Permohonan Kolej Vokasional & Sekolah Menengah Teknik 2014

Pelajar-pelajar tingkatan tiga yang akan menduduki Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2013 dan berminat menyambung pembelajaran di tingkatan 4 Sekolah Menengah Teknik atau Kolej Vokasional bagi sesi pengambilan tahun 2014 bolehlah membuat permohonan sekarang.

Syarat Umum

  • Pemohon mestilah warganegara Malaysia.
  • Pemohon hendaklah:
    • Berada di Tingkatan 3 dan akan menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) Tahun 2013.
    • Telah menduduki peperiksaan percubaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) Tahun 2013.
  • Kesihatan diri pemohon:
    • Mestilah sihat tubuh badan dan sesuai dari segi fizikal.
    • Bebas dari penyakit seperti masalah jantung, darah tinggi, kencing manis, sawan (epilepsy) dan lain-lain penyakit yang boleh membahayakan atau menghadkan pelajar daripada menjalankan kerja kursus dan kerja amali.
  • Pemohon kursus Kejuruteraan (Elektrikal, Mekanikal dan Awam) mestilah tidak rabun warna.

Permohonan Sekolah Teknik & Vokasional 2014

Syarat Khusus

  • Pendidikan Teknikal – Mendapat sekurang-kurangnya Gred B pada peringkat PMR dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Kemahiran Hidup.
  • Pendidikan Vokasional
    • Kategori A – Mendapat sekurang-kurangnya Gred B pada peringkat PMR dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Kemahiran Hidup.
    • Kategori B – Mendapat sekurang-kurangnya Gred C pada peringkat PMR dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Kemahiran Hidup.
    • Kategori C – Mendapat sekurang-kurangnya Gred D pada peringkat PMR dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Kemahiran Hidup.
  • Latihan Kemahiran – Mendapat sekurang-kurangnya Gred D pada peringkat PMR dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan Kemahiran Hidup.

Permohonan

  • Permohonan ke SMT dan KV boleh dibuat dengan dua cara:
    1. Secara online melalui laman web Kementerian Pelajaran di Sistem Permohonan Dalam Talian Ke Sekolah Menengah Teknik / Kolej Vokasional 2014.
    2. Secara manual dengan datang sendiri ke SMT atau KV yang berdekatan. Borang permohonan boleh diperolehi di situ.
  • Kemudahan asrama disediakan di hampir semua SMT dan KV kecuali KV Kuching dan SMK Sultan Abdul Samad. Walaupun begitu kemudahan asrama tertakluk kepada had yang ditetapkan bagi setiap sekolah.

Temuduga

  • Pemohon yang disenarai pendek akan dipanggil untuk sesi temuduga di SMT dan KV yang berkenaan.
  • Pemohon diminta hadir temuduga dengan berpakaian lengkap sekolah. Sila bawa bersama salinan kad pengenalan, keputusan peperiksaan percubaan PMR 2013 yang telah disahkan oleh pihak sekolah pemohon dan sijil-sijil berkaitan.

Tarikh Tutup

Tarikh tutup permohonan untuk ke Kolej Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik 2014 adalah pada 25 Disember 2013.

Keputusan Permohonan

Keputusan permohonan dijangka akan diumumkan sebelum sesi persekolahan 2013 bermula atau pada awal persekolahan 2014.

Rayuan Kemasukan

Bagi permohonan yang tidak berjaya, pemohon boleh membuat rayuan melalui online atau datang sendiri ke Kolej Vokasional atau Sekolah Menengah Teknik yang berkenaan.

Permohonan Lain

Pertanyaan & Maklumat

  • Sila kunjungi laman web Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional KPM untuk maklumat lanjut.
  • Sila rujuk juga komen-komen di Permohonan Kemasukan Ke SMT / SMV / KV 2010, 2011, 2012 dan 2013 sebagai panduan.
  • Sebarang pertanyaan dan maklumat tambahan boleh diperolehi dengan menghubungi Sekolah Menengah Teknik atau Kolej Vokasional yang berhampiran atau Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional di talian 03-8884 5154 / 5031 atau e-mel info@bptv.edu.my

Comments (301)

Loading... Logging you in...
  • Logged in as
salam...sekolah teknik mana yang ada kursus sains pertanian?
15 replies · active 542 weeks ago
salam...sekolah vokasional kat ng.sembilan kat mane?
4 replies · active 553 weeks ago
Saya tidak mengambil percubaan pmr 2013, tetapi saya ingin memohon untuk memasuki KV. Bagaimana ?
5 replies · active 587 weeks ago
Ingin nak smbung belajar di te

knik
1 reply · active 574 weeks ago
Teknik or Vk mana ada bahagian fesyen ?
5 replies · active 585 weeks ago
nur syazwani's avatar

nur syazwani · 601 weeks ago

assalamualaikum ! sekolah teknik nie ada bahagian fashion designer tak ? ataupun bahagian yang perlu lulus maths ja ka ? ada tak ?
1 reply · active 587 weeks ago
klau dpt trial pmr 3B 2c dan 3e dpt memohon tak ?
2 replies · active 541 weeks ago
norruk mawati abdul rahim's avatar

norruk mawati abdul rahim · 601 weeks ago

Anak saya sekolah pondok. Form 3 br masuk sekolah biasa. Trial hari tu masih kelamkabut dan result pun agak teruk...ada b,c,d dan e. Skrg tgh struggle utk pmr. Layakkah mencuba memohon kv. Dia sgt berminat dlm electrical.
2 replies · active 589 weeks ago
Rafiqah Rahmat's avatar

Rafiqah Rahmat · 601 weeks ago

nak mohon kv Shah Alam bole ??
nashakilla's avatar

nashakilla · 600 weeks ago

salam....kalau b.inggeris e boleh masuk kv yang lain sekadar lulus..sy ingin masuk.
shaha illa's avatar

shaha illa · 600 weeks ago

saya nk tanya kalau keputusan pmr dpt 2c 4d 2e blh masuk kolej vokasional x?saya teringin nk masuk...
2 replies · active 588 weeks ago
sitti nor felzah's avatar

sitti nor felzah · 600 weeks ago

nieyh prmohonan vokasional melake tngah jewpz kewp ?? mcm new nx mohon vokasional azizah kat johor ?? tolong ajr ,
aquw styleina's avatar

aquw styleina · 600 weeks ago

asal aku mhon tak boleh eh?tolong bagi link dia bleh tak??
ayinsyikin's avatar

ayinsyikin · 600 weeks ago

salam , saya nk tanya , SMT Kuala Selangor atau KV Kuala Selangor . Sesiapa boleh bagitau .
Iema Fiqa's avatar

Iema Fiqa · 600 weeks ago

Macam Mana Nak Mohon Dalam Internet ??
2 replies · active 600 weeks ago
Kalau nk amek fesyen , ada dlm bidang hospitaliti ... Ada 6 plihn yg kita boleh amek .. Iaitu pelancongan , seni kulinari (masakan) , bakeri , fesyen dan pembuatan pakaian , perkhidmatan asuhan kanak2 , dan kosmetologi (andaman+solekan) . . .
2 replies · active 587 weeks ago
Azfar Sazali's avatar

Azfar Sazali · 600 weeks ago

Tumpang tanye SM Teknik Dan Vokasional ada course KEJURUTERAAN AERONAUTIK tak?tq..
1 reply · active 590 weeks ago
Rayuan ni dia tengok result trial ke PMR sebenar?
3 replies · active 592 weeks ago
salam, nk tanya. kalau nk ambik bidang penyelengaraan pesawat, swasta ke?
3 replies · active 534 weeks ago
aiman.danial's avatar

aiman.danial · 600 weeks ago

Salam.saya nak tanya,dkat selangor kat kv manew yg ada bhagian bidang enjin..
mcm mana nak daftar ?? saya dh banyak kali cuba , tapi banyak kali jugak larh gagal .
1 reply · active 585 weeks ago
Salam , macammana nak buat permohonan ke Teknik Vokasional melalui online ?
1 reply · active 600 weeks ago
nurrul izzati's avatar

nurrul izzati · 600 weeks ago

untuk ambil akauntan perlu lulus apa ?
2 replies · active 593 weeks ago
nurrul izzati's avatar

nurrul izzati · 600 weeks ago

dpt tak klau percubaan kita gagal.tapi kita nak mohon masuk ? apat tak ?
syuq sjew's avatar

syuq sjew · 600 weeks ago

agak2 sy blh dpt x klu 3c 2d 3e ....ne bru percubaan...
nie'za abd karim's avatar

nie'za abd karim · 600 weeks ago

klu ade fail dpat msuk x??
1 reply · active 589 weeks ago
nie'za abd karim's avatar

nie'za abd karim · 600 weeks ago

kputusan msuk vokasional ikut percubaan ke??? klu ada gagal boleh x??
salam.....dekat kv melaka tengah x da course marketing kew......
myraa zaraa's avatar

myraa zaraa · 600 weeks ago

kv mana yg ada cost sains perubatan ehhh ?
izzu ddin's avatar

izzu ddin · 600 weeks ago

ad E boleyh mohon kew.................
Speedz Fare Fari's avatar

Speedz Fare Fari · 600 weeks ago

erm...sebenarnye..lepas Dh Isi2 semua maklumat tu..pastu dh print....
JADI Semua maklumat tu dihantar terus ke Sekolah Berkenanaan secara online atau Saya sendiri yng kene bagi kt sekolah Berkanaan?
Sya x phm sbb kalau 1st print maksudnye maklumat yang 1st tuh leyh tukar lagi ke x?
4 replies · active 584 weeks ago
sye dapat 2b 1c 4d 1e boleh ke x minta?
1 reply · active 596 weeks ago
Secret.my's avatar

Secret.my · 599 weeks ago

Kenapa lah org melayu bnyk tanya usaha la nak masuk n usaha lah cri kv yg sesuai dah abis usaha tawakal.rusing nya aku dgn depa nie
tahniah.
1 reply · active 597 weeks ago
kalu mohon skola teknik . dokumen ape yang diperlukan ?
kalu mohon skola teknik . dokumen ape yang diperlukan ?
sape yg mohon vk ipoh
klau sy dpt 3a 5b 1c ,, rugi tak klau mohon vk
1 reply · active 542 weeks ago
akmalaily's avatar

akmalaily · 599 weeks ago

bahagian memasak ada di KV mne? mohon bantuan anda !
klau sya nk ambik akuantan, kna amik bhgian ap ?
1 reply · active 593 weeks ago
assalamualaikum... saya berminat untuk masuk dlm bidang seni kulinari.. tp saya ambil bahgian kh teknikal di sekolah.. boleh x saya mohon untuk msuk dlm bdang seni kulinari t'sebut?
1 reply · active 598 weeks ago
slip percubban tu nak percubaan yg mna??? percubaan-1 tau percubaan-2 ??? tlg bgi jwanpan....pnting kha tu???
1 reply · active 593 weeks ago
Voke mana yg ade arial kat KL yg ade bidang bakery or catering ?
Sekolah Vokasional yang manakah mempunyai bidang komputer ?
1 reply · active 587 weeks ago
azam amat's avatar

azam amat · 598 weeks ago

sekolah mne yg pling best
vokasional mnew ade aliran paip filter ..
maths saye mmg lemah . sllu dpt gred d jer , subjek yg lain semuanya ok , kecuali maths jer
1 reply · active 593 weeks ago
Vokasional atau teknik?
siti maisyarah's avatar

siti maisyarah · 598 weeks ago

boleh ke klau sy nk kemaskini borng prmohonn sleps dpt result pmr yg sbenar??
1 reply · active 593 weeks ago
siti maisyarah's avatar

siti maisyarah · 598 weeks ago

mcm mana nk kemaskini borang lepas dpt result pmr yg sbenar??tolong.....
nak anta borang dekat mane ?
nak anata borang dekat mane ?
1 reply · active 591 weeks ago
puteri nur qyistina's avatar

puteri nur qyistina · 597 weeks ago

nk amik brang kt mane
assalam ...saye nak tnye klau keputusan percubaab pmr saya dpt 4A 2B 2C boleh ambik jurusan kejuruteraan awam x..
1 reply · active 588 weeks ago
wanie hana's avatar

wanie hana · 597 weeks ago

mmg bila dh isi borang xleh nk mintak byk2 kly byk2 tmpat kea?
nk msuk teknik hrap2 mdh la..hehe....tpi kt aner eah bnyk alirn skit??tlong cdngkan...
queenie joy quilala's avatar

queenie joy quilala · 596 weeks ago

boleh Tanya. jurukecantikan d Sabah bahagian mana ?
ija.ayuni's avatar

ija.ayuni · 596 weeks ago

sy nk tnya,kolej vakasional mn yg ad kursus bakery,,sy nk yg area penang atau kedah jer...
tumpang tanya kalau trial saye dpt 2C 3D 3E blh layak msk kv atau smt x? ape beza kv atau smt?
1 reply · active 588 weeks ago
railley yasin's avatar

railley yasin · 595 weeks ago

hello. saya mengulang tingkatan 3 tahun ini dan memohon untuk masuk ke teknik tahun depan..boleh juga ka ?
kalau percubaan dapat 1C ,3D 4E , agak2 boleh dapat masuk tak?
Aley Grace's avatar

Aley Grace · 595 weeks ago

Hello, klu msuk sekolah teknik tp mo ambl kursus bakeri blh ka? Sy mo d area keningau sja. Tq
Aley Grace's avatar

Aley Grace · 595 weeks ago

Hello, sy nak tanya, klu msuk skola teknik blh tak ambl kursus bakeri?
Teoh Ee Kun's avatar

Teoh Ee Kun · 595 weeks ago

trial saya dapat 2b 3c 3d layak tak masuk ??
1 reply · active 593 weeks ago
halida honey's avatar

halida honey · 595 weeks ago

macam mana kalau dpt result trok??boleh memohon jgak ke?
1 reply · active 593 weeks ago
boleh tak , kalau pelajar tingkatan empat nak mohon masuk kolej vokasional or smt ni ?
tumpang tanye .. yuran kemasukan kolej vokasional berapa ye ?? dan kursus sains kesihatan untuk tahun 2014 ada tak ??
tumpang tanye . yuran kemasukan kolej vokasional berape ye ?? dan kursus sains kesihatan untuk sesi 2014 ada tak ??
Nak tahu yuran kemasukan ke KV .
Nak tahu yuran kemasukan ke KV .
nurul hazirah's avatar

nurul hazirah · 593 weeks ago

Nak tahu yuran kemasukan ke KV .
ct nur haniez's avatar

ct nur haniez · 593 weeks ago

maafkan saye..sye pon da cube untuk mmbuat prmohonan tapi prmohonan sye tak d luluskan..sye da brusaha tapi sbaliknye..hermhh..ad care lain tak yg boleh mmbuat rayuan untuk masuk sekolah teknik ini..?
1 reply · active 593 weeks ago
AyNi Cheah's avatar

AyNi Cheah · 593 weeks ago

Saya mau mohon asrama..
harap dapat lah msuk..Amin
nak kena tunggu result PMR sebenar keluar baru boleh isi borang ke ataupun boleh isi sekarang ??
Nurul Amirah Azhari's avatar

Nurul Amirah Azhari · 592 weeks ago

assalamualaikum ... Kolej Vokasional ade tak kemahiran atau aliran Muzikal ???
1 reply · active 592 weeks ago
kalau korang dapat teruk mase percubaan mintak jer... jangan putus asa... Allah tk suka...
memang die tengok korang punyer percubaan.. tp die tgk jugak korang punye result sebenar.. mane thu rezeki korang... gagal masa trial... exam betul dpt a.b.c jew...
rezeki dr Allah untuk hmbanya tiada batasnye...

sy pum mintak kv kuantan... tawakal jew ! gud luck untuk semua pemohon kv !
Sebarang pertanya mengenai kemasukan boleh email saya di

gumpheadz@gmail.com..
laila nadiah's avatar

laila nadiah · 591 weeks ago

mcm nak mohon

Post a new comment

Comments by