Permohonan Kemasukan Ke IPTA Sesi 2011/2012 Lepasan Matrikulasi, PASUM Dan Asasi
Lepasan Matrikulasi, PASUM dan Asasi 2009 yang berkelayakan adalah dipelawa untuk memohon masuk ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bagi sesi akademik 2010/2011. Ini bagi mengikuti program pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda secara sepenuh masa di IPTA.
FASA
- Permohonan bagi kategori ini terbahagi kepada dua fasa;
- Fasa 1 – Pendaftaran dan Permohonan
- Fasa 2 – Pengemaskinian
- Pemohon yang tidak membuat pendaftaran dan mengemukakan permohonan semasa Fasa 1, tidak boleh memohon pada Fasa 2 dan seterusnya tidak akan dipertimbangkan untuk pemilihan kemasukan ke IPTA. Fasa 2 hanyalah untuk pengubahsuaian dan pengemaskinian program pengajian yang dipilih setelah memperolehi keputusan peperiksaan Matrikulasi semester kedua.
KATEGORI
Permohonan lepasan Matrikulasi, PASUM dan Asasi adalah dikategorikan seperti berikut;
- Kategori N – Aliran Sains Calon Matrikulasi KPM, PASUM dan Asasi UiTM
- Kategori P – Aliran Perakaunan Calon Matrikulasi KPM
- Kategori U – Aliran Undang-Undang Calon Asasi UiTM
- Kategori L – Aliran Bahasa Inggeris Calon Asasi UiTM (TESL)
- Kategori K – Aliran Kejuruteraan Calon Asasi UiTM
- Kategori J – Aliran Teknikal
SYARAT KEMASUKAN
Permohonan lepasan Matrikulasi , PASUM dan Asasi 2009 ke IPTA perlulah memenuhi syarat am dan syarat khas yang ditetapkan.
Syarat Am
- Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu atau Bahasa Malaysia atau kepujian dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Malaysia Kertas Julai; dan
- Lulus Matrikulasi KPM atau Asasi Sains UM atau Asasi UiTM dengan mendapat PNGK dan gred yang baik mengikut keperluan khas program pengajian, dan
- Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 1 (Band 1) dalam Malaysian University English Test (MUET), dan
- Menduduki dan melepasi tahap kesesuaian Malaysian University Selection Yearly Inventory (MunsyI). Ini hanya untuk permohonan ke USM.
Syarat Khas
Calon juga perlu memenuhi syarat kemasukan yang lain berdasarkan program pengajian yang dipohon.
PERMOHONAN
Permohonan kemasukan ke IPTA perlu dibuat melalui UPU dan USM.
- UPU – permohonan kemasukan ke semua IPTA kecuali USM
- USM – permohonan kemasukan ke USM sahaja
UPU
- Permohonan melalui UPU perlulah dibuat seperti berikut;
- Fasa 1 – 10 Disember 2009 – 10 Januari 2010
- Fasa 2 – akan diumumkan (biasanya selepas keputusan semestar 2)
- Sebelum membuat permohonan di Fasa 1, pemohon perlu membeli nombor pin dari Bank Simpanan Nasional (BSN).
- Seorang calon hanya boleh membuat satu permohonan dan tiga kali kemaskini sahaja.
- Permohonan perlu dibuat secara online di Permohonan Kemasukan Ke IPTA Lepasan Matrikulasi, PASUM Dan Asasi Sesi 2010/2011.
USM
- Permohonan melalui USM perlulah dibuat seperti berikut;
- Fasa 1 – 10 Disember 2009 – 29 Januari 2010
- Fasa 2 – akan diumumkan (biasanya selepas keputusan semestar 2)
- Calon perlu mendaftar dan mendapatkan Nombor Rujukan di laman web USM. Nombor Rujukan perlu disimpan untuk rujukan.
- Permohonan dan pendaftaran untuk Nombor Rujukan adalah percuma.
- Calon-calon boleh memilih sekurang-kurangnya dua program pengajian dan maksima sehingga lapan program pengajian.
- Calon-calon yang memohon kemasukan ke USM adalah diwajibkan untuk mendaftar dan menduduki Malaysian University Selection Yearly Inventory (MunsyI) yang akan diadakan di semua Pusat-Pusat Matrikulasi seperti yang terdapat dan telah dipilih semasa membuat permohonan.
- Bagi program-program pendidikan di USM,calon-calon perlu memohon melalui UPU.
- Pendaftaran dan permohonan perlu dibuat secara online di Pohon @ USM.
TARIKH TUTUP
- Tarikh tutup pendaftaran dan permohonan bagi Fasa 1 adalah;
- UPU – 10 Januari 2010
- USM – 29 Januari 2010
- Tarikh tutup bagi Fasa 2 untuk UPU dan USM akan diumumkan kemudian tetapi biasanya dua minggu selepas pengumuman keputusan semestar 2.
MAKLUMAT
Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan mengisi e-borang bagi UPU sila rujuk laman web rasmi Kemasukan ke IPTA dan bagi USM sila rujuk di laman web Pohon @ USM.
[…] Lepasan Matrikulasi KPM/ PASUM/ Asasi Undang-undang […]
[…] This post was mentioned on Twitter by Azhad Shaz Nilam, Mohd Bambang Mualip. Mohd Bambang Mualip said: RT @eputra Permohonan Kemasukan Ke IPTA Sesi 2010/2011 Lepasan Matrikulasi, PASUM Dan Asasi http://bit.ly/4T4S9A […]
salam sejahtera.
saya merupakan lulusan matrikulasi tahun 2008/09..
bolehka saya memohon bagi ipta sesi 2010/2011?
kerana saya mendapat tahu bahwa syarat dibawah kategori diploma/setaraf menunjukkan bahawa lulusan matrikulasi 2007 atau sebelum sahaja..
dan jika boleh,perlukah saya menghantar salinan2 sijil yg berkaitan kepada pihak universiti yg dipilih?
dan bilakah saya perlu menghantar sijil2 yg berkaitan ini?adakah pada masa pendaftaran(iatu pada 4 jan 2010-4 feb 2010) atau selepas pendaftaran?
salam,
sy pljar asasi uitm (sains)
bg lepasan matrikulasi n setaraf,wujudkah borang online jpa/mara ntk ke luar negara bg sesi 2010/2011?sekiranya ada bilakah tarikh pemohon boleh mula memohon n tarikh tutup?
Nilam I need your information about ipta yg ley accept transfer credit from student POLITEKNIK…….like exmple i have dip in accountancy from poly and i want to further my study but i have to know which one ipta can approve my dip without i have to stdy for 4 year in degree accntg….please tell me Nilam…..This is my secondly application so i have to arrange all the target first before apply…… tq
sy nk tny ade ke jpa or mara yg menawarkan tajan utk ke luar negare utk lpasan pasum n matrix especially in medik or dentistry…kalo ade ble n cmne nk apply utk2010 ni??? kalo sy pernah tolak tajaan mara ke luar negare pas spm 2008 dlu adakah sy still ley apply utk after pasum??? 🙂
Petrov90,
Salam… Anda memang boleh memohon di bawah kategori Diploma dan anda perlu menghantar salinan sijil2 yang berkenaan. Dokumen tersebut kalau tak silap saya perlu dihantar selewat2nya seminggu selepas tarikh tutup.
Shasha,
Salam… Setahu saya secara terbuka tidak ada. Walaupun begitu anda boleh memohon pinjaman dari JPA selepas mendapat tempat di universiti luar negara. Sila rujuk Permohonan Skim Pinjaman Yuran Pengajian Ijazah Pertama Di Luar Negara 2010.
Bagi pihak MARA tahun ini tawaran biasiswa/pinjaman belum diumumkan lagi, sila rujuk Penajaan MARA.
Biebell,
Saya tidak mempunyai maklumat mengenai pindahan kredit untuk lulusan Politeknik. Saya rasa anda perlu menghubungi fakulti yang berkenaan untuk mengetahuinya.
Smile,
Secara terbuka tidak ada cuma jika ada peruntukan JPA/MARA akan menghubungi pelajar yang cemerlang. Anda perlu mendapat tempat di universiti dahulu baru boleh memohon biasiswa/pinjaman dari JPA/MARA. Sepatutnya tidak ada masalah walaupun anda pernah menolak tawaran terdahulu. Cuba juga hubungi terus pihak JPA dan MARA untuk bertanya peluang yang ada untuk anda.
tumpang tanya,sy ingin masuk pasum tapi andai kata sy tidak terpilih,boleh kah sy buat asasi di universiti2 lain seperti uiam kemudian buat degree di um?ataupun adalah lebih baik sekiranya sy buat matrikulasi sebelum sy buat degree di um?
salam..
sekiranya pmohon dpt twran usm,adakah bmakna automatik pemohon takkan dpt twran ipta lain?
Salam,
nj said:tok asasi uiam hanye akn mngambil plajar asasi die utk degree.n lpasan asasi uiam mlanjtkn tros k uia.tp kalo tok lepasan asasi um n uitm bley memohon untuk masok u mane2 di laman web upu..berdasarkn pengalaman ak..andai kate tsalah informasi diharapkn nilam perbetulkn..tq.
hello,
i just finished my study in Kolej Matrikulasi Labuan.
i did applied for foreign language course in UM.
my question is, do UM offer a double degree program?
if they dont, do you now any non-swasta university in Malaysia that offer double degree?
i really look forward to have my second degree to support my foreign language course.
anyway, i do wonder why the N-CLASS matriculation student (science student) ARE NOT eligible to apply for sociology and antropology .. i really love the course.
if possible, i want to have it as second degree. it will be great.
thanks for the time 🙂
salam,
saya nak tanya bila keputusan bagi ujian munsyi keluar?
Assalamualaikum,
Untuk lepasan CFSIIUM, PASUM dan sebagainya, ada tak biasiswa yang terbuka untuk di’apply’ ? Kalau JPA ada tak?
[…] lepasan Matrikulasi dan Asasi yang telah membuat Permohonan Kemasukan Ke IPTA Sesi 2010/2011 Fasa 1 Lepasan Matrikulasi, PASUM Dan Asasi yang dibuka dalam bulan Disember 2009 dan ditutup pada Januari 2010 yang lalu sudah boleh membuat […]
salam.
sy dpt pngk 3.79..
agak2 lps x amik medic?
g'day..bile biasiswa tjaan JPA utk peljar lepasan matrikulasi sesi 2009/2010 akn keluar utk program ijazah pertama???damn!! knp JPA x pernah pggil aq tuk wat degree luar negara!!! shit,aq dh gve up dah….xde mknenye nk tggu jpa…no matter how hard i try…
Salam…. Biasanya dalam bulan Jun ini tawaran permohonannya akan dibuka.
salam…
nk tnya bila keputusan ipta lepasan matrikulasi akan keluar??adakah sama dengan keputusan stpm??
Biasanya sama, sila rujuk Semakan Keputusan Permohonan Kemasukan 2010
slm.
nk tnya, adkh pelajar LEPASAN SPM 2008 yg da buat foundation di IPTS 2009-2010 layak memohon asasi di IPTA 2010/2011? lau ad, IPTA mne yg offer? mcm mne cranya?
lau xde, ad x IPTA yg ACCEPT undergraduate student IPTS utk wt degree? lau ad, bgaimana caranya?
really need ur help. thnks
adakah unisel salah satu universiti yang diiktiraf???????????
Bergantung kepada IPTA berkenaan.
ada tak info untuk lepasan asasi undang2 uitm 2010?
macam senarai uni yang boleh kitaorang apply?
assalamualaikum,
nak tanya..apa yg diminta untuk memohon IPTA lepasan matrik???
keputusan koko pon diminta ke???
tumpang tanya, mengikut panduan yang diberikan kaunselor matrik, plihan empat pertama tidak boleh kursus yang sama atau kursus berlainan dan universiti yang sama…apakah benar?
Tidak pasti pula tapi rasanya nasihat itu bagi meninggikan peluang kita mendpt tawaran ke universiti
[…] Related posts:Permohonan Kemasukan Ke IPTA Sesi 2010/2011 Lepasan Matrikulasi, PASUM Dan Asasi […]