Para pelajar lepasan STPM, STAM, Matrikulasi, Asasi, Diploma dan yang setaraf dengannya yang ada membuat permohonan UPU kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bagi sesi 2012/2013 dijangka boleh membuat semakan keputusan permohonan mereka mulai 13 Julai 2012 pukul 12.00 tengahari.
Semakan Keputusan
Semakan keputusan permohonan kemasukan ke IPTA ini boleh dibuat melalui;
- Menghubungi talian 03 8870 6767 atau 03 8870 6777
- Di laman web UPU melalui saluran berikut:
- Secara SMS dengan menaip UPU RESULT (nombor kad pengenalan) dan hantar ke 15888
Penerimaan Tawaran
- Semua calon yang berjaya wajib membuat pengesahan setuju untuk menerima tawaran dari IPTA dalam tempoh tujuh hari selepas keputusan diumumkan.
- Tarikh akhir untuk membuat pengesahan adalah 22 Julai 2012.
- Pengesahan penerimaan tawaran ini boleh dibuat melalui laman web IPTA yang berkenaan seperti yang dinyatakan di keputusan permohonan atau sila rujuk Senarai IPTA.
Permohonan Rayuan
- Mereka yang ingin membuat rayuan disaran untuk memastikan kelulusan benar-benar memenuhi kelayakan yang ditetapkan. Bagi membuat semakan sila rujuk di Semakan Syarat Khas Kemasukan Program IPTA.
- Hanya calon yang gagal menerima sebarang tawaran ke IPTA dibenarkan mengemukakan rayuan melalui aplikasi e-Rayuan ke Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi dalam tempoh 10 hari selepas keputusan rasmi permohonan kemasukan ke IPTA diumumkan.
- Permohonan rayuan ke IPTA ini dibuka mulai 13 Julai sehingga 22 Julai 2012 di Aplikasi Rayuan UPU.
- Keputusan pemilihan rayuan adalah tertakluk kepada kekosongan tempat mengikut program pengajian di IPTA selepas pendaftaran pelajar baharu. Tawaran adalah muktamad. Jika tiada sebarang jawapan diterima dari IPTA sehingga 30 September 2012, maka rayuan tersebut hendaklah dianggap gagal.
Kaunter Semakan & Runding Cara
- Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi, (BPKP JPT), juga akan membuka kaunter semakan status keputusan permohonan kemasukan ke IPTA untuk memudahkan pemohon membuat semakan dan mendapatkan khidmat runding cara.
- Kaunter Semakan & Runding Cara ini dibuka dari 13 Julai hingga 20 Julai 2012 di Aras 4, No.2 Menara 2, Jalan P5/6, Presint 5, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62200 Wilayah Persekutuan Putrajaya
Keputusan Permohonan Ke USM
- Keputusan permohonan ke USM juga diumumkan serentak, sila rujuk Keputusan Permohonan USM Sidang Akademik 2012/2013.
- Mereka yang mendapat lebih daripada satu tawaran perlulah membuat pilihan yang bijak.
Pertanyaan
- Sebarang pertanyaan berkenaan keputusan permohonan ini sila hubungi pihak UPU di talian Hotline 03 8870 6767, Helpline 03 8870 6777, Talian Am 03 8870 6755/ 6766 atau e-mel : upu@mohe.gov.my
- Pertanyaan boleh juga dikemukakan terus kepada IPTA yang berkenaan, sila rujuk Senarai IPTA Universiti Di Malaysia.
[…] upu.mohe.gov.my […]
[…] Keputusan permohonan ke IPTA yang lain juga diumumkan serentak, sila rujuk Keputusan Permohonan UPU Kemasukan IPTA 2012 Lepasan STPM Dan Setaraf […]
salam, jika saya tolak tawaran dari USM adakah saya masih mendapat tawaran dari UPU
tidak semestinya
Masih adakah peluang saya dpt kursus perubatan di IPTA ni? Sya ditawarkan kursus sains sedangkan pilihan utama sya adalah perubatan. Sya pelajar matrikulasi konsisten 4 flat dan muet band 4…
Masih adakah peluang lagikah saya dpt kursus perubatan di IPTA ni? Sya ditawarkan kursus sains sedangkan pilihan utama sya adalah perubatan. Sya pelajar matrikulasi konsisten 4 flat dan muet band 4…
masih ada…
saya kira saya mendapat kos lelong yang tidak bersesuaian dengan pointer saya.
macam mana saya boleh menukar kos dan kalau boleh saya ingin menukar u.
harap bantu
biasanya memang dah xblh tukar kursus & u tapi cuba rayu tukar kursus di u yg ditawarkan itu slps mendaftar nanti
Salam. Sy nak tnya.. Bila pidn 2012/2013 akan di buka? Eputra akan gtau nanti?
mungkin hujung bulan ni… eputra tentu akan beritahu nanti
thankss yati 🙂
Sblm ni saya perna mgambil smula paper utk subjek pgajian am,dan saya lulus..da dua kali sa mmohon upu,tp kdua duanya mdukacitakan,adakah plajar spt saya layak utk mmohon upu?
[…] diumumkan oleh Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin. Ini tambahan daripada keputusan permohonan yang telah diumumkan sebelum […]
[…] yang memperolehi Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) atau CGPA 2.8 dan ke atas tetapi tidak mendapat tawaran UPU kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bagi sesi 2012/2013 boleh membuat semakan […]
sedih kan
[…] yang ada membuat permohonan dan gagal mendapat tawaran semasa keputusan permohonan serta ada mengemukan rayuan bolehlah membuat semakan. Jika menghadapi kesukaran untuk melayari […]
kalau saya ulang kertas spm bila keputusan akan dikeluarkan