahniah…
Smyle,
Saya memang tidak ada maklumat mengenai yuran yang perlu dijelaskan untuk PASUM tetapi kalau tidak silap saya tidak jauh beza dengan Matrikulasi. Harap ada pembaca lain yang dapat mengesahkannya
Agak sukar saya nak memberi komen kerana secara peribadi saya tidak pernah melalui kehidupan di Asasi maupun di Matrikulasi. Secara amnya susah atau senang bergantung kepada minat dan kemampuan individu itu. Mungkin anda boleh baca balik komen2 di atas dan di kategori Matrikulasi kerana ada juga cerita mengenai kehidupan di Matrikulasi/Asasi.
Reja,
Salam… Secara peribadi saya tidak pernah belajar di Matrikulasi. Mungkin anda boleh baca balik komen2 di atas dan di kategori Matrikulasi kerana ada juga cerita mengenai kehidupan di Matrikulasi.
Mungkin Ex-Matrik atau sesiapa sahaja yang pernah belajar di Matrikulasi boleh menulis satu artikel mengenai kehidupan di sana. Pihak ePutra amat mengalu-alukan sumbangan penulisan untuk dipaparkan di ePutra.com. Sumbangan penulisan boleh dihantar terus kepada editor.eputra [at] gmail [dot] com.
Pisces,
Salam… Susah atau senang bergantung kepada minat dan kemampuan individu. Biasanya agak tinggi mungkin 3.80 ke atas tetapi farmasi mungkin rendah lagi, semuanya bergantung kepada jumlah pemohon dan tahap keputusan mereka yang memohon kursus berkenaan pada pengambilan yang berkenaan
thanks nilam..kat kolej mara pun maknanye ade la temuduga maktab ye?..senang skit..xyah ulang alik…
eh..nk tya blik..
prlu ke kte inform kat ipg tmpt kte tmuduga yg kta akn ambil tmudga d mtrk???
salam….nk tnye…knp surat tawaran x smpai2 lg.mcm mne ni??..plezz
saya nk tnye,,adakah pemakaian tudung di matrikulasi adalah wajib??
terima kasih nilam…
saya nk tanya lg satu soalan…
utk dapatkn scholar jpa,berapa pointer yg diperlukan di matrik?
antara asasi n matrik,yg mana lg better?
berapa elaun utk asasi?
terima kasih nilam..
pengesahan untuk dokumen such as kad pengenalan,sjil lahir,slip spm,sjil penglibatan kokurikulum and ect; perlu disahkan oleh pengetua sekolah kita dulu ke? kalau disahkan oleh pegawai kerjaan boleh tak?
kalau untuk saksi memang bolehkan tapi untuk pengesahan tu mcmmana eh?
sbb sy da pindah dan agak jauh untuk pergi ke sekolah sy tu..
ada sesapa yg taw tak?
thanx..
sy nak kasik ncihat sket kat bkal2 student matrik..jgn dgr sgt kata PAAN kat atas 2..die xtau ape2..
4 paan ko cermin dri 2 dlu sblum bukak mlut..Allah bg kite nikmat kite syukur larh..jgn bngga dri…sklip mate je die bley amik blik..
sy ni ex-kmpp..sy msuk dlu 3A je..sumenye asas yg A..ntah camane sy ley msuk sy pon tak tau..tp kat matrik sy mmg fokus gler last2 sy dpt 4.0..mmg syukur yg amat sgt..
yg msuk dlu straight A ade je yg kne lelong coz dieorg over cnfident sgt..yg tkut nk msuk matrik ni think positive..jgn dgar sgt ckap org yg dengki mcm org kat atas 2..
mmg xley nk nafi idop kat matrik ni susah sket..ad laa sket cam kat asrama tyme spm dlu..tp klau kite usaha no poblem larh..grenti bley survive pnye..spm 2 dah lpas..mtrik ni prenggan bru dlam idup kite..klau msih ad ragu2 dlm kpale 2 tdah tgn and doa kat Allah supaye dkuatkan agar bley lalui idop kat matrik nnt..
haa lg satu sblum trlupe yg pnting tyme matrik nnt jgn fkir nak ber Couple2..plz dont..rmai dah student yg couple ni kbnyakan nye mmg xbleh nk follo study kat matrik..mmg la rmai ppuan yg cun2..laki yg ensem2..tp try fokus dlu kat study 2..pas abis nnt ikotla nk couple ke kawin ke..
ingt lg pngalamn kat matrik dlu..sy ni bleh la thn jgk rupenye..ensem laa jgk..bkn nk bngga tpi sje nk bgtau btape truknye bdak2 matrik ni..dlu rmai la jgak ppuan yg nak dkat..tiap2 ari ade org nk mntak no fon..dduk rapat2 la..tp alhamdulillah dpt jgak sy tepis..syukurlah Allah kuatkn iman tuk tolak sume 2..plz korg jgn lbatkan dri couple2 ni..kalau kena skali mmg ssah nk tolak..sy crita sume ni sje supaye korg ley jd pngajaran..
Alhamdulillah skrang ni amik jrusan engineering..kalau ad soalan 2 ley la tnye..insyAllah sy ley jwbkn..ni first tyme msuk website ni..
thnxx 2 hakim exmatrik 4 ur advce ^ _^
sy dpt kmpp ..bley share x anything sal kmpp
thanks hakim exmatrik ats info yg sngt bergune..
cume nk tny..sush x nk catch up sume sbjek dlm 1 taon je..
kn bnyk kn..lbey detail lak 2 dri spm..tkot tension..
pas 2 ade kuiz lak 2..biase nye lau ley jumpe lecturer mase bler??
mlm2 ley jumpe gak ke???
Assalamualaikum
IKA:
SETAHU SAYA PELAJAR MORAL SAJA YANG TIDAK PAKAI TUDUNG. KALAU MAHU KE KOLEJ MATRIKULASI INGIN TUNJUK LAWA SAYA SYORKAN ANDA KE KOLEJ
YANG MENAWARKAN KURSUS KECANTIKAN.MATRIK HANYA ORANG YANG MAHU BELAJAR BUKAN MENAYANG KECANTIKAN. siapa setuju?
PISCES:
MATRIK DENGAN ASASI SAMA TARAF. POINTER YANG MENENTU KECEMERLANGAN.
123456:
ANDA BOLEH RUJUK BUKU PERATURAN MATRIKULASI
Hye,cuma nak kepastian sahaja….btul kah tmuduga guru ada dibuka d’ semua Kolej Matrikulasi selurh negara…
emm…saya pny kt kolej mara k.nerang xder pun yg tmudga mktb..so,sy tls surat mtk tngguh daftr..sy tlh pun hubungi pihak kolej sy….sp2 yg ad mslh nk k tmuduga ke ap ke..ley la 4llow cara saya
@my92
yup
siapa dpt masuk ke kml?=)
salam..
to nilam..
x silap saya dulu nilam ade mengatekan selain pmbyrn yuran pendftrn, ade jugak yg perlu dibyr sehingga rm500 lebih..tpi di dalam surat yg dihantar oleh matrik ini, xder pulak matrik nie tulis.. so, sy risau..adakah pihak matrik akan mmbrithu ape lg yg perlu sy byr semasa sy mendftr nnti?? sbb sy risau keluarga sy hrus memikrkn kewngn lg sewktu pndftrn itu nnti…emm, ataupun tahun nie pembyrn 500 lbih tu dimansuhkan???
thanks to hakim exmatrik n PandanganPelajar 4 ur info…
@keliru_92
Means awak x pg daftar Matriks pd 10/05 nie kan?Tpi saya msh ragu2 ohh..sbb saya ada tlihat komen d’ sni yg mengatakan bahawa jika x mndaftar Matriks pd 10/05 trus x bleh mndaftar lagi…Ataupun ia bgantung kpd Kolej Matriks i2 sndri….?
@my92
mmg x boleh mendaftar lg kecuali mempunyai sebab2 tertentu
@ex-matriks KML
Ohh ok…tpi bukankah setiap Kolej Matrikulasi ada mngadakan tmuduga guru?Saya ada tlihat komen d’ sni yg mengatakan mmang ada…
salam…sya dpt buat rayuan dlm aliran sains…
result spm2009 sya dpt 2A 3B 4C6…
result mcm nie bleh dpt matrik tak????
kalau dpt pst or pdt????
ade sape2 x yg ade info pasal Kolej Matrikulasi Melaka ??
pasal life kt sne, asrama dye camner, study n sume laa.. tnanx~ 😉
nazirah..
sy share pnglmn sy sbg ex mtrx mlaka..
hdp kt mtrx mlaka sme je mcm hdp kt asrma biase..cume jadual agk pack..
satu blik 4 org..
mtrx ni sbnrnye x susah, tp kne study lgsg x blh leka coz syllabs mmg byk..
cant afford 2 make any mistake cos gune systm cgpa..
Keliru_92,
Tahun ini saya difahamkan tidak semua Kolej akan mengadakan sesi temuduga KPLSPM. Jadi bagi mereka yang terlibat boleh memohon untuk mendaftar lewat atau meminta kebenaran keluar. Pastikan permohonan ini dibuat dan diluluskan sebelum 10 Mei. Jika tidak diluluskan dan anda tidak datang mendaftar pada tarikh yang ditetap, anda dianggap telah menolak tawaran Matrikulasi.
Diharap permohonan anda akan diluluskan.
The Riey,
Jika hari ini anda masih belum menerimanya, sila hubungi Kolej Matrikulasi yang anda ditawarkan pada hari Isnin nanti.
Pisces,
Sama-sama… tahun lepas sekurang-kurangnya 3.40.
Hakim ExMatrik,
Terima kasih dengan perkongsian pengalaman anda. Semoga anda akan terus cemerlang di dalam jurusan kejuruteraan yang sedang anda lalui sekarang.
Lin,
Salam… Minta maaf jika saya menyebabkan anda risau. Sebenarnya selain daripada yuran pendaftaran yang telah ditetap tidak ada pembayaran lain. Cuma ada beberapa keperluan lain seperti alatulis, buku rujukan dan seumpamanya tetapi semua ini anda boleh beli selepas mendapat elaun.
My92,
Memang benar jika tidak datang mendaftar pada 10 Mei secara sendirinya anda dianggap sebagai menolak tawaran ke Matrikulasi. Walaupun begitu anda boleh menghubungi Kolej Matrikulasi yang berkenaan untuk memohon pendaftaran lewat. Jika permohonan anda diluluskan barulah anda boleh tidak mendaftar pada 10 Mei nanti.
Berkenaan temuduga KPLSPM itu sila hubungi Kolej Matrikulasi anda untuk mendapatkan kepastian kerana saya difahamkan kali ini tidak semua kolej akan menjalankannya.
Sn92,
Salam… PST atau PDT tu bergantung juga kepada mata merit anda.
Amir,
Terima kasih…
thanz bebanyak kpd ex mtrx n hakim exmtrx…. u all mmg best la… sy dak teknik, spm 6A,,, MATH, ADD MATH dpt A+,,, Tp fizik B+ je,,, sy dpt msok kmp tok sains,,, mle 2 sy tkot x ley nak suvive kt sne sbb sy mang x ske fizik,,, tp ble dgr nchat awk bdue,, smgt sy bekobar2 plak,,, thanz bebanyak…harap awk success hakim ex mtrx n x mtrx…awak due mng layak tok cmrlang,,, doakan kejyaan kami dak2 baru nie ek,,, salam,,,
xpelah nilam..
oh.. nasib baik x ade..fuuhh..
apa beza (computer engineering) dengan (engineering n sci computer)..?
salam sumer..sy pat matrik dan asasi undg2 di uitm..tp program sy nnt hny ley smbung wat degree d uitm shja..hati sy kuat mengatakn ingin ke matrik sbb cita2 sy nk amek medic tp sy tkut xdpt bwk mase d matrik..sy hny dapat a untuk semua teras dan subjek sains sy sume b dan add math sy c..sy memg lemah add math,dan sy sgt tkot xdpt catch up math di matrik..hope ex-matrik dpt tolg sy..lau kte lemah basic,maseh ade peluang ke untuk SURVIVE D MATRIK? sy dpt pst sains hayat..law pulak,kate org lebih terjamin sbb asasi da tntu2 ade tmpt wat degree..tp matrik risiko sgt besar lau kena lelong..sy merayu sgt..korang tolgla sy..
tlg la sye…
eum sye xdpt matrik..tp sye dpt wat rayuan..n then sye dpt universiti…sye nk tgu result rayuan matrik kua,,,tp universiti 2 kne kompom kan sblom 10 mei..rayuan matrik plk kua 24 mei,,kalau sye terima universiti…adakah peluang sye tok dpt rayuan matrik? sye tkot kalau sye x terima universiti..n ble 24 mei sye xdpt matrik…kn da 2 2 sye xdpt..tlg bntu sye…
assalamualaikum… sy nk tnye… kalau kite terima tawarn universiti tp kita nak masuk matrx dulu boleh x..? sebab u msk bulan 7.. tapi sekiranya kita dah masuk matrix adekah twran u 2akn ditolak serta merta..? saya confuse…
ade x silibus subjek2 mse spm dlu mcm chem,fizik,add math yg akan diajar balek mse matrix nnty ?? bab mne yg penting n akan diajar nnty yea ?? sy engt nk study sket dlu b4 msk matrix niey,, coz byk da lupe.. sy takut xley catch up lak kt sane nnty.. huhu~ harap2 sape2 ex-matrix ley tolong bg info sket.. thanx~ 😉
assalamualaikum..alhamdulillah..sye dpat mtriks di perlis dlm bidang perakaunan..betolkah matriks akan mengasingkan pelajar yg tidak mempunyai basic akaun ke kelas laen??dan apakah risikonye jika sye ke matriks dengan mengambil bidang ini..kerane sewaktu skola menengah yg lalu sye tidak blaja bidang ini..??sye juga dapat tawaran diploma di uitm dlm bdang akaun,…
p/s:yg mn satu lebih bgos??matriks or diploma di uitm..??segala kerjasama,saya dahulukan dgn jutaan trima kaseh!!
sye da dpt universiti..tp sye nga tunggu rayuan matrik…
kalau sye terima universiti…boleh ke sye dpt rayuan matrik?
boleh ke kita tukar asasi??
salam…saya dpt matrik arau perlis..sy nak tnya la niae k
to pncintabio:
lebih baik u discuss with ur family,..
n tny balik diri sndiri, u minat law or medic?..cuba pk, klu u amik medic…bley x study btul2..sbb u je yg btul2 taw tahap dlm diri sndiri..klu amik asasi law, mean tetap la law is ur future,..klu amik matrik,..masih ada chance kita nk amik ape time dgree nnt…but make sure muet band 4 above la..
tepuk dada tny minda..
mcm yg sy ckp,…
x mustahil sesuatu akan berlaku jika kita berusaha mencapainya..
addmath sy time spm pun c..
sbb sy taw puncanya sy byk sgt main2..
then, once sy berpeluang dpt tawaran kat matrik..kte study btul2..xde da godaan nk tgk tv..nk itu nk ini..last2 klu sy xde nk wat ape..last2 study jugak..sy suka wat latihan2 for math..sbb sy rasa latihan byk membantu sbb kte akan jumpa pelbagai jenis bentuk soalan..
pada sape2 yg tgh tggu rayuan matrik n dpt tawaran u,…
nie pengalaman roomate sy la..dier cerita mcm mana dier bley masuk matrik,..
thn lps, dier pun dapat twrn u..pd masa yg sama,..dier tgh tggu rayuan matrik cm u all…tp dier merayu tulis surat..sbb dier terlepas borang matrik..dier ada apply u n dpt…pd masa yg sama dier tgh tggu rayuan matrik..tp x confident dpt ke x..jd dier accept 4 upu..x lama lps tu,..rupanya rayuan ke matrik berjaya..jd dier masuk matrik cmtu je la..
saya dpt matrik di perlis dalam bidang perakaunan dan saya nak tanya bila habis matrik bolehkah saya memilih actuarial sains di university? atau hanya pelajar sains stream boleh memilih subject ini?
nilam
assalamualaikum
saya dpt tawaran mtriks, tp saya keliru sma ada saya boleh msuk atau tak.
ibu bpa saya bkn wrganegara mlysia, tp saya wrganegara mlysia,
apa yang saya baca matrikulasi mnyediakan peluang plajran utk plajar bumiputra,
jadi adakah saya layak msuk?
saya jga dpt twrn asasi sains di UM, manakah plihan trbaik?
trima kasih.
sy b’semangat giler pas bce nasihat dr ex matrix n hakim ex matrik….
tq sgt2 korg….sy akn b’usaha gigih kt matrik ni…
cume nk tau spe tau tntg matrikulasi perak?? cter la…
thanks ye ex matrik…
jika saya mengikuti matrikulasi pst.dalam aliran sains fizikal…adakah peluang saya cerah untuk menyambung pelajaran dalam bidang pengurusan hartanah setelah tamat belajar di matrikulasi kelak kerana guru saya ada mengatakan sekiranya saya mengikuti program matrikulasi aliran sains berkemungkinan besar saya akan diserapkan ke bidang sains juga untuk program ijazah…tolonglah sesiapa jawab soalan saya ni…saya dalam dilema
sy nak tanya nie,
saya ada terima tawaran dr kolej matrikulasi labuan.
isi kandungannya ialah,
-cek giro
-buku panduan pdaftaran program matrikulasi
-buku panduan pelajar baru ke matrikulasi,
-borang maklumat kad pelajar.
dlm buku panduan ada mengatakan bahawa saya perlu lengkapkan Borang Perjanjian Pengambilan dan Pembiayaan Pelajar dan Buku Dokumen Pendaftaran Pelajar.
apa tu ye?
dokumen-dokumen nie tak disertakan bsama surat tawaran…
heellppp
to innes :-
Buku dokumen pendaftarn pljar dn borang perjanjian akan diberikan semasa pelajar dtg mndaftr….
cba tgk dkat garis panduan dan maklumat pendaftaran pelajar…
mukasurat 4 pda 3.2.4……..
ada dkat situ….hehe
Kepada adik2 yg xdapat matrix xyah la sedih.masa aku dok matrik dl pn byk kawan2 aku yg tngh2 buat matrik pindah tempat lain..kalo buat A level g oversea ok la gak under JPA ke MARA ke kn.g wat diploma jer kt UTM,UiTM..poli pn ade..aku respect jer keputusan diorg,tapi skrg aku rase keputusan diorg not bad at all..sbbnya nak dijadikan contoh ader kwn aku tu dpt offer g diploma terus berenti matrik skrg dah abeh belajar diploma dah.dia amek Teknologi Makmal Perubatan UiTM.die kerja dh pn dgn gaji start 2k++ kat makmal hospital kerajaan..ok aper.dan ader kwn aku yg jugak pernah belajar matrik sama dgn aku tapi pindah buat mekanikal UTM pn br jer abeh diploma skrg 1st year degree mekanikal UTM gak ..ok la tu drp aku buat course biasa jer..ader gak kawan aku pn sama blaja matrik ngan aku pegi wat diploma gak kat Institut Teknologi Petronas (INSTEP)..skrg dh kerja ngan petronas dh pn.gaji masyuk…diorg2 ni sumer bukan la xleh bwk masa matrik..tapi mereka ni maybe xmo amek risiko kot..pengajaran kalo adik2 yg tak dpt matrik tu jgn risau lah..ader jer rezeki kat mana2..tunggu UPU tu..janji minat nak belajar..kalo yg dapat matrik tu lak dan konform dgn keputusan anda.teruskan aker..matrik setahun ajer.tak rugi pn try.
to dia: kalau awak dapat surat tawaran matrik tu maksudnya layak la..jangan buang masa masuk matrik sebab asasi um lagi bagus dah link dengan universiti dia nanti senang sikit nak mintak sambung degree kat sana…setakat ni pelajar pasum semuanya ok2 dan sambung degree yg elok2 sikit je yg dapat kursus lelong kat ipta berbandi dengan matrik yg ramai dilelong saban tahun
sy dpt matrik selangor sains hayat,dan sy juga dpt asasi sains gunaan uitm,yg mn lbh bgus ye??blh terangkan sikit x tntg sains gunaan?
nilam, sy xdpt matriks untuk pst, sy dminta untuk membuat ryuan tetapi untuk perakaunan, tpi sy xbrmnt, sbb sy xda asas langsung subjek perakaunan, tkt nnt xleh bwk, boleh x kalau saya dpt akauan lps tu sy tkr ke sains teknikal walaupon scnd intake?? tlong ek. n betol ke sy dgr ada matrik khas untuk jrusan perakaunan sahaja? (xtau btl ke x),
Nilam , saya belum dapat surat tawaran daripada kolej . Saya cuba call hari jumaat tetapi mereka suruh saya call sekali lagi hari ini tetapi apabila saya call , tak ade orang pick up the phone also. Macam mana eh? Mereka akan menolak tawaran saya tak? mcm saya sediakan dokumen saya kerana saya belum menerima sebarang surat lagi?
bolehkah saya tahu,
adakah pelajar perempuan beragama islam dibenarkan memakai kemeja dan seluar (menutup aurat) selain baju kurung?
salam
sy telah menyemak keputusan ke matrik dan tidak berjaya..
adakah sy perlu mnggu kputusan PDT atau trus mmbuat rayuan..
saya dpt tawaran matriks kt kulim dan asasi sc hayat kt um.mane 1 lg bagus ye?takot nnti buat keputusan x bole patah balek dah..confuse sgt2.wheww.
slm,sy nk ty…em,mgikut arhan yg dbrikan olh klj mtrikulsi kdah,pljr prempuan hrus bwa bj tshirt yg bkolar sj…tp.mslahyer sy dh bli bju yg ydak bkolar…camne ek??xpe ke lu kte pkai tshirt yg xbkolar spt yg dkatakn..cz sy dgr disiplin kat matrik kdah ni amt tgas!!…so,ape pndpt korg???huhu…..
saya dapat matriks 4 akaun kt kmj…..n dpat diploma akaun kt uitm…..saya keliru nk pilih yg mane satu…..semua saye dh ikhtiar…solat istikharah pon dh…tpi masih keliru lagi….tolong la saye….tarikh daftar dah dekat…saya tkot wat pilihan yg salah…..ntok matriks mmg cepat n saye cume tkot time amek degree saye xley bwak…sbb mase d matrik studynye terlalu cepat kalo nk dibandingkan dgan diploma…..n diploma saye dgar lebih safe n ley wat fast track mase kat degree kalo smbung cost yg same mase diploma…btol ke???snang ke nk dpat pluang fast track ????
hai susahnye dpat 2 twran…kalo dpat satu twran je kn senang…xpyah bnyak pikir…
pleezzzzzzzzz…..sesape yg mlwat kat sini tolong bagi jwpan scpatnye……
TOLONG AKU……………..
Keliruman…
untk memudahkan diri membuat pilihan, kenali minat, kelebihan dan kelemahan diri sendiri..
kedua-dua pilihan mempunyai kelebihan tersendiri dan juga dapatkan nasihat dari mereka yang lebih berpengalaman..
insan…
pada pendapat saya, mungkin baju berkolar itu hanya untuk program di luar lawasan asrama..
sebab saya bekas pelajar matrikulasi melaka dan kami tiada masalah dalam pemakaian baju berkolar ataupun tidak walaupun di mana-mana..
JJ…
pada pendapat saya kedua-dua pilihan mempunyai kelebihan masing2 tetapi untuk memudahkan diri membuat pilihan, kenali diri sendiri…
ira…
sebaiknya anda hendaklah terus membuat rayuan..
farhana…
ape yang saya tahu, semasa di matrix pelajar islam dikehendaki memakai baju kurung sahaja.
Ninja…
pada pendapat saya, anda perlu terus menelefon untuk mendapatkan kepastian dan jangan risau kerana mereka tak akan menolak tawaran anda..
tetapi anda perlu bawa surat tawarn yang di print ketika menyemak tawaran di laman web matrx
saya 😀
apa yang saya tahu jika kita disuruh membuat rayuan untuk perakauan bermakna kita tidak layak untuk mengambil subjek sains semasa di matrx dan sains teknikal hanyalah untuklah mereka yang bersekolah di sekolah teknik sahaja..
jangan risau jika x ada background akaun kerana ramai juga pelajar aliran sains yang mengambil akaun..
FIA…
maaf saya tiada maklumat tentang sains gunaan, untuk lebih maklumat anda boleh mencari maklumat di internet..
kenali minat, kelebihan dan kelemahan untuk memudahkan diri membuat pilihan kerana kedua-dua kos mempunyai kelebihan masing2
innes…
untuk lebih maklumat, sebaiknya anda menghubungi pihak mtrx labuan.
Nana24…
setahu saya, kita bebas untuk memohon untuk menyambung ape2 kos ketika menyambung ijazah kelak.
Dia…
pada pendapat saya jika anda telah mendapat tawaran mtrx, ini bermakna anda untuk melanjutkan pelajaran ke mtrx..
pilihan terbaik bergantung pada diri anda sendiri, kenali mnt, klmhn dan klbihan diri anda..
salam. nak mnta pandangan dr sesapa sahaja yg sudi. saya dpt matrik akaun di kolej mara kola nerang. saya jugak dpt asasi ekonomi & sains pengurusan di uia. so skrg saya x tau nak pilih yg mana satu…matrik, confirm setahun ja.. asasi uia ikut thp pncapaian bi kta..plg cpt pon rsanya setahun stgh…tp asasi uia dh secure tmpt utk ijazah di uia.. matrik plak, dgr kata, kalau dpt result gmpak pon blom tntu dpt tmpt di u. so…mcm mana??? which one yg akan korang pilih, kalau korg jd ak? plezzz… perlu bantuan …sangat2…tq..
tQ amer cz bg pndpat awk..tp sy tkut laen mtrik,len disiplin yer..huhu..anyway,thanks on ur opinion…sy mghrgainyer…hehe
to amir:terima kasih byk2 for the opinion.really appreciate it.insyaAllah sy akan buat keputusan yg terbaek. 🙂
emmm mcm ner yk law ktew nk tkr coz
dr akaun ke sains
time dftr t lh x yk??
msok f6 je la wey…..lg bes…..
huhuhuhu…..
thanx to ex-matrik sbb bls komen sy..sy hargai sgt komen awk..yup time spm mmg sy maen2 sgt math,ckgu plak berbuln2 xde..tu yg da xmint add math..parents sy ckp suh masuk law coz mmg da ade tmpt ble wat degree nnt..walupon bi sy a,tp sy xla fasih sgt b.i tkot gak terkial2 kat sne..tgl lg sehari untuk sy fikir tok kemane..sy memg sgt2 mint medic..n sy taw kemampuan sy bley bwk matrik tp sy kena usahe lebih cam ex-matrik..tp skunk 4flat pon lom tentu pat medic..tu la yg menakutkn sy..mgkin awk fkr sy ney tkot nk amek risiko kn.. muet tu sush x?blaja pe muet tu? my mom syorkn law sbb dia nmpk potensi sy yg suke berdebat n petah tp mint sy pde law hny 50-50..uwaaa.. =”( sush sgt sy nk wat pilihn..org kate restu ibu bapa tu pntg..sy tension sgt2..sush sgt nk memilih..keburukn matrik tu la,kena lelong,tmpt pon xsure lg..lau ex-matrik atau hakim ex-matrik ade email,ley sy add? ley kte ym tok sy mtk pndgn korang..
saya dpt ASASI KEJURUTURAAN MEKANIKAL.
6 TAHUN= 6SEMESTER..
Masalahnya saya nak ambik DIPLOMA camner neh?
orang kata diploma 3 tahun dan lagi bagus dari asasi..
asasi belajar asas tapi diploma belajar mendalam.
tq amir…..
saye rase saye akan masok diploma je la….
doakn kejayaan saye….
fia.sains gunaan ialah fakulti..uitm hanya tawarkan asasi sains..kalau x silap, program yg ditawarkan pd fia ialah asasi sains ya kan?dibawah bercetak sains gunaan.bermaksud program yg ditawar untuk fia matrik dan uitm hampir sama ,bezanya tempat..dan kursus dipelajari.kerana asasi uitm perlu study 4 subjk..kimia,bio,fz dan math.tp sains hayat hanya 3,xda fz..klu uitm 3.5 ke atas ble sambung perubatan,pergigian, farmasi.tp klu pointer bwh 2.00 besa ditawarkan degree sains gunaan lain..terpulang pd fia nak pilih mana.kdua2 ada klebihan.fia dah buat kptsanka?
are_lien…
ape yang sy tahu, dalam keadaan biasa plajar yang ditawarkan kursus akaun tidak akan dibenarkan untuk menukar ke kursus sains.
Terdesak…
pada pendapat saya pilih pilihan yang anda minat kerana dengan itu akan menambahkan semangat anda untuk belajar..tentang peluang di ijazah itu bergantung pada kemilihan kursus yang betul..sebagai contoh, anda perlulah memilih kursus berdasarkan keputusan yang anda perolehi…jangan pilih kursus yang tidak bersesuaian dengan pointer anda..dan selebihnya adalah doa dan tawakkal.
Sy mengambil stpm2010 dng sujek bm,sejarah,p.am dan perniagaan .Apakah pekerjaan yg bole sy mohon pd masa hadapan.PLz beri pandangan!!!!Tq in advance
If only stpm have more advance pakej according to students interest.For instance i like subjects like bm,fiz,sej n pa.The governmant should intro other pakej so that students will be more interested in taking stpm n scoring well.This is only an opinion……….
Atik…
kita boleh memohon untuk menukar asasi tetapi bergantung kepada kelayakan kita dan kekosongan tempat yanhg ada.
Lutfey…
tentang pengasingan klas itu saya tidak pasti tetapi walaupun anda tidak mempunyai basic dalam akaun anda tidak perlu risau kerana anda akan diajar dari basic ketika di matrix..dan mengenai pilihan antara uitm ataupun mtrx anda saja yang mengenal diri sendiri kedua2 pilihan mmpunyai klbihan masing2..kenali diri anda sendri, tentang minat, kelebihan dan kemmpuan..
nazirah29…
memang ada silibus spm yang diajar ketika mtrx tetapi jgn risau kerana kebanyakannya adalah basic2 sahaja..tetapi sebagai persediaan apa salahnya study blk sbjk2 spm tu..tak perlu secara mendalan just to get the rough idea is already enough..
nazura…
memang kita boleh masuk mtrx dahulu tetapi harus diambil kira tentang yuran kemasukan yang perlu dibayar dan perlu diingat anda juga mungkin perlu membayar semula elaun yang diberikan oleh pihak mtrx(bergantung kepada pihak mtrx itu sendiri)..jika anda tidak kisah maka teruskanlah niat murni anda itu..ilmu itu pelita hidup!!
kebuntuan…
jikalau anda cnfrm untk upu anda tidak perlu risau kerana anda masih mempunyai peluang untuk mendapat rayuan mtrx itu brgntng pd rezeki anda..bnykkan lah berdoa..
pencintabio…
saya rase anda tentu mengenali minat, klbhn dan klmhn anda..gunakannya untuk mmbuat pilihan yang tepat dengan diri anda..dan walaupun anda lmah basic tak bererti anda tidak boleh berusaha ketika di matrix..apa2 pun kenali diri sendiri sebelum membuat pilihan…
nilam kalau dpt matriks yg rayuan tu nnt msok dftar rmai2 or juz ganti yg kekosongan tu.?? nnt blaja saing yg msok 10 mei ni ke or lain2??
Flower…
ape yang saya tahu..anda akan mendartar bersama2 pelajr yang mndapat rayuan yang lain dan terus mngikuti pmblajrn tnpa perlu mengikuti prgram orientasi..
salam nilam..adkh pelajar yg telah mendaftar matrix sudah slesai minggu orientasi….? dan sekiranya saya dpt matriks yg rayuan tu, tarikh daftar utk kemasukan bile??
amir,sy ambil subjek bm,pa,p.perniagaan n sejarah utk stpm.apakah pekerjaan yg bole sy pohon pada masa hadapan n apakah kepentingan subjek ekonomi……TQ in advance
salam…
sy adalh slah sorg calon yg gagal untuk mgikuti program matrikulasi 1 tahun..
namun,,saya x brputus asa untuk membuat rayuan..
tp,,bnarkah calon rayuan hanya d tmpatkn utk program 2 thun..??
harap nilam dpt membantu..
askm .. alhamdulillah .. saya dpt rayuan matriks di penang .. 🙂 .. kalo dh dpt tue kene tunggu surat drpd kolej masing2 dulu ke??
ahmdlliah..sye dpt mtrik negeri 9..
adakah pelajar yg ambilan kedua sesi pst akan diasing ngan pelajar ambilan pertama bagi sesi pst?
camne nak dapat Borang Perjanjian Pengambilan dan Pembiayaan Pelajar,
Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia (PPM/BM-1/99-Pin-2).???
alhamdulillah,
sy pn dpt matrk gk..dpt kt perlis..
program satu taun ambilan kedue ade mggu orientasi x?
alhamdulillah..sy dpt gak matrik pst rayuan bagi kursus sains kat pinang.. tapi sy pelik time sy buat ryuan hari tu, sy telah merayu kursus perakaunan.. walau apapun sy syukur sbb mmg sy meminati kursus sains..tkt laaaaaaa..banyak g brg yg tak sedia..dah la trkh pndftrn 24mei-3jun..doakan sy nilam n semua………….ohya nak p dftr nie kena surat twran saje ker?@ sy kne tggu surat yg dposkan oleh pihak matrik?????
alhamdulillah..sy dpt gak matrik pst rayuan bagi kursus sains kat pinang.. tapi sy pelik time sy buat ryuan hari tu, sy telah merayu kursus perakaunan.. walau apapun sy syukur sbb mmg sy meminati kursus sains..tkt laaaaaaa..banyak g brg yg tak sedia..dah la trkh pndftrn 24mei-3jun..doakan sy nilam n semua………….ohya nak p dftr nie kena surat twran saje ker?@ sy kne tggu surat yg dposkan oleh pihak matrik?????
amir,sy ambil subjek bm,pa,p.perniagaan n sejarah utk stpm.apakah pekerjaan yg bole sy pohon pada masa hadapan n apakah kepentingan subjek ekonomi……TQ in advance
mcm mna jika sya sudah membuat permohonan matrikulasi dulu,tetepi terlupa untuk mengemaskini maklumat-maklumat matrikulasi itu.tarikh tutup mengemaskini maklumat sudah pun berlalu.adakah masih di terima permohonan saya?