Asasi Sains Universiti Malaya 2008

University of Malaya

Pusat Asasi Sains Universiti Malaya akan menyediakan sebanyak 1,250 tempat kepada lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan setaraf untuk mengikuti empat program pengajian sesi 2008/2009 iaitu asasi sains hayat, asasi sains fizikal, program khas ke Jepun dan asasi sains alam bina.

Pembahagian tempat ke program Asasi Sains tersebut di Universiti Malaya (UM) adalah seperti berikut;

  1. 1,000 tempat untuk aliran sains hayat dan juga sains fizikal.
  2. 150 tempat untuk program Rancangan Persediaan Khas Jepun (RPKJ) yang dilaksanakan dengan kerjasama Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan kerajaan Jepun.
  3. 100 tempat untuk Program Asasi Alam Bina yang baru diperkenalkan mulai sesi 2007/2008.

Calon yang terpilih untuk mengikuti Program RPKJ sesi 2008/2009 akan mendaftar masuk pada 21 April 2008. Bagi program Asasi Sains Hayat, Asasi Sains Fizikal dan Program Asasi Alam Bina pula, calon yang terpilih akan mendaftar masuk pada 25 Mei 2008.

Mereka yang terpilih ke program Asasi Sains ini akan mengikuti pengajian dua semester iaitu setahun. Pelajar yang lulus dengan purata nilai gred kumulatif (PNGK) sekurang-kurang 2.00 akan layak untuk memohon melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah pertama dalam bidang bersesuaian, termasuk di institusi pengajian tinggi awam lain.

Bagi mereka dari aliran sains hayat, pengajian ijazah pertama yang layak dipohon meliputi bidang perubatan, pergigian, bioperubatan, farmasi, sains, sains dengan pendidikan, kejuruteraan, sains komputer, teknologi maklumat, seni bina, ukur bahan/bangunan dan pengurusan harta tanah.

Bagi mereka dari aliran sains fizikal pula boleh melanjutkan pelajaran dalam program kejuruteraan, sains, sains dengan pendidikan, sains komputer, teknologi maklumat, seni bina, ukur bahan/bangunan dan pengurusan harta tanah.

Sementara itu bagi mereka yang lulus Program Asasi Alam Bina akan memasuki pengajian ijazah pertama dalam bidang seni bina, ukur bahan, ukur bangunan atau pengurusan harta tanah di UM berdasarkan kelayakan bersesuaian pencapaian PNGK mereka.

Manakala yang lulus dalam Program RPKJ akan mengikuti pengajian peringkat ijazah di universiti di Jepun. Di antara universiti terkemuka di Jepun yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia dan menerima pelajar Program RPKJ ialah Tokyo University, Nagoya University, Kyushu University, Waseda University, Osaka University dan Kobe University.

Sebagai panduan kepada para pelajar yang akan menduduki peperiksaan SPM pada penghujung tahun ini syarat kemasukan bagi Program Asasi Sains menetapkan kelayakan minimum lulus peperiksaan SPM dengan kredit dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.

Bagi aliran sains hayat, para calon dikehendaki mendapat sekurang-kurang 4B dalam mata pelajaran Biologi dan sekurang-kurang 5C bagi Matematik, Matematik Tambahan, Fizik, Kimia serta Bahasa Inggeris.

Bagi aliran sains fizikal pula, para calon perlu mendapat sekurang-kurang 4B dalam mata pelajaran Matematik dan sekurang-kurang 5C bagi Matematik Tambahan, Fizik, Kimia dan Bahasa Inggeris.

Bagi program Asasi Alam Bina permohanan terbuka kepada lulusan SPM dalam kedua-dua aliran sains serta sastera. Para calon dikehendaki lulus peperiksaan SPM atau setaraf dengan mendapat kepujian Bahasa Melayu, selain memenuhi keperluan khas program berdasarkan aliran masing-masing.

Pengambilan pelajar Program Asasi Sains UM adalah menerusi Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (BPKP), Kementerian Pengajian Tinggi. Manakala permohonan untuk Program RPKJ adalah melalui Unit Dasar Pandang Ke Timur, Bahagian Latihan, JPA.

108 thoughts on “Asasi Sains Universiti Malaya 2008

  1. bile nk semak kputusn msuk asasi ni?
    tak sbr menunggu ni…

  2. zeri_90,

    Semakan panggilan temuduga untuk beberapa IPTA telah mula boleh di buat di laman web Kementerian Pengajian Tinggi. Walaubagaimana pun keputusan masuk tidak dinyatakan bila boleh disemak.

    Tetapi jika ingin mengetahui status permohonan, anda boleh menghantar sms ke 32020 @ 33310 @ 32300 dengan menaip SMS UPU .

  3. Anda boleh menyemak status permohonan kemasukan ke IPTA dengan menaip UPUNo Kad Pengenalan/MyKad dan hantar ke nombor 32020/ 33310/ 32300). Setiap mesej SMS akan dikenakan bayaran RM0.50 – RM0.60

  4. cmne pengkelasn jrusn mtrk dbuat? sya mntk jrusan sains…pas2 dpt sains fzikal…

  5. bilakah permohonan kemasukan asasi sains UM bagi tahun 2009/2010 utk pelajar lepasan spm akan dibuka?

  6. reortta,
    Saya kira anda akan mengambil peperiksaan SPM pada hujung tahun ini.

    Permohonan perlulah dibuat melalui laman web Kementerian Pengajian Tinggi. Ianya terbahagi kepada dua fasa, Fasa 1 biasanya dibuka pada pertengahan bulan November sehingga 31 Disember. Fasa 2 dibuka pada tarikh keputusan SPM diumumkan dan tutup 10 hari kemudian.

  7. bile pengambilan 2007/2008 sesi kedua?

  8. kakashi,
    Semua pengambilan asasi sains bagi sesi 2007/2008 telah ditutup.

  9. salam..ade kekeliruan dalam fikiran saya…
    ade ke borang khusus untuk kemasukan ke pusat asasi??
    ataupun borang kemasukan upu itu same dengan borang pusat asasi?
    betul2 keliru…

  10. Adik,
    Salam… permohonan untuk memasuki Pusat Asasi Sains perlu dibuat melalui Kementerian Pengajian Tinggi @ UPU.

  11. assalamualaikum,saya merupakan pelajar yg menduduki SPM tahun ini.bagaimana dan bila masa untuk saya memohon Asasi Sains UM dan juga termasuklah program asasi anjuran UIA? adakah saya kena beli nombor pin di BSN untuk selain matrikulasi KPM juga?Buat masa sekarang saya hanya telah mengisi kemasukan fasa 1 bagi UPU dan matrikulasi KPM.

  12. Laila,
    Waalaikumsalam… pengambilan Asasi Sains UM dan Asasi UIA dilaksanakan melalui Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (BPKP) atau dulu dikenali sebagai UPU. Jadi anda telah pun buat apa yang perlu.

    Sila rujuk Syarat Khas Kemasukan Ke IPTA untuk mendapatkan maklumat lanjut.

  13. syahilaamira says:

    maksudnya, kalau sy mahu apply pusat asasi UM, sy cuma perlu daftar untuk kemasukan IPTA online sahaja?nanti pusat asasi UM akan pilih daripada situ?

  14. Syahilaamira,
    Ya dan pastikan anda memilih asasi sains UM sebagai pilihan pertama daripada lapan pilihan yang diperlukan.

  15. syahilaamira says:

    ohh ok…jd sy skrg perlu tgg fasa 2 dan tulis pilihan2 sy?
    lega sy dgr..huhu. 🙂 sbb sy xapply utk matrics tahun lps..jd sy agak risau sy xdpt peluang langsung buat matrics.terima kasih..

  16. Syahilaamira,
    Ya betul, sama2.
    Permohonan ke Matrikulasi adalah diuruskan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Manakala permohonan ke Asasi UM, Asasi UiTM, Asasi UIAM diuruskan oleh Kementerian Pengajian Tinggi.

  17. Salam. Boleh ke saya apply PASUM tanpa melalui UPU? Tolong saya.

  18. Shahrul,
    Salam… setahu saya hanya boleh mohon melalui UPU sahaja tetapi jika inginkan kepastian cuba hubungi pihak UM.

  19. Assalamualaikum.

    Nak tanya, kan dlm borang pmohonan tu kita kne buat 8 pilihan..
    boleh tak saya buat 8 pilihan tu semuanya kursus dan universiti yg sama sahaja?
    (mksudnya kalau sy mohon asasi sains hayat um, jadi semua 8 slot tu saya isi benda sama..)

  20. Sarrah,
    Waalaikumsalam,
    Tidak boleh kerana anda wajib mengisi Pilihan 1 hingga Pilihan 4 program pengajian yang berbeza mengikut keutamaan.

  21. syahilaamira says:

    apkh subjek yg tdpt dlm asasi sains fizikal dan hayat?

    • asasi hayat UM: subjek : 1) biology ( sub division 4 for 2 semester)
      2) mathematics ( subdivision 3 for 2 semester )
      3) physics (subdivision 4 for 2 semester )
      4) chemistry (subdivision 4 included physical chemistry and organic for 2
      semester)
      5) english
      6)computer.

      asasi sains fizikal UM : all same accept for subject 1) for above list… but replace by mathematics engineering and the computer for subject number 6) is replace by computer science..

      that's why asasi UM is the best for foundation compare to any foundation or matriculation… u should enter UM..so comprehensive and quality..

  22. Syahilaamira,
    Maaf saya tidak tahu, harap ada pembaca lain yang boleh membantu.

  23. salam.. sya ada sorang kawan ni.. dia nk mohon asasi sains hayat kt uiam..
    problem is.. dia ne non-muslim.. x amik pendidikan islam or pendidikan al-quran & as-sunnah.. so boleh ker dia mohon masuk uiam??

  24. Lailah,
    Salam… Asasi Sains Hayat di UIAM hanya dibuka kepada Bumiputra dan mendapat kepujian dalam salah satu matapelajaran Pendidikan Islam, Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah atau Pendidikan Syariah Islamiah adalah di antara syarat khas kemasukan.

  25. salam…apa syarat khas utk pengajian asasi pengajian islam dgn sains dan asasi pendidikan islam??? boleh ke pelajar aliran sains sertai program ni??? terutama bg mereka yang tidak mengambil sebarang matapelajaran agama…

  26. Asywaq,
    Salam… Pelajar sains boleh sertai kedua-dua program asasi tersebut asalkan memenuhi syarat-syarat khas program.

    Syarat Khas kedua-dua program Asasi Pengajian Islam Dengan Sains dan Asasi Pendidikan Islam adalah;

    1. Mendapat sekurang-kurangnya kepujian dalam Bahasa Arab Tinggi;
    2. Mendapat kepujian dalam salah SATU mata pelajaran berikut:
    * Pendidikan Islam
    * Pendidikan AI-Quran dan As-Sunnah
    * Pendidikan Syariah Islamiah
    * Tasawwur Islam
    3. Mendapat kepujian dalam mata pelajaran Matematik atau Matematik Tambahan
    4. Mendapat kepujian dalam TIGA mata pelajaran berikut:
    * Fizik
    * Kimia
    * Biologi
    * Matematik Tambahan
    * Sains Tambahan
    * Sains Pertanian
    * Teknologi Maklumat
    * Geografi
    * Matematik
    5. Lulus Bahasa Inggeris

    • kalau saya x amik bahasa arab tinggi,jadi saya x boleh apply asasi pengajian islan dengan sains la ye?

  27. hye..sy lepasan spm2009 n sy berminat utk jd seorg arkitek.ape kursus yang boleh sy ambil agar kursus yang sy ambil itu boleh menjurus kpd bidang arkitek?
    apa cara2nya?

  28. as’kum..
    sya nak tanya bagaimana nak mohon untuk rpkj tu..sama dengan monbukagakusho tu ke?..terima kasih..

  29. hye .. saya pelajar lepasan spm 08 .. saya nak tanya mengapa sukar sekali untuk memasuki ke pasum sedangkan ada yang memperolehi keputusan yang cemerlang ..

  30. Sya,
    Di antara program yang anda boleh ambil sebagai contoh adalah Sarjana Muda Sains (Senibina) di UiTM, Asasi Alam Bina di UM, Diploma Senibina di UTM dan Asasi Seni Bina dan Reka Bentuk Alam Sekitar di UIAM.

    Pingi,
    Melalui JPA tetapi tahun ini saya tak terbaca pula pengumuman mengenainya. Setakat ini yang ada adalah Tawaran Biasiswa Monbukagakusho itu sahaja.

    Fara,
    Sebab terlalu ramai yang memohon dan tempat pula terhad.

  31. salam,
    nk tnye, btul ke susah nk score kt pasum nie eh?
    sbb sy dpt byk pndapat yg brbeza. ade yg kate snang nk score..ade yg kte susah.
    adkah kptusan 7A 3B lyak tuk ke pasum?

  32. salam..nk tnye ckit…pe subjek tuk pengajian islam sengan sains ye..sye nk tw2 sgt2…tlg eh..lagi satu..pe bdg pekerjaan dye eh…plizz ye…thx yaa..

  33. ade spe2 y amik bdg pengajian islam dengan sc….cite la kt sye sal bdg 2..tw2…

    • makneye klau kita lpas syarat dia pun tpi rmai yg dpat bgus kn tolak jgk???cmne sistem pmilihan plajar ke program asai ikut sistem meritokrasi ke??

  34. adakah asasi sains hayat di UM lebih susah berbanding di IPTA lain dari segi peperiksaan dan silibus pembelajaran? contohnya jika saya apply asasi sains hayat di UM, dan saya ingin buat pergigian, berapa saya kena score utk dpt sambung buat pergigian? betulkah pelajar UM akan bercompete dgn plajar ipta lain dan matriks dlm peperiksaan? saya kurang faham.. terima kasih..

  35. saya br je buat semakan ke matrikulasi tpi malangnye x dapt. sya x faham lah kenapa saya x dpt sedangkan sya score 8A dlm sPM, Dan kawan syaa yang dapat 5A dpat pulak matriks.. huhuhuhu.. sedihnya. dahlah kalau buat rayuan pun x confom kena pilih..

  36. Sue,
    Salam… Susah senang bergantung kepada individu. Setahu saya minimum mesti 9A.

    Whateva,
    Salam… anda boleh semak di laman web PASUM atau pembaca lain boleh membantu.

    Noorul,
    Susah senang memang bergantung kepada individu tetapi jika dari segi peperiksaan dan sukatan pelajaran serta CGPA untuk sambung pengajian pergigian mungkin mereka yang ada pengalaman boleh memberi komen.
    Mereka yang tamat PASUM, Asasi UiTM dan Matrikulasi KPM akan bersaing untuk merebut tempat ke IPTA bukannya dalam peperiksaan.

    Kim,
    Pengambilan Matrikulasi adalah berdasarkan mata merit, mungkin mata anda tidak mencukupi.

  37. ohh..tidakk.. 9A syrt minimum ke?? sedey ar cmtu,,
    tp kan..ade senior2 yg dpt 6a tp dpt msuk… da tkar da eh skang?

  38. Sue,
    Jangan terlalu sedih sebab syarat minimum itu bergantung kepada bilangan pemohon pada setiap pengambilan. Cuma sekarang semakin ramai yang cemerlang memohon.

  39. saya keliru untuk memilih asasi atau matrikulasi,tolong saya??

  40. freakila91 says:

    sy tak dpt tawaran masuk ke pusat asasi. blh x sy buat rayuan?

  41. Freakila91,
    Sudah tentu boleh, sila rujuk pautan ke e-Rayuan di Semakan Keputusan Permohonan Kemasukan Ke IPTA 2009 Lepasan SPM & Setaraf.

  42. anonymous says:

    bleh tak kita menukar asasi slain daripada yg tlah ditawarkan kpd kita?

  43. Anonymous,
    Agak sukar, sila rujuk komen pembaca lain mengenai perkara ini di sini.

  44. berapa gred minimum untuk meneruskan pengajian di UM selepas asasi sains hayat?
    betol ke 4.00 sahaja untuk perubatan?
    kalau tak mencapai 4.00…boleh smbung pilihan pe lagi?

  45. Tie,
    Memang benar untuk masuk ke bidang perubatan perlu dapat 4.00 tetapi ini bergantung kepada persaingan semasa pengambilan tersebut. Jika tidak berjaya mendapat 4.00 anda masih berpeluang untuk memohon pelbagai bidang lain termasuklah pergigian, farmasi, sains bioperubatan, pengimejan perubatan dan banyak lagi.

  46. saya harap saya dapat tawaran daripada universiti sains malaysia selepas saya tamat spm tahun ini…………………….

  47. Rija,
    Dapat keputusan yang cemerlang akan mencerahkan peluang anda.

  48. saya adalah pelajar spm tahun2009… bagaimana prises untuk memohon ke pusat asasi sains um bgi bidang sains fizikal?

  49. Farhan,
    Permohanan ke Pusat Asasi Sains UM (PASUM) perlu dibuat melalui Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi atau lebih dikenali sebagai UPU. Sebagai panduan sila rujuk kategori Kementerian Pengajian Tinggi dan laman web rasmi kemasukan ke IPTA.

  50. sy terlepas memohon asasi sains UM utk fasa 1? boleh kah sy mmbuat pemohonan pada fasa 2 nanti? adakah fasa 2 hanya lah confirmation utk sesiapa yg telah memohon pada fasa 1 dulu?

  51. under asasi sains hayat UM kan,do we study subjek fizik also? wad r the subjects we study under asasi sains hayat UM?

  52. saya nak tanya, asasi sains di um memang tak terbuka untuk bukan bumiputra kan

  53. Assalamualaikum

    Anak saya akan memduduki peperiksaan SPM tahun ini. Saya ingin tahu apa yang saya perlu buat untuk memohon kemasukan ke Puasat Asasi UM

  54. ketika memohon asasi sains di um terdapat tiga pilihan iaitu sains hayat,sains fizikal dan alam bina sahaja.jadi bagaimana untuk pelajar yang ingin mengikuti rancangan persediaan khas jepun?adakah dia perlu memilih antara 3 pilihan di atas-sains hayat,sains fizikal dan alam bina?

  55. Sheila,
    Anda masih boleh membuat permohonan semasa fasa 2 ini walaupun tidak membuat sebarang pendaftaran semasa fasa 1. Sila rujuk Permohonan Kemasukan Ke IPTA 2010 Lepasan SPM 2009 Fasa 2.
    Saya tidak mempunyai maklumat mengenai mata pelajaran yang diajar di Asasi UM.

    Eshvir,
    Memang benar.

    Nazreene,
    Salam… Syarat minima memang hanya kepujian untuk mata pelajaran yang ditetapkan tetapi memang diketahui bahawa untuk memasuki Asasi UM perlu mendapat A+ atau A untuk semua mata pelajaran tersebut. Oleh itu mereka yang berminat perlu cuba mendapatkan keputusan yang terbaik yang boleh masa SPM nanti.

    1992,
    Permohonan Rancangan Persedian Khas Jepun tidak melalui UPU sebaliknya melalui JPA. Anda boleh cuba menghubungi pegawai JPA Noor Hidayu Bt. Hashim di talian 03 8885 3431 untuk mendapatkan maklumat lanjut.

  56. BAGAIMANA DENGAN ASASI LAIN MACAM ALAM BINA

  57. salam abg nilam..saya plajar lepasan spm_09..saya mmang minat dlm bdang perubatan..tp memandangkan saya x dpt memenuhi syarat klayakan jadi saya nak tanye pada abg nilam ape lg bdang yg ptut saya amik..??dan msih blehkah saya amik bdang yg berkatan dgn sains atau perubatan..??saya hrp abg dpt tolong saya..

  58. saya mndpt 3a,6b dan 2 c dlm spm…
    sy mndpt A+ untuk matematik,C+ untuk fizik dan bio serta B untuk kimia..
    layakkah saya memohon progran asasi???atau haruskah saya memohon program diploma??
    manakah yang lebih baik??

  59. saya lepasan spm 2009 dan memperoleh maths=A+, agama+bm=A, fizik+kimia+bio+sejarah+addmaths=A-, bhs inggeris= B+…
    Saya dalam proses mengisi borang UPU…
    saya nak tanya layakkah saya meletakkan asasi sains atau perubatan sebagai pilihan saya?
    saya keliru…
    TQ…
    =)

  60. Eshvir,
    Asasi Alam Bina juga hanya dibuka untuk bumiputra sahaja.

    Mira,
    Salam… Jika anda masih berminat dalam bidang perubatan anda, cuba dapatkan maklumat tentang Medic Mesir. Di samping itu anda boleh juga masuk Matrikulasi dan dapatkan keputusan yang boleh melayakkan anda memohon program pengajian perubatan. Anda juga boleh pertimbangkan untuk memohon program asasi atau diploma dalam bidang Sains Gunaan, Sains Kesihatan atau Sains Bersekutu. Sila semak syarat kemasukan yang ditetapkan.

    Sudu,
    Secara amnya anda memenuhi syarat minimum program pengajian asasi dan diploma tertentu. Mungkin anda boleh rujuk Pilihan Antara Matrikulasi , Asasi Atau Diploma | ePutra sebagai panduan.

    Anis,
    Anda memang layak untuk memohon Asasi Sains Hayat atau Asasi Perubatan.

  61. sy dpt 4a 5b n 1c. a+ = bm,bi, b= bio,phy ,chem, b+= est n c= addmaths. ad chnce ke nk dpt asasi?or xde?

  62. abu budak rock says:

    Allah tiada tuhan selain Allah .. Dia lah Allah yang maha cerdik ..mengetahui yang nyata dan yang tersembunyi.. semoga kita dapat menjadi kekasih Allah… hebat Allah menjadikan langit tanpa tiang …matahari yang bersinar di waktu siaNG..bulan yang menerangi malam …kehebatan Allah tiada tandingan ….tiada sekutu dlm kerajaan-Nya….Dia tempat pergantungan segala mahluk ciptaan-Nya…..tiada beranak dan tidak di peranakkan …tiada sesuatu yang setara dengan-Nya…

  63. salam, sy dpt 8a,2b,1c..A+:B.M,MM A:SEJ,PQS A-:FIZ,ADMT,B.AT,PSI B+:KIM B;BIO C+;B.I bolehkah sy mohon utk asasi sains fizikal? layak ke kt um@UIA?

  64. hye,saya nak tanya.apa syarat kelyakan utk layak mengambi kursus asasi kejururawatan?
    pleasee tlg saye.terima kasih:)

  65. Sy mdpt kptsn 8a1b spm 2009..sy mndpt..a+:bm,math,addmath,chemist..a:bi,pend islam..a-:sejarah,bio..b+:physics..sbnarnya bidang apa yg sesuai utk sy?..

    sy ada mohon asasi perubatan uiam melalui upu..adakah sy layak mndpt tmpt memandangkan ramai pelajar yg mndpt straight a?..sy juga ada mohon medicmesir..adakah biasiswa ditawarkan jika ingin melanjutkan pengajian melalui medicmesir?..

  66. assalamualiakm..erm sya nk tnya ckit..sy konfius ni… result sya 7a2b1c.
    A bm,kjurutraan awm,mtmatik.A- lukisan kjurutraan,bi,ag,sjarah. B+add math
    B fzk dan C kmia.. adakah sya lyk memohon program asasi kjurutraan di uitm?

  67. hello.saye lepasan spm 2009 dan mendapat rslt yg agak cemerlang.saye mahu mengambil kursus sains aktuari semasa degree nnt.tapi sebelum itu saye mahu menjalani program asasi.so,program asasi mana yg perlu saye ambil.hayat or fizikal??

  68. sarifizu says:

    salam.

    saye ade beberapa soalan:
    1-bolehkah kite memohon asasi pengajian islam dengan sains, namun semasa spm kite tak mengambil matapelajaran bahasa arab tinggi pon.

    2-betulkah sekarang nie dah tak boleh tukar pilihan universiti, dalam upu?

    3-apakah kelayakan untuk memohon asasi???

    terima kasih

  69. betul tu~
    apa program asasi yg sesuai bagi saya yg ingin mengambil sains aktuari di UM

  70. salam.
    saya ada bbrapa soalan,
    bilakah saya bila boleh tahu samada saya dapat atau tidak rayuan upu ni?

    jikalau saya telah mendaftar dan masuk ke matrikulasi dan rayuan upu saya ini diterima, bolehkah saya keluar dari matrikulasi dan masuk ke universiti yg telah saya mmbuat rayuan?

  71. zye_zat says:

    salam,,sy nak dptkn kepastian..um ada pengambilan kedua(second intake) utk lepasan spm dak?? lg 1 prmohonan ke um hanya bleh mintak dkat upu ja ka??

  72. AtiPuspa says:

    salam. saye nak tanya bg pihak kawan saye. boleh atau tidak dia mohon untuk rayuan ke PASUM? dia ditawarkan ke asasi sains fizikal di UIA tetapi dia hendak ke UM kerana asasi sains fizikal di UIA hanya boleh further dlm degree maths shj dan wajib belajar bhs arab. tetapi, dia tidak ada asas utk b.arab dah dia tidak b’minat untuk ambil degree dalam bidang maths. kalau boleh dia buat rayuan, apakah tindakan yang perlu dia ambil?

  73. kalau pelajar bukan bumiputra, apakah kelayakannya untuk memohon ke asasi sains hayat. terima kasih.

  74. saya nak tanye. kalau pelajar bukan bumiputra, apakah kelayakkannya untuk masuk ke pusat asasi sains hayat um ye???

  75. paxs_suki says:

    my brain becoming more superdupermegaultimate with lot of tutoriol……..asasi sains hayat make me dum——

  76. untuk pelajar SPM 2010 ada x ?

  77. pe asasi yg ssuai utk sc aktuari lak? konfius2..kalo amek diploma lma sgt la pulak

    • kalau tak silap saya ambil asasi ape2 pun still boleh ambk science aktuari, even dari mtrx pun still bolh mohon kos tu..tapi perlu di ingat sc aktuari adalah kursus yg "demand"..which means anda prlu grade dgn pointr yg tnggi..

  78. abg kalo sayer nak amek aviation engenering…cmner lak ab sknag ni

  79. khairul ridzwan says:

    assalamualaikum, tumpang tanya. kalau saya amek asasi sains fizikal ne. after dah habis buat asasi ne, bole ke saya sambung degree ke UTP? tolong sayaaaaaa!

  80. salam

    apakah subjek2 yg diberi penekanan dlm asasi sains fizikal?

    apakah program2 yg sesuai slps buat asasi sains fizikal(utk smbg degree)

    apakah peluang2 pekerjaan yg berkaitan dgn program2 tsbt?

    • dalm sains fzkal sbjk2 yg akn dpljri adalh fzik, kmia n math..
      byk prgrm yg boleh diambl 4 dgree..
      eg: mechanicl engineerng, elctrical eng, bio-medichal eng, civil eng n byak lg..
      kos2 ni semua boleh dplih mngikut mnat anda…
      pluang2 pkrjaan juga trbuka luas dlm bdng2 eng, spt oil n gas cmpny, cnstruction engineer n mcm2 lagi..

  81. Nak tau syarat terbaru mohon asasi sains hayat UM dan asasi sains UITM cos my frend dpt 8a cuma dapat asasi seni bina UM je.Syarat nak masuk asasi Um dalam e-panduan tu mcm mudah je tapi nape cuma dapat pilihan ke 3 je. tolong bagitau i buntu sbb i pun nk mohon asasi gak.

    • Perlu difahamkan bhw syarat yg dinyatakan di e-panduan itu adalah kelayakan minimum sahaja. Oleh itu peluang utk mendapat tawaran bergantung kpd bbrp faktor antaranya jumlah pemohon, jumlah tempat, result pemohon sesuatu kursus itu.

  82. sy berminat dgn diploma/asasi senibina..tapi,apa yg sy akan belajar dlm bidang tu??

  83. salam,saya b’minat utk mengikuti bidg perubtn..saya mndpt kptusn 7a 2b.layakkah saya untk memsuki asasi sains hayat di PASUM?hope u all can give me some opinion about this…

    thankz…

  84. […] Matrikulasi, Asasi, Diploma, Tingkatan 6 […]

  85. shahrizal says:

    salam.. baru-baru ini saya mendapat tawaran dari UM utk program sains fizikal.. jadi,dakah pihak pengurusan membenarkan pelajar untuk menuka kepada sains hayat?

  86. boleh x kalau aliran sastera amek asasi dalam komputer

  87. hi saya nak tanya kalau kte x sempat mohon borang upu (online) fasa 1, boleh ke nak mohon untuk fasa 2 ?..sebab borang utk fasa 1 dah tutup… boleh ke saya nak mohon lagi untuk kemasukan ke ipta?