Tarikh Permohonan Kemasukan Ke IPTA Sesi Akademik 2010/2011

TERKINI :

Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia telah menetapkan tarikh permohonan kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bagi sesi akademik 2010/2011 adalah seperti berikut;

Lepasan Matrikulasi KPM/ PASUM/ Asasi Undang-undang

  • Nombor unik ID boleh dibeli di BSN mulai : 10 Disember 2009
  • Tarikh permohonan dibuka (Fasa 1) : 10 Disember 2009
  • Tarikh tutup permohonan (Fasa 1) : 10 Januari 2010

Lepasan Diploma dan setaraf/ STPM/ Matrikulasi/ Asasi 2008 dan sebelum

  • Tarikh iklan : 3 Januari 2010
  • Nombor unik ID boleh dibeli di BSN mulai : 4 Januari 2010
  • Tarikh permohonan dibuka : 4 Januari 2010
  • Tarikh tutup permohonan : 4 Februari 2010

Lepasan AUSMAT, GCE A Level, HSC Foundation dan setaraf

  • Tarikh iklan : 3 Januari 2010
  • Nombor unik ID boleh dibeli di BSN mulai : 4 Januari 2010
  • Tarikh permohonan dibuka : 4 Januari 2010
  • Tarikh tutup permohonan : 4 Februari 2010

Lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia 2009

  • Tarikh iklan : 31 Januari 2010
  • Nombor unik ID boleh dibeli di BSN mulai : 1 Februari 2010
    Secara pukal mulai 20 Oktober – 20 November 2009
  • Tarikh permohonan dibuka : 2 Februari 2010
  • Tarikh tutup permohonan : 30 Mac 2010

Lepasan STAM 2009/2008/2007

  • Tarikh iklan : 31 Januari 2010
  • Nombor unik ID boleh dibeli di BSN mulai : 1 Februari 2010
    Secara pukal mulai 20 Oktober – 20 November 2009
  • Tarikh permohonan dibuka : 2 Februari 2010
  • Tarikh tutup permohonan : 30 Mac 2010

Lepasan SPM dan setaraf

Kategori A, B, C, D

  • Tarikh iklan : 31 Januari 2010
  • Nombor unik ID boleh dibeli di BSN mulai : 1 Februari 2010
    Secara pukal mulai 12 Oktober – 13 November 2009
  • Tarikh permohonan dibuka :
    Fasa 1 – 2 November 2009 – 31 Disember 2009
    Fasa 2 – 2 Februari 2010 – 30 Mac 2010
  • Tarikh tutup permohonan : 30 Mac 2010
  • Tarikh akhir penghantaran dokumen : 30 Mac 2010 (Kategori C, D)

Diploma Pendidikan

Dimaklumkan bahawa mulai tahun 2010 semua ambilan latihan guru program Diploma Pendidikan (DP) bagi lepasan ijazah adalah ditangguhkan dan akan hanya akan diteruskan sekiranya wujud keperluan. Permohonan program Diploma Pendidikan telah dibuka semula sila rujuk Permohonan Program Diploma Pendidikan Ambilan Julai 2010.

Tarikh Pendaftaran Pelajar Baru

  • Lepasan SPM bagi mengikuti Program Asasi PASUM/USIM/UIAM/UPNM/UiTM pada 23 Mei 2010.
  • Lepasan SPM dan setaraf ke IPTA adalah pada 3 dan 4 Julai 2010.
  • Lepasan STPM dan setaraf adalah pada 3 dan 4 Julai 2010.
  • Lepasan Matrikulasi/PASUM/Asasi Undang-Undang adalah pada 3 dan 4 Julai 2010.

Maklumat di atas diperolehi daripada Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi. Para pemohon dinasihatkan supaya sentiasa memantau laman web ini dan Kementerian Pengajian Tinggi untuk mendapatkan maklumat terkini.

Related posts:

  1. Tarikh Permohonan Ke IPTA Sesi 2009/2010
  2. Tarikh Keputusan Permohonan ke IPTA Sesi Akademik 2009/2010
  3. Permohonan Kemasukan IPTA Sesi Akademik 2009/2010
  4. Tarikh Tutup Permohonan Ke IPTA Sesi 2009/2010
  5. Permohonan Kemasukan IPTA Sesi Akademik 2009/2010 Lepasan Matrikulasi Dan Asasi

Subscribe / Share

Article by Azhad Nilam
ePutra cuba membantu menyampaikan maklumat yang berkaitan dengan pendidikan di Malaysia. Semua maklumat di sini boleh digunakan semula tetapi sila buat pautan atau rujukan kepada ePutra.com. Terima kasih.
Azhad Nilam tagged this post with:
, , , , ,
Read 485 articles by

78 Comments

Makluman

Peta Minda
 
Recent Comments Tags
Follow ePutra on Twitter
ePutra

Archives