Rayuan Kemasukan Ke Maktab Rendah Sains MARA

Rayuan Kemasukan MRSM

Sila hubungi MARA untuk kepastian dan maklumat terkini

Keputusan permohonan kemasukan ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) bagi Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 untuk pengambilan pertama telah pun diumumkan.

Bilangan yang memohon jauh lebih ramai daripada tempat yang dapat ditawarkan di MRSM. Oleh itu sudah pasti ramai yang hampa kerana gagal mendapat tempat di MRSM.

Walaupun begitu mereka yang gagal ini masih mempunyai peluang kerana boleh membuat rayuan. MRSM biasanya akan membuat tiga kali pengambilan sepanjang bulan Februari sehingga April. Ini bermakna mereka yang gagal mendapat tawaran ini mempunyai dua kali peluang lagi.

Rayuan boleh dibuat dengan menulis surat rasmi kepada pihak MARA dan menghantar sendiri atau poskan surat rayuan tersebut kepada alamat berikut;

  • Bahagian Pendidikan & Latihan (Pendidikan Menengah)
    Tingkat 19, Bangunan Medan MARA
    Jalan Raja Laut,
    50609 Kuala Lumpur

Sebarang kemusyikilan sila hubungi MARA di talian berikut;
Telefon: 03-26915111 sambungan 3323 (Kurikulum), 3399 (Perkhidmatan), 3392/3765 (Hal Ehwal Pelajar)
Faks: 03-26911658

Berikut adalah petikan dari laman web MARA berkaitan soal jawab proses membuat rayuan untuk dijadikan panduan.

SOALAN JAWAPAN
Jika saya tidak berjaya, bolehkah saya membuat rayuan dan adakah rayuan anak saya dapat dipertimbangkan Boleh, setiap pemohon berhak mengemukakan surat rayuan sekiranya mereka tidak berjaya di dalam tawaran yang pertama.

Bagaimanapun, pemilihan kepada calon yang merayu masih tertakluk kepada merit pemohon.

Bagaimanakah surat rayuan yang terbaik dapat saya buat dan adakah perlu sokongan daripada sesiapa yang berkenaan? Surat rayuan yang terbaik adalah surat rayuan rasmi. Sokongan dari mana-mana pihak tertentu adalah atas initiatif tuan/puan. Bagaimanapun, pertimbangan rayuan pemohon masih tertakluk kepada merit yang dicapai oleh pemohon yang dibawa ke Mesyuarat Jawatankuasa Pengambilan & Penempatan Pelajar Peringkat Pengurusan MARA.

Sokongan rayuan digalakkan dibuat dengan menyertakan lampiran sijil-sijil yang diakui sah sebagai bukti penglibatan pemohon di dalam sesuatu aktiviti.

Bilakah rayuan saya akan dijawab dan bagaimana saya boleh mengetahui keputusan rayuan yang saya buat? Oleh kerana pihak MARA seringkali menerima ribuan surat rayuan maka, rayuan-rayuan pemohon tidak semestinya dijawab oleh pihak MARA.

Calon diingatkan merujuk kepada Kad Jawapan yang dinyatakan dengan jelas bahawa setiap permohonan yang tidak mendapat sebarang jawapan sehingga akhir bulan April bagi tahun berkaitan akan dianggap tidak berjaya.

Atau bolehlah menghubungi pihak kami di talian 03-26915111 sambungan 3331/ 3392/ 3394/ 3764/ 3765/ 3766

Mengapa anak saya tidak berjaya sedangkan anak jiran / kawan saya berjaya ke MRSM? Keputusan UPSR anak saya lebih baik berbanding dengan anak kawan jiran / jiran saya? Berjaya atau gagal seseorang calon dalam permohonan ke MRSM ditentukan oleh markah atau merit yang diperoleh oleh seseorang pelajar melalui 3 perkara berikut :
a) 5A dalam UPSR – 25%
b) SES (status ekonomi sosial) – 45%
c) KoKurikulum – 30% (Kepimpinan, sukan, persatuan / pertandingan).
Mengapa anak saya tidak berjaya sedangkan anak jiran /kawan saya berjaya ke MRSM. Keputusan PMR anak saya lebih baik berbanding dengan anak kawan jiran/kawan saya Untuk berjaya dalam proses pemilihan ke Tingkatan 4 MRSM pelajar mestilah mendapat sekurang-kurangnya 6A (A dalam Matematik atau Sains), lulus dengan cemerlang dalam Ujian Kecenderungan Kemasukan Ke MRSM (UKKM) dan juga diambil kira status ekonomi sosial pemohon.

Soal jawab penuh berkenaan Maktab Rendah Sains MARA boleh diperolehi di Soalan Lazim Pengambilan MRSM.

Nota : Maklumat ini disediakan pada 31 Januari 2009

Related posts:

  1. Keputusan Permohonan Kemasukan MRSM Tingkatan 1 2009
  2. Keputusan Permohonan Kemasukan MRSM Tingkatan 4 2009
  3. Permohonan Kemasukan Ke MRSM Tingkatan 1 2009
  4. Keputusan Rayuan Kemasukan Ke IPTA Sesi 2008/2009
  5. 5,320 Dipilih Ke MRSM Untuk 2009

Subscribe / Share

Article by Azhad Nilam
ePutra cuba membantu menyampaikan maklumat yang berkaitan dengan pendidikan di Malaysia. Semua maklumat di sini boleh digunakan semula tetapi sila buat pautan atau rujukan kepada ePutra.com. Terima kasih.
Azhad Nilam tagged this post with:
, , , ,
Read 485 articles by

168 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Makluman

Peta Minda
 
Recent Comments Tags
Follow ePutra on Twitter
ePutra

Archives