Rayuan Kemasukan Ke Maktab Rendah Sains MARA

Rayuan Kemasukan MRSM

Sila hubungi MARA untuk kepastian dan maklumat terkini

Keputusan permohonan kemasukan ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) bagi Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 untuk pengambilan pertama telah pun diumumkan.

Bilangan yang memohon jauh lebih ramai daripada tempat yang dapat ditawarkan di MRSM. Oleh itu sudah pasti ramai yang hampa kerana gagal mendapat tempat di MRSM.

Walaupun begitu mereka yang gagal ini masih mempunyai peluang kerana boleh membuat rayuan. MRSM biasanya akan membuat tiga kali pengambilan sepanjang bulan Februari sehingga April. Ini bermakna mereka yang gagal mendapat tawaran ini mempunyai dua kali peluang lagi.

Rayuan boleh dibuat dengan menulis surat rasmi kepada pihak MARA dan menghantar sendiri atau poskan surat rayuan tersebut kepada alamat berikut;

  • Bahagian Pendidikan & Latihan (Pendidikan Menengah)
    Tingkat 19, Bangunan Medan MARA
    Jalan Raja Laut,
    50609 Kuala Lumpur

Sebarang kemusyikilan sila hubungi MARA di talian berikut;
Telefon: 03-26915111 sambungan 3323 (Kurikulum), 3399 (Perkhidmatan), 3392/3765 (Hal Ehwal Pelajar)
Faks: 03-26911658

Berikut adalah petikan dari laman web MARA berkaitan soal jawab proses membuat rayuan untuk dijadikan panduan.

SOALAN JAWAPAN
Jika saya tidak berjaya, bolehkah saya membuat rayuan dan adakah rayuan anak saya dapat dipertimbangkan Boleh, setiap pemohon berhak mengemukakan surat rayuan sekiranya mereka tidak berjaya di dalam tawaran yang pertama.

Bagaimanapun, pemilihan kepada calon yang merayu masih tertakluk kepada merit pemohon.

Bagaimanakah surat rayuan yang terbaik dapat saya buat dan adakah perlu sokongan daripada sesiapa yang berkenaan? Surat rayuan yang terbaik adalah surat rayuan rasmi. Sokongan dari mana-mana pihak tertentu adalah atas initiatif tuan/puan. Bagaimanapun, pertimbangan rayuan pemohon masih tertakluk kepada merit yang dicapai oleh pemohon yang dibawa ke Mesyuarat Jawatankuasa Pengambilan & Penempatan Pelajar Peringkat Pengurusan MARA.

Sokongan rayuan digalakkan dibuat dengan menyertakan lampiran sijil-sijil yang diakui sah sebagai bukti penglibatan pemohon di dalam sesuatu aktiviti.

Bilakah rayuan saya akan dijawab dan bagaimana saya boleh mengetahui keputusan rayuan yang saya buat? Oleh kerana pihak MARA seringkali menerima ribuan surat rayuan maka, rayuan-rayuan pemohon tidak semestinya dijawab oleh pihak MARA.

Calon diingatkan merujuk kepada Kad Jawapan yang dinyatakan dengan jelas bahawa setiap permohonan yang tidak mendapat sebarang jawapan sehingga akhir bulan April bagi tahun berkaitan akan dianggap tidak berjaya.

Atau bolehlah menghubungi pihak kami di talian 03-26915111 sambungan 3331/ 3392/ 3394/ 3764/ 3765/ 3766

Mengapa anak saya tidak berjaya sedangkan anak jiran / kawan saya berjaya ke MRSM? Keputusan UPSR anak saya lebih baik berbanding dengan anak kawan jiran / jiran saya? Berjaya atau gagal seseorang calon dalam permohonan ke MRSM ditentukan oleh markah atau merit yang diperoleh oleh seseorang pelajar melalui 3 perkara berikut :
a) 5A dalam UPSR – 25%
b) SES (status ekonomi sosial) – 45%
c) KoKurikulum – 30% (Kepimpinan, sukan, persatuan / pertandingan).
Mengapa anak saya tidak berjaya sedangkan anak jiran /kawan saya berjaya ke MRSM. Keputusan PMR anak saya lebih baik berbanding dengan anak kawan jiran/kawan saya Untuk berjaya dalam proses pemilihan ke Tingkatan 4 MRSM pelajar mestilah mendapat sekurang-kurangnya 6A (A dalam Matematik atau Sains), lulus dengan cemerlang dalam Ujian Kecenderungan Kemasukan Ke MRSM (UKKM) dan juga diambil kira status ekonomi sosial pemohon.

Soal jawab penuh berkenaan Maktab Rendah Sains MARA boleh diperolehi di Soalan Lazim Pengambilan MRSM.

Nota : Maklumat ini disediakan pada 31 Januari 2009

Recent Trackbacks

Keputusan Permohonan Kemasukan MRSM Tingkatan 4 2010 | ePutra

[...] rujuk Rayuan Kemasukan Ke Maktab Rendah Sains MARA untuk maklumat [...]

Keputusan Permohonan Kemasukan MRSM Tingkatan 1 2010 | ePutra

[...] rujuk Rayuan Kemasukan Ke Maktab Rendah Sains MARA untuk maklumat [...]

Keputusan Permohonan Kemasukan MRSM Tingkatan 1 2009 | ePutra

[...] rujuk Rayuan Kemasukan Ke Maktab Rendah Sains MARA untuk maklumat membuat rayuan. addthis_url = [...]

Keputusan Permohonan Kemasukan MRSM Tingkatan 4 2009 | ePutra

[...] rujuk Rayuan Kemasukan Ke Maktab Rendah Sains MARA untuk maklumat membuat rayuan. addthis_url = [...]

Comments (186)

Loading... Logging you in...
  • Logged in as
bila tarikh tutup untuk hantar surat rayuan ke MRSM?
rayuan kemasukkan tingkatan 1 tahun 2009.

angka giliran ; cb0041045

saya mohon rayuan anak saya dimasukkan mrsm trolak setelah gagal dalam semakan di laman web ini.

saya petugas felda dan menantu peneroka mohon dimasukkan ke mrsm felda trolak. keputusan anak saya 5 A.

sekian rayuan saya.
bagaimanakah cara kiraan merit bagi SES? berapakah pendapatan yang melayakkan untuk mendapat tempat di MRSM? penpatan tinggi atau rendah?
kamaruddin bin dolla's avatar

kamaruddin bin dolla · 843 weeks ago

Angka Giliran :1421002.

Saya seorang anggota tentera dan isteri saya seorang guru. Anak saya mendapat keputusan 5A di dalam UPSR. Saya dimaklumkan anggota keselamatan diberi keutamaan di dalam pilihan ini. Mohon pihak tuan mempertimbangkan rayuan ini.
1 reply · active 705 weeks ago
SUHAILI BIN PUNGUT's avatar

SUHAILI BIN PUNGUT · 843 weeks ago

Rayuan Kemasukan Tingkatan 1 2009

angka giliran sr0081036

Saya mohon rayuan bagi Rachel Janarm ak Lanting. Keputusan UPSR 5A. Sekolah asal dipohon MRSM Kuching. Mohon dipertimbang ke MRSM Betong, Sarawak.

Terima kasih.
Farrah,

Pihak MARA tidak menyatakan tarikh tutup untuk membuat rayuan.

Makhdzan, Kamaruddin dan Suhaili,

Sila tulis surat rasmi kepada pihak MARA seperti alamat di atas untuk membuat rayuan.

Shukri,

Pendapatan kedua-dua ibu bapa akan dibahagikan dengan bilangan tanggungan dalam keluarga bagi mendapatkan peratusan yang boleh menyumbang kepada merit atau markah seseorang pemohon. Saya tidak mempunyai maklumat tentang kelayakan pendapatan tetapi keutamaan adalah kepada yang berpendapatan rendah.
1 reply · active 584 weeks ago
SITI SUHAILA BINTI Y's avatar

SITI SUHAILA BINTI Y · 843 weeks ago

Bahagian Pendidikan & Latihan (Pendidikan Menengah)

Tingkat 19 & 20, Bangunan Medan MARA

Jalan Raja Laut, 50609 Kuala Lumpur

Tel: 03-26915111 x Kurikulum: 3323, Perkhidmatan: 3399,Hal Ehwal Pelajar: 3392/3765

Fax: 03-26911658

Rayuan Kemasukan Ke MRSM

Tingkatan 4 Tahun 2009

Nama Penuh : Siti Suhaila binti Yahya

No. K/P : 930103-01-5784

Angka Giliran : jj013k012

Sekolah Sekarang : Sek. Men. Keb. Bandar Tenggara 1

81440 Bandar Tenggara

Tingkatan : 4 Sains Tulen

Semoga mendapat pertimbangan dan perhatian sewajarnya dari pihak tuan. Terima kasih.

Yang benar,

(SITI SUHAILA BINTI YAHYA)
MIRA YUSLEEZA BINTI 's avatar

MIRA YUSLEEZA BINTI · 842 weeks ago

56, Jalan Dato' Abdul Hamid 25,

Taman Sentosa,

43200, Klang,

Selangor.

Bahagian Pendidikan & Latihan (Pendidikan Menengah),

Tingkat 19 & 20, Bangunan Medan MARA,

Jalan Raja Laut, 50609,

Kuala Lumpur

Rayuan Kemasukan Ke MRSMTingkatan 4 Tahun 2009

Nama Penuh : Mira Yusleeza binti Mohd Yusoff

No. K/P : 930622-10-5562

Angka Giliran : BA049023

Sekolah Sekarang : Sek. Men. Keb. Raja Mahadi, Klang

41200, Klang, Selangor

Tingkatan : 4 Sains 2

Saya ingin merayu pada pihak Tuan/Puan agar dapat mempertimbangkan semula kemasukan saya ke MRSM tingkatan 4. Saya telah berjaya mendapat 8A untuk PMR baru-baru ini dan pada masa yang sama saya merupakan pelajar yang aktif di sekolah.

Saya pernah mewakili sekolah untuk pertandingan sofbol peringkat daerah dan menyertai pertandingan kawad mewakili sekolah ke peringat daerah juga. Selain itu, saya merupakan Setiausaha Kelab Seni di sekolah saya. Aktiviti ini memberi saya peluang untuk memupuk sipat kepimpinan dan disiplin dalam diri saya.

Saya seorang yang berdedikasi, rajin dan bertanggungjawab terhadap semua komitmen yang berkaitan dengan akademik, ko-kurikulum dan aktiviti sosial. Saya seorang yang komited dan pandai membahagi masa di antara pelajaran dan aktiviti ko-kurikulum agar kedua-duanya seimbang.

Diharap pihak Tuan/Puan dapat memberi saya peluang yang kedua kerana saya ingin mengikut jejak ibu saudara saya yang merupakan bekas pelajar MRSM Muar. Saya ingin berjaya seperti beliau dari segi akademik dan juga sahsiah. Saya amat berharap agar saya diberi peluang kedua.

Sekian terima kasih.

Yang benar,

MIRA YUSLEEZA BINTI MOHD YUSOFF
muhammad syafiq's avatar

muhammad syafiq · 842 weeks ago

Angka Giliran :KF0271044

Saya seorang guru dan isteri saya juga seorang guru. Anak saya mendapat keputusan 5A di dalam UPSR.

Nama Penuh : Muhammad Syafiq Bin Abd Latiff

No. S/Lahir : AD 67112

Angka Giliran : KF0271044

Sekolah Sekarang : Sek. Men. Keb. Pendang, Kedah Darul Aman

Tingkatan : 1

Semoga mendapat pertimbangan dan perhatian sewajarnya dari pihak tuan. Terima kasih.
Siti Suhaila, Mira Yusleeza, Muhamad Syafiq,

Sila tulis surat rasmi dan hantar kepada pihak MARA seperti alamat di atas.
salam. semoga pihak tuan sentiasa di bawah lindungan ALLAH. saya memohonn agar memberi peluang untuk anak saya belajar di MRSM. Dia adalah anak pertama dan menjadi harapan saya.mohon pertimbanagn dari pihak tuan. Angka giliran anak saya ialah KJ0211001 AIN IYLIA BTE IZANI. keputusan untk panggilan pertama telahpun keluar. anak saya tidak tersenarai.mohon pihak tuan mempertimbangkan sekali lagi.jasa baik pihak tuan amat dihargai. Sekian terima kasih
saya ingin membuat rayuan untuk memasuki mrsm.harap dipertimbangkan.
Zuria dan Izyan,

Sila tulis surat rasmi dan hantar kepada pihak MARA seperti alamat di atas.
Mengapa pelajar yang merayu harus di hantar ke MRSM Betong? Sedangkan mereka merayu ka MRSM Kuching. Tolonglah biarkan kami kekal di MRSM Kuching. Saya memohon agar saya dan pelajar lain dapat kekal di MRSM Kuching. Kasihanilah kami.
Akirey,

Mungkin anda boleh berhubung terus dengan Pengetua MRSM Kuching untuk berbincang mengenainya.
Syariful Akbar Bin M's avatar

Syariful Akbar Bin M · 842 weeks ago

Lot 708 Jalan Bernam,

Kampung Tali Air 6 Sg Leman,

45400 Sekincan,

Selangor Darul Ehsan.

Bahagian Pendidikan & Latihan (Pendidikan Menengah),

Tingkat 19 & 20, Bangunan Medan MARA,

Jalan Raja Laut, 50609,

Kuala Lumpur

Rayuan Kemasukan Ke MRSMTingkatan 4 Tahun 2009

Saya ingin merayu pada pihak Tuan/Puan agar dapat mempertimbangkan semula kemasukan saya ke MRSM tingkatan 4. Saya telah berjaya mendapat 7A,1B DAN 1C. Mendapat A dalam matapelajaran Bahasa Melayu, matematik, sains, sejarah, pendidikan Islam, kemahiran hidup dan geografi dan mendapat B untuk bahasa arab dan C untuk english untuk PMR baru-baru ini dan pada masa yang sama saya merupakan pelajar yang aktif di sekolah. Saya adalah seperti nama dibawah:

Nama Penuh : Syariful Akhbar Bin Mohamad Sukor

No. K/P : 931210-10-5261

Angka Giliran : BF013 K029

Sekolah Sekarang : SMK Ungku Aziz Sabak Bernam Selangor

Diharap pihak Tuan/Puan dapat memberi saya peluang yang kedua kerana saya adalah anak bongsu dalam keluarga dan belum ada kalangan adik beradik saya yang dapat melanjutkan pelajaran ke MRSM dan Universiti disebabkan keluarga tidak mampu untuk menangung kos pembelajaran pada masa itu. Kini ayah,ibu kakak, abang dan saya sendiri amat berharap saya mendapat tempat di MRSM. Saya ingin berjaya dari segi akademik dan juga sahsiah. Saya amat berharap agar saya diberi peluang kedua.

Sekian terima kasih.

Yang benar,

SYARIFUL AKHBAR BIN MOHAMAD SUKOR
Syariful Akhbar,

Sila tulis surat rasmi dan hantar kepada pihak MARA seperti alamat di atas.
salam..hnya 5A sjakah yg akn dterima 0leh pihak mara? bagaimna dngn kputusan 4A 1B? wlaupun kputusan trial nya 5A.
salam..anak sya mndapat kputusan 4A 1B dlam upsr..ttapi dlam peperiksaan prcubaan dia mndapat 5A..dan dia brgiat aktif di skolah..dia mmang brminat skali untk blajar d mrsm..brilah prtimbangan..,
1 reply · active 690 weeks ago
salam, anak saya mendapat 5A upsr dan telah mendapat tawaran ke mrsm mukah. boleh kah saya merayu untuk anak saya dapat belajar ke mrsm kuching. tolong pertimbangkan permohanan saya ini.

terima kasih banyak
NURUL AZLEENA BT DA's avatar

NURUL AZLEENA BT DA · 841 weeks ago

237,Taman Dahlia,

09000,Kulim

Kedah.

Bahagian Pendidikan & Latihan(Pendidikan Menengah)

Tingkat 19,Bangunan Medan MARA

Jalan Raja Laut,

50609 Kuala Lumpur.

Rayuan Kemasukan Ke MRSM Tingkatan 4 2009

Nama Penuh:Nurul Azleena bt Dato' Mokhtar

No K/P :930808-05-5006

Angka Giliran:KM025K053

Sekolah Sekarang:SMK St Anne's Convent

Kelas:4 Science 1

Tuan/Puan,

Rayuan untuk dipertimbangkan ke MRSM.

Saya seperti nama di atas ingin memohon dipertimbangkan semula untuk panggilan kedua oleh pihak MRSM.Saya adalah aktif dalam bidang kokurikulum seperti pertandingan taekwando,membalas pantun,hafazan peringkat zon dan pelbagai lagi.Ayah saya juga seorang pesara kerajaan.Saya berharap permohonan saya ini dapat dipertimbangkan semula.

Sekian. terima kasih.

Yang benar,

(NURUL AZLEENA BT DATO' MOKHTAR)
salam...

kalau saya tidak buat rayuan,ada tak kemungkinan saya terpilih untuk panggilan kedua?
Hanisah,

Salam... Tidak semestinya.

Fatehah, Sofiah dan Nurul Azleena,

Salam... Harap dapat tulis surat rasmi dan hantar kepada pihak MARA seperti alamat di atas.

Kak Long,

Peluang adalah lebih baik jika membuat rayuan.
ASSALAMUALAIKUM DAN TERIMA KASIH KEPADA PIHAK MRSM, WALAUPUN ANAK SAYA TIDAK MENDAPAT TEMPAT DI MRSM UNTUK KE TINGKATAN SATU PADA TAHUN INI, RASANYA DENGAN RAYUAN PUN BELUM TENTU LAGI DAPAT MEMANDANGKAN KAMI KETIADAAN SOKONGAN DARI MANA-MANA PIHAK SEPERTI PETIKAN INI, "Sokongan dari mana-mana pihak tertentu adalah atas initiatif tuan/puan". APA PUN INSYALLAH SAYA TAK AKAN BERPUTUS ASA DAN AKAN CUBA MEMOHON LAGI UNTUK ANAK SAYA MASUK KE MRSM UNTUK KEMASUKAN KE TINGKATAN 4 PADA TAHUN 2012 NANTI.
Bolehkah rayuan untuk kemasukan MRSM timgkatan 4 dilakukan secara online?Jika boleh,bagaimanakah caranya?
akum...boleh tak saya tanya mcm mn nk dapatkan surat sokongan...
Redzuan,

Waalaikumsalam... insyaAllah.

Hazim,

Rayuan tidak boleh dibuat secara online.

Chah 82,

Waalaikumsalam... daripada mana-mana pihak yang boleh membantu menguatkan rayuan seperti pihak sekolah yang menceritakan kelebihan dan karektor pemohon atau ketua kampung yang menerangkan latar belakang keluarga.
bila dapat tahu untuk 2nd intake ni
Umiabuya,

Setakat ini belum ada maklumat mengenainya.
sabaruddin bin md da's avatar

sabaruddin bin md da · 840 weeks ago

Asalammualaikum... Tuan, Dalam semakan pengilan pertama anak saya tiada dalam senarai. Angka Giliran WK0371014 keputusan UPSR 5A. Saya anggota tentera yang akan bersara tahun hadapan. Tolonglah tuan, demi masa hadapan anak sulung lelaki kami.
MUHAMMAD FITRI HAIQAL B. JAMAL ABD. NASIR

575, TAMAN SRI SEMANTAN,

TEMERLOH, PAHANG.

__________________________________________________________________

Bahagian Pendidikan & Latihan (Pendidikan Menengah)

Tingkat 19, Bangunan Medan MARA

Jalan Raja Laut,

50609 Kuala Lumpur

Telefon: 03-26915111 sambungan 3323 (Kurikulum), 3399 (Perkhidmatan), 3392/3765 (Hal Ehwal Pelajar)

Faks: 03-26911658

Tuan,

RAYUAN KEMASUKAN PELAJAR TING. 1 KE MRSM

Saya seperti nama di atas ingin membuat rayuan atas kegagalan permohonan kali sebelum ini.

2. untuk pengetahuan tuan, saya telah mendapat keputusan cemerlang dengan 5 A dan bergiat secara aktif di dalam bidang kokurikulum. berikut merupakan maklumat diri saya:

nama: MUHAMMAD FITRI HAIQAL B. JAMAL ABD. NASIR

angka giliran UPSR : C0261016

Sekolah Rendah: SK Tanjung Lalang, Temerloh, Pahang

Kerjasama daripada pihak tuan amat saya harapkan dan hargai untuk mempertimbangkan rayuan saya.

sekian, terima kasih.

yang benar,

-spt nama di atas-
syafiq asyraf bin az's avatar

syafiq asyraf bin az · 839 weeks ago

macam mana nak dapat kan surat sokongan?
syafiq asyraf bin az's avatar

syafiq asyraf bin az · 839 weeks ago

saya nak tanya bila tarikh tutup rayuan?
Sabaruddin dan Ucudidi,

Salam… Harap dapat tulis surat rasmi dan hantar kepada pihak MARA seperti alamat di atas.

Syafiq Asyraf,

Dari sesiapa sahaja yang dapat mengukuhkan rayuan atau dari mereka yang dapat menceritakan kelebihan pemohon. Pihak MARA tidak menyatakan tarikh tutup untuk membuat rayuan, oleh itu hantar surat rayuan tersebut secepat mungkin.
salam.saya ingin bertanya,bila kah tarikh untuk mengetahui keputusan rayuan ke MRSM bagi tingkatan 1?
bila nk bukk?

lama tggu nih.

jwapan pon xdak.
Hajar dan Subaila,

Setakat ini pihak MARa belum lagi membuat sebarang pengumuman.
NO 19, KAMPUNG BARU AJIL,

21800 AJIL,

TERENGGANU DARUL IMAN.

Bahagian Pendidikan & Latihan(Pendidikan Menengah)

Tingkat 19,Bangunan Medan MARA

Jalan Raja Laut,

50609 Kuala Lumpur.

Rayuan Kemasukan Ke MRSM Tingkatan 4 2009

Nama Penuh:AZMI BIN MAMAT

No K/P :930508-11-5759

Angka Giliran:TE007K004

Sekolah Sekarang:SMK AJIL

Kelas:4 Arif

Tuan/Puan,

Rayuan untuk dipertimbangkan ke MRSM.

Saya seperti nama di atas ingin memohon dipertimbangkan semula untuk panggilan kedua oleh pihak MRSM.Saya adalah aktif dalam bidang kokurikulum seperti pertandingan olahraga peringkat negeri,bola seoak,badminton dan pelbagai lagi.Ayah saya juga seorang pesara kerajaan.Saya berharap permohonan saya ini dapat dipertimbangkan semula.Abang saya pun pernah ke MRSM dan mendapat keputusan yang cemerlang dalam SPM 2007.Saya nak sangat ke MRSM dan ini yang saya idam-idamkan selama ni.

Sekian. terima kasih.

Yang benar,

(AZMI BIN MAMAT)
Azmi,

Saya pasti anda telah menghantar surat rayuan kepada pihak MARA juga kerana anda telah terpilih ke MRSM Terengganu, tahniah!!
Nurul Shamila's avatar

Nurul Shamila · 836 weeks ago

nilam,

saya nak tahu syarat untuk kemasukan tingkatan 4 MRSM, adakah mesti mendapat 8A dalam PMR, sebab saya ada apply untuk kemasukan tingkatan 1 2008, tapi tak berjaya.
asalamulaikum

name sayer nur adila

nk tanyerla..

andai kiter antar surat rayuan straight to the pengetua bole ke?/

hehehe
Nurul Shamila,

Syarat untuk memohon Tingkatan 4 MRSM;

1. Mendapat sekurang-kurangnya 6A 2B (A dalam Matematik dan Sains)

dan tiada gred C, D atau E bagi subjek teras dalam PMR.

2. Mendapat markah yang tinggi dalam Ujian Kemasukan ke MRSM (UKKM).

Adila,

Semua rayuan sepatutnya dihantar terus kepada pihak MARA.
saya nak sangat masuk ke mrsm,tetapi saya hanya berjaya mendapat 2a dan 6 b.saya hanya a dalam math dan bahasa inggeris.saya tahu dengan prestasi saya ini memang tidak layak memasuki mrsm.semenjak saya mendapat keputusan pmr yang kurang membanggakan perangai saya mula berubah.pelajaran saya makin merosot walaupun saya belajar di kelas saina tulen.saya sudah banyak kali ponteng kelas dan ponteng sekolah sekali kerana tidak tahan dengan keadaan sekeliling.mak bapa saya merupakan seorang guru.impian saya sekarang ini cuma nak belajar di mrsm!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
1 reply · active less than 1 minute ago
Afiq,

Sememangnya dengan keputusan 2A dan 6B sukar melayakkan diri ke MRSM. Walaupun begitu tidaklah wajar Afiq merasa begitu kecewa dan menjadi kurang minat untuk belajar. Lebih-lebih lagi tahun hadapan Afiq akan menduduki SPM. Sebenarnya ramai juga pelajar yang cemerlang semasa SPM belajar di sekolah biasa. Sekali gagal tidak semestinya kita akan terus gagal selepas ini.

Perlu diingatkan bahawa SPM adalah jauh lebih penting daripada PMR kerana SPM akan menentukan arah tujuan masa depan Afiq. Oleh itu cuba Afiq renungkan sebentar apa yang ingin Afiq capai selepas SPM dan fikirkan keputusan SPM yang macamana diperlukan untuk mencapainya.
Nilam, Klau nak mohon Mrsm dalam borang tu dia mintak keputusan pertengahan ke trial PMR sbb laman web cakap,kena bawak keputusan semester1.saya rasa saya xkan dapat sbb exam sy dpt 5A 3B dah la mat B.
Adiba,

Keputusan semestar 1 dan syaratnya sekurang-kurangnya lulus dalam mata pelajaran Sains dan Matematik sahaja, oleh itu anda layak mendapatkan borang.

Selepas ini anda perlu menduduki Ujian Kecenderungan Kemasukan ke MRSM.

Sila hubungi pejabat MARA yang berdekatan untuk maklumat lanjut.
Nur Izzati , Penang's avatar

Nur Izzati , Penang · 817 weeks ago

sy izzati,

utk permohonan kemasukan pelajar ting.4 ke mrsm,

adakah penglibatan dalam kokurikulum jga diambil kira?

tetapi kptsn peperiksaan smester 1 sy adlh 7A dan 1B bagi subjek sejrah,,

jika pglibatan dlm kkrkulum sy agak kurang,,bagaimana ya?

adkah sy tdak akn dtrima??

sy memang berkeinginan utk bertukar ke mrsm pd tahun 2010,

cuma sy agak khuatir tntg syarat2 yg dkhndaki..
Nur Izzati,

Permohonan ke tingkatan 4 MRSM secara amnya mengambil kira pencapaian akademik, keputusan Ujian Kecenderungan Kemasukan ke MRSM dan penglibatan ko-kurikulum serta status socio ekonomi keluarga.

Jika anda kurang aktif dalam ko-kurikulum pastikan anda mendapat markah yang tinggi dalam ujian kecenderungan. Bagi menduduki ujian ini anda perlu lulus dalam matapelajaran Sains dan Matematik dalam peperiksaan semestar 1 tingkatan 3.

Sila hubungi pejabat MARA yang terdekat untuk mendapatkan borang dan maklumat lanjut.
sya dpt 5a dlm upsr tpi a sye 80 aje.klu mcm tu blh msk tak
tdi sye dh hantar dah nape tak bls lgi
cikgu sye kte sya berpotensi msk mrsm tpi sya berbdn gmk sebenar nya jdi pengelibatan sya dlm aktiviti kokorikulum tak lah aktif sngt
shaarmini a/p supaya's avatar

shaarmini a/p supaya · 807 weeks ago

salam sejahtera saya ucapkan..saya ingin memohon sekolah mara bagi sesi tingkatan 4 pada tahun 2010 yang akan datang...saya ingin memohon sekolah mara di muar ataupun melaka...sila timbangkan permohonan ini....terima kasih...
Najah,

Memang layak untuk memohon walaupun begitu mereka yang aktif dalam ko-kurikulum mempunyai peluang yang lebih baik.

Shaarmini,

Salam sejahtera... sila rujuk Permohonan Kemasukan MRSM Tingkatan Empat 2010 Semenanjung Malaysia.
saya tak buat ujian penilaian,

jika saya buat rayuan,adakah akan diterima..

atau perlukah saya menduduki ujian..?

bagaimana?

result saya 7a 1b(english).
wan abdul rashdan's avatar

wan abdul rashdan · 790 weeks ago

saya berasa amat sedih dan dukacita terhadap keputusan kemasukan ke mrsm tingkatan 4 2010. walaupun saya tidak terpilih dalam kemasukan ke mrsm saya masih akan berusaha untuk membuat rayuan agar di terima.saya berharap dengan rayuan saya ini akan dipertimbangkan dengan sebaik mungkin oleh kerana keputusan pmr saya baru-baru ini 7A1B dan B B.I.sekian,wassalam.....
saya telah mendapat 8a dlm pmr.saya ada beberapa soalan untuk diajukan

1)rakan saya(perempuan)mendapat 7a1b dan mendapat tawaran ke mrsm.

apa yang membuatkan beliau layak ke mrsm?

2)adakah pelajar yang mempunyai masalah kewangan diutamakan walaupun mendapat 7a 1b/c ?

3)adakah surat sokongan boleh dihasilkan sendiri oleh ahli keluarga?

4)adakah rayuan dilakukan dengan menghantar surat + berbincang secara terus dengan pihak mara akan diterima?

5)bilakah tarikh daftar masuk panggilan pertama?

6)pentingkah jawatan seseorang di sekolah untuk melayakkan seseorang itu?

7)sekiranya pelajar tiada masalah kewangan adakah beliau tiada harapan ke mrsm walaupun mendapat 9a?

8)apakah yang perlu disertakan bersama surat rayuan selain surat sokongan dan sijil?

9)adakah pelajar yang menolak tawaran sbp tidak berpeluang menerima tawaran ke mrsm?

10)tanpa surat sokongan adakah seseorang pelajar akan layak ke mrsm

11)adakah pelajar di sek teknik tidak boleh membuat rayuan?
salam, bagaimanakah jika saya tidak memohon MRSM dan ingin membuat rayuan?

saya tidak memohon kerana tidak sempat, saya mendapat 7A 1B dalam PMR.

Bolehkah jika saya membuat rayuan?
Nurul Syakira Maliza's avatar

Nurul Syakira Maliza · 790 weeks ago

Salam,

Nama anak saya ialah Nurul Syakira Bte Malizan, angka Giliran HC4001042 mendapat keputusan dalam UPSR 4A 1B(BI) dari sekolah SK. Pekan Tenom, Sabah, telah menghantar surat rayuan memohon kemasukan ke MRSM melalui surat yang telah di hantar ke ibu Pejabat MRSM seperti yang dikehendaki, namun masih belum mendapat jawapan.

Merayu untuk minta dipertimbangkan agar diberi peluang untuk masuk ke MRSM Kota Kinabalu atau di mana yang mempunyai kekosongan.

Sekian terima kasih,

MALIZAN BIN JAMUAN
mcm mana nak buat nak tukar?? nak mrsm yg lebih dekat blh x??
leh tlg x

cmne nk wt surat sokongan ny?

sdeh nye xdpt mrsm kn.
sye pljr T.4...sye mndpt 8A dlm PMR pd tahun lps...mcm mane jika sye mahu membuat rayuan ke SBP atau MRSM???
SAYA ADA APPLY MRSM,MRSM ADA MENYATAKAN BAHAWA YANG LAYAK KE MRSM HANYA MURID YANG MENDAPAT 5A.TAPI KENAPA KAWAN SAYA DAPAT KE MRSM SEDANGKAN DIA MENDAPAT 4A1B.MUNGKINKAH INI ADALAH KERJA ORANG DALAM???
Puteri Nurelyza's avatar

Puteri Nurelyza · 790 weeks ago

Kalau saya tidak membuat permohonan boleh tak kalau saya membuat rayuan ?

dan kena hantar sijil - sijil yang pernah saya peroleh semasa darjah enam ?
nape rayuan org wt dekat laman web nie????bkn surat kene anta kt pejabat mara k???
Bee, Razyweezy dan Puteri Nurelyza,

Hanya mereka yang memohon ke Tingkatan 4 MRSM dan telah menduduki UKKM tetapi gagal mendapat tawaran sahaja yang boleh membuat rayuan.

Wan Abdul Rashdan,

Bagus dengan semangat anda itu. Andaikata anda masih gagal dalam rayuan, teruskan semangat itu dalam persiapan menghadapi SPM tanpa mengira di mana anda belajar.

Aliaa,

(1) dan (2) Sila rujuk senarai Soalan dan Jawapan di atas.

(3) Boleh tetapi lebih baik oleh pihak lain seperti Pengetua Sekolah.

(4) Surat rayuan dan dokumen boleh dihantar sendiri tetapi tidak pasti mengenai perbincangan.

(5) Tiada maklumat mengenainya.

(6) Membantu meningkatkan merit pemohon.

(7) Masih ada peluang bergantung kepada merit pemohon.

(8) Salinan keputusan peperiksaan yang telah disahkan

(9) Ya benar,

(10) Boleh sebab yang utama merit pelajar itu sendiri.

(11)Boleh, tiada halangan untuk pelajar di SMT.

Nurul Syakira,

Salam... Harap bersabar kerana pihak MARA menerima banyak surat rayuan. Anda boleh berhubung dengan pihak MARA di talian yang tersenarai di atas jika masih belum menerima sebarang maklum balas.

Imran,

Pertukaran maktab biasanya hanya dibenarkan untuk mereka yang mempunyai masalah kesihatan atau saudara kembar di MRSM yang berbeza. Walaupun begitu sila hubungi pihak MARA untuk mendapatkan penjelasan.

Lalau,

Surat sokongan boleh diperolehi daripada mana-mana pihak yang boleh membantu menguatkan rayuan seperti pihak sekolah yang menceritakan kelebihan dan karektor pemohon atau ketua kampung yang menerangkan latar belakang keluarga.

Alif,

Jika anda ada membuat permohonan, untuk SBP sila rujuk Keputusan Permohonan Kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh Tingkatan 4 2010. Untuk MRSM samada secara online atau menulis surat kepada pihak MARA.

Farah,

Kalau tidak silap saya, MRSM memang ada mengambil mereka yang mendapat 4A 1B. Walaupun begitu saya tidak pasti merit yang diambil kira.

Rahim,

<del datetime="2010-02-05T00:18:02+00:00">Rayuan memang patut dibuat secara online melalui pautan yang disediakan selepas menyemak keputusan. Jika anda ingin menghantar dokumen sokongan barulah buat surat dan hantar ke pejabat MARA.</del>

Rayuan perlu dibuat dengan menghantar surat rayuan kepada pihak MARA.
1)bila trikh ttp 2nd intake tok mrsm?

2)cmne nk hntr?

3)on9 or hntr surat?

4)ble 2nd intake msok?

5)bpe intake dye amek?

6)tolke ank guru mmg ssh nk dpt cbb sume kwn lala yg ank ckgu xdpt ane2!

7)sbp lak ble ley tgk result 2nd intake?

8)npe mrsm xwt ag byk3 skolah klu dh twu rmai nk msok??

9)npe cm x byk je mrsm amek, abeh spe yg msok??

aduh,, thanx.
10)wt rayuan kt laman web? huh? xphm.pautan? mne? cmne?
didinursya's avatar

didinursya · 790 weeks ago

smekom..

saya telah mendapat 6a 2b didlm PMR 2009...b adalah untuk subjek math & bi...saya tahu..agak sukar untuk saya memasuki mane2 mrsm..tapi sya mmg nak blaja di mana2 mrsm...saya xksh kt mana pun..asl still in semenanjung m'sia..tlg la NILAM...mm....lgsatu..ketika ujian mrsm dijlnkan taun lps..saya berada di kampung..jadi sya tidak mengambil ujian tersebut...adkah sya masih boleh membuat rayuan..??plz rep dis cmmt..as faz as u can..thnx u so much..!!!
assalamualaikum. sy nk tnye, rayuan utk mrsm form 4 scr online or surat rasmi?

terima kasih.
Saya mendapat keputusan 6A 2B dalam PMR 2009. Saya telah memohon ke mrsm di Muar. Tetapi permohonan saya tidak diterima kerana B saya adalah Sains dan Bi. Berdasarkan faktor keluarga, ibu bapa saya sudah bercerai dan ditanggung sepenuhnya oleh datuk dan nenek saya. Adik beradik saya 7 orang kesemuanya. Berdasarkan faktor kokurikulum, saya boleh dikatakan aktif dan pernah mewakili olahraga daerah dan kawad kaki daerah. Adakah masih ada harapan untuk saya untuk ditempatkan di mrsm Muar tersebut? Saya berharap sangat dapat melanjutkan pelajaran ke mrsm dan setrusnya universiti dan mendapat Ph.D. Bagi saya pelajar di asrama lebih berkesan berbanding di rumah. Faktor adik beradik begitu ramai dan masalah keluarga mengganggu saya untuk fokus dalam pembelajaran. Saya brharap sangat dapat belajar di mrsm dan fokus lebih kepada minat dan kecenderungan saya. Saya berharap Nilam dapat memberikan nasihat dan tunjuk ajar kepada saya. Sekian...
Lalalu,
1) Pihak MARA tidak pula menyatakan tarikh tutupnya. Oleh itu anda patut hantar surat rayuan tersebut secepat mungkin untuk menunjukkan minat dan kesungguhan anda untuk memasuki MRSM.
2) & 3)Anda boleh datang sendiri atau poskan ke alamat di atas.
4) Tidak tentu bergantung kepada panggilan ambilan oleh pihak MARA tetapi kebiasaannya pada bulan Mac.
5) Biasanya tiga.
6) Saya tidak pasti kerana tidak ada maklumat mengenainya.
7) Bagi tingkatan 1 sudah boleh disemak, sila rujuk Keputusan Pengambilan Kedua SBP Tingkatan 1 2010. Bagi tingkatan 4 biasanya dalam bulan Mac.
'8) & 9) Ini bergantung kepada pihak MARA.
10) Rayuan melalui laman web telah tiada, oleh itu hanya melalui surat rayuan.

Didinursya,
Salam... Biasanya jika anda tidak mengambil UKKM akan sukar untuk dipertimbangkan ke MRSM.

Ajah,
Salam... secara surat rasmi.

Acik,
Anda boleh cuba membuat rayuan. Bagi menguatkan rayuan anda, dapatkan surat sokongan daripada pihak sekolah yang menerangkan potensi, pencapaian dan kegiatan anda di sekolah. Di samping itu dapatkan juga surat sokongan dari ketua kampung @ penghulu yang menjelaskan kedudukan keluarga anda.
tx nilam

now lala da fhm.
tp haritu ayh sy pegy ke pjbt mara di kl. ktenye mreka xlyn surat. kne ryuan scr online. mcm mne tu?
Assalamualaikummursalam..
Saya keliru dengan pemilihan pelajar ke MRSM.Saya sertakan maklumat mengenai rakan-rakan yang berjaya dan maklumat saya yang tidak berjaya.

Semasa di sekolah rendah,saya seorang yang aktif dalam sebarang pertandingan akademik dan sering memperolehi 5A dalam ujian percubaan.Selain itu saya juga Penolong Ketua Pengawas dan pengerusi-pengerusi kelab,persatuan dan permainan.Pada UPSR yang lalu saya telah berjaya memperoleh 5A.Ibu dan bapa saya seorang guru.Sekarang saya menuntut di SMK Sri Gading,Batu Pahat di dalam kelas 1 Rancangan Khas 1.Adakah saya tidak terpilih adalah disebabkan ibu bapa saya seorang guru?

Rakan saya yang pertama:
NUR SYAFIQAH BT. ALI TASIRON.Dia seorang yang pasif untuk menyertai sebarang aktiviti persekolahan.Dia seorang pengawas dan sering memperoleh 3A 2B dalam sebarang percubaan.Namun, pada UPSR yang lalu, dia telah memperoleh 5A dan bapanya adalah seorang pekerja kilang, manakala ibunya pula seorang surirumah.
Dia telah berjaya ditempatkan di MRSM Batu Pahat.

Rakan saya yang kedua:
MOHD AKIF BIN. IHSAN.Dia hanya menyertai beberapa pertandingan sukan dan seorang pengawas sekolah.Keputusan ujian percubaan mendapat 2A.Namun, pada UPSR yang lalu, dia telah berjya memperoleh 5A.Bapanya seorang kontraktor dan ibunya seorang surirumah.Kini, dia ditempatkan di MRSM Muar.

Apakah syarat-syarat kelayakan sebenar MRSM? Dan bagaimanakah kriteria pemilihan pelajar? Adakah disebabkan aktif di dalam sukan dan pelajaran? Disebabkan berasal daripada keluarga yang susah? Diharap pihak MARA dapat menjawab soalan saya ini.

Sekian, terima kasih.
Yang benar,
(NURUL'AIN BT. MAZLAN)
Angka giliran:JA1051022
Ain Mazlan's avatar

Ain Mazlan · 790 weeks ago

Kenapa saya tidak terpilih?mengapa Rakan saya yang pasif dan bapanya seorang pekerja kilang boleh terpilih? Sementara saya seorang yang aktif dalam akademik dan ibu bapa seorang guru tidak terpilih.Adakah disebabkan ekonomi sosial?
Tolong jawab soalan saya ini.

Yang benar,
(NURUL'AIN BT. MAZLAN)
1 reply · active less than 1 minute ago
Kepada Nurul Ain,...nak tegor sikit.....kalau anda tidak berpuas hati,ajak ibubapa anda jumpa orang yng berpengaruh....jumpa timbalan perdana menteri...dia orang Johor...adukan pokok perkara sebenar....tak baik libatkan orang lain....saya pun tak dapat!!!..tapi tak pulak pertikaikan rezeki orang....harap faham ye.....
bila tarikh tutup rayuan ke mrsm?
mohd khirudin's avatar

mohd khirudin · 790 weeks ago

Bahagian Pendidikan & Latihan (Pebdidikan Menengah)

Tingkat 19 & 20, Bangunan Medan MARA

Jalan Raja Laut. 50609 Kuala Lumpur

Tel: 03-26915111 x Kurikulum: 3323, perkhidmatan: 3399, Hal Ehwal Pelajar: 3392/3765

Fax: 03-26911658

Rayuan Kemasukan Ke MRSM Tingkatan 4 2010

Nama penuh: Intan Nurhafizah binti Mohd Khirudin

No K/P: 941017016792

Angka Giliran: AB061K012

Sekolah sekarang: Sekolah Menengah Kebangsaan Pangkalan TLDM

Tingkatan: 4 Mawar (Sains Tulen)

Saya ingin merayu kepada pihak Tuan/Puan agar dapat mempertimbangkan semula kemasukan anak saya ke MRSM tingkatan 4 2010. Anak saya mendapat 5A 3B dalam peperiksaan PMR 2009. Anak saya juga mendapat A untuk matapelajaran sains dan matematik. Malah, anak saya juga aktif dalam bidang kokurikulum serta pernah mewakili sekolah beberapa kali ke peringkat daerah dan negeri. Saya seorang pesara tentera manakala isteri saya seorang suri rumah tangga sepenuh masa.

Saya berharap pihak Tuan/Puan dapat mempertimbangkan rayuan saya ini. Sekian.
afiq aiman's avatar

afiq aiman · 790 weeks ago

Bahagian Pendidikan dan Latihan(pendidikan menengah)

Tingkat 19&20 Bangunan Medan Mara

Jalan Raja Laut 50609 Kuala Lumpur

Rayuan Kemasukan ke MRSM Tingktan 1 2010

Nama penuh:Muhammad Afiq Aiman Bin Mohd Nasli

No k/p:970926-11-5475

Angka giliran:PG0071013

Sekolah sekarang:SMK TINGGI BUKIT MERTAJAM

Tingkatan:1 GEMILANG

Saya ingin merayu pada pihak Tuan/Puan agar dapat mempertimbangkan semula kemasukan anak saya ke MRSM Tingkatan 1 2010.Anak saya mendapat 5A dalam peperiksaan UPSR tahun 2009.Anak saya juga aktif dalam kokurikulum dan pernah mewakili sekolah dalam acara sukan bola sepak.Saya adalah seorang anggota tentera dan telah berkhidmat selama 21 tahun.Isteri saya surirumah sepenuh masa.Anak saya adalah anak sulung dalam empat orang adik beradik.Sekiranya beliau diterima,saya percaya ianya akan menjdi contoh kepada adik adiknya untuk turut sama berjaya.

Saya berharap agar pihak Tuan/Puan dapat mempertimbangkan rayuan saya ini. Sekian.
Baharudin Bin Abu's avatar

Baharudin Bin Abu · 790 weeks ago

Baharudin Bin Abu, K/P T1016847

Parit Pungor Darat Jalan Baru

84150 Muar

No Tel : 017-6861856

Bahagian Pendidikan dan Latihan(pendidikan menengah)

Tingkat 19&20 Bangunan Medan Mara

Jalan Raja Laut 50609 Kuala Lumpur

Rayuan Kemasukan ke MRSM Tingktan 4 2010

Nama penuh : Azura Binti Baharudin

No K/P :940102015722

Angka giliran: JF113K016

Sekolah sekarang:SMK Bukit Pasir 84300 Bukit Pasir MUAR.

Besarlah harapan saya agar dapat dengan jalan pertolongan pihak tuan menimbangkan semula permohonan kemasukan ke Tingkatan 4 MRSM bagi anak saya. Saya juga mengucapkan berbanya-banyak terima kasih kerana anak saya diberi peluang untuk menduduki peperiksaan kelayakan tetapi malangnya beliau tidak mendapat tempat. Melalui ruangan ini saya merayu dan mengharapkan agar anak saya diberi peluang untuk mendapat tempat di MRSM. Saya percaya anak saya mampu dan ia perlu diberi peluang. Sebagai seorang anggota tentera dan berasal dari luar bandar, harapan tersebut saya sandarkan kepadanya untuk membina dan terus membantu bangsa dan negara yang tercinta, hanya dengan taraf pendidikan yang berkualiti sahaja kesemua cita-cita tersebut akan dapat dilaksanakan. MRSM adalah satu-satunya tempat yang masih mampu mendidik dan melahirkan golongan pelajar yang berkemampuan, Skill inilah yang membuatkan saya tidak putus asa untuk merayu bagi mendapatkan tempat kepadanya. Oleh itu sekali lagi saya merayu agar Panel Pemilihan Kemasukan Pelajar memberi peluang kepadanya, hanya inilah satu-satunya anak yang menjadi harapan kami sekeluarga.

Semoga rayuan saya ini mendapat perhatian dan pertimbangan dari pihak tuan jua. Terima kasih.
Nilam, kalau dah buat surat sokongan daripada pihak pengetua dan pihak ketua kampung, nak kena buat surat sokongan daripada kita juga ke? Surat sokongan dibuat asing-asing berdasarkan lain-lain pihak. Perlukah disatukan menjadi satu surat atau dibiarkan berasingan dan dihantar sekali? harap nilam dpt beri tunjuk ajar kepada saya yang bersungguh-sungguh untuk masuk ke mrsm ini.
saya dah betul-betul give up. kenapa saya x dapat??? padahal sejak form 2 sampailah pmr, saya x pernah x dpat 8a. bukan nak riak, tapi x adil kan? saya masih ingat, masa trial peratus saya 93%. math saya dpt 99%, sains 94%. saya pon aktif juga, saya jadi pustakawan 3 thn, pernah ada jawatan penolong setiausaha kelab sains dan matematik, masuk kuiz matematik, sains, agama pastu pon pernah masuk kawad kaki dgn impromtu speech. saya dah betul-betul x de mood nak belajar. kenapa saya belajar penat-penat, tapi xdpt asrama, then kalau saya belajar sungguh-sungguh untk spm, pon, belum tentu saya dpt masuk uni. kan? saya dah x de cita-cita sekarang. all i can say,i have totally given up. saya tau first test x lama lagi je. tapi saya harrrrraaaap sangat dapat tolonglah. bapa saya pun pesara angkatan tentera, ibu surirumah. give me the 2nd chance, insya-allh, i will prove it! saya akan belajar berungguh-sungguh kalau saya dapat. tolonglah...
AIREEN NAJWA BINTI AMSAN
941120015464
JJ033K052

saya sangat mengharap.....
hye nilam (:

saya nak tanya ni , harap di balas dengan secepat mungkin .

kalau pmr 2009 dapat 2A6B , bagaimana ? saya tahu agak sukar untuk memasuki MRSM tapi saya ada beberapa faktor yang ingin saya beritahu .

ayah saya seorang persara swasta tetapi kini dia sedang bekerja bersama salah satu syarikat yang sanggup mengambil ayah saya bekerja disebabkan faktor kebolehan ayah saya dengan bergaji RM2000 sahaja dan inging saya beritahu ayah saya tiada surat pencen kerana beliau tidak mempunyai pekerjaan tetap . ibu saya pula seorang suri rumah . saya mempunyai 6 adik beradik dan kesemuanya masih belajar . salah seorang adik beradik saya merupakan down syndrome dan harus menjalani banyak pembedahan seperti jantung dan mata . itu merupakan faktor mengapa saya mahu memasuki MRSM kerana saya tidak mahu mebebankan ibu ayah saya kerana mereka harus menjaga adik saya yang sakit dan baru baru ini adik saya menjalani pembedahan mata . selain itu , faktor gangguan ketika belajar juga merupakan salah satu mengapa saya mahu memasuki MRSM . apa yang harus saya buat ? harap dibantu kerana saya tidak mahu mebebankan ibu ayah saya yang kini juga mempunyai masalah kewangan dan saya juga merupakan harapan ibu dan ayah saya kerana saya ingin menjadi doktor dan kini saya sedang mengambil kelas sains tulen di sekolah baru saya berdekatan dengan rumah . bolehkah saya membuat rayuan disebabkan faktor yang saya nyatakan di atas dan perlukah saya memberi kepada pihak MARA surat sokongan ? kalau saya tidak beri ? harap dibalas .

sekian , terima kasih .
nilam .

saya mendapat 2A untuk mathematic dan BM , bagaimana dengan rayuan dan faktor yang telah saya nyatakan di atas pada pukul 2:22 pm February 11th , 2010
slm...sya telah mendapat 6a 2b.. subjek yg dpt b adalah sc dan bi...saya tahu,memang sukar untuk sya masuk dlm sistem mara lagi...tp,knape stelah sye semak pemohonan kemasukan tingkatan 4 2010,tidak berjaya??sedangkan cikgu2 sya di mrsm sana ckp,saya dpt...cm mna 2???
Ain Mazlan's avatar

Ain Mazlan · 789 weeks ago

SKE HATI LA..

tapi da memang realiti.

kalau tuan tahu..

Berani buat la..
MAIZATUL NUR LIYANA BT HASAN,

PEJABAT FAMA NEGERI TERENGGANU,

LOT 1622, JALAN HILIRAN,

20300, KUALA TERENGGANU

BAHAGIAN PENDIDIKAN DAN LATIHAN (PENDIDIKAN MENENGAH)

TINGKAT 19, BANGUNAN MEDAN MARA,

JALAN RAJA LAUT,

50609, KUALA LUMPUR.

Kepada Tuan / Puan,

Rayuan Kemasukan Pelajar Tingkatan 4 2010 Ke MRSM

Saya seperti nama di atas ingin membuat rayuan atas kegagalan permohonan sebelum ini.

2. Untuk pengetahuan tuan, saya telah mendapat keputusan cemerlang dengan 7A1B malah bergiat aktif di dalam bidang kokurikulum. Berikut merupakan maklumat diri saya :

Nama : Maizatul Nur Liyana Bt Hasan

No K/P : 940609095100

No Angka Giliran : TA002K050

Sek.Men : Sek.Men.Sultan Sulaiman, Kuala terengganu, Terengganu.

3. Saya berharap agar mendapat pertimbangan yang sewajarnya daripada pihak tuan kerana sistem pembelajaran adalah lebih sistematik dan tersusun di MRSM.

Selain itu, memberi pendedahan kepada saya dalam pergaulan dengan pelajar yang pintar di MRSM dan tenaga pengajar yang berpengalaman dalam kaedah - kaedah pengajaran.

4. Tambahan pula, saya yakin dengan melanjuti pelajaran di MRSM dapat melahirkan jati diri dan " interpersonal skill " yang lebih baik, seimbang dengan keperluan industri tenaga kerja di Malaysia yang tentunya memerlukan tenaga muda yang bersemangat dan berkebolehan tinggi dalam pelbagai bidang. Di harap pihak tuan mempertimbangkan permohonan rayuan saya ini dengan sewajarnya.

Sekian, Terima Kasih.

Yang Benar,

Seperti nama diatas...
No. 1051-1 Kg Lot Sri Jaya,

Batu 4, Binjai,

24000 Kemaman, Terengganu.

Terengganu Darul Iman.

Tel : 013 - 9948685

Emel: mie_ism91@yahoo.com

Bahagian Pendidikan & Latihan (Pendidikan Menengah),

Tingkat 19 & 20, Bangunan Medan MARA,

Jalan Raja Laut, 50609,

Kuala Lumpur. 16 Febuari 2010

Tuan/Puan,

Permohonan Rayuan Kemasukan Ke MRSM Tingkatan 4 Tahun 2010

Nama Penuh : Mohd Hakim bin Ismail @ Dagang

No. K/P : 940424-11-5339

Angka Giliran : TD043K020

Sekolah Sekarang : Sek. Men. Keb. Binjai, Kemaman, Terengganu

Tingkatan : 4 Sains 1

Berhubung dengan perkara di atas, saya nama seperti di atas, ingin membuat permohonan rayuan kemasukan ke MRSM tingkatan 4 tahun 2010.

2. Saya ingin memohon rayuan dari pada pihak Tuan/Puan agar dapat mempertimbangkan semula kemasukan saya ke MRSM tingkatan 4. Saya telah berjaya memperolehi 7A1B dalam Peperiksaan Menengah Rendah PMR baru-baru ini dan pada masa yang sama saya merupakan pelajar yang aktif di sekolah.

3. Saya merupakan salah seorang pengawas sekolah yang dilantik dari tahun 2007 hingga 2009. Saya pernah menyertai kem kepimpinan dan seminar yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Saya pernah mewakili sekolah untuk pertandingan melukis poster peringkat daerah dan mendapat tempat pertama dan terpilih mewakili daerah Kemaman ke peringkat negeri. Selain itu, saya merupakan Setiausaha Badan Beruniform PKBM dan Kelab Pendidikan Seni di sekolah saya. Aktiviti ini banyak memberi saya peluang untuk memupuk sifat kepimpinan, tanggungjawab dan sikap berdisiplin dalam diri saya.

4. Disini saya lampirkan butiran-butiran berikut. Saya berharap agar permohonan saya ini dipertimbangkan oleh pihak tuan/puan demi menjamin cita-cita saya untuk berlajar di MRSM.

Sekian terima kasih.

Yang benar,

…………………………………………………

(MOHD HAKIM BIN ISMAIL @ DAGANG)
Lalalu,

Sama-sama.

Ajah,

Memang pada awal dahulu ada link untuk buat buat rayuan secara online tetapi link tersebut sekarang telah tiada. Jika benar perlu buat rayuan secara online tentu MARA ada buat pengumuman atau memberitahu link/URL untuk buat rayuan tersebut.

Ain Nurul dan Aireen,

Salam... Memang benar ramai yang tidak berpuas hati bila melihat rakan yang lain mendapat tempat manakala kita tidak terpilih. Mungkin pihak MARA boleh memberi penjelasan yang lebih terperinci bagaimana pemilihan dibuat supaya semua pihak lebih memahami proses tersebut.

Sementara itu diharap anda ada membuat rayuan dan janganlah terlalu kecewa kerana setiap sesuatu kejadian itu pasti ada hikmahnya.

Yasmeen,

Pihak MARA tidak ada menyatakan tarikh tutup proses membuat rayuan.

Mohd Khirudin, Afiq Aiman, Baharudin Abu Said, Maizatul dan Pomie,

Anda perlu menghantar surat rayuan tersebut terus kepada pihak MARA.

Acik,

Surat sokongan yang anda dapat itu tidak perlu disatukan menjadi satu surat. Anda cuma perlu sertakan semua surat sokongan dan dokumen yang berkaitan bersama-sama surat rayuan anda dan dihantar kepada pihak MARA.

Yana,

Salam... Secara umumnya dengan pencapaian anda itu memang agak tipis untuk mendapat tempat di MRSM. Faktor-faktor lain yang anda nyatakan itu memang boleh membantu rayuan anda jika pencapaian PMR anda lebih baik.

Walaupun begitu jangan berputus asa tetapi teruskan semangat dan kesungguhan anda untuk berjaya dengan cemerlang tanpa mengira di mana pun anda belajar. Di samping itu cuba hubungi guru kaunselor sekolah anda bagi mendapatkan nasihat dan panduan yang dapat membantu.

Jika anda masih ingin membuat rayuan memang boleh tetapi jangan memberi harapan yang tinggi. Surat rayuan anda itu patutlah disertakan dengan surat sokongan/dokumen yang dapat menjelaskan keadaan yang anda ceritakan itu.

Areeba,

Salam... Cuba hubungi terus pihak MARA untuk mendapatkan penjelasan.
salam...

kputusan mrsm ambilan kedua bila eh???

x kan ari2 nak kna chek kowt...
nurfauzani binti azm's avatar

nurfauzani binti azm · 785 weeks ago

salam abg nilam,

saya mintak tlg sgt2 dgn abg... tlg la bg adik sy peluang msk MRSM...dia nk sesgt blaja kt cna...dh byk sy antar srt rayuan...tlg la adik sy...bg la dia peluang...lgpn dia xkisah MRSM kt ner pn asalkan dpt msk MRSM...dia dpt result PMR 6A...
tlg la bang....
Haneem,

Salam... sila rujuk Keputusan Pengambilan Kedua MRSM Tingkatan 1 2010 dan Keputusan Pengambilan Kedua MRSM Tingkatan 4 2010.

Nurfauzani,

Salam... Keputusan adalah di atas pertimbangan pihak MARA, kami di ePutra tidak terlibat.
nurfauzani binti azm's avatar

nurfauzani binti azm · 785 weeks ago

salam nilam...

sy nk ty psl e-Rayuan...nape part form 4 punyer xde?...tp part form 1, e-Rayuan 2 ade...nape ek?...bl sy bc pd keterangan di atas, sy leh wat sec. e-Rayuan...sy dh puas mencari hyperlink 2 tp xjmp...sebenarnyer kt ne?...

sy rs myb syntex error kt coding tuk releasekan e-Rayuan 2...
kenapa saya tidak dipilih?

walaupun telah membuat rayuan?

jikalau panggilan kedua tidak berjaya,adakah saya masih berpeluang untuk panggilan ketiga?

panggilan ketiga melalui surat atau online?
kenapa asyik tak dapat aje..Harap-harap dapat pada panggilan ketiga nanti..
akida yuslynda's avatar

akida yuslynda · 785 weeks ago

Lot 1145,Lorong Juara 2E,

Taman Sukma,

93050,Kuching,Sarawak.

Bahagian Pendidikan & Latihan (Pendidikan Menengah),

Tingkat 19 & 20, Bangunan Medan Mara,

Jalan Raja Laut,

50609, Kuala Lumpur. 11 Mac 2010

Rayuan Kemasukan Ke MRSM Tingkatan 1

Nama Penuh:Nurakida Yuslynda bt. Yusuf

No.Kad Pengenalan:970613-13-5176

Angka Giliran UPSR:SK2141112

Sekolah Sekarang:SMK ST.Teresa,Kuching

Tingkatan:1A1

Saya ingin merayu pada pihak Tuan/Puan agar dapat mempertimbangkan semula kemasukan saya ke MRSM,Kuching tingkatan 1.Saya telah berjaya mendapat keputusan 5A dalam UPSR baru-baru ini dan pada masa yang sama,saya juga seorang pelajar yang aktif dalam kokurikulum dan telah mewakili sekolah.

Ayah saya bekerja sebagai seorang posmen dan ibu saya sebagai seorang surirumahtangga.Oleh itu,wajarlah pihak tuan/puan memberi peluang kepada saya untuk memasuki MRSM.Ia juga akan meringankan beban tanggungan ibu bapa saya.

Saya berharap agar pihak tuan/puan mempertimbangkan rayuan saya untuk kali yang ketiga ini memandangkan saya amat berminat untuk belajar di MRSM,Kuching.Buat pengetahuan pihak tuan/puan,saya telah menolak tawaran ke Kolej semata-mata untuk masuk ke MRSM,Kuching.

Sekian,terima kasih.

Yang benar,

..........................

NURAKIDA YUSLYNDA BT. USUF

Post a new comment

Comments by