Semakan Keputusan Permohonan Matrikulasi PST Sesi 2010

TERKINI :

Para lepasan SPM 2009 yang ada membuat permohonan ke program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia sesi 2010/2011 boleh menyemak keputusan pengambilan mulai 16 April 2010. Ini merupakan untuk mereka yang berjaya mendapat tawaran Matrikulasi Program Satu Tahun (PST).

Cara Semakan

  • Keputusan permohonan ke Matrikulasi 2010 boleh disemak dengan tiga cara;
    1. Melalui laman web Kementerian Pelajaran Malaysia di Semakan Tawaran Kolej Matrikulasi.
    2. Melalui SMS – Taip MOE (jarak) MAT (jarak) No.KP (tanpa sempang) dan hantar kepada 15888 Contoh: MOE MAT 911001115263 dan hantar ke 15888
    3. Telefon terus ke Talian Bantuan Matrikulasi di 03 8884 4100 dari jam 8.30 pagi hingga 4.00 petang pada hari bekerja

Pendaftaran

  • Mereka yang berjaya mendapat tawaran ke Matrikulasi perlu mendaftarkan diri ke Kolej Matrikulasi yang telah ditetapkan pada 10 Mei 2010. Surat tawaran dan maklumat lanjut tentang pendaftaran, yuran dan sebagainya akan dihantar oleh Kolej Matrikulasi yang berkenaan.
  • Mereka yang tidak menerima surat tawaran berkenaan selepas dua minggu daripada tarikh keputusan permohonan matrikulasi dinasihatkan segera menghubungi Kolej Matrikulasi yang berkenaan.

Rayuan

  • Manakala mereka layak dan ada membuat permohonan tetapi gagal mendapat tawaran ke Matrikulasi PST boleh membuat rayuan mulai 16 April 2010 sehingga 30 April 2010. Rayuan perlu dibuat secara online.
  • Keputusan rayuan boleh disemak pada 24 Mei 2010.

Maklumat

  • Sila hubungi Talian Bantuan Matrikulasi di 03 8884 4100 jika terdapat sebarang pertanyaan.
  • Sila rujuk laman web Bahagian Matrikulasi KPM untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Tahniah kepada mereka yang berjaya mendapat tawaran ke Matrikulasi PST 2010.

Related posts:

  1. Semakan Keputusan Permohonan Ke Program Matrikulasi Satu Tahun Sesi 2009
  2. Semakan Keputusan Penempatan Ke Program Matrikulasi Dua Tahun Sesi 2009
  3. Tarikh Keputusan Permohonan Ke Matrikulasi Sesi 2009
  4. Keputusan Rayuan Matrikulasi Dan Ambilan Kedua Program Satu Tahun Sesi 2009/2010
  5. Semakan Permohonan Ke Matrikulasi KPM Sesi 2009

302 Comments

  1. zirah says:

    nilam…
    kalu saya x kemas kini kan borg matrikulasi tu ok kew?

  2. nurin says:

    time kasih tuhan!!!
    nilam,trima kasih atas jase nilam terhadap sy..

  3. nurin says:

    slm nilam..
    bolehkah saya menukar program yang ditawarkan kpd sy semasa mendaftar di kolej pengajian???
    sbgai cth sy ditawarkan program perakaunan, ttp sy ingin memohon untuk program sains..

  4. Lut says:

    alhamdullilah..tq nilam..matrik pahang..hehe..

  5. fara says:

    @Lut Said,
    blh tnya, ada x mhon biasiswa JPA?

  6. matrikboy says:

    dpt jugak …..alhamdulillah, tq nilam :D , matrik teknikal kedah

  7. faiz says:

    alhamdulillah , matrix kulim,kedah
    nilam.ape beza matrix dekat kolej matrikulasi n matrik kat kolej mara

  8. Khairul says:

    Salam,
    Alhamdulillah sy dpt matrik selangor, cuma ada sikit kemusykilan sebab sy mohon melaka, n9 dan labuan… tp dpt slangor plak… nak tanya nilam, adakah penempatan pelajar dibuat berdasarkan alamat tempat tinggal? sebab sy guna alamat uncle sy kat shah alam slangor…
    Apapun, tahnian buat smua yang berjaya, tak kesah la kat mana pun.
    skrg nak tggu keputusan untuk upu lg mei nie…

    P/S: Nilam, sy dah tanya kat pnmuduga MARA bila kputusan utk tmuduga MARA tu akn klua n dia ckp mayb dlm bulan mei jgak… n kalau tahun lepas, kputusan klua hujung Mei.. mendaftar untuk upu n matrik mayb minggu kdua Mei.. camner lak tu? prlu daftar je dulu utk secure tmpat ke atau tggu je kputusan MARA tu? klau tak dpt MARA camne plak?

  9. ABC says:

    assalmualikum..
    alhamdulillah saya telah ditawarkan ke matrik teknikal johor..
    nanti kalau saya tekan “terima tawaran” permohonan UPU saya tidak akan dibatalkan kan?

  10. syaqila says:

    wah..sy dapat matrik pahang..ada sape2 yg dpt pahang x..
    xde member la..

  11. Kak N says:

    Salam..tq bebanyak Nilam..akak dpt banyak maklumat kat sini yg membantu anak akak buat permohonan..Alhamdulillah dpt matrix teknikal kedah

  12. nana says:

    alhamdulillah…dapat matrik melaka..

  13. arip92 says:

    Alhamdulillah saya dapat matrik tangkak johor…sesiapa tau tak bila keputusan untuk asasi sains?

  14. she says:

    salam.
    betul ke bila pelajar yang masuk matrik dh tak boleh keluar dari matrik setelah dpt tawaran upu. saya ada terdengar tentang ada kontrak. tapi tak pasti btl ke?

  15. faiz says:

    nilam.boleh ke nak buat penukaran kolej matrikulasi.cth la, matrix selangor nak tuka matrix n9.boleh ke

  16. wenwen says:

    Bagaimana kalau saya nak tukar jurusan pengajian saya? cth,saya ditawarkan jurusan sains tapi saya nak jurusan perakaunan..

  17. nilam says:

    Zirah,
    Okay saja tidak ada masalah.

    Nurin,
    Sama-sama….
    Memang boleh, selepas mendaftar anda boleh memohon untuk menukar jurusan.

    Lut,
    Alhamdullilah… sama-sama… tahniah.

    MatrikBoy,
    Alhamdullilah… tahniah.

    Faiz,
    Alhamdullilah… tahniah.
    Setahu saya Kolej Matrikulasi hanya mengendalikan program matrikulasi KPM, manakala Kolej MARA mengendalikan program matrikulasi KPM dan program foundation UniKL.

    Khairul,
    Salam… Memang benar, di antara faktor yang diambil kira untuk penempatan kolej adalah tempat tinggal pemohon.
    Lebih baik anda mendaftar dahulu sementara menunggu keputusan MARA tu, setelah sah dapat MARA baru keluar. Jika tidak mendaftar dan tidak dapat MARA pula, anda akan terlepas peluang untuk melanjutkan pelajaran.

    ABC,
    Salam… Tidak, anda masih berpeluang mendapat tawaran UPU.

    Kak N,
    Salam… terima kasih. Sampaikan ucapan tahniah kepada anak akak.

    Arip92,
    Tahniah, dijangka awal Mei, sila rujuk Semakan Keputusan Permohonan Kemasukan 2010.

    She,
    Salam… memang benar ada perjanjian tetapi jika mendapat tawaran UPU anda boleh keluar tanpa perlu membayar apa-apa.

    Faiz,
    Biasanya pertukaran jurusan memang boleh tetapi pertukaran kolej tidak dibenarkan.

    WenWen,
    Anda boleh memohon pertukaran jurusan selepas mendaftar nanti.

  18. Lut says:

    @fara,
    tak bleh nak mhon sbp kurang 1 a lg..haha..

  19. farah isma says:

    boleh x dpt pdt kalau x dpt pst…..???

  20. boy_akufrust says:

    salam. nilam, sy x dpt matrks pst…tp, sy dtwr utk rayuan bg jrsan akaun…jd, kalu sy rayu utk jursan akuan, sy ni trgolong dlm pst kan?? 1 lg, mcm maner kiter nk tau kiter dpt prg mtriks pdt lak??? sb sy dh x dpt mtrik utk pst…takut nyer..waaa..

  21. K says:

    tahniah kpd yang dapat matrik.saya rasa sangat tersangat teramat sedih sebab tak dapat.kalau yang tak dapat tu,boleh buat rayuan kan.saya boleh pilih samaada sains @perakaunan.cuma nak tanya boleh ke kita pilih sains lagi?peluang tu cerah ke lagi?ataupun pilih akaun lebih selamat?sbb ari tuh pilih sains tapi tak dapat.

  22. arip92 says:

    salam nilam..saya nak bertanya.. adakah keputusan ke pusat asasi sains UiTM, UIAM dan UM berdasarkan permohonan fasa 2 yang tarikh tutupnya dahulu pada 30 Mac 2010 atau menggunakan borang lain yang disediakan oleh universiti tersebut? Semasa mengisi borang Fasa 2 saya memilih asasi sains UiTM, UM dan UiAM sebagai pilihan 1,2 dan 3 saya. Ada kemungkinankah pelajar mendapat 2 tawaran iaitu dari matrikulasi dan asasi melalui permohonan Fasa 2

  23. saerah says:

    salam…alhamdlillah,sy dpt matrik kat kdah..huhu..sume adik bradik sy blajar kt kdah..ish3..nti ble blajar kat cne,sy akn blajr btol2..doakan tuk sy yer nilam..hehehe,,thanks..kpda sape2 yg dpat mtrik kdah,slm pknalan sy ucapkan..hehehe..gud lux..

  24. 123456 says:

    nilam, tawaran untuk matrik tu kena print sendiri kan?
    kalau kita nak terima tawaran tu, kita kena p daftar 10 mei nie eh?

  25. urfah says:

    hyee , saye nak tanye , boleyh ke bwat pertukaran dr matrix kedah ke matrix selangor ? tenkiu .

  26. fia says:

    alhamdulillah…..dpt kolej matrikulasi selangor~~semoga dpt jumpa dgn kwn yg baik2…..

  27. Nurkaer says:

    terima kasih kerana menyediakn info2 terbaru….
    Alhamdulillah saya dapat Matrikulasi Perak…
    kepada bakal kawan2, c u there…
    kenapa ada kawan saya yg tidak mintak Matrikulasi Selangor tapi mereka dapat disitu??

  28. fiha says:

    sy ta dpt aliarn teknikal tp ley wat rayuan utk aliran sains n akaun..sy plih akaun n lau dpt, ley ta sy tuka sains

  29. era says:

    hai,,saya dapat penang matrix..(anyone?? gt penang?)
    and so sad,, sume kawan saya(even my bestfren) dapat kedah..
    xboleh tukar ke tempat matrix?
    mcm saya nak tukar penang ke kedah..
    tq

  30. Nysaa says:

    salam… Alhamdulillah saya dapat matrik gopeng, perak…skrg nak tunggu untk asasi pulak…;)

  31. pyka bDk teknik kEMaman says:

    alhamdulillah… sy dpt KMT Pahang…TQ..

  32. lin says:

    salam..
    alhamdulillah, saya dapat matriks kat perlis..
    saya nak tanye.. selepas saya terima surat twrn daripada matrik
    adakah saya akan mndpt surat dripada Matrikulasi yg menyatakan ape2 yg saya perlu bwa n ape2 jelah yg berkaitan??? selalunyer dapat biler??

  33. mu says:

    plez help me..sye x brjye tuk program 1 tahun, dn bleh buat rayuan tuk program akaun tpi sye nk amik asasi sains hayat..mcm ne????

  34. lolipop says:

    alhmdulilh sy n kwn2 dpt matrik selangor..
    sy nk tanye brp jumlah kos pengajian?

  35. lilysuhaila says:

    kalau buat rayuan x jejas upu kan?

  36. naz92 says:

    salam,,sya dpt mtrx n.9,,sume kengkwn dr skola sya dpt tmpt yg sme,,bes sgt,,p sy nk tnye,,klau surat twran dtg,adkh ia bserta ngn kperluan yg sya kne bwk??n lau dpt asasi dr u len,sy leh kuar mtrx but wet pndftran dpulangkn ker??lau sya x byar pndftran dlue sbb nk 2ggu u len leh kew?

  37. aril says:

    dlm dilema nak wat dip ker matriks..
    bgs ke matrik teknikal????
    fuhhh..kusut..

  38. MUHAMMAD says:

    slm. saye mohon perakaunan pd mulenye, tp sye kemaskini tuk sains…dan kputusannye saye x dpt pst tapi ley wt rayuan utk perakaunan…adakah ini berpunce drpde tindakan saye menukar program saat akhir selain berdsrkn rslt spm

  39. nj says:

    nilam,bila due date untuk kita beri jawapan sama ada kita terima atau tolak tawaran matrix tu?sy dapat matrix gopeng,perak.tapi kalau boleh sy nak tggu keputusan upu baru sy decide nak pergi upu atau matrix..tapi sy takut kalau sy tak berik respond pihak matrikulasi perak akan ingat sy tolak tawaran mereka.ataupun lebih bagus sekiranya sy pegi matrix dahulu kemudian tuka ke upu selepas terima tawaran ke upu?

  40. tihah says:

    salam nilam…
    sy mrupakan pelajar spm 2009 dan merupakan pelajar aliran sains…
    ttp…utk permohonan matrikulasi,sy tlah memohon aliran akaun…
    dan sy telaah ditawarkan ke matrik perlis…
    dan problemnya ialah…
    bolehkah saya membuat rayuan untuk meohon aliran sains untuk second intake??
    pliz tolong…

  41. nilam says:

    Farah Isma,
    Ada kemungkinan.

    Boy Akufrust,
    Salam…Ya benar sebab PDT tidak ada jurusan perakaunan.
    Anda boleh semak tawaran PDT pada 3 Jun 2010.

    K,
    Lihat kepada keputusan SPM anda terutama mata pelajaran Biologi, Fizik, Kimia, Matematik dan Matematik Tambahan, jika baik anda boleh cuba merayu dalam jurusan sains, jika tidak lebih baik merayu dalam jurusan perakaunan.
    Peluang bagi jurusan perakaunan lebih cerah sebab syarat kelayakannya lebih rendah.
    Walaupun begitu anda perlu pertimbangankan minat dan cita-cita anda sebab matrikulasi bukan satu-satunya jalan untuk masuk universiti.

    Arip92,
    Salam… Ya betul berdasarkan permohonan fasa 2 itu.
    Memang mereka yang layak akan mendapat 2 tawaran seperti yang anda sebut itu.

    Saerah,
    Salam… Alhamdullilah, didoakan anda akan cemerlang di sana.

    123456,
    Benar anda perlu cetak surat tawaran tersebut. Di samping itu anda perlu dapatkan juga surat tawaran rasmi dan dokumen yang lain melalui pos yang akan di hantar oleh Kolej Matrikulasi. Kedua-duanya perlu dibawa semasa mendaftar.
    Benar anda perlu datang mendaftar pada 10 Mei.

    Urfah, Era,
    Biasanya tidak boleh melainkan anda mempunyai masalah kesihatan atau saudara kembar yang mendapat tawaran di kolej matrikulasi yang lain.

    Fia,
    Tahniah…

    Nurkaer,
    Sama-sama… dan tahniah.
    Pihak Matrikulasi memang ada cara mereka untuk membuat penempatan pelajar, salah satu daripadanya adalah alamat pemohon.

    Fiha,
    Biasanya mereka yang mendapat tawaran selepas melalui proses rayuan agak sukar sedikit untuk memohon pertukaran jurusan.

    Lin,
    Salam… Bersama-sama surat tawaran tersebut akan disertakan beberapa borang yang perlu diisi dan dokumen yang menyatakan keperluan yang perlu disediakan atau dibawa semasa mendaftar nanti.
    Surat dari Kolej Matrikulasi ini biasanya akan sampai dalam tempoh dua minggu selepas keputusan diumumkan.

  42. faris says:

    bagaimana cara utk mmbuat ryuan ke mtrik??

  43. mardhiah says:

    macam mana nak tau kita dapat
    kos sc fizikal atau sc hayat?

  44. faiz says:

    nilam. sy sbelum ny mhn matrix dkt selangor, n9 n melaka.
    tp dpt kat kedah . nape tak ditempatkn kat tempt yg dipohon.
    adekah ikut alamat sbb alamat sy di kedah

  45. boy_akuredha says:

    salam nilam…sy nk tnya sket jer..sy x dpt mtrik 4 pst..tpiditwr utk rayu akaun. kalau la sy rayu amik akaun dn dpt…nanti kuar bley x smbung blaja bdang sains or sbgnyer..? nk tau sngt..dan pasti ke x kalau sorang tuh x dpt matrik utk pst dia diberi twrn utk maatrk prog 2 thn ek???tlong nilam…

  46. nilam says:

    Mu,
    Ini mungkin ada kaitan dengan keputusan mata pelajaran anda yang lebih sesuai mengambil jurusan perakaunan.
    Tapi jika akan anda masih berminat dengan jurusan sains hayat, saya syorkan anda teruskan membuat rayuan dalam jurusan perakaunan dan jika dapat cuba mohon tukar jurusan atau ke PDT. Walaupun begitu perlu diingat setahu saya permohonan pertukaran jurusan untuk mereka yang diterima melalui rayuan agak sukar sedikit.

    Lolipop,
    Tahniah… Kos pengajian adalah percuma malah anda akan dibayar elaun RM1,250 satu semestar. Cuma anda perlu jelaskan yuran pendaftaran sekali sahaja berjumlah RM350.00 bagi Jurusan Sains & Teknikal dan RM302.00 bagi jurusan Perakaunan. Walaupun begitu terdapat beberapa perkara lain yang perlu dibayar dan jumlah keseluruhan hampir RM500. Sila tunggu surat tawaran rasmi yang ada memberi maklumat terperinci mengenai jumlah bayaran dan cara bayaran.

    LilySuhaila,
    Tidak.

    Naz92,
    Salam… Benar surat tawaran akan disertakan dokumen-dokumen lain untuk tindakan dan panduan pelajar baru.
    Yuran pendaftaran kalau tidak silap saya tidak sepenuhnya akan dipulangkan.
    Yuran pendaftaran perlu dijelaskan sebelum anda datang mendaftar dengan memasukkan ke dalam akaun bank yang ditetapkan. Walaupun begitu jika anda ada masalah kewangan atau ingin menangguhkannya, anda boleh berunding dengan pihak Kolej Matrikulasi yang berkenaan.

    Aril,
    Bergantung kepada cita-cita dan minat anda. Perancangan bagaimana anda ingin mencapai cita-cita anda itu boleh menentukan pilihan yang perlu dibuat.

    Muhammad,
    Salam… Pada pendapat saya lebih kepada kerana keputusan SPM anda.

    NJ,
    Saya tidak pasti pula mengenai tempoh tersebut. Sebenarnya jika mengikut sistem yang digunakan pada tahun sebelumnya, anda boleh menerima dahulu tawaran matrikulasi dan apabila mendapat tawaran UPU, anda boleh membuat pilihan.

    Tihah,
    Salam… Anda tidak perlu membuat rayuan tetapi terus saja memohon pertukaran jurusan selepas mendaftar nanti.

    Faris,
    Anda perlu kemukakan surat rayuan rasmi ke alamat berikut :

    Pengarah,
    Bahagian Matrikulasi,
    Kementerian Pelajaran Malaysia,
    Aras 6-7,Blok E15,
    Kompleks Kerajaan Parcel E, 
    Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
    62604 Putrajaya.
    Sertakan satu salinan transkrip keputusan SPM 2009 
    dan kad pengenalan yang telah disahkan

    Atau 

    Anda boleh datang sendiri ke Bahagian Matrikulasi sebelum atau pada 30 APRIL 2010  dengan membawa bersama-sama satu salinan transkrip keputusan SPM 2009 dan kad pengenalan yang telah disahkan.

    Mardhiah,
    Anda boleh rujuk kod jurusan, kalau tidak silap saya M001 Sains Hayat dan M002 Sains Fizikal.

    Faiz,
    Memang benar, salah satu cara penempatan kolej adalah berdasarkan alamat pemohon.

  47. Khairul says:

    @fia,
    Sy pun dpt matrik Selangor, actually untung le sp yg dpt matrik Selangor ni sbb baru dibuka tahun nie, mksudnye, kelengkapan pnp smue baru2 blaka.. heheh.. n khabarnye, matrik selangor nie mmg beso giler…. tp matrik2 lain pun ape kurg nye.. smoga brjaya utk sume kengkawan…

    @lolipop,
    Yuran Pendaftaran.

    1. Program Satu Tahun

    – Sains/Teknikal – RM 350.00

    – Perakaunan – RM 302.00

    2. Program Dua Tahun

    – Sains – RM 290.00

  48. Khairul says:

    Nie sy sdiakan sdkkit maklumat utk sp2 yang dpt matrik Selangor.. heheh..

    LATAR BELAKANG KOLEJ MATRIKULASI SELANGOR

    Kolej Matrikulasi Selangor (KMS) dijadualkan beroperasi pada bulan Mei 2010 dengan bermulanya sesi akademik 2010/2011. Kolej ini mula dibina pada awal 2008 dan merupakan kolej matrikulasi ke-13 di seluruh Malaysia di bawah Bahagian Matrikulasi, Kementerian Pelajaran Malaysia.

    Kampus KMS terletak di kawasan seluas 90 ekar di Kampung Kathong, Mukim Jugra, Banting. Lokasi kampus ini ialah 7 km ke arah barat dari Bandar Banting, 55 km dari Kuala Lumpur, 20 km dari KLIA dan 40 km dari Putrajaya. Kedudukannya berhampiran dengan beberapa institusi latihan dan pendidikan seperti Pusat Latihan TUDM, Institut Latihan Perindustrian dan Kolej Komuniti dan dikelilingi oleh beberapa bandar utama seperti Shah Alam (40 km), Kelang (30 km), Port Dickson (90 km) dan Morib (14 km). Beberapa institusi pendidikan yang baru juga sedang dalam pembinaan.

    KMS boleh menempatkan seramai 3,000 orang pelajar secara full board di 5 blok kediaman yang lengkap dengan pelbagai kemudahan termasuk bilik penginapan pelajar, bilik bacaan serta bilik rekreasi. Di blok kediaman pelajar terdapat 3 kafeteria yang akan memberikan perkhidmatan penyediaan makanan kepada pelajar. Pelajar dan kakitangan KMS boleh melaksanakan aktiviti ibadah di sebuah masjid yang terletak di tengah-tengah kampus yang boleh memuatkan lebihkurang 2,500 orang. Sebuah Pusat Pelajar juga dibina berhampiran bagi mengendalikan semua urusan berhubung hal ehwal pelajar yang akan menempatkan kaunselor, Penolong Pengarah Peperiksaan dan Penolong Pengarah Hal Ehwal Pelajar dan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti kemudahan ATM, kaunter HEP, kedai koperasi dan pusat aktiviti pelajar.

    Dalam melaksanakan proses pengajaran, terdapat 6 buah dewan kuliah yang dilengkapi dengan peralatan LCD, skrin, dan lain-lain bagi memuatkan antara 150 – 250 pelajar. Terdapat 52 bilik tutoran dengan 19 buah makmal sains untuk kegunaan pelajar dan pensyarah. Sebuah Pusat Sumber dua tingkat yang mengandungi 7 makmal komputer dan 3 makmal bahasa disediakan dengan talian internet, WiFi dan lain-lain peralatan terkini .

    Bagi memenuhi keperluan pelajar dan kakitangan untuk beriadah dan bersukan pelbagai kemudahan dan peralatan disediakan. Ini termasuklah padang bola sepak, padang hoki, 3 gelanggang bola keranjang, 4 gelanggang tenis, 4 gelanggang bola tampar, 4 gelanggang sepak takraw, 2 gelanggang skuash, 2 gimnasium dan satu dewan serbaguna.

    KMS juga menyediakan perkhidmatan lain dengan caj yang berpatutan seperti perkhidmatan dobi dan percetakan. TASKA untuk anak-anak pensyarah dan kakitangan juga beroperasi bagi memudahkan pensyarah dan kakitangan mendapat perkhidmatan penjagaan anak-anak mereka semasa mereka bekerja.

    Banting, bandar yang terletak di tepi Sg, Langat merupakan bandar terdekat dengan kampus KMS. 7 km jaraknya dari KMS pada kedudukan 2.8” utara dan 101.6” timur adalah bandar yang sedang pesat membangun akibat limpahan pembangunan yang rancak di sekitarnya seperti Putrajaya. Pembukaan KLIA juga memberi sumbangan hebat ke atas pembangunan Banting, Rangkaian jalan raya yang baik disambungkan dengan beberapa bandar yang lain di sekitar seperti Morib, Shah Alam dan Klang.

  49. MUHAMMAD says:

    nilam…sye nk tau kolej matrikulasi manekah yg menawarkan jurusan perakaunan? lau boley, snaraikn sume ye? tq…

  50. boy_akufrust says:

    salam nilam…sy xdpt mtiks utk prog 1 thun..dpt twran buat rayu utj jursn akaun…jadi kalu sy rayu utk akaun, nanti bley smbung blajar jrsan laen x lepas tmt matrik nanti..??

  51. boy_akuredha says:

    salam, nilam2…camner nk apply t6 scra online..sy dh try tp xleh…please gitau sy ni….

  52. MUHAMMAD says:

    slm nilam sye bole wt ryuan utk perakaunan & jike sye wt rayuan 2…adakh pluang utk sye dtawarkn utk pdt?

  53. amiza hamid says:

    blh tuka kolej matrikulasi labuan ke kolej matrikulasi johor tak?

  54. eshvir says:

    hai nilam saya nak tanya yg nak buat rayuan matrik tu bukan online saja ka?? sebab yg saya tengok tak ada pun dia kata kena tulis surat..memang kena tulis surat ka

  55. syafiq says:

    nilam tolong saya,,, semasa mengisi prmohonan ke matrikulasi sy tersilap dengan mengambil kod 001 ke ape ntah tapi yang sains punye… dan saya telah ditawarkan ke mtriks perlis, bolehke sy nk tukar ke matrikulasi teknikal kedah, saya dari aliran kjutraan sekolah teknik,… saya org kedah,, member2 sume dpt mtrik teknikal kedah… kalau boley tukar, macam mane nk bwt,,, tolong sy nilam,, i’m begging u…

  56. lin says:

    salam…
    saya ingin membuka akaun GIRO di BSN..adakah saya perlu membawa surat tawaran yg di print tu atau saya harus menunggu surat tawaran rasmi yg eputra ckp akan smpi dlm mase 2 minggu lg????

  57. faiz says:

    nilam,adakah untuk program matrikulasi dkat kolej mara elaun sama juga 1250/semester. ataupon berbeza.

  58. yana_92 says:

    saya keliru..sama ke kolej matrikulasi dgan kolej mara??
    saya dapat kat k.nerang la..elaun sume sama ke??adakah selepas tamat..kami hny boley sambng di uitm atau unikl sja untuk ijazah???

  59. nors says:

    Anak saya tak dpt matriks tp blih buat rayuan untk perakaunan. Boleh dapat ke? Apa kelebihan matriks jika dibandingkan terus masuk U atau asasi?

  60. Nurkaer says:

    sy duk n stadi kat selangor…alamat pun selangor.., mmg sy tak mintak matrx selangor but kenape kwn2 yg tak mntak selangor dapat jugak kat selangor? sy pula dpt perak..kalu ikut alamt, sy punye pn kat selangor kn..? boleh kate 10 classmates sy dpt kat selangor…

  61. nurin says:

    nilam,sy pelajar aliran sains tulen yg mndapat tawaran pst dlm jurusan akaun di kolej matrikulasi perlis.

    bolehkan jika sy ingin menukar jurusan drpd akaun kepada sains??sbb difikirkan balik sy tidak mmpunyai asas dlm akaun,sy bimbang kecundang dtengah jalan.ttp sngt meminati subjek yg ade kire2,tanpe dpakse sy akan lakukan kerane minat,,
    ape yg patot sy buat??

    pilihan antare akaun atau sains..
    setakat ini pilihan sy adalah akaun,ape pndapat nilam tentang pilihan sy??sy tidak mmpunyai asas dlm akaun..

    soalan tmbahan lg bgaimane dgn yuran nye?adakah perlu diselesaikan semase mndaftar,sbb sy masih mnunggu untuk pnggilan universiti,smentare itu sy akan ke matrik untuk mndftar..
    tq..

  62. syafiq says:

    Salam nilam,,, tolong la saya, hari nie dah 10 kli sya hit pge nie nk cari jwpn solan sya,, cm ne ek,, sy nak ke matrikulasi teknikal kedah, tapi saya ditawarkan matrikulasi perlis dalam sains… sya bdak enginring skola teknik,, tolongla saya,, cam ne nk bwt nie,,

  63. ashraf'8 says:

    Salam saya nk tanya.. apa sebab kemungkinan yang kawan saya xdapat tawaran matrikulasi untuk perakaunan.. sdgkan dia mempunyai keputusan yang baik dan cukup layak untuk mendapat tawaran.. dalam masa yang sama kawan dia yang mempumyai keptusan yang lebih rndah drpada dia mendapat tawran matrix utk perakaunan.. malah dia juga tidak layak untuk merayu.. saya harap dpat menolong utk menolong dia sdkt sbnyk… TQ

  64. izzah says:

    salam.sy nak tanya, kalau kita terima tawaran ke matrik kan, ada peluang lagi ke untuk dapat tawaran upu tu? sebab masa nak print surat tawaran ke matrik tu, kan ada button yang kita kena tekan untuk sahkan sama ada kita terima tawaran ata tidak. so kalau kita tekan terima tawaran, peluang kita terima tawaran upu terjejas ke tidak? tq nilam

  65. diana says:

    hai…boleh tak sesiapa bagi maklumat tentang ciri2 matrik kat labuan…

  66. hanis zatul says:

    saya mendapat tawaran utk ke matrix kedah..alhamdulillah..
    apa yg saya ingin tahu ialah,adakah benar jika sesiapa yg dapat ke matrix,permohonan utk UPU (program asasi@diploma) di tolak@batal?

  67. zila says:

    Nilam…kalau dah jadi pelajar matrikulasi…adakah pelajar islam wajib memakai tudung?
    terutama sekali bagi matrikulasi labuan…
    terima kasih, nilam…

  68. eshvir says:

    hai nilam..saya nak tanya sekali lagi.di atas tu awak tulis rayuan untuk matrikulasi perlu dibuat secara online.tapi dalam comments section tu ada awak bagitau faiz yg kena tulis surat pulak..macam mana ni?..can u explain the procedure please..tk

  69. adam says:

    kenape sy dpt matrik johor..padahal sy mintak kedah, kulim n penang..lbih2 lg alamat sy kat selangor..camne bleh jd camtu.. konfius tol..

  70. xavier says:

    saya x ditawarkan utk pst aliran sc tapi boleh buat rayuan utk akaun.adakah rayuan utk akaun adalah pst?adakah kemungkinan jika x buat rayuan utk akaun kita akan dapat aliran sc tp utk pdt?please confuse ni..

  71. mu says:

    kalo sye mrayu bleh ke sbab kim D, bio C+, fiz B+, +math C…bkan ape, tkut ble nk tkar jrusan xdapat.. matrik kim kan msti min C

  72. 123456 says:

    sy nk tnya, bank in untk yuran pndaftran perlu dibuat setelah mendapat surat drpd phak matrik ke?

  73. adam says:

    wajib ke buat pengesahan tawaran kemasukan kat laman web kpm??
    kalau wajib, bile tarikh tutupnya??

  74. wrazif says:

    saya x dapat matrik kursus sains tapi disuruh membuat rayuan keperakauanan.tapi saya tiada basic account. tolong beritahu samada semasa kursus dimatrikulasi nanti adakah memerlukan basic account ?apakah subjek2 yang akan dipelajari ?

  75. redfacemisery says:

    alhamdulillah,dapat matrix kulim
    nk tnya,kalau kita tekan “terima tawaran” semasa nk cetak surat tawaran matrix tu
    tawaran UPU akan dibatalkan ke?

  76. Khairul says:

    Salam,
    Nilam, nak tanye nih… sy dh semak kputusan matrik hari tu dan klik pada terima tawaran, tp sy khuatir klau2 sy tak dpt plak twrn dr ipta nanti sbb sy ade terbace satu artikel berita yang mengatekan kalau reject matrik, akn dpt twrn ipta, tp die tak mention plak kalau terima marik tu dpt tak twrn ipta… sy tkut, klau dh accept matrik, dah tak dpt twarn ipta… thnx in advance..

  77. nuryz says:

    salam, nilam.
    sekiranya kita menekan butang menerima yg terdapat dibawah surat tawaran itu, adakah bermakna kita telah diterima dan wajib utk mendaftar pada 10 mei nanti?
    adakah kita tidak boleh menolak lagi?
    nilam, boleh jelaskan perbezaan antara matrikulasi dan asasi?
    banyak pendapat yang telah saya dengar, namun saya masih keliru.
    kerana hampir semua pendapat itu berbeza.

    bagaimana pula dgn sistem pembelajaran yg dijalankan di matrikulasi dan asasi?
    harap nilam dapat membantu.
    terima kasih ;)

  78. ??? says:

    Hi Nilam, sy dpt a bm,a- mt,a- moral,a- sejarah,b+ bi,b+ teknologi kejuruteraan,c+ utk kimia dan add math serta b utk fizik.Bolekah sy buat rayuan utk jurusan sains?TQ 4 feedback

  79. fara says:

    @ashraf’8..
    kwan awk tu dpt brapa ek??
    saya dpt 9a 1b, n mintak akaun…pun x dpt gak…
    dia ada mintak biasiswa kat mana2 ke?

  80. Amy says:

    sy nk tnya, bank in untk yuran pndaftran perlu dibuat setelah mendapat surat drpd phak matrik ke?

  81. nilam says:

    Khairul,
    Terima kasih kerana berkongsi maklumat tersebut.

    Muhammad,
    Kalau tidak silap saya semuanya ada.

    Boy AkuFrust,
    Salam… Bila tamat nanti anda boleh memohon bidang perakaunan dan hampir semua jurusan lain kecuali yang berkaitan dengan bidang sains. Anda boleh semak jurusan yang anda boleh mohon di laman web UPU di bahagian Syarat Khas.

    Boy AkuRedha,
    Salam… Lepasan SPM 2009 tidak perlu memohon kerana anda akan ditawarkan tempat jika layak. Sila rujuk Syarat Kelayakan Masuk Ke Tingkatan 6 2010.

    Muhammad,
    Jika rayuan anda berjaya anda akan masuk jurusan perakaunan PST.

    Amiza Hamid,
    Pertukaran Kolej Matrikulasi biasanya hanya akan dipertimbangkan jika ada masalah perubatan yang disahkan oleh doktor kerajaan atau mempunyai saudara kembar yang dapat di kolej yang berbeza.

    Eshvir,
    Memang benar rayuan perlu dibuat secara online jika selepas membuat semakan anda ditawarkan untuk membuat rayuan samada jurusan sains atau perakaunan. Anda perlu menekan butang yang disediakan tetapi jika tidak ditawarkan mana-mana jurusan anda akan diminta membuat rayuan bersurat.
    Semua ini boleh diketahui selepas anda membuat semakan secara online.

    Syafiq,
    Permohonan pertukaran jurusan boleh dibuat selepas anda mendaftar ke Kolej Matrikulasi. Biasanya pertukaran jurusan antara jurusan sains ke perakaunan atau sebaliknya akan diluluskan. Saya tidak begitu pasti mengenai pertukaran jurusan dari sains ke teknikal kerana ini akan melibatkan pertukaran kolej. Walaupun begitu pada pendapat saya sepatutnya tidak ada masalah.
    Saya syorkan anda menghubungi terus Kolej Matrikulasi Perlis dan/atau Kedah untuk mendapatkan kepastian.

    Lin,
    Salam… Anda boleh buka akaun BSN tanpa surat tawaran tersebut. Pihak Matrikulasi nanti memerlukan salinan photostat buka akuan BSN tersebut yang menunjukkan nama anda dan nombor akaun.

    Faiz,
    Setahu saya sama sahaja.

    Yana_92,
    Bagi program Matrikulasi KPM memang sama, elaun pun sama dan selepas tamat anda boleh memohon mana-mana program pengajian sama seperti mereka dari kolej matrikulasi yang lain.
    Cuma di Kolej MARA anda akan bersama-sama mereka yang membuat Foundation UniKL.

    Nors,
    Peluang untuk mendapat tawaran memang ada bergantung kepada saingan daripada mereka yang membuat rayuan juga.
    Jika memilih Matrikulasi peluang untuk membuat pilihan jurusan di peringkat ijazah lebih luas berbanding dengan terus masuk universiti mengambil Diploma. Tempoh masa mendapat ijazah juga lebih awal. Cuba rujuk Pilihan Antara Matrikulasi, Asasi Atau Diploma mungkin dapat membantu.

  82. nurul says:

    knapa saya tak dapat nak semak tawaran matrikulasi tu? Link dah tutup ke?

  83. ex-matrix says:

    salam semua adik2…
    smoga berjaya menempuh cabaran di matrikulasi…
    selesai sudah 1 tahun akak tempuh d matrikulasi …kini tiba giliran adik2 untuk mencapai cita2 d sana…GOODLUCK 4 UR FUTURE…

  84. nilam says:

    Nurkaer dan Adam,
    Tidak semesti alamat di Selangor akan dapat Kolej Matrikulasi Selangor. Difahamkan ada beberapa faktor yang diambil kira semasa proses penempatan ini, di antaranya pilihan kolej pemohon, alamat pemohon, pilihan jurusan pemohon dan mungkin juga keputusan SPM pemohon.
    Walaupun begitu yang pastinya pihak Matrikulasi tidak menyatakan secara khusus bagaimana penempatan dibuat.

    Nurin,
    Pada pendapat saya anda patut membuat pilihan berdasarkan minat dan cita-cita anda. Jika anda membuat atau belajar sesuatu yang anda minat pastinya lebih mudah untuk anda faham dan cemerlang. Sebenarnya ramai juga para pelajar dari aliran sains mengambil jurusan perakaunan ini. Anda sudah pasti akan diajar dari asas bila di sana nanti. Sedikit kelebihan untuk mereka yang dari aliran akaun tetapi tidak akan menghalang pelajar aliran sains untuk cemerlang.
    Di sana semua orang mempunyai peluang yang sama terpulang kepada kesungguhan masing-masing.
    Yuran memang perlu dijelas semasa atau sebelum mendaftar. Andaikata anda mendapat tawaran yang lebih baik dan ingin masuk universiti, sebahagian sahaja daripada yuran yang telah dijelaskan akan dipulangkan bergantung kepada keadaan.

    Walaupun begitu jangan bimbang, keputusan UPU akan diumumkan sebelum tarikh mendaftar ke Matrikulasi.

    Syafiq,
    Salam…. Saya telah pun menjawab komen anda di atas. Maaf kerana membuat anda tertunggu-tunggu kerana hujung minggu saya jarang online.

    Ashraf8,
    Salam… Saya tidak pasti kenapa kawan anda tidak mendapat tawaran sedangkan kawan kepada kawan anda itu pula dapat. Saya juga agak musykil kenapa kawan anda itu tidak layak membuat rayuan. Harap jika ada pembaca lain yang lain mempunyai maklumat boleh dikongsi di sini.
    Saya cadangkan supaya kawan anda itu membuat rayuan, jika tidak boleh secara online, hantar surat rayuan kepada;
    Pengarah,
    Bahagian Matrikulasi,
    Kementerian Pelajaran Malaysia,
    Aras 6-7,Blok E15,
    Kompleks Kerajaan Parcel E,
    Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
    62604 Putrajaya.
    Sertakan satu salinan transkrip keputusan SPM 2009 dan kad pengenalan yang telah disahkan

    Atau datang sendiri ke Bahagian Matrikulasi sebelum atau pada 30 APRIL 2010 dan bawa bersama-sama satu salinan transkrip keputusan SPM 2009 dan kad pengenalan yang telah disahkan

    Izzah dan Hanis Zatul,
    Salam… setahu saya peluang mendapat tawaran dari UPU tidak terjejas walaupun anda telah menerima tawaran Matrikulasi.

    Diana,
    Sila rujuk Kolej Matrikulasi Labuan.

    Zila,
    Pemakaian tudung secara amnya tidak wajib tetapi bergantung kepada garis panduan yang ditetapkan oleh Kolej Matrikulasi yang berkenaan.

    Xavier,
    Jurusan Akaun adalah PST. Saya tidak pasti jika anda tidak membuat rayuan akan dipertimbangkan untuk PDT. Cuma setahu saya mereka yang dapat tawaran jurusan akaun boleh memohon untuk menukar kepada jurusan sains.

    Mu,
    Memang benar keputusan SPM anda akan mempengaruhi samada pemohonan pertukaran jurusan diluluskan. Jika anda lemah dalam mata pelajaran sains tentu anda akan menghadapi masalah untuk mengikuti jurusan sains nanti. Atas dasar itu anda telah dinyatakan sebagai layak untuk merayu bagi jurusan akaun.

    123456,
    Benar, sila tunggu surat tawaran dari Kolej Matrikulasi kerana bersama-sama surat itu ada dinyatakan dengan terperinci jumlah, bila dan bagaimana yurun tersebut perlu dijelaskan.

  85. ex-matrix says:

    ANS 4 ZILA:
    BETTER U WEAR TUDUNG LA …
    AT LEAST DPT BEZA KAN U MUSLIM OR NOT..
    I’M EX MATRIK LABUAN..MATRIK IS BEBAS..BUT STILL ADA UNDANG2 KLU NK OUTING N ETIKA2 DLM KOLEJ…

    nasihat 4 bakal2 student matrik..
    jgn couple dlm kolej …dulu time matrik sem 1 je more than 100 yg kena kick…
    kebanyakannya yg couple2 la…klu x caya cuba tny sape2 yg pernah study kat marik

  86. Rasy-din kun says:

    salam…saya dengar belajar kat matrik susah dan padat..lps tu banyak pelajar matrik yang keluar lps 1 sem sebab tak tahan ….betul ker pembelajaran kat matrik tu susah dan padat???
    lagi satu saya dapat matrik kat johor tapi saya tinggal kat selangor manakala rakan sekelas saya banyak dapat n9….adakah saya dapat kat johor kerana saya memilih matrik johor bagi pilihan pertama???harap nilam dapat balas…

  87. mieyrul says:

    sy nk tnye,cmne nk wat rayuan untuk penukaran kolej matrikulasi??
    td sy da kol bhgian matrikulasi,diorg ckp boleh…
    kne si online,then print bru anta kt diorg alek..
    tp da puas sy cri tp xjmpe…

  88. eshvir says:

    ok terima kasih nilam saya sudahpun mengemukakan rayuan secara online untuk jurusan sains..jadi surat tu tak perlu hantar la??

  89. lipstick says:

    saya dpt twrn matrik sains setaun.boleh x nak tukar program 2 tahun???

  90. adam says:

    soalan ke-2 saya masih blom dijawb….
    harap maklum..

  91. nilam says:

    Adam,
    Sepatutnya wajib tetapi tidak dinyatakan pula tarikh tutupnya. Pada pendapat saya mungkin pada 30 April kerana itu adalah tarikh tutup untuk membuat rayuan. Selepas tarikh itu pihak matrikulasi akan proses permohonan rayuan dan tawaran hanya boleh diberi berdasarkan kekosongan tempat di kolej.
    Mereka yang tidak mengesahkan penerimaan tawaran mungkin dianggap tidak berminat untuk masuk Matrikulasi dan tempat mereka akan diberi kepada mereka yang membuat rayuan.
    Ini cuma pendapat sahaja, saya akan cuba dapatkan pengesahan tentang perkara ini.

    Wrazif,
    Jangan bimbang jika anda diterima ke jurusan perakaunan, anda akan belajar dari asasnya. Di antara mata pelajaran yang anda akan pelajari adalah Matematik, Perakaunan, Ekonomi, Pengurusan Perniagaan, Bahasa Inggeris, Teknologi Maklumat, Pendidikan Islam / Moral dan Kemahiran Dinamika. Di samping itu ada juga kokurikulum yang wajib anda sertai.

    Redfacemisery,
    Saya difahamkan tidak akan terbatal.

  92. fara says:

    Nilam,
    just nak share jelah, 1 kelas saya yg minta akaun, semua tak dapat..
    lepas tu, ada yg dapat 10A, 8a, pun tak dapat matrik..
    mungkin ke sebab kitorang ambil jurusan akaun? sebab ramai yang dapat daripada kelas sains

  93. syafiq says:

    salam thanz nilam ats bantuan tu… tp sya kol dorang, dorang ckp bwt surat rayuan and faks…bab nie sya ssh cket,,, klu emel kan sng…

  94. nilam says:

    Adam,
    Saya telah cuba dapat pengesahan tetapi mereka hanya meminta saya rujuk kepada Panduan Pendaftaran Matrikulasi yang dikeluarkan oleh Bahagian Matrikulasi KPM. Di panduan tersebut tidak ada dinyatakan mengenai menerima tawaran secara online atau seumpamanya.

    Khairul,
    Salam… Saya tidak ada maklumat mengenai perkara tersebut. Boleh Khairul berikan di mana dan bila artikel itu di siarkan. Setakat apa yang saya difahamkan mereka yang layak ada kemungkinan akan mendapat lebih daripada satu tawaran.
    Berdasarkan Panduan Pendaftaran Matrikulasi yang dikeluarkan oleh Bahagian Matrikulasi KPM langsung tidak disebut mengenai penerimaan tawaran secara online.

    Nuryz,
    Salam… Anda masih boleh menolak dengan tidak datang mendaftar pada 10 Mei nanti.
    Cuba anda rujuk Pilihan Antara Matrikulasi, Asasi Atau Diploma terlebih dahulu dan boleh bertanya lagi jika ada mana-mana yang masih tidak jelas.

    ???,
    Anda boleh membuat rayuan.

    Amy,
    Ya sebaik-baiknya tunggu surat tawaran dari Kolej Matrikulasi.

  95. Am says:

    salam..saya mendapat matrik stahun..ttapi result spm saya sgt sderhana dn saya tak yakin untuk program stahun..bolehkah saya menukar untuk program 2 tahun?kalau boleh,bagaimanakah caranya??

  96. nilam says:

    Nurul,
    Saya baru cuba pergi ke laman web semakan tersebut, nampaknya tidak ada masalah. Cuba sekali lagi.

    Ex-Matrix,
    Terima kasih kerana berkongsi pengalaman anda harap jadi panduan kepada bakal pelajar Matrikulasi.

    Rasy-Din Kun,
    Salam… Susah atau senang bergantung kepada setiap individu, apa yang penting mesti belajar secara berterusan. Padat tu boleh dikatakan benar kerana banyak yang hendak dipelajari dalam masa yang singkat.
    Memang benar salah satu daripada perkara yang diambil kira adalah pemilihan yang dibuat pemohon.

    Mieyrul,
    Saya juga cuba cari borang online tersebut tapi tak jumpa. Cuba dapatkan semula maklumat tepat URL borang tersebut.

    Eshvir,
    Jika sudah buat rayuan secara online tidak perlu lagi membuat surat rayuan rasmi.

    Lipstick,
    Anda boleh memohon selepas mendaftar nanti.

    Fara,
    Saya tidak pasti pula, mungkin juga. Walaupun begitu pastikan anda semua buat rayuan, mungkin rezeki semasa membuat rayuan nanti.

    Syafiq,
    Salam…. sama-sama… cubalah usahakan untuk fax surat tersebut tetapi jika anda ada masalah untuk menghantarnya saya cadangkan anda guna PosLaju tetapi pastikan anda dapatkan nama pegawai yang patut menerima surat rayuan anda itu.

    Am,
    Salam… Anda boleh memohon selepas anda mendaftar nanti.

  97. mieyrul says:

    salam…
    tlg la jwb soaln sy…
    sy dpt mtrik n.9…
    tp nk tuka mtrik laen…
    cmne carenye??

  98. ewan says:

    Pada hari pertama keluar keputusan kemasukan matrikulasi, saya membuat semakan dan mendapati saya tidak berjaya namun boleh membuat rayuan bagi jurusan akaun. Selang beberapa hari, saya kembali membuat semakan namun keputusan memberanjatkan saya kerana saya tidak boleh membuat rayuan mana2 kursus. Saya cuba untuk membuat rayuan kemasukan secara online namun tidak dapat menemuinya. Saya harap tuan dapat memberi saya jawapan secepatnya. t/k

  99. adam says:

    terima kasih nilam… ^_^

  100. redfacemisery says:

    terima kasih nilam
    :)
    harap-harap tidak batal

1 2 3

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Makluman

Peta Minda
 
Recent Comments Tags
Follow ePutra on Twitter
ePutra

Archives