Para pelajar lepasan SPM 2008 boleh mula menyemak tawaran ke Tingkatan 6 Bawah bagi tahun 2009 mulai 6 Mei 2009. Makluman ini tersiar di laman web Kementerian Pelajaran Malaysia.
Semakan ke Tingkatan 6 ini boleh dibuat dengan dua cara iaitu;
- Melalui laman web Kementerian Pelajaran Malaysia di bawah Semakan Tawaran Tingkatan 6.
- Secara sms dengan menghantar MOE<jarak>T6<jarak>KP<jarak>No. Kad Pengenalan dan hantar kepada 15888.
Kelas tingkatan 6 bawah tahun ini dijangka akan bermula pada 11 Mei 2009. Oleh itu mereka yang terpilih diminta untuk mencetak surat tawaran masing-masing dan membawanya semasa mendaftar nanti.
Mereka yang tidak mendapat tawaran ke Tingkatan 6 ini boleh membuat rayuan ke Jabatan Pelajaran Negeri berkenaan melalui pengetua sekolah asal murid dengan mengunakan Borang T6BKK mulai 11 Mei 2009. Begitu juga dengan mereka yang ingin menukar jurusan iaitu dari kemanusian kepada sains atau sebaliknya perlu membuat permohonan.
Bagi mereka yang sedang menghadiri kursus PLKN dan telah mendapat tawaran tingkatan 6 perlu memaklumkan kepada sekolah yang telah ditempatkan untuk pendaftaran lewat selepas tamat kursus PLKN.
Mereka yang telah ditawarkan pengajian ke Kolej Matrikulasi tidak akan ditawarkan untuk memasuki Tingkatan 6. Jika pelajar berkenaan menolak tawaran ke Kolej Matrikulasi dan ingin masuk ke Tingkatan 6, mereka perlulah membuat permohonan.
salam….jika saya diterima utk mengikuti tingkatan 6,adakah saya berpeluang utk diambil mengikuti program 2 tahun kolej matrikulasi???
how to check.i dun really understand.
check at http://www.moe.gov.my ….
pelajar form6 bolehke belajar kat luar negara lepas abis stpm?
Wat is the procedure to change skul for f6?
bolehkah saya menukar jurusan??
apa ka subjek yg berkaitan dgn jurusan kemanusiaan ?
sains sukan, geografi, sejarah, BM, sastera, sains sosial, ekonomi……………..n bnyk lg……….mengikut apa yg ditawar oleh sekolah kita………..
Najwa Pisces,
Salam…. Saya tidak pasti pula tetapi mereka yang dapat Matrikulasi tidak akan ditawarkan tempat ke tingkatan 6.
Bubu,
Guna nombor kad pengenalan atau nombor giliran peperiksaan SPM.
Rei,
Memang ada universiti di luar negara yang menerima sijil STPM sebagai syarat kelayakan untuk memohon.
Pricilla,
Anda perlu mengisi borang pertukaran sekolah yang boleh didapati di sekolah atau Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) yang terdekat. Jika hendak cepat anda boleh juga pergi ke sekolah yang anda hendak bertukar tersebut dan nyatakan hasrat anda itu. Sekolah tersebut mungkin boleh memberi anda terus surat tawaran.
Chuckyblue91,
Boleh, dengan mengisi borang RTJT6 yang boleh didapati di sekolah atau PPD berhampiran.
Vithya,
Secara amnya untuk peperiksaan STPM perlu ambil minimum 4 @ maksimum 5 matapelajaran daripada senarai matapelajaran yang ditawarkan.
Matapelajaran itu adalah Pengajian Am (wajib), Bahasa Melayu, Bahasa China, Bahasa Tamil, Bahasa Arab, Literature in English, Kesusasteraan Melayu, Syariah, Usuluddin, Sejarah, Geografi, Ekonomi, Pengajian Perniagaan, Perakaunan, Mathematics S dan Seni Visual.
sy dpt tawaran ke tgkatan 6..dftar pd 11 mei..tp sy nk tahu dimane saya dapat..mcam mane eak nk taw?
Syakila,
Anda boleh tahu sekolah mana yang anda di tempatkan semasa membuat semakan surat tawaran di Semakan Tawaran Ke Tingkatan Enam Bawah 2009.
form 6..aliran sains subjek ape??..nk pilih2 lg ker??
hai….nak tanye ckit pasal matrikulasi…
sbnrnye saya telah membuat rayuan utk kemasukan matrikulasi program 1 tahun dan result dier keluar pada 22 Mei 2009 ttp saya dimaklumkan utk mendaftar di sekolah utk form6 pada 11 Mei 2009…
adakah rayuan saya ke matrikulasi akan ditolak sekiranya saya mendaftar ke f6?
pls respond kat soalan saya,tq
adakah aliran teknikal ditawarkan di tingkatan 6?
salam…sayea rasa ragu la nak masuk form6 nie…kalau jurusan kemanusiaan apa peluang untuk masa depan??
semakan kemasukan politeknik 13mei kan..kalau saya daftar pada 11mei tuk form6 camne 2??plz…
vitya n anon help me plzz…….
Sy ingin masuk poli tapi peluangnya cerah dah, nak msk ipta utk degre..bila keputsn rayuan ke ipta blh disemak!
mana yg lagi baik antara diploma sains dgn stpm sains?
Tsukino,
Secara amnya untuk peperiksaan STPM perlu ambil minimum 4 @ maksimum 5 matapelajaran daripada senarai matapelajaran yang ditawarkan.
Matapelajaran itu adalah Pengajian Am (wajib), Bahasa Melayu, Bahasa China, Bahasa Tamil, Bahasa Arab, Literature in English, Kesusasteraan Melayu, Syariah, Usuluddin, Sejarah, Geografi, Ekonomi, Pengajian Perniagaan, Perakaunan, Mathematics S, Mathematics T, Further Mathematics T, Computing, Physics, Chemistry, Biology, Sains Sukan dan Seni Visual.
Matapelajaran Fizik, Kimia, Biologi dan Sains Sukan khusus untuk aliran sains sahaja. Di samping itu semua pelajar perlu mengambil Malaysian University English Test (MUET).
Brav91,
Setahu saya cuma mereka yang mendaftar ke Matrikulasi sahaja akan dikeluarkan namanya daripada rayuan UPU. Mereka yang mendaftar tingkatan 6 tidaklah pula disebut akan tidak dipertimbangkan untuk Matrikulasi.
Ada pembaca lain yang ada maklumat?
Talal,
Rasanya tidak ada.
Raras,
Jurusan kemanusiaan membolehkan anda memasuki universiti bagi aliran sastera. Jurusan apa yang anda boleh mohon, bergantung kepada kombinasi matapelajaran yang anda ambil semasa STPM.
Anda boleh daftar tingkatan 6 dahulu kemudian jika anda dapat politeknik anda boleh berhenti tingkatan 6 dan mendaftar di politeknik.
Kalai,
Keputusan rayuan bagi lepasan SPM dan setaraf akan diumumkan pada 5 Jun 2009 dan 10 Julai 2009.
Best91,
Saya tidak dapat membuat perbandingan kerana tidak cukup maklumat. Cuma Diploma Sains akan mengambil masa tiga tahun dan lebih banyak matapelajaran yang akan dipelajari.
Harap ada pembaca lain yang boleh membantu.
klu masuk f6..
x mnjejaskn ape2pn..
matrik ngn upu ngn poli x terjejas
Liyana,
Terima kasih dengan maklumat tersebut. Harap ini akan melegakan mereka yang berkenaan.
same2 tuan nilam:)
tuan nilan tdk dpt lg ke bg perbandingan? luas x peluang pgajian utk lepasan stpm sains?
Best91,
Kedua-duanya pasti mempunyai kelebihan masing-masing. Cuma saya syorkan Best91 mengambil kira cita-cita dan minat anda untuk membuat keputusan. Pilihlah mana yang lebih rapat kepada cita-cita dan minat anda.
Peluang untuk melanjutkan pelajaran ke IPTA bergantung kepada kombinasi matapelajaran yang diambil semasa STPM. Sila semak di laman web UPU di Syarat Khas.
Slmt smbg blja sume..smga bt kptsn y tbeklh..duit hbs jgn drisau..duit blh dcari,pluang ms dpn,ssh nk dpt..jd,pilhla,duit atau ms dpn..
Paan5,
Keputusan yang kita buat hari ini akan mempengaruhi apa yang akan berlaku di masa hadapan.
salam..
sy bru kt sini..
sy dpt twrn f6 dn sy dh pn mule bljr skit2..
sy dpt aliran sains yg mlibatkn subjek bio, chemist, math t, muet n pngajian am..
sy x pst nk trskan or tkr kpd art stream coz bru tgk bkunye mmg btl2 ngeri..
so, bleh x sape2 bg panduan skit kt patik yg mmg nk sgt bljr ni..??
mtrx dh la xdpt..huu..help me..
Fendy91,
Salam… Memandangkan anda baru di sini saya cadangkan anda membaca penulisan dan komen-komen yang terdapat di Panduan Tentang Tingkatan Enam dan Tingkatan 6 Kemanusiaan Kombinasi Geografi Dan Sejarah. Harap ini dapat membantu anda.
sya skrg belajar dlm tingkatan enam dlm aliran sains.di salah sebuah sekolah menengah di Sarikei,Sarawak…..tapi saya telah memohon dan sudah mengisi borang utk tukar aliran dlm aliran kemanusiaan….masalahnya sekarang…sampai sekarang keputusan pindah aliran tersebut belum dikeluarkan…sya telah mengisi borang pindah sejak hari perdftaran tingkatan enam lagi……..dan sekarang sudah hampir 3 bulan sya menunggu,,,,boleh sesiapa tolong bagitahu saya x????bila keputusan pindah aliran akan dikeluarkan sebenarnya??,apakah tarikh yg sebenarnya,kerana ada yg cikgu di sekolah saya mmberitahu tgh bulan 7.tpi sampai sekarang belum ada apa2 news lagi so sya jdi bingung..kerana saya memang mahu tukar aliran..utk menyemak ke jbatan pelajaran..saya x tahu bagaimana….
dan satu lagi soalan saya,….jika saya telah mengisi borang utk tukar aliran?adakah saya memng akan dpt pindah???…kerana saya dengar,keputusan untuk saya dapat tukar aliran bergantung pada keputusan spm saya,,,betulkah begitu,,adakah keputusan spm sya ini boleh mlyakkan saya utk layak tukar aliran nanti…saya memng berharap sangt utk tukar aliran ini,,,jika ikut kputusan spm saya,,Saya dpt
sejA1.
BmB3.
English B3,
Mx A1.
Pendidikan Islam A2
Mtambahan C5.
Physic B4.
Chemistry C5.
Biologi C6.
EST C5.
sesiapa yg tahu,,tolong bagitahu saya….AS SOON AS PSIBLE PLESSSSS…….thankss.
Eka,
Sepatutnya tidak masalah untuk anda bertukar daripada aliran sains ke kemanusiaan. Cuba anda semak dengan Jabatan Pelajaran Daerah Sarikei di Pejabat Pelajaran Gabungan Sarikei, Tingkat 1, Wisma Persekutuan, 96100 Sarikei atau telefon 084-651284 atau faks 084-653227. Anda boleh juga berhubung dengan Pegawai Daerah Pelajaran Sarikei En Mohamad Kassim Arbain @ Hashim melalui nombor telefon di atas atau emel ppgsarikei@sar.moe.gov.my
boleh ke x saya memasuki tingkatan 6 wlpn sy hmpir sebulan memasuki ipta? saya mungkin akan memasuki f6 skiranya ada kesempatan.
Siti,
Anda perlu menyemak dengan Pejabat Pelajaran Daerah yang terdekat atau sekolah yang anda ingin mendaftar untuk mengetahuinya.
cikgu ,saya pelajar ialah pada tahun 2008,kerana saya bm dapat 7 tidak dapat memasuki tingkata 6 ,sekarang saya telah mengambil peperiksaan pada tahun 2009november .jika saya tahun lepas dapat keputusan bm kredit ,saya adakah peluang memasuk tingkatan 6 ataskah?
Cheong Khun,
Anda boleh memohon dan mendapatkan maklumat lanjut melalui sekolah atau Jabatan Pelajaran Negeri yang berdekatan.
salam cikgu saya pelajar ting 6.saya dari aliran kemanusiaan.saya ingin jadi guru jd apa mata pelajaran yang patut saya ambil.saya dalam dilema.tolonglah saya.next year saya akan hadapi stpm.
Shasha,
Salam… Terpulang kepada anda, anda perlu memilih mata pelajaran yang bersesuai dengan syarat kemasukan program pengajian pendidikan yang anda ingin ikuti di universiti nanti.
salam.
sy adlh pljr lpsn spm aliran sains dan sgt berminat nak menyambung stpm.
tetapi saya berasal dri sekolah agama yg mempunyai stam.adakah saya masih boleh mndapat tawaran untuk memasuki ting 6 stpm???
jika tidak,mcm mna saya nk memohonnya?
harap dapat membantu saya~~thanx!
salam,
saya pelaja skola kebangsaan harian aliran sains tulen. sy nak sgt ambil subjek bahasa arab dan syariah pdhal sy x amik subjek 2 pun time spm bole x. dan klu di benakn amik subjek 2 pembelajaran kan di mulakn drpd basic ke?
time kasih
lg satu selain f6 ade x pengajian yg mnawarkn subjek bahasa arab dan syariah tuk plaja yg x amik time spm,klu ade mcm mane nk mohon
salam….apakah subjek yg perlu diambil sekiranya sy hndak melanjutkan plajaran kearah undang2?
salam..
susah sgt kew klu kta smbung ke form6?????????
ummi kalsom,
kalau nak ambil undang-undang,
ambillah subjek sejarah.
kalau nak ada syariah dan ekonomi lagi baik sebagai sokongan.
apapun, ambil subjek adik yakin boleh skor cemerlang, sbb undang-undang adalah kursus yang ketat syarat pengambilannya.
sesiapa yg ad pgalaman msuk f6 sains???kongsilah ckit
salam,saya nak tanya..jika seseorang tu gagal memasuki matrikulasi untuk tahun kedua(PDT yang x layak memasuki PST)Bolehkah memasuki ke tingkatan enam?(sedangkan calon tersebut calon SPM 2008,bolehkah calon tersebut memasuki tingkatan enam bagi sesi 2010?)
bagaimana saya ingin memasuki ke tingkatan enam?sedangkan saya calon spm 2008?
Salam,sspe tlg le bg pndpt o jwpn kt sy..em,sy pljar dri mtrik iaitu pr0g dua th0n,ttp..sy tdk lyak t0k ke th0n ke dua iaitu ke pr0g satu th0n di mtrikulasi..s0,b0lehkah sy mm0h0n t0k memasuki ke ting 6 bwh sesi 2010?mcm mne nk apply?
bagaimanakah cara pengambilan utk masuk ke tgktn 6???
hey nilam,
thn ni i nak masuk f6 ni tapi x yakin sgt ngan f6 krn keputusan spm i bknya baik sgt..
byk kwn i ckp susah giler masuk f6..i skrang x taw nak masuk ke tak..
blh bg sikit pendapat u??i dah btl2 blur skrang
hi nilam..blt ke form6 susah sgt?
fafa
saya rasa better akak pergi terus ke pejabat pelajarn daerah akak. tanya apa2 yang patut.. maaf. tak byk membantu.
joan21
tengok kat post nilam yg berkaitan dhn f6 ni.. rajin sikit la… hehe